Sunday, November 03, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 13

DINGIN.  Satu perkataan aje  yang mampu aku komen tentang Rozie sekarang.  Kenapa dia jadi macam tu?  Salah aku ke?  Lepas aku balik daripada taman tempoh hari, lagilah dia beku dengan aku.  Tak kanlah pasal Khalifh, kan

Aku nampak Rozie baru nak keluar pergi kerja.  Tengah betulkan rambut dia.  Tengah jinjit kasut putih dia menuju ke pintu besar.  Aku pegang mug milo suam itu kemas sambil kaki merapati Rozie. 
“Dah pergi kerja ke?” 
Dia diam.  Memakai sarung kaki dan menyarungkan kasut.  Langsung tak jawab soalan aku.  Pedihnya kawan layan macam ni.  Berubah mendadak. 
“Err… awak tak sihat ke Rozie?”  Aku ni spesis prihatin.  Kotlah dia tak sihat, boleh jadi fikiran dia terganggu. 
Mata Rozie menjeling aku.  Tajam.  Bila aku labuhkan duduk di atas sofa, menyisip milo suam tu, Rozie dah sedia nak keluar. 
“Aku ni ada kerja, bukan macam kau.  Goyang kaki aje manjang…”  sinis dia. 
Ya, diakui aku sampai sekarang goyang kaki tapi masalah, aku tak pinjam duit dia sesen pun.  Sewa rumah, bil-bil semua aku bayar tepat pada waktunya.  Makan pun aku tak pernah minta dia belanja lagi. 
“Awak kenapa buat kita macam ni, Rozie?”  Aku letak mug itu dan terus mendekati dia yang dah ada di luar pintu. 
Bibir dia terjongket ke kiri dengan senyuman sinis.  Matanya menjeling tajam.  “Kata tak nak, tapi tersua-sua…” 
Hah?  Tak sempat aku nak tanya apa maksud ayat dia tu, Rozie dah masuk ke dalam perut keretanya.  Apa masalah dia?  Apa maksud dia?  Apa yang aku tak nak dan apa  yang aku tersua-sua? 
Bila kereta Rozie dah hilang daripada pandangan, aku terus masuk ke dalam rumah.  Duduk menengadah siling.  Memandang kipas  yang ligat berputar.  Dia nampak aku dengan Khalifh ke?  Sebab sebelum ni aku kemain tak nak jumpa Khalifh tu tapi tup-tup sekarang ni asyik jumpa Khalifh aje dan dia pun kena tahu, aku jumpa Khalifh bukan atas permintaan aku. 
Baru nak pejamkan mata, vibrate telefon memaksa aku menjawab panggilan daripada… errr Fendy? 
“You tinggal I macam tu aje hari tu, Tuah…”  Suara Fendy lemah.  Jelas kecewa.  Aku tinggal dia ke?  Bukan dia yang tinggalkan aku ke?
Kan awak yang tinggal kita sorang-sorang.  Awak ada meeting dengan bos la, apa la…” 
“Bos call.  Tapi tak datang-datang pun…”  Dia mengeluh tipis.  kecewa lagi. 
“Kotya pun tak ada datang, awak keluarlah.  Kita sorang-sorang.  Tak kan nak kacau kawan-kawan kerja pulak.  Lagipun, kalau awak tahu awak busy, baik awak tak payah datang ajak kita keluar dengan awak…”  Aku meluahkan rasa. 
Memang perit ingat hari tu.  Aku duduk sendiri menanti dia tapi akhirnya, orang lain yang muncul. 
“Sebenarnya hari tu, bos memang nak datang tapi tak jadi.  Kita tunggu ajelah dia…”  balas Fendy pula.  Pandai dia bela diri. 
“Tapi hari tu kita nampak awak ikut seorang lelaki.  Siapa?” 
Hailaa… hailaa… janganlah Fendy perasan itu kawan dia.  Jangan… cheabal (tolong…). 
“Err… iya ke?  Awak nampak kita?” 
“Erm…”  balas Fendy pendek.  “Siapa?” 
“Kawan aje pun…” 
“Serius kawan?”  Fendy menyoal penuh syak. 
“Ya… kawan.  Macam awak juga…”  Terlepas kata.  Bukan apa.  Aku nak dia sentiasa ingat, antara aku dan dia hanya kawan.  Tak boleh lebih dan tak kan jadi lebih. 
“Tuah?”
“Ya…”
Aku dengar Fendy telan liur sebiji-sebiji sebelum meneruskan kata.  “Antara kita ni sejak dulu, memang kawan aje ke?” 
Sudah.  Fendy dah mula babak airmata dah.  Suara dia lembut dan rendah, bagai mengalah.  Bagai kecewa.  Bagai menahan hati retak. 
Kan kita dah cakap sejak dulu.  Kita kawan…”  Kenapa dia payah nak faham atau sebenarnya dia tolak untuk faham?  “Kita bukan terbaik untuk awak Fendy.  Kalau kata awak sayangkan persahabatan kita, janganlah campur aduk dengan urusan hati tu.  Kita takut kita berubah nanti,” jelas aku lancar. 
Tak tahulah Fendy faham ke tidak. 
“Atau you tolak I sebab lelaki hari tu?”  soal Fendy curiga. 
Hailaa… hailaa… kalau sebab Khalifh tu, tak adanya setahun lepas pun aku cakap kami hanya kawan. 
“Tidaklah, Fendy.  Kita baru aje kenal dia.  Bukan sebab dia.  Hati kita ni…”  Kata-kata aku terhenti. 
Apa sebenarnya aku nak sambung.  Hati aku ni… hati aku ni ada pada Khalifh separuh lagi.  Boleh ke macam tu.
“Tuah?”  panggil Fendy. 
“Hati kita cuma anggap awak kawan, Fendy,” ujar aku jujur.  
Tak apalah Fendy nak marah pun.  Aku memang tak suka mainkan perasan orang. Kalau kata tak suka, aku cakap tak.  Cukuplah sebagai kawan.  Fendy pun bukan calang-calang.  Ada kerjaya, ada rupa.  Aku ini, apalah ada.  Dahlah menganggur.  Rupa pun tak berapa nak cun. 
“Kalau macam tu kata you, I lebih sayangkan persabahatan kita,” ucap Fendy akhirnya.  Ucapan dalam kecewa, aku memang boleh kesan. 
“Dan kalau gitu, kita pun sayangkan awak…”  Bibir aku tergarit dengan senyuman tawar.  Sedih buat orang kecewa tapi lebih baik berterus-terang daripada aku main tarik tali. 
Macam aku dengan Khalifh.  Aku main tarik tali.  Aku cakap keputusan ma adalah keputusan aku.  Tak berterus-terang.  Buat Khalifh pening agaknya.  Itu tandanya, pada aku… Khalifh itu lebih daripada seseorang yang boleh jadi kawan. 
Yeah… I love you too, Tuah!”  tegas Fendy sebelum aku dengar ada suara yang menegur dia di belakang. 
“Amboi, ada makwe tak cakap dekat aku.  Love bagai…” 
Fendy gelak dan aku terlopong.  Macam kenal suara tu.  Macam dia tu.  “Err… Fendy, kita ada kerja.  Nanti kita call awak lain kali ya?”  Terus aku matikan talian. 
Allah… itu Khalifh.  Buatnya dia dengar Fendy panggil aku Tuah tadi, kan payah.  Aku terkebil-kebil sendiri memandang telefon.  Bila aku tekan SMS, aku perasan ada satu SMS yang dah dibuka dan aku tak baca pun lagi.  Yang pastinya daripada Khalifh.  Bila masa aku baca SMS ni.  Aku tak ingat pun.  Hai… tak kanlah… errr Rozie?  Boleh tak nak syak dia baca SMS aku kebetulan pulak aku tertinggal telefon ni tempoh hari. 
Aku cepat-cepat tekan  nombor ma.  Tak lama kemudian, dengar suara ma menjawab lembut. 
“Tuah sihat?” 
“Erm… sihat, ma.  Ma macam mana?  Ada orang datang rumah tak?  Tak pun ada orang call ma cakap pelik-pelik tak?”  Aku menjurus terus pada soalan.  Menghentak gegendang telinga ma dengan soalan-soalan aku tanpa menanti. 
“Eh, apa kamu ni, Tuah?  Banyak betul soalan yang ditanya.  Cuba soal satu demi satu.  Macam mana ma nak jawab banyak-banyak tu,” tegur ma tak puas hati.
Okey, salah aku.  Aku hela nafas dalam.  Sedalam mungkin.  SMS Khalifh tu agaknya masa aku jalan balik ke rumah petang tu kot.  Bila masa dia SMS pun tak tahu.  Apa  yang pasti, dia cakap dia akan jumpa ma aku. 
“Err… maaf, ma.  Tuah nak tanya, ada sesiapa call ma tak?  Cakap pelik-pelik sikit…” 
“Hah?  Pelik-pelik tu macam mana?” 
Ma tak faham.  Terpaksa aku berterus-terang.  “Macam ni, ada tak sesiapa call buat prank cakap nak masuk pinang Tuah ke… apa ke… something like that…” 
Ma gelak lepas.  Lama sebelum dia kembali bersuara.  “Kenapa?  Kalau ada?”  duga ma. 
Allah… ma pun nak main tarik tali ke?  “Ma, Tuah serius ni, ma…” 
“So do I, Tuah Nur Khalifah…”  Ma hela nafas tipis.  “…kalau ada sekarang ni, Tuah nak ma terima ke apa?” 
“Ma, jangan bergurau dengan Tuah, boleh tak?” 
Ma gelak lagi.  “Kalau ada, Tuah nak ma terima ke apa?”  soal ma. 
Daripada cara ma tanya tu, macam tak ada sesiapa tanya lagi tu.  Phew… selamat aku.  Kalau tak, mesti ma dah tahu siapa.  Dia bukan tak kenal Khalifh. 
“Kalau ada tu, ma tolaklah ma.  Tolak dengan baik…”  Eh, kejap.  Aku suruh dia cakap dengan ma, mana boleh aku nak tolak. 
“Ma… tukar statement.” 
“Erm… apa pulak?”
Malunya nak cakap.  Tapi, selain ma, pada siapa lagi yang nak aku mengaku, kan?  Selama ini, ma itu dan ma ini.  “Ma ingat Khalifh?” 
“Of course.  Ma tak kan lupa dia.  Dia ada separuh hati anak ma… dan dia juga  yang tolong anak ma masa pengsan hari tu…” 
Ya, ma tahu cerita tu.  “Dia suka Tuah… eh silap.  Dia suka Khalifah…” 
“Tuah?  Khalifah?”  tanya ma. 
Aku angguk sendiri.  “Dia cari Tuah untuk ucap terima kasih tapi bila jumpa Khalifah, dia kata dia suka Khalifah.” 
“Sayang… bukan kamu ke Tuah dan kamu juga Khalifah?”  tanya mak aneh. 
Ya, tapi aku tetap tak mengaku yang aku ni Tuah yang pernah selamatnya dia dulu.  Aku cuma cakap nama aku Khalifah. 
“Tuah tak nak cakap yang Tuah ni adalah Tuah yang dia cari sebab tak nak dia suka Tuah semata-mata sebab nak balas budi dan dia suka Khalifah sekarang ni sebab dia memang suka.” 
“Tuah suka dia?” 
Aku diam mengetap bibir.  Rasanya, ma dah boleh tebak perasaan aku.  Jujurnya, saat pertama kali dulu aku dah jatuh suka pada dia.  Suka yang sekadar suka pada mulanya tapi jujurnya, aku sendiri tak sedar aku jatuh hati pada dia. 
“Tuah suka, kan?”  tebak ma.  Aku masih lagi diam.  Tak memberi jawapan.  “Ya, ma tahu dah lama Tuah suka dia tapi sebab Tuah ni bukan jenis layan perasan, Tuah abaikan dia dan biarkan dia cari Tuah.  Sekarang ni, dia dah jumpa Tuah, Tuah cakap Tuah adalah Khalifah.  Memang, kamu Tuah Nur Khalifah, orang yang sama.  Tapi, apa salahnya cakap dekat Khalifh yang Tuah adalah orang yang dia cari selama ni.  Kalau kata kamu berjodoh nanti, wedding night tu dia akan tahu Tuah orangnya.  Dia akan nampak kesan parut dekat perut Tuah tu…” 
Kata-kata akhir ma buatkan wajah aku merona merah.  Ya, andai kata betul dia pergi pinang aku dan aku terima dia.  Kalau Allah permudahkan jalan untuk kami bertemu dalam restu orang tua dan Ilahi, dia akan tahu aku orangnya.  Parut di perut aku masih terang terbentang. 
“Ma… betul ke dia jodoh Tuah?”  Soalan itu terpacul tiba-tiba. 
“Ma tak tahu, Tuah tapi kalau Tuah yakin dialah orangnya… nanti dia datang atau dia call ma… akan akan terima dia jadi menantu ma…” 
“Tak cepat sangat ke ma?”  soal aku memangkas. 
It has been a year, Tuah.  A year,” tekan ma mengingatkan aku yang Khalifh cari aku sampai sekarang.  “He’s still looking for you.  And you, stop hiding.  Sampai bila?  Sampai dah sah, nak tunggu malam pertama lepas tu Khalifh tengok sendiri parut tu.  Masa tu tak nak mengaku lagi awak tu Tuah yang dermakan hati pada dia dulu?”  Ma menyindir.  Pedasnya.  Macam makan lada hitam. 
“Ma… jangan cakap gitu.  Tuah rasa…” 
“Rasa apa?”  cantas ma menyoal. 
“Erm… tak ada apa.”
“Sebenarnya, kenapa Tuah tak nak dia tahu siapa Tuah?”  Pertanyaan ma buat aku berfikir kejap. 
Aku dah jawab.  Aku tak nak Khalifh jatuh suka pada aku sebab termakan budi.  Tapi, dia suka Khalifah tanpa tahu apa-apa pun.  Dia Cuma jujur dengan perasaan sendiri. 
“Entahlah, ma…”
“Takut kecewa?” 
Aku diam.  Boleh jadi. 
“Takut sakit kena tinggal?” 
Aku tetap diam.  Kemungkinan itu ada. 
“Tapi, Allah dah buat kamu berdua kongsi hati, kongsi rasa dan perasaan, nikmat mana lagi yang hendak Tuah dustakan?  Apatah lagi dia nekad nak pinang Tuah.  Tak nak kawan semata-mata…”
Terkedu aku dengan kata-kata ma.  Selama ini ma sentiasa menyokong tindakan aku dan kali ini… baru kali ini dia sokong Khalifh. 
“Dah tu nak kira macam mana ni?” 
“Terserahlah dekat ma…”  Aku akhirnya mengalah.  Mengalah sebab aku suka Khalifh.  Aku tak boleh nak nafi. 

Hati aku menangis selama ini.  Dia pun sama dan bila kami saling dipertemukan, tangisan dan rasa sedih itu hilang dengan sendirinya.  

bersambung

22 comments:

  1. Bestt sgt ........Nak Lagi.....malam ni jugak boleh x?

    ReplyDelete
  2. Akak...nk lagi...

    ReplyDelete
  3. Oohhhh... Suka conversation antara tuah dgn ma dia....

    ReplyDelete
  4. huhu.. tuah ni bnyak pikir la plak.. kalau dah suka katakan suka..

    ReplyDelete
  5. uhhhh sedih lak.... rasa apa lagi yg tinggal? sedih kena tinggal tu memang hampir semua org rasa kan?

    ReplyDelete
  6. Best sgt...
    Seia..sekata..sehati dan sejiwa..
    Cam tula tuah n khalifh..kan..

    ReplyDelete
  7. haa... barulah xbersawang blog RM.... tahniah

    ReplyDelete
  8. terus terang je tuah, biar rozi nk kata apa pun, hati perasaan mana blhh elek

    ReplyDelete
  9. Hu hu hu..bestnya kalau Tuah tak berlindung dgn Khalifh...berterus teranglah Tuah...supaya hati hati itu juga turut gembira...

    ReplyDelete
  10. cepat..cepat..nak lagi..tuah...khalifh ...luv u rm...

    ReplyDelete
  11. sigh..xkan le rozie pon cintan ngan khalifh kot..xsyok le kengkwn cam nih..

    ReplyDelete
  12. Nak lagi..nak lagi and nak lagi..

    ReplyDelete
  13. haila haila... tuah oo tuah... bertuah punya tuah.. tq rehan

    ReplyDelete
  14. klu dah berjodoh, nak sorok ceruk mana pun, bertemu juga, Tuah!!.

    ReplyDelete
  15. Best! Jgnlah Rozie kacau daun :(

    ReplyDelete
  16. sian nyer tuah a.k.a. khalifah

    ReplyDelete
  17. apsal rozie nk sentap ni..rozie pon suka khalifh ker..?

    ReplyDelete
  18. Sedihhh... Tuah berterus terang ja lah... betul juga yang Ma cakapkan tu..

    ReplyDelete