Tuesday, March 15, 2016

Aku Telah Mencintaimu 17

SISA airmatanya masih lagi jatuh ke pipi.  Airmata taubat dan penyesalan kerana zalim pada diri.  Dipanjatkan soalan pada Tuhan.  Apakah yang perlu dia lakukan.  Di kiri memerlukan, dia kanan meresahkan. 

Antara Reza dan keluarganya di Raudhatul. 
Allah… apa saja ketentuan, pandukan hati pada kebenaran.  Lelah aku sesat di dalam dunia.  Pimpin hatiku mencari jalan kebenaran.  Terus berpaksi pada keimanan.  Biarpun hebat ujian mendatang… dengan-Mu, aku pasti temui ketabahan. 
Telefon dicapai.  Nombor Reza didail. 
Semalaman tidak dapat dia lena walaupun sepicing.  Cerita Najmi dengan Willa tak ubah seperti slide yang sedang ditayang pada layar putih.  Diselit pula dengan kata-kata kesat pada Willa dan permintaan gilanya.  Sesekali, mencelah pula pesanan Ibu Ati tentang kewajipan dia punyai isteri agar dia punyai tempat itu melestarikan apa yang selama ini bergelojak dalam diri.
Dia hampir pasti.  Gadis itu Willa.
Kata-kata dia pada Engku Marlia malam itu, bukan main-main rupanya.  Dia menafi.  Tapi, sejauh mana dia mampu tipu diri sendiri.  Willa alasan untuk sakitkan hati mummy.  Ya, tepat sekali bila mummy benar-benar mengamuk.  Tapi, dia juga rasa dia menang besar bila gambar yang ada di tangannya kini sampai ke depan muka Engku Marlia.
Tak payah dia bekerja keras memujuk ibu sendiri untuk terima pilihan hati dia.  Tapi, berbaloikah dengan apa yang dia mahu dan dengan apa yang dia tahu? 
Semuanya kosong!
Tak ada harga!
Panggilan Willa dijawab tenang.  Hanya diam memberi laluan Willa membuat keputusan. 
“Apa yang Encik Reza nak saya lakukan?”  soal Willa memulakan bicara.
“Jadi milik aku…”
“Yang macam mana?”  Dia mahu jawapan yang tepat.  Yang khusus.  Usah terlalu umum.  Nanti dia salah faham sendiri. 
“…saya tak boleh kahwin dengan Encik Reza,” tambah Willa.
Reza hamburkan tawa.  Gila.  Perempuan ni memang gila!
“Hey, aku rasa kau dah lupa kau perempuan jenis apa?  Rasanya kau juga cakap, bukan sekali kau dengar kau tu perempuan jenis itu ini.  Jadinya, kau tak layak bawa keturunan aku dalam perut kau!”  Tajam sindirannya.
Willa ketap bibir.  Dadanya mengecut lagi.  Semakin beracun kata-kata Reza. 
“Ya, saya sedar lagi diri saya.  Sebab tu saya cakap, saya tak boleh kahwin dengan Encik Reza.  Sebab tu jugak, saya tanya… apa maksud Encik Reza dengan cakap jadi milik Encik Reza?”  Willa tenang menyoal.
Usah diingatkan dia tentang siapa dirinya.  Dia tak pernah lupa.  Biarpun otaknya direndam peluntur berhari-hari, kesilapan lalu tak akan dia lupa. 
“Jadi perempuan simpanan aku…”
“Hah?  Perempuan simpanan?  Encik Reza tak mabuk kan siang-siang hari ni?” 
Sekali lagi Reza gelak.  Dalam keadaan begini pun, Willa masih mampu mencuit hatinya.  Kelakar! 
“Aku waras, Willa.  Dan, kali terakhir aku mabuk sikit masa kali pertama aku jumpa kau.  Itu pun aku sedar lagi.  Aku memang sedar sekarang.  So, aku harap kau telefon aku ni dengan dah ada keputusan…”
Willa mengeluh tipis.  Dipujuk hati agar tenang. 
“Tugas perempuan simpanan ni, apa?”  Andai Reza nak bermain, okey.  Dia akan lawan. 
“Seperti yang pernah kau buat dulu…”
“Apa yang saya buat dulu?”
“Jual diri kau?”  tebak Reza biarpun dia menyangkal keras di hadapan Najmi.  Tapi, dengan Willa… dia sendiri menuduh gadis itu begitu. 
“Saya tak pernah jual diri saya biarpun beratus orang cuba membuat tawaran sama macam yang Encik Reza buat sekarang.  Walaupun sekarang saya betul-betul perlukan duit tu dan ganjaran dia memang satu angka yang saya tak jangka…”  Satu juga, Willa… tapi, Willa tolak jauh bisikan itu. 
“…jawapan saya, tetap tidak.  Saya dah cukup rugi jual masa saya pada Encik Reza tapi Encik Reza tak hargai.  Saya dah cukup rugi temani Encik Reza.  Katalah apa saja.  Saya tak akan patah balik dan terjun dekat tempat di mana saya pernah humbankan diri saya.  Ya, apa yang Najmi cakap, semuanya tepat…”  Willa perlu akui dan dia yakin, Najmi telah ceritakan segalanya. 
Birai mata Reza basah.  Semuanya tepat.  “Termasuk liuk-lintuk tubuh kau dalam satu selimut dengan dia?”  selar Reza menahan geram. 
“Hah?  Jadi, Encik Reza percaya pada orang yang dah belot Encik Reza?” 
“Apa sebab untuk aku tak percaya?” 
Willa akhirnya ledakkan tawa.  Yang dia paksa.  Najmi masih tak serik dengan apa yang dia berikan pada lelaki itu kali terakhir dulu. 
“Kau ketawa kenapa?  Seronok ingat hal lalu dengan dia?” 
“If I tell you the truth, can you trust me?  Will you?”  soal Willa setelah tawanya reda.
Saat ini, tak terkata lukanya hati dia.  Kenapa mesti semua ini dia lalui dengan Reza.  Kenapa dengan lelaki yang saat pertama kali saja dah cukup buat dia rasa nak meminta lebih lagi daripada Tuhan. 
Pertama kali dengar Willa speaking dan yakinlah dia bila Najmi katakan, Willa adalah seorang bakal doktor. 
“Erwilla Reane Merlis,” seru Reza perlahan. 
Dia dah terlalu letih nak bertekak dengan Willa sekarang.  Padahal rindunya kian menggebu. 
“Siapa kau sebenarnya?”  Soalan itu diaju setelah sekian lama berlegar dalam kepala. 
“Saya hamba Allah yang telah banyak berdosa,”  jawab Willa.
Reza terdiam.  Aku ini sedang menjatuhkan hukuman pada orang lain.  Adakah aku ini bukan pendosa?



IBU Ati muncul di depan pintu sebaik saja dia kuak lebar daun pintu.  Wajah tua itu nampak sedikit muram.  Boleh jadi kerana tahu yang dia sedang ditimpa keresahan yang bukan sedikit. 
“Kenapa, bu?”  Jarang Ibu Ati kacau dia malam-malam. 
“Engku panggil dekat bawah…” 
“Kenapa?”  Aneh.  Muncul tiba-tiba setelah satu malam lesap.  Nak jumpa dia?  Kan dah janji, masing-masing ikut hala tuju masing-masing. 
“Ibu Ati tak tahu.  Reza turunlah, ya?”  pesan Ibu Ati sopan lantas berlalu.
Reza akur.  Meniti anak tangga ke tingkat dua.  Nampak Engku Marlia tenang duduk di situ.  Ruang keluarga yang tak pernah digunakan.  Rumah ni macam rumah puaka. 
“Ada apa?”  Duduk dihenyak kasar.
“We need to talk,” ujar Engku Marlia.
“Regarding what?” 
“Please, Reza.  Jangan dingin sangat.  Apapun, mummy ni ibu Reza lagi…”
Whatever.  Nak aje dia jawab begitu tapi sepintas, kata-kata Willa menerpa.  Ibu tetap seorang ibu.  Dia redakan rasa meluatnya. 
“Okay.  Make it fast.  Reza letih…” 
Nafas lega dihela.  Nampak tadi nak memberontak tapi akhirnya, Reza mengalah.  Engku Marlia senyum tipis.  Hal dia dan lelaki muda itu, dia akan selesaikan kemudian dengan Reza. 
“Mummy nak Reza tunang…”
“What?  Are you mad?”  Terbuntang biji mata Reza dengan kata-kata mummy.
Apa dah jadi?  Kenapa tiba-tiba?  Nak tutup maksiat mummy, dia pulak yang jadi mangsa? 
“Mummy okey,” nafi Engku Marlia. 
“Tapi, mummy betul-betul maksudkan.  Bukan suruh kahwin, tapi tunang dulu.  Then Reza decide sendiri bila nak kahwin…”
“Come on, mummy…”  Reza ketawa terbahak-bahak.  Gila ke apa. 
“Mummy tahu kan yang Reza ni suka…”  Bicaranya mati.  Berat lidah nak sebut nama Willa.  Nama yang banyak menyembunyikan rahsia. 
Sakit hati dia!
“Willa?  Budak jalanan tu? Yang tak tahu mana asal-usul.  Yatim piatu?  Tak ada apa melainkan berumpankan muka polos dia untuk perangkap Reza?  Perempuan tu?” 
Damn!  Reza menyumpah dalam hati. 
“But she is still her, mummy…”  Saja dia nak naikkan darah mummy dan menolak keras cadangan itu. 
“Lagipun, kalau nak sorok skandal mummy pun, tak perlu tolak Reza yang jadi kambing hitam…”  perli Reza.
Engku Marlia tenang.  Dah agak Reza akan bangkitkan hal  ini.
“Okey.  Kita buat perjanjian.  Mummy bawa dia dok semeja dengan Reza tapi dengan syarat, Reza ikut mummy ke rumah kawan mummy esok.  Kita risik anak dia.  Mummy dah janji…”
Aduhai… selepas satu, satu masalah timbul.  Hal skandal mummy tak selesai lagi.  Ditambah dengan kisah Willa.  Dan sekarang, nak tambah lagi satu?
“Sorry, mummy.  I can’t.”  Reza menggeleng. 
Setakat nak berdepan dengan jantan keparat tu, dia boleh buat sendiri kalau dia nak.  Tapi, dia masih takut.  Takut andai bila berdepan bukan lidah yang bekerja tapi tangan yang melakukan kerja.  Kerana itu dia tahan diri sampai hari ini.
“Okey.  Kalau gitu, mummy izinkan Reza dan Willa…”
“What?  Semudah tu?” 
Engku Marlia sengih sinis.  “Sebab mummy yakin, anak kawan mummy ni akan dapat tawan hati Reza.  Beautiful, intelligent…”
Heh, macam pernah dengar ayat tu daripada mulut Najmi.
“…yet she is so religious…”  tambah Engku Marlia kerana dia tahu, bagaimana pun Reza pasti mahu yang punya agama. 
Dia juga tak kisah namun kedudukan keluarga Rozita biarpun tak setara dengannya tapi punyai kedudukan dalam masyarat.  Dan, Willa… hanya umpan. 
Kening Reza terjongket sebelah.  Sejak bila mummy pilih yang beragama melainkan berkedudukan semata-mata. 
“Dan Willa?” 
“As you wish.  Buat apa saja yang Reza nak tapi, cukup ada sorang isteri.  Yang lain, Reza tentu faham maksud mummy, kan?” 
Perempuan simpanan?  Reza gelak terbahak-bahak.  Bangkit daripada duduk.  Menggeliat ke kiri dan kanan. 
Murahnya harga seorang Willa pada masa dunia. 
Reza bangkit.  Mendekati Engku Marlia.  Ditarik tangan mummy, memaksa wanita itu berdiri. Tubuh itu dipaut erat.  Dibelai rambut mummy yang masih hitam pekat. 
“Betul kata, mummy.  Cukup ada seorang isteri.  Dan, dia adalah budak jalanan tu.  Tak kan ada yang lain,” bisik Reza lantas melabuhkan kucupan di pipi mummy sebelum dia berlalu lemah.
Harga diri gadis itu diperkotak-katikkan, dan dia tak boleh kata dia tak bersalah.
Willa… aku suka kau! 

Kau juga kena suka aku!  

...bersambung

16 comments:

  1. Thanks RM .. hadoi..1 keja tambah duk intai blog ni...best .. best..cam x sabar nk tahu n hrp2 nikah le reza willa ni..

    ReplyDelete
  2. Jalan kisah ni semakin menarik...tak sabar nak baca kisah selanjutnya..Bravo Kak Rehan...

    ReplyDelete
  3. Reza tlg pertahanan kan willa dn maruah willa.... Tlg la..

    ReplyDelete
  4. Reza tlg pertahanan kan willa dn maruah willa.... Tlg la..

    ReplyDelete
  5. Sy pun suka awak willa & awak reza. Suka sume cerita RM. Suka RM. Hehehe..

    ReplyDelete
  6. Siapa skandal engku marlia & apa yg engku marlia sibuk sgt nk kawal si reza?
    Reza kne tetap pendirian la. Jgn tau ckp je tp buat lain.
    Makin nak tau cte ni next next

    ReplyDelete
  7. wahhhhh teruja ni....tq kak RM...pls smbung lg..hihihi...nk tau kisah selanjutnye...

    ReplyDelete
  8. Yess.... Harga diri Willa tinggi disisi Allah dan Reza... kuatkan semangat Reza untuk memperisterikan Willa...

    ReplyDelete
  9. Fighting for Willa, Reza
    Pasti berbaloi...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Sad ending.. ada apa2 jd dkat willa ke. Alah kak.. xnak lah sad ending. jgn jd apa2 dkat willa. Please

    ReplyDelete
  12. Moga rehan dikurniakan hati yg tenang dan idea yg mencurah2 sentiasa.....blh update citer ni sokmo

    ReplyDelete
  13. Yes. Berbaloi menangis. Akhirnya reza akui dia suka willa..

    ReplyDelete
  14. x paham la dgn reza ni .. geram betul ,

    ReplyDelete
  15. geram betui kat reza ni..haihhh suka kat willa..

    ReplyDelete