WAJAHNYA
langsung tak berani aku nak pandang.
Takut, resah, gelisah… semua bercampur gaul. Cantik teradun. Bila dia dekati aku dan duduk menarik tangan
aku duduk di birai katil, telapak tangan kasarnya mengangkat wajah aku. Memaksa mata kami bertentangan.
“Kenapa
nangis?”
“Takut…” Aku jawab tergagap-gagap.
“Tuah
buat salah apa sampai takut?”
Aku
ketap bibir dan menggeleng. Bukan tanda
tidak tahu tapi tanda aku tak mahu berbicara lagi.
“Kenapa?”
“Please…
no questions, no answer. Untuk malam ni
aje. Tolonglah,” ujar aku separuh merayu
dan airmata aku jatuh lagi ke pipi.
Bibirnya
terukir senyuman tipis. Biarpun nampak
tenang tapi aku bimbang sesuatu yang aku jangka ini terjadi.
“Untuk
apa yang dah jadi, rasanya Tuah memang bersalah. Cakap dengan lelaki lain sebelum kita
nikah. I know that. Tapi buat masa sekarang ni…” Dia pegang bahu aku menarik bahu aku agar rapat sedikit
padanya.
“…I
don’t like tears…” Dia letakkan bibir
dia tepat pada kesan airmata di pipi aku.
“Stop crying. You used to cry
before. Not now…”
Bila
bibir dia lepas daripada pipi aku, terus aku tundukkan wajah ke bawah. Ketakutan menular. Bila tangan kami bertaut, aku rasa betapa
sejuknya tangan aku di dalam genggaman tangan kasarnya.
“Tangan
ni pernah saya pegang dulu. Pinggang ni
pun…” Dia peluk pinggang aku. “…pernah saya peluk satu waktu tu. Tubuh ni…”
DIa usap bahu aku. “…pernah saya
dukung.”
Mata
kami bertentangan. Dalam kepala aku tak
fikir lain. Tidak aku takut akan malam
pertama. Itu tanggungjawab dan keperluan
fitrah masing-masing. Apa yang aku
bimbangkan adalah hukuman daripada dia.
Entah bagai mana harus aku tebus kembali salah silap aku padanya.
“Kita
minta maaf…” Aku renung mata Khalifh
dalam-dalam.
Ya
Khalifh. Aku tak silap cakap. Aku tak akan tertukar wajah dan nama dia
dengan wajah Fendy yang sedia menjadi peneman Khalifh saat kami akad nikah
siang tadi. Fendy yang tersenyum sambil
mengenyit mata di sisi Rozie yang juga menyimpul senyum pada aku yang sedang
mengalirkan airmata. Airmata kesal. Airmata sedih dengan apa yang dah jadi.
“Kan
kita dah cakap, kita tak maafkan awak dengan mudah. Kita nak awak tebus kesalahan awak tu. Sampai hati, kan?” Khalifh menggeleng kecil tanda tak puas
hati.
“Mujurlah
Fendy bagitahu setahun lepas…”
Aku
angguk. Ya, aku tahu Fendy dah bagitahu
dia setahun lepas bila dia nyata tercari-cari seorang gadis bernama Tuah. Saat pertama kali aku jumpa dia di kafe
setelah pembedahan itu berjaya. Saat aku
nekad larikan diri esoknya. Biarpun saat
itu masih belum terlalu pasti. Saat aku juga tegar membiarkan Rozie, Fendy dan
Khalifh tercari-cari. Fendy mencari tapi
dia temui Rozie. Hubungan rahsia yang
disembunyikan daripada aku.
Siapa
tahu, sewaktu Khalifh datang menghantar Rozie, Fendy ada sama. Kerana itulah saat aku tiba di kafe, Rozie dan
Khalifh tiba sejurus kemudian.
“Dan,
jangan ingat kita tak tahu itu awak, Tuah.
Lepas setahun, kita datang dengan sengaja lepas Fendy bagitahu kita yang
awak dah balik ke rumah sewa awak tu, kita datang. Gila nak berhujan kalau kita tak sayang. Gila nak sambut kepala awak kalau kita tak
rindu. Gila kita nak dukung awak susah
payah. Hati sedih kita masa tu hilang
macam tu aje dan masa tu, kita mula yakin biarpun pada awalnya, kita juga
was-was tapi kita tetap menanti. Kita
tetap mencari. Tunggu tanpa ada keluhan
sebab kita yakin, separuh hati yang awak pinjamkan kita ni akan panggil awak
datang pada kita,” ujar Khalifh tak berhenti.
Terkebil-kebil
aku mendengar cerita dia. Tapi… “Macam
mana awak boleh yakin yang kita benar-benar Tuah?”
Telapak
tangan Khalifh merayap pada pinggang aku.
Diselak sedikit baju T yang aku pakai dan ditatapnya kesan parut itu
lama dengan mata yang nampak basah.
“Baju
awak terselak masa kita dukung awak malam awak pitam dalam hujan tu. Bila kita tanya doctor, itu biasanya parut
orang donate hati, doctor potong dekat situ.
Sebab tu kita jatuh cinta kali kedua pada awak, Tuah. Kita bukan jenis mudah berubah. Ya, kita terhutang budi tapi kita nak bayar
budi awak dengan seumur hidup kita akan hidup dengan awak tapi awak tolak…” Dia melepaskan keluhan tipis.
Birai
baju T aku dibetulkan. Tudung ARiani yang
membalut kepala disentuh tanpa memandang wajah aku.
“…awak
terlalu takut dengan kita sampaikan kita terpaksa buat awak macam tu. Rozie sendiri pernah cakap awak tak nak kita
tahu siapa awak. Rozie tak berkata apa
tapi kita yang paksa. Kita yang atur
semuanya moga awak tahu betapa kita sedih bila awak buat kita macam ni, Tuah…kita
sedih bila kita sebenarnya dah jumpa separuh hati tu tapi hati tu tetap
mengelak.”
Aku
angguk dengan rasa bersalah. Bibir sudah
mencebek dengan sendirinya menahan tangis.
Inilah yang aku takutkan. Aku takut
dia melahirkan rasa sedihnya akan perbuatan aku.
Aku
tahu daripada ma lepas aku tengok nama dia tertera pada borang nikah tu. Kerana itu aku menangis sekuat hati di ribaan
ma. Dia datang dengan Fendy menyerahkan
cincin itu. Dia adalah tuan punya cincin
dan bila Fendy memujuk agar aku menyarung cincin itu dan usah dibuka lagi,
semuanya kerana Khalifh.
“Kita
minta maaf,” pinta aku teresak-esak.
Wajah
usah dicerita. Menekur ke lantai bagai
hendak bersujud di depan Khalifh. Mengakui
khilaf diri.
Rozie
tak salah. Fendy juga tak salah. Khalifh pun.
Ma pun tak salah. Aku yang
silap. Jika aku awal-awal
berterus-terang, tidaklah panjang perjalanan kami tapi seperti aku katakan, aku
tak mampu menentu melainkan mampu merancang semata-mata.
Khalifh
pandang aku dengan wajah tak beriak. “Takut
lagi?”
Aku
angguk.
“Takut
tak dapat jadi isteri yang baik?”
Angguk.
“Isteri
yang baik tak berahsia pada suaminya.”
Angguk
lagi.
“Tapi,
suami yang macam Nik Khalifh ni nak Tuah Nur Khalifah tebus salah silap selama
setahun lari daripada kita…” ujar
Khalifh.
Aku
pandang dia dan angguk. Rela menerima
hukuman. “Kita terima semua hukuman
untuk kita…”
Wajah
Khalifh bertukar bengis. Bila telapak
tangannya makin dekat dengan pipi aku, aku pejamkan mata rapat-rapat dan
rasanya tamparan pada pipi bertukar dengan hembusan nafas yang hangat.
Aku
terus buka mata.
“Ti
amo…” Bibir dia bergerak sedikit.
Aku
ketap bibir. Masih tak memberi
reaksi. Kaku. Ketakutan aku kian menghilang. Takut Khalifh mengamuk segala macam
lagi. Apatah lagi dalam pada diri penat
menguruskan kenduri di rumah dia pula nanti.
“Abang
tahu Tuah faham tu… Tuah pernah belajar di Itali. Belajar bancuh dan bakar kopi. Say it to me… say it,” desak Khalifh
berbisik.
Mendengarkan
dia membiaskan dirianya abang buat aku rasa nak melayang. Tapi, tiada kata-kata yang terkeluar daripada
celah bibir. Bagai terhenti waktu.
“Tubuh
Tuah dulu, abang pernah peluk sekali biarpun keadaan mendesak dan tak mungkin
abang benarkan orang lain peluk lagi. Hantar
Fendy pergi temankan Tuah balik pun buat abang galau separuh mati apatah lagi
nak biarkan orang lain miliki Tuah. Hati
yang Tuah pinjamkan abang ni, abang tak boleh pulangkan. Sebagai membalas budi, terimalah abang
selamanya menemani Tuah. Abang dah letih
berlari mengejar dan mencari. Abang dah
hampir putus asa menanti…”
“Ti
amo…” Cepat-cepat aku balas kata-katanya
bila aku lihat Khalifh semakin beremosi.
“Kita
cintakan dia.”
Saat
ini, airmata aku mengalir laju tak terseka.
Bila Khalifh mahu sekanya, aku tahan tangan suam itu daripada menyentuh
pipi aku. Sebaliknya, aku kucup tangan
itu lama. Memohon keampunan kerana aku
tahu reda hidup aku ada padanya kini.
Telapak
tangan Khalifh naik menyentuh belakang kepala aku. Lama. Saat
aku angkat wajah, dia tarik tudung ARiani itu agar melurut jatuh ke depan. Anak rambut yang sedikit bersepak ditolak ke
belakang telinga.
Telapak
tangannya merayap ke perut di mana letak parut kekal itu di situ. “Ini cap yang di depan kita ni adalah Tuah. Jangan lari lagi. Abang bimbang kaki abang tak kuat nak
melangkah, mengejar Tuah,” ucap Khalifh tenang.
Aku
angguk berkali-kali. Di luar sana
hujan. Hujan lebat seperti mana malam
kami bertemu setelah setahun terpisah. Tapi,
malam ini dia tidak basah dan aku tiada payung untuk diberikan untuknya
melainkan kasih sayang semata-mata.
“Awak
tak marah kita?” tanya aku perlahan.
“Marah,”
jawabnya.
Aku
kerut kening.
“Marah
kalau tak panggil kita abang. Marah kalau
masih ber awak-awak. Kita tak suka
tu. Kita dah lama tunggu nak dengar awak
panggil kita abang,” jelasnya.
Aku
ukir senyum tapi tak lama bila wajah Khalifh mendekat. Sangat dekat sampaikan aku dah naik juling
pandang wajah dia.
“Abang
marah?” tanya aku sekali lagi.
Dia
angguk. “Marah kalau letih abang ni tak
hilang. Letih kejar Tuah. Sekarang ni,
abang nak tidur tapi dengan Tuah di sisi.
Jangan tinggalkan bilik ni walaupun sesaat. Sampai abang terlelap…” Dia menguap.
Nampak
wajahnya penat. Aku juga. Penat menangis.
“Abang
nak balas budi Tuah ni…” Dia senyum saat
kepalanya menyentuh bantal.
“Budi
kita tak payah dibalas…”
“Tak…
nak balas jugak.”
Tangan
aku langsung ditarik. Saat dia
menghampiri, aku tahu jenis balasan yang mahu dia berikan dan jenis penebusan
khilaf yang dia tuntut.
Segalanya
aku serahkan pada dia. Usah dikatakan
separuh hati malah seluruh jiwa raga.
Dia yang setia mengejar, mencari dan menanti aku dan bila aku pun penat
berlari, akhirnya diribanya juga aku duduk bersembah. Dia yang di depan mata, di dalam jiwa. Dia yang miliki separuh hati kita.
Epilog
AKU
terus belek surat khabar di depan. “Nak
kerjalah…”
Khalifh
selamba merebut daripada aku. Terus kami
berbalas renungan tajam. Memberi amaran.
“Nak
kerja apa?” tanya dia.
“Bancuh
kopi la…” jawabku.
Dia
menggeleng buat muka tak puas hati. “Kan
abang pernah cakap…” Khalifh lipat
akhbar dan letak bawah punggungnya.
Tangan
aku ditarik kemas di dalam genggamannya.
Wajah itu biarpun tanpa senyuman tetap nampak mesra. Bila dia tarik kepala aku jatuh ke bahunya,
aku sekadar menurut.
“…abang
pernah cakap, Tuah bancuh kopi untuk abang aje dekat rumah.” Bibirnya terlarit dengan senyuman akhirnya.
“Dah
selalu bancuh untuk abang…”
“Masalahnya,
abang tak pernah puas dengan kopi Tuah,” sampuk dia.
Aku
tahan diri daripada ketawa. Bangga bila
dia berkata begitu.
“Sini
kejap…” Dia tarik kepala aku dan
disembamkan ke dadanya. “Dengar tak apa
kata hati kita?” soalnya.
“Dia
nak pulang pada tuan dia baliklah…” Aku
buat muka serius dan Khalifh gelak.
“Mana
ada gitu. Dia bahagia ada dalam dada
abang. Dia bahagia ada separuh lagi di
sisi. Dia bahagia setelah setahun
mencari. Dia bahagia setelah hati yang
separuh-separuh itu lama bersedih, menanti menjadi satu.”
Aku
angguk. Tahu. Aku pernah sedih dan bila dia ada di sisi,
sedih itu hilang dengan sendirinya.
Hati
itu milik Allah. Kami berkongsi nikmat
Tuhan. Berkongsi segalanya. Hati, tempat bermulanya niat. Percayalahnya, hingga kini kala dia
keresahan, airmata aku mengalir dengan sendirinya dan di saat aku ketawa, dia
akan tersenyum senang biarpun di mana dia berada.
Larilah. Hindarilah hingga ke hujung dunia dan jika termaktub dia
untukmu, takdir akan membawa kamu kembali padanya dalam pelbagai cara.
TAMAT
111113 2333
RM says : Itu word TAMAT a.k.a END. Okeylah habis biarpun agak lambat. Kesihatan, kesibukan dan sebagainya. :) Apapun terima kasih atas sokongan. KOmen2 dan pandangan amatlah dihargai.
Again... again... again. Ini kisah biasa sebab penulis dia pun jenis ikut terlintas di dalam kepala nak tulis apa. Ini kisah KHALIFAH. Kisah jodoh. Kisah pertemuan dan kisah kasih sayang. Mana yang kurang, mohon dimaafkan. Mana yang lebih tu, senyum lebar2. hahaha..
Sampai jumpa lagi. Sayang semua.
Thanx Rehan!!! :)
ReplyDeleteAkhir nyer...tq RM
ReplyDeleteepi ending foerever..sweet lh diorg ni...
DeleteYes... TQ RM.♥
ReplyDeleteSayang awak jugak RM.. <3
ReplyDeleteKalau dinaskahkah kita nak beli tau..nak buat koleksi.. ;-)
yes..saya juga...
Deletesaya jugak
DeleteEemmmmmm....best best best..tqvm rehan...sayang rehan,ketat2
ReplyDeletethanks...dan tahniah da abeskan!!!! :)
ReplyDeleteterima kasih rehan..xsabar m`nunggu citer baru..hehe
ReplyDeleteso sweet..so amazing story...really love it, no more words to say...congrts rehan for the best e-novel...fall again..and fall again...
ReplyDeleteTersenyum lebar bc bab akhir ni...akhirnya...
ReplyDeleteperfect ending, memang superb!! thanks so much kak rehan :)
ReplyDeletesuke!!!
ReplyDeleteGood job kak..
ReplyDeletePlease kak buat citer mcm Naqi n Ariq..best sgt citer tu..sbrnya semua citer akak best2 belaka..tahniah kak..good job
Good job kak..
ReplyDeletePlease kak buat citer mcm Naqi n Ariq..best sgt citer tu..sbrnya semua citer akak best2 belaka..tahniah kak..good job
Nak nangis juga...nangis gembira sebab suka khalifah memang berjodoh bersama. Ucapan terima kasih memang takkan cukup untuk RM sebab layankan pembaca yg nak yau ending hari ni.....love u muahuah muah...;)
ReplyDeleteAduh! kita kena tipu idop2 kat epi 18.. ingatkan btollah si fendy suami tuah.. hailaa hailaa.. hahah..
ReplyDeleteterima kaseh rehan (:B)
~ lateefa ~
Akhirnya.. terima kasih RM
ReplyDeletetq RM,lega da.....
ReplyDeletesyg RM jugak
Thanks rehan....very mebeled hepy ending..apa yg kita bayangkan memang terjadi.huaaaa...nanti kita rindu ngan Tuah & Khalif..oh my tak sanggup nak tamatkan...
ReplyDeleteYeaayy thanks kak rehan. Thumbs up for you and this hati yang kau pinjamkan.
ReplyDeleteyeaygh...dpt bca ending wpun terbukak blog musim exam ni...
ReplyDeletetq karehan
thank kak. akhirnya diorg bersatu jgk lah. xpasal2 bersangka buruk dgn si rozi. niat dia dh baik tuh...kesian btol sbb cop dia sbb back stabber
ReplyDeletetahniah!! good job as always kak rehan
ReplyDeleteYeayyy!!! Ending yg best..kita sukaa..
ReplyDeletethankss :)
Terasa separuh hati bersama khalif.. Hahaha... Sweetttttttt sangatttt.... Tq rehan....
ReplyDeletealhamdulillah.. TERIMA KASIH atas kisah yg menarik utk tatapan saya..
ReplyDeleteLuv u rehan....
ReplyDeleteakhirnya.. tamat sudah penantian kisah dorang.. sangat2 best..
ReplyDeletebahibbik awi2...
ReplyDeleteohmai.. k.rehan mmg penulis terbaik.. citer best2, ayt menusuk hati pulak tuh.. like it very much!!
ReplyDeleteYes! Bersatu gak. Bestnya
ReplyDeleteUr the best
ReplyDeletetq RM ,.. akhirnya... sedih campur suka..... kena baca balik dari bab satu sampai 19 tanpa henti nie....
ReplyDeleteRehan Makhtar, thank uou again for another lovely love story. Jangan penat dan jemu utk kongsi kisah hati dengan kami lagi ( I can see another story is already on tha way). Ur fans would never be bored to read ur superb love story.
ReplyDeleteI will be missed both of them Nik Khalif and Tuah Nur Khalifah. Thanks for the sweet ending kak RM..and im sure there is another one right? so i will keep walking on you blog and Im ready to cry for the next story..hehe
ReplyDeleteYess...finally hati ini dah tak bergetar lagi....Hati ini boleh dok diam dgn cinta Khalifh Khalifah
ReplyDeletethanks & congrats for the happy ending. i luv it! harap boleh dibukukan untuk tatapan berulang kali. :)
ReplyDeletewaaa....sengih smpai telinga...tq RM =)
ReplyDeleteP/s:Rozie sorry lah kita marah awak semalam ye...>_<
nexttt....heh..dh abis dh..hheheh....congrats Rehan..sentiasa best...
ReplyDeletewah happy ending kite sukee,semua e novel best endingnya....kita tggu crta baru yee kk rehan....syang ketat2
ReplyDeleteTerima kaseh RM...harap diversi cetakkan jua....
ReplyDelete~ Aminah AR
best2...tima kasih rehan 4 da gud story...syg kamu byk2...hihihihi :-)
ReplyDeleteTima kasih RM. Suke sgt ending nye.
ReplyDeleteThanks n congrats RM coz dh ending citer ni..best sgt n gud luck 4 ur new story...;-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteakhirnya...happy sgt2..tq k.rehan...
ReplyDeletebesh..thanks RM
ReplyDeleteMarathon bca ksah ni dr bab 1 hnga last.best.ada crita bru yg menanti.hehe.
ReplyDeleteMarathon bca ksah ni dr bab 1 hnga last.best.ada crita bru yg menanti.hehe.
ReplyDeleteGood Job RM ramai yang tertipu, Sayang RM. Mana boleh Sad Ending. Kan? RM. Sudahlah kehidupan saya ning dah sad takkan dalam citer nak sad jugak. He he he.
ReplyDeleteTq cik penulis...best sgt crite ni.... tq jgk dbb habiskqn dlm blog jgk...
ReplyDeleteending yg awesome..:D
ReplyDeleteterasa bagai tali perut yg terbelit2 dah terungkai dan terletak cantek pd tempatnyerrr... ohmai, RM...
ReplyDeleteDah agak mesti Khalifh yg nak berkahwin dengan Tuah... mana boleh abang lepaskan Tuah dengan orang lain.... hehehe
ReplyDeletepenamat yang bestttt....
Best..kita sayang awak juga RM..meh kasih bbyk...
ReplyDeletesyahdu...endingnya memang boleh agak tp jln cerita nak sampai ke ending tu selalu buat hati berdetak....salah satu keistimewaan RM.tahniah ya , x sabar nak tunggu cerita baru...
ReplyDeleteBest! Saya suka semua cerita RM. Kita sayang RM sgt2! hihihi
ReplyDeleteThanx kak rehan..lama tggu pn xpa
ReplyDeleteBest..tq rm...
ReplyDeleteKrn ketinggalan lrt, akak marathon. Tq dik rehan.... Yg cover tu novel akan datang ke? Good luck dik rehan
ReplyDeleteterbaik lah.... kita suka!
ReplyDeleteluv,
Nur Azreen
TAHNIAH!!!!...jln cite yg mnarik...smg RM trs dianugerahkan Allah ilham utk mghasilkan krya yg bagus2...tak sbr nk trus bc krya RM.
ReplyDeleteTERBAIK!!! cite mmg best...
ReplyDeleteBestnyer, so sweet...;)
ReplyDeleteSaya suka baca cerita ini berulang kali...
ReplyDelete-noors
sukenyeeeee
ReplyDeleteThanks rehan..
ReplyDeletewalaupun hati dah rasa gundah gulana masa baca bab sblm ni..
akhirnya hati yg separuh tu kekal menjadi satu..
betapa setianya khalifh mencari tuah khalifah nya.. :)
Thanks RM, so sweet...
ReplyDeletetq kak reham...kak reham the bez....
ReplyDeleteakhirnya.... selesai! hehe... tersangat best! thnx kak rehan!
ReplyDeleteRM thanks... best sngt cite ni...
ReplyDeletethank you for this awesome story :)
ReplyDeletesemua citer akak best tahap superb laa....love u so much... ;)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSy marathon HYKP dr pagi tadi n selesai tghari. Fuhhh... sgt² best!!!
ReplyDeletedone reading this too... oh kak RM, tuah buat saya sesak... ;)
ReplyDeletesesak sungguh smpai kena bgi berbintang2 sbg cop mohor.
tq for this wonderful piece.
dah berbulan stop bc enovel..
ReplyDeletetp semalam n hr ni terus melekat kat sini..
ada airmata bertandang
ada duka bersarang
namun akhirnya pelangi indah muncul jua..
thanx Rehan..utk kisah Tuah n Khalif yg xsesekali menghampakan!
waah akhirnya..habis baca novel ni..puassss sangat....sy suka penulisan akak nee... puas sangat kak..seronok baca cara penulisan akak...
ReplyDeleteFuhhhh
ReplyDeleteMarathon ari ni non stop
Mmg x sia2
Mmg x penah mengecwwakan
Terbaikkkkkk
Tahniah.....
sangat sagat sangat puas hati
kita suka ending dia...hehe
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny
besytt
ReplyDelete