TERKEJUT aku tengok
kereta yang berhenti di depan rumah.
Memang tak percaya apatah lagi bila Rozie keluar daripada kereta
itu. Tersenyum manis. Semanis madu.
Nak-nak bila seorang lelaki yang cukup aku kenal pulak keluar.
Macam mana dia boleh
ada dengan Rozie? Ke sebab nak sangat cari Tuah sampaikan dia pergi cari Rozie
dekat hospital?
“Terima kasih sebab
sudi carikan dia untuk I...” Aku pasang
telinga. Jelas suara Khalifh berpesan pada Rozie.
“I buat apa yang patut
aje. Lagipun, dah setahun lebih you
cari, kan? Tak apalah I dedahkan sikit
maklumat dia. Kira ni rahsia kitalah…” Rozie gelak manja.
Khalifh angkat
tangan. Dia pun menggariskan senyuman
kian lebar. “By the way, boleh panggilan Khalifah keluar tak. Alang-alang I sampai sini. Dia ada tak?”
“Khalifah, ya?” Rozie senyum sinis berpaling ke rumah. “Sepi je.
Macam tak ada. Nanti I tengok
kalau dia tak keluar lagi.”
Hey, pandai-pandai dia
aje cakap aku tak ada. Bukan ke aku
cakap aku nak dok rumah aje. Tak ke
mana-mana.
Khalifh hanya senyum dan
aku cepat-cepat masuk ke bilik. Apa yang
mereka bualkan selebihnya itu, tak tahulah. Dan, aku hanya menanti Rozie datang
ke bilik aku ke tidak.
Tak lama lepas tu,
wajah Rozie muncul tapi hanya dengan senyuman sinis. Senyuman bangga. “Kau tak dapat ke interview tu, Tuah?” soal
Rozie.
Aku senyum tipis. “Dia kata akan panggil dalam masa dua minggu
kalau tak ada aral.” Sebenarnya aku
tunggu aje Rozie bagitahu aku yang Khalifh nak jumpa aku tapi sayangnya, dia
diam.
“Kita dengar ada kereta
tadi. Siapa hantar?” Ya, aku tahu dia tak bawa kereta hari ni. Jangan
dia cakap…
“Pakwe. Kenapa?”
Kening tipis ROzie naik tinggi.
Tadi aku nak duga dia
cakap balik naik teksi. Tapi ini terus pada pakwe. Apa lagi mampu aku katakan sekarang. Aku hanya mampu senyum ajelah.
“Oh… awak yang ada
pakwe, awak cakap kita pulak hari tu, kan ?” Sengih dalam suara berbasa-basi.
Dia terus ukir senyuman
tapi cukup sinis. Cukup buat hati aku
pedih. Cukup buat senyuman aku
sumbing.
“Sorry tak bagitahu.” Rozie
ketawa sambil tekup mulut. “Ingat nak
buat kejutan. Tunggu bagi kad dulu baru
nak bagitahu…”
Hailaa… hailaa… Kenapa Rozie jadi macam ni, ya?
“Erm… congrates in advance…” Aku pun, layankan ajelah. “Kita nak keluar kejap ni.” Beritahu aku yang jelas dah siap
sebenarnya. Kotlah Rozie memang datang
cakap pada aku Khalifh panggil.
Aku tak syak langsung
pada Khalifh tapi yang buatkan aku kecewa adalah Rozie. Aku tahu dia mesti jumpa Rozie di hospital
sebab mencari Tuah. Silap aku
sembunyikan tentang diri sendiri. Rozie
pun tak salah. Salah aku sebab takut
kecewa. Salah aku sebab takut orang
terima aku kerana budi.
“Oh… okey.” Rozie nak berlalu tapi langkah dia mati
seketika. “By the way, Tuah…” Dia
berpaling dan tersenyum lagi.
Mata aku memandang
tepat pada wajah Rozie.
“Khalifh akan jumpa Tuah
dia. Dia dah jumpa penderma hati untuk
dia dulu. I’m happy for him…”
Dahi aku berkerut
hebat. Dada aku berdebar. Detak jantung aku laju. Apakah?
Maksud apakah yang Rozie cuba
bagitahu aku ni?
“Maksud awak?” Dia bukan tak tahu yang aku ni adalah orang
tu. Dia tahu dengan baik.
“Tak ada apa
maksud…” Bahunya terjongket. “Khalifh akan jumpa penderma hati dia nanti,”
ulang Rozie lagi sekali.
Dia senyum tipis dan
terus berlalu. Aku rasa seluruh tubuh
aku menggeletar. Aku terduduk di birai katil
setelah Rozie merapatkan daun pintu.
Birai mata aku terasa basah dan saat aku capai telefon, getaran memaksa
aku menjawab panggilan Khalifh.
“Khalifah, awak dekat
mana?” soal Khalifh ceria. “Jumpa saya kejap…” ajak dia teruja.
“Kenapa?” Tenang aku menyoal.
“Ada berita gembira saya nak bagitahu…” Khalifh ceria. Aku tahu tentang penderma hati tu dulu.
“Rozie dah bagitahu
kita…” Selajur, aku berkata demikian
barulah aku sedar yang aku tersalah kata lagi.
Khalifh diam di hujung
talian.
“Kita jumpa lain kali
ya?”
“Tak… saya jemput awak
sekarang. Awak dekat rumah, kan ?” tanya Khalifh tegas.
Aku terdiam
sendiri.
“Khalifah?”
Diam lagi.
“Please…” rayu Khalifh.
“Khalifah… kita ada
perkara nak bagitahu awak…”
“I know…” Setelah itu, dia
matikan talian.
Apa yang dia tahu?
“KENAPA, ya?”
Elok saja aku masuk
dalam kereta dan memasang tali pinggang keledar, Khalifh menyoal aku macam
tu. Apa yang kenapa?
“Macam pelik?
Pulak dah. Apa yang pelik? “Awak ni dah kenapa?” tanya aku ingin tahu. Sebenarnya, aku tak fikir langsung dah pasal
budak Rozie ni. Aku lebih risaukan
tentang rahsia aku ni aje.
“Tadi saya ada datang
sini lepas saya pergi hospital jumpa Cik Roziana. Saya hantar dia balik sebab saya tahu dia housemate awak. Saya minta dia panggilkan awak tapi katanya
awak tak ada. Awak baru balik ke apa?”
Wajah Khalifh berkerut seribu.
Aku diam memikirkan
perkara yang sedang berlaku ni. Khalifh
terus menekan pedal minyak dan berlalu daripada kawasan peru mahan
aku.
“Kenapa, ya?” Sekali lagi dia menyoal saat kereta
membelah jalan raya yang agak
lengang.
“Err… saya ada je. Mungkin masa tu saya terlelap kot. Rozie tak tahu saya ada ke tak ada…” Aku senyum tipis. Tak mungkinlah nak burukkan Rozie. “Yang awak tu, macam mana boleh pergi
hospital hari ni?”
Tawa tipis Khalif
menyapa telinga. “Saya pergi sana , awak pun tahu atas ur usan apa. Lepas
saya jumpa awak semalam, saya memang ada niat nak ke sana .
Jumpa dengan Cik Rozie dan katanya, dia janji nak temukan saya dengan
Tuah…”
Terus aku ketap
bibir. Hati aku menjerit kuat. Ini haa… Tuah ada sebelah awak ni,
Khalifh. Berhentilah mencari. Tapi, tersekat. Nafas aku sesak tiba-tiba. Takut senyuman tulus yang tergaris pada bibir
Khalifh padam selamanya.
“Khalifh…” seru aku.
“Iya, Khalifah…” Dia ketawa halus. Tiap kali aku seru nama dia dan dia sahut
nama aku, dia mesti ketawa. “Dada saya
rasa nak pecah setiap kali saya panggil nama awak dan dengar awak panggil nama
saya,” akui dia jujur.
Senyuman senget aku
terukir. “Nam a
dekat nak sama, kan ?”
“Samalah. Bukan nak tapi dah sama.” Khalifh betulkan kenya taan aku.
Kepala aku jatuh
beberapa kali. Bersetuju dengan
kata-katanya. Tapi, yang menjadi masalah
sekarang ni, aku kena mengaku siapa aku dan sebab kenapa aku lari jauh-jauh
setahun yang lepas.
“Kita nak ke mana ni,
Khalifh?” tanya aku bila aku rasa jalan
ni macam menuju ke rumah dia aje.
“Jumpa ibu dengan papa
saya…”
“Hah?” Aku tak dapat nak bendung rasa terkejut. Aku ni tak sedia lagi ni. Dia suka macam ni.
“Khalifh… not today…”
“Khalifahhhh…” Suara dia meleret. “Bukan hari ni, bila lagi. Saya nak percepatkan segalanya. saya nak kita bercinta nanti. Kenal lama-lama pun belum tentu kita tahu bercinta dan kenal
sekejap pun, kalau Allah kata jodoh kita bersama, saya akan ajar awak
bercinta,” ujar Khalifh bertegas.
Hailaa… hailaa…
AKU tak cakap pun nak
belajar bercinta. Cinta itu fitrah
manusia. Rasa ingin menyayangi dan
disayangi. Yang dia rajin nak ajar aku
cara bercinta, kenapa? Dalam pada kepala
kalut memikir, kami akhirnya sampai tepat di perkarangan rumah Khalifh. Sungguh dia datang rumah keluarga dia dan aku rasa, lepas ni aku akan
kena sembur sebab memang menutup kebenaran.
“Khalifh, sungguh ke
kita kena jumpa orang tua awak ni?” Tak
betah duduk dah aku ni.
Senyuman Khalifh koyak
lebar. Dia angguk sekali dan terus
keluar daripada kereta. Aku pun nak tak
nak keluar juga. Tak kan nak berkurung
dalam kereta pulak. Lencun aku
nanti. Apa yang jadi, aku reda aje. Salah sendiri. Kaki aku teragak-agak hendak menapak.
“Cepatlah,” gesa
dia. “Selain jumpa ibu dan papa saya,
saya nak awak jumpa penyelamat saya dulu.”
Lagilah aku rasa kalut
tak sudah. Aku kerutkan kening sehabis
daya. Maknanya dia dah jumpa? Maklumat siapa yang Rozie bagi ni? Rozie ni dah kenapa? Kenapa dia tipu Khalifh
dan juga lebih teruk, tipu aku?
“Errr.. don...donor tu
ke?” soal aku gagap.
Khalifh angguk
laju-laju. Senyuman dia berkilau. Kalah senyuman saat pertama kali nampak aku
dulu. Serius. Silau mata aku. Seronok sangat dia nak jumpa penderma tu tapi
penderma sungguh ke?
“Jom. Saya puas cari dia, akhirnya dia...” Kata-kata mati di situ bila ada suara yang
menegur daripada dalam rumah.
Muncul sepasang suami
isteri. Yang Uncle Khalid tetap segak
dan Aunty As juga masih anggun. Cuma,
pandangan mata mereka tu tak tahulah pandangan cam atau pandangan lupa. Atau lebih tepat lagi tak kenal
langsung. Tak ingat dah wajah aku.
“Apa sosek-sosek ni,
Alifh?” tanya Aunty As pada
Khalifh.
“Sorry, bu. Ni haa... tak nak masuk...” Khalifh menjuih pada aku. Parahlah.
Tapi, lambat-lambat,
aku hulur tangan pada Aunty As bersalaman. Saat tangan aku digenggam, mata dia tepat
merenung mata aku dengan renungan lain sikit tapi tak lama, dia kembali
senyum.
Sebenarnya aku dah
kehilangan kata. Niat di hati nak
berterus-terang tapi tekad Khalifh bawak aku jumpa keluarga dia hari ni, buat
aku macam tak reti nak bercakap dah. Macam
mana nak terus-terang depan keluarga dia?
“Err.. sihat, aun...ty?”
Tak tahulah aku nak cakap apa.
Dia suami isteri senyum manis dan mengajak aku
masuk. “Lama tunggu Alifh bawa calon
menantu rumah ni. Setahun lebih dok
mencari aje.”
Sebut aje pasal
mencari, aku terus melilau ke seluruh rumah.
Mana orang yang dikatakan penderma tu?
Yang Rozie kenalkan tu? Mana?
“Err... Khalifh kata
ada tetamu istimewa...” Aku senyum dalam
kecanggungan. Bila Khalifh juga senyum
dan ibu bapanya juga senyum, aku rasa aku akan terperangkap.
“Erm... dah balik. Tunggu lama sangat...”
Apa? Dah balik?
Pheww... aku hela nafas lega. Sebelum
ibu dan papa dia tahu, aku kena bagi Khalifh tahu dulu.
“Err... sebenarnya
aunty... uncle...”
“Bu, minum dulu. Dahaga,” sampuk Khalifh tiba-tiba. Kacau betullah dia ni.
Saat ibu dan papa dia
masuk ke dapur, aku juga bangkit berdiri tapi bila nak melangkah, Khalifh
menahan.
“Mungkin dia tak sedia
lagi nak bagi saya tahu siapa dia kot.”
Aku pandang Khalifh
sambil mengetap bibir. Keliru kejap. Sekejap aku rasa dia macam dah tahu siapa aku
tapi rasanya macam tak. Apa pun, keluar
aje daripada rumah ni nanti, aku nak cakap sebelum orang tua dia tahu. Tak larat la nak main cak-cak. Lagipun, dia dah pinang aku. Tuah ke, Khalifah ke, Nur ke... orang yang
sama. Apa ada hal.
“InsyaALLAH, sikit masa
lagi awak tahulah tu...”
Khalifh angguk
pasrah. “Kenapa dia menyorok, ya? Malu ke apa?
Atau takut jatuh cinta dekat saya sebab hati dia ada dengan saya?” duga Khalifh berseloroh.
Aku ketawa kecil dan
mengangguk. “Boleh jadi kot... dan kalau
kata dia tiba-tiba muncul, awak nak pilih siapa?” Saja, aku nak usik dia.
Wajah Khalifh nampak
berbunga. “Dua-dua boleh?” Matanya dikenyitkan sekali.
Tamak.
...bersambung
RM says : Thank you :)
heheheh...tu la tuah nok main nusuk sngat...
ReplyDeletenk main nusuk pun, raso nyo mcm si khalif dh tau lh. sajer jer tu
DeleteIm say welcome
ReplyDeletenak lagi tak cukup...hahaha tamak
ReplyDeleteBukan tuah jer pening..kita pun,pening nie...khalif mcm dah tau..tp skali,mcm blm.... Aduh, yg mana satu,nie
ReplyDeletekhalifh dah tahu
ReplyDeleteemmm...cam dah tau jerk..wat gimik le tu..apahal si rozie nih..jeles ke..ke nak tackle si khalifh plak..isk..isk..isk..
ReplyDeletentah2 rozie saje nk bg hint kat tuah ni. dh2 lh tu duk main sembunyi2 nya. baik terus terang jer
Deletecakk Tuah.. cakk Khalifah..
ReplyDeleteHaila... Ape jadi nie.. nape Rozie tu???
ReplyDeletentah la...x suke cenggini..bgtau je la
ReplyDeleteApalah tuah ni. Patut bagitahu dari awal. Hmmm anyway nak lagi !! Tamak sikit
ReplyDeleteKenapa dengan rozie tu? Tak suka dkt tuah dah ke? Kesian tuah.
ReplyDeleteAi la tuah...nk main aci cak lg ke
ReplyDeleteRasanya Khalifh dah tau kut..saje nak wat saspen dan geram kat Tuah sebeb taknak ngaku sampai sekarang..so mungkin berpakat dgn Rozie tuk kenakan Tuah pulak
ReplyDeleteAduh...debar ahhh....bila nak hilang debar menanti ni....
ReplyDeleterozie kenapaaa? and rasanya khalif dah tauu aish
ReplyDeleteNervous plak baca bab nih
ReplyDeleteknp ceng gini....
ReplyDeleteSaya rasa bkn khalifh je yg tamak ni. sy pon nk tamak gak.. nk n3 lg..
ReplyDeletebest~best...
ReplyDelete당신의 마음을 빌려(hati yang kau pinjamkan) fighting!!!
Ni msti khalifh dah tau. Saje je tu. Hehehe...
ReplyDeletekhalifh nak bg tuah peluang tuk terus terang la 2.. tp dia still xbuat..
ReplyDeletePeningggg sebab lama sgt main tarik tali
ReplyDeletebestnya. tak sabar untuk next n3.....tahniah kerana menghasilkan cite yg best.
ReplyDeleteRasanya Khalifh dah tahu yang Tuah tu penderma hati... sebab tu dia nak ambil dua-dua sekali.... hehehe...
ReplyDeleteni hati siapa yang kena main .... hihihi..
sambungggg
cepat2 sambung ea.. xssabo nie....
ReplyDelete