Thursday, November 21, 2013

Cinta Yang Kucari 5

MELIHATKAN raut wajah yang tenang di depan dia sekarang buat Payed rasa tak senang duduk. Kata-kata Palee berlegar dalam kepala.  Cantik sangat agaknya Luth ni sampaikan Palee pun memuji. 

Dia bawa kedua-dua belah tangan menongkat dagu.  Cuba mengintai sisi wajah yang terlindung.  Luth sangat sopan orangnya.  Tak sesuai dengan dia.  Manalah dia suka stok-stok gadis pilihan syurga ni. 
“Kenapa encik tengok saya?”  Sedar Payed merenung dia.  Luth saja buat tak tahu tapi tak boleh sebab dah dekat lima minit, dia diam tanpa bersuara.  Payed pun sama.  Melainkan mata Payed merenung dan dia sendiri tak tahulah nak letak mata dekat mana. 
“Eh, I tengok you, ya?”  Payed gelak kecil seraya menegakkan duduk.  Mati aku!  Dalam hati dah bimbang takut tercalar ego renung seorang perempuan. 
“I tertengok...”  Gigi Payed terbias pada mata Luth. 
Iyalah tu tertengok.  Lima minit tertengok.  Luth seperti biasa.  Jawab dalam hati aje.  Di depan ni bos.  Apa nak kata.  Selagi Payed tak bertindak luar batasan, dia akan kekalkan sabar dalam hati. 
“Sebenarnya, kenapa Encik Payed panggil saya masuk ni?”  soal Luth.  Tak betahlah dia nak duduk macam ni aje.  Macam dia steno pulak. 
“Oh... pasal kerja, of course...”  Kerja?  Kerja apa ni?  Apa kerja nak bagi Luth ni.  Otak Payed ligat memikir. 
Dia tarik beberapa buah fail kuning dan disuakan di depan Luth.  Fail maklumat pengurusan syarikat.  Biarlah Luth study yang itu dulu. 
“Cuba tengok fail tu...” 
Luth buka fail kuning tersebut.  Merenung setiap barisan aksara di atas dada kertas bersaiz A3 itu.  Dia kerut kening dan menggeleng sendiri.  Tak faham!
“Ini err... senarai pentender?” 
Payed angguk.  “Semua maklumat pentadbiran dan pengurusan syarikat ada dalam tu.  You boleh study tu dulu.  Nanti orang call, senang you nak jawab kalau ditanya...” 
Lagilah buat Luth berkerut wajah.  Apa kaitan dengan dia?  “Tapi ini, bukan kerja saya...” 
“Eh, mana boleh bukan kerja you?”  bantah Payed laju.   “You bawah I sekarang, jadinya apa saja yang I beri, itu adalah kerja you, Luth...”  Payed sengaja menekan nama Luth pada hujung kata. 
Nak diingatkan Luth yang dia adalah bos dan Luth hanya pekerja.  Tapi sebenarnya, dia lebih nak ingatkan diri sendiri.  Luth tu pekerja aje pun. Bukan barisan runaway model.  Dia nak menggatal pun, dia akan pilih jugak orang.  Yang berbungkus macam kuih tepung bungkus ni, tak nak dia.  Lambat nak buka satu-satu.  Biar kurang kain, senang sikit dia.  Jimat masa. 
Pantas!
“Betul tu, Encik Payed tapi...”  Hati masih tak puas.  Luth tutup fail di depan dan tarik fail tersebut jatuh di atas riba. 
Apa lagi nak ditapikan?  Dah memang betul kata Payed.  Kalau macam tu, dia memang boleh jadi multi-tasking.  Tak ada masalah. 
“Kalau gitu, saya keluar dulu...”  Luth tunduk sedikit dan bangkit. 
Tapi, tak sempat dia berlalu ke pintu, suara Payed sekali lagi menahan.  Pantas Luth kalih dengan wajah tiada perasaan melainkan hanya senyuman manis terukir.  Buat Payed telan liur berkali-kali.  Buat dia nak mungkir kata dengan diri sendiri yang koleksi wanita yang dia ada bukan dari jenis Luth. 
Ehemm...”  Payed berdeham panjang.  Sempit dada dia tiba-tiba.  Apatah lagi suara Palee berdengung lagi.  Tak boleh jadi ni.  “You dah sign offer letter ke?”  Dia cepat-cepat menyoal. 
Luth geleng.  Mana ada siap lagi.  Dia pun tak tahu actual gaji dia berapa? 
“Semalam bukan you pergi HR ke?  Tak sign lagi ke?” 
“Diorang cakap tak siap lagi.  Semalam tu diorang minta isi borang untuk maklumat peribadi aje, Encik Payed,” jawab Luth tenang. 
Payed terangguk-angguk.  Dia angkat mata memandang Luth.  Lama.  Hingga Luth kembali tunduk, Payed ukir senyuman senget.  Bukan sinis tapi kagum dengan wanita di depan mata. Ingatkan semua yang cantik tak boleh pakai. 
“I tak busy hari ni...” ujar Payed tiba-tiba.  Untuk apa?  Diri sendiri tak pasti. 
Boleh nampak.  Luth membalas tapi dalam hati ajelah.  Entah apalah  kerja bos ni dia pun tak tahu.  Melainkan busy dengan gadjet semata-mata.  Tak pun bergayut dan gelak-gelak manja dekat telefon. 
“Kita nak buat apa hari ni,  ya?”  Payed tongkat tangan di bawah dagu.  “You ada apa-apa program hari ni?” 
Kita?  Lagilah Luth kerut kening.  Manalah dia tahu.  Terbalik dah ni. Kalau dia bos senang pulak dia bagi arahan. 
“Saya yang menurut perintah,” balas Luth lembut.  Takut juga Payed sentap. 
Memang ya.  Bukan sentap tapi Payed gelak.  Boleh tahan juga ayat sinis perempuan ni.  Bagus-bagus.  Tak adalah hitam putih aje warna hari dia di ofis.  Ada jugakah warna-warninya.  Janji dia dengan Palee berdengung beberapa ketika.  Payed ukir senyum pada Luth. 
“Macam ni, pagi ni you tolong Palee dulu.  Tengah hari you ikut I keluar,” arah Payed.  Dia nak kena tukar baju ni.  Tak nak  hilang kotor ni. 
“Palee?” 
“Adik I.  You pergi bilik dia belah sana.  Cakap dekat dia, yang I hantar you.  He needs help...”
What kind of help?”
“Dia putus cinta.  Pergi tenangkan hati dia...” Bibir Payed senyum sinis kembali. 
Hah?”  Rahang Luth rasa nak terpenggal.  Apa masalah bos dia ni?  Kalau ginilah gayanya, dia nak resign lah.  Dia bukan doktor cinta.  Tak reti dia nak jahit hati orang  ni.
“You boleh jumpa dia tapi jangan jatuh cinta dekat dia.  Itu I haramkan.”  Payed terus bangkit dan keluar daripada biliknya.  Saja meninggalkan Luth berkerut seribu di situ.
“Tapi, saya tak ada pengalaman ubatkan hati orang, Encik Payed...”  Sedaya-upaya Luth saingi  langkah Payed semata-mata nak katakan itu. 
Kaki Payed mati daripada terus melangkah.  “It’s okay.  Sometimes, you don’t need those skill and experience to comfort the feelingsBody language dan pandangan you dah bercakap bagi pihak you, Luth...”  Matanya dikedipkan sekali dan Payed terus melangkah ke bilik air.  Tak tahulah Luth faham atau tidak kata-kata tersirat tu. 
Baju yang kotor sikit ni perlu basuh.  Again?  Kacau! 



PINTU bilik diketuk perlahan.  Biarpun bilik berdinding kaca tapi vertical blind yang tak diangkat menutup semua pandangan mata.  Luth ketuk sekali lagi dan kali ini barulah ada suara meminta dia masuk. 
“Assalamualaikum...”  Mata Luth buntang. 
Bilik apa ni semak semacam?  Tak macam bilik Payed.  Dalam bilik ni semua fail.  Tak tahu nak duduk mana.  Dia melangkah tepat ke depan meja di mana seorang lelaki sedang membongkok merenung kertas kerja di depan mata. 
How can I help you, sir?”  soal Luth lambat-lambat. 
What kind of help?”  soal Palee kembali.  Seraya itu dia angkat wajah dan pen di tangannya terlepas ke meja. 
Dia hampir berdiri melihat wajah depan mata.  Merenung dia lembut dengan senyuman tipis.  Menyoal tenang. 
“Encik Payed minta saya ke sini...” 
Palee tepuk dahi.  Dia bangkit dan terus meminta Luth duduk.  “Sorry.  Saya tak ingat saya ada minta nak guna staff dia.”
Sebenarnya dia tak percaya, gadis ini ada depan mata.  Terkejut pun ya.  Tadi kemain merenung anak dara orang.  Iya ke anak dara?  Entah-entah isteri orang?
“Okey, saya faham tu.  Kalau tak kisah, boleh saya tahu kerja apa perlu saya bantu?”  Luth berdiri tegak. Dia dah sedia. 
“You kemas bilik saya, boleh?”  pinta Palee.  Tersenyum tawar.  Tawarlah sebab kerja akaun masih banyak lagi tak siap. 
Tak kan nak minta PA buat kerja akaun pulak?  Karang pitam kat sini.  Minta tolong susun fail yang berselerakan itu pun, jadilah.  Tak adalah dia semak mata.  Ini pun Alia dan kemaskan tapi dia sepahkan balik sebab mencari dokumen penting. 
Terkedu Luth dua saat.  Sana minta dia buat kopilah, teman tidurlah.  Sini minta dia kemas fail pulak?  Dia ni ofis girl ke? 
“Baiklah...”  Luth tunduk sikit dan terus bangkit. 
Dia berlalu ke arah seaty dan mula menyusun fail yang bertingkat-tingkat di atas meja kopi dan sofa.  Lencun rasanya badan biarpun air-cond menderu laju.  Sekali pun Luth tak kalih pada Palee.  Dibuat saja kerja seperti yang diarah.  Setakat menyusun fail.  Angkat ajelah dia berkemas rumah. 
Mata Palee sesekali menjeling pada Luth  yang nampak rajin menyusun semua fail dan menyapu sisa kertas terpakai.  Kemudian turun semula pada figura di depan mata.  Sesekali, jari ligat menekan kalkulator. 
“Macam mana you boleh kerja dengan Payed?” 
“Hah?”  Tubuh Luth tegak.  “Encik Palee cakap dengan saya ke?”  Iyalah, tiba-tiba aje menyoal. 
“Ya, saya...”  Suara Palee kedengaran dingin. 
“Oh...”  Tangan  Luth menghayun bulu ayam di atas meja kopi.  “Saya datang temuduga tapi macam pelik sebab dia cakap dia dah letih nak temuduga orang.  Lepas tu, Encik Payed tanya beberapa soalan dan bila saya iyakan semua, dia kata dia ambil saya kerja...” 
Palee terangguk-angguk mendengarkan cerita Luth.  Nak dapatkan seorang pembantu peribadi, tak adalah sukar mana.  Setidak-tidaknya, boleh belajar.  Kalau nak dijadikan akauntan, tak ada kelulusan parah. 
By the way, hari tu pun I ada buat interview tapi...”  Gerakan jari Palee mati.  Dia angkat wajah dan meneliti wajah Luth  yang sedang elok memandang pada dia. 
Memori dengan gadis itu kembali dalam minda.  Eh, muka dekat sama ni?  tapi, yang tu free-hair.  Yang ni bertudung?  Adik beradik ke?  Allah, siapa dah nama dia tu?  Palee kerut kening.  Dia dah lupa.  Semua fail peribadi pulak dah campak ke bahagian pelupusan.  Buat semak meja aje.
“Dapat tak?”  soal Luth mencantas renungan Palee. 
Senyuman tawar sekali lagi terukir.  Palee menggeleng.  Budak OM datang nak temuduga jadi akuantan, memang tak dapatlah. 
“Tak apa.  Sementara tak ada pembantu ni, boleh aje saya tolong dengan kebenaran Encik Payed...”  Luth menawarkan diri.  Ya, nak dibandingkan tahap kesibukan Payed dan Palee, dia dah boleh nampak. 
“Tak apalah.  Nanti Payed kata apa pulak.  Dia bukan boleh dengan I...”  Tawa kecil terletus.  Palee tunduk semula menyambung kerja. 
Luth juga sama tapi kerja Luth terhenti.  Telinga dia menangkap butir-butir ayat membebel yang terbit daripada celah bibir Palee. 
“Kenapa balance sheet aku yang satu ni tak nak okey?!” 
Luth nampak Palee garu kepala sendiri.  Eh?  Kenapa dia buat kerja akaun? 
“Err...”
“Luth, are you done?” 
Tak jadi dia nak menyoal, Payed muncul di depan pintu.  Bersandar tenang pada bingkai pintu bilik Palee dengan kemeja yang basah di bahagian depan.  Mengundang senyuman sinis Palee. 
Are you done?”  soal Palee pada Luth.  Dia pun tak ada nak pakai PA orang lama-lama. 
Yes!”  jawab Luth tegas.  Rasanya dah tak ada apa ni. 
“Kalau gitu, thanks...”  Senyuman tipis dihulurkan pada Luth sebelum bertukar sinis semula saat bertembung mata dengan abangnya.  “Esok aku nak pinjam lagi,” ujar Palee selamba. 
Kening Payed naik kedua-dua belahnya.  “Pray for that, then,” bidas Payed sebelum dia pantas berpaling bila mengisyaratkan Luth mengikut langkahnya. 
Mendidih hati dia tengok cara Luth bertutur dengan Palee.  Nampaklah dingin tu tapi banyaknya diceritakan.  Dengan dia, sepatah ditanya, sepatah Luth jawab.  Amboi, suka sangat ke dekat Palee? 



RASA kalah dekat Palee tiba-tiba.  Duduk Payed tak senang.  Dahlah baju kotor.  Sakit pulak hati dia.  Dia terus bangkit dan menapak ke arah meja Luth  yang nyata kemas dan bersih.  Hanya fail kuning yang dia berikan tadi aje yang ada di depan mata Luth. 
“Can we talk?”  tegur Payed. 
Luth angkat mata dan mengangguk.  Tapi, matanya Luth jatuh pada tubuh Payed.  Buat Payed resah sendiri. 
Berkerut sana-sini wajah lelaki itu melihatkan perlakuan personal assistant dia ni.  Lain  macam aje perati.  Nak kata dia tayang body tough, mana ada.  Tutup aurat elok ni.  Ke mata Luth ni lutsinar?  Aiseh
“Err... awak pandang apa, Luth?”  Malu pulak direnung oleh mata bundar tu.  Ceh. 
Serta-merta anak mata itu naik pula memandang tepat pada anak mata Payed.  Kemudian jatuh kembali pada tempat direnung tadi.
“Kenapa baju Encik Payed kotor?”  Kesan air milo tu.  Nampak macam dah dibasuh tapi makin bertambah teruk kesannya. 
“Oh ini...”  Pheww... Payed lepas nafas berat.  Ingatkan apalah tadi.  “...Palee lah ni, langgar saya pagi tadi.  Dah basuh tapi macam tak jalan...”  Payed kipas-kipas kemeja dia.  Berharap pada magik.  Dahlah kejap lagi nak meeting dengan abah.  Baju spare pun tak ada dalam pejabat.  Kebetulan. 
“Petang kita ada meeting dengan abah Encik Bakri dengan Encik Palee sekali, kan?” 
Kepala Payed jatuh, mengangguk. 
“Kotor tu, macam mana?” 
Payed sengih jahat mendengarkan soalan Luth.  Dia menapak selangkah mendekati meja kerja Luth.  Begitu payah ni dia heret keluar daripada bilik Palee.  Pelbagai alasan dia bagi. 
“Tengah hari temankan I balik tukar baju?”  Kening Payed naik tinggi. 
“Rasanya saya tak pegang kunci rumah Encik Payed, kan?”  tanya Luth kembali.  Sinis.  Dah makin tahu perangai bos ni. 
Erk...”  Gamam Payed dibuatnya tapi hero Malaya macam dia, mana tahu erti kalah.  Dia duduk tepat di depan Luth.  “Kalau gitu, temankan I beli kemeja baru?”  Masih mencuba nasib tapi bila Luth senyum tipis begitu, dia tahu Luth akan menolak. 
“Pun bukan saya yang jadi promoter dekat mall tu...”  Bibir Luth naik ke kiri.  Sinis. 
Okay then...”  Payed bangkit.  Dia berlalu ke biliknya tapi sempat mengarahkan Luth ikut sama. 
Bila saja Luth rapatkan daun pintu, kemeja Payed lepas daripada badannya.  Buatkan Luth hampir terjatuh bola mata.  Hampir terpenggal rahang. 
Errr... bos?”  Luth dah gugup. 
“Semua awak tak nak.  Jadinya, tolong basuh.  Sempat kering masa rehat ni.”  Payed berpaling dengan tubuh terdedah dan menghulurkan kemejanya pada Luth yang nyata masih kaku. 
“Tapi, encik ni...”  Luth nak cakap, kenapa tak pakai baju.  Matanya tak mampu melihat semua ni.  Rasa lebih rela dibutakan. 
“Tahu awak malu.  By the way, saya bukan nak tayang body, tapi memang body saya agak sempurna,” sela Payed memuji diri.  “...ambil baju ni dulu...” 
Luth tunduk ke lantai. Dia dah lemah sendi ni.  melihatkan  Luth yang tidak memberi reaksi, Payed tarik pergelangan tangan Luth dan belum sempat dia letakkan kemejanya di atas tangan itu, pintu terkuak daripada luar. 
Wajah yang muncul merah padam.  Rahang diketap kuat.  Rasa nak campak aje dua orang ni ke bawah daripada tingkat 21 ni.  Macam tak percaya dengan apa yang jadi di depan mata.  Tadi,  nampak perempuan ni okey aje.  Rupanya, sepesen dengan perempuan lain dalam koleksi Payed.
“Aku bukan nak kacau kau, Yed.  Abah suruh bagitahu, meeting delay dalam setengah jam.  Kira sempatlah kalau buat nak making love pun...” 
Berdesing telinga Luth mendengarkan kata-kata Palee.  Nampak baik tapi mulut berapi.  Dia pandang pada Payed yang sedang menyarungkan singlet.  Nampak wajah kesal Payed tapi tak lama, Payed kembali sinis bila Palee rapatkan daun pintu dan itupun dengan begitu kuat.  Buat jiwa dia hampir retak. 
“Luth, sorry...”
No...”  Tangan Luth terangkat sebelah.  Sebelah lagi menggengam kemas kemeja milik Payed.  Dia rasa dia tak sesuai dengan kerja ni.  memang. 
Baru dua tiga hari tapi maacm-macam hal dah jadi.  Tak nak dia orang pandang serong.  Bukan sehari dua dia nak kerja di sini tapi lama. 
“Saya basuh baju Encik Payed ni tapi tolong, lain kali jangan berani sentuh saya lagi.  Tolong!  Demi Allah, tolong jangan buat macam ni lagi.”  Bibir Luth bergetar.  Dia dah hampir nak menangis. 
Saat ini, barulah Payed perasan akan birai mata Luth yang dah nampak basah.  Dia terdiam.  Hilang ayat kasanova nak memujuk.  Hati dia menggelegak tiba-tiba.  Palee pun.  Cakap tak agak-agak. 
“Luth, I minta maaf bagi pihak adik I.  Dia dah salah faham...” 
“Sebab tu kita disarankan untuk mengelak sebarang perlakuan yang boleh mendatangkan salah faham, Encik Payed...”  Senyuman tawar Luth terukir. 
Dia berpaling daripada Payed dan berlalu ke pintu.  Lemah jiwa dia.  Dia yakin Palee tak akan bawa mulut tapi pandangan Palee pada dia, berubah sekelip mata.  Dia yakin. 
“Luth, freeze,” pinta Payed. 
Luth hanya berhenti tapi tak berkalih langsung.  Dia cuba halang airmata dia daripada menitis.  “Kita lunch sama-sama nanti.  Ajak staf lain jugak.  I belanja...” 
Payed mati katak.  Buntu kepala.  dia tahu Luth sedih dengan kata-kata Palee.  Salah dia bajet nak buat Luth tergoda. 
“Insya-Allah...” 

Dengungan janji Luth bergema dalam kepala Payed.  Buat dia diam menghantar Luth keluar.  


...bersambung

35 comments:

  1. hmmm..terbaik lagi sekali

    ReplyDelete
  2. Harap luth sabar...go RM

    ReplyDelete
  3. hurmmm....akak suke buat saya ternanti-nanti...tapi memang terbaiklah....

    ReplyDelete
  4. Nak Lagi Rehan.. pls pls pls

    ReplyDelete
  5. sian Luth.. harap Payed dpt betulkan tanggapan buruk Palee tuh..

    ReplyDelete
  6. xagak2 si payed ni pon nk bukak baju..grr...

    ReplyDelete
  7. Penasaran... nak lagiiiiii...

    ReplyDelete
  8. suka suka sukaaaa sangat!!!! :)

    ReplyDelete
  9. Alala,cutenye luth.he..apa la palee,ikt sdap mulut je bckap.

    ReplyDelete
  10. Omg. Payed pun agak2 la ckit. Ingat luth tu mcm pompuan lain ker..ishh geram!

    ReplyDelete
  11. notty #payed and innocent suchi #luthfiya

    alaaaa bujet alim si #palee ni.nnt die tersuke kat #luthfiya kan? kan?
    laser laser.. nnt terlaser isi hati yuuuu... garing rentung!! :-p

    thank #you RM
    XoXo -FH-

    ReplyDelete
  12. macam2 perangai 2 beradik tu..haru la nk hadap

    ReplyDelete
  13. Best !!! Nk lg RM...

    -zeisha-

    ReplyDelete
  14. Kesian luth.. palee dah salah anggap....dugaan untuk Luth dapat bos mcm payed....

    ReplyDelete
  15. leraikan lah kekusutan ni..
    xmo luth yg baik dpandang hina
    :(

    ReplyDelete
  16. Once again terbaik dari RM. Best.
    Tapi masih clueless psl Luth' s behavior.

    ReplyDelete
  17. Aduh.... Cmner nih.... Luth tu suci jer. Payed nih..... Huh...... Aci tak luku kepala dier? RM, sy berdebar debar nih... tlg arr update laju laju. Sayang RM gitewww. Apa pun, bestnyer citer ni, kita suka sesangat, trimas RM
    Yanshi

    ReplyDelete
  18. Stuju 1 juta kali. He he he

    ReplyDelete
  19. palee jngan cpat menilai.. xsemestinya apa yg kita nampak betul..

    ReplyDelete