NEKAD. Keputusan aku ini adalah keputusan yang nekad
dah. Aku nak terima Khalifh. Hari ni aku nak bagi tahu dia yang aku ni
adalah Tuah. Aku adalah pemilik hati
yang ada dalam dada dia tu. Akulah peminjam
hati untuk dia. Akulah Tuah dan aku
jugalah Khalifah. Aku yang dia kenal dan
pernah ayat setahun yang berlalu.
Semalam, aku terima
panggilan daripada ma. Katanya ada orang
datang meminang? Siapa? Khalifh ke?
Kalau Khalifh tak kan ma tak kenal, kan?
Munasabah tu.
“Siapa, ma?”
“Kawan Tuah la gamaknya
dah dia kenal Tuah dengan baik.”
Aku termangu beberapa
saat mendengarkan jawapan daripada ma. Dalam
kepala ligat memikir, siapa?
“Khalifh?” dugaku.
Ma gelak. “Hai... kenapa pulak boleh duga Khalifh? Kan Tuah dok main cak-cak dengan dia. Takut dia terima sebab rasa terhutang
budilah, apalah.”
“Maaaa...” Aku lepaskan keluhan. Melarang ma sindir aku. Pedih hati ni.
Ya, aku tahu aku salah
sebab terlalu rasa unsecure tapi
urusan hati ni, kalau tak sakit bila masa nak merasa nikmat hidup? Nikmat la sangat. Ya, memang nikmat sebab hati, cinta dan
sayang itu adalah fitrah Allah pada setiap hamba yang bergelar manusia. Malah binatang sekalipun, tahu erti kasih sayang.
“Kenapa mengeluh?” tanya ma.
“Bukan main cak-cak,
ma. Tuah ambik masa untuk kemaskan
perasaan sendiri dan juga perasaan Khalifh.
Tuah tak nak nanti rasa sayang Tuah pada dia sebab hati Tuah separuh ada
pada dia. Dan begitulah sebaliknya...”
“Dan, Khalifh tu jatuh
cinta kali kedua dengan orang yang sama, boleh dikatakan sangat mengkagumkan,”
sambung ma mencantas kata-kata aku.
Aku diam menggigit
bibir lantas mengangguk. Ya, R.A.R.E
gitu buat Khalifh yang nyata jatuh cinta pada orang yang sama sebanyak dua kali. Biarpun mungkin atas sebab berbeza.
“Iyalah, ma...” Aku mengalah.
Tahu sangat ma dah berkenan dengan Khalifh. Okeylah sebab aku pun berkenan. Hati aku senyum lebar. “Tuah terima dia. Hari ni, Tuah call dia dan kalau kata dia free, Tuah nak cerita siapa sebenarnya
Tuah ni...”
“Okeylah kalau
gitu. Jangan suka sangat main cak-cak
ni, Tuah. You both are matured enough.
Tapi, yang datang tinggal cincin ni macam mana pulak?” tanya ma resah.
Masa ni aku bayang ma
sedang menatap sebentuk cincin di dalam bekas baldu warna merah bentuk hati
dengan permata berkilauan.
Allah. Siapa ni?
“Serius bukan Khalifh?”
“Tuah Nur Khalifah...” Ma tarik nafas dalam. “...kalau kata dia, ma kenal. Hari tu dia call ma aje tanya. Dia kata tunggu Tuah kata ya baru dia nak
datang. Ini siapa?”
Aku dah pening. Tak tahu siapa pun. “Habis tu, kalau tak tahu ma terima buat apa?”
“Sebab Tuah single and available lagi. Tuah dah sampai masa untuk kahwin. Tuah dah layak ada suami. Sebab itu ma terima. Kalau awal-awal Tuah cakap Tuah ada Khalifh,
senang ma tolak baik-baik. Tapi, Tuah
juga yang cakap terserah pada ma, kan?”
terang ma pada aku.
Naik terbelit otak aku
nak cernakan apa yang sedang berlaku. Ingatkan
perjalanan aku dan Khalifh tak melibatkan orang lain dah. Ini ada lagi.
“Erm... ma tolak
ajelah.”
“Tak nak kenal dulu?”
“Khalifh nak letak
mana?” soal aku kembali.
“Iyalah. Nanti Tuah telefon dia sendiri cakap yang
Tuah tolak. Dia kata Tuah tahu nombor
telefon dia...”
Makinlah berkerut dahi
aku. “Siapa?”
“Dia kata dia pernah
kerja dengan Tuah...”
Sungguhlah. Kata-kata ma buat aku rasa nak pitam. Memanglah.
Aku kenal sangat playboy yang rupanya bila jatuh cinta memang setia
habis. Tapi, aku tak boleh dengan
dia. Tak sesuai. Macam minyak dan air. Tak akan beradun cantik.
“Dia tinggi. Cerah kulit sikit. Mata sepet sikit. Rambut panjang sikit...”
“Ya,” cantas ma. “...dan ma rasa dia sukakan Tuah bukan sikit.”
Ayat ma mematikan
perbualan kami. Aku pun tak tahu
kenapa. Terputus macam tu aje. Bila aku call
balik, tak boleh. Talian kena barred.
La, ma pun bukan nak telefon balik.
Tak pun, ma ada kelas.
Aku pandang nombor
Fendy. Nak call tak boleh dah. Sebab itulah
aku kena keluar juga jumpa dia.
Sampai di kafe, memang
pelanggan agak ramai. Tapi, yang dah
sedia kenal senang aku minta panggil Fendy kejap kalau kata dia tak busy.
Dekat lima belas minit
aku tunggu sambil menikmati segelas coklat suam, Fendy muncul dengan wajah
manis. Tersenyum lebar dan menggaru
kepala. Tiba-tiba nampak dia
pemalu.
“Tak sangka you datang,”
tegurnya lantas melabuhkan duduk di depan aku.
“I lagi tak sangka you
datang...”
Wajah Fendy berkerut
seribu. Nampak macam tak faham, tapi aku
tahu dia buat-buat tak faham. “I ada
call ma I...” Ayat mukadimah dan wajah
Fendy masih lagi tenang.
“Okay... then?” Kening dia naik. Berlakon sungguhlah dia.
“Ma I cakap yang you
datang rumah I...”
Fendy angguk dalam
senyuman. “Padanlah you sanggup datang
sini. I pun lupa I ada ke rumah you
hujung minggu hari tu. Lupa nak
bagitahu. Lagipun, tak lama. I dengan rombongan dua tiga orang aje,” jelas
Fendy menerangkan perkara sebenarnya.
Sungguh, memang
dia. “I rasa... I tak boleh nak
terima...” Lambat-lambat aku akui pada
dia yang memang aku tak boleh nak terima.
Tapi, bibir Fendy tetap
menguntum senyuman. “Kenapa pulak? You bukan ada sesiapa pun, kan?”
“Ya, tapi tak
semestinya kalau I ada sesiapa itu adalah you...”
“Dan tak mustahil juga,
kan?” tempelak Fendy balik.
Aku rasa macam kena
headshot aje. Tapi, aku tetap bertahan
dan terus bertenang. Rasanya, aku memang
kena rungkai balik hal lama ni. Tak
boleh simpan dah. Nanti makin
teruk.
“I nak cerita pada you
tentang hal setahun lalu. You nak dengar
tak?” Kening aku naik menyoal
Fendy.
Terus dia angguk dan
mengemaskan duduk. Menongkat dagu di
atas meja. Menatap tepat ke anak mata
aku.
“By the way, I dah lama
nak tahu apa yang jadi pada you setahun lepas.
Kenapa you cuti sakit lama dan kenapa you tiba-tiba berhenti buat I jadi
macam orang gila cari you. Buat I jadi
stalker tetap rumah you. Intai kot-kot
you ada tapi...” Dia menggeleng dan
mencebek.
Ya, aku tak ada. Aku balik kampung. Kalau bukan sebab dia masuk pinang aku, aku
tak akan cerita pada dia. Sebab dia
kawan Khalifh dan akhirnya dia pasti akan tahu juga, ada baiknya aku pecahkan
rahsia.
“Gini...” Aku atur nafas moga lebih teratur. Tak nak nanti tersalah cakap pulak. apa yang pasti, dia akan tahu segalanya.
“Setahun lepas, dalam
tak sengaja... I jadi donor hati untuk seseorang.”
“What?” Fendy nampak terkejut. Seperti yang aku duga. “Padanlah you cuti sakit dekat sebulan?”
Aku jatuhkan
kepala. Mengangguk. “Biasalah kalau jadi donor kita tak nak
maklumat kita diketahui. I pun sama...”
“Kejap!” Fendy angkat tangan minta aku berhenti
bercakap. “Siapa yang terima hati you tu?”
“Masa tu... I tak kenal
dia. Kebetulan atau memang dah
ditakdirkan, ibu dia minta I tolong. I tahu
dia anak tunggal, harapan keluarga dan as a woman dan juga seorang anak yang
nak lihat ibu-ibu bahagia, I sanggup.
Alhamdulillah, semuanya berjaya dan I masuk kerja balik...”
“Tahu...” Wajah Fendy nampak benar berubah. “Tapi, kenapa dah sihat berhenti kerja macam
tu aje?”
Salah aku tak cakap
sepatah pun pada Fendy dan yang lain. Tapi,
apa nak kata. Aku terkejut tengok
Khalifh ada dengan dia masa tu.
“I terserempak dengan
orang yang ada hati I tu. Sebab I tak
nak dia tahu siapa I, I lari...”
“Selesai masalah?” soal Fendy menyindir.
Aku ketap bibir dan
menggeleng. Mana ada selesai. Makin rapat adalah.
“Jadinya sekarang ni
you cerita semua ni lepas setahun lebih untuk tolak cincin tu?” rumus Fendy bijak.
Aku angguk sekali
lagi. “I ingatkan hati I aje ada pada
dia... tapi seluruh jiwa I pun ada pada dia, Fendy. sebab itulah I...” Aku senyum tawar dan menggeleng. “Harap you faham...”
Lama Fendy tunduk
memicit pangkal hidungnya. Menghela nafas
berat. Jelas kecewa. Bunyi bingit dah tak memberi kesan lagi dah. Aku dengan dia, macam ada dalam dunia
sendiri. Aku pandang Fendy yang masih
menunduk dan tak lama bila dia angkat wajah, dia terus menyoal.
“I kenal lelaki tu?”
Aku angguk sekali.
“Rapat?”
Angguk lagi.
“Kawan I?”
Angguk.
Kali ini nafas dia
bagai tersekat. Tapi, senyuman tetap
terukir biarpun tawar. “No wonder, dia
cakap dia cari seseorang. Sejak setahun
cari seseorang yang tak dikenali. Seseorang
yang memang nak sembunyikan diri tapi hakikatnya seseorang itu ada depan
mata...” Senyuman Fendy cacat.
Senyuman aku terasa
kaku. Tak tahulah macam mana lagi nak
aku ukir senyum pada dia. Aku tahu, dia
kecewa. Aku juga.
“You suka dia?”
“Lui è la mia altra
metà,” jawab aku jujur. Aku tahu Fendy
faham apa maksud yang aku katakana tu. Dia
memang faham. Khalifh adalah separuh
aku.
Lambat-lambat bibir dia
terukir senyuman manis. “I tak nak ambil
balik cincin tu. Terimalah as a
gift. Kawan-kawan. Biarpun I tahu Khalifh boleh bagi lebih untuk
you...”
Fendy terus
bangkit. “Kita kawan, kan?”
“Selamanya...” Aku angkat ibu jari dan rasanya tubir mata
aku bergenang.
“Sit...,” arah Fendy
bila aku nak bangkit. “He’s here...”
Aku terus pandang
belakang dan memang Khalifh muncul di belakang tapi yang tak bestnya, ada orang
lain di belakang dia.
Siapa?
Rozie?
Apakah?
“There you are...” Khalifh senyum tawar selepas memberi
salam.
Aku nampak Rozie
mencebek lebar. Mereka duduk di depan
aku dan Fendy terus masuk ke dalam.
Wajah Khalifh nampak cuak. Berpeluh.
“Kenal ke Fendy? Kawan baik saya tu...”
Aku angguk dengan
pertanyaan Khalifh. Aku tahu Rozie tak
cakap apa-apa lagi. Sebab Khalifh tanya
pun macam tak ada apa. Bila saja aku nak
cari peluang untuk cerita pada dia, ada aje orang. Tak ada ruang langsung.
“Tadi saya call awak...”
Aku terus capai
telefon. Ada missed call. Tak sedar langsung.
“Sorry... silent
mode...” Aku sengih menunjukkan telefon
pada Khalifh. Dia angguk juga tapi Rozie
hanya diam.
“Err... buat apa dekat
sini?” soalnya lagi.
“Errr... kita
sebenarnya...”
“Better bagitahu dia
cepat...” sampuk Rozie tiba-tiba.
Aku kerutkan kening
memandang mereka silih berganti. Apakah pulak
ni yang kena bagitahu aku. Rozie ni
jangan cakap...
“Dia dah jumpa siapa
penderma hati untuk dia dulu...” ujar
Rozie.
Aku rasa nak jatuh
tertonggeng ke belakang. Aku renung
Khalifh. Bertanya dalam diam dan dia
angguk lemah. Biarpun bibir dia terukir
senyuman tapi tetap tawar.
“Err... siapa?” soal aku takut-takut. Takut Khalifh marah bila dia tahu aku tipu
dia. Tapi, lain pulak jadinya.
“Roziana, kan?” soal Khalifh pada aku. “Kenapa awak tak pernah cakap yang dia pernah
jadi donor untuk sesiapa? Kenapa awak tak cakap tentang dia biarpun
saya cerita dekat awak yang saya pernah terima hati daripada seseorang?” Soalan Khalifh datar.
Allah... aku menggeleng
perlahan. Dalam hati aku menjerit. Ini tak betul ni. Ini tak kena ni. ini tipu.
Aku pandang Rozie pulak.
“Kenapa jadi macam ni?” Soalan general sebab aku pun tak tahu nak
kata apa lagi dah.
Rozie senyum
senget. “Memang aku nak rahsiakan sampai
bila-bila tapi alang-alang aku tahu dia berusaha gigih cari aku, aku tak sampai
hati nak hampakan dia...”
Rozie... birai mata aku
terasa basah. Terus hilang semua ayat
yang aku karang tadi untuk Khalifh. Jumpa
pun tak sengaja di sini. Aku mati-mati ingat dia dah tahu tentang aku. Tapi, makin jauh.
Aku ingat Khalifh cakap
apa masa jumpa keluarga dia hari
tu. Dia nak dua-dua. Aku rasa dia tamak tapi sekarang aku yang
tamak. Kalau dia nak aku, aku nak dia
jadi hak milik aku sorang aje. Sekarang ni
dah jadi tunggang terbalik semua. Hancur.
“You can’t have both...” Terlunjur laju ayat itu daripada celah bibir
aku.
Nampak Khalifh serba
salah. Antara aku penyelamat yang dia
tak pernah tahu sebab kejahilan aku sendiri dan juga penyelamat secara
technicallynya sebab Rozie pernah jaga dia dulu. Dan Rozie pun...
Aku pandang mata Rozie
dalam-dalam. Tak sedar, airmata aku
tumpah. Aku bangkit berdiri. “Oh... terharu I...” Aku gelak halus dan mengelap airmata.
Airmata terkejut
ni. Jantung aku macam nak berhenti
berdegup. Aku dah terlambat dah. Makilah aku, katalah apa saja. Sebab aku hanya merancang tapi tak mampu
hendak aku tentukan.
“Khalifah... sit,”
suruh Khalifh.
Aku terus geleng. Apa yang aku tahu, sekarang ni aku nak balik
rumah dan punggah semua barang, balik Taman Andalas. Tak sudi lagi nak tatap wajah Rozie.
“Khalifah... saya...” Khalifh bangkit dan cuba halang aku daripada
pergi. Nampak sangat wajah dia serba
salah. Dan aku, malas nak buat dia lagi
serba salah.
“No, Khalifh. You sit.
Rozie needs you...” Aku ukir
senyum pelik. Sambil meraup wajah,
sambil menahan tangis. “Jangan kusutkan
fikiran awak. Jangan kusutkan
keadaan. It’s still not too late,
please...”
Nyata, Khalifh diam
memandang aku. Nyata juga dia lebih
memilih penderma dia. Nyata, rasa
terhutang budinya tinggi dan aku tak boleh nak nafikan itu. Sebab aku tak nak buat dia serba salah, aku
tak salahkan sesiapa. Rozie suka
Khalifh. Aku patut tahu daripada
awal. Janji mereka bahagia, aku pun tak
akan sengsara.
Tipu!
Sikitlah. Sebab mesti aku menangis jugak nanti. Tapi, baru nak menapak ma telefon. Aku cepat-cepat jawab di depan mereka
berdua.
“Macam mana?” Soalan ma aku tahu merujuk pada yang
mana.
Aku angguk laju. Yakin.
“Terima ajelah. Simpan cincin tu,
nanti Tuah balik dan ambil pakai...”
Saja aku tekan perkataan Tuah tu di depan Khalifh dan mata dia nampak
membulat.
Rozie pun, kalau kata
berjodoh aku harap dia pandailah buat parut pada perut dia dan kalau kata nama
tu, tak pelik. Dia boleh cakap nama
panggilan dia Tuah tapi nama sebenarnya lain.
Setelah talian mati,
bahu aku dicuit orang. Haruman kopi
menusuk ke hidung. Buat aku rasa sakit kepala. Fendy kerut kening pandang kami bertiga.
“What’s wrong?” Dia letakkan
dua mug di depan Fendy dan Rozie.
“No...” Aku menggeleng. “I am just fine...” Sengih Tuah... mohon sengih.
Fendy nampak kelam
kabut. “Alifh dia ni...”
“Fendy... kita terima
cincin awak tu. Weekend ni kita balik
kampung, ya?” Dan airmata aku
mengalir.
Terus aku berlalu dan
bila aku pandang ke belakang, bukan Khalifh yang mengekori langkah aku tapi
Fendy.
.. bersambung
Tuah Nur Khalifah... teruk kan dia? hapolah... (geleng kepala)
kan....dah agak dag rozi tikam tuah dr belakang......sian tuah dpt kawan mcm tu, btw parent khalifhkan kenal penderma hati tu...kamikaze betul si rozi or.....ni hanya satu komplot.....rm cepatlah habiskan.....
ReplyDeleteknp jd mcm ni..jhtnye awk rozi..tetak kwn dri blkg..skit tahu tak...awk kejam..buat kwn awk mcm tu demi seorg llki...ohhh mencikkkk la kt awk...x bleh ke awk jd shbt yg mmg tulus ikhlas....awk dah desperate sngt2 dah ke smpai hak milik kwn awk pun snggup awk rmpas dr tngn dia..xmlu la awak ni mnipu plk tu..pndusta..kite bnci awk 10000000000000000000000000x
ReplyDeleteadehhhhh.. ape kehai sayat sgt ni RM?
ReplyDeletesaja nak buat konflik lg haishh!!
hailaa..hailaa..hailaaaa.....
awak jgn buat cenggini... kita smbl baca mengalir gak nih.... sob sob sob
Sedihnya la....Aduyai...peritnya hati. Ishh2....
ReplyDeletealamak apa sudah jadi ni..
ReplyDeletehuhu sambung pls
sampainya hati si rozie tu.. Harap fendy jd penyelamat keadaan nanti. Huhuhu
ReplyDeleteROZIANAAAAAAAAAAAAA!!!!!
ReplyDeletenampak sangat fendy lebih mencintai tuah ... khalif cuma rasa terhutang budi je.. erghh....
ReplyDeletexpelah tuah...bg je lah khalif tu kt rozie...ape nk kesah..fendy kn ade..fendy ok wat...cukup lgkp pkej tu....bio je si rozi tu x smpurna hdup dia sbb dpt alif yg pinjm hti dri tuah...
ReplyDeletehuwaaaa nak nangis temankan tuah...RM kau siksa hatiku...kat pejabat ni tau...pandang kiri kanan... kenapa jd macam ni...
ReplyDeleterozie jahat!!!..backstabberrrrrrrrr.................
ReplyDeleteEh...tak blh nak proses...tuah dah jumpa aunty n uncle..knp mrk x cam???
ReplyDeleteLps tu skrg rozie.....arghhhh,,...help somebody help me...
Oh mai..crying :-( it should be tuah? Not rozie.. Sampai hati rozie bt tuah mcm tu..kata kawan. A friends should not doing that..
ReplyDeleteKak Rm please continue asap..huhu
hmmm......nk tunggu n3 baru pasti lambat lg. Alahai....nape rozie buat gitu. Kesian tuah....x guna anggap bff jika perangai rozie demikian rupa ( tikam dari belakang ). Moga ada bahagia antara tuah ngan khalifh.... Dik rehan......sambung cepat yer, kurang sabar nak tahu apa sudahnya antara mereka ini.
ReplyDeletearghhhh..benciiinyaa..sakit hati sgt dh nih..awat dengki sgt rozie tuh..penyibok betoi la..!!
ReplyDeleteRM.. panjang lg ni.. aduhai.. tertunggu samb setiap hari
ReplyDeleteapa jahat sangat si rozie tu... pompuan x malu betul.. isk.. sakitnye hati...
ReplyDeletetak naklah Tuah dgn Fendy, nak Khalifah dgn Khalifh..aduhhh kenapa jadi macam tu pula,Rozie ni...sanggup buat Tuah macam tu..kesian Tuah, Sedihnyaaaaa...
ReplyDeleterozie ngan khalif mcm berpakat ja...hehe..we'll see then...tp for sure la time nikah nnt khalifah akan terperanjat gila tgk khalifah jdi husbandnya...:)..
ReplyDeletealahai tuah.. berdebar2 bc n3 ni.. cpt smbg sis... :)
ReplyDeleteayark.. skali fikir cam nk lempang rozie laju2. skali fikir mcm rozie sesaje pakat ngan khalifh.. adoyai..erdebar sungguh..
ReplyDeletetak patut tul rozie buat camtu...tuah plak laju je wat keputusan..patutnya bg sedas dua kt rozie tu bru dia tau...soh le rozie toreh dada dia plak tunjuk bukti...grrr...
ReplyDeletesesak dadah.... huhu...
ReplyDeletekejamnya seorang kawan
ReplyDeleteteruk la si rozie tu..ingtkn komplot ngn khalifh,nk main2 kn tuah..ghupenye,back stabber..langsung tak leh wt kwn..
ReplyDeleteeeeiii!!!.. TAK SUKA NYERR!!..
ReplyDeleteeeii.. nape la rozie jadi cam2.. xsuka2
ReplyDeleteCian tuah...rozie mmg x patut..sakit ati nyer kita..sbb pnah kna camni..
ReplyDeleteYes Tuah, go for fendy then 'coz he loves you now and before ;)
ReplyDeleteEhh jahatnyaaa rozie ni. Eeee tak sanggup ada kawan macam rozie ni. Tuah pun dari awal taknak bagi tahu.
ReplyDeleteAHHHHHHHHHHHHH........sakitnyaaaaaaaaa rasa cam nak bunuh orang jer.......sampai hati kan rozieeeeeeeeee
ReplyDeletesedeyyy...ada kwn backstabber mcm ni..xkn la si khalift ni xde sense bile dkt ngan tuah!!!!!dang!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletesedihnya bila da kwn tikam belakang, klu kata khalifh dh tau napa x siasat betul..hukhuk
ReplyDeleteroziana tu buat statement mengarut macam tu berhikmah ke tidak sebenarnya?
ReplyDeletesebab kalau tak, tersangatlah terserlah kebudusss-annya.