TERINGAT. Aku teringat.
Teringat janji Khalifh. Teringat
kata-kata dia masa dia masih terlantar.
Nanti, tolong jaga makan pakai dia aje.
Kata-kata tu dekat nak termakbul tapi sayang, bukan aku yang
memperkenankan doa. Bukan aku
penentunya. Aku masih mengalirkan airmata. Apa nak kisah.
Cincin pemberian Fendy
dah selamat mendarat dengan kemasnya pada jari manis aku dan aku janji pada
diri sendiri, aku tak akan buka biar apa pun jadi. Aku akan teruskan dengan Fendy biarpun tak
ada cinta. At least dia memang setia
tunggu aku. Tapi Khalifh, nyata dia
lebih memilih ‘penderma’ dia tu.
Tahu dia kalau boleh
nak keduanya tapi itu mustahil.
Amat. Aku dah selamat punggah
semua barang pun. fendy nak hantar aku
balik hari tu tapi aku tolak dengan sopan.
Dia nampak risau bila tak sudah bertanya, keputusan aku tu muktamad ke
dan ya, berkali-kali aku angguk. Itu
keputusan muktamad. Kalau nak nikah
dengan aku esok pun, boleh.
Bila teringatkan
pertemuan aku dengan ibu dan papa Khalifh tempoh hari, dia sendiri pun tak
ingat aku. Pada mulanya.
“Aunty macam pernah
nampak, Khalifah ni...” Aunty As senyum
masa aku sedang bantu dia bancuh air.
“Kita pun pernah nampak
aunty...” Aku sengih penuh makna. Niat di hati nak aje bagitahu dia dan pada
Khalifh aku akan bagitahu sendiri.
“Tapi,
sungguhlah...” Wajah dia berubah
serius. Dia tenung aku lama. Sampai aku naik segan.
Bila aku dah siap susun
cawan di atas dulang, Aunty As terus tanya.
Telus. Atau lebih pada
pernyataan. Tentang Khalifh dan Tuah.
“Aunty nak cakap
ni...”
Aku angguk memberi
laluan.
“Kalau kata sesekali
Alifh tu bercerita pasal kisah setahun lepas tu, Khalifah jangan ambil hati,
tau.... dia terhutang budi sangat tu.
Jatuh suka tapi orangnya hilang.
Apa nak buat kan kalau tak berjodoh biarpun berkongsi hati...” Senyuman Aunty As tawar.
Aku angguk dan mengulum
senyum. Langsung tak berbekas pada hati
dan perasan dengan kata-kata Aunty As.
Terus dia pandang aku penuh syak.
“Senyum lain
macam. Macam ada...” Lama.
Terus mata dia membulat saat aku paut tangan dia.
“Aunty tak ingat
kita?”
Mata Aunty As nampak
berair. Tak payah tunggu lama airmata
dia mengalir laju. Terkejut
barangkali. Dia terus paut aku dalam
pelukannya. Kemas. Sesak nafas.
“Allah... bertuah budak
Tuah ni!” Tak payah aku kenalkan diri,
Aunty As terus cam aku. Tapi Khalifh,
aku cakap kita-kita pun dia masih tak tahu tapi siapa boleh agak. Berapa ramai orang biasakan diri kita dalam
dunia ni. Bukan aku seorang.
“Aunty cam kita
tak?”
Laju Aunty As angguk
lepas pelukan terlepas. Dia mengintai ke
depan tapi aku menahan dan menggeleng.
“Dia tak tahu
lagi?”
Aku geleng. “Biarlah nak bagi kejutan...” Memang begitu niat asal aku.
“Allah... Tuah. Habis tu nama sebenar Tuah apa?”
“Tuah Nur Khalifah,”
jawabku jujur.
Tak semena-mena Aunty
As peluk aku lagi. Kali ini lama sikit
dan aku tahu dia gembira bila pencarian anak dia berakhir.
“Aunty ingat Khalifh
tak nak kahwin dah tu lepas tak jumpa Tuah tapi ni...” Pipi aku disapa lembut. Dia dah kehilangan kata. Aku tahu tu.
“Kita pernah lari tapi
entah bila dia datang, ada depan mata dan kita ada dekat sini...”
“Dia suka Tuah...
sangat.”
Aku angguk tipis. “Tahu...”
“Maknanya dia jatuh
cinta dua kali pada orang yang sama...” ujar Aunty As. “Ni
kalau dia tahu ni, terus nak nikah esok ni...”
Aku gelak halus. “Tapi dah dia cakap siapa yang penderma tu,
siapa sebenarnya?” Aku pun keliru. Siapa sebenarnya? Siapa yang Rozie kenalkan?
“Entah...” Aunty As mencebek. “Aunty pun tak tahu, Tuah... tapi yang pasti,
aunty syukur. Tuah minta rahsiakan sebab
nak bagitahu dia sendiri, aunty setuju.
Janji kamu berdua bahagia. Tak
sabar aunty nak pergi jumpa ma kamu...”
Wajah Aunty As ceria bagai mentari.
Aku tahu dia bahagia
kerana aku juga bahagia. Aku juga tahu
Khalifh akan terima bila aku ceritakan segalanya.
Tapi, itu hari
itu. Lepas tu ada beberapa perkara menyusul. Apa yang berlaku di kafe tempoh hari aku tak
mampu luahkan. Aku tak mampu nak libatkan Aunty As. Aku minta dia rahsiakan pada asalnya. Aku tahu Khalifh bagai terikat dengan
penderma tipu tu. Aku tahu. Kalau kata dah sah nikah nanti dan Khalifh
tahu hal sebenarnya, tak logic kalau dia mahu ceraikan Rozie dan aku tak rasa
Aunty As akan cakap apa-apa demi bahagia anaknya.
“Tuah... call...” Ma hulurkan telefon aku.
“Siapa?”
“Jawablah dulu...”
Aku sambut telefon yang
ma hulurkan. Harap sangat dianya adalah
Khalifh. Dan aku masih berharap. Biarpun aku kata tak tapi aku masih. Bila ma berlalu, aku pejam mata rapat-rapat. Takut nak pandang skrin dan bila aku pandang
pada nama pemanggil keluhan tipis keluar daripada celah bibir. Bukan kecewa tapi keluhan reda.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikummussalam. Are you
okay?” soal Fendy.
Okey ke ah? Okeylah kot.
Aku tidur nyenyak, makan selera.
Tengok TV pun boleh tukar semua Channel yang aku suka.
“Okey. InsyaALLAH...” Janji aku itu kerana Tuhan. Dia yang menentukan aku okey atau tidak.
“Macam tak okey,” rumus
Fendy sendiri. “Kesal pulak I biar you
balik sendiri hari tu. Mujur tak jadi
apa-apa...”
Fendy memang kawan yang
baik biarpun macam tak sesuai aje perwatakan dia dengan aku. Tapi orang kata, yang bercanggah itulah yang
terbaik.
“Tak ada apa. Kita sampai dengan selamanya...” Aku senyum tipis dan menutup TV. Taktahulah aku tengok cerita apa dah. Baik aku sembang dengan bakal suami aku.
“Dah sarung
cincin?” Fendy ubah tajuk. Tahu, dia tak nak aku fikir pasal tu. Nak-nak lepas aku pesan jangan cerita apa-apa
pada Khalifh. Jangan terus buat dia keliru.
“Dah,” jawabku pendek.
“Muat?”
“Sedang elok.”
“Cantik?”
“Alhamdulillah...
cantik.” Aku pandang tunak pada sebentuk
cincin pada jari manis aku. Memang
cantik. Sedang elok. Sedang muat.
“You sungguh ke nak
terus pakai cincin tu, Tuah?”
“Insya-ALLAH,
Fendy. Kita bukan munafik nak mungkir
janji...”
Habis tu, aku nak kata
Khalifh ke munafik mungkir janji dengan aku?
Macam tu? Pun tak boleh. Dia pun keliru tu. Jadi, biarlah.
“Tuah, masih tak
terlambat sebenarnya. I boleh cerita
dekat Alifh semua tentang you...” cadang
Fendy.
Baiknya dia. Tapi, aku tak jatuh cinta pada dia. Tak apalah, jadi isteri ni tak perlukan
cinta. Cukuplah setia. Cukuplah aku melayani dia seperti mana hak
nya. Nanti datanglah cinta tu.
“So kind of you, Fendy. Tapi,
kita rasa semua dah terlambat dah. Kita terima.
Salah kita jugak sorok semua ni. Apapun, anggap ajelah awak tak pernah tahu
pasal ni. Kita harap awak rahsiakan...” pintaku lembut.
Harap sangat Fendy
mengerti.
“Kalau gitu kata you, I
nak ingatkan... sekali you sarung cincin tu jangan buka lagi.”
Aku angguk tanpa
suara. Aku tahu. Biarlah ada dekat situ. Cantik aje.
Kena aje dengan jari aku.
“Kalau kata you pergi
wedding Khalifh dan Rozie, kirim salam. Kita
cakap tahniah,” pesan aku pada Fendy.
Entah bila mereka tu
nak nikah entah. Tengok-tengok aku dan
Fendy dulu. Segalanya mungkin.
“TAK NYESAL?” soalan mama aku terima dengan senyuman masa
kami santai lepas makan malam.
“Non voglio...”
Ma mengerutkan
kening. “I don’t understand Italian,
Tuah...”
Aku gelak lepas. Lucu tengok muka ma. “Sorry.
I won’t. Tuah tak akan kesal...”
Ma angguk beberapa
kali. “Kalau gitu dah ready ke ni?”
“Ready apa?” Giliran aku pulak kerut kening.
“Kahwin?”
Hah? Haila... haila... “Fendy tak cakap apa lagi,
ma...”
“Dia dah cakap dekat
ma. Family dia nak korang nikah hujung
bulan ni...” beritahu ma tenang. “Akad nikah dulu. Kenduri fikir kemudian.”
Senangnya ma buat
keputusan tapi alang-alang keputusan ma, itulah yang terbaik buat aku. Itu yang aku pernah katakan pada
Khalifh.
“Dia tak cakap lagi
dekat Tuah tapi agaknya dia lebih senang cakap dengan ma, Tuah okey aje...” Dalam aje nada aku sebut OK. Kurang okey sebenarnya.
“Tak terima, tak tahu,”
sela ma.
Aku angguk. Berpaling ke sliding yang terbuka lebar. Memandang kepekatan malam. “Ramai ke rombongan dia, ma? Apa hantaran kita nak bagi ni? Baju nikah tak tempah lagi? Ke nak beli ready made?” tanya aku tanpa nada dan tanpa memandang
ma.
Tangan aku diramas
lembut. Ma paut wajah aku agar memandang
dia. “Kita buat pelan-pelan. Baju kita fitting aje nanti. Nanti untuk buat kenduri, kita buat
besar-besar kita rancang elok-elok, ya...”
Senyuman ma manis. Senyum memujuk.
“Rasanya tak
ramai. Mungkin dua tiga buah kereta
aje. Nanti kita ajak jiran-jiran. Kenduri doa selamat aje. Tuah nak ajak kawan-kawan, bolehlah ajak...”
“Kawan?”
Ma angguk. Terus aku ingat pada Rozie. Dia kawan baik aku. Dia yang selalu ambil berat tapi tak sangka
ini semua boleh jadi. Macam tak percaya
dan aku rasa takut nak panggil sesiapa lagi kawan.
“Ma ajelah jemput. Tuah terima seadanya. insyaALLAH reda...” Aku balas genggaman tangan ma lantas bangkit
naik masuk ke bilik.
“Tuah?”
Aku kalih.
“Tak terlambat lagi,”
tegur ma.
Aku geleng. “Dia dah jumpa Tuah dia. Biarlah Tuan Nur Khalifah jadi milik orang
lain. Tak kongsi hati pun tak apa. Nanti, kami kongsi cinta...” Aku kenyit mata.
Ma senyum tawar dan aku
gelak mengekek. Gelak sembunyikan rasa
sebal. Bila aku tutup pintu bilik,
airmata aku jatuh.
Sebulan tu, tak lama
lagi dah.
...bersambung
3 chapters to go... haiyark...
so poor of tuah..gambatte kak rehan..!
ReplyDeleteAla..macam pendek jer..tapi kesian tuah..dan kenapa lah si khaliff percaya kata2 si rozie tu..isy..geram..geram..hope masa nak nikah nanti pengantin lelakinya dah tukar..huhu..imaginasi lagi..
ReplyDeletetu lah. ntah ape lah si rozie tu ayatkan si khalif tu. geram btol
Delete3 chapters to finish?
ReplyDeletedup dap dup dap
ReplyDeleteuit!! dah nak habis dah cerita si Tuah ni!!..
ReplyDeletemintak2 lh tuah xsempat kawen dgn fendy. dpt kawen dgn khalif pun best jgk
DeleteGluppppp!!!!!!!!
ReplyDeleteAlololo...takmo....hubuhu..sob sob sob..jangan bagi sedey...jahatnya rozie...
ReplyDeletealaihaa.....siannya tuah...
ReplyDeleteapa akhirnya,nape akak yg dup dap dup dap ni
ReplyDeleteemm..ngan fendi pon ok lah..
ReplyDeletex sabar nak tau ending nya...
ReplyDeletealahai.. kecian tuah, ada kawan tapi jadi cam2 plak..
ReplyDeleteTuah ni btul ke ikhlas..
ReplyDeletehopefully, rozie adalah kawan yg terbaik yg tuah ada..
ReplyDeletesedih
ReplyDeleteHoping for miracles ♥♥♥♥
ReplyDeleteHailaa...... Tiba tiba rasa Kalifh tak adil. Kata nk Khalifah bukan si penderma hati. Tup tup nk dua dua.... so biar je a khalifah n fendy. Berchenta lepas kawen. Tapi jgn lupa biar khalif tau siapa penderma hati sebenar. Baru dia meraung tak cukup nafas. Kalau RM bole buat ending sedey kat naina (NINE mati) tak pe la kan kalau KHALIFH meraung menyesal tak berguna... heh heh heh....
ReplyDelete-Yanshi-
fendy pun ok wat tuah..x nk pas kt kite...hehe..bkn sng nk cri lki yg setia nunggu kite tau...let go je khalifh tu..fendi pun boleh jd khalifah untuk tuah khalifah...
ReplyDeleteBenci la bc...mnyampah
ReplyDeleteSedih lg.. Aduusss sian btul kat tuah. Huhuhu....
ReplyDeletesakitnye hati kite....sedih la mcm ni....
ReplyDeletePendeknya n3..tapi mmg buat geram sama itu rozie..eeeiiiii x suka dia tikam Tuah kita...sedih lak rasa..
ReplyDeletesedih22
ReplyDeletetak nak tuah dengan fendy
nak tuah dengan khalifh
rozie ni kn,,biar die dpt blsn ats perbuatan die..
ReplyDeleteHailaa.. hailaa.. sampai hati rozie buat kawan sendri camtu.. dan kenapalah khalifh tak tegas dlm buat keputusan.. fendy pon baik apa.. khalifah juga yg pedih hatinya... hailaa.. hailaa
ReplyDelete~ lateefa ~
hailaa..pn.writer, takkn la si khalifh terus je terima cakap rozie tu bulat2..tak terfikir ke rozie ada je brtugas kt hptl...bila lak dia off & belah hatinya..hailaa..hailaa
ReplyDeleteAcah aje kan?
ReplyDeletekesian tuah
ReplyDeleteKasihannya Tuah...
ReplyDelete