Tuesday, June 06, 2017

Usah Kau Tangiskan 10

SEJAK tadi, Fiqri hanya mampu telan liur.  Kenapalah nasib dia macam ni?  Ingatkan papa nak panggil sebab tak masuk kerja.  Tipikal anak orang kaya yang kerja dengan company bapak, tapi buat macam harta sendiri.  Ikut suka hati nak masuk tak.  Klise sangat.  Eh, ikut suka oranglah.  Company bapak orang.  Tapi ini, dia tak boleh ikut suka dia dah. 
Aduh, Qim… kenapalah aku yang perlu dihadapkan ke mahkamah milik Dato’ Mustapha ni.  Aku bukan pesalah, Qim.  Disabitkan pun tidak.  Sekadar dipanggil menjadi saksi secara paksa, tanpa surat amaran… tak baik ni, Qim.  Dahlah kau menyepi.  Hati Fiqri tak sudah-sudah membebel. 

“Haaa, telinga kamu kat mana Fiq?”  sindir papanya.
Fiqri angkat mata.  Tersengih pada papa.  “Kalau papa nak marah Fiq tak masuk  kerja, sekarang jugak Fiq masuk.  Fiq janji, mulai hari ni, Fiq akan serius…”
“Kau jangan nak mengarut, Fiqri.  Kau tak dengar Dato’ tanya apa?  Yang kau jawab pasal kerja tu, dah kenapa?  Kau mamai ke apa?  Tak kan sebab baru puasa enam hari kau dah jadi tak betul?”  Geram jugak Dato’ Fahri dengan perangai anak seekor ni. 
Lesap entah ke mana.  Dia patut dah agak lama yang budak Fiqri ni, memang tahu di mana Taqim berada.  Macam manalah dia tak boleh agak sedangkan budak berdua ni rapat.  Sebenarnya, dia malas ambik tahu.  Sehinggalah hari ini bila Dato’ Mustapha datang rumah dia.  Memandu sendiri pulak tu.  Nampak sangat la kecemasan. 
“Fiq cuba cakap dekat uncle dekat mana Taqim tinggal?”  Sekali lagi soalan diulang. 
“Err…”  Gugup.  Fiqri hanya mampu telan liur.  Terasa seperti lebih rela kena maki dek papa daripada dimaki oleh Taqim.
“Serius, uncle… saya memang tak tahu…”  Bersungguh Fiqri menjawab. 
“Eh, Fiqri.  Kau tahu tak bulan puasa ni kau menipu, puasa kau tu ibarat mencurah air ke daun keladi?  Tak dapat apa?  Penat dengan lapar dahaga ajelah…”  Dato’ Fahri bangkit.  Menjenguk ke dapur. 
“Mamanyaa…. Ada dekat dapur bawak air segelas dekat anak bertuah awak ni.  Bagi dia minum…”
“Eh, pa… orang puasalah…”  Papa ni dah kenapa?  Malukan orang ajelah.
“Papa nak bagi kau minum.  Daripada kau menipu, puasa tak dapat apa… baik kau minum air aje.  Lepas raya nanti, kau gantilah puasa ni.  Senang…” 
Wajah Fiqri merah.  Berdesing telinganya.  Papa ni, mulut tak pernah nak bersopan.  Kata orang, mulut dia tu haa… sama jugak. 
“Air ni, Fiq…”
“Eh, ma…”  Aduhai… Fiqri tepuk dahi.  Mama pun, tak kanlah tak faham.  Sampai bawak air sungguh ni.  Apa nak jadilah dengan orang tua dia. 
“Eh,  jangan pandang mama gitu.  Mama ikut arahan suami mama aje,” sindir Datin Fatihah.   Dia senyum tipis dan terus dihulur air pada pembantu rumahnya. 
Budak Fiqri ni, kesetiaan dia pada persabahatan dengan Taqim, lain macam. 
“Fiq jawab betul-betul.  Dato’ Mustapha ni bukan nak pergi makan Taqim tu.  Orang tua mana tak sayang anak.  Cuba Fiq cakap.  Tengok papa… Fiq tak masuk kerja… gaji jalan.  Fiq tak pergi meeting, papa tolong hadir,” tambah mama meminta dia memuntahkan jawapan.
Fuh… lemah jiwa.  Fiqri hela nafas panjang.  Sesekali, dia mengerling pada ibu tiri Taqim.  Meluat gila.  Sejak tadi, hanya reti belek kuku aje.  Dasar kaduk naik junjung!  Haih…
Nak aje dia jawab, sayanglah sangat… sampai pukul Taqim dengan kayu golf.  Benda tu besi.  Bukan plastik.  Dia ingat lagi macam mana Taqim lari ke rumah dia dalam keadaan luka dan darah yang masih meleleh.  Parut itu kekal di tengah kepala Taqim dan juga hujung keningnya.  Kesan birat itu tak usah katalah.  Dekat belakang Taqim tu, dah jadi jalur bendera Malaysia.  Sayanglah sangat…
“Yang kau bebel sorang tu, kenapa?  Haih… budak Fiqri ni.  Papa tangankan jugak kau karang…”  Tangan Dato’ Fahri terangkat tapi tak lama.  Jatuh kembali bila isterinya memaut. 
Bukan dengan tangan nak didik anak seusia Fiqri.  Dah tua bangka biarpun perangai, macam budak tadika! 
“Fiq, uncle memang mintak tolong.  Dah lama sangat dia keluar daripada rumah…”
“Uncle yang halau. Bukan dia keluar suka hati…”  Terlanjur bicara, Fiqri tepuk mulut sendiri bila mata mama dan papa mencerlang tajam.  Tapi, kenyataan kot. 
“Ya… uncle mengaku…”  Dato’ Mustapha angguk kecil.  Kemudian, memandang isterinya di sisi.  Wanita cantik dan muda.  Dia tahu, Taqim tak salah.  Tapi. Entahlah… amarahnya kala itu sukar dibendung. 
Tapi, dia bangga.  Apa yang Tengku Cairel katakan tentang Mustaqim, adalah sesuatu yang sangat dia bangga.  Kejayaan tanpa berharap pada bantuan dia walau satu sen. 
“Maaf, uncle…”  Fiqri bangkit.  Merenung setiap wajah yang berharap pada jawapannya.  Lebih-lebih lagi, perempuan jalang tak guna ni.  Ingat aku senang-senang nak cakap alamat Taqim depan kau?!
“Saya hormat uncle.  Tapi, saya lagi sayangkan hubungan saya dengan Taqim.  Satu hari, kalau dia nak balik… biarlah dia terbuka hati sendiri,  uncle.  Dia dah cukup terluka, untuk saya lukakan lagi dengan pembelotan.  Fiq mintak maaf, ma… pa…”  Fiqri terus berlalu, tapi sempat berhenti saat melalui ibu tiri Taqim.
“Apa perasaan kau, jadi ratu atas singgahsana lepas singkirkan pewaris sah?” 
Bibir merah itu bergetar.  Matanya tajam merenung sisi wajah Fiqri sedangkan lelaki itu hanya tenang hadiahkannya sekuntum senyuman yang cukup jengkel.
“Menari atas kedukaan orang lain, lama-lama hayunan kaki kau akan buat kau tersadung dan tersungkur!”  cemuh Fiqri hilang sabar dan sebelum sabarnya tiada langsung, baiklah dia keluar. 
Benar seperti kata papa… puasa dia hari ini ibarat mencurah air ke daun keladi!  Masalahnya, dia sendiri dah dekat seminggu tak dapat call Taqim. 
Mana kau, Qim?
Kepala Fiqri rasa menyengat tiba-tiba tapi tak lama bila dia teringat satu nama.
Siratul…



WAN pandang mak.  Mak pandang kakak dan kemudian mak dengan Wan saling memandang.  Sirat hanya tenang sendiri mengemas barang-barang untuk berniaga.  Hari ni, lebih sikit daripada semalam.  Yang untuk disedekahkan ke masjid, dia dah asing siap.  Yang ni… bekas hijau muda itu dipandang.  Dia masak lagi lauk ni. 
Untuk yang pernah meminta.  Yang pernah layan dia seperti dia tiada harga. 
Tapi, dah lebih seminggu… batang hidung pun tak nampak.  Dia… berharap juga agar wajah itu muncul biarpun dah dirancang.  Dia akan anggap, ianya sebagai satu ketentuan.  Rupanya, dia benar-benar telah halau jauh segalanya. 
“Kak, yang tu mari la Wan letak dalam beg ni…”  tegur Wan bila nampak kakak jauh hilang dalam lamunan sendiri. 
“Oh, yang ni kakak bawak dalam beg kakak…”  Sirat laju letak bekas itu dalam begnya. 
“Wan dah solat?” 
Wan angguk.  Memandang lagi pada mak yang diam tak berkata apa.  Hanya memerhati. 
“Kakak pergi jalan kaki.  Wan bawak motor elok-elok.  Wan dapat masuk university nanti, kakak belanja ambik lesen, ya?”
Sekali lagi, Wan hanya angguk.  Perlu ke dia cakap dekat kakak tentang Taqim.  Hampir setiap hari dia bertemu dengan Taqim.  Hampir setiap hari Taqim menanti masakan kakak.  Pada mak, dia dah bagitahu.  Harap mak dapat pujuk kakak. 
“Wan pergi dulu, mak…”
“Iyalah.  Bawak motor baik-baik,” pesan mak.  Dan sebaik saja Wan hilang, mak dekati anak gadisnya.
“Sirat okey tak ni?”  Tangan tua mak singgah di belakang Sirat. 
Saat ini, mata itu nampak basah. 
“Kalau teringat dekat dia, kenapa tak telefon?”
“Sirat yang halau dia, mak…”
“Sirat tak sengaja.  Boleh jadi, masa tu Sirat marah sangat bila tahu dia permainkan Sirat.  Kita tak tahu sebabnya, nak.  Kita tak tahu masa silam dia.  Boleh  jadi, dia pernah lalui sesuatu yang lebih buruk daripada kita.  Sebab tu dia berkasar dengan Sirat.  Dia sengaja bertindak macam tu.  Dia nak nampak kuat, padahal dalam diri dia… dia lemah.  Dia tak nak disakiti.  Gamaknya, kalau sendiri… dia menangis tersedu-sedu.  Kalau kata, tangan halus anak mak ni, nak jadi tangan yang mengusap belakang dia, memujuk dia waktu dia sedih… mak izinkan…”  pujuk mak lembut.
“Mak… Sirat tak fikir sampai situ…”  nafi Sirat lemah. 
“Kalau tak, untuk apa Sirat masak lauk tu setiap hari.  Mak tengok, Sirat bawak balik… lepas tu makan.  Sirat tak sentuh dah lauk lain.  Kadang-kadang sahur pun Sirat makan lauk sama.  Kalau salah apa yang mak kata, Sirat buktikan yang mak salah…”  tambah mak lagi.
Menerima kata-kata mak, Siratul diam.  Dia menjulingkan mata ke atas.  Menahan diri daripada menangis.  Kemudian, dia koyak senyum.  Lebar. 
“Sirat pergi dulu, mak.  Nanti kita buka sama-sama, ya?”  Tangan mak disalami.
Melihat Sirat berlalu, hati mak luluh sendiri.  Susahnya dia nak buat Sirat faham.  Atau Sirat faham tapi sengaja buat-buat tak reti.  Telefon bimbit dikeluarkan.  Mata tuanya memicing nama yang Wan simpan tempoh hari.
Ini gamaknya. 



KUCA pandang telefon Taqim yang terang tak henti-henti.  Panggilan penting gamaknya sampai dua tiga kali.  Tapi, Taqim tetap focus pada pembentangan.  Sudahnya, Taqim memang tolak projek milik Dato’ Mustapha.  Hanya mahu jalankan projek kecil saja. Sesuai dengan kemampuan diri. 
“Qim, jawab telefon dulu…”  bisik Kuca. 
“Kejap lagilah…”  jawab Taqim dengan mata masih tunak merenung skrin.  Lama dia biarkan telefon itu menyala dan bila diperhati pada nombor, dia terpanggil untuk jawab. 
“Ca, aku keluar kejap.  Macam urgent aje…”
“Okey…”  Kuca angkat ibu jari. 
Sebaik saja pintu bilik pembentangan terkatup rapat, Taqim lekapkan telefon ke telinga. 
“Ya, saya…”  sahutnya. 
“Ganggu ke ni?” 
“Err… saya tadi tengah meeting…” 
“Oh, kalau gitu… mak telefon baliklah…” 
Talian mati.  Mak?  Bila masa dia ada mak?  Mama dia dah lama tak ada.  Masa dia sekolah menengah lagi.  Tak kanlah…

Hah… Taqim pantas mendail semula nombor tersebut.  Usah dicerita akan rasa terujanya.  Riak wajah telah menggambarkan semua. 

60 comments:

  1. Mak Sirat dah bg restu tu.....Taqim

    ReplyDelete
  2. mak...Allah...
    bila mak dah bagi restu, Taqim tolonglah ambil tindakan seterusnya...
    Sirat dah rindu sangat tu.

    ReplyDelete
  3. Makkkk...rindu plk dgn arwah mak
    Harapnya kak rm cpt2 la bg taqim jd ank mak sirat

    ReplyDelete
  4. Mak Siratul sporting betul... semoga berjodoh Siratul Mustakim

    ReplyDelete
  5. Wah....best la mak...
    ������
    Adehh...makin superb ni kak RM

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH...
    Ramadhan kali ni taqim dapat mak ye...

    ReplyDelete
  7. lepas ni boleh jumpa mak la taqim.... mak pun taknak korang derita.... tq rehan...

    ReplyDelete
  8. uihhhh... dapat mak ye taqim? hehehe.. cepat2 la kawin.. haha

    ReplyDelete
  9. Huaaaa senangnya Taqim....
    Sirat ni pandai sangat tutup perasaan dia..
    Thanks kak Rehan

    ReplyDelete
  10. sedihnya kisah taqim. tapi happynyaaaa taqim dh ada mak! haa...cpt call mak tu taqimmmm. jgn buang masa. hii. suka suka sukaaa...

    ReplyDelete
  11. mcm x sabar plak tgu next entry....

    ReplyDelete
  12. Yeay mak dgph bg green lite tu..hehe..tq sis rehan

    ReplyDelete
  13. Kuang3..haha, taqim dah ada mak,dah kongsi mak dengan sirat
    Mak sayang sirat n mak nak menantu gak

    ReplyDelete
  14. sporting nye mak...hehehe..berbunga2 rasa membaca...cuma geram kat mak tiri xsedar diri tu je...aishhh...kipidap rehan yer...

    ReplyDelete
  15. Mak?????! Hahaha. Mak sirat ke tu? Aish. Xsabar nak taw apa yg nak disampaikan oleh Makkk..

    ReplyDelete
  16. Wahhh..Mak sirat yg call ke??..dah dpt green light tu..yeayyy..rasa sgt taqim tu sunyiiii sgt2

    ReplyDelete
  17. Taqim!!! Mak dah buka jalan tu...

    ReplyDelete
  18. Comel je ��

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. hahahahahahaha... weh keja wehhhh

      -sab-

      Delete
  20. Wahhhhh mesti mak sirat yang call tu kan


    Laju laju karehan updated ni. Buat sayangggggg je. Macehhh

    ReplyDelete
  21. Allahhh ... seorang ibu lebih makan asam garam tgk pon dh tau anak rindukan seseorang .

    ReplyDelete
  22. MAK....panggilan keramat tu...ayuh taqim jgn berlengah lg..dh dlt green light tu

    ReplyDelete
  23. mak nak ajak taqim buka puasa sama2 kn mak? terima kasih mak.. eh terima kasih sirat.. eh terima kasih kak RM//

    ReplyDelete
  24. Seronoknya, mak dah bagi green light

    ReplyDelete
  25. Mak sirat ka yg cal...nk citer soh taqim pujuk sirat ka..

    ReplyDelete
  26. mak telefon utk ajk berbuka sama2 la tu..Sirat, jgnla keraskan hati sgt..sian kat Thaqim..dia x berniat pn nk sakitkan hati Sirat...

    ReplyDelete
  27. Taqim!!! Mak dah buka jalan tu...

    ReplyDelete
  28. Suka taqim mak sirat bahasakan diri dia mak

    ReplyDelete
  29. Mak yg pujuk Taqim utk sirat..sirat malu..

    ReplyDelete
  30. Restu dh ada. Tinggal nk mulakn lngkah je..

    ReplyDelete
  31. Sayang mak.......

    ReplyDelete
  32. Mak lebih dulu makan garam
    Tau hati sirat tu cmne

    ReplyDelete
  33. hhmm....mak nya memahami betul...

    ReplyDelete
  34. sgt best!! waiting for next entry :)

    ReplyDelete
  35. Mak yg kene settlekan nmpknya.
    Terima kasih ����

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah, tiba2 dpt mak wp anaknya malu tp mahu 😅😆 harapnya taqim dpt buka pose dgn mak baru mlm tu 😆😄 tqvm RM for the update 🌹🌷 harapnya mlm ni dpt extra update, kotla RM nk kejar 11 ramadhan, 11 bab? 😄😍

    ReplyDelete
  37. Bertuahnya sirat. Ada mak yg sporting habis. Untung berganda qim, maknbakal adik ipar dahbg greenlight

    ReplyDelete
  38. Horey....mcmmana pun Taqim kena balik jumpa ayah dia. Tak perlu pulang ke rumah..temujanji je di mana-mana. Dah dapat restu teruskan berkeluarga. Tapi kan...mesti mak tiri Taqim akan ganggu..

    ReplyDelete
  39. mak..memang memahami..sedih ni...kesian kat sirattulmustaqim ni..😫

    ReplyDelete
  40. hati taqim berbunga2 sudah... emm x sabar nak tau ending UKT ..
    -siratulmustaqim-

    ReplyDelete
  41. Terbaik la mak...untuk kebahagian sirat kan...😍😍😍

    ReplyDelete
  42. RM...Tak sabar sambungan seterusnya......

    ReplyDelete