TUBUH
Payed hampir terkulai di depan pintu bilik Luth. Kalau tak diingatkan di mana dia berada, mahu
aje dia tendang pintu ni. Biar
pecah. Senang dia nak keluar masuk. Tak ada apa yang mampu menghalang. Biar lepas bekam yang menggit hati bagai
menghisap darah tak ubah macam puntianak yang kebuluran.
Tangannya
masih gagah mengetuk pintu bilik Luth.
Sementara tak ramai oran g
balik ni, dia tak akan putus asa. Tak
ada apa yang mahu dia katakan. Dia nak
minta maaf. Dia sedar dia tersilap. Tak patut dia begitu tadi tapi dia hilang
kawalan. Dia sentiasa tewas dengan
makhluk yang bergelar hawa tapi memakan masa.
Dia akan tunggu si hawa menyerah.
Baru dia mulakan langkah. Dia
akui, dia salah. Mana boleh dia layan
Luth seperti mana melayan perempuan yang sentiasa kalah dengan dia.
Tapi
hawa yang seorang ni tak pandang dia
langsung. Sakit hati dia. Lepas tu boleh pulak pergi dengan Palee. Biarpun kerana kerja, tak tahu kenapa… dia
rasa terpukul teruk. Rasa bagai diejek
oleh Palee sesungguh hati.
Tak
boleh!
Aku
silap. Aku silap, Luth! Hati Payed menjerit kuat. Memang silap.
“Fiya...
buka pintu ni...”
Suara
itu terus merayu hingga membuatkan Luth terpaksa menutup telinga, memejamkan
mata. Dia mahu halau suara Payed
jauh-jauh. Dia nak campak peristiwa
menjijikkan tadi jauh-jauh.
Dia
benci! Sejak dulu, dia diperlekeh dan
dipandang jijik malah sekarang dipandang hina hingga sanggup Payed buat dia
macam tu. Andai lif tak sampai ke
tingkat 21 tadi, pastilah bibir Payed dah singgah pada mulutnya.
Pasti!
Langkah
Palee terhenti seketika. Dia kerutkan
wajah melihatkan Payed yang tak sudah-sudah memanggil nama Luth. Dah kenapa pulak Payed ni. Jangan cakap… langkahnya diteruskan.
“Yed...” Palee menyentuh bahu Payed. Sejak tadi nampak lain macam aje ketuk bilik
Luth. “Dia solat kot...” sela Palee.
Malas nak fikir bukan-bukan sebenarnya.
“Eh,
kau Lee?” Sepantas kilat Payed kalih dan
berdeham kecil. Dia meraup wajah. Dia melingas beberapa kali. Palee aje ada.
Dia
menghela nafas berat. Makin sempit dada
dia mengingatkan yang dia hampir menyentuh bibir merah basah itu. Luth bukan Julia. Bukan juga Nadia. Jauh sekali Jeslina. Tidak juga Nita.
Itu
Luthfiya. Gadis yang sejak awal macam
air batu aje.
“Luth
solat kot? Kau cari dia kenapa? Pasal jawatan dia?” tanya Palee serius.
Dia
tahu Payed datang department dia ni
sebab tu. Dahlah pagi tadi tak nampak
batang hidung. Datang aje terus cari
Luth.
“Kalau
betul pasal tu, kau cakap dengan aku aje.
Aku bos dia sekarang. Lagipun, offer letter dia dah keluar. Abah dah sign. Dia kerja dengan aku,” jelas Palee sambil
menunjukkan sampul surat
warna coklat cerah itu pada Payed yang baru saja dia ambil daripada HR.
Dia
melangkah ke bilik diikuti Payed.
“Kau
patut cakap dekat aku dulu, Lee...”
Sebaik saja pintu dirapatkan, Payed bersuara. Jelas, nada tak puas hati.
“Aku
tahu tapi memang dah tersalah jawatan?
Sampai bila kau nak simpan dia jadi PA kau sedangkan dia bukan datang sini
untuk tu? Kau kena faham tu,” pujuk
Palee professional. Bukan apa, Payed ni salah percaturan,
bertumbuk jugak dua beradik karang.
“Memang...” Payed hempas duduk di atas kerusi. “...aku pun tak sangka Si Alia tu boleh
tersalah hantar orang. Tapi, sebab dia
dah seminggu kerja dengan aku, kau kenalah tanya aku dulu...”
“Yedddd...” Panjang Palee memanggil nama abangnya. “Kau pun kena faham aku jugak. Aku lagi banyak kerja daripada kau. Aku lagi perlukan dia. Lagipun, dia memang datang sini nak jadi
akauntan....”
“Dah
tu, kau aturlah interview dulu!” sergah Payed marah. Menjawab aje Palee ni.
“Tak
payah interview dah. Practically
pun aku dah tengok, Yed...” Payed tak
tahu, terkejut kemain Palee bahana
melihat Luth menyemak akaun syarikat.
“Habis
tu, aku?”
“Haa...”
Palee bangkit. Dia capai fail
kuning yang diminta daripada Alia tadi. Salinan
biodata bekas candidate dia tapi
sepatutnya untuk Payed. “...kau tengok
ni...” Fail tersebut ditolak ke depan
Payed. “Jangan terkejut pulak tengok
calon secretary kau yang
sebenarnya...”
Terus
fail tersebut dibelek oleh Payed dan saat terpandang gambar dan biodata
tersebut, rahang dia rasa nak terpenggal.
“Luthfina?” soal Payed lebih pada
diri sendiri. Dia angkat mata merenung
Palee. Tak mengerti.
“Siblings,” ujar Palee sepatah.
“Really?”
Dahi
Payed kerut. Seksi. Free-hair. Manis.
Nampak seiras dengan Luth tapi bila dia amati, mata Luth lagi
cantik. Hidung Luth lagi mancung dan
bibir Luth tipis sedikit.
“True.
Aku pun terkejut bila Luth mengaku.
Kalau kau nak, panggilah balik dia temuduga. Aku berani kerat kuku, dia ni taste kau,” sela Palee sedikit
sinis. Gila nak kerat jari. Tidaknya dia.
Kenalah
tu dengan Payed. Namun, bila Payed
menggeleng, Palee pula kerut dahi. “Memang
taste aku kat luar sana tapi dalam pejabat ni, aku nak yang
macam Luth...”
“Itu
pun Luth apa...”
“Fiya,
Lee. Bukan Fina,” bidas Payed tapi dia
tahu, dia dah kalah.
Luth
milik Palee sekarang. Surat dah keluar. Dia tak mampu buat apa. Kalau berani nak kena marah dengan abah,
boleh minta macam-macam. Ini pun, hal
tak balik semalam abah dan mummy tak bambu
dia lagi. Tengoklah dia balik petang
nanti macam mana.
Tanpa
berkata apa, Payed bangkit hendak berlalu.
Saat dia melalui bilik Luth, hati dia paksa kakinya berhenti. Dada dia berdebar. Tak tahu kenapa. Mengingatkan peristiwa di dalam lif tadi, jiwa
dia bergelodak.
Rasa
ingin memiliki Luth semakin menebal. Tak
dapat hati, jasad pun jadilah. Hati
jahatnya berbisik.
Hujung
bibirnya terukir senyuman sinis. Lantas
dia berlalu.
TUBUH
dihempas di atas sofa. Butang baju
ditanggalkan satu. Rimas. Nak bernafas pun tak boleh. Tangan naik ke dahi. Keluhan tipis keluar. Mata dipejamkan. Nafas berat cuba diatur agar lebih ringan
helaannya.
Tak
tahu kenapa, bayangan koleksi gadis yang ada menjauh tak nak hingga
langsung. Dia berusaha tolak rasa
bersalah pada Luth tapi tak nak menjauh walaupun sesaat. Payed tak tahu nak buat apa dah. Mengiring ke kiri, nampak lagi perbuatan dia
pada Luth. Mengiring ke kiri pun
sama. Meniarap juga masih terbayang
dirinya yang hampir menyentuh Luth. Bila
kembali merenung siling, lagilah. Tak
ubah bagai projector yang memancarkan
perkara itu. Macam tayangan perdana
percuma.
Kepalanya
mula terasa berat. Sungguh ni. Sakit kepala.
Kalaulah abah dan mummy tahu perangai dia, kena halau agaknya. Dia bukan tak boleh dihalau tapi pada dia
yang jahat ini pun, dia sentiasa dahagakan restu dan kasih orang tua. Malah dulu, dia tak nak ke UK tapi mummy dan abah paksa sebab
sekeluarga kena pindah.
Lama
dia termenung sendiri memikirkan kesan perbuatannya itu. Entah macam mana dia nak berdepan dengan
Luth. Itu tak kisah sangat sebab dia
tahu dia jenis muka tembok tapi Luth tu.
Macam
mana?
Payed
buka mata bila terdengar pintu ditolak daripada luar. Dia
malas nak pandang ke pintu.
Paling tidak pun, Si Alia. Memang
naha s nak kena
marah. Buat kerja cuai nak mati. Tak pun setiausaha abah, Encik Borhan.
Bosan!
Dia
buat-buat tidur. Malas nak layan. Letih ni, tahu tak?! Derap tapak kaki kian mendekati. Makin dekat dan Payed yakin, tubuh itu
berdiri tepat di sisinya.
“Encik
Payed?”
Matanya
diangkat biarpun masih terasa berat.
Dipaksa juga demi mendengarkan panggilan manja itu menerobos masuk ke dalam
telinga. Dahi Payed berkerut. Dia memisatkan matanya berkali-kali dan bila
matanya benar-benar membulat, susuk tubuh langsing itu berdiri tepat di depan
dia.
Dekat!
“Fiya...”
Keterujaan Payed tak mampu disorok lagi.
Lantas dipaut tangan Luth kemas.
Tanpa menanti, tubuh itu dipaut kemas ke dalam pelukan.
Tak
sangka, lepas apa yang terjadi Luth datang cari dia. Degupan jantung Luth teratur. Jantung dia
yang dah melebihi kelajuan biasa.
Helaan nafas Luth juga damai, tapi helaan nafas dia kalut.
“Encik
Payed, saya...” Luth cuba
tolak bahu Payed.
“Syhh... don’t say even a word.” Semakin kemas Payed memeluk. “Ans
don’t speak. Let me hug, just a moment,”
bisik Payed resah.
Tapi,
persoalannya, kenapa dia terlalu inginkan Luth?
Jawapan tak ada. Biarlah. Dia tak hadap semua jawapan tu. Janji jasad Luth ada dalam pelukan dia, dia
dah rasa menang bila gadis ini mencari.
Atau boleh ke dia katakan Luth menyerah diri?
Syaitan
bermaharajalela di dalam jiwa. Seorang
lagi anak Ada m
berjaya dirasuk fikirannya. Bila Luth
menolak bahu Payed dan mengukir senyuman tipis, Payed resah tak betah. Gundah gulana menahan rasa yang
bergelojak.
“Why did you come?” soal Payed separuh berbisik.
“You’re worried about me? Us?” tanya Luth kembali.
Payed tak
lepas pelukan pada pinggang Luth. Dia
sekadar menarik Luth mendekati pintu dan menguncinya rapat. Tak mahu gangguan.
“Am so worried,” akui Payed lalu telapak
tangan Luth dibawa ke bibirnya. “About you…”
Dikucup ghairah sebelum
kembali menentang mata bundar gadis itu.
“I’m just fine. No worries…” Luth tarik tangannya dan menyentuh anak
rambut Payed yang jatuh ke dahi.
Mengelus rambut belakang Payed yang dah lepasi kolar baju.
“Rambut
dah panjang ni…” Luth senyum. Payed gela k
dan angguk.
“Am I look damn handsome this
way? What you think?”
Tak
menjawab, Luth hanya senyum tipis. Payed
lega. Luth tak marah dia. Luth tak marah! Itu dah memadai.
Sekali
lagi, tubuh langsing itu dipaut. Matanya
dipejam rapat. Leganya dia. Hangat pelukan Luth benar-benar
mendamaikan. Hilang rasa bersalah.
“Yed…” Bahunya ditepuk lembut. “Yed…”
Suara mesra itu sedikit keras.
“Payed!” Kuat lagi. Barulah dia angkat kelopak mata.
Wajah
abah depan mata menggeleng melihat pada dia.
Payed raup wajah dan pantas bangkit dan duduk bersandar lemah. Mimpi rupanya. Begitu kuat tarikan Luthfiya pada dia hingga
masuk ke dalam mimpi. Di siang hari
pulak tu.
“Tidur
apa masa kerja ni?” soal Tuan Bakri
lantas melabuhkan duduk di depan Payed.
“Aba h…” Nafas dia lelah lagi. “Kenapa datang cari Yed?” Dia raup wajahnya lagi lagi dan lagi.
“Kenapa
Yed tanya? Ni haa, report
peru nding
yang abah minta Yed buat tu, bila nak hantar?
Palee dah siap hantar budjet
dah biarpun abah tak minta. Lagi
satu…” Tuan Bakri teringat pesanan
isterinya. “Mummy pesan suruh ajak kamu
balik sekali hari ni. Dia kata kalau
kamu balik sendiri, asyik sesat jalan aje,” sinis Tuan Bakri.
Malam
tadi tak balik. Tidur hotel mana lagi
tu. Dan yang paling merisaukan, dengan
teman wanita yang mana lagi?
“Semalam
tidur dengan siapa?” soal Tuan Bakri
telus. Senang tanya siapa. Kat mana-mana tak kisahlah. Kalau sendiri, tak apa. Kalau berdua ni yang payah sikit.
“Tak
ada dengan sesiapalah, bah. Yalah,
petang ni Yed hantar sebelum balik. Abah
baliklah dulu. Yed siapkan kerja dan
balik rumah terus. Cakap dekat mummy,
masak asam pedas ikan pari,” pesan Payed lantas dia bangkit ke meja kerja.
Kacaulah
abah ni. Kemain syok dia mimpi
tadi. Haih. Tuan Bakri
menggeleng. Bilalah nak berubah. Dia turut bangkit dan mendekati meja
Payed.
“Sampai
bila Yed nak hidup macam ni?”
Mata
mereka bersatu. “Macam ni, macam mana
maksud abah?” Muka bosan.
“Macam
sekarang…”
“Bah…” Tak sempat abahnya tamatkan ayat, Payed dah
memotong. “Hidup Yed, Yed tahu
tentukan. Lagi satu, abah tak boleh nak
samakan Yed dengan Palee. Kami beza,
bah…” Dia hangen satu badan kalau oran g
asyik cakap dia dengan Palee lain.
Memanglah!
“Erm…
balik awal sikit…” Dia malas nak
berkeras sangat. Memujuk, ada cara. Lagipun
Pa yed dah dewasa. Harap sangat anak itu berubah. “Aba h
keluar dulu…”
Payed
angguk. Sebaik saja pintu tertutup, dia
kembali merenung skrin Asus di depannya.
Kerja! Nanti abah tak bagi gaji,
nak joli pakai apa.
KEPALA
Palee terjengul di muka pintu. Tersenyum
senget. Memandang Luth yang sedang tekun
membelek semua fail yang dia berikan tadi.
“Going home?” tegur Palee.
Luth
angkat wajah dan melihat jam di pergelangan tangan. Allah, dah dekat pukul 6.30 petang. Tak sedar dia. Solat pun belum ni. nak balik sekarang, mahu lepas Maghrib baru
sampai.
“Err…
saya nak solat dululah. Encik Pa lee
nak balik dulu, silalah…”
“Or nak I temankan…”
Laju
Luth geleng. Janganlah Pa lee
pun buat perangai. Tak sanggup dia. Cukuplah
Pa yed sorang. Tak mampu bertahan dia.
“Saya
okey sendiri. Lepas solat saya terus
keluar. Lagipun, dah janji dengan ayah
saya. Dia datang jemput…”
Palee
jongket bahu. Mengalah. Lagipun, dia nak kena balik dah. Malam jumaat ni, biasa abah ajak pergi masjid
ada tahlil. Tak nak terlepas. Rugi. Yang Pa yednya,
dah cabut awal-awal kot.
“Take care. Lampu depan dah padam. Jumpa esok.
Assalamualaikum…” Tangan Pa lee
naik melambai.
“Waal aikummussalam…”
Lambaian Pa lee tak dibalas. Lepas
Pa lee hilang, Luth terfikir
sendiri. Kenapalah beza sangat dua
beradik ni.
Lantas,
dia temui jawapannya. Dia dengan Fina
pun beza. Sangat. Setidak-tidaknya, dia tak pernah nampa k Payed dan Palee
bergaduh sakan. Setakat bertekak tu
biasa. Malah, memaki pun tak ada. Tapi, dia dan Fina bern anah telinga bila Fina memetir.
Huh…
keluhan berat dilepaskan. Teringatkan
Fina, berat kaki nak melangkah balik.
Tapi, dia tak janji pun dengan ayah.
Yang dia janji, apa-apa hal dia akan telefon. Fail ditutup.
Luth bangkit menyinsing lengan baju.
Berjalan keluar menuju ke bilik air.
Bila siap, dia kembali ke biliknya.
Sejadah dihampar dan dia sedia bertemujanji dengan Maha Pencipta.
hiks...
AISEH. Rajin pulak kerja hari ni. Payed tak sangka dah lewat sangat ni. Bising pulak mummy. Dia cepat-cepat siapkan diri nak balik. Saat dia mahu merapatkan pintu, bibir terukir
senyuman nakal. Kalaulah betul Luth yang
ada dalam pelukan dia tadi… hai… tak mampu dia katakan.
Kepala
dia tak lepas nak berfikir perkara-perkara tak betul. Di cuba bayangkan apa yang ada di sebalik pakaian labuh itu. Disebalik tudung itu. Segalanya.
Tapi, anganan dia mati bila melihatkan lampu sebelah department Palee
masih terang.
Dia
intai. Bilik Luth?
Setelah yakin tiada seorang pun berbaki di pejabat,
Payed melangkah menuju ke bilik kerja Luth.
Hatinya memberontak mengatakan Luth ada di situ. Malah lampu depan semua dah malap.
Kakinya
semakin laju melangkah mencari destinasi.
Saat dia tiba tepat di depan pintu kaca itu, dadanya kian berdebar. Rusuk dia serasa hendak patah.
Sungguh.
Nafas
dia dah sesak. Dilihatnya pintu itu
tidak ditutup rapat. Bila ditolak
sedikit, tak berkunci. Bermakna masih
ada penghuni. Matanya melilau ke kiri
dan kanan mengintai kelibat manusia.
Daun pintu
ditolak berani. Dengan keluasan dua cm
itu, matanya tertangkap kilauan rambut yang panjang. Lepas bebas.
Membelakangi dia. Sesekali, jari
yang menguak rambut itu membolehkan dia melihat leher yang putih kekuningan
itu.
Payed
pejam mata. Cuba kuasai fikiran sendiri. Mimpinya tadi kembali terlayar di dalam
memori. Bila dia pejam mata, bibirnya
herot dengan senyuman jahat. Nyata, dia
kalah lagi. Kakinya menapak selangkah ke
dalam bilik Luth dan pintu dikunci rapat.
bersambung
Oh!!!no...
ReplyDeleteohhh...
ReplyDeleteGile si payed ni..ade jgk yg nk mkn kaki ni..mntk2 luth slamat..
ReplyDeleteaigoooo..ape la payed ni..huhu
ReplyDeleteApakah?....janganlah buat something yg kau sesali payed...
ReplyDeleteAdoiiii... Payeddd.. Sesak nafas lagi ni... Huhuhuhu...
ReplyDeletenehiiii~~~
ReplyDeleteAduh Payed... x insaf2 jugak!
ReplyDeletekeciannye luth......
ReplyDeleteOMG....pening aahh....
ReplyDeleteAdoi payed! X serik2. X gune menyesal tadi..
ReplyDeletemintak2 lutk xape2
ReplyDeleteplease payed...wake up. jgn diikutkan ht sgt tuh. tu luth bkn mcm perempuan yg dia pernah kuar sbom2 ni
ReplyDeleteSakit jantung kita la...saspen sungguh....jgn la rahsia Luth terbongkar....
ReplyDeletePayed..hampagas tol laa..
ReplyDeleteBest..
Nak lgg..
ReplyDeleteMesti payed tkejut tgk parut kat pipi luth kan. Pastu terus keluar.
ReplyDeleteTidak~~Payed behave.
ReplyDeleteOh no..no no..Payed... Please...
ReplyDeleteTengok muka conform menjerit macam orang gila .....
ReplyDeleteXoxo rm
ReplyDeletepayed!!! jangan jadi gila. omo.
ReplyDeletesabaaaaarrr payed sabarrrrrrr......
ReplyDeleteHishhhh. Jgn la mcm nie payed.. Kesian luth.. nnti dia benci lagi susah..
ReplyDeleteNgeeeeeeeee
ReplyDeleteOooo..he's gonna see d scar..
ReplyDeleteOo no..jgn lah payed buat mcm2 kt luth
ReplyDeleteArghhhh.. what happennnn????
ReplyDeleteAh payed...jangan buat luth mcm tu...
ReplyDeletePayed!!! STOP.
ReplyDeleteIshhhh suspense lah pulak.
Betul2 suspen..huhuhu
ReplyDeletecepatla smbg
ReplyDeletepergh..krg ajarnya Payed.. adakah kekurangan dalam diri fiya akan mematikan rasa nafsu binatangnya itu.. dan apakah akan dilakukan oleh fiya untuk mempertahankan dirinya dari niat kebinatangan lelaki yang telah dirasuk itu..dan adakah Palee akan menyelamatkannya dari kerakusan kebinatangan abangnya kerana kebetulan Palee tertinggal kertas kerja.. aduhai kesiannya fiya.. dia bukanlah wanita yg tergediks gediks kan... kalau ada barang keras kat situ..hempuk saja dia..kalau dia hilang ingatan lagi bagus..terus jadi baek...
ReplyDeleteek? Konfius .... siapa penulis ning ? he he he
DeleteHahaha a ah kn...
Deletejgn lah dia buat apa-apa...... sesak dah nafas akak ni
ReplyDeleteHehehe..sokong kak idA & klu blh minta cik writer wat ssuatu agar payed insaf & nekad utk miliki fiya scara sah...
ReplyDeleteRM pls buat novel cite nie..!!! so interesting!!!! so amazing!!!! really luv it..
ReplyDeleteRM...apa la yang Payed ni sempat buat ....tak sabaq dah ni nak tau !!!!
ReplyDeleteno.....
ReplyDelete>>k<<
Rm...next please..x sabar dh ne..suspent ooo..!!
ReplyDeletepayed ada niat x baik...ish2
ReplyDeleteSuspen, janganlah berlaku tak baik pada Luth kesian kat dia. Biarlah ada penyelamat macam idA cakap tu.
ReplyDeleteohh myyyy.... cepatlah kak RM... smbung2...
ReplyDeleteSaspen...huhu..cepat2 le sambung..
ReplyDeleterm tlg la sambung cpt2..x tenang ni..huhu..plz...nk new n3
ReplyDeletewhy why why why.....
ReplyDeleteadoi..apa la payed nie...tlg la hormatkn luth tu ckit...huhhh...geram sggh..
ReplyDeleteHuhuhu...suspen...mimpi lagi la hendaknya...kesian luth...
ReplyDeleteala.. jan lah buat benda pelik2.. sian kat fiya
ReplyDelete1.Palee patah balik ke pejabat, dlm prjalanan lg tu ...
ReplyDeleteHehehe ...
2.Payed tk sempat buat apa2. Trkejut bsar bila nmpak pipi fiya !!
1st - btul...
Delete2nd - salah !!!
oh..tidak...jangan macam2 payed...aduh...jangan kasi saya gementar ni..RM.....
ReplyDeleteJgnlah payed buat apa2..
ReplyDeleteku lempang jugak si payed ni karang..
ReplyDeletepayed.... janganla sejahat gini. aiyoooo
ReplyDelete