Saturday, November 23, 2013

Cinta Yang Kucari 7

MATA Encik Luthfi jatuh merenung mata bundar anak bongsunya yang nampak berkaca-kaca.  Bila jatuh ke dada Luth, nampak berat pulak helaan nafasnya.  Surat khabar dilipat kemas.  Kakinya menapak mendekati Luth yang sedang duduk di kerusi besi berwarna putih itu di depan pintu gelangsar yang ternganga lebar.  Dekat dengan ruang tamu. 

“Luth tak sihat ke?” 
Luth kalih.  Dia angkat wajah dan terus memegang tangan ayahnya yang singgah pada bahu.  Menarik tangan tua itu agar duduk di depannya.  Tersenyum menyembunyikan resah.
“Eh, sihat aje, yah.  Kenapa ayah tanya gitu pulak?” 
“Dari lepas Isyak tadi, Luth tak makan malam sama.  Lepas tu berkurung.  Ayah turun tengok Luth duduk dekat sini sorang-sorang.  Risau jugak takut tak sihat?  Ke sebab kerja baru tu?”  soal Encik Luthfi lembut.
Sesekali, Encik Luthfi membetulkan helaian rambut Luth  yang lepas bebas mengurai itu daripada menutup wajah.  Bila terpandang wajah itu, hati dia tersiat.  Tak terluah akan kepedihannya.
Wajah ini benar-benar ikut dia.  Dua-dua anaknya ikut wajah dia.  Malah hampir nampak macam kembar bila sekali pandang. 
“Tak ada apa, yah.  Tapi, boleh jadi pasal kerja.  Tempat baru, kan?  Luth banyak nak kena belajar lagi.  Tiga empat hari ni, tak ada apa lagi yang Luth belajar.  Bos cuma minta review senarai pelanggan, perunding...”  Bahu Luth terjongket dengan sendiri.  Teman dia makan dan basuh kemeja dia.  Luth menyambung tapi sekadar dalam hati.  
Laa... baguslah tu.  Nanti kalau dah busy, akan busy sungguh.  Sementara boleh relaks sikit ni, relaks aje dulu.  Kerja jaga akaun company ni, besar tanggungjawab dia, Luth.  Nanti tak betul-betul banyak kerja, tengok-tengok nak balik tidur pun tak sempat...”  Encik Luthfi ketawa lepas. 
Lucu pulak dengan anak dia seorang ni.  Dah dapat kerja tapi sedih sebab tak ada kerja sangat.  Yang seorang lagi, sekali pergi temuduga tapi tak  lepas, terus tak nak pergi temuduga.  Nak duduk aje di rumah tunggu mama dan ayah suap makan.  Bilalah nak matang Luthfina ni. 
“Kakak Luth tu tak okey sampai sekarang,” cerita Encik Luthfi. 
Barulah Luth teringat yang Fina tak lepas temuduga.  Dia tak pernah nak tanya kat mana Fina temuduga biarpun dia  hanya tahu Fina lulusan Office Management.  Lepas tahu Fina tak berjaya dapatkan jawatan tu, lagilah dia malas nak masuk campur.  Nak-nak bila mama pun tak cerita pada dia. 
Baru hari ni ayah buka cerita. 
“Macam mana dia boleh tak lepas, yah?” 
Bibir Encik Luthfi mencebek.  “Manalah ayah tahu, Luth.  Adalah tu yang tak berkenan di mata orang tu,” putus Encik Luthfi mudah. 
Memanglah.  Hendak dibandingkan Fina dan Luth, tak terbanding.  Luth memang ada aura.  Pandangan mata  yang merayu kasih.  Pandangan yang mendambakan diri disayangi, bukan dihina dimaki. 
“Biarlah dia, Luth.  Janji Luth kerja rajin-rajin, pandai jaga diri.  Ayah dah senang hati.  Apa pun jadi, Luth anak ayah yang tersayang.”  Pipi itu dielus lembut dan saat ini birai mata Encik Luthfi bergenang. 
“Ayah naik atas dulu...”  Laju dia turunkan tangan dan bangkit masuk ke dalam.  Airmata tuanya gugur mengenangkan nasib anak yang seorang ini. 
Menyedari ayah yang sedang bersedih, Luth hanya tunduk mula menyalahkan diri tapi tiada siapa yang salah dalam perkara ini.  Dah terjadi.  Tak akan kembali seperti sedia kala.  Lantas. Dia bangkit hendak naik ke bilik. 
Baru hendak masuk ke bilik, Fina muncul dengan wajah  penuh sinis dan rambut yang disanggul tinggi sambil mengelus wajah sendiri.  Sebuah senyuman terukir tapi cukup sinis. 
“Aku pun peliklah, Luth...”  Fina bersandar pada dinding di depan bilik Luth. 
“Pelik apanya?” 
“Macam mana orang tu boleh ambil kau kerja dengan dia, hah?”  Mata Fina liar memandang Luth daripada atas ke bawah.  Penuh sindiran. 
Tapi, Luth... biarlah tak cantik luaran tapi dia akan pastikan hati dan jiwa dia cantik untuk pandangan Allah Ta’ala.  “Sebab aku memang berkelayakan, Fina.  Lagi satu, sebab dah tertulis dalam takdir Allah, di situ rezeki itu aku.  Siapa pun tak dapat nak nafikan!” 
Dia senyum senget pada Fina dan terus masuk ke dalam bilik lantas menutup pintu rapat biarpun Fina cuba menahan.  Dia terdengar jeritan Fina di luar tapi Luth dah letih nak melayan karenah kakaknya.  Rasanya, dah sampai masa dia keluar daripada rumah ni dan hidup sendiri.  Dia dah mampu.  Dah bekerjaya.  Cuma perlukan keizinan ayah dan mama aje. 


HASRAT dinyatakan.  Ayah berat hati.  Mama hanya diam tak berkata apa.  Luth tahu, pada mama andai kata dia keluar daripada rumah ni, pasti semuakan akan agak tenang.  Luth juga tahu mama tak sudi nak izinkan dia keluar tapi demi keluarga, mama perlu izinkan. 
Luth janji hujung bulan ni, lepas dapat gaji pertama.  Sekarang ni, biarpun ayah mampu carikan rumah sewa baru, dia tak nak bantuan ayah dan mama.  Dah tiba waktu dia berdikari.  Cukuplah ayah tanggung perbelanjaan dia dan Fina.  Isi rumah lagi.  Dia dah cukup senang biarpun tak mewah. 
Setelah dipujuk, akhirnya ayah bersetuju dengan pandangan sayu.  Kerana ayah perlu tahu, Luth lakukan semuanya demi keluarga.  Tinggal berasingan, tak beerti Luth tak akan kembali.  Itu janji Luth hinggakan Encik Luthfi, jatuhkan kepala – bersetuju. 
“Termenung?”  Wajah Alia muncul di depan mata. 
“Tak pun...”  Luth menafi.  “Kenapa, Lia?” 
Alia sengih lebar.  “Bos dah datang?”  Kening dia naik.  Luth geleng.  “Great...” 
“Kenapa pulak?”  Terus dahi Luth berkerut.  Apa pulak yang greatnya?
“Encik Palee panggil you kejap.  Dia nak minta tolong,” beritahu Alia separuh berbisik. 
Luth pandang Elle di pergelangan tangan.  Nampak macam lambat aje Payed ni.  Dah lebih setengah jam waktu masuk kerja ni.  tak apalah.  Tolong adik dia jugak.  Luth sedapkan hati.  Lagipun, ni dah dekat berapa hari masuk kerja tapi rasa macam makan gaji buta pulak.  Kalau kata Palee suruh kemas bilik pun, bolehlah daripada duduk melangut macam ni. 
Coming...”  Tubuh diangkat dan Luth terus berjalan menuju ke bilik Palee.  Sekali diketuk, pintu bilik terkuak.  Palee berdiri tegak menanti Luth datang. 
Sorry if I’m bothering you,” ucap Palee lalu dia duduk di atas sofa.  Mengadap meja kopi yang kembali semak.  “I need help...”  Wajah Luth dipandang. 
Sorry?”  Kerut kening Luth tanda tak mengerti.  Bukan nak suruh dia mengemas ke?
Palee sengih.  Nampak gigi putih Palee tersusun kemas.  Dia mengisyaratkan agar Luth duduk di depannya.  “I nak minta tolong you sort-out report ni.  I nak hantar dekat abah sebelum petang ni.  Banyak lagi tak siap ni...”
Luth duduk dan tarik sehelai kertas.  “This is P&L (profit and loss) statement dan BS  (balance sheet)?”  Luth pandang Palee lama.  “Dah settle ke semua ni, Encik Palee?” 
Palee dekat nak  jatuh rahang.  Dia pun bukannya kelulusan akaun sebab tu dia perlukan akauntan.  Dia cuma belajar benda ni bila masuk kerja dan masih kurang cekap.  Dulu ada akauntan tapi dah pergi sambung belajar.  Selebihnya, hanya basic.
“You tahu semua ni?” 
Luth angguk.  “Kerja saya semua ni...” 
Palee tersandar pada belakang sofa.  Tak terkata dia.  Dalam kepala dah syak macam-macam.  Bila dia pejamkan mata ingat balik, yang datang temuduga hari tu rasanya tanya jawatan personal assistant dan terus dia tolak.  Lepas tu tak ambil port langsung.  Tak ingat pulak Payed pun buat interview jugak. 
Tapi... dia  masih tak puas hati.  Keraguan ini harus dihentikan.  Palee membongkok ke depan.  Memandang  Luth yang sedang merenung setiap helai kertas kerja di depan mata. 
“Encik Palee tahu, kan?  P&L tu kita buat untuk tengok sale ataupun income syarikat?  boleh jugak untuk tahu untung rugi syarikat?” 
Palee diam.  Luth meneruskan kata.  Dia nampak macam pelik aje laporan ni.  sebenarnya dah okey tapi macam kurang lengkap nak-nak bila dia belek laporan BS di depan mata ni. 
Balance sheet ni memang tak balance daripada awal ke apa?” 
Palee angguk.  Masih memerhati. 
“Kalau kata tak balance, maknanya ada lagi asset dan hutang syarikat yang Encik Palee tak masukkan ni.  boleh jadi, kereta syarikat, bon daripada bank, bayaran pada syarikat lain  yang masih tak jelas.  Kita buat balance sheet ni  untuk tahu semua tu, Encik Palee...” 
Barulah Palee mengangguk.  Yakinlah dia sekarang.  Semuanya tak betul daripada awal dan rasanya, semua harus dibetulkan.  Senyuman tenang Palee terukir.  Helaan nafas lega dihembus. 
“Have you sign your offer letter?” 
Luth geleng.  Semalam pun dia ke HR tapi tak siap lagi.  Macam ramai sangat masuk kerja sampai berhari-hari tak siap lagi offer letter dia. 
“You tahu apa kerja you dengan Payed tu?” 
“Akauntan?”  duga Luth.  Risau juga takut lain yang dipohon lain yang dapat.  Sebab itulah kerja pelik aje manjang.  Selain jawab telefon dan tengok jadual Payed, tak buat apa pun.  memanglah agak busy sebab Payed pun ligat tapi bukan skop kerja dia. 
Yep.  But wrong boss, wrong place of work...”  Palee seluk poket slacknya.  Telefon dicapai.  Nombor HR dihubungi.  Malas nak bangkit pakai intercom. 
Erm...  you dah buat offer letter Cik Luthfiya?”  soal Palee sedangkan Luth sekadar memerhati.  “Good tapi tukar jawatan dia.  Buat jawatan dan gaji seperti yang I offer untuk akauntan.  Get it done by today.  Sebelum petang, I sendiri turun ambil,” arah Palee tegas. 
Talian mati.  Dia sekali lagi ketawa dan terus ketawa.  Bikin hati Luth kacau. 
“Encik Palee?” 
“Luthfiya?” 
Luth angguk. 
“Lepas ni, you keluar kemas meja dan barang you, tukar tempat.  Masuk bilik yang depan bilik I ni.  bilik tu kosong dan memang khas untuk you,” suruh Palee. 
Errr...”  Luth mahu bertanya tapi Palee cepat menyambung. 
“You dah salah interview hari tu.  I yang nak pakai akautan.  Payed needs a secretary.  Please, move in, here,”  pinta Palee.
Luth hela nafas berat.  Aduh, sakit kepala dia.  Sungguh ke ni?  mulalah dia terfikir bukan-bukan.  Ke Fina...
By the way, I baru teringat... muka you dekat nak sama dengan orang yang datang interview dengan I hari tu.  Tak silap I, dia lulusan OM.  Nama dia I dah lupa.  Perhaps...” 
Luth ketap bibir.  Sungguhlah.  Sah itu Fina.  Mati dia kalau Fina dapat tahu.  Apa pun, biarlah kelal rahsia dan Fina tak tahu.  Dia pun rasa lega gila bila semuanya dah dibetulkan.  Mana puncanya, malas nak cari. 
Yang pasti, bos dia yang sebetulnya ini tak adalah buat dia resah manjang.  Biarpun sedarah sedaging, Luth yakin Palee dan Payed berbeza.  Senyuman lega terukir lebar.  Sangat lebar.  Jalan hidup dia kian mudah. 
“Boleh saya pindah sekarang?” 
Palee nampak keterujaan dalam diri Luth.  Nampak sangat tak selesa kerja dengan Payed.  Tapi, Palee menggeleng.  “Sit.  Tolong I buat ni sikit lepas tu kita kena bincang pasal budget pulak.  Better buat sekarang.  Nanti bos dah minta, senang kita...” 
Luth angguk laju dan terus mata dia merenung barisan figura yang ada di depan  mata.  Allah... leganya.  Kalau tak sampai ke sudah sesak nafas dia dengan Payed tu. 
Tapi, lega Luth tak lama.  Bila kepalanya mencerna kembali senyuman Payed beberapa hari lepas. 


“LUTH, wait!”  Payed cuba menyaingi langkah Luth yang hendak masuk ke dalam lif.  Tapi, Luth buat tak tahu.
“Lufhfiya!”  Keras suara dia kali ni. 
Pintu lif hampir tertutup rapat dan tanpa berfikir panjang, Payed terus menghulurkan tangannya bagi menghadang pintu lif seperti mana yang Luth lakukan tempoh hari. 
Sakit! 
Memang sakit tapi wajah Luth tenang waktu itu kerana rasa bersalah pada dia.  Hari ini, Luth dah jadi orang lain langsung.  Lepas dia tahu cerita sebenar daripada Alia, rasa nak ditampar Alia laju-laju.  Apatah lagi bila dia lihatkan meja Luth dah kosong.  Nampak pulak Palee dan Luth berdua sedang gigih bekerja di dalam bilik kaca di depan bilik Palee. 
Apa semua ni?  Mana kata-kata Luth yang takdir hantar gadis itu pada dia?  Tak pun sekarang kalau dia tanya, Luth nak jawab takdir dah bawa Luth pergi daripada dia macam tu aje? 
Pintu lif kini tertutup rapat.  Nafas Payed sesak.  Dia longgarkan tali leher dan membuka satu butang kemejanya. 
“You tak dengar I panggil you?”  soal Payed sinis. 
“Maaf, Encik Payed.  Saya nak cepat ni...”  Alasan.  Luth tahu alasan dia bodoh. 
“Kenapa? Kalau kata you naik lif ni sorang, you akan cepat macam cahaya?  Kalau I naik sama you akan jadi lembab?  Gitu?  Macam I nak singgah tiap-tiap floor, padahal you dengan I share floor sama aje,” bidas Payed tak puas hati. 
Giginya diketap rapat.  Dia dapat SMS aje daripada Luth mengatakan semua perkara ni.  Terus dia bergegas ke tempat kerja.  Salah dia sebab lambat.  Bila tidur bukan rumah sendiri, macam inilah jadinya.  Tak sedar. 
Luth pandang rambut Payed yang nampak berserabai.  Kemeja juga nampak berkedut.  “Encik Payed tak balik rumah ke semalam?”  duga Luth sedangkan dia dah tahu.  Palee dah cakap Payed akan lambat kalau dia tak balik tidur dekat rumah.  “Encik Payed tidur mana?” 
Smirk!  Payed rasa nak gelak besar aje.  Luth saja nak kenakan dia lagi.  “Why?  Is it bothering  you?”  
Kepala Luth jatuh menunduk.  Dia ukir senyuman tipis.  Dia tahu Payed bergegas datang lepas tahu dia akan pindah bawah Palee. 
“Sikit.” 
Terkesima Payed dua saat dengan kata-kata Luth.  “Apa maksud sikit tu?”  soal Payed tapi Luth tak jawab. 
“Saya tahu Encik Payed tak puas hati tapi daripada awal sepatutnya saya bukan dengan Encik Payed,” ujar Luth tak menghiraukan soalan Payed. 
“Habis tu, you hanya layak dengan lelaki baik macam Palee ajelah?  Gitu?” 
“Ya,” jawab Luth tanpa mengerti apa yang Payed maksudkan. 
“LUTHFIYA!”  tempik Payed.  Bertahan daripada geram pada Luth dan adik sendiri, nafas Payed kian kasar.  
Dia menapak mendekati Luth setapak dan Luth tetap berdiri tak berganjak.  Berlagak berani sedangkan jiwa kecut.  Dia intai ke atas.  Ada CCTV.  Apa-apa jadi, dia mesti akan diselamatkan. 
“Jangan cabar I, Fiya!”  Tangan Luth digenggam  kemas.  Lantaklah CCTV ke apa.  Biarlah satu bangunan nampak apa  yang dia buat pada Luth dalam lif ni. 
Biarkan!  Biar Luth rasa sebab sakitkan hati dia!  Payed tak tahu.  Luth tak terkedu.  Terkedu saat nama FIYA diucapkan.  Tak pernah ada yang panggil dia FIYA melainkan seseorang.  Seseorang yang sangat dia rindu.  Seseorang yang tak jemu ayah ceritakan. 
“Encik Payed...”  Suara Luth melarang tapi cukup perlahan.  Tangannya naik menyentuh belakang tangan Payed  yang kemas mencengkam bahunya.  “Tak elok buat macam ni,” beritahu Luth berharap Payed berundur. 
Tapi, ego lelaki itu tak rebah mendengarkan suara lembut itu melarang.  Payed semakin berani menapak.  Semakin dekat dan terus rapat hinggakan Luth terkunci rapat pada bucu dinding lif. 
“Encik Payed, tolonglah...”  Tangan Luth terkunci rapat.  Kata-katanya sekadar berlalu bagai semilir angin menyapa peluput telinga Payed  yang jelas sedang tersenyum jahat. 
Saat Payed rapatkan wajahnya pada wajah Luth, bunyi lif tiba di tingkat dua puluh satu, menyentak rasa. 
Luth tolak Payed ke belakang dan terus saja dia berlalu keluar daripada lif.  Mujurlah tidak terserempak dengan sesiapa tapi dia yakin, perlakuan Payed tadi dah dirakam oleh CCTV tersebut.  Tinggal menjadi bahan bualan aje.
Entah apa yang Payed marah sangat.  Dia cuma berlalu ke tempat yang sepatutnya dan dengan orang yang sebetulnya.  Anggap sajalah dia tersalah.  Senang cerita.  Ini, sikap Payed buat hati Luth tak tenang.  Buat rasa hati berbolak-balik.  Rasa menjadi libang-libu.
Bila saja dia kunci pintu biliknya, airmata Luth mengalir.  Entah apa yang merasuk, baru saja bekerja rasa nak letak jawatan serta-merta.  Sungguh dia rasakan, hidup dia tak mudah juga.  Tak mudah sebab ada orang macam Payed. 
Apa salah dia?! 




“Luth...”  Ketukan pada pintu kaca itu dibiarkan sepi.  “Fiya... buka pintu,” arah Payed. 

Tapi, Luth tetap menyepi.  Bertahan daripada jantung yang bagai hendak gugur bila dia dipanggil begitu.  


*bersambung*

RM says : Am thanking you guys for hanging out here... I appreciated it much.  Jangan lupa dapatkan Novel ke-4 saya bertajuk TIBA-TIBA, DIA ADA (kisah Aryana dan Ayie), insyaALLAH di Pestabuku1Malaysia, PWTC 11.15/12/13, juga di kedai2 buku berhampiran, juga di web www.p2u.my.  
Sokongan anda adalah semangat buat Rehan Makhtar terus menulis.  
Allah bless.  

So, what say you about Payed & Luth after 7th chap?  Hope yu guys enjoy it.  Do comment.  hiks... ;)

48 comments:

  1. arghhh tak sabar nak tunggu novel ni keluar terus.. i need to know what happen to luthfiya, kak Rm?? huhu

    ReplyDelete
  2. la..slh ke ms mula keje ari tu...sbr je la.agenda tersembunyi ni..

    p/s : typo skit
    beerti -> bererti
    kelal-> kekal

    ReplyDelete
  3. Daebakk!! I love all of ur storyy kak RM. :-)

    ReplyDelete
  4. Daebak...nk lg kak..

    ReplyDelete
  5. Rehan, Novel ke-4 tajuk aper?
    Under siapa?

    ReplyDelete
  6. Buku terbaru tu tajuk apa??? Cerita yg ini ke???

    Kenapa tak dibetulkan Fiya kepada Fina

    ReplyDelete
  7. bestnyer. berdebar2 bila baca. x sabar nk baca episod seterusnya. tahniah krn berjaya buatkan kami semua tertunggu2 nk tahu apa berlaku seterusnya. buku baru siapa penerbitnya? beli on9 cepat skit dpt. :)

    ReplyDelete
  8. Best2..terima kasih RM..
    tahniah utk Arayie..insyallah akan dptkn..

    Payed da jatuh cinta dgn Fiya..huhu

    ReplyDelete
  9. da jatuh cinta dgnnpayed...butstill tetanya2 nape dgn muke luth?kesan terbkar ke?

    ReplyDelete
  10. da jtuh cnta rupanya Payed..

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dh jatuh cinta tp dia xtau lg rupa luth mcm mn lg. kalau dia tau, nk ker dia dgn luth. xpe luth. palee ada jgn rusim

      Delete
  11. Dah chap 7 yek....hehehehe best

    ReplyDelete
  12. Adakah Payed kenangan lama Luthfiya? Sbb tu Payed panggil Fiya....uuu...tak sabaq utk next n3

    ReplyDelete
  13. Superb!!!!RM nye citer mkin lame mkin thumbs up... <3

    ReplyDelete
  14. 1.Saya rada payed akn menyesal dn cuba minta maaf atas perlakuannya.
    2.berlaku pergaduhan besar antara payed dan palee
    3. Payed mmg dh jatuh cinta pd fiya..erm
    4.Fiya, truskn kerja, dgn palee tp tk henti dikacau payed. Pindah rumah tp diganggu fina smpai ke tempat keje ...
    Haha.... mmg saya tk pandai nk buat crite

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti diorg pernh ado kisah silam seblom ni. ker ni hanya kebetulan jer. duo2 beradik duk berebutkan luth ni. untung btol kalu jd luth ni. semua org suka

      Delete
  15. Tima ksh RM. Ingatkn ari senin bru upload bab 7. Hehehe.. Best la.

    ReplyDelete
  16. tak sabar nak tunggu next n3......

    ReplyDelete
  17. Tq rm..x sabar nk dptkan versi cetak TTDA arayie.... ni nk tggu confession payed pd luth, tp apa reaksi ya bila nmpk scars kt muka luth. Hrp2 payed redha ..

    ReplyDelete
  18. good job k.rehan..:

    ReplyDelete
  19. terbaik...tak sabar nak dapat kan novel RM yg ke 4. semua koleksi novel RM akak dah ada temasuk novel 0n9.Good Job RM

    ReplyDelete
  20. best!sentiasa buat org tertanya next chapter apa yg akan terjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti luth rimas dgn si payed ni. xabih2 duk kacau dia. sedangkan sejak mula lg, mmg berlaku kesilapan

      Delete
  21. alahai... menunggu la hari isnin.... btw kami support rm.. n waiting ur new novel arayie.. :)

    ReplyDelete
  22. baru rasa cik RM yang menulis..welcome back setelah hati yang kau pinjam....

    ReplyDelete
  23. xkira nk payed gak...bad boyyg ohsem!!!

    ReplyDelete
  24. Bagi saya, RM memng bagus krn dpt berkarya dgn genre yg berbeza beza, semuanya ada pelbagai emosi. Semuanya terletak kpd BEHAVIOR PMBACA yg pastinya pelbagai. RM jgn rasa tertekan atau sedey. Setakat yg sy baca semua karya RM yg berbeza tu best jer. Apa pun, bila expression writer tepat, ia pasti smpai kpd pembaca. Tu yg kdg kdg pembaca yg emo lebey lebey bilasmpai bab bg komen tuh... Trasa la kata kan. he he he * _ *
    Yanshi

    ReplyDelete
  25. RM cite ni pasti akan menjadi salah satu cerita yg bakal buat sy ternanti bersama gundah gulana di hati.. ooo RM you make my heart ups n down... :P

    ReplyDelete
  26. RM cite ni pasti akan menjadi salah satu cerita yg bakal buat sy ternanti bersama gundah gulana di hati.. ooo RM you make my heart ups n down... :P

    ReplyDelete
  27. OMG!! Akhirnya...dok senyum sorg2 bca cite ni..haha :D

    ReplyDelete
  28. love it..Rehan.. sesuatu yg baru... yg mana seorg lelaki yg bergelar playboy tembaga cukup segalanya tapi kosong jiwanya mencari cari dirinya yg semakin jauh dari tuntutan agama ..semakin hari..jiwanya seperti telah tergoda oleh seraut wajah yg tenang milik fiya.. Apakah yg terjadi pada wajah fiya itu sebenarnya dan adakah ia begitu teruk sehingga menjejaskan wajah itu.. akak harap kecacatan itu boleh dibaik pulih dengan menjalani plastik surgery agar tiada lagi bersalah yg mencengkam jiwa kedua ibu bapanya setiap kali melihat wajah fiya..agar kesengsaraan itu boleh berlalu pergi.. Fina..sebenarnya.. apa yg terjadi menyebabkan ahlaknya begitu..sedangkan mempunyai ibu bapa yg elok budi pekertinya..kan...

    ReplyDelete
  29. ape yg jd dkt muka luth tu...ishhh k.rm ni wat suspen plak
    asal la fina cam gitu prngainyew.....x abis2 ngan x puas ati dia dkt luth tu

    ReplyDelete
  30. Omaigoddddddddddd......... What have you done with me RM ??? Tergoda tau tak dengan cerita awak ni xD hahahahahaha keep it up... Nak n3 sieve pat yg mungkin

    ReplyDelete
  31. Karya RM biasanya mesti lain dr yg lain...bukan hanya tertumpu pd love story semata2...teruskan berkarya n good luck...

    ReplyDelete
  32. Its getting more interesting n Luth is so intrigued.

    ReplyDelete
  33. semakin berdebar2...la...lagi rm..

    ReplyDelete
  34. U mmg ohsem la RM...! Ur books r definitely worth buying. Mmg nk kene collect all ur books la. Count me in as one of ur kipas susah mati u (>.^)

    ReplyDelete
  35. Payed ke org yg ayah luth cita tu yg panggil luth fiya?

    ReplyDelete
  36. So far so good but what with the sister issue quite confuse.

    ReplyDelete