Friday, March 11, 2016

Aku Telah Mencintaimu 11

HATI Aina diselubung hampa.  Dah dua hari Willa sihat.  Dia pun dah kena kerja malam.  Seperti bertahun dulu, saat pertama kali dia bertanya… Willa diam dan sekarang juga sama.  Hanya airmata yang mengalir.  Dia tak tahu apa yang Willa buat sekarang dan dia juga tak tahu apa yang telah Willa buat dulu. 

Telefon Willa yang tersadai dua tiga hari di atas cabinet TV dia capai.  Ditekan skrin.  Berpuluh missed call.  Berbelas SMS.  Bos Willa gamaknya.  Dia pun tak perasan bila Willa letak telefon sendiri dalam mode senyap.  Aina atur kaki ke bilik Willa.  Sebaik saja dia tolak daun pintu, Willa baru keluar daripada bilik air.  Berkemban.  Tubuh itu nampak susut.  Tulang selangka pun dah terlalu jelas.  
“Aku nak pergi hospital dah ni.  Kena masuk awal sikit.  Ada doktor kena balik awal ada hal kecemasan keluarga.  Aku kena ganti.  Kau okey kan dok sorang hari ni?” 
“Aku okey.  Jangan risau.  Dah sihat penuh ni.”  Willa capai baju-T.  Disarung ke tubuh dan duduk di birai katil. 
“Kalau gitu, aku lega sikit nak pergi kerja.  Minggu ni, kita balik rumah keluarga aku, ya?”  ajak Aina.  Baru teringat, mama dah berpesan agar dia balik minggu ni. 
“Insyaallah, kalau aku tak ada kerja…”
“Oh ya.  Sebut pasal kerja.  Tengok handphone kau ni.  Bersusun SMS dengan missed call…”  Telefon Willa dihulur.
Saat ini wajah Willa berkerut lebat.  Lupa langsung nak cakap dekat Reza yang dia tak sihat.  Lagipun, hati dia menolak untuk dia menghubungi lelaki itu setelah peristiwa itu.  Dia takut.  Dia akan hanyut dalam pada dia telah dibagai ombak yang sebegini besar.  Dia masih cuba berenang sedaya yang mampu.  Dia tak nak Reza hadir menarik dia terus terkapai-kapai di tengah lautan. 
“Kalau tak okey, call aku terus nanti.  Datang hospital terus.  Jangan berdalih,” sindir Aina. 
Dia masih geram bila Willa langsung tak ambik pusing akan apa yang dia tanya. 
Willa senyum.  Mengerti dengan tingkah Aina.  Aina berkecil hati.  Perlahan, dia dekati Aina.  Ditarik tangan Aina lembut. 
“Thanks, Doktor Zulaina,” ucapnya.
“Malas nak layan.”  Aina mencebek.  Dia menoleh tapi tak sempat melangkah, pinggangnya dipeluk erat. 
“Aku mintak maaf, Aina…”  pinta Willa sebak. 
“Tak sampai masa lagi untuk aku cerita dekat kau.  Insyaallah bila masanya tiba, kau akan tahu segalanya.  Tapi, bukan sekarang, Aina.  Bagi aku masa…”
Pelukan berbalas.  Aina genggam tangan sejuk Willa mesra.  Dia angguk sendiri.  Salah dia juga mendesak. 
“Tak apalah.  Dah tiga empat tahun aku sabar nak tunggu kau cerita.  Aku boleh tunggu lagi bertahun-tahun.  Tapi janji.  Sampai masa kena cakap.  Kalau tak aku marah…” 
Willa angguk di bahu Aina.  “Sampai masa kau akan tahu dengan sendirinya,” bisik Willa. 
Hangatnya dakapan ini, harap dia ada peluang untuk terus begini.  Dia sayangkan Aina.  Kerana Tuhan. 



LETIH dah telinga dia dengar Reza menyumpah.  Patutnya dia yang menyumpah Reza tapi ini, dia pula yang kena marah.  Ya, logiklah kalau dia kena marah sebenarnya sebab dia diamkan diri berhari-hari. 
“Aku memang geram sangat dekat kau ni, Willa.  Mana pergi otak kau tu kalau tak boleh nak fikir aku cari kau macam kucing jatuh anak!” 
“Nak dengar alasan saya?” 
“Hey.  Jangan kata sebab aku ter…”  Reza matikan kata.  Rasa malu tiba-tiba untuk teruskan ayat itu. 
Gambar yang ada di tangan dia pandang.  Lama-lama merenung, rasa merah wajahnya.  Kenapa pulak aku nak malu ni?!  Haih…
“Itu salah satu sebabnya…” usul Willa.
“Kau tu selalu banyak sebab.  Jawapan tipulah.  Jawapan betullah…”  bebel Reza tak puas hati.
Dia lega sebenarnya.  Akhirnya, Willa hubungi dia.  Dia bimbang juga andai terjadi apa-apa pada Willa malam tu.  Hilang konsentrasi ke.  Dia akan salahkan diri andai gadis itu diapa-apakan. 
“Nak tahu sebabnya?”  Sekali lagi Willa menyoal. 
“Kau kenapa?  Suara kau macam tak sihat aje?”  Reza menyoal juga.
“Saya demam sikit…” 
“Hah?  Demam?  Demam terkejut ke apa?” 
“Taklah… memang saya tak sihat.  Itu yang demam…” 
Reza ketawa mengekek.  Power betul Engku Reza Mukhriz ni.  Sampai buat anak orang demamlah.  Tapi, kenapa Maira sebelum ni terus menggedik?  Langsung tak pucat.  Langsung tak bulat mata.  Jauh sekali demam bila dia jamah kulit itu. 
Dan, Willa… siap demam.  Creepy!
“Aku lelaki pertama ke sentuh kau, Willa?”  Sengih Reza terukir jahat. 
Willa diam dihujung talian.  Soalan itu tak perlu dilayan.  Nanti buat luka lama meretas kembali. 
“Saya datang jumpa Encik Reza kejap lagi…”
“Kenapa?  Rindu?” 
“Kerja.  Saya kan kerja dengan Encik Reza.  Lagipun, saya nak minta advance sikit.  Duit saya dah habis beli ubat.”  Jujur Willa katakan. 
“Duit?” Senyuman nakal tadi patah riuk.  Keningnya diangkat tinggi. 
Gambar ditangan ditenung lagi.  Nampak baik tapi mata duitan.  Gamaknya, pada Willa dia hanya sebuah bank.  Nampak dia, Willa akan nampak wang ringgit.  Telahan Ibu Ati tentang Willa langsung meleset. 
Willa sama aje dengan Maira atau wanita-wanita jalang lain.  Hampiri dia hanya kerana duit dan Willa, punyai cara yang cukup berbeza.  Cukup halus.
“Okey.  Datang.  Dah nak petang ni.  Teman aku makan…”  Sejak pagi, satu apa makanan tak masuk. 
Satu, risau pada Willa. 
Dua, terfikir akan nasihat Ibu Ati.
Tiga, kemarahan pada Engku Marlia. 
Tapi, semuanya tak mendatangkan apa.  Yang paling menyakitkan adalah gadis ini.  Damn! 


BIBIR Reza masih nampak kesan luka itu.  Masih belum pulih sepenuhnya.  Rasa ringan mulut dia nak menyoal sebelum ini.  Tapi, tempoh hari dia dah dapat jawapannya.  Kerana seorang perempuan bernama Maira, Reza bertumbuk dalam club.  Padanlah bibir itu pecah dan mata itu basah malam pertama mereka bersua. 
Ingatkan tentang apa.  Tapi, kerana perempuan rupanya.  Sayang sungguh Reza pada Maira hinggakan sanggup sakiti hati wanita itu begitu sekali.  Dan, dia pun sama bersubahat. 
“Dah puas tengok aku?”  soal Reza bila sejak tadi dia sedar wajahnya diratah oleh mata bundar Willa. 
Dia kerling Willa dengan kening yang terjongket.  “Nak apa?  Duit?”   Tenung macam tu, dia pulak jadi malu. 
“Encik Reza nak pergi mana lepas ni?” 
“Mana-mana ajelah.” 
“Ada ke tempat nama tu?”  Wajah Willa serius saat mengutarakan soalan. 
Mata Reza meredup.  Kalau tak sakitkan hati aku, memang tak sah.  Haih… suka sangat tanya soalan sengal macam tu. 
“Kau ni dah kenapa, Willa?  Saja nak sakitkan hati aku?  Balas dendam ke apa?”  Hilang selera makan dia.  Terus dia letak pisau dan garpu. 
“Kalau saya nak balas dendam, saya tak cakap aje.”
“Habis tu, kau nak buat apa?” 
“Saya cakar muka Encik Reza…”
“Damn!”  Wajah Reza berkerenyuk.  Marah betul Willa ni sampai nak rosakkan wajah tampan dia. 
“Eh, dahlah.  Aku dah tak selera nak makan…”  Dia mahu bangkit namun lengan kekar itu dipaut Willa. 
 “Kau dah kenapa?”  Dia lihat tangan halus Willa yang memegang lengannya yang berlapik kemeja pink cair itu.  Keningnya terjongket sebelah. 
“Baru dua suap Encik Reza makan.  Ini banyak lagi…”  Mata Willa memandang antara wajah Reza dan steak silih berganti. 
“Tak elok membazir, Encik Reza.  Makanan ni bukan murah.  Beratus ringgit harganya…”
“Heh.  Bukan aku suruh kau bayar pun,” tempelak Reza geram.
Willa lorek senyum.  Dia angguk.  Memang bukan dia yang bayar tapi dia dulu, susahnya nak makan benda macam ni.  Sekarang juga sama.  Andai mampu ditelan mee maggi setiap hari, dia dah buat.  Tapi, itu memudaratkan. 
“Saya dulu membesar dekat sebuah pondok ni dekat Ulu Klang.  Jauh sikit terkedalam.  Bersama dengan ramai lagi anak-anak yang senasib dengan saya.  Ada masa, kami tak cukup makan.  Segelas air milo masa tu, kalau dapat… ianya dah satu rahmat pada saya, Encik Reza…”  cerita Willa tiba-tiba. 
Dia bukan mahu minta simpati tapi dia nak Reza tahu, rezeki bukan untuk dipersiakan.  Ramai lagi yang susah diluar sana.  Tapi Reza, mampu makan steak harga beratus. 
Mata bundar Willa naik memandang pada Reza yang masih tegak berdiri.  Perlahan-lahan dia lepaskan tangan itu.  Bersandar lemah pada kerusi.  Seketika, dia terlupa.  Hak apa yang dia ada hendak menasihati Reza jika dia juga pernah hidup seperti tak bertuhan. 
“Maaf, Encik Reza.  Saya tak bermaksud nak cerita kisah lalu saya…”  Tak berani dia nak tentang mata Reza sekarang.
Mendengarkan mukadimah kisah gadis misteri ini, Reza kembali labuhkan duduk.  Terpanggil untuk dia tahu lebih lanjut.  Dicari anak mata yang sedang menekur ke meja.  Pandanglah aku, Willa.  Aku nak tengok mata kau! 
Andai mampu dia luahkan pada Willa… tapi, Willa bukan orangnya.  Dia hanya perlu Willa untuk seketika. 
“Habis tu, kalau dulu kau tak rasa… kenapa sekarang kau tak nak makan?”  Saja dia menyoal keras.  Garpu dan pisau disapa perlahan.
“Nak jawapan tipu ke jawapan betul?”  Willa senyum. dihalau jauh kegelisahan.  Dia mahu lupakan segala apa yang terjadi tempoh hari.
Disemat dalam hati, Reza tak sengaja.  Reza mungkin nampak dia sebagai Maira.  Dia kena bawa Reza kembali pada fitrah sebelum dia perlu berlalu.  Itulah janjinya pada diri sendiri saat pertama lihat mata kuyu itu berair. 
“Kau suka betul mainkan aku, kan?”  Kasar nada suara Reza dengan wajah  bosan. 
“Jawapan betulnya, saya tak boleh makan banyak sangat…” 
Kening Reza terjongket.  “Yang tipunya?” 
Kepala Willa menoleh.  Direnung sisi wajah Reza.  Perlahan-lahan, bibirnya kembali tersenyum.  Tapi, sudah berubah perisa.  Sudah manis. 
“Saya dah kenyang dapat tengok Encik Reza makan…” 

Glup… Reza telan liur.  Garpu dan pisau lepas daripada tangan. 

...bersambung

18 comments:

  1. huhu....willa ni dulu pernah hanyut mcm reza tapi hakikat sebenarnya rezala yg buat willa berubah..reza xingat dahhhh yang diorang ni dulu pernah kenal di club..haha.betul x rm jangkaan saya

    ReplyDelete
  2. waduhhh...smakin teruja ni..next entry plzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  3. Ayat willa...
    Ohmai...
    Mmg x boleh tahan..
    -noriatul-

    ReplyDelete
  4. Kak Rehan nak lagi...... :)

    ReplyDelete
  5. willaaaaaaaaa..ish3 apadia ni, ingtkn nk buat cita sedih td.. dok buat lagutu pulak
    bijak noh

    ReplyDelete
  6. Willa suka bg jwpn betul jwpn tipu.
    Makin seronok baca

    ReplyDelete
  7. hahaha jawapan tipu tu selalu tenusuk ke jiwa la .. bole cair jgk hati reza cmni

    ReplyDelete
  8. Ikut rekod willa sblm ni, jwpn yg tipu tu la y betul hahaha ;)

    ReplyDelete
  9. Nak jawapan tipu ke jawapan btul? hahaha.. i loike :D

    ReplyDelete
  10. amboii Willa..kemain lagi jawapan tipu kau..perghhh kenyang tgok Reza makan...

    ReplyDelete