BAJU
dah siap. Semua dah siaplah. Ma baru balik daripada Pejabat Kadi daerah
Pelabuhan Klang. Membawa sekeping sampul
surat dan dihulurkan untuk aku.
“Signlah
apa patut. Ma dah taging. Nanti pulang balik dekat ma...” Dia hulur.
Lama. Tapi, aku tak sambut. Bukan tak nak sambut tapi tangan aku beratnya
nak sambut sampul tu. Aku nampak macam
ma hulurkan bom tangan aje. Menghitung
jangka hendak meletup.
“Bila
Fendy hantar dekat ma?” Aku tanya saja
hendak mendamaikan resah. Mata ma aku
pandang dalam-dalam.
“Semalam…” Perlahan-lahan bibir dia terukir dengan senyuman
manis. Pipi aku diusap lembut. “Dia tak cakap dekat TUah ke?”
Aku
geleng. Fendy pun satu hal. Dia sungguh ke nak tamatkan zaman buaya tembaga
dia tu dengan aku? Jangan kata dia yang
lari daripada majlis nanti.
“Dah
banyak hari tak contact dengan dia, ma…”
Senyuman aku terukir kelat. Nak tak
nak, aku sambut sampul warna coklat tu.
“Tak
apalah…” pujuk ma. “Boleh jadi dia pun
nak menjaga batas pergaulan. Sebelum nikah
ni darah manis orang tua-tua kata. Eloklah
tak jumpa. Dia datang pun kejap
aje. Sabarlah. Esok lusa dah boleh marah dia kalau Tuah
sampai hati,” ujar ma lantas dia berlalu ke dalam bilik.
“Jangan
lupa sign semua borang tu, Tuah. Esok ma
hantar ke sana balik,” pesan ma sebelum dia rapatkan daun pintu.
Terduduk
aku di atas sofa. Lemah lutut aku masa
ni. Apa yang perlu aku buat sebenarnya
ni? Nak tolak Fendy dan lukakan hati dia
seperti mana hati aku pernah dilukai? Bagi
orang lain rasa pulak macam mana sakitnya hati?
Jadinya, apa beza aku dan Rozie? Apa
bezanya hubungan kami dengan Khalifh?
Tangan
aku terketar-ketar menarik kertas putih bersaiz A4 itu keluar daripada
sampul. Semakin lama, semakin payah
pulak. Rasa tersekat. Rasa tak sanggup mata aku menatap nama aku
dan nama Fendy di atas dada borang nikah tersebut.
Allah…
redakan hati kita. Kita tak reda ni,
Allah. Kita hamba yang tak bersyukur
dengan nikmat. Kita hamba yang cuba buat
semua orang menderita. Tak putus-putus
aku berdoa. Bila aku pejam mata, setitis
airmata aku jatuh mengenai sampul surat warna coklat tersebut. Terus saja aku rasa bahu aku ditepuk.
Bila
aku pandang, ternyata ma. Entah bila dia
keluar balik.
“As
expected. Tuah tak boleh nak terima,
kan?” tebak ma.
“Mana
ada ma…”
Cepat
aku lap airmata dan ukir senyuman lebar.
Menggeleng laju menafikan tebakan ma.
Ini dah saat akhir. Kalau kata
Khalifh datang merayu pun, aku tak akan berganjak lagi.
“Habis
tu lambat betul nak sign,” sinis ma lagi.
Aku
terngadah sendiri. Ma jarang sekali
macam ni. Aku tarik tangan dia
perlahan. Minta dia duduk di sisi
aku.
“Tuah
perlukan kekuatan daripada ma…” Kali ini
birai mata aku basah lagi.
Ma
angguk dan terus duduk di sisi dan memeluk bahu aku. “Masa dah tak ada nak fikir-fikir lagi. Ma terima sebab Tuah nak. Ma tak pernah paksa. Tiada siapa pernah paksa. Cepat sign…”
suruh ma.
Aku
diam. Pen di tangan tak bergerak
langsung. Rasa macam dah tak tahu macam
mana cara nak pegang pen.
“…
sini.” Ma tarik borang nikah tersebut
dan diletakkan tepat di depan aku.
Saat
itu aku pejam mata rapat. Jari jemari ma
aku genggam kemas. Dalam dada aku rasa
nak pecah.
“Tuah
Nur Khalifah!” Suara ma tegas.
Aku
menarik nafas dalam dan menghelanya panjang.
Mengangguk sekali tanda memberi sokongan moral pada diri sendiri, aku
buka mata dan terus turunkan tandatangan pada borang di mana telah ada tanda
pangkah dengan pensel. Tanpa melihat
nama pengantin lelaki. Sebab aku
takut. Aku cuak. Bimbang aku terus bangkit dan berlari jauh
tak kembali lagi.
Ma
senyum. “Alhamdulillah…” Dia belek borang tersebut di depan aku. “Jangan lari tau. Malu dekat orang nanti. Tuah dah ready ke lusa ni?”
Diam.
“Kenapa
sedih ni? Tak macam seri pengantin pun…” Ma usap pipi aku. Sesekali naik menyentuh anak rambut yang
jatuh berjuntaian ke dahi.
“Ma
simpanlah borang ni. Tuah dah sign…” Kali ini aku capai borang tersebut untuk
dimasukkan semula ke dalam sampul. Memberanikan
mata memandang. Berdoa moga tak retak
kornea.
Saat
terpandangkan nama pengantin lelaki, aku nampak wajah Khalifh. Tapi, airmata aku mengalir menahan
pedih.
Kenapa?
Dan,
aku terus menangis teresak-esak di atas riba ma.
PANGGILAN
daripada Khalifh sesuatu yang aku tak duga saat aku sedang sibuk membantu ma
menjadi mandur untuk hiasan tempat akad nikah aku esok. Kenapa saat ni? Saat aku dah tekadkan hati.
“Jawablah,”
suruh ma.
Aku
geleng. “Takut, ma…” Dengan muka takut, aku terus menggeleng.
“Jawab
aje. Buat biasa tak apa…” Ma tarik tangan aku dan diletakkan telefon
bimbit itu di atas telapak tangan. Dia
terus berlalu.
Aku
membawa langkah kaki ke bilik sendiri. Bilik
yang dah dihiasi cantik tapi masih biasa.
Ada aura pengantinnya. Cukuplah sedap
mata memandang dan tak semak.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam…” Khalifh tenang. “Payah awak nak jawab telefon, ya?” soal dia.
Nak
aje aku cakap, aku ni bakal isteri orang.
Dia telefon buat apa hari ni? Kalau
nak telefon, sila telefon esok. Senang,
bagi suami aku cakap.
“Kita
busy…”
“Kita
pun…,” sela dia pantas.
Aku
senyum sinis. Busy dengan Rozie? “Tahu awak pun ada kenduri jugak. Maaf, kita tak boleh nak datang kenduri awak…”
Suasana
sepi. Kata-kata aku bagaikan putting beliung
yang membadai perbualan kami. Khalifh
diam tak terkata apa. Tahu dia mungkin
kecil hati tapi hati aku juga sama.
“Tak
sangka kita share hati yang sama, Khalifah,” ujar Khalifh.
Aku
ketap bibir. Waktu bagai terhenti di
situ mendengarkan Khalifh berkata demikian.
“Or,
should I call you… Tuah?” Ditekannya
nama Tuah itu dengan keras. “Sampai
tahap ini pun awak tetap tak bagi tahu saya, kan?”
“I
tried…” Nafas aku tersekat. Aku mula bersendu.
“When? Awak ada banyak masa untuk terus-terang. Sejak daripada awak bagi saya payung lagi
atau boleh saya katakan saat saya jumpa awak di ReFreshO setahun lepas?”
Pedih
dengan sindiran Khalifh. Dia saja nak
seksa aku. Dia saja telefon untuk buat aku
menangis. Dia memang sengaja.
“Kita
tak sengaja…”
“Tak,”
cantas Khalifh. “Awak sengaja sebab tu
awak lari.”
“Tapi,
kita akhirnya dekat dengan awak… tapi, awak tamak…”
“Apa
yang saya tamak? Saya cuma nak tuan hati
saya aje. Itu pun awak tak bagi,
Tuah. Saya cuma nak awak jaga makan
pakai saya aje, itu pun awak lari macam
saya minta awak pergi perang,” ujar Khalifh masih sinis.
“Kita
minta maaf, Khalifh…”
“Dan
maaf itu awak perlu tebus Tuah. Kalau tak
kita tak terima.” Terus saja talian
mati.
Aku
pandang telefon itu lama sebelum kembali sembamkan wajah di atas tilam. Fikiran aku berkecamuk. Dia persoalankan sekarang. Saat-saat genting. Saat-saat yang tak mampu aku ubah haluan
lagi. Hanya mampu menanti. Mampu menerima dan reda.
“Khalifh
nak apa?”
“Tuah
tebus salah sebab sorok semua daripada dia…”
“Dah
lepas semua tu, Tuah… Tuah kena ingat tu,” ujar ma tegas memberi
peringatan.
Aku
pandang ma. Mengangguk lemak. Apa yang aku tahu, aku takut. Takut untuk hadapi segalanya setelah
esok. Tapi, pangggilan Khalifh sekali
lagi buat aku jawabnya tanpa banyak bicara.
Memandang
wajah ma, membawa semangat dalam dada aku.
Aku jawab salam Khalifh yang menyapa.
“Kenapa?”
“Sorry…
kita emosi tadi.”
“Tahu…
tahu awak marah kita. Salah kita tapi
kita tetap nak minta maaf. Salah kita.” Suara aku gugup.
Khalifh
ketawa halus. “Suara gugup kenapa?”
“Takut...”
akui aku telus.
“Takut
apa?”
“Takut
tak mampu jadi isteri yang baik…”
Dia
gelak. Gelak sinis yang pasti. “Kan awak dah buat keputusan. Kita doakan yang terbaik buat Tuah. Kita tahu Tuah akan bahagia. Kali ini kita betul-betul letak telefon
dah. Lepas ni, kita tak telefon awak
dah. Kita…” Kata-kata Khalifh terhenti.
Satu
saat.
Dua
saat.
Tiga
saat.
Akhirnya…
“Kita sayang Tuah. Kita cinta Tuah. Tuah dah bagi kita pinjam hati. Kita nak satukan hati antara kita dan Tuah. Biar jadi satu balik. Kita tak sempat cakap apa masa Tuah
pergi. Kita Cuma lihat Fendy kejar
Tuah. Kita lemah apatah lagi lepas Fendy
ceritakan segalanya. Kita memang suka
Tuah. Jatuh suka dua kali pada seorang
yang sama. Kita nak Tuah bahagia, dan maaf, kita tak boleh nak pulangkan hati awak, Tuah. Kita terpaksa buat harta,” ujar
Khalifh separuh berbisik.
Aku
diam. Tak mampu membalas apa-apa. Diam sediam diamnya hinggalah Khalifh matikan
talian sekali lagi sejurus mengucapkan salam.
Seminit.
Lima
minit.
Lima
belas minit.
Lima
puluh minit.
Tiada
lagi panggilan daripada dia.
SIMPUH
aku kemas terletak. Baju kurung moden
warna krim cair tersarung indah pada tubuh.
Ma setia di sisi. Memberi semangat
untuk aku. Memujuk aku supaya tidak takut dan gentar. Biarpun aku, tak sudah-sudah airmata aku
mengalir. Ini sedih ni. Bukan terharu. Sampai aku tak berani nak angkat wajah biarpun
ma minta aku pandang wajah tetamu yang memang nak tatap wajah aku.
“Tuah...
angkatlah muka. Mak mertua nak
tengok. Ahli keluarga lain nak
tengok. Tak eloklah macam ni...” bisik ma.
Aku
ketap bibir dan menggeleng. Air hidung
meleleh sama laju dengan airmata. Macam
mana aku nak angkat mata. Aku rasa diri
aku ni sangat jahat. Sangat. Sebab dah kecewakan semua orang.
“Tuah
tak boleh, ma...”
“Kenapa? Tuah yang nak semua ni, kan? Ma tak paksa.
Sekarang ni, tak boleh nak u-turn dah.
Tuah yang cakap tak nak buka lagi cincin tu dan sekarang Tuah kena
terima tuan punya cincin itu dengan ikhlas...”
Aku
angguk berkali-kali. Tanpa suara. Bila aku yakin tangisan aku dah berhenti
biarpun mata nyata merah macam drakula, aku pandang ma.
“Tuah
terima, ma,” bisik aku dengan suara yang serak.
Aku
pandang Fendy yang nampak dah bersedia.
Wajah dia tenang dalam senyuman. Dia
memang sedia menjadi seorang suami kini.
Nampak segak dalam persalinan krim serona dengan aku. Biarpun rambutnya agak panjang, segaknya tak
kurang. Malah lebih segak daripada
dulu.
Bila
bibir dia ukir senyum, aku membalas seadanya.
Lantas kembali tunduk saat imam muda itu membaca doa untuk memulakan
akad.
Sekali ijab, sekali lafaz qabul… aku kini
isteri. Isteri pada lelaki yang terlalu
setia menanti dan mencari. Saat telapak
tangannya hinggap tepat di atas kepala aku, airmata aku jatuh lagi. Lelah aku berlari, akhirnya di sini jasad aku
bersimpuh...bersambung
TErimalah hakikat. @_@
Cepat2 sambung Rehan
ReplyDeletetu lh. xsabar nk tau ending dia ni kak rehan...
DeleteWawawaw tell me u r lying!!! Sian khalif huhu
ReplyDeleteaduhhh....sakit jantung den...
ReplyDeleteaduhai harap la pengantin tu khalif
ReplyDeletesebak nya rasa......
aalamak, kak rehan, si tuah ni bakal kawen dgn si khalif ker fendy ni??? conpius btol ni.....
ReplyDeleteDengan khalifh kannnn...tak sabo tuk tau kebenarannya...
ReplyDeleteharap2 nya mcm tu lah.....nmpk mcm si khalif n mak si tuah ni byk berkias n bg hint tu....
Deleteohmai... benarkah!!
ReplyDeleteSesak nafas bc n3 ni... cpt smbg sis... sedihnye...
ReplyDeleteKhalifh..dapat ku rasakan khalifh la orangnya..
ReplyDeleteRehan..cepat sambung..tamak betul...
saspennyaaaaa....sapa pngntin lelaki ni....jgn lma2 ya RM..klu bsok ada end lg bgus...2 n3 skali jln....hehehe..;-)
ReplyDeleteaduh, nyesal plak bce ep nie.. ptut kena tggu smpai abis ep bru bole bce.. x der la dup dap sgt nk tggu..hehehehe..:)
ReplyDeleteBerderai air mata baca n3 ni...huhuhu
ReplyDeletehaila....haila...
ReplyDeleteKita dpt rasakan Khalifh lah orgnya.. Katakan khalifh je kak ann.. Huwaaaaa.. Tuah tabahkanlah hatkmu.
ReplyDeleteAla Rehan kite pun dah debar cm tgk citer korea the birth of a family Soo Jung pilih Yoon Jae ke Han Ji Hoon.. Huhuhu...
ReplyDeletenext plzzzzzzzz...tak sabar yang teramatnya.....terasa nak menangis bersama..sob...sob..sob...
ReplyDeleteHarap semua Ni hanya mimpi.. Kesian Khalif :(
ReplyDeletewah.....suspen giler nie. sedey pun gak. tak sabarnya nak tahu apa yg terjadi.
ReplyDeleteX nk terima hakikat..hwa...
ReplyDeleteaduhai tuah, berdebar pulak tggu smbungan
ReplyDeletesampai hati rm buat hati kita cam ni...........huhuhu............
ReplyDeleteAduhh sedih pedih ahh.
ReplyDeleteHailaa.. hailaa.. suspen amat.. ingatkan bila tuah angkat muka tgk pengantin lelaki, khalifh kat situ... tapi kwang kwang kwang.. pedihnya hati
ReplyDeleteNak lagi RM... pls pls pls
~ lateefa ~
Sila buat magik cik Ann..plssd
ReplyDeletehmm... kalau fendi pun ok gak. mmg salah tuah tapi kenapa khalif yg berubah pada rozi? adakah hanya sbb rozi tipu die tu tuah?
ReplyDeletealhamdulillah..termeteri sudah lafaz ijab dan qabul..
ReplyDeleteaik2... saspen ni, betul ke tuah kawen ngan fendy..
ReplyDeletekalau nak tebus kesalahan kenalah kawen dengan khalif..huhu..Kak RM be nice to me..huhu..
ReplyDeleterasanya Tuah tetap akan kahwin dengan Khalifh sebab fendy dah cerita semuanya.... hehehe
ReplyDelete