PROLOG i
Ku sangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku
Kini KAU pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku
Kini KAU pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku
PROLOG ii
SAAT
pandangan bertembung, dia tahu renungan mummynya hangat membara. Payed tahu dia memang akan dimarahi. Memang akan.
“Don’t look at me like I’m a bar of Snickers,
mummy. You scare me...” Payed buat
muka tak puas hati di depan Puan Huda.
“Tahu
pun takut!” bentak Puan Huda,
marah. Berketup-ketap giginya dikacip
kemas. “Kalau kata Payed takut bila
mummy renung macam ni, Payed tak pernah takut dengan pandangan Tuhan pada Payed?
Ikutkan
hati memang dia nak tampar aje anak sulung dia ni. Perangai semakin menjadi-jadi. Semalam dia terkejut bila mengutip baju kotor
milik Payed, terdapat kesan gincu pada baju dan juga ada resit Istana
Hotel. Mahu tak sakit hati dia.
“Sejak
bila Payed pandai usung perempuan masuk hotel?
Sejak bila?” jerkah Puan Huda
masih tak puas hati. Birai matanya sudah
basah. Sedih tak terkira.
“Mummy...
kami masuk tak buat apa pun.
lepak-lepak, makan-makan...”
“Lepak
makan atas katil? Apa? Dah tak ada tempat umum untuk kamu bawa
perempuan tu lepak makan? Hah, Payed?” jerkah Puan Huda mencantas garang.
Payed
garu kepala. Salah dia sebab terkantoi
dengan mummy. Dia hela nafas
panjang. Butang baju yang terkancing
sampai leher dibuka sampai ke tengah dada.
Sesak.
“Habis
tu, mummy nak Yed buat apa ni?”
Senada. Datar dan tiada tanda
penyesalan soalan itu diungkapkan.
“Kalau
ginilah perangai kamu, kahwin ajelah. Kamu
ada tempat untuk lepaskan nafsu kamu tu!”
putus Puan Huda lantas dia berpaling hendak masuk ke bilik.
Biarlah
airmata dia jatuh dan disaksikan Allah. Dia
sudah tewas dalam mendidik Payed. Dia kalah.
Mendengarkan
perkataan kahwin itu buat Payed gelak sendiri.
Kahwin? Aku ke? Dengan siapa?
Tapi... akalnya buat gila. “Kahwin
boleh, mummy...”
Langkah
Puan Huda terhenti. Dia pandang anaknya
seraya mengesat tubir mata. Tak percaya. “Sungguh?”
“Janji
calonnya cantik macam bidadari...” Dia
sengih jahat.
Dia
tahu yang mummynya tahu bagaimana citarasa dia terhadap perempuan. Dan dia yakin, kemahuan dia tak mungkin akan
dilestarikan.
“Then, please keep your promise, Payed.” Amaran keras daripada Puan Huda.
Bibir
Payed mekar dengan senyuman. Nampak mummy
dah tak berapa nak marah. Dia angkat ibu
jari dan mengangguk laju.
Pastikan
cantik, mummy...desis hatinya sendiri.
PROLOG iii
DIA hanya mampu ketap bibir melihat kakaknya yang
terlompat gembira saat menkhabarkan berita itu.
Sungguh dia tumpang bahagia. Melihatkan
air wajah mama dan ayah yang tersenyum penuh makna, tiada kata lagi buat Luth
melainkan syukur.
Angin
yang mengelus wajahnya, menolak selendangnya ke belakang membuatkan Luth
menarik semula selendang itu dan menutup separuh wajahnya bila dirasakan angin
sedikit garang. Petang yang damai namun
awan berarak menjadikan langit bertukar kelam secara tak diduga.
Rintik
hujan mula menyentuh bumi. Luth mengucap
syukur. Segera surah Al-Kausar
dibaca. Mendongak ke langit yang
kelam. Menerima titisan hujan pada
pipinya. Kerana dia tahu salah satu fadhilat
surah ini bila dibaca kala hujan turun, insya-ALLAH doanya akan
dimakbulkan.
“Tak!!!” Tiba-tiba tempikan Fina lima tahun lalu
bergema dalam telinga. Birai matanya
terasa basah.
“Luth
tak boleh lagi cantik daripada Fina. Tak
boleh!” Masa itu Fina bagai
kerasukan. Tak tahu kenapa.
Luth
menghampiri Fina. Memujuk biarpun mama
dan ayah melarang dan perkara itu terjadi dengan pantasnya. Saat dia terjaga esok hari, nyata dia bukan
lagi Luth semalam. Dia dah lain. Dah berubah. Saat itu, dia tak menangis melainkan jiwanya
kaku tiba-tiba.
“Luth...” Bahunya disentuh.
Cepat-cepat
dia halau pergi kenangan menyakitkan itu.
Malah masih terasa sampai sekarang.
Luth toleh ke belakang.
Mama.
“Hujan
ni. Jom masuk,” ajak Puan Laila pada
anak bongsunya.
Luth
bangkit dan tangannya dipimpin oleh Puan Laila kemas. “Luth, boleh mama cakap?” Gugup sebenarnya kerana ada niat tersembunyi
saat ini.
“Apa
dia, ma?”
Kaki
mereka menapak. Tapi makin perlahan
biarpun hujan makin kasar. “Ada orang
pinang Luth. Luth terima?”
Soalan
Puan Laila membuatkan Luth merentap tangannya.
Spontan. Dia terkejut. “Siapa?”
“Anak
kawan lama mama,” jawab Puan Laila sambil cuba menarik kembali tangan Luth tapi
anaknya mengelak.
“Mama
terima?” soal Luth dengan lidah yang kian memberat.
Dengan
berat hati, Puan Laila angguk. Kening
lebat Luth berkerut hebat. Mama tak
sedar kesan keputusan mama. Mama bukan
tak tahu tapi kenapa...
Hujan
makin lebat. Puan Laila berlari ke bawah
garaj tapi anak gadisnya kekal berdiri di situ.
Di dalam hujan lebat. Salah dia. Salah dia.
Tapi, ini adalah yang terbaik buat Luth.
~~> bersambung
alamak..luth kenapa? kena curah asid ngan si fina tu ke..
ReplyDeleteMesti Yed yg g pinang kan?
ReplyDeleteApa yg berlaku degan Luth masa gaduh dengan Fina?
Something going on with her face or what? huhu
Nak lagi.. :)
wah...citer baru ni...starting dh menarik...tp RM jgn tunggu lama-lama untuk up n3 baru...nnti jd x semangat nk baca mcm HYKP.padahal pnya la tertunggu-tunggu n3 baru..pape pun u r d best la...
ReplyDeleteWah,best ni.. Ksian kt luth.. Tk sbr tngu. All the best rm.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOoo..mesti muka luth diluka/dicalar oleh fina... Ish x sukalah ada kakak,yg hasad dengki nie..
ReplyDeletePmulaan yg menarik. Suspen je...
ReplyDeleteBest..si playboy dgn dara pingitan,hrp2 luth cantik cma mgkin ada parut di bdn mgkin ..
ReplyDeleteBerdebar nya..
ReplyDeleteawal2 lg dh saspen kak rehan nie...
ReplyDeleteapa dh jadi kt luth ni?fina ni buat apa kt dia?
ReplyDeletebaru smlm kwn bgtau dia dpt ank sedara baru, nama baby tu luth..hehe
ni mesti dengki kakak kat adik dia.. suami pulak tak boleh terima isteri tak secantik bidadari.. kisah sedih sesangat ni!.. kena beli tisu, tisu yg ada ni dah nak habis..
ReplyDeleteBykny prolog
ReplyDeleteWhat happen with luth???
ReplyDeleteAkak yg cantik cepat sambung eh :)
best .. tapi misteri lah apakah yg terjadi pada luth
ReplyDeletewow. another masterpiece dari kak rehan. Cepat sambung. dah suspen ni :)
ReplyDeletewow. another masterpiece dari kak rehan. Cepat sambung. dah suspen ni :)
ReplyDeleteBaca prolog je hati dah berdebar2...RM buat saya ingin tau..plz continue ASAP....ur the best...
ReplyDeleteRasa tak sabar pulak
ReplyDeletesaspen plak nak taw apa jadi kat luth..
ReplyDeleteemmm..sangattt menarikkk..gambate Rehan..
ReplyDeleteciter kak RM slalu buat org penasaran..nak lagi!!!
ReplyDeleteProlog pun dah undang sebak ni...alahai....
ReplyDeletehaaa ni mcm bakal jd masterpiece, mestinya habis di novel ye rehan.
ReplyDeleteOh my... Mesti teruk payed kenakan luth lepas ni
ReplyDeletesuspen, ape jadi dengan luth sebenarnya?
ReplyDeletejap2. nama luth sebenarnya ape, kak?? bkn luthfina ker??/ pae yg jd sebenarnya???
ReplyDeleteOhmai bru bca prolog pun da rasa best..
ReplyDeletewaaaa mnarik2.....tp knpe ngan luth erk? jgn la teruk2 sgt...
ReplyDeletesomething happen dgn muka luth ya?
ReplyDeletePayed.. v familiar name.. bila angah skodeng.. mmg ada.. tp couple tu Payed & Maifara.. heee
ReplyDeleteHailaa, hailaa.. nak tau jugak nih apa yg sbenarnya berlaku kat muka Luth..