MALAM
tadi dia demam lagi. Dah berkodi ubat
yang dia telan. Tapi, demamnya hanya
kebah sekejap cuma. Dia tilik wajah di
dalam cermin. Makin pucat. Dia sebenarnya keletihan. Menghitung masa untuk berehat dengan tenang. Tapi, dia masih perlu bekerja keras. Dia tak akan putus asa biarpun cita-citanya
yang satu itu telah lama terkubur. Tak
apa, dia masih ada tulang empat kerat untuk dia bela diri sendiri.
Tapi,
dipertemukan dengan Reza… dia lelah.
Tangan
mencapai compact powder Maybelline yang Aina hadiahkan. Ditekap perlahan sponge itu ke wajah. Bukan menutup cela kerana wajah dia begitu
mulus tanpa sebarang parut biarpun setitik.
Tapi, demi mengembalikan keceriaan dalam diri.
Lipstick
merah itu dicalit tipis. Tapi,
tingkahnya mati. Dia takut nak pakai
warna terang itu lagi. Kerana seorang
lelaki bernama Reza. Lelaki itu pernah
menyentuh bibirnya. Biarpun sesaat dua,
tapi kesannya menusuk ke jantung hingga ke hari ini. Mengingatkan itu, dadanya berdebar lain
macam.
Menakutkan!
Dah
dua hari, Reza langsung tak telefon atau SMS dia. Dia rasa lapang tapi perasaannya tak
tenang. Entah kenapa…
Kata-kata
Reza.
Permintaan
gila lelaki itu.
Argh…
kalut!
“Aku
beli diri kau,” ulang Reza sebaik saja dia hentikan kereta tepat di depan pagar
bangle tiga tingkat itu.
Willa
diam. Membuka tali pinggang dan bersedia
nak turun namun tangan kekar lelaki itu pantas menahan. Willa kaku.
Hanya memandang pada dashboard
yang terang.
“Berapa
perlu aku bayar untuk aku dapat kau?”
Reza terus cuba membida.
“Saya
bukan untuk dijual, Encik Reza…”
Kening
lebat Reza naik sebelah. Encik
Reza? Tadi, dia jelas dengar Willa
panggil dia Reza. Saya-awak. Dia lagi suka Willa biasakan dia begitu. Kedengaran seksi pada pendengarannya.
“Aku
tahu kau bukan untuk dijual. Tapi, aku
tetap nak beli kau. I insisted, Erwilla…”
Kala
ini, airmata Willa sudah bergantung pada alis.
Apa kena dengan Reza ni. Tak
kanlah sebab kata-kata Najmi tadi Reza bersikap begini. Dia pun baru tahu Najmi itu kawan Reza yang
pernah lelaki ini ceritakan.
Si
pengkhianat!
Ketakutan
dia makin menjadi-jadi sekarang.
Bagaimana jika Najmi belek kembali kitab hidupnya yang lalu. Segalanya mengerikan. Bagaimana jika Najmi mencanang? Mampukah dia tahan? Penghadang apa yang dia ada sekarang. Dan, bagaimana jika sampai ke telinga
Reza?
Dia
toleh pada Reza. Nyata lelaki itu sedang
merenung dia dengan riak yang sukar dia tebak apakah rasa di sebalik renungan
itu. Willa pejam kata. Dia tak nak Reza tahu kisah lalu dia.
Dia
tak sudi!
“Answer me, Willa,”
desak Reza.
Nafas
berat lepas. “Apa yang Encik Reza minta,
saya tak dapat tunaikan kalau kata saya kena bunuh pun…”
“Aku
tak kata nak bunuh kau. Tapi, aku nak
kau!” jerkah Reza kuat.
Perasaannya
sedang bercelaru. Kata-kata mummy sejak
dia kecil. Permintaan hati yang
gila. Kata-kata Najmi yang punyai seribu
persoalan. Siapa Willa sebenarnya?
“Untuk
apa nak saya? Saya tak ada apa…” bantah Willa terus menolak.
Reza
ketawa. Menggeleng berkali-kali. Terasa kalah teruk dia dengan Najmi. Maira dan Willa… perempuan jalang yang sama.
“Memang
tak ada apa sebab segalanya kau dah bagi dekat Najmi, kan?” sindir Reza tajam.
“Hah?” Kepala Willa tertoleh.
Panas
dadanya. Jantung dia berdenyut lain
macam. Tulang-temulang dia rasa makin
reput. Dia faham maksud di sebalik
kata-kata Reza. Tapi, kenapa tiba-tiba.
“Saya
berikan segalanya dekat Najmi?” Soalan
itu diaju kembali.
Reza
ukir sengih tajam. Gigi taringnya jelas
di mata Willa. Didekatnya wajahnya pada
Willa dan seperti biasa juga, wajah itu masih tenang biarpun dahinya sedikit
berkerut. Nafas Willa masih damai
biarpun dia nampak wajah itu sedikit merah menahan marah gamaknya.
“Betul
tak tekaan aku ni, Erwilla Reane Merlis?”
bisik Reza tepat di cuping telinga Willa.
Ikut
hati, dia baham Willa sekarang juga.
Entah kenapa, harga diri seorang Engku Reza Mukhriz benar-benar
tercabar.
Kalah
teruk.
Dua
kosong.
Tanpa
sempat dia memasang benteng.
TALI
leher dirungkai lemah. Selesai satu
mesyuarat, dua lagi menanti. Selesai
dua, tiba-tiba ada lagi mesyuarat tergempar yang perlu dia hadiri. Jika tidak Zuki membontoti, dia memang nak
ponteng aje. Malas sungguh. Masalah dengan mummy semakin meruncing. Ikut hati, dia nak aje pergi heret jantan tak
guna tu dan tumbuk muka tu bertalu-talu.
Duri
dalam daging rupanya!
Dan…
Erwilla Reane Merlis. Argh… kenapa nama
dia begitu indah. Seindah sikap dingin
dia. Seindah tenangnya dia. Reza meraup wajah cuba dihalau wajah Willa
pergi. Kenapalah dia boleh jadi gila
malam itu dengan Willa. Biarpun langsung
tak sentuh Willa, tapi kata-kata dia pasti telah menyentuh hati gadis itu.
Erwilla
pasti luka!
Dan
boleh jadi sedang menangis di mana-mana.
Interkom
ditekan. “Zuki, kau masuk kejap,”
arahnya dingin.
Tak
lama, wajah Zuki muncul. Tersengih. Lelaki itu mendekati. Berdiri tegak di depan matanya.
“Ada
apa, bos?” Dalam hati Zuki mencebek
juga. Konon dah ada pembantu baru tapi
dia jugak yang Reza panggil.
Fail
ditutup kasar. Tak boleh nak hadap kerja
lagi dah.
“Engku
Marlia masuk pejabat dia?”
Zuki
geleng. “Dia kata ada hal. Mungkin dalam dua hari baru masuk ofis…”
Damn! Hati Reza memberontak lagi. Dah agak.
Mummy tak serik biarpun dia dah tahu tentang segala tingkah buruk mummy. Mummy masih galak pergi pada jantan keparat
tu!
“Aku
nak keluar awal…”
“Tapi,
petang ni ada mesyuarat dengan Maju Holding untuk projek highway tu, bos…”
“Argh…
lantakkanlah!” Reza dah berdiri
tegak. Direntap tali lehernya hingga
tercabut. Dicampak tepat pada muka Zuki.
Padan
muka! Tali barut mummy!
“…kau
postpone. Cakap aku tak sihat. Kau kan suka kelepet orang. Sama macam kau kelepet aku sebelum ni bila
Engku Marlia suruh,” bidas Reza tanpa riak bersalah.
Terkulat-kulat
Zuki dibuatnya.
“Bos,
janganlah pergi…” pujuk Zuki bila Reza
dah dekati pintu untuk berlalu.
“Hey…” Tangan Reza lurus menahan Zuki daripada terus
merengek begitu. Nama aje jantan. Siap ada awek tapi perangai macam
maknyah. Loya dia.
“Aku
ada hal. Jangan tanya ke mana aku pergi,
dengan siapa aku nak jumpa, okeh!”
Amarannya keras tahap jingga.
Sekali lagi Zuki buka mulut, rasanya amaran akan berubah dalam bentuk
tindakan.
Tertunduk
Zuki. Tak berani nak melawan. Jarang sangat Reza macam ni. Entah apalah masalahnya. Pening dia melayan dua beranak ni.
Reza
tarik telefon daripada poket docker putihnya.
Laju hujung jari menari mencari nama Najmi dan sebaik saja nama itu
muncul, langsung didail. Panggilan
pertama disambut oleh mesin. Dia tak
patah semangat. Panggilan kedua
bersambung. Lama dia menanti, akhirnya
suara Najmi menyapa lemah.
“Hai,
semput kau?” sindir Reza.
Najmi
berdeham panjang. Dikerling Maira di
sisi. Dia bangkit dan terus menuju ke
tingkap. Pemandangan daripada tingkat
tiga belas Hilton ini tak berapa indah bila banyak pembinaan ada di sekitarnya.
“Kau
ke Reza?”
“Ya,
aku. Tak kan dah delete nombor banker
kau kot.” Sekali lagi Reza lempar
sindiran.
Najmi
sengih sinis. Ya, dia terpaksa akui
itu. Reza adalah funder pada setiap
tempat dan hiburan yang dia mahukan.
Adanya Reza, majlis apa saja – akan menjadi sangat mewah. Tapi sekarang, dia sedikit tersepit.
“Kau
nak apa telefon aku?” soalnya langsung
tak ambik pusing akan sindiran Reza.
Nak
mewah dengan cara mudah, kena jadi hati batu bersalut uranium. Biarpun dia dah dapat agak sebab Reza
menghubungi dia sebenarnya.
“Aku
nak jumpa kau sekarang. Kau cakap ada
dekat mana. Aku sampai…”
Wow. Najmi tak dapat sorok rasa terkejutnya. Kerana perempuan liar lagi angkuh itu, Reza
rela menyembah? Damn!
“Kau
betul-betul suka dia, kan?” tanya Najmi
terus pada tujuan.
Reza
gigit bibir bawah. Telahan Najmi
tepat. Memang Najmi dah boleh agak
tujuan dia ajak lelaki itu bersua empat mata.
“Boleh
ke tak ni? Tapi pada aku, kau tak boleh
kata tak boleh. Kau kenal aku, kan?”
Lama
Najmi diam. Andai dia meminta, dah tentu Reza akan tunaikan kala
ini. Bila lagi.
“Kau
nak tahu tentang dia?”
“Boleh
ke tak?” bentak Reza. Meluat betul dengan manusia yang suka
berdalih ni. Cukup-cukuplah dia ada dua
orang wanita yang suka memutar belitkan otaknya sekarang.
Najmi
tolong jangan jadi yang ketiga!
Semak!
“Okey. Boleh.
Tapi, masa aku bukan percuma…”
Heh…
Reza ukir senyum senget. Masa siapalah
yang percuma dalam dunia ni. Semua orang
nak dibayar. Termasuklah dia…
Ya
dia. Erwilla.
...bersambung
Oh damn!!
ReplyDeleteNoriatul
Can we ask for more?!
ReplyDelete"I insist, Erwilla!"
Deletekerana Reza terlalu sayangkan Willa ... apa saja sanggup Reza buat...
ReplyDeletemore..more pls...
ReplyDeleteharap kalau erwilla bagi tahu siapa dia yg sebenarnya dan apa yang terjadi adakah Reza sanggup menerimanya. sianya kat Willa
ReplyDeletehaha, curious gila siot..lul
ReplyDeleteAhhhh..rasa macam nak menjeritttt...tapi tatau kat siapa...
ReplyDeleteOh...tidak!!!! Jangan Najmi reka2 cerita sudah... Kesian Willa... Please jangan, please.. 😢😢😢😢😣😣😣😣
ReplyDeletex nak la reza jumpa najmi .. nanti ntah ape2 si najmi reka cerita tu
ReplyDeleteAlaaaaa nape kna tanya najmi? Tanyala straight pd willa 😧
ReplyDeleteentah apelah si Najmi tu nak cerita sal Willa kat Reza..mesti dia burukkan Willa..Masa bukan percuma..yerlah..cakap sikit..duit masyukkk...hampeh tol Najmi..
ReplyDelete