Sunday, November 17, 2013

Cinta Yang Kucari 2

SETELAH menyalami tangan kedua-dua orang tuanya, Luth terus mendapatkan teksi untuk ke tempat temuduga.  Langkah kaki yang diiringi doa kerana ini adalah temuduga dia yang entah ke berapa sebenarnya. 

Dia tiba di lobby Menara Mahligai Holdings dengan perasaan berbaur.  Resah, gelisah.  Takut ditolak mentah-mentah.  Bukanlah dia bimbangkan akan kelayakan akademik kerana nyata, dia adalah pelajar anugerah Naik Canselor tapi penampilan dia.  Rasanya sudah sempurna tapi ada yang tak sempurna, yang tak mampu dia sembunyikan. 
Panggilan telefon daripada Puan Laila menghalau resah.  Kata mama… “Luth layak.  Luth berkemampuan.  Tak ada sebab untuk diorang tak ambil Luth kerja kalau dah panggil interview.” 
Matanya dipejam dua saat.  Allah… perlahan nama Tuhan yang satu diseru.  Mohon ketenangan.  Nampak wajah mama tersenyum.  Dengar kata-kata ayah yang memberi semangat.  Luth genggam tangan sendiri.  Fail juga dipeluk kemas.  Yakin!
“Okey.  Rezeki Allah bagi.  Kena cuba jugak…”  Dia terus menapak ke lif dan naik ke tingkat di mana seperti yang telah tertera pada surat panggilan. 
Dia tahu, ada mata yang memandang dia tapi dia hanya perlu tenang.  Biarlah.  Pandangan mata itu selalu menipu.  Dia tahu masyarakat menilai dengan mata kasar tapi Allah tahu hati dia.  Luth buat tidak tahu.  Hingga tiba di tingkat 21 dia terus masuk ke depan receptionist.  Diberi salam penuh sopan biarpun pandangan jengkel menjadi balasan. 
Dia terus senyum.  Tak apa, Luth.  Allah ada.  Hati sendiri perlu dipujuk.  Perlu ditenangkan. 
“Nak jumpa siapa, ya?”  soal seorang penyambut tetamu muda. 
“Saya ada temuduga hari ni…”  Bibir Luth koyak dengan senyuman.  Semanis mungkin.  Sedaya upaya menyorok apa yang perlu. 
Gadis penyambut tetamu tersebut membelek fail di depan mata.  Memang ada dua temuduga yang diatur oleh Tuan Bakri hari ni.  Satu temuduga dikendalikan penuh oleh anak Tuan Bakri di Bahagian Kewangan/Akaun.  Satu lagi anak sulung Tuan Bakri di Bahagian Pengurusan/Pentadbiran.  Seorang memerlukan Akauntan dan seorang lagi mencari Pembantu Peribadi. 
Sekali imbas, wajah yang tersenyum di depan dia sama dengan wajah di dalam gambar.  Adalah sedikit beza tapi rasanya live ni nampak lebih cantik.  Bertudung?  Dalam gambar free-hair?  Gitu?  Alia senyum dalam hati.  People change. 
Dia baca sekali nama tersebut.  Cukup perlahan.  Luthfina… jawatan Pembantu Peribadi. 
“Cik boleh ke wing kiri.  Bahagian Pengurusan,” ujar Alia. 
Luth senyum lantas mengucapkan terima kasih.  Dia terus menapak dan sesekali berpaling ke kiri untuk ke tempat yang dikatakan. 
Tapi, baru sahaja kelibat Luth hilang daripada mata, gadis penyambut tetamu itu terpaku seketika bila muncul seorang lagi gadis lain yang agak seiras.  Tapi, tak bertudung.  Allah… dah salah ke? 
“Cik ni…”
“Luthfina.  Saya datang sebab ada interview…” 
Alia kerut kening.  Fail di depan mata dibelek kalut.  Saat terpandang pada resume seperti nama yang disebut tadi, barulah dia perasan.  Wajah nak sama.  Nama pun tapi tadi tu Luthfiya, calon temuduga untuk jawatan Akauntan dan ini barulah calon untuk Pembantu Peribadi tu, Luthfina.  Beza. 
Sudah.  Dah salah hantar tapi siapa berani nak campur tangan dengan bos singa tu.  Mati aku.  Alia rasa wajah dia dah pucat.  Ada nak kena fired ni. 
“Err… sila ke wing belah kanan.” Jalan mudah diambil.  Luth dipinta ke bahagian kiri, bahagian pengurusan pentadbiran dan Fina pula ke kanan, bahagian akaun.  Lagipun, wajah dekat nak sama. 



RUPANYA tak ramai mana yang datang temuduga.  Kiranya persaingan tak sengit manalah.  Luth peluk kemas fail ke dada.  Dia berdebar.  Lepas seorang ini, dia yang akan dipanggil.  Syarikat baru.  Baru bermula.  Dia tahu.  Dia pun tanpa pengalaman.  Sekadar ada segulung ijazah dalam perakaunan.  Fina pula dalam pengurusan pejabat. 
Setelah calon terakhir keluar, Luth betulkan duduk menanti diri dipanggil.  Namun, melihatkan wajah calon yang telah berlalu, muka macam baru kena maki aje.  Hati dia rasa tak sedap juga.  Resah.  Boleh tak nak patah balik ni. 
Selendang dibetulkan.  Apa yang patut dilindungi, dia lindungi.  Bila ada yang meminta dia masuk, langkah kemas dan yakin diatur.  First impression penting!  Saat dia merapatkan daun pintu, kerusi eksekutif itu kosong.  Matanya tercari-cari. 
“Duduk dulu.  Encik Fared baru sampai semalam daripada luar negara.  Dia tengah minum kejap.  CarefulMood dia tak okey.  Good luck,”  pesan wanita itu mesra buat Luth tak sedap duduk. 
Fikiran Luth mula memikirkan yang bukan-bukan.  Mana ada nak interview orang macam ni?  Betul ke macam ni bila mencari seorang akauntan?  Matanya melingas sekeliling.  Sepi.  Ada ke penemuduga pergi minum air di tengah-tengah temuduga berjalan? 
Payed yang baru muncul daripada belakang hampir saja terjatuh gelas di tangannya.  Matanya hampir terjojol.  Sungguh.  Macam tak percaya dengan apa yang dilihat.  Semalam wajah ini juga.  Kalaulah mata dia tak menipu.  Dan, dia yakin pandangan mata dia tak pernah menipu.  Kalau dia kata wanita itu cantik, memang akan sangat cantik.  Hati dia aje selalu menipu.  Tak reti nak menilai baik atau tidak.  Sisi wajah ini juga dan sekarang tepat di depan dia.  Jangan kata… calon personal assistant dia?  Tak buat kerja nanti.  Kerja lain pulak jadinya.  Tapi… bertudung?  Hadui
Are you the last candidate?”  soal Payed tenang mengejutkan Luth. 
Segera Luth pandang ke belakang sikit dan saat ini, Payed sudah duduk tepat di depannya.  Mujur tak tergolek jantung dia bahana terkejut.  Laju Luth angguk.  Wajahnya ditundukkan sedikit.  Allah… mudanya penemuduga.  Kalaulah dia tahu muda macam ni, tak nak dia.  Lebih selamat kerja dengan yang berumur sikit. 
Yes.  Fresh graduate, sir…”  Luth menjawab sopan.  Sebab dia memang tahu, dia yang terakhir. 
“Okey.  I dah letih daripada tadi lagi semua tak kena dengan apa yang I nak, jadinya I tanya you terus…”  Payed cuba merenung mata Luth tapi tak berjaya. 
Gadis ini hanya angkat mata sesekali dan selebihnya sekadar menatap pada meja coklat gelap miliknya.  Tapi, dia yakin.  Sisi wajahnya sama.  Hanya perlukan nama aje. 
“You boleh ikut arahan I?”  Soalan pertama. 
Luth angguk. 
“You boleh buat kerja dengan cekap dan tepat?” 
Angguk lagi.  Yakin.  Kena yakin biarpun tak ada pengalaman. 
“You boleh ikut waktu kerja I?” 
Masih lagi angguk. 
“You bisu?”  tempelak Payed geram. 
Apa jenis jawapanlah semua nak angguk.  Tapi, bila Luth angguk laju, Payed lepas gelak sinis.  “Bisu sungguh ke?”  Eleh, tadi baru dengar gadis ni bersuara. 
“Eh tak…”  Luth angkat wajah. 
Payed telan liur melihat wajah kecil di depan dia.  Bertutup hingga separuh pipi tak nampak.  Ayu dan sopan.  Dia mahu intai sisi wajah gadis di depan dia sekali lagi tapi tak mampu.  Hanya perlu nama.  Nama. 
“Nama you siapa?” 
“Luth…” 
Payed pejam mata.  “Tak apa.  CV you ada dengan I…”  Dia belek fail resume yang ada dalam tangan dia.  Tak rasa nak belek sebelum ini tapi kali ini.
Luthfina… Payed menyebut nama itu penuh debar.  Dia angkat mata dan mengangguk.  Kenapa dalam ni tak bertudung?  Berubah tiba-tiba?  Dapat hidayah dah?  Hati dia bersuara.  Sinis. 
“You boleh ikut I out-station nanti?”  tanya Payed lagi.  Soalan terakhir. 
Out-station dia punyai banyak makna.  Maksud tersirat itu terlalu banyak.  Dia renung Luth tajam.  Wajah yang dah berkerut sana-sini. 
Tapi, Luth angguk juga.  Kerja dia perlu dia keluar sesekali.  Apa salahnya.  Kerja ini ibadah.  Bibirnya koyak dengan senyuman tipis buat Payed telan liur berkali-kali.  Rasa macam nak minta abah arahkan dia out-station hari ni jugak. 
So, bila saya boleh mula?”  tanya Luth.  Rasa bangga pulak.  Mudahnya dia dapat kerja.  Dia yakin dengan kelayakan dia.  Syukurlah.  Wajahnya tak menjadi ukuran.  Dia tahu dia mampu menyorokkannya. 
“Sekarang?”  Kening lebat Payed naik.  “Boleh?” 
Dahi Luth berlapis dengan kerutan.  “Errr… okey.  Encik Fared…”  Berat hati juga hendak mengatakan ya tapi andai di sini rezeki dia, apa salahnya. 
Call me Payed.  Kalau panggil Fared ke, Al-Fattah ke, I tak rasa macam nama I.   rasa macam I ni alim sangat…” 
Ceh, Luth mencebek dalam hati.  Nama sendiri.  Tapi, dia hanya angguk mengikut arahan. 
“By the way, nama I Fared Al-Fattah bin Bakri.  Bakri tu bos dekat sini.  Yang belah sana, adik lelaki I nama dia Fadzli Al-Fallah.  You jangan tertukar bilik pulak nanti,”  beritahu Payed separuh bergurau. 
Bukan apa.  Andai hendak dibandingkan dengan dia, gadis-gadis lebih mudah tertarik dengan karakter dingin Palee.  Bukan dia tak tahu.  Si Alia dekat reception tu kalau dengan Palee, kemain.  Kalau dengan dia pun, boleh tahan jugak senyumnya. 
“Insya-ALLAH saya tak akan masuk salah bilik, Encik Payed…”  Luth terus ukir senyum.  Mana boleh dia tertukar.  Sana deparment lain.  Nak ganggu gugat kerja orang, kenapa? 
Erm… if you don’t mind I’m asking, what is my first task?”  Dalam takut-takut, Luth menyoal.  Iyalah, tak kan nak duduk depan bos sampai balik?
Senyuman herot Payed naik ke sebelah kiri.  “First of all, you buatkan I kopi pekat punya.  I mengantuk gila ni.  Tanya Alia dekat mana pantry.”  Payed pejam mata dan menekan batang hidung. 
Baru sampai malam kelmarin, daddy dah paksa masuk kerja.  Nak suruh dia bantu Palee sangat.  Si adik yang sedang menguruskan bahagian akaun. 
Kaget.  Luth tak tahu nak berkata apa.  Dia datang sini untuk jadi jurukira wang.  Perbelanjaan keluar masuk syarikat, bukan buat air. 
Err… itu salah satu dalam portfolio saya ke?”  tanya Luth. 
Kepala Payed jatuh.  Mengangguk.  Matanya masih terpejam.  Dah letih nak bersuara.  Dia benar-benar perlukan kopi pekat.  Kalau tidak, dia akan menyembam ke meja sampai petang. 
Please,” pinta Payed separuh merayu. 
Kalau kata kecantikan wanita di depan mata tak mampu nak hilangkan sakit kepala, dia perlukan kafein. 
“Baik, bos…”  Luth bangkit dan terus berlalu keluar. 
Sesekali dia pandang ke belakang sebelum menutup daun pintu.  Semudah ini aje dapat kerja.  Lepas tu jadi tea-lady untuk hari pertama?  Tak apalah.  Janji diterima kerja.  Itu dah cukup baik. 
Tak sabar nak khabarkan pada ayah dan mama.  Dan, entah di mana Fina temuduga.  Dia tak tahu.  Tapi, dia rasa nak tahu.    Bila dia kembali semula ke bilik, Luth tak terkata apa bila dia lihatkan Payed sudah terlena di atas sofa. 
Kot entah ke mana, kasut entah ke mana.  Kaki diangkat tinggi.  Dia hampiri sofa dan diletakkan kopi pekat itu cerman di atas meja kaca.  Melihatkan kepala Payed yang terkulai, Luth jatuh kasihan.  Banyak sangat kerja agaknya.  Ya, dia tahu.  Kalau main dengan nombor ni siapalah yang tak pening. 
Encik Payed…”  Perlahan Luth menyeru.  “Encik Payed…”  Kali kedua, barulah Payed buka mata. 
Kelopak yang terangkat dalam keadaan terpaksa.  Merenung Luth dengan mata kuyu.  Hati Payed terasa lain tapi seperti biasa, dia tak yakin dengan hatinya yang sentiasa menipu. 
You sit there…”  Jari telunjuk Payed menuding pada sofa satu itu.  “Duduk situ sampai I jaga.  In case Tuan Bakri datang terjah, you kejut I.  You have to cover me as my assistant,” ujar Payed dengan suara  yang kian lemah. 
Lama-lama mata dia terkatup kembali.  Buat Luth lemah sendiri.  Apa jenis arahan ni?  Tahu aku memang pembantu dia, tapi tak kan nak jadi jaga, untuk jaga dia tidur? 
“Kalau gitu, saya tunggu dekat luar…”
Nope…”  Payed menggeleng dengan mata terpejam.  “This is an order…”  Datar suara itu mengakhiri ayat. 
Luth kaku dan perlahan-lahan dia melabuhkan duduk di atas sofa.  Memandang Payed yang sedang menghela nafas halus.  Perlahan-lahan, tangannya naik menyentuh pipi kiri yang bertutup.  Jika terdedah, akan dibuang kerjakah dia? 
“Kalau you takut tergoda tengok rupa I, you boleh pejam mata sekali…”  Payed angkat kelopak mata tanpa sebarang isyarat.  Buat Luth mengerutkan wajah sana-sini. 
Dia terkejut.  Pantas dia menggeleng dan Payed kembali pejamkan mata dengan senyuman  yang meleret pada bibir tipisnya. 

Allah… tak tahu kenapa, Luth rasa semua ini tak mudah untuk dia.  

..bersambung

28 comments:

  1. Takdir menemukan mereka berdua...tapi macammana salah faham ni nak diselesaikan nanti...

    ReplyDelete
  2. omo..omo..best2...xsabar tungu n3 bru ..hehe

    ReplyDelete
  3. tertukar keje la plak..haha apa jadi lpas ni agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mcm cv diorg pun tertukar ni....mcm mn ni

      Delete
  4. Allah… tak tahu kenapa, Luth rasa semua ini tak mudah untuk dia. ...dan cerita ini,bukan,mudah utk kami tembak,jln,cerita nya...wah rehan, best

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju,.
      sukar utk ditebak apa yg k.rehan kesayangan kita ni cuba utk olah..
      sgt menarikk..sgt best..

      Delete
    2. Setuju sgt...apa twist yg rehan cuba buat yer, buat saya jd tak sabar pulak ;)

      Delete
  5. Jgn la payed jath hti kt fina. Risau payed pandang sinis kt luth sbb kekurangan luth..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tlg lh jgn. paed, gunakanlah mata hati bkn nya mata kasar utk nilai peribadi seseorg tu

      Delete
  6. apa jadi dekat luth? tak sabar nak tahu.

    ReplyDelete
  7. kak rehan sambung lh lg...xsbr nk tau ni

    ReplyDelete
  8. Best..camne nie cv gan tmpt tmuduga trtukar lak abis laa luth..still brhrap parut luth x teruk..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa'h. .hrp2 just parut sikit jerr..x nk bnyk2. .haha..mgade

      Delete
  9. Atenyeeee kalau dah jodoh.......

    ReplyDelete
  10. takutnye nak tunggu reaksi payed. :(

    ReplyDelete
  11. best2nyer cite. x sabar nk tunggu next n3. berdebar2 nie. hehehe

    ReplyDelete
  12. Ssatu lagi nukilan RM yg kak pasti akan membolak-balikkan perasaan...sambungla cepat2 ya, tak sabor kak nk baca. Terima kaseh.
    ~ Aminah AR

    ReplyDelete
  13. Tahniah Rehan selalu wat citer best... Debar giler ni nak tahu kisah Luth & Payed....

    ReplyDelete
  14. Berdebar2 pulak jantung ni....hai RM nk lgi, thanks

    ReplyDelete
  15. susah klu dh silap camnih...camne ek..

    ReplyDelete
  16. sengat menarik cite ini.. cpt2 sambung k... cm ne leh salah nie.. yg reseption tu dh salah leh buat dono je

    ReplyDelete
  17. Diorg ni trtukar cv jgk ke?mcmne leh trtukar

    ReplyDelete
  18. wahhh..boleh pening mcm nie...sgt xtau nk agak jln cerita yg mcm mna..terbaeekk RM..

    ReplyDelete
  19. Best sgt cite ni..RM x prnh mnghampakan dgn cite2 nye yg meletopp...

    ReplyDelete
  20. La mcm ne blh tertukar file lak...jenuh la luth...

    ReplyDelete
  21. Tak sabar nak baca n3 lagi..RM jangan la bg sedih sgat2...saya ni sensetif orgnya...kang nangis kat dpn pc ni..malu le......

    ReplyDelete