Tuesday, November 26, 2013

Cinta Yang Kucari 9

TAKBIR diangkat tenang.  Hati memuji kebesaran Ilahi.  Bibir bergerak tapi tiada patah kata yang terzahir.  Luth kusyuk bertemujanji dengan Pencipta.  Reda dan tekun mengerjakan apa yang disuruh. 
Kusyuknya tiada diganggu gugat.  Suasana hening benar-benar membuatkan Luth bahagia saat dia mencari kasih Tuhan.  Menunaikan janji yang telah dituntut.  Ruku’, bangkit lantas jatuh untuk sujud.  Segalanya dilakukan dengan ikhlas.  Seluruh anggota memuji kebesaran Ilahi dan bibir mengalunkan ayat suci Quran Nur-Karrim. 
Kaki Payed terhenti.  Dia mahu mendekat tapi setelah nampak Luth sarungkan telukung dan berdiri tegak mengangkat takbir, tingkahnya mati. 
Tak jadi dia mara! 
Dia ketap bibir.  Lama matanya memerhatikan tindakan Luth yang tak henti-henti sampaikan pada sujud terakhir. 
Simpuh tahayat akhir Luth.  
Salam Luth.
Telapak tangan Luth  yang meraup wajah usai mengucapkan salam. 
Luth tak sedar kehadiran dia.  Menggambarkan betapa kusyuknya gadis itu menghadap Allah Taala.  Jam dipergelangan tangan dikerling.  Dah lewat.  Dah 6.30 petang.  Niat jahatnya tadi mati tiba-tiba.  Nampak dua pengawal gagah menjaga sisi kiri dan kanan Luth.  terbayang-bayang kebengisan dua pengawal tersebut. 
Fikiran Payed bagaikan kosong.  Saat Luth mengangkat tangan, mendongakkan wajah sedikit... kening lebat Payed kian berkerut.  Alunan itu cukup perlahan dan halus. 
Tak dengar dia! 
Lalu kaki menapak lagi selangkah dua.  Terhenti di situ lalu telinganya cuba mendengar apa yang dikata. 
Dia nak dengar apa yang dibisikkan. 
“Allah, ampuni hamba.  Ampuni ibu bapa hamba.  Ampuni kakak hamba dan, ampuni dia.  Yakinlah hamba, yang dia tak sengaja, yang dia khilaf kerana dia manusia biasa.  Jika di sini rezeki hamba, permudahkanlah.  Jika tidak, yakinkanlah hati ini untuk pergi...” 
Hujung doa itu Luth bagai teresak.  Dia?  Siapa?  Tak mungkin Palee.  Payed yakin satu hal itu.  Dan dia juga yakin ‘dia’ yang Luth maksudkan adalah dia.  Dirinya sendiri.  Betapa Luth tak selesa adanya dia bersama hingga begitu sekali doa gadis itu. 
Siapa kau, Fiya?  Hati Payed tak lepas menyoal perkara itu.  Renungannya makin tajam.  Bila Luth membuka telekung, sekali lagi rambut berkilat itu tersilau pada pandangannya.  Jari halus yang menguak rambut panjang mengurai itu dan terus mengikatnya tinggi membuatkan dada Payed kembali bergelora. 
Doa Luth tadi berlalu pergi.  Berbekas dihati tapi tak terkesan pada jiwa.  Sayang!  Liur ditelan kasar.  Bagaikan meneguk air dipadang pasir yang panas.  Air-cond yang masih terpasang langsung tak mengejukkan dada yang makin menggelegak. 
Matanya kian tajam memerhati.  Hingga rambut itu ditutup dengan selendang warna pelangi tersebut, barulah Payed tersedar.  Lalu, dia menapak lagi dan berdiri tepat di sebelah Luth yang masih lagi melutut. 
Kepala Luth tertoleh saat melihat kaki.  Dada dia berdetak laju.  Dia pantas mendongak dan saat wajah Payed terbias di depan mata, Luth mengucap panjang. 
“Allah.  Encik Payed buat apa dekat sini?”  Luth terus lilit selendangnya ala kadar.  Menariknya hingga menutup separuh wajah.  Apa  yang pasti, dia yakin Payed dah lama ada di situ.  Tak sedar dia.  Sunyi sangat. 
Rambut dia pasti dah jadi habuan mata Payed.  Tak syak lagi.
“Encik Payed buat apa tak balik lagi?”  tanya Luth sekali lagi cuba meredakan suasana. 
Dia tak mahu melatah.  Sebab dia tak mahu Payed bertingkah.  Dia tak mahu Payed bertindak pantas.  Tak mampu dia melawan nanti.  Tak berkudrat dia. 
Mendengarkan soalan Luth, bagaikan tiada apa.  Payed melutut di sisi Luth yang masih duduk di atas sejadah menarik telekung rapat ke dada.  Risau dengan tindakan Payed yang dah terlalu dekat. 
“Encik Payed, saya...” 
Syhh...”  Jari Payed hampir menyentuh bibir Luth tapi terhenti bila Luth jegilkan mata.  “Don’t speak...”  Dia pejam mata.  Teringat akan mimpinya siang tadi. 
Bibirnya terukir senyuman jahat.  Menggeletar seluruh jasad Luth melihatkan senyuman itu.  Kala Payed membuka mata, Luth ada di depan mata.  Bukan mimpi tapi pasti! 
Got to go, Encik Payed...”  Luth bangkit dan Payed juga. 
Bila Luth cuba berlalu, lengannya dilelar lembut oleh Payed.  Telekungnya jatuh ke lantai.  Mata Payed jatuh ke bawah.  Nampak jelas telekung putih suci itu.  Nampak juga wajah Luth yang tersenyum bersama Palee.  Bukan pada dia. 
“Apa yang you maksudkan dengan ‘dia’ tadi tu, Luth?”  Wajahnya diangkat tenang. 
Tenang, setelah gigih melawan kehendak rasa lelaki.  Ikut hati, Luth tak berakhir begini nanti. 
“Dia?”  Tak faham Luth dengan soalan itu. 
“Dia yang you maksudkan dalam doa you tadi,” jelas Payed. 
Bibir diketap.  Memang benar, Payed sudah ada di situ agak lama.  Entah bila.  Dia tak sedar langsung.  Silap dia tak kunci pintu setelah Palee pergi tadi.  Memang silap dia. 
“Tak ada sesiapa,” jawab Luth perlahan. 
“Tak...”  Tangan Luth dicengkam kemas.  Dia tak percaya.  Dia nak jawapan yang benar.  “Mesti you maksudkan I, kan?” 
“Kalau dah ada jawapan, kenapa mesti nak tanya?”  Bibir Luth senyum herot.  Sinis! 
Buatkan Payed terngadah.  Terdiam beberapa saat.  “Kenapa I?” 
“Sebab saya tak rasa Encik Payed jahat orangnya.  Boleh jadi hanya tersilap langkah.  Tertukar landasan.  Masih boleh kembali ke pangkal dan mula dengan laluan yang betul.  Saya yakin semua tu biarpun lepas kejadian dekat dalam lif.  Saya yakin semua tu lepas tengok sikap Palee.  Saya yakin semua tu.  Yang Encik Payed tak jahat seperti yang disangka.  Macam saya pernah cakap, tak ada hak saya nak menilai.  Sebab tu saya tanam dalam diri yang Encik Payed tak jahat.  Tapi...”  Bicara Luth mati. 
Dia dah mahu menangis.  Andai sekarang Payed bertindak, dia mampu melawan hingga putus nyawa sekali pun, tapi mahukah Payed mengalah? 
“...sekarang ni, saya dah tak yakin sama ada saya betul atau tak.  Saya nampak kehendak Encik Payed bergelora dalam dada tapi bukan saya.”  Luth menggeleng perlahan.  Merayu dalam diam agar diri tak diapa-apakan. 
Dia menjeling pada pintu.  Tombol dikunci kemas.  Kemudian, matanya naik semula pada Payed.  “Apa pun jadi, saya rela melawan sampai ke akhir nyawa saya,” ugut Luth. 
Bibir Payed terkunci rapat.  Doa Luth kembali terngiang. 
“Yakinlah hamba, yang dia tak sengaja, yang dia khilaf kerana dia manusia biasa.”  Terus wajah Payed kelat.  Kehendaknya mengendur dengan sendiri. 
Mata bundar Luth yang nampak berkaca-kaca ditenung lama.  Tapi, tangannya terus naik merayap hingga ke pangkal siku.  Biarpun Luth menarik tapi kudrat Payed mengatasi.  Biarpun tudung itu herot, Luth tetap nampak cantik.  Wajah kecil itu benar-benar tenang biarpun tingkahnya kalut. 
“Encik Payed, demi Allah dan seluruh alam ni...”  Luth dah tak tahu nak kata apa.  Payed dah kerasukan.  Payed dah gila!  “Saya tak akan ampunkan Encik Payed sampai akhirat!”  Suara Luth dah separuh menjerit bila tangan Payed terus naik mendarat pada bahunya. 
Matanya dipejam rapat bila Payed menarik kepala Luth mendekati wajahnya.  Birai mata dah basah.  Bila-bila masa akan menitis.  Sebelah tangan menolak kuat dada Payed dan sebelah lagi terkunci rapat. 
Namun, mata Luth terbuka saat dirasakan bibir sejuk Payed jatuh ke dahinya.  Hampir lima saat dia kaku sendiri sebelum dia benar-benar menolak Payed menjauh.  Nafasnya mengah. 
Tak sangka, Payed berjaya menyentuh dia.  Sentuhan ini mungkin sentuhan biasa tapi ciuman di dahi adalah sesuatu yang suci daripada seseorang yang halal.  Ayah sentiasa mengucup dia di situ.  Mama juga.  Dan dia pernah berharap seorang lelaki yang halal untuk dia juga menjadi yang ketiga mengucup dia di dahi.  Tapi itu dulu.  Sekarang sekadar angan.  Dia tahu, tiada siapa mahu terima dia. 
Airmata Luth jatuh.  Payed dah berjaya.  Memang Payed dah berjaya.  Tapi, menyerah diri bukanlah dia.  Tak dia hadap kekacakan Payed.  Tak dia lapar akan harta Payed.  Kerasukan Payed buat Luth nak campak lelaki ini jauh ke bawah bangunan. 
“Kenapa, Encik Payed?”  soal Luth cuba membendung rasa terkejut. 
“Kenapa apa?”  Wajah yang ditayang jelas raut suci. 
Sebenarnya, dia sendiri tak sangka dia berani buat Luth begitu.  Memang dengan perempuan lain lebih lagi dia mampu tapi ini, kenapa? 
Luth menjauh sedikit.  Bila Payed mahu mendekati, Luth menggeleng.  Beri isyarat agar tak terus merapati.  Dia rimas.  Cukuplah apa yang dah jadi.  Apa lagi yang Payed mahukan?  Apa lagi yang tinggal? 
“Keluar, Encik Payed,” pinta Luth lemah. 
Dia seka airmatanya dan Payed pula kaku bernyawa, tak mampu berbuat apa.  Dia dah terlanjur laku.  Luth menjadi mangsa. 
I’m sorry,” pintanya. 
Luth terus menggeleng dan menekur ke lantai.  “Out!”  suruh Luth tegas dalam kelembutan. 
“Luth… look at me,” pinta Payed. 
Luth geleng. 
Luth, look at me…”  Kali kedua. 
Masih tunduk. 
“Fiyaaa…”  Nafas berat dilepaskan.
Luth angkat wajah.  Wajah Payed nampak kabur.  Perlahan-lahan, titisan jernih itu jatuh lagi. 




“Fiya, I’m sorry.  Am out of my mind just now,” akui Payed. 
Nope...”  Luth geleng.  Dia tolak nama Fiya itu jauh-jauh.  Tak ada siapa boleh panggil dia Fiya.  Tak digugat.  “...Encik Payed dah buktikan semuanya.  Semua.  Tanggapan saya salah pada Encik Payed dan daripada awal, saya tak patut di sini.  Tak patut!” 
Luth capai begnya dah terus berlalu meninggalkan Payed sendiri.  Melihatkan Luth yang dah lari keluar daripada bilik ini, Payed terpinga-pinga.  Telekung putih yang masih tak berlipat itu dipandang. 
Dia duduk mencangkung dan menarik telekung itu rapat ke hidung.  Satu yang mampu dia gambarkan. 
Wangi!  Sewangi empunya diri. 
Setelah itu dia terus berlari mengejar Luth tapi sayang, bukan Luth  yang dia nampak tapi Palee yang tercegat berdiri dengan wajah bengis.  Dengan penumbuk yang digenggam kemas.  Bila Palee menapak pada dia, dia tahu apa tindakan Palee.  Dia nampak jelas riak Palee berbicara. 
Tangannya digenggam kemas.  Langkah kaki juga maju mencabar Palee.  Dia tahu, Palee terserempak dengan Luth yang dah turun.  Boleh jadi Palee tertinggal sesuatu.  Bila saja dia lalui Palee, bahunya ditahan.
“Kau buat apa dekat Luth, Yed?”  soal Palee bertahan daripada amarah. 
Dia tak tahu.  Bila dia keluar Lif tadi, dia nampak lif tertutup dan mata dia sempat melihat Luth  yang sedang mengesat birai mata.  Dia tertinggal telefon.  Terkejut bila nak  masuk, Payed keluar daripada bilik Luth.  Jantung Palee hampir gugur ke lantai. 
“Tak ada apalah, Lee.  Cayalah.”
“Percaya?”  Wajah Palee berkerut lebat.   “Benda dah berlaku depan mata, Yed.  Kau nak aku percaya macam mana?” 
Percaya jenis apa yang Payed minta daripada dia ni?  Nak percaya apa bila terbukti depan mata?  Sebelum ni pun dia tahu Payed ligat.  Mummy tak sudah menangis takut anak tu buat perkara jahat dan dia bukan sekali dua nampak Payed keluar masuk hotel dengan perempuan. 
“Aku nampak Luth nangis masuk lif.  Aku nampak dia sedih sangat.  Laju dia lari masuk lif.  Dan-dan aku nampak kau pulak keluar daripada bilik dia.  Apa yang kau buat pada dia?  Cuba kau cakap dekat aku?”  soal Palee semakin meninggi. 
“Lee...”  Tangan Palee pada bahu ditolak kasar.  Dia menjeling Palee tajam.  Sejak bila Palee suka ambil tahu hal dia?  Sebelum ni tak pernah pun.  
“Yang kau ni nak busybody kenapa?  Ikut suka akulah.  Tak melibatkan kau, tahu tak?!”  Giliran Payed menyergah. 
“Tak melibatkan aku, kau cakap?  Hey...”  Kolar baju Payed ditarik kuat.  “...kau tahu kan dia tu pekerja aku?  Kebajikan dia atas kepala aku.  Lagipun, kalau aku report dekat abah dan mummy, kau rasa macam mana?  Aku bukan tak tahu perangai buruk kau tu, Yed,” ugut Palee berani. 
Payed ni makin lama makin melampau.  Tak reti tengok orang.  “Lagi satu, kalau Luth tu jenis perempuan yang mudah kau heret naik katil, aku tak kisah sangat sebab perempuan menggedik dekat lelaki ni, apa nak kata.  Kalau aku pun aku boleh kalah.  Tapi, masalahnya dia bukan macam tu,” hambur Palee bertali-arus. 
Dalam hati, Payed mengangguk.  Dia tahu.  Dia nampak kesucian wajah Luth saat memakai telekung putih tersebut.  Dia rasa ketulusan hati Luth mendoakan dia tadi.  Cuma nafsu dan hati jahat dia terlalu mendominasi.  Nak buat macam mana?
“Aku tak buat apa pun, Lee.  Percayalah...”
“Habis tu, macam mana dia boleh nangis?  Cuba kau cakap?”  bentak Palee dengan sabar yang semakin menipis.  Hati dia terasa bengkak dengan ketenangan wajah Payed saat ini. 
Dah salah, buat cara salah.  Nak menafi apa kalau terbukti depan mata? 
Seriouly speaking, Lee...”  Tangan Palee yang sekali lagi mahu mencekak kolarnya dileraikan.  “...lepas.  Aku nak cari Luth ni,” aku Payed. 
Dia tahu kat luar hari dah hujan.  Dia pun tahu Luth datang dengan kenderaan awam.  Dia pernah nampak Luth berdiri tegak menanti bas atau teksi. 
“Lee...”  Mata Palee dipandang tajam.  Memberi amaran. Jangan nak melampau sangat.  “Yang kau nak sakit jiwa sangat kenapa?  Kenapa?  Kau nak rasa dia dulu, sebelum aku?  gitu?”  herdik Payed geram.
Kali ini, genggaman penumbuk Palee ringan.  Naik tepat singgah pada pipi kanan abangnya.
Pertama kali! 
Tangan itu naik akhirnya.  Dah lama simpan sabar.  Buat mummy sedih, buat abah risau.  Sekarang ni, buat seorang wanita sebaik Luth menitiskan airmata malah berani fitnah dia. 
“Kau gila ke?”  Payed angkat tangan tapi terhenti separuh jalan.  Sakit.  Bibir dia terasa perit.  Bila diraba, pecah.  Berdarah. 
Tapi, untuk berkasar dengan Palee tak.  Dia cuma tak pernah berkasar dengan orang biarpun perangai dia begitu jahat macam puaka.  Nak-nak adik sendiri, mana mungkin!
“Jangan buat perkara yang boleh jadikan aku lebih gila!”  pesan Palee sebelum dia menapak masuk ke dalam biliknya. 
Hati dia risau.  Nak ditelefon Luth cepat-cepat. 
Bibir Payed terjongket dengan senyuman senget.  Dia sapu bibirnya.  Wajahnya menyeringai.  Perit amat.  Sangat. 
Rosak muka aku!  Hatinya membebel tapi dalam ketawa halus namun tak lama bila tangisan Luth menghiasi ruangan mata. 
Fiya...

Hati Payed terdetik dengan sepatah nama itu.  

> bersambung

RM says :  Lepas ni slow.  Sebab macam2 sebab.  Sebab RM bekerja separuh hari dan RM penulis dalam masa2 tertentu aje.  Sebab idea tak datang selalu.  Sebab dah ujung tahun. Sebab ada KPi nak kena siapkan.   Sebab kisah mereka dilamar orang.  Sebab RM tak tahu apa lagi keputusannya.  Sebab RM kena kejar satu lagi deadline.  Sebab... errr... sebab RM nak pergi bercuti.  yeahaa... Last but not least... THANK YOU.  

39 comments:

  1. Slow pun xpe yg penting ade..
    Time2 cuti manalah tau kot2 idea datang boleh menulis..hehe

    ReplyDelete
  2. Aaaa...... dari kemarin rajin tengok blok orange ni... heee.. begitu ada entri langsung dah.... thanks RM...
    Al from jakarta...

    ReplyDelete
  3. sebab.. cerita2 RM buat sy kujat jantung... sblm bercuti sila siar n3 bebanyak!!...

    ReplyDelete
  4. kira payed x nampak lah parut luth....kesian nyer luth sampai doa mcm tu :(

    ReplyDelete
  5. thans RM....teruja utk next entry....

    ReplyDelete
  6. Xsbar tggu next n3... Hope smpai abes...

    ReplyDelete
  7. thank you kak rehannnn! haih makin menggila pulak si payed nih.

    ReplyDelete
  8. Tq RM...u nvr fail to entertain us!

    ReplyDelete
  9. tq RM...selamat bercuti...kisah mereka dilamar? tahniah!!!!...:D
    macam ade kisah disebalik palee dan payed sepertimana luth dan fina...ada kaitankah luth dan payed?
    tega luth bertahan...mudah2an payed dapat hidayahnya dan sedar akan salahnya dan dapat juga terima luth seadanya...tapi macam taknak palee dengan luth walaupun palee sukakan luth sebab luth bukan untuk palee...<~~~~ini saya punya kata...RM punya kata saya tak tau...hahaha

    ReplyDelete
  10. abeh kat blog ke akn dibukukan citer neh?

    >>k<<

    ReplyDelete
  11. alaa... alasanmu exist semua tuh....

    jgn gini tolong jgn gini? pleashhhh?

    #payed #fiya #cbc will be missed... u too RM (@_@)

    ReplyDelete
  12. thank you RM. utk byk sbb juga.

    ReplyDelete
  13. Kesian luth..jahat laa payed nie..
    Tq rm..

    ReplyDelete
  14. Uwaaaa jgn la byk sgt sebabbb RM.. Nanti kami doa byk2 supaya RM murah rezeki dan dpt idea mencurah ye.. Karya yg diniatkan utk mendidik insan ke jln Ilahi inshaAllah akan diberkati meskipun jlnnya tak mudah.. May Allah bless..

    ReplyDelete
  15. Yeayyyy! makin best cerita ni..:)

    ReplyDelete
  16. aigoo....baca cerpen ni rasa macam tengok cerita hantu...ahah.....Best macam selalu....
    -kaka-

    ReplyDelete
  17. Tetiba teringat kt cara luth pakai tudung bila tengok model dlm link ni pakai tudung no 6 dan 12... Heeee
    http://littleilsya.blogspot.com/2013/09/carnation-shawl.html?m=1

    ReplyDelete
  18. The damaged has been done Yed. No point explained.
    Kasihan Luth
    Selamat Bercuti RM.

    ReplyDelete
  19. somehow i think u hv gone daring for this one.

    ReplyDelete
  20. nak lengoh jantong teman, weh........ngeh3

    ReplyDelete
  21. kak Rehan.......berdebar hati ini....love LUTH & PAYED...sy akan sentiasa doakan kak Rehan sihat n akan jumpa lg love couple lg

    ReplyDelete
  22. Cerita ni best sgt...

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum adik Rehan, kak akan senantiasa tunggu walau apa jua sebab musabab yg Rehan berikan. Terima kasih utk entry ini, dan moga adik Rehan diberi kesihatan yg baik2 saja, amin!
    ~ Kak Aminah

    ReplyDelete
  24. Kisah mereka dilamar org.. Mksudnya kisah luth n payed ke.. Dilamar utk novel ke utk drama.. Wow!

    ReplyDelete
  25. Tq 4 the n3 and please take care of ur health as well

    ReplyDelete
  26. tak nak payed ngan fiya..sbb tak sesuai langsung..nak fiya makan hati berulam jantung..ha..ha.. apa kata Palee cepat cepat melamar fiya melalui ibunya jadi ada secure disitu agar dapat menjauhkan Payed dari menyakiti dan melakukan sexual harrasment... kan.. Nasib baik mamat Payed tak buat kerja giler kan menodai gadis sebaik Luth tu.. adakah kerana itu Luth tidak datang lagi keofis untuk berkerja kerana trauma ngan mamat yg bertopengkan manusia tu... Hopefully citer ni akan diterbitkan secepat mungkin kerana dia mempunyai tarikan yg tersendiri seperti novel novel RM yg lain..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk gaya mcm ibu payed nk jodohkan dia dgn 'bidadari' yg satu ini.. payed mmg perlukan fiya utk kembali ke pangkal jalan.. palee yg baik akan dpt bidadarinya yg tersendiri.. :)

      Delete
  27. rsnya klu payed ngan fya lg best kot cite nie.. fiya ubah payed sikit2... dr kasanova tu berubah jd baik

    ReplyDelete
  28. Rasanya ibu sipayed mmg dah rancang fiya utk payed.

    ReplyDelete
  29. napa rasa da kisah antara payed n luth ni...
    xpa kak, lambat pn xpa, biar nnti kisah mereka ni dlm versi cetak akn di beli
    selamat bercti

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye la.. mcm ada kisah di sebalik panggilan fiya tu.. maybe kisah masa kecil @ remaja sbb mak ayah dorang kan kawan dari dulu lagi..

      Delete
  30. luthfiya akan menjadi cahaya payed..insyaallah

    ReplyDelete
  31. kasihan Luth... sedih hati baca bab ni...

    ReplyDelete