DADA Sirat berdebar tak sudah sebenarnya bila melihat tiga orang lelaki,
akhirnya muncul di depan dia. Wan pantas
berlari anak mendapatkannya. Yang seorang
lagi lelaki dikenali sebagai Fiqri itu sudah keluar. Hanya Taqim yang masih berdiri di muka
pintu. Menyeluk poket jeans yang
koyak-rabak di bahagian lutut dan peha. Merenung
dia seperti mahu tembus dibuatnya.
Ingat kacak sangat ke? Nampak lagi
selekeh daripada dia orang miskini hina ni.
Dia tahu, lelaki ini orang berada.
Tengok pada perangai dan harta dunia yang lelaki ini miliki. Rasa nak aje dia tambah calar pada badan
motorsikal berkuasa besar tersebut. Baru
padan dengan apa yang dah jadi.
“Wan okey?” soal Sirat
mengalihkan pandangan.
“Hurm… tapi, kakak betul ke nak bayar ganti-rugi?” Jujurnya dia lega bila kakak buat macam tu,
tapi leganya tak lama bila dia fikir balik… mana kakak nak carik duit?
Yang ada pun, untuk perbelanjaan harian.
Malah untuk kakak buat modal berniaga.
Bila ingat tentang telur yang pecah, minyak masak juga tumpah malah beras
juga bertaburan… dia rasa mahu menangis.
Nampak seperti titisan darah dan keringat kakak yang mengalir.
“Kakak dah janji. Wan jangan
fikir lagi. Tapi, satu aje kakak mintak…”
“Mak,” celah Wan.
Sirat angguk. Bibir dia koyak
lagi dengan senyuman. Menyapa bahu Wan
lembut dan mengusapnya perlahan. Kejap lagi
dah nak Maghrib. Mak tentu risau.
“Wan balik dulu, ya?” suruh
Sirat.
“Habis tu, kakak?”
“Kakak setelkan kerja ni sikit.
Lepas tu kakak balik. Motor mana?”
“Dekat luar. Wan berkeras nak
parking dekat situ. Lagipun, fork macam
bengkok sikit. Kena bawak
pelan-pelan. Rosak sikit tak apa. Janji tak kena sita. Tapi ini, kak…” Wan suakan kertas putih pada Sirat.
Melihatkan kertas tersebut, Sirat ketap bibir. Sebanyak ni jumlah saman yang Wan kena kerana
menunggang tanpa lesen, terasa nak menangis.
Saat ini, memang mata dia sedang basah.
Sempat dia toleh pada Taqim seketika.
Mencari belas. Tapi, manusia
sekarang… janji aku kenyang… peduli apa aku kalau kau lapar! Itulah prinsip hidup manusia yang bertamadun
sekarang.
“Ini kakak simpan. Wan balik dulu. Bawak motor pelan-pelan. Nanti kakak ambik teksi aje. Lagi satu, barang-barang yang beli tadi, elok
lagi?”
Dalam hati Sirat, tak putus berdoa malah berharap. Setidak-tidaknya, adalah sesuatu yang tersisa
buat mereka. Dekat rumah hanya ada bawang
dan cili kisar. Niat dia nak buat sambal
telur aje untuk makan malam hari ini.
Tapi, bila Wan ketap bibir dan menggeleng, airmata Sirat jatuh
setitis. Cepat-cepat dia seka dan terus
lebarkan senyum.
“Ikan bilis tak rosak, kan?”
soalnya bergurau.
Wan tergelak dalam emosi yang kacau.
Kemudian angguk. Ada dekat
motor. Beras pun sempat Wan kutip mana
yang belum kena jalan raya. Tapi, risau
jugak bila kita makan nanti, ada pasir. Boleh
patah gigi kita, kak…” Wan juga tak
lokek bergurau.
Terus Sirat ketawa biarpun airmata menitis pada juring. Disekat dengan hujung jari. Syukurlah.
Ini resepi rahsia demi bahagia yang telah arwah ayah tinggal. Ternyata, ianya adalah resepi terbaik dalam
dunia.
“Nanti kalau mak tanya, cakap kakak beli barang perempuan. Lepas tu, tentang barang dapur, cakap kakak
bawak balik dengan teksi. Wan susah nak
bawak dengan motor sebab banyak. Okey?”
“Tapi, kak…” Serba-salah Wan
dibuatnya. Menipu namanya. Andai mak tahu, tidakkah mak akan
terluka.
“Kakak faham apa yang Wan fikir. Tapi,
mak tak sihat, Wan. Nanti mak dah okey,
kakak sendiri akan cerita dekat dia. Sekarang,
balik dulu. Cakap dekat mak, kakak
sampai kejap lagi.”
“Tapi…”
“Dah, pergi!” cantasnya sedikit
keras.
“Barang-barang yang berbaki tu, tinggal dekat depan tu aje. Kakak ambik nanti…” pesan Sirat sebaik saja Wan berlalu. Entah kenapa, sayunya hati.
Fiqri sejak tadi diam. Tercuit hati
dengan perbualan dua beradik itu. Biarpun
separuh berbisik dan dia tak maksudkan untuk mencuri dengar. Malah, Taqim yang lebih dekat di belakang
Sirat dan Wan juga, kaku di situ. Riak marah
tadi, mengendur. Taqim pandang
Fiqri. Entah apa yang mahu dia katakan.
Setiap bicara antara Wan dan Sirat… argh… tak kanlah dunia ini begitu
tidak adil?
“Eh, mana kau nak pergi tu?”
jerit Taqim tiba-tiba.
Sirat yang mendengar suara garau itu mengaum, sedikit terkejut. Pantas dia menoleh dan langsung terundur ke belakang
bila Taqim berdiri agak rapat di belakang dia.
Entah bila ada di situ.
“Err…” Wan yang dah separuh jalan
melangkah, serba-salah. Pantas dia patah
balik. Buat terakhir kali, dia mahu
mencuba. Manalah tahu, kakak tak perlu
nak bayar ganti rugi.
“Saya mintak maaf, bang. Saya
cuai. Saya harap abang boleh…” Bicara Wan mati bila Sirat menjeling. Seperti faham apa yang mahu dia katakan.
Sirat lepas nafas pendek.
Mendamaikan hati sendiri. Tangan
Wan digenggam. Basah dengan peluh. Peluh takut.
Wan memang macam ni. Bukan
pengecut. Tapi, tak pernah bergaduh
dengan sesiapa. Kerana itu, dia terasa
hati bila lelaki ini gelarkan adik dia tak guna.
“Hah? Nak bayar macam mana
ni? Dengan maaf aje ke?” Mustaqim terus menyindir. Berkali-kali dah dia dengar budak ni mintak
maaf daripada dia.
Memanglah dia tak kata, aku maafkan… kan dia dah batalkan semua
report. Nak selesai dekat luar. Nak ulang skrip sama, kenapa pulak.
“Jangan risau. Saya bayar pakai
duit. Berapa ganti rugi yang awak nak
tuntut tu?” Tenang, Sirat menyoal.
Mata Mustaqim menjeling Fiqri.
Sengaja dia begitu untuk beberapa ketika. Mahu mencabar gadis depan mata yang nampaknya
kembali berwajah bengis.
“Kau nampak motor aku kat sana?”
Akhirnya, Mustaqim luruskan jari telunjuk ke sebuah Ducati Diavel kuning
hitam miliknya.
“Itu, motor aku. Kau rasa berasa
kos nak repair tangki minyak yang kemek sebab adik tak guna kau ni!” Haih… rasa nak tunjal aje kepala budak
ni.
Air wajah Sirat berubah lagi.
Kali ini, dalam nafas yang dihirup.
Dah dua kali dia dengar.
“Encik Mustaqim!” seru Sirat
sedikit keras.
“Saya tak kisah. Saya boleh bayar
sebab memang itu salah adik saya.
Sebagai kakak, saya akan bertanggungjawab. Tapi…”
Dia berhenti di situ. Sengaja dia
leretkan suara.
Mata Mustaqim memicing pada Sirat.
Menanti sambungan ayat yang sengaja digantung.
“…saya nak awak mintak maaf dulu daripada adik saya. Dah dua kali awak panggil dia tak guna
sedangkan awak tak berhak langsung nak gelar mana-mana manusia tu, sebagai tak
guna. Dia bukan kawan awak. Jauh sekali adik awak. Hanya sebab kecuaian yang dia tak sengajakan,
awak panggil dia tak guna. Dua kali!” Dua batang jari runcing Sirat, lurus.
“Sebagai kakak, saya tak boleh terima.
Sedangkan kami dah mintak maaf.
Dah janji nak selesai cara baik.
Tapi, awak sengaja nak hina kami…”
Saat ini, matanya kembali merah.
Menahan marah sebenarnya.
Mendengarkan kata-kata Sirat, tawa Mustaqim lepas. Fiqri yang memandang, hanya kerutkan
wajah. Sah, Taqim dah gila. Baru kejap tadi nampak tersentuh dan mula
reda perangai baran itu, rupanya… haram!
“Kalau aku tak mintak maaf?” giat
Mustaqim. Selangkah, dia rapati Sirat
yang langsung tak berganjak.
Pada mulanya, Sirat mahu hayunkan saja tangannya agar singgah ke wajah
tampan ini. Sayang, bermulut puaka. Tapi, apa guna dia cemarkan tangan dengan
menyentuh kulit lelaki seperti ini.
Akhirnya, dia senyum tipis dan menggeleng sendiri. Lebih pada menjinakkan kemarahan sendiri yang
sedang menjadi liar.
“Tak apalah…” Dia pandang
Safwan.
“Wan maafkan dia, ya?”
Tak berkata apa, Safwan angguk.
“Hari ni, saya tak bawak duit sebab saya keluar gesa-gesa. Saya bagi nombor telefon dengan alamat rumah
saya. Nanti saya bayar berapa saja
amaun. Kalau sikit, saya bayar
terus. Kalau banyak, saya harap
timbangrasa awak. Bagi saya masa atau
biar saya bayar ansur-ansur.” Sirat ajak
Mustaqim berkompromi biarpun dia sepertinya dah tahu yang lelaki bengis ini,
tak mungkin mahu terima cadangan dia.
Cuma pada dia, tak salah dia meminta.
Andai perlu, dia akan pertaruhkan segalanya yang dia ada. Biarlah sekadar minum air paip saja untuk isi
perut. Janji, dia lepas daripada
belenggu manusia-manusia berhati singa.
“Boleh pertimbangkan permintaan saya?”
Lembut Sirat menyoal bila tiada jawapan yang dia terima daripada
Mustaqim.
Kata-kata Sirat yang lebih pada merayu itu, sebenarnya dah menusuk ke
pendengaran. Jatuh ke hati. Tapi, entahlah. Kesan itu tak lama. Dia… mana pernah suka mana-mana
perempuan. Bukan sekali orang cap dia
dengan Fiqri bercinta sesama sendiri.
Tapi, ikut sukalah nak bercinta dengan lelaki pun. Huh!
Hati yang tadinya tenang, kembali bergelora.
Senyuman manis milik bibir merah itu, bagaikan dah bertukar menjadi
belati yang begitu tajam. Senyuman Sirat
pada Wan itu adalah untuk dia. Dia tahu. Senyuman itu, senyuman menyindir.
“Kau ingat, kau mulia sangatlah mintak adik kau maafkan aku?”
Fuh… detak dalam dada Sirat dah lain macam. Orang dah bagi kau peluang, kau buat
main. Dia memang malas nak panjangkan
hal. Kalau kata sampai ke rumah, dan mak
tahu… lagi haru. Memang mak tak akan
marah. Tapi, mak akan tunduk pada
manusia macam ni demi sebaris maaf. Tak akan
dia izinkan. Tambah pulak mak tak
sihat.
“Memberi maaf tak menjadikan kita mulia dan meminta maaf, tak menjadikan
kita hina…”
Dang! Taqim sentuh dahi
sendiri. Seperti terkena peluru daripada
penembak hendap.
“Kau sindir aku?”
“Terasa?” Kening Sirat yang indah bentuk aslinya itu, terangkat. Meninggikan anak mata, demi melawan renungan
jelek lelaki tinggi di depan dia.
Tak kisahlah biarpun dia hanya sekadar bahu Taqim, dia tak gentar. Dia dah diajar untuk tegakkan kebenaran sejak
daripada kecil. Hari ini, buat pertama
kalinya dia berhelah demi mak.
“Kak…” Wan tarik tangan
Sirat. Risau pulak dia melihatkan wajah
marah Taqim.
“Kau jangan risau. Wan pergi
balik sekarang. Barang-barang, nanti
kakak beli dekat kedai depan sana aje. Pergi
dan jangan toleh sini lagi. Pergi,
Wan. Sekarang!” suruh Sirat separuh menjerit.
Wajah dan dahi Taqim berkerut seribu.
Dia pandang Fiqri. Lelaki itu
sekadar jongket bahu. Aku tak
campur! Itulah ayat biasa Fiqri kalau
bab-bab perempuan ni.
“Sekarang, bukan lagi soal maaf, soal sindir atau soal terasa. Tapi, soal ganti-rugi awak nak tu. Saya dah janji dan saya akan tunaikan. Berapa, saya akan bayar walaupun bukan hari
ni. Saya tak akan lari. Nah…”
Sekeping kertas yang dia minta di pondok pengawal tadi, dia hulur pada
Taqim.
Ada nama penuhnya. Nombor kad
pengenalan. Nombor telefon dan alamat
rumah. Lengkap. Taqim boleh jejak dia bila-bila masa
saja.
Ceh… muda lagi perempuan ni! Tapi,
mulut… peh. Sempat hati dia menelek
tarikh lahir Sirat. Dan, kalau tak silap
tarikh lahir perempuan ni… tak lama lagi!
Damn! Kau dah kenapa, Qim. Nak sibuk dengan tarikh lahir orang!
“Macam inilah ya, perempuan…”
Taqim peluk tubuh sendiri.
“Berapa tu, aku kena pergi tanya bengkel. Esok, aku call kau cakap berapa aku kena nak
repair bini kesayangan aku tu. Lepas tu,
aku nak kau bayar sekaligus. Boleh?”
“Kalau sekaligus, saya tak janji.
Kalau kos sikit, boleh. Tapi,
kalau banyak… saya masih harap awak pertimbangankan permintaan saya. Paling lama pun, dalam sepuluh hari.”
“Kenapa sepuluh hari?” soal Taqim
nak tahu.
Sirat tak menjawab. Itu tak
penting. Yang penting, duit Taqim.
“Boleh?” soalnya.
Taqim tak menjawab. Langsung tak
bagi reaksi. Apa-apa ajelah,
perempuan. Dalam hati, meningkah
juga. Tapi, melihat pada kesungguhan
gadis ini, dia sendiri percaya.
“Aku blah dulu. Jom Fiq…” Bahu Taufiq disapa. Tapi, tak sempat menapak, suara Sirat
menahan.
“Apa lagi?” Kening lebatnya
berkerut tanda tak puas hati. Tak payahlah
nak buat drama minta simpati lagi. Dia ni,
jenis hati kering. Tahu ke tidak?!
Mata Sirat lama memerhatikan seluar Taqim yang koyak. Tak lama, naik memandang wajah tampan di
depan mata. Kata orang, bila lihat orang
kacak… kita dengan sendirinya rasa nak senyum.
Tapi, senyuman dia terbunuh dengan ketampanan wajah di depan dia
sekarang.
“Seluar awak tu, koyak sebab jatuh motor tadi ke?” Sengaja Sirat menyoal demikian. Walhal, dia dah tahu memang fesyen macam tu
sekarang.
“Hah?” Rahang Taqim jatuh.
Fiqri dah gelak mengekek.
Taqim sekali lagi dekati Sirat. Kali
ini, lebih dekat, lebih rapat. Dan,
Sirat langsung tak berganjak. Perempuan ni
berani sebab masih ada dalam pagar balai polis.
Itu aje. Cuba dekat luar… mahu
buka langkah seribu.
Dia sengaja tundukkan wajahnya pada wajah Sirat yang sejak tadi menadah
pandangan matanya. Dan ya, gadis ini
masih tak mengalah walau seinci. Fuh…
tabah kau!
“Kau sindir aku lagi?” bisik
Taqim.
“Tak…” Sirat geleng. Tanpa senyuman.
“…kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan. Agar satu hari nanti, antara kita tak akan
saling berhutang walaupun seurat benang apatah lagi selembar kain,” ujar Sirat
lantas dia berlalu daripada situ.
Airmata dia jatuh lagi apabila melihat barang dapur yang masih selamat
biarpun hanya sedikit. Apa dia nak jawab
dekat mak?
Melihatkan Sirat yang berlalu, menjinjit plastic… hati Fiqri luluh
juga. Dia tepuk bahu Taqim.
“Qim, aku rasa elok kalau kita hantar dia balik. Barang-barang dia semua rosak. Lagipun, remang senja ni… mana nak dapat
teksi…”
“Eh, kau ni. Kau kawan aku ke… kawan budak Sirat tu?” Marah pulak Taqim dengan cadangan Fiqri
ni.
“Memanglah aku kawan kau. Tapi,
aku ni manusia. Ada hati perut kot. Kau tengok tu. Aku tadi tengok adik dia kutup beras tadi dah
nak mengalir airmata. Ini pulak dia
sendiri…”
“Kalau kau nak buat amal sangat, kau ajelah pergi. Kau bawak kereta. Aku bawak motor aku balik dulu. Jumpa malam karang…” Jahanam rancangan dia.
“Yalah…” Fiqri mengalah. Dia keluarkan kunci kereta dan terus berlari
ke petak parkir. Chevrolet Cadillac hitam
itu mengaum. Tapi, belum sempat dia
tutup pintu… tangan Taqim menahan.
“Kau tolong bawak motor aku. Aku
guna kereta kau kejap,” pinta Taqim. Nampak
resah. Di tangannya ada sekeping kertas.
Otak Fiqri tak sempat nak cerna bila Taqim bukak tali keledarnya. Cepat-cepat dia turun dan bila Taqim mengambil
tempat, keretanya berlalu sedikit kasar daripada perkarangan Balai Polis
Gombak.
“Mana kau nak pergi, Qim?” Soalan
yang dah ada jawapan. Tapi,
Mustaqim? Huh… susah dia nak
terima.
..bersambung
I like!!! Cyan kat sirat...
ReplyDeleteAllahu.... Bertabahnya dan bersabarnya Sirat. Semoga sentiasa diberi kekuatan iman dlm menghadapi segala cabaran.
ReplyDelete-Azzna-
Sirat sungguh kakak yang baikla.... tq rehan
ReplyDeletewahhh kak rehan lama menyepi!! tiba2 kebabom besttt
ReplyDeleteKekuatan terserah
ReplyDeleteTabahnya Sirat dgn Wan... Sy yg hati tisu ke ape ni menangis bagai ������
ReplyDelete-widad amsyar-
tabah dan kuatnya hati sirat ni...
ReplyDeleteAs always cite rehan sntiasa d nanti wlpn klise....
ReplyDeleteSbb ada isinya...xsbr nk tgu nxt part
Sabarlah Sirat dgn mulut Taqim ...
ReplyDeleteTabah sggh hati & jiwa Sirat ni...terbaik
ReplyDeleteSedih dengan kehidupan sirat. Tabahnya dia melalui hidup yg serba kekurangan. Tapi, mematangkan dia. Tak sabar nak tahu lebih tentang taqim.
ReplyDeleteTersgtlah best.. Feeling habis baca. Nak lagi. Please update selalu. Tak sabar nak tunggu next.
ReplyDeleteHuhu...bagus sirat tak nampak gentar, pandai meningkah...suka jugak dgn watak taqim...keep up cik rm
ReplyDeletegeram la dgn mustaqim ni .. adoii
ReplyDeleteSirat..berat betul dugaan..sefihnyer bila baca wan kutip beras2 tu😭😭😭
ReplyDeleteKerasnya hati mu bagai Batu mustaqim
ReplyDeletetaqim yg hantar sirat...wwwaahhh..xsabar tgu next n3...kipidap RM....
ReplyDeleteFeeling sad😭
ReplyDeleteFeeling sad😭
ReplyDeleteSebak je rasa 😯😓😔 kertas tu list brg2 yg sirat suruh wan beli kot? Manalah tau tetiba taqim tergerak hati nk tlg beli semua brg mknn diorang yg dh rosak tu 🤔🙄 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteTaqim... luaran kasar & keras tapi jiwanya lembut... Sirat... tabah & cekalnya dia...
ReplyDeleteTerdetik kesian jugak ye Taqim...
ReplyDeleteWhat was that, i tak faham..k
ReplyDeleteCerita ni sedih
Permulaan yg menarik...gomo Rehan gomo!
ReplyDelete1 je yg blh ckp kt...cte akk sume best2...buat hati b'debar n xsaba nk tau bab yg strusnyeee...keep it up akk...i love it!!!
ReplyDeleteSedih..syukur dengan hidup sendiri..
ReplyDeleteSedih...sangat...kadang setengah orang walaupun ada ayah tetap susah juga hidup,...tapi kan rasa terbeban itu berkurang kerana ada yang sama2 menanggung kesusahan...kesian kau sirat...
ReplyDeleteSiratul n Muataqim... I like..but I'm waiting for Hajar n Aswad.
ReplyDeletexdela kejam sgt si Thaqim..mesti ader sbb kenapa dia berperangai mcm tu..
ReplyDeleteSedih sgt. Syukur dgn rezeki yg ada
ReplyDeleteTanggungjawab besaq sgt sirat hanya yg pernah rasa aja tau seksanya membesarkan adik2
ReplyDelete