Saturday, June 03, 2017

Usah Kau Tangiskan 3

LANGKAH kaki semakin pantas.  Ada masanya, dia berlari sekuat hati dan bila kaki terasa lemah, langkah kian perlahan.  Yang laju hanya airmata yang mengalir.  Mak tak akan percaya cakap dia dan Wan.  Kata hati mak sentiasa tepat.  Tapi, apa yang dia nak cakap dekat mak?  Kebenaran?  Itu yang sebaiknya.  Tapi, mak tentu susah hati. 
Airmata yang masih mengalir dia sapu kasar.  Tangan masih gagah menjijit sisa makanan yang masih boleh dimakan.  Sirat masuk ke dalam sebuah mini market.  Tersenyum pada tauke dan pekerja.  Menimbang apa yang mahu dibeli dengan ringgit yang berbaki. 

Arghh… malas nak semakkan kepala.  Ambik apa saja yang diperlukan untuk malam ini.  Esok, dia akan ikhtiarkan perkara lain.  Apa susah.  Bukan tak pernah berlapar.  Sirat paksa bibirnya senyum.
Senyum, Sirat.  Senyum seperti mana kau memang ikhlas terima segala ujian yang mendatang. 
Di balik peti air yang tinggi itu, dia dapat lihat wajah sayu dan mata merah milik gadis itu.  Sesekali, Sirat menyeka birai mata.  Nak menangis gamaknya.  Tapi, bibir merah basah itu masih gagah tersenyum.  Hinggakan dia pun turut sama senyum.  Rasanya, orang gila aje senyum dalam keadaan yang begitu melelahkan. 
Eh, gila yang kau, Qim!  Senyum sorang dah kenapa kau?  Seketika, dia tampar mulut sendiri.  Siapa suruh kau derhaka dekat tuan.  Ada aku suruh kau senyum?  Huh… 
Matanya kembali memerhati. 
“Bagi saya beras yang timbang kilo ajelah, kak…”
“Tak jadi ambik plastik lima kilo ni?” 
Sirat angguk.  “Bagi saya sekilo ajelah…” 
Bila pekerja kedai itu berlalu ke dalam, dia seluk poket seluarnya.  Hanya ada duit seringgit dan lima ringgit.  Ini pun yang banyak duit seringgit.  Renyuk pulak tu.  Fuh… mata dijuling ke atas. 
Sebu sangat! 
“Minyak pun yang sekilo ke?” 
“Ya, kak.  Sekilo aje dulu.” 
“Lauk tak nak?  Segar-segar ni,” pelawa tuan kedai. 
Sirat geleng pula.  “Bagi telur ajelah empat biji, ya.”
“Eh, kenapa tak ambik sepapan aje.  Lagi murah…” 
Kali ini, Sirat garu kepala yang dibalut selendang.  Tersengih segan.  “Susah nak bawak nanti.  Saya datang jalan kaki…”  Memanglah kena jalan kaki dalam dua kilometer ni.  Mana ada duit nak tambang teksi dah. 
Sekali lagi mata memandang ke siling kedai.  Airmata mengalir jatuh di juring.  Laju dia seka.  Tersenyum pincang. 
“Semua tiga belas ringgit aje…” 
“Okey.”  Barang dan duit bertukar tangan.  “Kakak kiralah dulu.  Takut tak cukup…” 
“Erm… cukup dah ni.  Terima kasih…” 
“Ya, kak.”  Sirat angkat plastik yang berisi barang dapur.  Tak banyak yang dia dapat dengan duit lima belas ringgit yang dia ada.  Baju lagi dua helai not warna biru itu dipandang.  Rasa nak meraung tapi dia sabar. 
Resepi bahagia ayah.  Senyum tatkala ujian paling berat menimpa. Satu hari, akan ada tangan gagah yang membantu angkat beban di bahu itu.  Dan, tangan itu… dia harap ianya tanya sendiri.  Tanpa bergantung pada sesiapa. 
Hanya sekilas, Sirat pantas berlalu dalam senyuman yang begitu lebar.  Melangkah bangga dan berani.  Bernyanyi perlahan bagai tiada apa yang terjadi. 



ANEHNYA perempuan ni.  Nak kata gila, nampak waras.  Nak kata kuat, nampak lemah.  Saja buat-buat tabah.  Ceh.  Taqim mencebek sendiri.  Lebar.  Tangan terus membayar barang yang dia ambik.  Pantas dia berlalu ke kereta.  Perlahan-lahan kereta meninggalkan mini market dan berhenti di sebuah perhentian bas. 
Daripada cermin sisi, dia nampak Sirat menghampiri.  Senyuman pada bibir itu, buat dia rasa nak turun dan koyak mulut Sirat.  Kalau perlu menangis, menangis ajelah.  Dah kau nak senyum, siap bernyanyi segala… dah kenapa?  Kau gila?!  Huh.  Hati Taqim membekam.  Geram. 
Tangan terus menggendang stereng bila melihat gadis itu menapak perlahan hingga akhirnya, sebuah kereta berhenti di belakang keretanya.  Cepat-cepat Taqim keluar. 
Grab-car tiba.  Pantas.  Sudah hampir lima puluh meter gadis itu menapak.  Mujurlah dalam masa tak sampai dua minit aje dah dapat.  Taqim tunduk bila cermin tingkap diturunkan oleh pemandu Axia yang nampak dah separuh usia itu. 
“Kereta rosak ke, nak?”
“Eh, tak, pak cik… itu sana.. pak cik tak nampak budak perempuan tengah jalan bawak barang?” 
Mata dipicing.  “Ha, nampak, nak…” 
“Nah…”  Not lima puluh dihulur. 
“Nak buat apa ni?” 
“Pak cik tolong hantar dia balik.  Seperti alamat.  Baki tambang, pak cik simpan aje.  Pak cik pujuklah dia naik kata hari nak hujan ke apa.  Cakap pak cik berniat baik.  Lagi satu, tolong bukak boot belakang, pak cik.  Saya nak mintak pak cik letak barang ni depan rumah dia lepas dia masuk rumah karang…” 
Beberapa beg plastic besar selamat mendarat di dalam boot.  Pemandu tua itu tersengih.  Pasangan kekasih bergaduh gamaknya.  Tapi, si lelaki penyayang sungguh. 
“Iyalah.  Terima kasih, nak… tak ambik baki duit ni…” 
“Sama-sama, pak cik…”  Taqim senyum bila kereta itu berlalu.  Pantas dia masuk dalam kereta.  Lama juga dia lihat Sirat menolak dan bila Sirat masuk dalam kereta, dia juga turut berlalu. 
Bibir yang terasa pahitnya herdikan, mula terasa manisnya senyuman. 
“Makin banyak ganti rugi yang aku akan tuntut, Siratul…”  Mustaqim berbisik sendiri.  Matanya tajam memerhati dua kertas.  Salah satunya, sekadar cebisan yang tertera nama Nur Siratul dan sekeping lagi jelas dengan nama Ahmad Safwan. 
Lama dia perhati dan akhirnya, kertas itu direnguk menahan geram.  Chevrolet Cadillac milik Fiqri itu bergerak garang membelah jalan raya. 



TURUN daripada kereta tersebut, Sirat hanya mampu mengucapkan terima kasih.  Syukurlah dalam setiap kesulitan, akan kemudahan.  Itu yang telah Allah janjikan.  Dan, pak cik ini hadir menjadi kemudahan saat dia hadapi kesulitan. 
Pagar ditolak.  Rumah teres murah itu hening.  Entah apalah alasan yang Wan bagi dekat mak.  Dia pandang motor Wan.  Side mirror pecah.  Malah, mud-guard depan juga pecah.  Tak mungkin Wan mampu beralasan bila begini sekali keadaan motor. 
Sebaik saja salam diberi, Sirat masuk ke rumah.  Wan tenang menonton TV.  Pantas bangkit mendapatkan dia. 
“Kakak okey?” 
Sirat angguk dan senyum. 
“Bawak ni ke dapur.”  Barang tadi bertukar tangan.  “Mak mana?”
“Tadi solat…” 
“Iyalah.  Kakak mandi dulu.  Lepas tu, baru kakak masak.  Wan tolong jerang beras dulu.” 
“Yalah, kak…”  Wan akur.  Dia terus ke dapur. 
Melihat keadaan kakak, rasanya tiada apa yang terjadi.  Mungkin segalanya dah selesai tapi entahlah.  Dekat mak pun, dia tak mampu berterus-terang.  Dia Cuma cakap dia jatuh motor.  Macam mana nak menipu, jika mata mak sendiri yang tengok keadaan motornya. 
Mak tak berkata apa, tapi dia yakin… mak rasanya sesuatu. 
Tak lama, Sirat muncul didapur dengan rambut panjang yang diikat tinggi.  Dia dekati Wan. 
“Mak syak bukan-bukan?” 
Wan angguk. 
“Tak apalah.  Nanti, lepas makan biar kakak cerita terus-terang dekat mak.  Kita tak pernah sorok apa-apa daripada mak.  Wan jangan risau.  Esok kerja lagi, kan?” 
Wan angguk.  Habis minggu ni, cukuplah sebulan.  Wan dapat gaji, kita bayar duit abang tu, ya?” 
Abang?  Sirat senyum sendiri.  Baik adik dia.  Orang dah hina macam tu sekali, tapi Wan masih lagi memanggilnya abang.  Pada dia, lelaki seperti itu tak layak dihormati.  Buat apa nak hormat pada orang yang tak reti nak hormat orang lain. 
Agama mana yang ajar untuk bersikap demikian biarpun pada pesalah? 
“Kakak mesti marah abang tu lagi, kan?”  soal Wan perlahan sambil menggoreng telur. 
Saat ini, percikan minyak langsung tak menghalang Sirat daripada terus mengacau cili kisar yang baru dia tuang dalam kuali.  Marah?  Entahlah.  Rasanya tak marah.  Tapi…
“Kakak kecewa sebenarnya…”
“Sebab?”  Wan jelas tak faham. 
“Sebab semudah itu dia panggil Wan tak guna tanpa dia kenal Wan.  Ya, Wan salah.  Kakak pun tak kata Wan tak salah.  Kita sanggup bayar semua kerosakan dia.  Tapi, dia tak berhak panggil Wan tak guna.  Sebagai kakak, kakak memang kecewa.  Ikut hati, kakak nak maki dia, Wan.  Tapi, lidah kakak ni… tak pernah pulak kakak ajar untuk cakap yang bukan-bukan…” Air wajah Sirat jelas menggambarkan apa yang dia rasa. 
“Wan mintak maaf, kak…”
“Tak apalah, Wan.  Wan jugak cakap, Wan tak sengaja.  Janji, kita selesaikan.  Kalau Wan boleh bantu kakak bila dapat gaji nanti, kakak hargai.  Nanti, kakak bayar balik untuk Wan…”
“Eh, kak… tak payah bayar…” 
“Haih.  Kakak bayar.  Kakak nak Wan simpan duit yang mana ada nanti, untuk Wan sambung belajar.  Kakak tak nak Wan jadi macam kakak.  Tanpa ilmu, susah hidup ni, Wan.  Setidak-tidaknya, Wan belajar… kerja bagus-bagus, bantu mak dengan kakak…”
Akhirnya, Wan angguk.  Sebu hatinya dengan kata-kata kakak.  Apa yang telah kakak lakukan pada dia, tak akan mampu dia balas biarpun dia mati hidup semula. 
“Dah, Wan pergi tengok mak.  Biar kakak masak.  Sikit aje ni…”  suruh Sirat. 
“Yalah, kak.”  Wan terus berlalu dan sebaik saja dia lihat pintu depan terbuka, laju dia hampiri.  Mak sedang mengangkat sesuatu di depan pagar.
“Apa tu, mak?” 
“Entahlah… kakak kamu ni, dah beli barang dia tinggal pulak dekat luar ni.  Mari, tolong mak…” 
Wan laju mendekati mak.  Matanya terbuntang melihat barang dapur yang terdampar di depan pagar.  Betul ke kakak beli?  Tak mungkin.  Kakak jugak yang cakap dekat dia, beli seadanya.  Cukup untuk mala mini.  Tapi ini…
Wan ketap bibir.  Dia angkat juga semua barang.  Diletak atas meja dan baru nak panggil kakak, telefon bimbit kakak berbunyi.  Laju dia jawab. 
“Assalamualaikum?”  sapa Wan perlahan.
“Dia okey?” 
Dahi Wan terentang kerutan.  Dah siapa pulak ni?  Salam tak bersahut.  Tanya soalan pulak?  Dia okey?  Siapa dia?  Apa yang okey?  Apa yang tak? 
“Errr… siapa yang okey?” 
“Kau Safwan, kan?” 
Dada Safwan berdetak lain macam.  Dia masuk ke bilik sendiri.  Dia dah dapat agak siapa yang telefon ni.  Tak kan sepantas ini hutang mahu dituntut?  Kakak tu, lelahnya belum hilang. 
“Abang, ya?” 
“Dia okey ke?”  Soalan kali ini kedengaran kasar dan mendesak. “Dia sampai dengan selamat ke?” 
“Errr, ya.  Tapi…”  Wan jeda seketika.   “…abang bukan telefon kakak ni nak mintak duit dengan dia, kan?  Saya mintak maaf, bang.  Tapi, lelah kakak pun tak habis lagi.  Dia tengah masak.  Bagi saya seminggu.  Saya bayar bila saya dapat gaji nanti,” janji Wan. 
Bibir lelaki itu koyak dengan senyum senget.  Berani pulak budak ni dalam telefon.  Kalau tidak, dok bawah ketiak kakak kau ajelah! 
“Yang kau gelabah sangat ni, kenapa?  Ada aku cakap pasal duit?”  herdiknya.
“Err… tak ada…” 
“Dah tu?  Kau yang cakap.  Aku telefon tanya dia okey ke?  Bukan, bila dia nak bayar duit aku.  Tak ada, kan?  Ke telinga kau dah jadi pekak lepas kena sound tak guna dengan aku petang tadi?”  Makin tajam Taqim menempelak. 
“Tak ada, abang.”
“Ha… kalau tak ada, lain kali jangan pandai-pandai nak buat cerita.  Dahlah…”
“Eh, bang…” 
Tak sempat Taqim putuskan talian, suara Wan persis menahan. 
“Kau nak apa lagi?”  soalnya dingin. 
“Abang nak tahu kakak okey ke tak?  Dia sampai rumah dengan selamat ke tak?  Itu aje ke?” 
“Eh, berapa punya bengaplah kau ni.  Dah itu soalan yang kau dengar, kau tanya aku kenapa pulak?  Elok aku tangankan kau aje tadi!”  bebel Taqim marah. 
Bibir Wan teroles senyum tipis. 
“Terima kasih, bang…”
“Eh, kau dah kenapa terima kasih segala.  Kau terima kasih pun, aku tetap nak kau bayar kos aku baiki motor aku…”
“Terima kasih sebab risaukan kakak saya,” ucap Wan tenang.
“Erkk…”  Taqim bagai kehilangan kata.  Lama dia menyepi.  Mengaduh sendiri. 
“Bila masa aku risaukan dia.  Aku tanya sebab nanti, kalau kakak kau kena culik… siapa nak bayar duit aku?” 
Wan rasa nak ketawa tapi ditahan.  “Yalah.  Terima kasih belikan barang dapur ganti, bang.  Hantar kakak balik dengan kereta biarpun kereta orang…”  Akhirnya, segala persoalan terjawab. 
Tak mungkin semudah itu orang nak tumpangkan kakak. 
“Eh, kau ni.  Banyak pulak cakap.  Bila masa aku ambik grab-car untuk kakak kau, hah?” 
“Eh, bang.  Saya tak cakap grab-car.  Saya cuma cakap abang hantar kakak balik.  Mana abang tahu kakak saya naik grab-car?  Jangan-jangan…” 
“Diamlah kau!”  Terus Taqim putuskan talian. 

Dia pandang telefonnya lama.  Gila budak Safwan ni.  Jaga kau.  Aku jumpa kau lagi sekali, aku sekeh kau baru ada akal sikit!  Main serkap jarang aje.  Tapi, tanpa sedar… bibir dia koyak lagi dengan senyum.  Tanpa dia sedar.  Sebab sakit jugak bila dia tampar mulut sendiri, Taqim biarkan saja bibirnya terus derhaka.  


...bersambung

21 comments:

  1. Sengal si taqim ni, malu tapi mahu.. Hihihi..

    ReplyDelete
  2. Hahahahahahahaha...safwan tu bijak...xterlwn kata ko taqim,,.hhahaha
    Bila hati dah durhaka pada tuannya..

    ReplyDelete
  3. Sengal si taqim ni, malu tapi mahu.. Hihihi..

    ReplyDelete
  4. Nasib ko la taqim..haaha

    ReplyDelete
  5. Soooo sweeet, haha..kalah drama korea aq tengok ni doh..hahaha

    ReplyDelete
  6. Uitttt kasarnya Taqim, tapi dalam hati ada taman😍😂

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nk tunggu smbungan nii...hihihi

    ReplyDelete
  8. Taqim-Taqim, cengey kemain dia tapi kisah juga Sirat selamat sampai ke tak...

    MardhiyAHmad

    ReplyDelete
  9. Best2...dalam bad boy ada jugak perihatinnya

    ReplyDelete
  10. hihi .. dalam mulut jahat pon ade jgk sisi baik si mustaqim ni ..

    ReplyDelete
  11. siratul mustaqim..suka suka suka

    ReplyDelete
  12. i always love this kind of storyline.always
    maghfirah.lailatul.and now siratul.

    ReplyDelete
  13. Hahahaha dh kantoi buat baik, nk marah org pulak! sian taqim ni..kes kurang kasih sayang ni kot 😅 kna kawan cpt dgn sirat br la bertemu jln yg lurus 😊😉 tqvm RM for the update over the weekend. Sungguh rare ni 😅😉👍👍💐🌷🌹

    ReplyDelete
  14. dh kantoi kena serkap jarang ngan si wan, malu2 pulak si Thaqim ni..

    ReplyDelete
  15. Kasar di luar, dlm hati ada tmn

    ReplyDelete
  16. Amboi taqim dh jatuh suka ka..
    Apapun jgn tipu mak ya

    ReplyDelete