DIA
hantar pergi langkah Willa hanya dengan pandangan mata. Bersembunyi di balik tiang melihat langkah
lemah gadis itu. Teringat masa Willa
sakit di rumah dia. Jangan pengsan dekat
tengah laluan pejalan kaki tu sudah. Dia
tak akan angkat. Dia tak akan simpati
lagi. Cukuplah sekali dia menjadi orang
lain. Dia tak didik hatinya begitu
lembik menghadapi perempuan.
Tapi,
Willa… Argh… jangan fikir, Reza. Dia…
Engku Reza Mukhriz! Tak kan tunduk
dengan perkara remeh.
“Bos
tengok apa?’
“Hah?” Reza menoleh laju bila ditegur oleh bekas PAnya. Gila betul.
Buatnya dia ada sakit jantung.
“Itu
ke yang bos cakap?” Mata Zuki tunak
memandang Willa yang sudah jauh menapak.
“Sibuklah
kau.”
Zuki
senyum. Dia cari Reza tapi ternampak
Reza ada di balik tiang ni, rasa pelik pulak.
“Bos
intai dia kenapa?”
“Tengok
tu…” Jari telunjuk Reza dah tegak. “Menyibuk lagi kau ni, Zuki!” Dia menggeleng kecewa. Berapa kali nak cakap. Selain urusan kerja, jangan soal dia yang
lainnya.
Rimas!
“Apa
lagi kau datang nak jumpa aku ni?”
“Eh,
saya kan bekas PA bos…”
“Argh…
shut up. Aku tahu kau tu jadi PA aku
sebab nak report dekat Engku Marlia, kan?”
“Eh,
mana ada macam tu, bos. Mula-mula memang
dia tanya tapi lama-lama, dia tak kisah langsung dah. Cuma tadi dia datang jumpa saya. Nak minta saya jadi PA bos pulak..”
“Oh
man… jangan buat gilalah, Zuki. Aku dah
ada assistant baru,” balas Reza.
Dia
terus berlalu ke lif. Malas betul layan
Zuki ni. Orang kanan mummy. Tahu sangat.
Nanti ada aje aktivit dia yang sampai ke telinga mummy.
“Laa…
perempuan tu ke bos?”
“Ha,
dia. Kenapa? Nak report dekat Engku Marlia?” soal Reza sinis. Separa mencabar.
“Pergilah
report. Aku memang nak sangat dia tahu
aku ambik perempuan tu jadi PA aku.
Besar harapan aku kalau kau cakap dekat Engku Marlia.” Reza terus membidas.
Dijeling
Zuki tajam. Jantan apalah penyibuk
sangat ni!
Sampai
di bilik, tubuh dihenyak kasar di atas sofa putih. Terus saja memandang kontrak yang telah Willa
tandatangan. Lama dia renung tandatangan
Willa. Panjang. Acah-acah orang nak tiru sign dia ke apa
sampai berjela.
Ditilik
lagi. Apa nama penuh budak ni, ya? Nombor kad pengenalan Willa meniti pada
bibir. Muda sangat lagi. Beza lima enam tahun dengan dia yang dah lebih
siri tiga ni.
Kepala
menoleh pada kerusi di mana Willa duduk tenang.
Tak berkata apa lagi setelah bersetuju dengan apa yang ditulis. Gamaknya, gadis itu benar-benar perlukan
duit. Entahlah… memerlukan, atau
sememangnya mata duitan…
“Macam
mana kau hidup sendiri selama ni, Willa?”
Teringat dia usulkan soalan itu pada Willa sebaik saja dia tahu yang
Willa itu sebatang kara.
“Sama
macam awak hidup. Perlukan oksigen…”
Heh. Sarkastiknya jawapan. Geram pulak dia. “What a pathetic answer, Erwilla. Habis tu, kau telan udara ajelah, ya? Kenyang?
Kalau gitu, kenapa bersungguh carik duit kalau dapat hidup pakai udara
aje?” tempelak Reza menahan geram.
“Ya,
betul tu. Macam mana saya hidup hanya
dengan udara sedangkan saya perlu makan.
Untuk teruskan hidup sebelum ajal menjemput. Malah, bila mati sekarang pun perlukan duit
untuk uruskan jenazah. Usah kata semasa
hidup, mati pun perlukan duit. Semuanya
perlu duit. Saya hidup selama ni, dengan
usaha yang bukan sikit. Dengan semangat
yang kukuh. Itu cara saya hidup…”
Dahi
Reza berkerut. Kurang cerap dia apa yang
Willa mahu sampaikan. Susah sangat ke
soalan dia sampai jawapan Willa begitu terbelit.
“Kau
ni tak faham soalan ni…” Reza geleng tak
puas hati.
“Saya
faham, Encik Reza. Tapi, dah ditakdirkan
saya sebatang kara, macam mana lagi saya nak hidup kalau bukan bergantung pada
diri sendiri…”
“Tak
sekolah..”
“Tak
sekolah, tak pandai menulis membaca saya…”
Reza
menjeling tajam. Cakap tu tak sindir
orang tak sah gamaknya. “Maksud aku,
sampai mana kau sekolah…”
“Sampai
university…”
“Lepas
tu, tak dapat kerja ke apa?”
“Ini
dah dapat kerja…”
“Engkau
ni la hai…” Reza dah kacip gigi. Geram betullah dengan loya buruk Willa
ni. “Tak kan kau masuk universiti
belajar jadi driver, kerja entah apa-apa…”
Willa
jatuh bahu. Apa ya dia nak jawab dekat
Reza ni. Andai dia di tempat Reza pun
akan curiga. Mesti sikit sebanyak nak
tahu tentang latar belakang orang tu.
Dia, andai mampu nak padam terus segala masa lalu yang begitu dia
kesali.
“Saya
tak habis belajar sebenarnya…”
“Hah? Sebab duit?”
“Salah
satu sebabnya.”
“Sebab
lain?” duga Reza. Tiba-tiba jadi berminat pula.
Bukan
apa, dah kerja dengan dia sekarang. Nak juga dia tahu sejarah silam Willa. Buatnya bekas pembunuh upahan ke. Mana dia tahu. Tak pasal-pasal dia jugak yang kena.
“Ke
kau kena buang? Betul tak?” Tak sabar dah dia bila Willa berterusan diam
memandang dia tak lepas.
“Saya
berhenti.”
“Eh,
berapa punya sengkek kau ni, hah? Tak kan
kau tak dapat scholarship ke, pinjaman ke?”
Kepala
gadis itu tunduk. Scholarship dia tak
cukup. Malah, pinjaman yang berpuluh
ribu itu juga dia gunakan untuk tujuan lain.
Sekarang, hutang itu masih tak langsai walau satu sen.
“Kau
ni jenis kaki joli ya masa belajar?”
Bibir
diketap. Telahan Reza tepat lagi. Segala
apa yang lelaki ini terka tentang dia sememangnya benar belaka.
“Saya
perlukan duit sekarang. Duit yang banyak…” ujarnya perlahan. Mengalih tumpuan Reza.
“Okey.” Reza hela nafas sedikit kasar. Berdiri tegak menghadap Willa.
“Kau
pun dah mengaku, duit adalah segalanya dalam dunia, kan? Jadinya, kau setuju dengan semua syarat yang
aku letak tu, kan?”
“Ya…” jawab Willa ringkas.
Reza
senyum puas hati. Yang mummy tak suka,
itulah yang dia suka. Apa nak kata, dia
dan Engku Marlia memang suka pada perkara yang berlainan. Dan, Willa adalah satu kelainan itu.
Kertas
yang telah Willa tandatangan itu dicapai.
Dilipat dan dia letak dalam poket seluar.
“Kau
tak boleh mungkir janji, Willa. Tak boleh
langgar kontrak ni. Kalau tak, aku tak
akan bayar kau walau satu sen pun. Kau kena
faham tu…”
“Ya,
saya faham…”
“Cun…” Reza ketik jari.
“Perkara
pertama yang kau perlu buat sekarang adalah…”
Senyuman sinisnya kian tajam bila mata mereka berlaga pandang.
Willa
telan liur.
Reza
hanya tenang bersuara.
TANGAN
Willa sedikit menggigil menyambut kembali kad platinum dan resit yang dihulurkan. Gila… seumur hidup inilah pertama kali dia
jejak kaki ke dalam butik sebegini mewah.
Baju yang dia pakai sekarang, kalau dekat pasar malam, rasanya baru
dalam dua puluh ringgit tapi ini…
Matanya
hampir terjojol. Dekat seribu. Baju apa
ni. Daripada material apa? Tapi, jika ini arahan Reza, dia ikutkan. Sesekali, dia toleh ke dalam cermin. Palazzo berona putih. Blouse merah terang dan selendang putih corak
bunga merah jambu halus itu, benar-benar melengkapkan gaya.
Dia…
macam orang lain!
“Cik
tak nak make-up?” soal promoter comel
itu.
Willa
geleng. “Saya selesa muka saya gini.”
“Tapi,
pucat sangat. Apa kata saya pakaikan
lipstick sikit. Cik ada dinner-date,
kan? Betul tak?”
“Errr…” Willa cuba menolak tapi gadis comel itu sudah
mendekatinya. Langsung disapu lipstick.
“Ini
saya punya. Jangan risau. Tak ada caj…”
Dia sengih.
Willa
juga. Dinner-date apalah pulak. Dia kerja ni.
Nak jumpa majikan.
“Apapun,
terima kasih, ya?” ucap Willa lantas
berlalu keluar. Sebaik saja dia memijak
tangga, kereta kuning itu sudah terparkir gah.
Ada susuk tubuh yang sedang tegak membelakangi dia.
Nampak
segak daripada belakang. Perlahan, Willa
hampiri.
“Encik
Reza?” serunya.
Serentak,
Reza berpaling. Memandang Willa
terkebil-kebil daripada atas ke bawah. Dia
mahu senyum tapi ditahan. Penampilan Willa
nampak sedikit cacat di matanya.
“Saya
dah ikut arahan bos,” ujar Willa bila Reza hanya terkebil-kebil sendiri.
“Ehemm…” Reza berdeham panjang. Dah kenapa engkau ni comel sangat pulak. Mulut siap merah menyala.
“Kenapa
kau pakai lipstick tiba-tiba ni? Bukan biasa
mulut kau pucat aje ke?”
Willa
sentuh bibir sendiri. Digigit perlahan. Bukan dia nak pakai pun. Budak tu tadi…
Mata
Reza berbelalak ke atas. Dah dia gigit
bibir dia sendiri pulak dah.
“Adik
promoter tu tolong saya sapu tadi sikit.
Katanya tak merah…” Dia cuba
tenyeh tapi tangan Reza laju menahan.
“Jangan
buang,” ujarnya dalam gelengan.
“Pelik
ke?”
“Tak
pelik. Cuma...” Merah sangat.
Kau buat jiwa lelaki aku lemah. Tapi,
Reza hanya telan liur sendiri.
“Dahlah…
jom kita. Ada tugas yang kau kena
selesaikan malam ni…” ajak Reza. Dihalau jauh rona merah darah itu daripada
terus membuatkan rengkungnya kering.
Willa
baru nak tarik pintu bila ada suara menegur.
Tubuh
Reza kembali tegak. Willa menoleh.
“Sayang?”
Bibir
Reza terukir senyuman senget. Willa
terpinga-pinga. Dia panggi aku ke panggil Si Reza ni.
“Macam
you boleh ada dengan dia…” Maira
menghampiri Reza.
Namun,
tangan kasar Reza menahan. Amaran. Jangan dekati dia! Cakap daripada jauh pun, telinga dia tak
pekak lagi.
“Kenapa? Daripada dengan you yang tak hargai I. Lebih baik dengan orang yang hargai I…” Kening tebal Reza terjongket pada Willa. Menghantar isyarat.
“Tak
kan sebab peristiwa dekat club malam you bertumbuk tu, you langsung benci I…” Sengaja Maira lunakkan suara. Sesekali dia menjeling gadis cantik itu. Biarpun hanya merah pada bibirnya saja, tapi
ada aura. Tak pelik kalau Reza
terpikat. Tapi, sejak bila Reza ubah
citarasa memilih gadis yang berbalut penuh.
“No. I tak benci you, Maira. I Cuma bosan dengan you. Dan kalau you nak tahu…” Reza hampiri Willa. Ringan tangannya hendak naik ke bahu Willa
tapi Willa bukan Maira atau orang lain.
Benar
Willa bekerja dengan dia sekarang tapi entah kenapa, hatinya tetap melarang dia
berlebih dengan Willa.
“…she’s
my future wife,” beritahu Reza bangga.
Dikerling
Willa yang ternganga. Dia pun tak sangka
boleh jumpa Maira dekat sini. Senang. Kira dendam dia terbalas.
“Bakal
wife you? Perempuan macam ni?” Jari runcing Maira lurus pada Willa.
Dahi
Willa berkerut. Berapa juta kali dah dia
dengar orang cakap dia perempuan macam tu.
Macam mana?
“Excuse
me, cik. Saya ni dah dekat nak bernanah
telinga dengar cakap saya perempuan macam tu, macam ni… boleh saya tahu macam
mana saya pada mata cik? Dan, apa
kurangnya saya kalau saya jadi isteri Reza pun?” soal Willa berani.
Mata
kuyu Reza membulat. Mak aih… dia tak
harap pun Willa jawab. Tapi, kalau jawab
dengan sebegini padu, memang sempurna rancangan dia.
Maira
nampak gagap. Terkulat-kulat diherdik
begitu. Dia pandang Reza minta simpati
namun mata kuyu itu terus melekap pada wajah gadis di sisi. Dan dia tahu, pandangan itu tak seperti Reza
memandangnya. Pandangan itu adalah
pandangan yang punya rasa.
“Okey,
fine… I pun tak hadap jantan tak teruna macam Reza ni!” bentak Maira dan terus
menoleh tapi Willa laju melelar lengan Maira.
“…dan,
dah tentu Reza pun tak hadap bukan anak dara macam cik ni, kan?” Entah kenapa, memberontak jiwanya bila Reza
digelar demikian. Terasa tersiat hati. Sedih.
“Kau…” Maira diam bila Reza merenung tajam.
Willa
berpaling tapi baru nak memasang langkah, kakinya disepak Maira. Kaki yang sudah lama tak menyarung kasut
setinggi empat inci itu terhuyung-hayang.
Baru hendak menyembah simen, pinggangnya dipaut kemas.
Dada
Willa berombak. Tapi dia lega. Andai tidak, dahinya akan terbelah. Tapi, bila memandang wajah resah di depan
yang cuba menjamah bibir merahnya, Willa terkaku.
...bersambung
serius besttttt
ReplyDeletewaaaa...best2..
ReplyDeleteBest...pjgn2 cikit pun x per RM
ReplyDeleteBest...pjgn2 cikit pun x per RM
ReplyDeleteoh my !!!! sabar reza jangan terpengaruh dgn hasutan syaitan
ReplyDeletePowerla ayat willa utk maira tu.. hahaha!
ReplyDeleteHaip reza. Behave!
ReplyDeleteTertanya2 willa ni spe dlu. Sbb ada ayat 'kaki yg sudh lama x tersarung kasut 4 inci'
So siapakah willa.
Best update!!
Same here..sapa willa ni sbnrnye dl..
DeleteJeng jeng jeng
ReplyDeletehaha..tercabar jugak makcikni, gangster sikit, ini yang kita mau
ReplyDeletetq akak, sudah lama mnnati
haha..tercabar jugak makcikni, gangster sikit, ini yang kita mau
ReplyDeletetq akak, sudah lama mnnati
Waaaa... best2
ReplyDeleteOh mai oh mai.oxygen oxygen...
ReplyDeleteHope RM cepat sembuh dari penyakit M..... best gilerrrŕ
ReplyDeletewilla & reza... can't wait for both of u
Hope RM cepat sembuh dari penyakit M..... best gilerrrŕ
ReplyDeletewilla & reza... can't wait for both of u
Wow...reza nk cium willa ke hehe
ReplyDeleteYes willa!!
ReplyDeleteYou go girl!!
~noriatul~
tqvm RM..setelah sekian lma menunggu..akhirnya...
ReplyDelete