ARGHHHH… jeritan
kuat itu membuatkan Taqim terjaga.
Pantas dia berlari keluar daripada bilik sendiri, menuju ke bilik
daddy. Kenapa? Apa yang tak kena. Sebaik saja dia tolak daun pintu, dia tengok
kaca bertaburan di atas lantai.
“Daddy?” panggil Taqim kuat. Kaca itu dilangkah. Mendekati pintu bilik air yang sedikit
terbuka dan bila dia tolak daun pintu, matanya terjegil bila melihat ibu
tirinya sekadar berkemban. Peha putih
gebu itu jelas di depan mata, malah dada itu…
Taqim
cepat-cepat berkalih namun belum sempat dia berlalu, tubuh sasanya dipeluk
daripada belakang.
“Eh, mak cik…
apa ni?” Tangan halus itu cuba ditolak
tapi tenaga wanita muda ini sukar ditandingi saat ini. Seperti ada sesuatu yang sedang merasuk.
“Mak cik…
tolonglah. Jangan buat macam ni. Tak baik!”
Taqim tolak tubuh itu sekuat hati.
Dia berpaling dan memandang wajah itu penuh benci.
“Kenapa mak cik
buat macam ni?” Dia menggeleng bagai tak
percaya. Silap dia tak keluar rumah bila
Fiqri ajak dia celebrate sempena tamat pengajian.
“Kenapa? Tak boleh?
Qim tak tergoda ke tengok saya?”
Kening tipis itu terjongket tinggi.
“Mak cik memang
gila!” jerit Taqim. Dia mahu berlalu pantas tapi kakinya terpijak
kaca dariapda cermin tilik yang pecah. Dia
mengaduh. Darah merah meleleh daripada
telapak kakinya.
Arhh… wajah
Taqim berkerut lebat. Dia cuba seret
kaki yang masih tersisa dengan cebisan kaca tapi, tingkah dia pincang. Wanita gila itu sempat memaut tubuhnya hingga
dia tersembam dan saat dia menoleh, wanita itu pantas memeluknya erat dengan
tubuh yang terdedah sana-sini.
Baru Taqim nak
tolak, wajah daddy dan dua orang pembantu rumahnya muncul di muka pintu. Mata daddy merah. Taqim tolak tubuh halus itu sekuat hati. Tak kisah lagi akan tangisan buat-buat
perempuan jalang itu. Dia bangkit dan
berdiri. Berharap pada belas ihsan daddy
biarpun dia tahu, renungan daddy adalah renungan orang yang sedang mencambahkan
benci.
“Dasar anak tak
guna! Aku suruh kau kahwin, kau kata tak
sedia lagi! Diam-diam kau cuba buat tak
senonoh dekat mak tiri kau? Bini bapak
kau sendiri!” jerit daddy dan serentak
itu, tangan kasar itu hingga tepat ke wajah Taqim.
Hingga anak itu
terduduk, Dato’ Mustapha pantas mencapai kayu golfnya dan memukul anaknya
berkali-kali biarpun berbuih mulut Taqim menafi. Hingga tiada lagi rayuan, yang tinggal hanya
titisan airmata bahana kebencian yang
memuncak.
“Kau keluar
daripada rumah aku ni, anak tak guna!
Kau bukan anak aku lagi!
Bukan!!!” Serentak itu, Dato’
Mustapha hentak kayu golfnya kasar. Dia
dekati isteri tersayang dan menyelimut tubuh terdedah itu dengan selimut.
Saat ini, Taqim
menoleh. Senyuman wanita itu, begitu
membelah hatinya. Sakit luka di kaki,
hanya sementara dan dia tahu… sakit di hati yang akan dia bawa… adalah
selamanya.
MATA kuyu yang
sejak tadi terkatup, terbuka bila dirasakan vibrate telefonnya. Dia seluk poket dan menarik keluar telefon
tersebut. Nama Wan muncul. Taqim senyum setelah melalui frasa hidup yang
masih pahit kerana memori lalu muncul bila bertemu dengan daddy.
“Ya, Wan?” sapanya perlahan.
Aik… dahi Wan
berkerut. Lain macam pulak
sopannya. “Err… Abang Rodi call mintak
ambik motor. Betul ke tak payah bayar?”
“Aku dah bayar. Kau pergi ambik aje. Bawak motor hati-hati. Kau tu tak ada lessen…” Sempat Taqim memerli.
“Iyalah,
bang. Bolehlah saya pergi beli terus
lepas ni…”
“Barang
dapur?”
“Ya… kakak nak
berniaga Ramadan ni. Bolehlah abang
datang beli nanti. Support kami. Saya pun berhenti kerja dah. Kerja dengan kakak aje…”
“Iya ke?” Hrmm… Taqim suka semangat Sirat. Seperti mana dia dulu. Keluar rumah dengan penuh luka dan darah,
tapi dia berjaya sekarang.
Sirat kena lebih
tabah daripada dia.
“Nanti korang
berniaga dekat mana?”
“Dekat rumah ni
aje. Sikit-sikit. Modal kecik…”
Mendengarkan Wan
sebut tentang modal, gamaknya duit hari itu untuk modal berniaga. Taqim tarik walletnya. Duit Sirat yang dia selit itu, rasanya dah
sampai masa untuk dia pulang. Dia bukan
hadap sangat duit tu. Dia saja nak
tengok kesungguhan Sirat. Susah bukan
bermakna Sirat boleh lepas tangan daripada tanggungjawab. Ternyata, gadis itu begitu tabah.
Dan, Fiqri
nampaknya kena potong jari!
“Lagi satu,
bang. Kakak mintak mangkuk tingkat dia.”
“Hah, mangkuk
tingkat tu, cakap dekat kakak kau… sedekah dekat aku ajelah…”
Wan sengih. “Tak boleh, bang. Kakak sayang mangkuk tingkat tu. Lagi satu…”
Wan menyepi beberapa ketika. Sebelum
kakak tanya, baik dia tanya Taqim dulu.
“Kakak tak tanya
lagi pasal bil abang repair motor. Sebab
dia tak tanya, saya pun senyap ajelah. Saya
rasa tak sedap hati pulak. Buatnya dia
tanya, saya nak jawab apa?”
Hurm… nafas
berat lepas daripada dada yang bidang. Taqim
pandang siling pejabatnya.
“Habis kerja
nanti, aku datang rumah kau. Kakak kau
bagi alamat hari tu. Kau jangan tak ada
dekat rumah pulak…”
“Iyalah, bang…”
Talian mati. Wan hela nafas lega. Fuh… seriau dia. Memanglah kakak lupa memandangkan sibuk untuk
uruskan barang nak berniaga. Nanti,
kalau kakak ingat… dalam tidur pun kakak boleh tanya. Bahaya tu.
Wan sengih bila
kunci motor bertukar tangan.
“Terima kasih,
abang Rodi…”
“Sama-sama. Tapi, pergi cakap terima kasih dekat Abang
Taqim. Dia semua yang bayar ni…” Rodi usap kepala Wan dan berlalu ke dalam
kedai.
Sebaik saja tiba
di rumah, Wan tersengih lebar. Dia masuk
ke dalam rumah. Nampak macam kakak tak
ada. Pergi kedai runcit jalan kaki
kot. Tak apalah. Dia masuk jumpa mak dulu. Nak cakap dekat mak, Taqim nak datang.
“Kakak mana,
mak?”
“Pergi kedai
runcit. Ada lagilah tu barang tak cukup. Dia ada mintak Wan beli barang ke?”
“Ada, tapi
katanya dia nak pergi sekali…” Wan duduk
didepan mak. Tersengih lebar.
“Yang sengih
lebar sangat ni, kenapa?” Mak pandang
Wan lain macam.
“Sini jap, mak…” Tangan mak ditarik.
Tubuh tua itu
terangkat dan bila tiba di muka pintu, mata tuanya bulat. Terkejut dengan motor Wan. Macam baru.
Mak pandang anak terunanya lain macam.
“Mana Wan dapat
duit? Mak tak percaya kalau kata duit
gaji yang baru dapat tu cukup…”
“Mak, ini Wan
cakap dekat mak… mak sorok daripada kakak,
ya?”
Mak kerut
dahi. Apatah lagi bila segalanya
diceritakan, mak mengucap panjang. Terus
dia duduk di bangku plastic depan pintu rumah.
Terkejut tak usah dikata. Kenapalah
perkara sebesar ini, Sirat dan Wan sorok.
Memanglah orang tu dah bantu, tapi… ya Allah...
“Mak, Wan mintak
maaf…” Langsung Safwan memapah mak masuk
ke dalam rumah. Dibiarkan mak duduk dan
bertenang.
Lama mak
diam. Sampai macam tu sekali Sirat tak
nak buat dia risau. Hinggakan tanggung
segalanya sendiri.
“Berapa lagi
hutang yang ada dekat dia?” tanya
mak.
“Entahlah,
mak. Kata Abang Taqim, hal janji kakak
dengan dia… dia tak nak Wan masuk campur.
Tapi, kakak kata dia dah bagi dalam dua ratus lebih. Bakinya, Wan tak nampak Abang Taqim nak
tuntut. Dia nampak aje gitu, mak… tapi
baik. Kalau dia betul marah, tak kan dia
tolong Wan. Tolong kita. Hari kejadian tu, dia yang hantar kereta tu
untuk kakak. Dia siap ikut lagi kereta
tu nak pastikan kakak balik dengan selamat.
Lepas tu, tengah malam yang Wan pergi ambik kakak tu, dia juga yang ikut
nak pastikan keselamatan kitorang,”
cerita Wan menyokong Taqim.
Tak kisahlah
pernah kena marah dan kena maki sekalipun, masa tu memang salah dia. Tapi, apa yang Taqim buat pada dia sekarang…
tak terbalas.
“Dahlah Wan
salah dekat dia, dia bayar saman Wan, dia tolong Wan repair, dia beli barang
dapur lagi… tak apalah. Kalau dia
datang, mak sendiri akan ucap terima kasih.”
Mak mengangguk kecil.
Mendengarkan cerita
Wan, mata Sirat merah menahan marah.
Sejak bila Wan pandai menipu ni?
Semua yang dia tanya, tak berjawab.
Padahal dia dah yakin, Wan sembunyikan sesuatu. Dia baru teruja melihat keadaan motor adiknya
yang tak ubah seperti baru dibuka plastic, tapi segalanya lebur.
Tergamak Wan! Sampai hati!
“Jadinya, kau
dah pandai tipu kakaklah, ya Safwan?” soal
Sirat tegang.
“Eh, kak…” Wan bangkit.
Tegak berdiri. Tak sangka kakak
muncul pada masa tak sesuai dan kejap lagi, Taqim akan sampai.
“Sejak kau kenal
dengan lelaki tu?! Berapa dia bayar
untuk tutup mulut kau? Sakitkan hati
kakak? Apa lagi tak cukup kakak buat
untuk kau sampaikan kau sanggup tipu kakak?
Kau ingat kakak tak mampu ke? Kakak
mampu! Cuma kakak perlukan masa! Kakak usaha sendiri untuk segalanya. Tapi, kau tipu kakak!” Marah Sirat memuncak.
Mak bangkit
mendekati. Tak pernah dia lihat Sirat
marah begini. Barang yang ada di tangan,
Sirat hempas ke lantai.
“Sampai hati
kau, kan? Pakat dengan dia!” Saat ini, airmata Sirat sudah
berjejeran. Sakit dipergunakan oleh
lelaki bernama Mustaqim, tak seperit ditipu adik sendiri.
“Sabar, Siratul…
benda dah jadi. Silap Sirat jugak tak
bincang dengan mak…”
“Sirat tak nak
mak risau…”
“Adik pun
samalah tu. Dia tak nak buat Sirat risau…”
“Tapi, Sirat tak
boleh terima, mak. Mak tak tahu betapa
susahnya Sirat tahan sabar Sirat sebab lelaki tu!” Suaranya menderam di dalam rengkung.
Pedih sungguh
hati!
Wan sudah tunduk
sejak tadi. Rasa nak cakap aje dekat
Taqim jangan datang tapi segalanya dah terlambat bila sebuah kereta sudah tiba
di depan pagar. Wan pandang mak. Memberi isyarat yang Taqim dah tiba.
“Dia dah sampai?”
Wan angguk.
“Pergi jemput
dia masuk…”
“Tak payah!” larang Sirat, tegas. “Kau duduk situ. Jangan berganjak. Mak pun, biar Sirat selesaikan baki hutang
dia. Lepas tu, Sirat nak lupa semua
benda…” Airmata diseka kasar. Sirat menapak keluar.
Demi melihatkan
wajah yang menyambutnya tiba, Taqim ukir senyum. Hati yang menangis, terasa bahagia
tiba-tiba. Sakitnya berkurang tatkala
terpandang akan wajah yang masam itu.
Wajah daddy dan
ibu tirinya, pergi menjauh. Taqim dekati
pagar. Menggantung tangannya pada
pagar yang terkatup rapat. Di tangan ada mangkuk yang kosong. Andai Sirat sudi, dia nak minta sikit
bekal. Hanya air tangan gadis ini yang mampu buat dia rasa perut yang kosong,
terisi.
“Aku nak pulang
bekas kau ni, Siratul…” Taqim sua bekas
itu pada Sirat dan bila Sirat capai, bekas tersebut dihentak ke lantai.
“Puas hati
kau! Puas hati mainkan aku! Kau cakap, berapa banyak hutang kau… aku
bayar!”
Dahi Taqim
berkerut lebat. Apa dah jadi ni? Kenapa kasar sangat Sirat berkata-kata. Sebelum ini, biarpun nada marah… tapi susun
kata gadis ini lembut pada pendengarannya.
Tapi sekarang…
“Kau, kenapa?”
“Kau tu yang
kenapa? Kau beli adik aku dengan duit dan
kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau! Nah…”
Sirat seluk poket seluar. Beberapa
keping duit lima puluh yang dia nak beli barang nanti, dia campak ke wajah
Taqim.
“Kau ambik. Aku tak ada hutang lagi dengan kau! Kau pergi!”
marah Sirat dengan suara yang cuba dia kawal. Dia toleh dan belum sempat melangkah, Sirat
menoleh.
Dia ukir senyum
sinis yang paling tajam. “Dan, jangan
datang lagi. Aku dah pernah cakap, aku
tak akan biarkan aku berhutang dengan kau walaupun seurat benang!” Tubuhnya dibawa ke dalam rumah dan daun pintu
berdentum.
Langsir diturunkan. Sirat akhirnya menangis tanpa suara. Marahkah?
Ya… dia rasa Taqim memerlukan. Kerana
itu dia sudi ikut rentak Taqim. Apalah sangat
permintaan Taqim untuk makan masakan dia biarpun lelaki itu tak cakap secara
terang.
Tapi, begitu
banyak budi yang Taqim tabor di dalam diam.
Menampakkan dia seperti orang bodoh.
Berharap untuk bertemu dengan manusia yang begitu luhur hatinya membantu
dia tanpa dia sangka, lelaki yang begitu menjengkelkan itulah sebenarnya.
Kenapa Taqim nak
dia terus berhutang. Dia tak kaya. Dia tak mampu nak bayar segalanya.
“Siratul?” panggil mak sambal memeluk bahu Siratul.
“Sirat mintak
maaf, mak…” pinta Sirat kerana dia tahu
mak pasti kesal dengan sikap dia tadi. Biasanya
dia tak macam ni. Tapi dengan Taqim… dia
sering tercabar dan hari ini, sabarnya rabak.
“Maafkanlah
dia. Ingatkan kebaikan dia pada kita…”
bisik mak.
Perlahan-lahan,
Sirat angguk dan bila dia selak langsir, lelaki itu masih berdiri di situ. Seperti tak mampu berganjak lagi.
..bersambung
Yeay..sirat kan anak yang baik, abang taqim pon tengah sedih2 tu,
ReplyDeleteXmoh2,hehe
Abang taqim jangan nak baloh lagi eh
KAK REHAN... MOHON CEPAT SAMBUNG... TAK SENANG DUDUK NI NAK BUKA PUASA :)
ReplyDeleteBaguslah RM...rasa nk terus ngadao phone je..sbb ada je bab baru up..wah
ReplyDelete.siratul mustaqim bakal bergabung..de marah timbul sayang...sama2 merasai keperitan hidup dgn ujian masing2
Hmmm...xtau nk ckp apa....dua2 ego kot...tu yg marah utk menutup satu rasa yg bertandang...eh
ReplyDeleteKesian la taqim...bru nk rsa mksn sirat lg
ReplyDeleteSebak baca Sirat marah-marah...
ReplyDeletekita fhm perasaan seorang kakak bila adik dia buat bnd yg dia larang...sabar jela...hurmm
Alololo..terpacak kawan tu..g pujuk kaih
ReplyDeleteCiannya taqim....cepatlah pujuk sirat
ReplyDeletekenapa la x pernah puas bc novel n cerpen kak RM ni..blh plak ulang bc berpuluh2 kali..tp utk yg ni x sbr nk tggu apa yg sirat nk ckp lg kat taqim
ReplyDeleteAlolo.. Sian taqim kena marah ngn sirat
ReplyDeleteAlahaiiiii sian kat sirat sbb fhm dia rasa tertipu... tapiiiii lebih lg sian pd taqim..dh la br lps terjumpa daddy dia, terus semua kenangan pahit dtg blk.. elok2 dtg dgn hrpn dpt bw blk air tgn sirat, kna herdik pulak 😓 maafkanla taqim, sirat. Tqvm RM for the triple update. Arini hari senyum lebar semua kipassusahmati RM la ye 😆😍👍💐🌹
ReplyDeleteThx for updated laju laju karehan ��.
ReplyDeleteLepas dok sian ke sirat, sian pulok ke taqim sekarang ni. Alahai, karehan memanglah suka buat gini ke readers ��
Ala x mo ar gaduh2,l
ReplyDeleteYeah....good girl sirat...
ReplyDeleteSayang Rehan, sambung lagi ye :)
ReplyDeleteSirat risau tak dapat balas budi yang Taqim taburkan rupanya... jadi isteri Taqim aje lah.... haihhhh kan senang tu😍
ReplyDeleteAduhaiiii..nk nanges plak kala senja camni.. 😭😭
ReplyDeleteYeah....good girl sirat...
ReplyDeleteAduhai..kesiannya kat sirat Ngan thaqim..yg sorg xnk berhutang..yg sorg tagih hutang yg x perlu dibayar pn..cuma bayar melalui air tangan sirat jer
ReplyDeleteKesian taqim
ReplyDeleteAduhai..kesiannya sirat & thaqim..sorg xnk berhutang..sorg LG tagih hutang yg x perlu dibayar pn..but melalui air tangan sirat jer
ReplyDeleteRM....bila baca karya awak kan ....hati toksah dok cerita la...mau meletup...boomm...pastu cantum balik...
ReplyDeleteAduhai..kesiannya sirat & thaqim..sorg xnk berhutang..sorg LG tagih hutang yg x perlu dibayar pn..but melalui air tangan sirat jer
ReplyDeletemakin x senang duduk dibuatnye.. duk tunggu next episod... TQVM RM ��....
ReplyDeleteHaih gerammmmmnya dgn mak tiri Taqim tu....siapakah gerangannya??
ReplyDeleteHarap2 ayah Taqim sedar lebih awal....sirat bawak bersabar ye....hargai jasa Taqim
kesian taqim.....
ReplyDeleteWalau mulut kurang ajr...tp dia baik kn...
Huhuhu.... Rehan ang buat kita nangis hari ni.. 😭😭😭
ReplyDeleteHahahahahahaha....
DeleteWeh hang x roger pungggg
Taqim ni spesies langka ����
ReplyDeleteThanks kak RM for your update ��
Sirat.... ada apa dengan taqim sampai marah begitu sekali. Mungkin cara taqim buat sirat luka... tapi rasanya taqim pun ada luka sendiri... apapun thanks rehan
ReplyDeletemarah sungguh sirat...xsangka dia marah cmtu sekali...xklise pun cerita rehan ni...rehan abaikan dgn insan yg dok ckp klise tu ye...klau klise xda lah kami peminat dok tertungu2 N3 seterusnye....kipidap rehan...
ReplyDeleteSetuju tak klise pun. In reality, manusia ada kisah tersendiri, mungkin dalam kisah masing2 tu ada juga persamaan dengan kisah org lain. So why those people make big fuss of it?
DeleteHonestly, saya sangat sangat sangat sangat suka karya2 Rehan... banyak pengajaran dalam semua karya Rehan & melalui cerita2 Rehan banyak sangat yg boleh saya kutip utk muhasabah diri... melaluinya saya berusaha untuk jadi yang lebih baik dari diri saya sebelum ini. Loads of thanks to Rehan😍😍