Friday, November 22, 2013

Cinta Yang Kucari 6

MELIHATKAN Luth makan, Payed tak ada selera pulak.  Bukan tak cukup cantik tapi rasa bersalah tentang hal tadi.  Balik nanti, satu hal kena terangkan dekat mummy dan abah.  Lepas tu nak pergi bersihkan tanggapan hitam Palee pada Luth. 

Dia tak sengaja sebenarnya.  Memang niat dia nak buka kemeja tu bagi Luth basuh dan lepas tu dia nak sarung baju singlet lepas tu, pakai kot dekat luar sementara tunggu kemeja itu kering. 
“You marah I?” 
Luth angkat wajah.  Tisu dibawa ke tepi bibir dan dilap perlahan.  Mata Payed jatuh pada bibir Luth yang nampak merah kebasahan.  Terus dicapai jus tembikai dan diteguknya rakus tanpa menghiraukan straw yang berdiri tegak. 
“Kenapa mesti nak marah?”  soal Luth kembali. 
Payed letak gelas tersebut atas meja.  “Hal tadi tu... hal Palee...” 
“Dia salah faham aje tu...”  Sedaya-upaya Luth tenangkan diri.  Janganlah nak ungkit lagi.  Dia dah nak lupakan dah ni. 
“You tak marah sungguh ni?” 
Luth angguk.  “Benda tak betul nak marah buat apa?  Kalau kata betul sekalipun, lagilah tak layak saya nak marah.  Allah maha tahu, Encik Payed.  Dahlah, abaikan.  Makanlah...” 
Ketenangan Luth benar-benar mencabar hati lelaki Payed.  Dia rasa nak tampar aje pipi Palee.  Biar tahu hormat abang sikit.  Tak reti tengok orang betullah. 
“Kalau gitu, I pun minta maaf...” 
“Saya maafkan...”  Kelopak mata Luth berkedip sekali dan kali ini, kudrat pada tangan Payed bagaikan hilang.  Tak mampu dia nak angkat gelasnya. 
“Luthfiya?”
“Erm...” 
“Itu nama awak, kan?” 
Luth angguk.  Payed dah sedia maklum itu semua. 
“Dari mana awak datang sebenarnya?” 
Dahi Luth berkerut lebat.  “Bumi.  Bukan lain-lain planet.”  Dia dah mula meraba pipi kirinya.  Takut  yang terselindung terkesan.  Boleh jadi sebab itu kot Payed nampak dia bagaikan alien. 
Jawapan Luth buat Payed gelak.  Dalam muka serius tu, ayat lawak boleh tahan.  “I tahu you orang bumi... tapi kenapa tiba-tiba you boleh tercampak depan I, datang temuduga dan jadi staf I...”  Wajah Payed penuh tanda tanya. 
Luth hela nafas lega.  Hampir. Takut dia.  Takut kena buang kerja sebab keadaan diri yang tak sempurna.  Mata mereka bertentangan.  Payed dah tak senang duduk. 
“Takdir Allah menghantar saya depan Encik Payed.  Boleh terima tak jawapan tu?” 
Gulp... Payed telan liur satu persatu.  Dia masih belum mampu cerna, takdir yang dimaksudkan oleh Luth. 
Di rumah – beranda.
Di pejabat – pembantu peribadi.
Di rumah -  takdir yang Luth cakap tu, takdir untuk hidup berdua ke?  Eh, merepak aku ni.  Payed tampar pipi sendiri.  Bagi sedar diri sikit.  Sejak bila pandai berangan ni?  Berangan tak dapat apa.  Kalau nak apply terus.  Setakat peluk bayang, tak mendatangkan nikmat!
“Err… ni I nak tanya you ni…”  Air disisip seketika.  “…kenapa you pakai tudung sampai ke depan.  Kadang-kadang I tengok macam nak tertutup muka you.  Nak tengok muka pun tak boleh,” bebel Payed bersama cebikan.  
Memang pun.  Nak tengok wajah Luth, terpaksa dia intai dengan gigih.  Apalah yang bertutup sangat.  Tak rimas ke berbungkus. 
Soalan itu buat Luth ketap  bibir lantas tertunduk.  Payed tak tahu.  Semua orang tak tahu melainkan Fina, mama dan ayah aje yang tahu.  Tapi, elok begini.  Dia menutup aurat lagipun.  Apa masalahnya?
“Kenapa?”  Luth angkat wajah.  Tepat memandang anak mata hitam Payed.  “…penampilan saya ni menyakitkan mata Encik Payed ke?”  Sinis.  Sedikit keras. 
Kening Payed terangkat dan mencebek.  Memang Luth bukan calang-calang wanita.  Dia dekatkan wajah dia di depan Luth. 
“Mana ada menyakitkan mata.  You nampak cantik apa?”  Payed memuji tapi Luth bukan jenis mudah terbeli dengan pujian bila sepanjang hidup hanya herdikan dan hinaan yang singgah pada peluput telinga. 
Tiada kata lagi yang mampu diluahkan melainkan senyuman semata-mata.  Saki baki makanan terus disua ke mulut.  Biarlah bicara mereka tergantung sebab rasanya, dia tak akan lama kerja dengan Payed kalau beginilah sikap majikannya.  Tak boleh dia. 
Apatah lagi mengingatkan sinis Palee padanya, entah bila dia mampu betulkan keadaan walaupun sebenarnya tak memberi kesan pun.  Tak penting pandangan manusia pada seorang Luthfiya.  Dia hanya mementingkan pandangan Allah, juga mama dan ayah.
Payed juga diam.  Tak tahulah nak bagi ayat apa lagi hendak menarik Luth bersuara.  Payah sungguh.  Macam ada emas dalam mulut tu.  Dia sekadar melemparkan pandangan ke luar restoran.  Nak makan dah kurang selera. 
“Encik Palee tu memang betul adik Encik Payed ke?”  Luth akhirnya bertanya memecahkan sepi antara mereka biarpun ruang dalam restoran ini agak bising dengan gelak tawa dan pinggan berlaga dengan sudu. 
“Memang betullah tu.  Kan I dah kenalkan nama dia.  Kenapa you tanya?  Nampak kami beza ke apa?” 
Nothing...”  Luth geleng kepala dua tiga kali.  Dia angkat kelopak mata dan merenung Payed buat sesaat dua.  “...Just wondering.” 
Payed ukir senyuman kelat.  Tahu apa yang Luth fikirkan.  Sebenarnya semua orang fikir macam tu.  Dia dan Palee biarpun seibu sebapa tapi tak pernah rapat.  Cumanya tak pernah bergaduh melainkan saling menyindir. 
“Nama pun dah lain, Luth.  Mana boleh nak sama...” 
Memang.  Luth jawab tapi dalam hati.  Hidangan di depan mata masih berbaki tapi perut dah kenyang.  Macam tak sangka pulak bos ajak makan hari ni.  Okeylah rezeki.  Alia sekali biarpun Alia dan kawan-kawan lain dekat meja sana. 
“Tapi, bukan ke Encik Payed dengan dia sedarah sedaging?”  Luth masih kurang mengerti tentang perkara yang satu ni. 
Adeh... nak tepuk dahi boleh tak?  Payed rasa memang kalah kalau berbahas dengan Luth.  Ada saja soalan?  Tapi, dia pun mana boleh kalah. 
“Sedarah sedaging pun, you dan masyarakat tak boleh nak samakan I dengan dia...” 
“Ya... saya tahu,” cantas Luth.  Sekali lagi mata mereka bertentangan.  Luth tarik tudung dia sedikit.  “Iman memang tak dapat diwarisi, Encik Payed.  Saya tahu tu...” 
Payed telan liur yang dirasakan berpasir.  Ikut hati dia...  kalau ikut hati dia nak buat perempuan beku depan dia ni rebah di atas ribaannya.  Senang dia nak panaskan bagi cari. 
“You nak cakap I jahat?” 
Perlahan, Luth menggeleng.  Senyuman hambar terukir tapi tak lama.  Payed dah salah faham ni.  Dia tak maksudkan macam tu pun. 
“Saya tak kenal Encik Payed dengan baik.  Kalau kata saya kenal pun, saya tetap takada hak untuk judge Encik Payed jahat ke apa.  Encik Payed seluruhnya milik Allah.  Hanya Allah boleh nilai Encik Payed.  Saya ni…”  Luth menggeleng.  “…tak layak saya…” 
Kali ini Payed benar-benar terpukul.  Rahang diketap kuat.  Penumbuk digenggam kemas.  Sabar dia menipis.  Pertama kali disinis oleh seorang gadis, buat dia rasa benar-benar tercabar. 
Kalau tak difikirkan amaran keras Luth agar tak memegang lengan gadis itu lagi, dia dah heret Luth ikut suka hati dia.  Biar dia tahu jangan dicabar darah seorang lelaki muda yang mudah mendidih. 
Tapi, Payed tetap berdiri tegak.  Dia dah sedia nak berlalu.  Tak betah dah dia nak berdepan dengan Luth buat masa ni. 
“Alia…”  Langkahnya mati bila melintasi meja di mana Alia dan beberapa lagi staf makan.  Diletakkan sekeping kad warna chrome di depan Alia.  “…bayar makanan ni semua nanti pulang kad tu dekat I,” pesan Payed. 
Tanpa menanti Alia bersuara, Payed hayun langkah kaki.  Tangan diseluk ke dalam saku seluar.  Butang kot dibiarkan terbuka dan membiarkan tubuhnya sekadar terdedah dibaluti singlet putih.  Dada dia terasa sesak.  Hati dia sakit. 
Hati Luth dicekam rasa bersalah.  Dia dah terlanjur kata.  Tak sedar diri tu siapa.  Luth bingkas bangun.  Dia mendekati Alia.  Disentuh bahu Alia dan menghadiahkan yang lain sebuah senyuman tipis. 
“Saya gerak dulu.  Petang ni ada meeting…”  Itu alasan yang konkrit.  Ini mesyuarat pertama dia.  Mesyuarat pertama dengan bos besar. 
Okay.  See you then…”  Alia melambai.  Yang lain juga.  Luth terus bergegas keluar.  Daripada jauh, nampak Payed yang menapak laju menuju ke arah Menara. 
Langkah kaki dilajukan dan ada masanya, dia bagai berlari anak mengejar langkah Payed yang panjang.  “Encik Payed… wait.”  Luth mengah.  Rasa tak lepas nak hela nafas sebaik saja dia menapak di sebelah Payed. 
“I tak paksa you berlari kejar I pun.”  Sinis.  Luth terkedu seketika.  Makin sesak nafas dia.  “Lagipun, kenapa tak habiskan makan dan naik sama dengan diorang?” 
“Err… kita ada meeting petang ni, kan?” 
Payed geleng.  “Batal.  Palee SMS I tadi…”  Mendatar suara Payed.  Semakin laju dia melangkah masuk ke dalam menara.  Mahu membiarkan Luth sendiri menapak mengejarnya. 
“Encik Payed, please…”  Pintu lif ditahan dengan tangan.  Tersepit tapi terbuka kembali.  Wajah Luth menyeringai.  Wajah Payed cuak dan spontan, dia tarik Luth masuk ke dalam Lif lalu tangan mulus itu dibelek penuh risau.
Are you hurt?” 
Ternyata, Luth yang gamam tak terkata apa. 
“Sakit tak?” 
Geleng. 
“Betul ni?”
Angguk.
Don’t you ever do such a stupid thing again.  Kalau luka tadi macam mana?”  sergah Payed diluar sedar. 
Perlahan-lahan Luth tarik tangan dia daripada genggaman Payed.  “Maaf, Encik Payed.  Saya tak sengaja.”
“Tak sengaja apa?  You sengaja letak tangan you tadi…”
Salah faham tu.  Luth maksudkan hal lain.  Dia tak sengaja kata macam tu tadi dekat restoran tapi itulah hakikat.  Boleh jadi Payed rasa disindir sebab itu bos dia tu berlalu dalam keadaan marah.  Sampai makanan pun tak luak.  
“Saya minta maaf cakap macam tu pada Encik Payed tadi,” pinta Luth sekali lagi. 
Payed terdiam.  Dia menggeleng sambil meraup wajah.  Kata-kata Luth terdengar lagi.  Suara sinis Luth.  Wajah seorang gadis di beranda rumahnya menerjah.  Dia masih tak tahu beritahu Luth tentang tu.  Dia nak simpan jadi rahsia dia.  Lagipun, dia tak pasti sama ada betul ke Luth ini dengan Luthfiya yang itu orang yang sama. 
“Tak apalah.”  Payed terus menapak keluar bila saja pintu lif terkuak lebar di tingkat 21. 
Kaki Luth beku nak melangkah.  Dia hanya berdiri di depan pintu lif yang telah tertutup rapat.  Hinggalah satu suara menegur, barulah Luth tersedar. 
“Buat apa kat sini?”  Palee menyoal tenang. 
Erk…”  Luth lap birai matanya.  “Saya baru balik makan tengah hari,” jawab Luth. 
Palee senyum.  “Dengan Payed?” 
Angguk. 
“Yang pagi tadi tu…” Tak habis ayat Palee.  Macam tak sanggup pula nak menyoal.  Tadi tu dia sedar silap dia terlanjur kata.  Bukan nak marah dekat Luth tapi dekat Payed. 
“I tahu salah faham.  I terlanjur cakap sebenarnya.  Tak ada niat.  Sungguh.  I tahu you bukan antara koleksi girlfriend dia.”  Bibir Palee terukir senyuman tawar.  “By the way, I tak marah you.  I marah Payed.  Perangai tak berubah.  Bilalah dia nak rasa perempuan ni untuk dilindungi, bukan untuk dipakai buang,” bebel Palee seraya menggeleng lalu dia melangkah menuju ke pintu kaca. 
Kad pekerja dilayang pada interkom dan pintu terbuka.  Belum pintu tertutup, Palee menahan dan sempat dia memandang Luth.  “Are you coming?” 
Bagai tersedar daripada lamunan, Luth melangkah laju melepasi pintu.  Palee senyum dan merapatkan semula pintu kaca itu. 
Thanks...” 
Don’t bother.  Anyway, lepas kerja petang ni, you buat apa?” 
Hah?”  Spontan, Luth tayang riak terkejut.  Buat Palee tergelak kecil dengan riak wajah itu. 
“Kalau tak keberatan, petang ni I nak belanja you minum sebagai tanda minta maaf atas ayat kasar I tadi.  My bad,”  ujar Palee berterus-terang. “Dan bukan berdua pun...”  Bagai mengerti akan pandangan Luth yang jelas ragu-ragu, Palee menyambung. 
Luth gamam.  Menggeleng tidak, mengangguk jauh sekali apatah lagi matanya terpandang tepat di lorong sebelah kiri.  Nampak tenang tapi Luth boleh rasa bahang yang sedang bergelojak di dalam dada itu. 
“Luth, come here…”  Arahan tegas bergema. 
Palee kalih merenung Payed. 
“We got a lot of work to do!” 
Luth menapak tanpa memberi jawapan pada Palee.  Saat Luth berdiri tepat di sisinya, lengan Luth dipaut sedikit kasar. 
What is your answer?”  soal Payed bergumam.

Pantas Luth berpaling.  Dia menggeleng.  Payed hela nafas lega.  Perlahan-lahan, bibirnya koyak dengan senyuman.  Senyuman manis yang tak pernah dia hadiahkan pada mana-mana gadis.  



bersambung

25 comments:

  1. apa erti senyuman payed itu...tapi memang marvelous RM...:)

    ReplyDelete
  2. Payed jealous heh?.
    .kak RM..ayat permulaan bab 5 n 6 tu mmg nk buat sama heh? "MELIHATKAN"..

    ReplyDelete
  3. Ohmyy. Jealous pulak Payed! Heheh.
    -nin-

    ReplyDelete
  4. Best! Nak lagi ~ kak pah

    ReplyDelete
  5. Wah! Eventho Payed still unsure of his feelings...he seems sure not wanting to shaew her with anyone else

    ReplyDelete
  6. kesian kan ..kalau fiya kena memilih lelaki mana yg akan berada berkongsi rasa dengannya... Diantara Palee dan Payed siapakah yg akan beraja dihati gadis itu.. kan... sudah tentu bukan Payed..kalau dilihat dari sikapnya yg buaya tembaga...kan...

    ReplyDelete
  7. pheww...susah nak layan boss aka payed sorang nih..jenuh nak kene teman jer gi memana...kang tak kena gaya kene tangkap basah plak..huhu..

    ReplyDelete
  8. best la cita nie...

    ReplyDelete
  9. Nak payes gak...ttapikan apa akan jadi yek bila payed nampak muka luth yg sebelah lg ...

    ReplyDelete
  10. Great story Rehan. Coming from you not a surprise, you are a great writer.

    ReplyDelete
  11. RM, suka jln cerita awak...sukar nak buat speku ;)., thumbs up

    ReplyDelete
  12. Kenapa dgn luth sebenarnya ? Hmmm

    ReplyDelete
  13. payed dh memberikan senyuman yg bisa mencairkan..

    ReplyDelete