BADAN
panas meruap-ruap. Kepala rasa nak
pecah. Tambah lagi sakit dengan jeritan
Fina. Luth capai bantal dan tekup
muka. Tak tahan dia. Sekali lagi Fina jerit, lebur gegendang
telinga. Sungguh. Apa lagi yang tak puas hati, tak
tahulah. Semua yang dia suka, Fina dah
dapat. Apa lagi yang tinggal. Baju dia semua dah lusuh. Pantang mama beli, Fina sebat. Melainkan baju tu ayah yang hadiahkan,
barulah Fina tak berani sentuh.
“Kerja
sikit dah sakit. Lembik!” Fina mencebek lebar.
Menyampah
betul tengok mama siapkan bubur untuk Luth.
Nak kerja sangat, baru kena marah sikit dah demam.
“Fina...” Tegur Puan Laila. “Cuba Fina turun bawah, tengok ayah dah siap
ke tak. Kita nak bawa Luth ke hospital
ni.”
Muncung
Fina keluar sedepa. Dia hentak kaki. “Mama ni, kalau pasal Luth...” Gigi diketap kuat. “Manjakan sangat!”
Mangkuk
bubur ayam itu diletak di meja kecil sisi katil Luth yang dah nyata tekup
muka. Tak lain tak bukan, menitiskan
airmata ajelah. Nak melawan tak mungkin
sekali. Puan Laila bangkit daripada
duduk, mendekati anaknya yang seorang lagi.
“Kamu
ni dah kenapa, Fina? Luth tak
sihat. Kalau kata kamu tak sihat pun,
kami risau jugak. Dah pergi turun bawah
daripada kamu terus mememak macam ni, lepas tu ayah dengar... siaplah kamu
kena,” ugut Puan Laila.
Setakat
ini, hanya jelingan Encik Luthfi – suami dia ajelah yang Fina takutkan. Kalau setakat dia, tak makan saman. Makin menjadi-jadi ada.
“Mama
ni...” Kata-kata Fina terhenti. Encik Luthfi muncul di muka pintu.
“Apa
bising-bising ni, Luthfina?” Suaranya
datar menyoal. Daripada bawah boleh
dengar Fina menjerit. Apalah masalahnya. “Kamu pun rasa nak sakit jugak ke?”
Sinis. Kotlah nak sakit, dia rasa nak
aje lempang. Mulut tu tak pernah nak
cakap baik-baik.
Fina
tunduk menekur ke lantai sebelum berlalu perlahan masuk ke biliknya. Bosan!
Selain Luth, dia macam tak wujud dalam rumah ni. Siapa tak sakit hati? Semua Luth dapat. Dia dulu yang habis belajar tapi Luth yang
lebih dulu dapat kerja. Ayah kemain
menyindir. Sakit jiwa dia.
“Apa
tak kena dengan Fina tu, Ila?” soal
Encik Luthfi yang mendekati birai katil.
Menatap wajah yang tertutup dengan bantal.
“Entah...”
Dang!!! Daun pintu dihempas kuat di bilik
sebelah. Dah tahu dah tu. Sampai terhentilah kata-kata Puan Laila
bahana terkejut dengan perilaku anak dara
yang seorang lagi tu.
“Tengoklah
tu...” Puan Laila menahan geram. “Tak ada apa pun. Dia memang suka mengamuk tak tentu hala. Cuba abang tangankan sikit,” suruh Puan Laila
menggeleng.
Suami
dia garang dengan Fina tapi tak pernah lagi naik tangan. Sebab itu budak tu naik lemak.
“Nak
tangankan apanya, dia dah tua, Ila. Abang
malas nak tangankan. Malas nak
ajar. Karang ringan aje naik
selalu. Biarlah. Kita nasihat, tegur-tegur harap lama-lama dia
okeylah tu,” putus Encik Luthfi.
Dia
akui, dia memang garang dan tegas dengan Fina tapi tak pernah sekali pukul anak
itu. Anak tetap anak. Buruk macam mana pun, dia tetap akan cuba
membaikpulih semula. Cuma perlu
sabar. Tapi yang menjadi mangsa,
inilah... yang terlantar ni.
“Luth...” Tangan menarik bantal.
Lepas
saja bantal daripada terus menutup wajah Luth, nyata birai mata Luth
basah. Merenung tepat ke dalam mata
ayahnya. Bila tak sihat begini, dia mula
rindukan orang jauh.
“Luth
tak nak pergi hospital, yah,” beritahu Luth tersekat-sekat.
Encik
Luthfi dan Puan Laila saling memandang. Kemudian
jatuh pula pada wajah pucat Luth. Semalam
balik kebasahan. Tak tahulah siapa
hantar. Katanya bos. Mujurlah sampai dengan selamat. Yang lain, tak kisahlah.
“Luth
tak sihat ni. pucat sangat. Jomlah kita pergi hospital...” Tangan Luth diraih tapi Luth keraskan badan
tak nak bangkit langsung.
Dia
kalau boleh nak bersendiri. Biarlah dia
rawat sakit demam sendiri. Walaupun ada
mama dan ayah yang menyayangi tapi tak betah nak dengar bebelan Fina. Tak mampu nak sabar dah rasanya.
“Luth
nak tidur. Nanti telan panadol,
okeylah...”
“Tak
ada okeynya, Luth. dah pucat sangat
ni. Mama takut dehydrate aje sebab panas sangat,” sampuk Puan Laila.
“Betul
tu, Luth. jomlah. Ayah dah hidupkan enjin kereta tu. Kita pergi kejap aje. Nanti balik, Luth rehat, ya?” Senyuman terukir. Senyuman memujuk.
Akhirnya,
Luth angguk. Tadi pagi, ayah yang
telefon Palee cakap dia tak sihat. Mujurlah
hari ni hari Jumaat. Dapatlah rehat
Sabtu dan Ahad.
“Jom. Takut terlambat nanti, ayah nak balik solat
Jumaat pulak.”
Luth
angguk lagi sekali. Ayah sampai tak
kerja sebab risaukan dia. Semalam hampir
meracau merindu pada seseorang. Tak mungkinlah
dia nak susahkan ayah dan mama lagi. Bila
fikir, bagaimana nanti dia mahu hidup sendiri saat menghadapi sakit demam,
mestilah dia tersedu-sedan tanpa teman.
Cardigan
disarung lemah. Tudung dibelit ala
kasar. Ditarik ke depan hingga menutup
hampir separuh wajah. Dia selesa begitu
dan mama ayah juga faham.
“Jom...” Puan Laila memeluk erat bahu Luth.
“Fina,
ayah dengan mama bawa adik pergi klinik kejap.
Fina duduk rumah. Ayah balik
nanti, kalau Fina tak ada, siap Fina...”
Sampai dibawah, sempat Encik Luthfi menjerit ke atas pada Fina. Kena memberi pesan. Fina bukan boleh.
Pantang
lepa.
Nak keluar aje.
Pintu
kereta dirapatkan dan pedal minyak ditekan.
Kia Cerato itu berlalu daripada perkarangan rumah teres dua
tingkat.
“Sebenarnya,
Luth balik masam semalam, kenapa? Bos marah?” soal Encik Luthfi sambil mengerling pada anak
yang sedang meringkuk kesejukan di belakang.
“Ke bos Luth ada buat benda tak baik ni?” tebaknya lagi.
Jarang
sangat Luth tak bercakap. Sakit macam
mana pun, dia akan petah bercerita tentang aktiviti harian. Ini diam langsung!
Luth
ketap bibir kejap. Terbayang wajah
Payed. Terasa hangat kucup Payed. Dia mengesat airmata yang merembes ke
pipi. Apalah yang menyedihkan pun dia
tak tahu tapi yang dia tahu, hati dia terlalu sebu. Dada dia makin sempit. Nak bernafas dah makin rasa sesak.
Soalan
si ayah dibiarkan tiada berjawapan.
“AYAH
dah register. Patient
ramai sikit pagi-pagi ni. Luth duduk
sini dulu. Ayah nak kedai sebelah
kejap...” Encik Luthfi berlalu setelah
mendaftarkan nama Luth.
Puan
Laila diam. Tapi, telefon Luth yang
berbunyi, membawa dia memandang anaknya.
Apatah lagi bila telefon itu dibiarkan bordering berkali-kali seperti
musuh yang menelefon.
“Kenapa
tak jawab telefon?” soal Puan Laila bila
deringan dah masuk kali ke-5. “Kalau tak
nak jawab, sini mama jawab. Mama cakap
Luth tak sihat...”
Luth
tarik telefon daripada poket cardigan. Dia
mahu suakan pada mama sebelum matanya tertancap pada skrin. Mata dia redup tajam. Tak mungkin dia nak mama jawab. Nanti macam-macam persoalan muncul.
“Jawablah
kejap. Kot ada hal urgent ke...” Puan Laila boleh nampak Luth berat hati nak
bagi dia jawab. Tak apalah, dia tak nak
desak andai anak tak nak bercerita. “Mama
pergi tengok ayah kejap. Minum teh
agaknya kedai mamak sebelah ni...”
Bibirnya terukir senyuman tipis dan terus berlalu meninggalkan Luth
sendiri.
Telefon
dilekap ke telinga setelah menyentuh skrin.
“Awak telefon ni nak apa?” soal
Luth dingin. Malas dia nak jawab kalau
bukan kerana mama yang paksa. Malas nak
bersopan-santun dengan orang yang tak reti apa itu adab sopan.
“Terima
kasih bertanya. Saya sihat…” Payed senyum senget sendiri. Sekali kena sembur daa. Nak tanya khabar aje pun. Dan-dan
dia buat perangai sewel tu.
Luth
ketap bibir. Geram sungguh dia dengan
mamat ni. Sikit lagi tiang sabar dia nak
terbalik. “Tak apalah, saya tak tanya
awak sihat ke tak…”
“Oh,
awak pun sihat. Baguslah. Lega saya dengar…” Nafas dihela panjang. Menunjukkan tanda lega.
“Saya
nak letak telefon…”
“Saya
telefon balik nanti.”
“Saya
tak jawab dah,” balas Luth.
“Tak
apa, saya telefon lagi.”
“Saya
buang telefon saya nanti,” ugut Luth.
“Saya
belikan baru. Jenama apa awak nak?” tanya Payed buat soalan tak bersalah.
“Leave me alone!” gumam Luth keras.
“Yes, you’re alone. Tengok kiri kanan. Saya tak ada dekat dengan awak pun,” ujar
Payed pantas.
Huh…
Luth pejam mata rapat-rapat. Ikut hati
dia jerit ni. Memang dia rasa nak jerkah
aje Payed ni. Tak reti bahasa sungguh.
“Tak
sakitkan hati saya, tak boleh ke?”
Payed
terdiam dengan soalan Luth. Senyuman
hambar terukir sendiri. Dia telefon Luth
pun dengan segala kekuatan yang ada. Dia
pun takut. Takut kena sembur macam
inilah. Dengan Luth tak boleh nak guna
ayat-ayat manis bergula. Luth bukan
macam semut.
“Sebab
saya dah sakitkan hati awaklah, izinkan saya ubatkannya,” balas Payed
perlahan. Mendatar tanpa nada.
Buat
Luth kaku.
“Izinkan
saya?” soal Payed sekali lagi. “Boleh tak?”
Luth
bagaikan tersedar daripada anganan yang senteng. Mengeluh perlahan, mencari kekuatan berbicara
dengan Payed.
“Encik
Payed, tolonglah...”
“Tolong
ubatkan awak? Boleh...” Payed gelak halus. Dia masih setia dengan loyar buruk tahap dah
layak kena buang tong sampah.
Hati
Luth menggeletak. Makin panas tubuh dia. Tapi, dia dengar suara Payed pun serak –
sengau. Demam jugak agaknya.
“Tolong
jangan kacau saya... saya bukan staff Encik Payed,” ujar Luth separuh berbisik
bila ada mata yang mula melihat pada dia.
“Ya,
memang. Tapi lepas kejadian dekat bilik
awak semalam...”
“Stop...”
Larang Luth dengan bibir bergetar hebat.
Dia pejam mata rapat. Retak kelopak
mata pun, biarkan. Dia tak nak dengar
biarpun sepatah kata lagi tentang
kejadian berdarah tu.
“Saya
tak nak ingat halt u. Tolong,” pinta
Luth separuh merayu.
Dia
nak lupakan! Kalau boleh nak cabut otak,
nak basuh dan biarlah semua tentang Payed hilang. Baru berapa minggu tapi rasanya macam
berkurun dia kenal lelaki bernama Fared Al-Fattah.
“Okay, am sorry. Tapi, awak tak masuk kerja hari ni, tak
sihat, ya?” tanya Payed melarikan tajuk
cerita. “Palee bagitahu mummy saya awak
tak masuk kerja dan sebab saya. Lepas tu
mummy marah saya, tampar saya... suruh saya call awak minta maaf.” Payed reka cerita.
Tak
adalah mummy tampar tapi mummy membebel tak berhenti daripada tadi. Gara-gara dia tersebut ‘kiss’. Dekat nak kena ‘kiss’ dengan telapak tangan mummy
tadi.
“Okey. Kalau Encik Payed nak tahu, saya memang MC
hari ni. Tak sihat. Dan, tak payahlah Encik Payed sibuk nak
ubatkan saya. Saya tahu jaga diri dan
tahu jumpa doktor sendiri...” Luth terus
matikan talian.
Geram
dia. Kalau kata Payed kena tampar pun
memang padan muka. Dia kalau boleh nak
aje sepak Payed tu biar jatuh ke longkang tapi dia tak berkudrat. Luth matikan telefon dan terus menarik hud cargidan agar terus menutup
wajah.
Sebaknya
kian terasa. Hati dia sakit amat.
DIA
berdiri tegak di muka pintu. Beberapa
kali mummy tegur, barulah dia berpaling dan tersenyum sendiri.
“Luth
kata apa? Dia maafkan?”
Payed
tak memberi reaksi. Dia pandang telefon
bimbit yang dah gelap skrinnya. Mummy tak
tahu lagi cerita sebenarnya. Mummy Cuma syak
dia marah Luth bagai lupa diri tapi hakikatnya lain. Palee sendiri tak tahu. Hanya dia dan Luth saja tahu. Ya, hanya mereka berdua.
“Yed,
mummy tanya ni!” Lengan sasa Payed
dicubit sikit. Ajak pergi klinik payah. Dah datang, termenung depan pintu pulak. “Dah telefon dia cakap apa?”
“Dia
marah...”
“Habis
tu dia marah, tak terus minta maaf?”
Suara Puan Huda rasa naik satu oktaf.
Kalau tak diingat klinik ni macam ramai orang aje hari ni, dia jerit dah
ni.
“Tu...” Bibir Payed terjuih ke depan. Pada seorang wanita yang sedang lentok pada
dinding. Menutup separuh wajah dengan
selendang dan hud cardigan
hitam.
“Siapa?”
Payed
pandang mummynya. Soalan Puan Huda tak
dijawab. Sebaliknya, dia menapak ke arah
wanita berkenaan. Nampak alis mata yang
lentik bila mata itu tertutup rapat.
Perlahan-lahan,
dia duduk mencangkung. Merendahkan
badannya hingga dapat dia mencuri padang wajah yang nampak benar-benar
lena. Baru letak telefon dah lena.
“Fiya...”
Luth
tahan hati. Dia cuba halau suara itu
pergi. Tak nak dia dengar suara itu
memanggil dia dengan nama Fiya. Diketap bibir
sekuat hati cuba menghalau ilusi.
“Fiya...” Payed terus berbisik. “Fiya... open
your eyes...”
Saat
ini, Luth beranikan diri mengangkat kelopak mata dan demi terpandangkan wajah
yang hampir di depannya, keningnya berkerut lebat. Rahangnya hampir terpenggal.
“Leave me alone. Kenapa dalam ilusi pun Encik Payed nak kacau
hidup saya?!” soal Luth lemah.
Senyuman
senget Payed terukir. Dia pandang
mummynya dan memberi isyarat mata. Subjek
di depan mata. Any inquiry, please do not hesitate.
Just ask.
“I won’t leave you alone,
Fiya. I’m here for you. Look at me.
I’m here for you,” ulang Payed.
Luth
memisat matanya. Saat mendengar Payed
ketawa, dia tegakkan badan. Dia tak
berdelusi. Suara itu bukan mimpi yang
menghantui tapi realiti yang ada sedang dia hadapi.
“Are you...”
“Yes, I’m here for real. Miss me?”
Anak mata Payed naik pada dahi putih Luth.
Dia
rindu kawasan tu. Ya, sangat rindu. Untuk apa, biarlah tak ada jawapan pun. yang pasti dia....
...rindu.
> bersambung
RM says : krik...krikk... krikkk...
wahhhh...xsbar nk tggu kesudahannya..crita RM slalu buat hati sya jdi galau...xksah lah abes kat blog ka buku ka sya tetap menanti...sokong RM 100%...
ReplyDeleteooooo....kan mummy payed dah kenal dengan luth,, nak dijadikan menantu lagi tu.. hehe, semangat nak baca yg seterusnya! :) daebak
ReplyDeletemummy payed kenal luthfiya dgn nama luth jer tp si payed ni panggil fiya jer. adakah ni secara kebetulan @ suratan
DeleteRM, dr smlm saya cuba bukak blog tapi failed...risau saya...tapi syukur alhamdulliah skg ni dah boleh bukak....suka bila payed rindu kat 'area' dahi fina sbb tu my hubby fav area jugak...hehehehe
ReplyDeleteMiss me?? Aiyaaaa...miss u kak Rehan..Miss Payed.. Miss all..huhu ♡♡♡
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteSuka sesgt! Mmg takdir nak dekatkn Payed n Luth.. thanks Rehan :)
ReplyDeletekrik krik sambung lg
ReplyDeletehahaha...tangankan je fina tu...haisyyy...
ReplyDeletecomel plak payed ni..hehe...ape yang kau rindu dgn dahi fiya tu...rindu nk kiss lg??
Alahaiii... dua2 demam. Hehehe
ReplyDeleteAdeyyy..Payed nikan...angkat je la jadi yang halal..bukan susah pun...issh
ReplyDeletethank you
ReplyDeleteSayang RM..... ..RM dh ok ke? X sabar tgu n3 berikutnya
ReplyDeleteHaha... luth dah kantoi ngan payed.
ReplyDeleteBestnyeeeee
ReplyDeletesy pun rinduuuuu...
ReplyDeletehmmmm mesti ada satu kenangan antara Luth ngan Payed dulu2... sampai Luth rindu sangat2 dah tu :( huhuuuu
ReplyDeleteAdusss
ReplyDeleteKrik.. krik.. krik..
ReplyDeleterinduuuuuu awak jugaaaaaaaaa....
ReplyDeleteJeng2.... Mummy payed btembung dgn mak dan ayah fiya...
ReplyDeletegatal mengenyam tak sudah si payed nih..grrr...
ReplyDeletex sbr nak baca next chapter...
ReplyDeleteOoo my my my ....sweet....
ReplyDeleteMembaca E3 ni..membuat akak terfikir..kenapa akak dan mungkin die hard fan Fiya akan mengutuk..mencaci Payed kerana tindakannya yg tidak bermoral itu..suka suki mengacau anak dara org.. kan..macam kes ni..suka suki cium dahi anak dara org..kalau dah sampai seru..kenapa tak dinikahi saja dan membuat gadis itu halal baginya..tetapi kita kena ingat fitrah kejadian manusia dijadikan oleh pencipta kita berbagai bagai kan..Kalau tak..tak adalah kejadian syurga dan neraka.. Kita sering jelek melihat perangai org yg seperti Payed ini..tetapi kita lupa untuk menasihati org org yg seperti ini..yg selalu tersasar dari jalan nya yg lurus..kita selalu meninggalkan mereka dan menjadikan dan tanpa sedar kita menjadikan mereka lebih sesat dan lebih buruk dari mula mula kita mengenali mereka.. Apa kata Fiya buka minda dan hatinya mencuba untuk menolong mamat ini yg tersasar jauh tu.. itu pun permintaan Payed pada Fiya kan.. Apa akan terjadi bila ibu ibu mereka berjumpa.. adakah sessi suai kenal mak mertua akan berlaku dan mereka akan disatukan ..dalam sebuah perhubungan yg menghalalkan mamat sengal yg jelek tu dengan gadis persis bidadari itu.. Apakah Palee akan kecewa.. kerana dia sudah mula jatuh hati pada seraut wajah yg tenang itu..
ReplyDeleteKak ida, rasanya palee takde lg nk jatuh hati kt luth ni.. Dia cuma sgt bertanggungjwb hehehe
Deletekeh keh..
ReplyDeletewaaahhhh bestnya bakal besan akan bertembung.. thanks RM for the great storyline! ;) tak sabar dah nk tunggu next entri..
ReplyDeleteAdalah Payed akan terus merindui Fiya jika satu masa nanti Payed dapat melihat keseluruhan wajah Fiya? Dapatkan Payed menerima Fiya seadanya?
ReplyDeleteHaah kann...i'm curious too..ape reaksi Payed agaknye..x sabar sgt nk tau..bl kah saat itu akan tiba wahai RM sayang....
Deletemummy..kawenkan saja Payed ngan Luth..Payed da giler tu mummy. dia x tahu gapo nok
ReplyDelete>>k<<
Yeayy buka blog hr ni dh bleh bc..suka sgt..tq RM utk cerita yg best sgt2 ni..x sabar nk tnggu next en3...cpt2 ye RM Sayang...
ReplyDeleteSetujuuu
DeleteFinally..thanks God...boleh baca karya RM..rasa nk menangis bila blog RM x leh nk buka...-liyahuma-
ReplyDeleteKena cari minyak pelincir buang sikit yang krik krikkk tu bagi clear ini cerita.
ReplyDeleteApe laa yg krik krikk krikkk tu kn...
DeleteKenapa sweet sgt niiiii.. :D
ReplyDeleteTime Payed call Fiya., feel like Payed call me.. Hahah *perasan* best lah Kak Rehan.. :)
ReplyDeletethanks for the sweet n3
ReplyDeletermr
hmmmmmmmm.....
ReplyDeleteRM said "Luth rindu org jauh"... Siapa yer?
ReplyDelete~ kak.pah
haha.payeh ni sengal la. kalau la ada org mcm dia kat dunia realiti ni,,,Dia,nakal tp xjahat. dia teruk tp sengal² ubi.yg penting, dia hero :)
ReplyDeleteRM, u'r the bestla
Arghhh.... Sakit jantung...-miEza-
ReplyDeleteAbizkn kt blog je la.bole ari2 sggh blog rm
ReplyDeleteNk 2gu nvel lmbt sgt nk kuar
Xsabo nk bce
alhamdulillah..tq RM....dpt bace balik blog ni...rindu kt fiya n payed...
ReplyDeleteAlhamdulillah...final dah blog bukak blog kamu....separuh nanar semlm x leh baca entry RM...dah la baru baca baru halfway....nak smbg balik after balik kerja dah x leh masuk blog...tanjat kitew tau...
ReplyDeleteSowi...typo error lak...final - finally
ReplyDeleteBertemu pulak di klinik. Rasa nak cepuk Yed ni skit. Geram!
ReplyDeleteRM kalau nk bkukan skali dgn novel yg dh tamat pn bleh... bleh buat koleksi..huhu
ReplyDeletegud luck my beloved writer =)
Apa kata Fiya tunjukkan wajah sebenar, biar payed fikir dia ikhlas tak terima fiya? Entah entah payed ok jer. Itu pon selepas beberapa konflik kot?....
ReplyDeleteHaah kan...bl nk tiba saat payed tau rupa sebenar Luth...x sabar dh ni...
DeleteSweet nye la citer ni..bc byk kali pn x jemu2...gud job RM...
ReplyDeleteSuka sgt2 dgn crita tbaru RM ni..so interesting, so nice , sooo sweetttt....
ReplyDeletetak tau nak pilih yang mana ...palee atau payed..dua2 nak..huhuhu
ReplyDeleteJodoh btl diorg ni..dua2 demam...harapnya mummy payed nmpk je luth ni,buar nnti senang kawin kn je
ReplyDeleteBest..rindu ke.??
ReplyDeletemummy tahu fiya tu luth, then diorg kawen...fina? kawen dengan palee mayb? hehee
ReplyDeletewah..gathering la jap lagi family diorg tu
ReplyDeleteTu la psl.. Tak sabar nk tunggu bila la yg jap lg tu heheh
Deletebest...
ReplyDeletelagi kak RM :)
Aduh... terus rasa nak pangsan ja Fiya....
ReplyDeletecepat sambunggg.....
Sehati sejiwa sgt, luth n payed
ReplyDeleteoh my..melting la dgn payed ni..sweet sour
ReplyDelete-chah husain-
Aduh...pnjg jodoh ni
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dah bole masuk blog Rehan. Tiap2 hari saya check.
ReplyDeletePayed with his sweet talk..cair saya dibuatnya. Fiya pon mcm dh terkesan hehehe...
Waah RM emg terbaiklah... dr sekian penulis,ni lah yg plg bs buat hati,jiwa raga melayang layang. Yg sekali cinta tetap cinta... tu paling romantic punya...love you RM
ReplyDeleteAl jakarta