GELAPNYA! Macam malam!
Payed garu kepala yang tak gatal.
Matanya meliar mencari kelibat Luth tapi masih tak jumpa. Cepat sungguh dia gerak. Kakinya maju lagi ke depan dan berdiri di
depan lobby bangunan.
Mata
menengadah langit. Hari dah hujan. Rintik-rintik halus ni bakal bertukar kasar
bila-bila masa daripada sekarang tapi mana pergi Luth pun tak tahu. Dahlah Palee nampak. Muka pun sakit makan penumbuk. Lepas tu kalau mummy dan abah tanya, nak
jawab Palee tumbuk? Heh? Lepas tu disoal lagi kenapa, nak jawab
apa? Sebab hampir rosakkan anak dara
orang? Gitu?
Kena
banished selamanya. Tak pun paling gila mummy paksa kahwin. Tak ada kerja dia. Tak puas lagi nak bersendiri ke sana-sini. Ini nak kelek isteri? Memang tidaklah. Jauh panggang daripada api.
Matanya
kian meliar memerhati. Daripada kiri ke
kanan membuat imbasan tajam dan akhirnya dia ternampak samar-samar susuk tubuh
makhluk yang dicari. Luth sedang berdiri
di bus-stop. Hujan pun nampak makin garang ni. Memang payah nak dapat bas atau teksi. Payung tak ada, entah macam mana nak dekati
Luth.
Daripada
jauh, dia nampak Luth menjawab panggilan telefon. Terangguk-angguk sendiri. Sah, Palee!
Tak boleh jadi ni! Payed terus
berlari laju mendekati bus-stop. Basah pun, basahlah.
Bahu
Luth dicuit. Terus Luth kalih. Terkejut dan cuba berlalu tapi Payed
mendepangkan tangan, menahan.
“Please... hari hujan ni. I hantar balik,” ujar Payed kuat melawan
bunyi deruman kenderaan yang bertali arus.
“Cepat, Luth. Hujan dah makin
lebat ni. I dah basah ni...” Memang.
Dah dekat nak lencun. Luth pun sama
sebenarnya.
Bibir
gadis itu terkatup rapat. Luth
diam. Menggeleng saja. Bersuara tidak. Tak sanggup dah dia nak percaya dekat
Payed. Sekelip mata Allah tunjuk yang
dia tak sesuai bekerja di dalam satu bangunan dengan Payed.
“Luth...
come.” Tangannya dihulur. Tapi sayang, Luth memandang sepi. “You pun dah basah tu...”
Memang
basah. Baju kurung Luth dah mula mengikut
bentuk badan. Dia tahu Luth segan. Tengok muka dah tahu.
“Please.
Demi Allah, saya minta maaf,” ucap Payed, mula berlembut. Pandai pula dia sebut nama Tuhan yang satu
setelah sekian lama tak disebutnya. Masih
percayakah dia dengan kewujudan Tuhan sedangkan segala suruhan diingkari dan
larangan ditepati.
Wajah
Luth terangkat. “Ayah saya datang jemput
saya nanti...” Tak sanggup dah dia
bertegang kata dengan Payed.
Lemah
dah jasad dengan perbuatan Payed tadi.
Masih rasa hangat kucupan Payed tapi untuk apa semua tu? Mengundang dosa semata-mata.
“Jalan
jammed teruk ni. Tak tahu ayah awak boleh sampai. Call
ayah awak cakap saya hantar. Nak tunggu
sampai bila? Baju dah lencun tu haa...
sikit lagi nak nampak semua,” beritahu Payed telus. “Lagipun, awak tak takut sorang-sorang? Hari dah gelap. Karang lari mulut buaya, masuk mulut rimau
awak nak? Setidak-tidaknya, kalau buaya
tu kacak macam saya, awak patut bersyukur,”
selar Payed sinis.
Berlagak! Luth menggeleng tak puas hati. Cakap ayat sesedap rasa aje.
“Buatnya
rimau tu tak ada gigi, awak nak?”
Kali
ini Luth mencebek lebar. “Leave me alone!” Malas dah dia nak
pandang wajah Payed. Esok pun kalau
boleh tak nak datang dah kerja. “Ada
gigi ke tak ada, apa Encik Payed kisah? Your life is nothing to do with me, Encik
Payed. Please, leave!” suruh Luth menahan geram. Ikut hati, dia jerit dah ni.
“No... I won’t. Memang hidup saya tak ada
kena-mengena dengan awak tapi hidup awak tu, tanggungjawab saya sekarang. Awak pekerja adik saya. Saya nampak awak kesusahan. Macam mana nak biar awak sendiri?” bidas Payed kembali. Keras hati betullah perempuan ni! Seret karang, harassment pulak!
“Kesusahan
saya sebab awak...” Rendah perlahan Luth
bersuara sambil merenung anak mata Payed mohon pengertian. Dia tak boleh dah pandang Payed.
Langkah
Payed mahu setapak. Berdiri tegak di
depan Luth. Rapat. Hingga dia nampak kesan air jernih yang masih
ada pada alis lentik milik gadis itu.
Dia yakin, itu kesan airmata.
Bukan air hujan. Luth menangis
sebab dia. Sebelum ini pun ramai yang
menangis kerana perangai gila dia tapi mengjengkelkan. Tapi, kenapa bila airmata yang sama menghiasi
wajah gadis ini, dia rasa terpukul?
Dan
hakikatnya dia memang kena pukul. Sakit
pun tak hilang tapi bercakap sikit punya banyak.
“Sebab
salah saya, baru saya jadi orang bodoh dalam hujan ni, Fiya,” balas Payed
mencari sinar mata Luth yang memudar. “Awak
nak ikut atau saya dukung awak tengah umum ni, Fiya...” Makin berani Payed mengugut biarpun dalam
suara mesra.
Kalau
bukan rasa bersalah dia menyentuh Luth tadi, tak adanya dia nak bertunggu-bertangga
dalam hujan ni. Macam bodoh pun
ada.
“By the way, apa bangganya kalau awak
jadi buaya tu, Encik Payed?
Seronok? Ada jaminan syurga? Ada ketenangan? Kebahagian?
Atau kepuasan nafsu awak semata-mata?!”
jerkah Luth hilang sabar.
Terkedu
Payed. Sungguh. Soalan yang Luth aturkan buat dia buat dia
hilang kata-kata. Luth mahu berlalu bila
hon kereta menyapa telinga dan sebuah kereta berhenti tepat di depan dia dan
Payed.
Cermin
kereta diturunkan. “Luthfiya, hoop-in. I hantar you balik,” pelawa Palee.
Pandangan
Luth beralih pada Payed dua saat dan kali ini, matanya berkerut bila jari Payed
naik menyentuh bibir sendiri. Nampak
kesan luka. Dahinya berkerut lebat. Kenapa?
Renungan dia pada Payed saat ini bagaikan renungan lain. Seperti renungan meminta izin. Meminta izin untuk apa, dia tak tahu biarpun
dia mahu bertanya, keadaan wajah Payed.
Tapi,
bila masing-masing bisu, tanpa berfikir panjang, Luth masuk ke dalam kereta
Palee tapi lebih pantas Payed menahan.
Dia tahu dia akan kalah. Luth dah
bersedia ikut Palee, adik dia. Dan
sebagai abang, tak mungkin dia membentak.
Biarpun sejuta kali Palee memaki atau menumbuknya, dia tak akan
balas.
“Nah,
pakai kot ni. Basah sikit tapi bolehlah
tutup apa yang patut.” Kot ditangan
diletak atas bahu Luth. “Pergilah. Awak boleh percayakan Palee...” Senyuman kalah terukir hambar. Matanya dikedipkan sekali bagai memberi
maksud, ‘saya izinkan’ bila bola mata Luth bagai meminta jawapan.
Pintu
kereta dibuka dan saat Luth masuk, Payed rela hati merapatkan pintu Harrier
milik Palee. Dia dia berundur beberapa
tapak berteduh. Hanya mata menghantar
kereta yang bergerak perlahan kerana dia yakin, Luth sedang melihatnya.
Pandangan
Luth tak lepas daripada cermin sisi. Dia
pun tak sangka dia berani juga ikut Palee lepas apa yang Payed lakukan pada
dia.
“Esok
kalau tak sihat, tak payahlah datang kerja,” tegur Palee tiba-tiba. “Lagipun, esok Jumaat. Kerja urgent
pun banyak awak dah siapkan.”
Luth
tersentak beberapa saat sebelum mengangguk.
“Insya-ALLAH, sihat.” Dia
letakkan kot Payed kemas di atas bahu.
Sihat jasad tapi jiwa sakit, tak ada ubat melainkan Allah saja.
Palee
yang melihat hanya mampu senyum sinis.
Sikap Payed sekarang payah nak telah.
Adakah sebab kehadiran dia?
Matanya sepintas lalu mengerling sisi wajah Luth.
“What is going on between you both actually?” soal Palee buat-buat tak tahu. “I tadi naik atas kejap tertinggal handphone. Jumpa Yed dekat lif.”
“Tak
ada apa...” Jawapan Luth cukup
perlahan. Apa yang tak ada apa? Ciuman Payed tepat di tengah dahinya tadi
masih terasa.
Perlahan-lahan,
tangan dia naik menyentuh bekas kucupan tersebut. Hati dia terusik tapi tak kena masa. Kalau kata benar Payed inginkan dia kerana
nafsu, dia tak sudi. Jika kerana cinta,
sudah pasti tidak. Andai kerana jodoh,
mohon Allah jauhkan semua ni. Kekurangan
dia tak akan mampu diterima sesiapa.
Tak
mungkin!
Tak
berapa lama, satu SMS masuk mengejutkan Luth.
Matanya menatap pada skrin lama.
Membaca dua baris ayat yang dihantar.
Maaf atas keterlanjuran sy, Fiya.
Teruskan berdoa moga sy berubah.
Dan,
Luth melarikan pandangan ke sisi. Setitis
airmatanya mengalir juga.
BERSIN
tak habis-habis. Rasa nak cabut aje
hidung ni. Macam manalah antibody boleh selemah ni? Sejak bila pulak dia lemah tubuh ni? Tisu ditenyeh kasar pada hidung. Tapi, elok jugak tak payah pergi kerja tapi
memikirkan tak pergi kerja, tak nampak Luth, tak tahu keadaan Luth, resah
juga.
“Tak
nak pergi klinik sungguh ke ni, Yed?”
Puan Huda duduk di sisi Payed yang sedang terbaring lesu di atas sofa di
ruang tamu. Menutup mula dengan sehelai
tuala good morning.
“Yed...” Kaki Payed disentuh bila tiada tindak
balas. Tertidur pulak ke budak ni? “Payed.”
Sepi. “Fared Al-Fattah?” Ditarik tuala putih yang menutup muka. Terus Payed buka mata.
“Mummy
ni. Orang ngantuk ni, tahu tak?” Dia merengus.
Semalam dah la tak cukup tidur.
Sampai rumah lambat kena soal macam penjenayah.
Lepas
tu, kena soal kenapa bibir pecah. Macam
mana nak jawab. Si Palee pun tenang aje
tak berkata apa. Tumbuk karang, baru
bertemu buku dengan ruas.
“Haa,
hidup lagi. Ingatkan...”
“Mummy...” Sekali lagi dia mendengus. Nak cakap bukan-bukanlah tu. “Yed semalam tak cukup tidur ni, my. Please,
let me take a nap...” Direnung mummy
manja.
Puan
Huda menggeleng. Dipegangnya dahi Payed.
Tak panas mana. Cuma selsema aje
menjadi wajah anak dia ni merah padam.
“Semalam
macam mana boleh kena hujan?” Tanya
Palee semalam, tak ada jawapan. Soal
empunya diri lagilah haram nak menjawab.
Risau sungguh hati dia.
“Yed
hantar kawan dekat bus-stand.
Kenapa?” Tuala ditebar ke atas
muka kembali. Tak sanggup nak pandang
mummylah bila menipu.
“Iya
ke?”
“Kenapa
tak ya pulak.”
Bibir
Puan Laila merekah dengan senyuman.
“Perempuan ke?”
“Staff
Palee...”
“Aik...” Senyuman Puan Huda mati. Ditukar dengan kerutan. “Macam mana Yed boleh ada dengan staff
Palee? Yang tertukar jawatan tu ke?” Dia tahulah sikit-sikit bila suaminya
bercerita.
Dia
tahu Payed akan angin satu badan tapi selagi tak bertumbuk adik-beradik
biarlah. “Yang itu ke?” giat Puan Huda.
“Iya,
mummy. Yang itulah. Fiya nama dia...” Payed ketap gigi. Tak nak cerita dah. Nanti keluar semua cerita jahat dia. Makan pelempang mummy lagi.
“Fiya?” Wajah Luth terbayang. Orang yang sama
ke?
“Err... siapa nama dia?”
“Mummy!” Suara Payed sedikit mengeras. “Nak tanya lebih-lebih pergi telefon
Palee. Yed nak tidur ni. Sakit kepala.” Malas betul nak cerita hal semalam. Tercalar jugaklah dia bila Luth pergi dengan
Palee.
Setidak-tidaknya
dia tunjuk sikap gentleman tu. Kalau dia
nak seret, boleh sangat. Tapi dia bukan
jenis gitu. Perempuan kena menyerah. Tak seronok nak paksa orang ni.
“Atau
Yed sakitkan dia tak?” duga Puan
Huda. Tengok pada cara Payed kerut
kening tu macam dah boleh agak dah. “Yed
ada buat bukan-bukan dengan anak dara orang pulak ke? Sampaikan muka Palee muka ketat semacam aje
semalam,” duga Puan Huda.
Memang. Palee tak bercakap langsung bila dia bertanya
kenapa lambat. Kenapa masing-masing buat
muka ketat. Payed telan liur.
“Err...
Palee cerita ke?” Aiseh... Ke mummy
serkap jarang ni.
Telahan
Puan Huda tepat. Dia mengeluh. “Apa yang Yed buat?”
“Tak
buat apalah, my. Jangan percaya cakap
Palee tu...”
“Adik
kamu tak cakap apa, Payed!” sergah Puan
Huda menahan geram. “Bila nak berubah
ni?”
Aiyark...
kantoi bodoh gitu aje. Payed pusing
menghadap sofa. Malaslah tengok mummy. Sesekali dia tahan bersin.
“Yed
buat apa dekat anak orang tu?”
“Nothing, my.
Trust me,” pinta Payed antara dengar dan tidak. “It was
just...” Dia telan liur. Kehangatan kucupannya pada dahi Luth menjalar
ke seluruh nadi. Dada dia
bergelora.
“...a kiss...” Tak sedar, ayat itu terluncur tenang.
“What?”
tempik Puan Huda lantas bangkit bercekak pinggang.
Tubuh
Payed terangkat. Dia kaku menatap wajah
berang mummynya. Salah cakap lagi. Dia mengeluh berat.
> bersambung
RM says : Ya, ada yg meminta utk diterbitkan. Tapi sebelum diterbitkan kena novelkan dulu. Memikir panjangnya nak kena taip, buat saya letih. Tp bila saya cakap ada lamaran, ada yg teruja dan terus menyokong, ada juga yg minta habiskan di blog. In fact, I haven't made my decision. Kalau rajin, taip panjang2. Kalau tak, 100ms mic.works aje dah ok. hiks... (cerita yg ada pun banyak tak siap... mana nak rajinnya...hehh) Apa pun, habis dekat blog atau tak, sokonglah. Sebabnya... terlalu banyak sebab yg mungkin ada sedari atau tidak. At least banyak juga cite habis dekat blog, kan? hiks... Ok then, thank you.
PENGUMUMAN!! Bakal terbit :
TAJUK : TIBA-TIBA, DIA ADA (Ayie & Aryana)
TERBITAN : PENULISAN2U
EDISI : EKSLUSIF DI PESTA BUKU 1 MALAYSIA 11-15 DIS. 2013
MASUK KEDAI BUKU / ONLINE : JANGKA DALAM JANUARI 2013
x sbr nk. tggu stories by RM..
ReplyDeleteRM trbitkn la citer ni cpt2 yer
ReplyDeletesalam..rehan...mana2 yg rehan fikir terbaik kta skng....cuma klu semua dibukukan lama btl tggu ending hehe... rindu dgn bisakah n izinkan aku menangis n sini aku pygkn...eh dah x ingt dah btl ke tak tju tu....any way good luck still hope that payed n fiya hbs kat blog :)
ReplyDeletesaya pun tertunggu gak cite nie. best sgt
DeleteYed3x. Mmg patut pun Luth takut ngan hang. Bab ni sama mcm bab yg lain, buat hati rasa sesak juga.
ReplyDeletex kira la RM...kalu abih kat blog alhmdulillah...kalau nak buat novel kami bli...jnji ada yg bru...lmbatnya nak tnggu 11/12 ni...
ReplyDeletebestnyea. tak sabar tunggu next n3. tahniah dan teruskan usaha RM ya
ReplyDeleteRM..hope dapat peluk vers novel yah...tak mo lah habiskan di blog.huaaa..best nih..keterujaan dua beradik terhadap seorng wanita ..wah..
ReplyDeletehabis kat blog plssss..
ReplyDeleteohmai.....
ReplyDeleteDoakan Payed dlm titipan doa Fiya....
masak payed kene ngan mummy dia..tah2 kene paksa kawen..isk..isk..tp noti2 diaorg ni sib baek hormat ngan ibu diaorg...emmm..two tumbs up!!
ReplyDeletehuhuhu...payed payed...tapi rasenye luth ade rase di hati dengan payed kan...
ReplyDeleteSentiasa sokong RM. Karya RM memang best.
ReplyDeletekenapa luth sentiasa meminta izin dari payed? ...musykil ni..anyway thumbs up for this entry
ReplyDeleteTakpa rm..asal citer tak berenti keluar..mcmmana pun buleh..sayang dia ni....hahaha
ReplyDeleteTakpa rm..asal citer tak berenti keluar..mcmmana pun buleh..sayang dia ni....hahaha
ReplyDeleteBest sngt2 bc cerita2 dkt blog ni.rasa mcm.excited stp kali baca episod2 yg ada..keep it up :-)
ReplyDeleteTerbaek n best...payed melampau laa...mmg ptut kena ceramah gan mummy die..pdn muke...
ReplyDeleteTq rm..abis kan cite nie kt blog leh..??or terbitkn pon okey gak..
kelakar gelagat payed.. nak sorok2, jujur bendul.. terkantoi...
ReplyDeletehehe btl tu...tp nakal2 dia msh hormat mak bapak kan... itu yg pntg nya. biasa tgk hero klu jht d luar dgn mak bpk pun jht...sy suka yg mcm ni.... Kalau tgk citekorea jrg2 watak anak2 muda yg x hormt org tua wpun mrka jahat...
DeleteAkak rm hbskan dekat blog dlu lah. Dan klau rajin naiktarafkn jd nvl. Tak sbr tunggu ending. Like jed n que
ReplyDeleteKorang mintak kak RM habiskan dekat blog tu ada fikir tak..pernah tak kita mintak penulis lain yg kita follow cerita diorang habiskan dkt blog. Lagipun pd sy ok aje..blog atau novel lambat pun terserah dekat kak RM.. dia dah banyak habiskan cerita dkt bloh apa... sy sebagai follower tegar sgt hargai. Payah kot nak cari yg mana kak RM.. like kalau setuju..hahaha kalau boleh like la..
ReplyDelete-ainn-
Betul, ada jalan untuk jadi baik bagi mereka yang masih sayangkan ibubapa.
ReplyDeletemna2 jak rehan dlm blok k , masuk novel k, yg pnting teruuuuss berkesinambungan...
ReplyDeletehabis di blog atau dijadikan buku, bukan penghalang untuk kita terus menyokong bakat RM. Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau untuk terus mengarap buat tatapan peminat dengan genre yang berbeza dan ada ilmu untuk dimanfaatkan. Membaca dengan mata hati. Tahniah RM di atas usaha anda dan bakat yang dikurniakan olehNYA,
ReplyDeleteRMR
Rehan habiskan dekat blog la... ape2 jer novel Rehan pasti kite beli....
ReplyDeleteTahniah RM, kerana selalu menceriakan hari-hari saya dengan nukilan RM di blog. Saya hanyalah silent reader yang sekali sekala memberikan komen di sini.
ReplyDeleteRM... tq 4 new n3... cadangan sy... habiskan di blog versi pendek (khas tuk pengikut setia blog) n terbitkan buku versi panjang... ala kalu dah nama penulis RM, yg follow blog pun tetap akan bli buku jugak so jgn risau (*_*)
ReplyDeleteBest...sesangat.....
ReplyDeleteit was just....a kiss...sengaja ke Payed?nak mintak kawen?
ReplyDelete>>k<<
Agak agak Player seperti Payed ..betul ke dah mmg jatuh cinta pandang pertama pada Luth aka Fiya.. atau kerana egonya tercalar kerana gadis seperti Fiya tidak mengindahkan dirinya .. atau penyebab utama Palee yg mencabar dirinya dengan mengambil Luth darinya.. Yang pasti disini.. mangsa keadaan adalah siLuth.. Bagaimana pula penerimaan Luth pulak bila si Payed ..buaya tembaga ni ..asyik menganggunya walaupun dia sudah diserapkan berkerja dibawah Palee..
ReplyDeleteakak......please
ReplyDeletehabiskan kat blog je
x ambil masa lama sgt & x panjang sgt
sy dah excited nak abiskan citer ni
Hbis kn kt blog mmg best !! Tp klu nk d novelkn pn sy pasti akan mndapatknnye..sbb crita ni best & sweet sgt2..
ReplyDeleteX sabar nk dpt kn novel Tiba-tiba Dia Ada..mcm lama jer nk tnggu bln 1 nnt...misss sgt2 kt Arya Ayie
ReplyDeleteDialu-alukan jika diterbitkan jadi novel. So far dah ada 3 koleksi novel2 RM.
ReplyDelete4th is coming...Tiba-Tiba Ada Dia. InsyaAllah.
Jadikan best jugak...blh tambahkan koleksi novel...
ReplyDeleteAbis kt blog ke trbit jd novel ke,sya tetap baca..trbit jd novel sya nk beli
ReplyDeletewalau apa pon yg kuar, saya sokong beratus ratus percent..
ReplyDeletekak sue tetap sokong dibukukan atau habis diblog...
ReplyDeleteX sbr nk tggu smua buku
ReplyDelete