Tuesday, November 19, 2013

Cinta Yang Kucari 4

PANDANGAN Palee jatuh pada kertas kerja di depan mata.  Semua tak boleh dipakai.  Dia sendiri naik pening.  Dia perlukan pembantu.  Sekarang!  Sesekali dia menggeleng memerhatikan figura di depan mata.  Bilalah nak siap kalau asyik tak balance aje.  Lepas tu hantar dekat abah, abah campak dalam tong sampah.  Great sangat. 
“Kenapa ni?” 

Soalan daripada Puan Huda dibuat tak tahu.  Begitulah Palee kalau terlalu sibuk dengan  urusan rasmi biarpun ada di rumah.  Yang si abang pula lesap entah ke mana.  Tak sempat nak berjemaah, bergegas nak keluar.  Dah  janji konon.  Habis tu temujanji dengan Allah setiap lima kali sehari tu, tak pulak dia fikir.  Menggeleng Puan Huda mengenangkan sikap Payed ni. 
“Palee?”  Punggung dilabuhkan sebelah anak bongsunya.  “Kan mummy dan pesan, kerja ofis jangan bawak balik rumah?”  Lembut Puan Huda menegur. 
Bukan saja pada anak tapi pada suami dia juga.  Syarikat dia dah lama tapi lepas suaminya buat keputusan untuk sambung belajar, syarikat itu diuruskan oleh seorang teman rapat.  Kini bila dah  kembali ke tanah air, tampuk pimpinan bertukar rupa tapi terlalu banyak nak kena belajar. 
Sorry, mummy...”  Barulah Palee angkat muka.  Dia pandang bening mata si ibu yang beriak sedih.  “Mummy bukan tak tahu.  Ini semua baru untuk Palee.  Nak tak nak kena kejarlah.  Nanti Palee  yang ketinggalan...” 
Hati Puan Huda terbersit.  Palee tak ubah macam suami dia.  Terlalu taksub dengan kerjanya tapi masa bujang suaminya itu pun saling tak tumpah seperti mana Payed sekarang.  Dia bersyukur, setelah mereka mendirikan rumahtangga, Bakri dah berubah langsung.  Seluruh waktu hanya untuk ibadah, kerja dan keluarga.  Tapi, Payed?  Mampu ke berubah?  Atau perlu ke dia nikahkan Payed seperti yang dia niatkan untuk mengubah anak itu? 
“Mummy?” 
Puan Huda pandang pada Palee.  Senyuman tawar terukir.  Dia angguk mengerti dengan kata-kata Palee.  “Abah dulu pun masa mula-mula nak bina kerjaya, macam inilah.  Berbuih mulut mummy larang tapi sekarang menurun dekat Palee pulak...” 
Bahu anak diusap perlahan.  Bagai memberi semangat.  Biarpun itu harta keluarga tapi yang dipegang adalah amanah. 
Sorry, mummy.  Once again, sorry...”  Wajah Palee bertukar raut.  Nampak comel dan manja. 
Tangan Puan Huda disapa lembut.  Dia perasan akan riak wajah mummy yang kelat.  Ini tak lain tak bukanlah ni.  Mesti pasal Payed. 
“Mummy fikir pasal Payed ke?” 
Puan Huda geleng.  Menafi.  Tak sangka pulak ketawa air wajah dia berubah. 
“Muka mummy berubah.  Mesti pasal Payed ni...”  Palee menggeleng kesal.  Kesan dengan perangai Payed yang tak berubah.  “Mummy biarkan dia ajelah.  Dia dah tua, my.  Dia dah pandai atur hidup sendiri.  Nak ditampar karang, dah pandai melawan.  Dah nasihat nak lut, biar dia betul-betul jatuh tersungkur...”  Palee meluahkan rasa yang maha geram. 
Siapa tak geram kalau Payed tak sudah-sudah buat mummy dan abah risau.  Ligat sangat.  Dia pun lelaki.  Dia pun ada nafsu yang satu itu tapi tak pulak dia buat perangai bukan-bukan. 
“Tak boleh nak buat tak tahu, Palee.  Dia anak mummy.  Abang Palee...”
“Tapi, perangai dia tak semenggah, mummy.  Hari ni dengar kata dia tidur seharian dalam bilik pejabat dia.  Siap ada perempuan teman lagi...” 
Palee tergambarkan perkara siang tadi.  Masa dia lepas interview seorang calon yang tak ada langsung kelulusan sebagai kerani kewangan, jauh sekalilah nak jadi akauntan dia... dia terus menapak mencari Payed.  Kotlah dah jumpa setiausaha ke.  Bila dia tolak pintu bilik sikit, nampak seornag perempuan bertudung membelakangi dia dan sedang menunggu Payed yang sedang lena.  Tak jadi dia nak masuk.  Terus dibawa langkah kembali semula ke biliknya. 
“Iya?”  Hati Puan Huda terasa ngilu lagi.  Jangan cakap Payed buat maksiat sampai ke dalam ofis.  Dia amuk nanti.  “Abah tahu?” 
Palee menggeleng.  “Hari ni kan abah atur temuduga cari PA untuk dia dan akauntan untuk Palee.  Abah tak ada.  Gamaknya itu PA dialah kot sampai sanggup bertunggu bertangga ni...” 
Terdiam Puan Huda seketika.  Rasa sepi suasana biarpun rancangan Halaqah sedang bersiaran di kaca TV.  Fikiran dia dah terbang ke lain. 
“Jadinya, macam mana temuduga?”  Dia ubah siaran dalam kepalanya. 
“Dengar kata Payed dapat PA dia tapi Palee...”  Palee menggeleng.  Kecewa juga.  Harapkan muka aje cantik tapi tak ada apa.  Macam manalah dia boleh datang temuduga jawatan yang tak sepatutnya. 
“Tak dapat?”  tebak Puan Huda. 
Palee angguk dengan senyuman tawar.  “Ini sebab bawak balik kerja ke rumah...”  Matanya kembali menatap kertas di depan mata. 
“Tak apalah.  Atur interview lagi.  Adalah tu  yang lebih baik.”  Puan Huda senyum menyuntik semangat.  Dia bangkit dan terus berlalu ke dalam bilik.  Hatinya risau memikirkan Payed. 
Baru saja Palee hendak teruskan kerja, pintu besar ditolak daripada luar.  Muncul wajah Payed yang nampak kecewa.  Lantas duduk di sisi dia dengan mata yang terpejam. 
“Kau daripada  mana?  Mummy cari...”  Selambat Palee menegur tanpa memandang abangnya. 
Nowhere... just hanging out with friend...”
Girlfriends...”  Palee senyum sinis membetulkan ayat Payed. 
“It’s good to have girlfriends instead of that figure to be by yourside all the time,” bidas Payed kembali. 
Palee tahan hati.  Disindir.  “Setidak-tidaknya aku tak buat dosa...”
“Dosa jugak tu kau busybody hal orang.  Siang tadi Alia cakap kau datang bilik aku, kenapa?  Tak jumpa lagi pembantu kau tu?”  Mata Payed terbuka memandang sisi wajah adiknya. 
“Tak jumpa.  Ada datang pun semua tak boleh pakai...” 
Kata-kata Palee mengundang tawa Payed.  “So unlucky of you, Palee.  Mujurlah aku dah dapat PA aku.  Cantik pulak tu.  Kalau kata kau tak ada assistant lagi, nanti aku suruh dia tolong kau buat sementara...”  Payed bangkit dengan tawa kecil.  Tawa menyindir adik dia. 
Kepala Palee melangut pada Payed.  Rasa tercabar.  “Kalau kata dia boleh buat kerja untuk aku, esok minta dia datang ofis aku.  Aku pakai dia dulu sementara kau tak busy ni...” 
Payed angguk dalam cebekan.  Small matter itu semua.  “Janji kau tak pakai dia in bed, aku akan hantar dia pada kau...”  Kening lebat Payed naik. 
Dia melangkah ke atas hendak ke bilik.  Dengan Palee lama-lama nanti dia kalah kena tazkirah.  Baik dia berlalu sementara dia menang ni.  Palee menggeleng kesal.  Bilalah kau nak berubah, Payed?  Bila kau nak rasa yang perempuan ini untuk dilindungi, bukan untuk kau pakai sesuka hati lepas tu campak macam kain buruk? 
Kecewa!
Baru saja nak rebahkan badan, pintu biliknya terkuak.  Payed terus tegakkan duduk bila wajah mummy muncul tanpa senyuman. 
“Awal balik?”  Puan Huda duduk di birai katil.  Dekat dengan Payed. 
“Mummy nak suruh Payed keluar semula ke?”  Aiseh mummy.  Tanya soalan macam tak seronok dia balik awal.  Orang tengah lara jiwa ni.  Kekasih hati dalam dakapan lelaki lain. 
“Tak.  Mummy suka Payed balik awal dan lagi suka kalau Payed dok rumah aje malam-malam kalau tak ada hal penting.  Ini, mummy nak tanya pendapat Payed...” 
Bibir Payed herot.  Kening dia berkerut.  Macam ada masalah dunia aje ni.  mummy jangan...
“Palee cakap siang tadi Payed berkurung dalam pejabat dengan perempuan...”
Tanpa sempat Puan Huda tamatkan ayat, Payed gelak.  Palee ni memanglah. Itu pun nak mengadu dekat mummy ke?  “Itu PA Payedlah, my.  Jangan dengar sangat cakap budak Palee tu.  Jealous dia ada di mana-mana sebab interview yang dia arrange gagal.” 
“Ke situ pulak kamu ni...”  Puan Huda berdecit.  “Kalau kata PA, biar kamu jaga adab batasan dengan dia.  Mummy bukan tak percaya dekat dia tapi mummy tak percaya dekat kamu tu haa... jaga nafsu kamu yang satu tu.  Guna elok-elok yang Sembilan lagu tu.  Jangan sampai mummy dapat tahu...”
“Mummyyyyy...”  rengekan Payed mencantas suara Puan Huda.  Mummy kalau mula ceramah, esok tak habis lagi ni. 
“Dia tak adalah cantik mana pun, mummy.  Tak menarik mana untuk Payed err...”  Saat ini wajah dan senyuman Luth terlayar di ruangan mata.  Dia mula kehilangan kata.  Melainkan hanya liur yang ditelan sebiji-sebiji.
Iya ke tak cantik Si Luth tu?  Muka dia kecil aje.  Macam baby dalam bedung.  Sopan pun ya tapi lebih pada dingin kot.  Tak pun macam robot.  Semua diiyakan.  Kalau dia suruh layan dia lebih sikit pun, diiyakan gamaknya. 
“Payed...” 
Barulah Payed tersedar.  Dia gelak terbahak-bahak nak sembunyikan rasa canggung sendiri.  Dahlah masa nampak kekasih gelap dalam pelukan lelaki lain dekat club tadi dia tergambar wajah Luth.  Rasa nak aje telefon Luth dan ajak keluar.  Nak aje dia tunjuk pada koleksi kekasih gelap dia tu  yang dia boleh dapat lebih lagi. 
By the way, dia tu macam bidadari kot, mummy...”  Payed ketawa lagi setelah memuji Luth.  Nampak main-main tapi hati ibu memahami. 
Payed jarang puji wanita di luar sana.  Melainkan ayat yang selalu dia dengar adalah ‘seksi’.  Selain itu, mana ada pernah cakap cantik?
“Payed jangan...”
“Ala, mummy.  Mohon percaya dekat Fared Al-Fattah ni.  Tak ada Payed nak buat kerja jahat gitu biarpun Payed ni memang jahat...”  Dia kenyit mata.  Lega bila wajah tegang mummy dah berubah. 
“Mummy percayakan Payed tapi mummy tak percaya diri sendiri untuk percayakan Payed.  Itu aja.  Kalau Payed mohon mummy percaya, mummy pun mohon Payed jangan ranapkan kepercayaan mummy.  Kalau tak, mummy paksa Payed kahwin!”  Tegas. 
Sebenarnya itu yang dia nak cakapkan tadi.  Tak terkeluar.  Ini dah spontan terkeluar, kira okeylah.  Tapi, Payed gelak.  Dia menggeleng. 
Kahwin tu dah pernah apa.  Hati dia berbisik.  Tapi, mummy tak tahu.  Untuk nikah, dia kena fikir berjuta kali.  Terikat pada seorang perempuan tak mampu rasanya dia.  Biarpun ada kuota empat, mana boleh sabar hanya dengan wajah dan jasad yang sama. 
“Tak... Payed tak buat jahat dekat anak dara orang.”  Tangan mummy digenggam kemas.  Meyakinkan mummy sedangkan dia sendiri tahu dia tak yakin mampu pegang janji pada mummy. 
Dia pandang mummynya.  Rasa nak tanya satu soalan.  Pasal tetamu yang datang semalam.  Nak diberitahu tapi biarlah dulu. 



KERJA.  Macam tak percaya dia pilih nak teruskan kerja.  Bila tanya ayah malam tadi, berkajang-kajang nasihat dan kata-kata semangat.  Terus tak jadi nak luntur.  Janji dia buat kerja dia, kalau kata bos nak menggatal pandailah dia bawa diri. 
“Assalamualaikum, Alia...”  Luth senyum.  Buat Alia berderau darah. 
Satu sebab Luthfiya ni memang cantik.  Luthfina pun cantik jugak tapi Luth lebih lagi.  Bila pandang dalam dua minit, barulah nampak perbezaannya.  Nak-nak bahagian mata dan hidup.  Sampai sekarang Alia tutup mulut.  Masak dia.  Tapi dah terlanjur begitu, dia diamkan ajelah. 
“Waalaikummussalam, Cik Luthfi...”  Alia ketap bibir.  Dia kerut kening.  “Fiya?” 
Luth angguk.  Nasib baik.  “Luth aje.  Tak payah cik-cik.  Bos dah sampai?” 
“Belum...”  Alia menggeleng.  Dia panjang jam pada dinding di belakangnya.  Awal lagi ni.  biasa Encik Payed masuk ngam pukul Sembilan.  Ada tu terlebih waktu pun ada.  Tak macam Encik Palee yang memang daripada pukul lapan dah masuk pejabat. 
Setelah menghadiahkan Alia senyuman tipis, Luth terus berlalu ke tempat duduknya yang nyata masih kosong.   Hanya ada satu set computer skrin leper, bekas pensel, tray keluar masuk dan yang lainnya kosong.  Macam tak ada kerja. 
Dahlah tempat ni orang jarang lalu-lalang.  Macam kera sumbang.  Matanya melilau mencari pemandangan yang indah.  Daripada cermin yang berjarak 10 kaki daripada dia, nampak sayup-sayup pemandangan KLCC.  Bibir Luth mengukir senyum.  Menongkat dagu sendiri dan bibirnya menitipkan rasa syukur biarpun... telapak tangan kiri singgah pada pipi kiri.  Senyuman mati. 
Hati berbicara... biarpun dia begini.  Akhirnya senyuman kembali terukir.  Tak sabar menanti tugasan pertama.  Dia dah sedia. 



MATA Palee melekap lama pada wajah seorang gadis yang ada di depan bilik Payed.  Macam tak percaya pulak Si Payed ni dapat PA yang nampak suci baik ni.  Macam pelik pulak taste Payed kali ni.  Kalau tidak yang terdedah sana-sini, tak mahunya dia. 
Dia tadi ingatkan Payed dah sampai.  Bila melangkah ke bilik Payed yang sedikit tercorot itu, terkaku pula  langkah melihatkan makhluk Allah di depan mata.  Terus dia menyorok sedikit.  Hanya mata yang mengintai di balik dinding. 
Mug berisi milo kosong yang berasap-asap itu dipegang kemas saat gadis itu nampak tersenyum pada diri sendiri.  Sesekali jari-jemari mulus dan runcing itu membetulkan birai tudung buat Palee hampir terjatuhkan mug. 
Allah... dia cepat-cepat beristighfar dan menggeleng lantas berlalu tapi malang juga bila terlanggar Payed. 
“Kau!”  Payed dah rasa telinga dia keluarkan asap bila kemeja dia kotor sikit terkena percikan milo Palee.  “Mata kau letak mana?”  Dia menggeleng kesal.  Tahan hati ajelah.  Sakit sungguh hati dengan Si Palee ni. 
Seperti biasa, Palee sengih dan mencebek.  “Sorry, Yed.  Aku tak sengaja.”  Dia terus berlalu.  Saja nak naikkan kemarahan Payed. 
Hati Payed membungkam geram.  Pagi-pagi ni saja nak uji sabar aku yang memang sentiasa menipis ni.  “Gila!”  Dia terus berpaling tapi tak sempat nak menapak bila suara Palee memanggil. 
“Sejak bila kau suka that type of ladies?”  Sinis. 
Kening Payed terangkat tinggi.  “Kau apa peduli?  Ikut suka akulah...” 
“Kau janji nak bagi aku pinjam dia, kan?” 
Makinlah tinggi kening Payed naik.  Dia dah lupa janji dia malam tadi.  Rasa berat hati nak hantar Luth tolong Payed. 
By the way, she looks... beautiful...”  Lambat-lambat Palee menyambung. 
Semakin berkeronyoklah wajah Payed.  Palee tak pernah puji perempuan melainkan  mummy dan arwah nenek.  Ini dah lain ni.  Ego dia naik mencanak.  Tapi untuk apa, ya?  Di matanya terbayang wajah Luth yang tersenyum di beranda rumah dia beberapa hari lepas. 

Makin jelas.  

42 comments:

  1. wah menjadi rebutan anatra dua beradik.. tp rasa2kan Payed dgn luth... fina dan palee... so, they are balancing each other

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAK NAK! BIAR YG BAIM DPT YANG BAIK LA...... RM, PLS BIAR PALEE N LUTH YE.....PLS.......................

      Delete
    2. TAK NAK! BIAR WANITA BAIK DPT LELAKI BAIK LA RM, PLEASE3...... PALEE N LUTH PALING SESUAI, PAYED LANTAK DGN FINA, JAHAT SANGAT......

      Delete
  2. waaaah best...
    next entry kak RM

    ReplyDelete
  3. The best la. X sabar nk tggu next n3.

    ReplyDelete
  4. hati emak mana yang tak risau dengan kerenah anak nye...takkan cinta 3 segi kut ant palee dgn payed...

    ReplyDelete
  5. huishhh. berebut lah abang adik. go k.rehan go! :)

    ReplyDelete
  6. hoho..berebut plak abg n adik nnti..si kakak plak sure wat lg zalim kt adik dia..

    ReplyDelete
  7. dua beradik lelaki minat gadis yg sama.. kita lihat sama yg lebih HERO..

    ReplyDelete
  8. yg mna1 hero ni? palee or payed???

    ReplyDelete
  9. Nama nama stock stock tok arab yg yummy yummy. .... huhuhuhu.... boleh anbil buat nama anak dak??? Hahahaha

    ReplyDelete
  10. erk apa maksud payed dia dah kawin..adakah dia dah tak teruna
    kalau mcm tu, luth tak boleh dgn payed la..perempuan baik utk lelaki yg baik kan
    -chah husain-

    ReplyDelete
  11. akak..cam citer terlerai kasih...abg n adik suka org yg sama...betul ke..

    ReplyDelete
  12. Best..tp xmo la brebut adik beradik..xsyok la bgaduh adik beradik.cukup la luth gan kakak dia je bgaduh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn la palee berebut dgn payed pulak.. Biar la palee yg ubah fina tu jd elok.. Characters kan kna balance..

      Delete
  13. alamak cinta 3 segi ke..kesiannya nnt pd yg tersingkir..

    ReplyDelete
  14. sambung la..1 more n3...nk tgk efficient x luth wat account

    ReplyDelete
  15. palii paliii RM nak nxt entry mlm ni aci? hahaha *peach*

    ReplyDelete
  16. Kak RM next entry plsss.... siapa hero???

    ReplyDelete
  17. Waduhhh!!! Mkin ngak sbr dibuatnya ^-^

    ReplyDelete
  18. kemah molek ........sukaaaaaaaaa.....

    ReplyDelete
  19. tak sabar nak tunggu sambungan...wwwweeeeeyuuuuu...

    ReplyDelete
  20. Best..rse cam nk luth gan palee lak xmo payed..tpi hero die msti payed kan..??

    ReplyDelete
  21. kahwin maksud lain..nikah maksud lain.. :p..sy faham apa payed ckp..

    ReplyDelete
  22. Palee palee palee & luth

    ReplyDelete
  23. nak payed ngan luth......
    fina dgn palee....
    bru syok......
    kalu dua2 jarekter yg sma xbst plak 6ti cerita nie......
    (nie pndapat sya)
    :D

    ReplyDelete
  24. semakin menarik nie.. xsabo nk tau pe sambungan dia

    ReplyDelete
  25. semakin mendebarkan....

    ReplyDelete
  26. next n3 plss..thanks RM

    ReplyDelete
  27. Untuk arini dh berapa kli bkk..tp x de entry bru..sob..sob

    ReplyDelete
  28. Hero kan payed,..mgkin hanya luth dpt ubah perangai kasanova payed..

    ReplyDelete
  29. http://amirahmustapha.blogspot.com/
    hehe..jemput ke blog saya :) maaf kat Rehan nak promote sikit ...

    ReplyDelete