TAK
tahulah lagi apa yang kakak tak puas hati tentang dia. Segalanya tentang dia. Apa lagi yang tak kena? Luth tak tahu. Luth memang tak tahu. Bertahun dia mencari jawapan tapi hampa. Bila ditanya pada mama dan ayah, mereka tiada
jawapan dan bila pada pada Fina sendiri, kakak hanya mencebek. Buat hati Luth semakin luka. Hari ni juga sama.
Dia
hanya mampu memandang pakaian yang ada di dalam pelukan Fina. Dress
labuh yang dibelikan untuk dia. Tapi
kini, Fina yang sedang menayang pada tubuh sendiri.
Luth
ketap bibir. Terasa hendak menangis tapi
mampukah? Jika lima tahun dulu dia tak
pernah menangis, kenapa kini? Semakin lemahkah
dia?
“Cantik,
kan?” Fina saja menyakitkan hati adiknya. Dia sengaja.
Kerana dia tahu Luth tak akan membantah.
“Itu
baju aku, Fina. Aku nak interview esok tu…”
“Sekarang
jadi hak aku. Aku pun nak nak interview jugak.” Selamba Fina mencantas. “Tapi, baju aku kurang cantik. Mama ni memang pilih kasihlah. Kau punya semua cantik-cantik…” Dia mencebek lebar. Sengaja salahkan mama kerana dia tahu memang
Luth pantang andai dia kaitkan nama mama dan ayah.
“Agaknya
sebab kau dah sedia tak cantik, biarlah sekurangnya baju-baju kau cantik, kan?” herdik Fina.
Dress labuh itu dicampak ke tengah permaidani dalam bilik Luth.
Bila
melihatkan wajah Luth tertunduk menekur ke lantai dan tiada lagi suara bantahan
daripada Luth, Fina terus saja berlalu keluar daripada bilik Luth dengan
senyuman herot menghiasi bibirnya yang kemerahan. Betapa terluka pun Luth, pada Fina tiada
apa. Pada dia Luth bukan lagi
manusia. Luth tak berupa manusia.
Setelah
Fina menghempas daun pintu, Luth terduduk sendiri. Dia menggeleng kesal. Dia mendongak ke siling kapur yang bercorak
warna-warni itu. Bibirnya bergetar dan
airmatanya jatuh melalui juring mata. Hari
ini dia tak ada pilihan melainkan menangis.
Dia sudah rasa terbeban. Sangat. Dengan sikap Fina. Biarpun mama dan ayah sentiasa menyokong tapi
Fina lain. Fina suka membentak. Fina suka menyakitkan diri andai kehendaknya
tak dituruti. Buat dia, mama dan ayah
serba-salah.
Apa
perlu aku buat, Tuhan? Telapak tangannya
naik menyentuh pipi yang basah. Matanya terpejam
lama dan bila dia buka mata, mama berdiri tepat di depannya. Wajah mama murung. Luth dah serba tak kena.
“Ma…
bila masuk?” Dia senyum menyembunyikan
resah.
Puan
Laila tidak menjawab. Dalam hati
berbisik, mama dah berdiri di depan pintu masa Luth cakap itu baju Luth
lagi. Dia menegur Fina tapi
begitulah. Tak pernah mahu
mengalah.
“Jom
kita keluar,” ajak Puan Laila pada Luth.
“Nak
pergi mana?” Dahi Luth berkerut. Dia jarang keluar. Sangat jarang. Kalau keluar pun. Cuma jadi pemandu,
menghantar mama ke destinasi dan dia hanya duduk di dalam kereta. Menanti.
“Esok
kan Luth dengan Fina nak interview.”
Puan Laila tunduk mengutip dress yang dia tempeh khas dengan kawan
baiknya, Ku Zarina. Khas mengikut ukuran
tubuh Luth tapi begini jadinya. Dia ukir
senyuman payah. Kelat.
“Tak
payahlah pakai baju ni, Luth. Nanti kita
pergi beli baju kurung, ya? Luth suka
pakai baju kurung, kan?” pujuk Puan
Laila.
Mengerti
dengan mamanya yang sedaya upaya menjaga hati, Luth angguk dan terus memeluk
bahu Puan Laila. “Sayang mama…”
“Sayang
Luth jugaklah…” Pipi Luth diusap. Serta merta dadanya sempit bila meraba pipi
kiri anak dara ini.
Bila
hampir saja airmatanya menitis, dia terus bangkit. Menyembunyikan tangis. “Mama tunggu dekat luar, ya? Cepat siap…”
Suaranya serak.
Lepas
Puan Laila hilang di balik pintu, Luth kembali murung. Dia dah siap.
Dia memang berpakaian begini di rumah.
Menutup aurat dan selesa. Apa yang
perlu, hanya jaket yang punyai hud
saja demi menutup wajahnya.
Dia
bangkit tapi sebelum berlalu, sempat lagi melihat dress putih labuh itu. Tak padan
dengan dia sebenarnya dan dia akan dengan rela hati untuk memberikan pada
Luthfina.
RUMAH
ini tak besar mana. Tapi, agak
lapang. Boleh jadi orang senang. Lebih senang daripada keluarga dia yang
pasti. Mata Luth meliar memandang
sekitar rumah. Ada laman biarpun tak
besar mana. Ada air terjun di hujung
pagar. Ada rumput karpet yang ditanam
elok.
“Kata
nak keluar ma? Ini rumah siapa?”
Puan
Laila senyum. Dia memang nak keluar tapi
semalam ada terima panggilan daripada kawan lama dia yang baru balik daripada
luar negara lepas mengikut suami sambung belajar di United Kingdom. Rindu.
Sangat.
“Ini
rumah kawan lama mama. Dah lama sangat
tak jumpa. Last mama jumpa dia masa dia nak berangkat ke UK dulu ikut husband
dia belajar. Husband dia tu kawan baik
papa, tau. Ni dah dua minggu dia balik
tapi baru hari ni sempat jenguk…”
Luth
angguk mengerti. Dia betulkan skirt yang
dipakai. Baju T lengan panjangnya yang
dirasakan sedikit tersingkap juga hud yang ada di atas kepala.
“Bukalah
baju luar tu, Luth,” suruh Puan Laila.
Tapi,
Luth menggeleng. “Mama tahu kan… Luth
selesa macam ni.”
Puan
Laila ketap bibir. Anak dia cantik. Terlalu cantik malah sesiapa saja akan jatuh
sayang saat pertama kali melihat Luth. Bukan satu dua pinangan yang datang ke
pintu tapi dia terpaksa tolak kerana Luth masih lagi belajar dan sekarang ini,
Luth dah mampu jadi isteri andai ada yang sudi.
“Tak
apalah kalau Luth selesa macam ni. Jom kita
masuk…” Pintu Kia Cerato itu
dirapatkan. Tangan Luth diraih dan
dipimpin kemas.
“Assalamualaikum…”
Sekali
salam, ada yang menyahut dan saat pintu terkuak, muncul wajah seorang wanita
separuh usia. Menekup mulut bahana
terkejut lantas menarik Puan Laila ke dalam pelukan. Kemas.
Melihatkan
perkara ini, Luth mula mengerti apa yang mama katakan tentang rindu. Setelah beberapa saat, mata wanita itu naik
memandang Luth yang tertunduk malu.
“Ini…” Puan Huda meleraikan pelukan pada kawan
daripada zaman anak daranya itu. Memandang
tepat pada anak gadis ini pula. “Anak
kau kan, Laila?”
Puan
Laila angguk. “Luth…”
“Fina?” tebak Puan Huda. Tapi, dia rasanya silap. Entahlah.
Mereka tak kembar tapi wajah amat seiras. Sama cantik tapi rasanya yang nama Luthfiya
lagi cantik. Ada beza juga sikit.
“Ini
Luthfiya, Huda…”
Puan
Huda sengih lebar. Apatah lagi bila
tangannya dipaut lembut dan terus disalami, dikucup. Ringan dia menyentuh belakang kepala
Luth. Baik budaknya. Pandai Laila didik anak. Tak macam dia.
“Sihat,
aunty?” Luth angkat mata.
Puan
Huda angguk. Rasanya hati dia tertawan
melihat senyuman pada bibir mungil yang nampak merah kebasahan itu.
“Jom
masuk…”
Mereka
sama-sama menapak. Luth hanya mendengar
setiap perbualan antara dua rakan lama itu.
Melihat keadaan rumah yang penuh dengan kotak-kotak, dia tahu mereka
baru saja kembali. Di tengah ruang tamu,
hanya ada sofa dan TV saja. Yang lainnya
masih lagi tersandar pada dinding.
“Maaflah,
Laila. Aku ni nama aje dah balik dua
minggu tapi satu apa pun tak buat. Bakri
pulak terus kena masuk kerja. Mana nak
sempat. Anak bujang aku seorang lagi pun
dah mula kerja. Yang seorang lagi
membungkang lagi baru sampai semalam. Jet
lag katanya…” Puan Huda tak puas
bercerita itu ini.
Senyuman
Luth tak lepas. Sesekali dia membetulkan
hudnya sambil menapak mendekati pintu luncur yang sedia ternganga lebar dengan
langsir putih yang melambai ditiup angin.
Matanya
dipejam rapat. Puan Huda yang sedang
menikmati minum petang dengan Puan Laila saling berpandangan.
“Cantik
betul dia, Laila…”
Kepala
Puan Laila jatuh. Dia setuju malah
sesiapa saja. Tapi, tiada orang yang
tahu andai tidak memerhati. Luth
istimewa. Luth kekurangan tapi hati Luth
bak bidadari. Bagai Puteri yang cintakan
rakyat.
“Itulah
dia…” Sebenarnya, dia tak tahu nak komen
apa lagi. Bibir cawan didekatkan ke
mulut. Hati dia sebu. Hendak diluah pada Huda, rasanya belum tiba
waktu.
“Sorang
lagi mana?”
“Fina?”
Puan
Huda angguk.
“Keluar. Aku nak keluar tadi dia pun nak keluar. Ajak pun, dia dah janji dengan kawan
dia. Jadinya, aku bawa Luth ajelah…”
Senyuman
manis tak lepas daripada bibir Puan Huda apatah lagi setelah Luth berpaling dan
menggariskan senyuman manis buat dia. Sungguh,
dia jatuh hati. Sungguh, dia
berkenan. Dia jatuh kasih.
“Aku
jatuh kasihlah pada dia, Laila…” Matanya
memandang teman lama di depan yang nampaknya tersenyum kelat. “Muka kau kelat, kenapa? Dah tak suka aku sayang anak kau?” Rasa berjauh hati juga. Sudahlah lima tahun tak jumpa.
“Tidaklah…” Geleng.
Mata Puan Laila dan PUan Huda bertentangan lama. “Luth tu lain sikit, Huda. Tapi, nak sayang macam anak sendiri tu, aku
pun suka. Cumanya kalau kau ada niat nak…”
“Memang. Aku nak buat menantu,” sampuk Puan Huda
separuh berseloroh. Dia gelak kecil tapi
niatnya padu.
“Kau
ni, Huda… tak berubah. Suka betul gurau dengan aku hal-hal macam ni…”
Wajah
Puan Huda berubah serius. “Aku sungguh,
Laila. Aku tunggu aje kau datang. Aku tunggu aje aku sampai Malaysia. Aku tunggu nak tengok Luth. Aku tahu daripada apa yang kawan-kawan kita
cakap, kau berjaya besarkan Luth lebih baik daripada Fina. Aku juga tahu hal lima tahun dulu lepas aku
berangkat ke UK,” ujar Puan Huda.
Boleh
jadi Laila ingatkan dia tak tahu. Tapi dia
tahu. Dunia dihujung jari biarpun Laila
tak pernah bercerita tentang anak-anak selama mereka berbalas emel.
“Huda…
Luth dia…”
“Aku
tahu….” Tangan Puan Laila digenggam.
Saat
ini Luth sampai. Duduk di sisi Puan
Laila dan terus saja perbualan mereka mati.
Mata Puan Huda memandang Luth. Mengintai
di balik hud yang sedikit menutupi wajah.
Cantik. Hanya itu sepatah kata
yang terbit daripada hati dia. Cantik segalanya.
“Duduk,
Luth…”
“Cantik
rumah aunty… rasa tak puas tengok,” puji Luth tulus.
“Nak
dok sini tak?” duga Puan Huda. Puan Laila hanya diam menanti jawapan.
“Boleh
ke?” Luth gelak halus. Saja melayan gurauan kawan mama.
“Kalau
Luth nak duduk, aunty sudi lebarkan daun pintu rumah ni…” jawab Puan Laila penuh makna.
Matanya
merenung mata teman lama. Janji diungkapkan
melalui sinar mata. Puan Laila ketap
bibir. Huda baik. Boleh jadi dah sampai masa Luth temui bahagia
di luar rumah itu.
“Luth
nak tengok atas, pergilah. Tapi semak
sikit,” pelawa Puan Huda. Dia masih ada
perkara yang mahu dibincangkan dengan Laila.
Tentang
anak-anaknya. Tentang Fared Al-Fattah
dan tentang Fadzlee Al-Fallah. Dua dunia
berbeza.
“Boleh
tak, ma?” tanya Luth teruja bila tuan
rumah mempelawa.
Puan
Laila sekadar kedipkan mata. Mengizinkan. Luth senyum dan terus bangun. Perlahan-lahan menapak ke atas. Dia tak mahu mengganggu perbualan mama dan
Puan Huda.
Kala
melintasi beranda, kaki Luth terhenti di situ.
Dia mendekati pagar dan memandang ke bawah. Hembusan angin terasa damai. Memang cantik rumah Puan Huda tapi rumah dia
adalah syurganya. Biarpun Fina begitu,
tetap darah daging dia. Tak akan
putus.
Duduk
dilabuhkan di atas sebuah kerusi besi bercat putih. Menghela nafas tenang. Terasa hening tiba-tiba. Hud dijatuhkan. Selendang ditolak sedikit ke belakang
daripada terus menutup wajah.
Bibir
Luth mengukir senyuman sambil merenung ke dada langit yang membiru.
Tenang!
KEPALA
digaru beberapa kali. Dia menggeleng
kecil bersama senyuman senget. Rambut yang
kusut tak dipeduli. Saat dia menolak
langsir, matanya terpandang akan satu susuk tubuh yang sedang mengambil angin di
beranda.
Siapa
pulak rajin nak naik atas ni? Mummy pun. Orang gaji ke? Atau upah orang kejap nak pindah barang? Payed terus merenung. Sesekali bila gadis itu nampak menggumam dan
senyum, jantung dia hampir terhenti.
Cantik!
Sepatah
ayat itu saja yang mampu dia ungkapkan. Memang
cantik. Matanya semakin payah nak lepas
daripada memandang wajah tenang itu. Tadinya,
tertutup dengan hud dan selendang. Kini jelas
sebelah wajah. Nak aje dia jerit supaya
empunya diri berkalih penuh. Andai kata
melihat sisi juga sudah hampir buat jiwa dia bergelora, tak tahulah andai
menatap penuh.
Tangan
kasar Payed singgah pada birai tingkap yang sudah ditolak sedikit. Tak sedar.
Tidur sampai petang. Naik pening
kepala. Ikut hati tak nak balik tapi
mummy dan abah paksa. Bosan betul.
Tapi,
kalau sebegini indah bunga di beranda, rasanya penerbangan dia yang hampir
seharian itu dirasakan berbaloi. Baru hendak
dia menapak ke beranda, suara mummy terjerit kuat.
“Luth…
mari turun, nak. Rasa kek aunty buat ni…”
Payed
sengih. Senyuman jahat terukir kemas
pada bibirnya. Baru hendak beralih
semula ke tepi tingkap, nyata bangku itu kosong.
Hampa.
Tapi,
satu nama itu berlegar kemas dalam kepala.
Luth…
...bersambung
Kenapa dgn luth? Arghh curious betul lah.
ReplyDeletekesian Luth.. :'x akak rm, cpat2 la smbung. hehe! :D -Anni
ReplyDeletemuka sebelah luth teruk ke..sian ngan luth..nape ngan dia..RM sambung lagi..best sgt...
ReplyDeletennt mesti dia ingat tu fina kan....x best la mcm ni...
ReplyDeleteMenarik, luth cacat yer
ReplyDeletewahh. best2.. xcited sungguh ni :)
ReplyDeleteKenapa dgn luth? Kenapa fina tak suka dia? Cepatlah sambung kak. Tak sabar pulak nak tahu pasal diaorg ni.
ReplyDeleteAdakah payed dah jumpa bidadarinya yang cantik...harap dia tidak hanya melihat dengan mata kasar tapi guna mata hati...apapun RM...ai suka tau macam indah je yu gambarkannperasaan dan suasana...macam boleh gambarkan tapi nantila nak baca next dulu..:D
ReplyDeletetu lh. tp sekarang, lelaki hanya pandang paras rupa jer bukannya hati. kalau cantik paras rupa tp hati xbrp cantik, xjadi jgk
DeleteAlooo klu bole xmolah cacat teruk sgt.. Ade parut skit sudah.... Huhuhuhu hindustan btol lah aku ni hehehe
ReplyDeleteAlamak...luth...payed...mesti fina nak rampas payed dr luth...2 jejaka, dan 2 gadis...
ReplyDeleteJgn la rm buat sad story pulak...best citer..
ReplyDeleteal... cian nya kat luth awat la fina tu marah sgt kat luth.. kan sama2 cantik.. leih kurang sikit tu biasa la...x suka la fina nie...
ReplyDeletealaaa..kenapa ngan luth ya..
ReplyDeleteas always..keep confusing..keep thinking..keep questioning..
ReplyDeletekak rehan,cepat sambung..!!
:-)
Luth ada parut ye,nk ke payed 2 kalu da tgk muka luth scra brdpan,kesian luth.
ReplyDeleteLuth ada parut ye,nk ke payed 2 kalu da tgk muka luth scra brdpan,kesian luth.
ReplyDeletemmg kesian btol kat luth ni. disebbkan perkara tu kot dia jd terlalu merendah diri. selalu jer mengalah dgn si fina. mcm xde rasa bersalah jer si fina lps buat luth mcm tu..eeiiii. geram btol
DeleteSy jatuh cinta ngan kisah hati rehan makhtar
ReplyDeleteSy jatuh cinta ngan kisah hati rehan makhtar
ReplyDeletemesti muka luth ni ada parut kan sebelah lagi
ReplyDeleteLuth-payed,..si penjahatnya fina...
ReplyDeleteMesti muka luth cacat sebelah kan..sian luth..:(
ReplyDeleteAwal2 citer dh mcm citer 'playboy itu suami aku' nukilan SR. esp watak afina & afisya. yg ini luth & fina. watever it is tetap layan coz im peminat tegar RM
ReplyDeletePandai RM goda pembaca...... x sabar
ReplyDeleteMesti parut tu ade sbb fina yg buat luth tercederakn...harap muke luth x ade parut yg teruk sgt..
ReplyDeleteRASA SEDIH DAH MENYELINAP DALAM HATI...HAI...
ReplyDeletePatutnye nnti buat fina tu accident n lumpuh terus..biar dia insaf skit...bgi dia sedar Allah sgt berkuasa
ReplyDeleteWow bestnya. X sabar nk tunggu next entry
ReplyDeletenape la jhat sngt fina ni.. ngan kakak dia pun jeles
ReplyDeletenak tau sgt ape kekurangan luth ni...
ReplyDeletecantik nama diaorg tu..
ReplyDeletelps repeat bca bbrpa kali.. jiwa sya jd kacau.. he3.. 'majlis merisik dn betunang' Luth pd hari yg sma dia pegi interview.. arghhh.. apakah???
ReplyDelete