Monday, June 05, 2017

Usah Kau Tangiskan 6

PANGGILAN telefon Taqim kejap tadi, sedikit sebanyak buat dia berdebar juga.  Wan tenang.  Mendengarkan permintaan Taqim, boleh ke?  Patut ke dia rahsiakan semua daripada kakak?  Kalau kata kakak tahu, mengamuk ke tak?  Haih… tapi, dia pun memang terdesak jugak ni.
“Kakak kau dah bayar sikit, Wan…” 
“Ya, kakak ada bagitahu…”  Lemah Wan menjawab.  Duit modal.  Dia pulak tak dapat lagi gaji.  Haihh… ada dua hari lagi ni.
“Banyak lagi ke, bang?” 
“Banyak jugak.  Kenapa?  Dia ada cakap nak bayar bila?” 
“Tak.  Kakak tak cakap.  Dia kata, tunggu abang call dia cakap berapa lagi baki.  Kalau abang boleh tunggu dua hari, saya akan bayar lepas saya dapat gaji…”

“Kau kerja ke?”
“Ya.  Dekat Giant.  Bahagian loading barang aje.  Tapi, kakak mintak saya berhenti pulak,” luah Wan.  Sebenarnya, malas nak nak berhenti.  Tapi, dah itu permintaan kakak, dia ikutkan saja.  Adalah tu kebaikan di depan hari. 
“Banyak gaji?” 
“Entahlah, bang.  Baru nak dapat gaji pertama dua tiga hari lagi… itu yang saya mintak tempoh sikit.  Nanti saya bayar sendiri.  Kesian dekat kakak saya.  Tapi, kan…”  Kata-kata Wan terhenti.
Taqim tenang menanti ayat itu bersambung.  Malas nak menyampuk.
“…kakak kata dia nak pergi bayar saman.   Tapi, polis trafik tu kata dah bayar.  Err… abang ke yang bayar?”  soal Wan telus.
Taqim berdeham kasar.  Matanya tak tahu nak paku dekat mana.  Seperti direnung oleh sepasang mata bundar milik Sirat.  Ceh! 
“Aku pergi bayar saman aku.  Kebetulan surat saman kau ada dalam poket seluar aku.  Aku kira bayar sekali ajelah.  Senang.  Haa… kau jangan buat spekulasi pulak.  Aku ada duit lebih, aku bayar ajelah.  Alang-alang kau kata, kau dapat gaji nanti… ganti balik duit aku!”  ujar Taqim tegas.
Adalah tu nak gossip murahan aku dengan kakak dia!  Heh.  Macamlah orang hadap sangat kakak kau tu!
Mendengarkan amaran Taqim, tak jadi Wan nak tanya soalan selanjutnya.  Sudahnya, dia hanya simpan sendiri.  Lelaki bernama Mustaqim ni, dalam keras dan kasar… hati itu masih tersembunyi kelembutan dan kemanusiaan. 
“Dah banyak abang tolong saya dengan keluarga saya…”
“Kau ingat aku tolong saja?”  soal Taqim jengkel.
Wan tergelak halus.  “Iyalah.  Saya tahu abang nak ganti-rugi.  Bagi saya masa, ya?” 
“Eh, Wan… aku tak nak duit kau.  Kau simpan ajelah.  Yang janji nak bayar bukan kau, tapi kakak kesayangan kau tu.  Aku pegang pada janji aje…”
“Tapi, bang…”
“Argh… kau jangan tapikan aku.  Sementara aku cakap elok-elok ni, kau dengar.  Jangan sampai aku maki.  Yang berjanji, dialah yang kena kotakan janji.  Urusan kakak kau dengan aku, kau tak ada kena-mengena.  Yang berjanji dia.  Tengoklah nanti, dia tak lunas janji dia… tahulah aku…”  Ayat Taqim kedengaran separuh mengugut.
Wan telan liur.  Biar benar Taqim ni.  Tadi, dah nak jadi mesra… sekarang ni dah berubah asal balik? 
“Abang jangan apa-apakan kakak saya pulak.  Dia dah usaha carik duit untuk keluarga kitorang, bang.  Apa-apa jadi, saya akan salahkan, abang!”  tegur Wan.  Dalam berani itu, masih ada getar dek rasa takut dengan Taqim.
Iyalah.  Taqim orang berduit, dah tentu boleh buat apa saja pada dia dan keluarganya.  Lebih-lebih lagi pada kakak.  Seriau dia memikirkan.  Tapi, bila difikirkan semula, semalam pun Taqim ikut dia dan kakak naik motor.  Biarpun daripada jauh.  Masa dia kunci pagar, dia nampak Taqim berlalu perlahan.  Masa tu, kakak dah masuk ke rumah.  Kalau bukan sebab risau, kenapa Taqim perlu ikut dia dan kakak?
“Tapi, kata hati saya kuat mengatakan yang abang tak akan apa-apakan kakak.  Sebaliknya, abang jaga dia biarpun daripada jauh.  Betul tak?”  Senyuman Wan kembali terukir bila dia tolak jauh keresahan hati.
“Eh, gila kau!  Ada masa pulak aku nak jaga kakak kau.  Dia jaga diri sendirilah.  Kerja daripada pagi sampai tengah malam.  Balik sorang-sorang.  Acah-acah kuat ke apa?  Kalau perempuan tu, sedar diri sikit yang awak tu lemah.  Haih… ikut hati aku…”  Bebelan Taqim mati. 
“Ikut hati abang… apa?”  tanya Wan menggiat. 
Taqim gigit bibir bawah.  Entah apa yang dia nak cakap menjadi jawapan pada Wan.  Ikut hati aku… ikut hati aku… arghh… lantaklah.  Bukan tanggungjawab dia pun perempuan tu! 
“Eh yang kau ni dah berani tanya aku soalan, kenapa?  Aku tanya kau tadi, kau tak jawab lagi…”
“Oh… boleh ke?  Saya memang tak mampu nak bayar semua sekali harung nanti…”
“Yang ni tak termasuk hutang.  Aku risau tengok kau bawak motor fork senget tu.  Kau datang alamat tempat aku SMS kejap lagi.  Kau dengan kakak kau pun sama aje, pakai telefon kuno,” kutuk Taqim. 
Nak share location pun susah.  Kalut.  Tak pasal-pasal kena taip alamat panjang. 
“Kau tak datang, siap kau!”  Langsung talian diputuskan.
Wan sengih.  Hailah Abang Taqim…
Mata Taqim masih pada duit lusuh yang Sirat bagi.  Dia yakin ini simpanan perempuan itu.  Untuk apa, tak tahulah.  Lupa nak tanya Wan.  Lama Taqim perhati duit tersebut hinggakan Fiqri di sebelah pun dia tak sedar. 
“Kau ralit sangat tengok duit tu, kenapa, Qim?”  Bahu Taqim dicuit.
“Hah?”  Barulah Taqim menoleh.  Senyum kelat pada Fiqri.  Laju dia lipat duit tersebut dan diselit celah wallet. 
“Jom keluar makan,” ajak Taqim tiba-tiba. 
“Eh, kata tak lapar?” 
“Mahu tak lapar.  Ini dah pukul berapa?  Dah nak pukul tiga petang…” 
“Yalah…”  sahut Fiqri malas.  “Nak makan apa?”
“Nasik campur…”
“Kat mana?”
“Mana-mana ajelah.  Lepas tu, hantar aku pergi bengkel kejap.  Motor aku dah siap.  Kau hantar aje.  Nanti aku balik sendiri.  Malam pulak aku call kau…” 
Aik… Fiqri kerut kening.  Lain macam bunyi jawapan tu.  Jangan-jangan…
“Kau nak pergi kedai semalam ke?” 
“Kan aku dah cakap, mana-mana aje.  Kau bawak aku pergi kedai semalam aku okey, kedai lain pun okey…”
Ceh.  Fiqri mencebek lebar.  Alasan!  Macamlah dia tak kenal siapa Mustaqim.  Tapi, anehnya jika benar apa yang bermain dalam kepalanya tentang Taqim dan Sirat. 



SUDAHNYA, hanya Fiqri yang makan.  Dia hanya minum bagi membasahkan tekak yang kering.  Rasa laparnya ditewaskan oleh rasa kecewa.  Semalam kata datang.  Kenapa tak datang pulak?  Sakit pulak hati aku! 
“Kau tadi kata lapar?”  soal Fiqri saat menghidupkan enjin kereta.  Macam-macamlah Taqim ni.  Tadi, tak sabar-sabar nak sampai.  Tiba-tiba aje kata tak selera. 
Haih… memang sah budak Taqim ni.  Kena penyakit sawan! 
“Kau hantar ajelah aku ke bengkel Rodi.  Pandai-pandailah aku ajak dorang makan kalau dorang tak sibuk,” suruh Taqim perlahan.
Malas dia nak jawab soalan Fiqri. 
“Yang kau ni, nak terus balik ke… nak lepak-lepak dulu?” 
“Aku balik dulu.  Malam nanti baru aku keluar.  Papa aku dah bising, asyik ponteng aje.  Kau tak apalah, kau bos…” 
Ceh… Taqim menjeling Fiqri tajam.  Bos lagilah penat buat kerja.  Ini saja cuti sendiri.  Eh, ikut sukalah.  Company aku! 
“Bukan kau kata ada meeting dengan Kuca ke?”  soal Fiqri mengingat.
“Tengoklah kalau aku rajin.  Kuca kata dia datang bengkel.  Itu yang aku nak kau hantar aku ke sana.”
“Tapi, tapi aku tak lepak.  Lain kali…” 
“Iyalah.  Aku pun ada kerjalah,” balas Taqim malas. 
Fiqri simpan senyum.  Apalah agaknya kerja Taqim ya? 
Tiba di bengkel, Fiqri terus berlalu.  Taqim langsung dapatkan Rodi  yang sedang rancak berborak dengan Kuca. 
“Amboi, sejak bukak cawangan bengkel ni, kau… dasyat, Di…”  Salam berjabat.
Rodi gelak.  Kuca juga. 
“Kau kata nak jumpa aku, Qim?  Rasmi ni, tak?”
“Dedua…”  sela Taqim.
“Eh, boleh pulak kau…”  Sempat Kuca kutuk.  Apa lagilah tak kena.  Muka sememeh macam ni.  Ada lagilah tu yang sakitkan hati dia. 
Ingatkan Taqim, teringat kisah sendiri.  Hidup sendiri bila dibuang keluarga.  Tapi dia, sebab sendiri.  Berbeza dengan Taqim bila yang menjadi sebabnya, adalah orang lain. 
“Kau okey?”  Tangan Kuca naik singgah ke bahu Taqim.
Bibir Taqim koyak dengan senyum sinis.  Angguk tak berapa yakin.  “Petang aku singgah ofis kau, Ca…”
“Hurm… datanglah.  Aku spare masa untuk kau sehari ni…”
“Gila…”  Taqim gelak lepas.  Kuca juga.  Rodi sekadar memerhati kawan dan abang iparnya.
“Eh, Di… berapa?” 
“Motor kau tu free aje.  Sikit lagipun.  Aku tumpang cat kereta mana entah.” 
“Eh kau ni.  Cat tu custom-made, tahu?”
“Aku customkan lah tu.  Jangan risau…”  Sempat Rodi kenyit mata pada Kuca. 
Tapi tak lama, bila Taqim cuba tumbuk bahu Rodi dan tawa mereka bertiga lepas.  Namun, tawa itu tak mampu menghalau gundah di hati Taqim.  Dalam kepalanya berselirat dengan beberapa garis soalan. 
Sirat yang buat dia berselirat!
“Eh, Di… mintak air sikit.  Ca, aku nak call orang kejap…”  Taqim bangkit dan menjauh sementara Rodi dapatkan dia segelas air. 
Kaki Taqim menapak ke motornya yang gagah terparkir.  Pandai budak Rodi buat.  Nampak seperti asal.  Jari telunjuknya menyentuh Bahagian yang pernah kemek sambal menanti panggilan bersambung dan bila suara itu menyapa bersama salam, Taqim hela nafas lega.  Seperti lepas bebaban  yang begitu azan untuk dia tanggung. 
“Kenapa aku pergi kedai tu, kau tak ada?  Kakak tu kata kau dah betul-betul berhenti kerja?”  Suara Taqim keras di hujung talian.
Haih… salam tak jawab manusia sorang ni! 
Sirat hanya tenang.  Mengepit telefon di antara bahu dan telinga.  Tangan dia masih ligat menguli tepung.  Nak buat kuih keria.  Sekarang, bolehlah cuba berniaga sendiri pelan-pelan. 
“Mak saya tak sihat,” jawab Sirat malas.
“Kau tak cakap pun dekat aku semalam?” 
Eh, perlu pulak ke aku cakap dekat kau?  Sirat membebel sendiri di dalam hati.  Tapi, dia malas nak layan.  Dia hanya kena sabar sikit masa aje lagi.  Tunggulah dia bayar semua duit Taqim nanti, dia akan tukar nombor telefon.  Semak aje. 
“Semalam tak ada niat lagi.  Tapi, hari ini mak saya tak sihat.  Kita ni… manusia, Encik Mustaqim.  Sekadar merancang, itu sajalah yang Allah Taala bagi dekat kita.  Selebihnya, Allah yang tentukan.  Saya dah rancang, tapi ketetapan Allah hari ini lain.  Saya redha terima.  Lagipun, sebagai manusia yang lemah… saya tak pernah tahu apa yang nak jadi pada saya biarpun sesaat lepas ni,” jawab Sirat perlahan. 
Bukan niat nak menyindir Taqim, tapi kan dia dah jawab mak tak sihat.  Andai perlu, dia nak pergi lagi sehari dua ke kedai Kak Siti.  Tapi, memang tak boleh.  Biarpun Kak Siti mengamuk masa dia call wanita itu pagi tadi. 
“Teruk?  Kau tak bawak pergi hospital ke?” 
“Mak saya tak nak pergi.  Tapi, tak adalah teruk mana.” 
“Hesy, kau ni… menyusahkan orang!”  bebel Taqim tak puas hati.
Eh, aku pulak susahkan kau?  “Apa yang saya dah susahkan awak ni?”  Sesekali Sirat toleh belakang.  Risau jugak mak terdengar.  Mati dia. 
“Aku lapar, tahu tak?” 
“Eh, lapar… silalah makan.  Apa pulak saya susahkan awak?  Bukan saya tak bagi awak makan pun,” jawab Sirat mencebek lebar. 
“Aku nak makan…”  Bicara Taqim mati di situ.  Dia telan liur sendiri berkali-kali.  Damn!  Sakit pulak hati dia. 
“Aku nak duit aku.  Motor aku dah ambik…” Laju Taqim tukar topik. 
“Oh, kiranya saya susahkan awak sebab motor awaklah, ya?” 
“Ya.  Habis tu, kau ingat aku telefon kau sebab apa?  Ambik berat pasal kau?  Oh tidaklah… aku ambik berat pasal kos repair motor aku, tahu tak?” 
Sirat bangkit.  Mencuci tangan dan memegang telefon itu kemas.  “Jujurnya, saya tak ada duit lagi.  Yang saya bagi semalam, itulah  yang saya ada.  Boleh bagi masa saya seminggu?  Saya bayar semua…”
“Seminggu lama sangat.  Tapi, memandangkan kau mintak masa… aku tak adalah kejam sangat.  Aku okey aje.  Tapi, ada bunganya…”
“Hah, bunga?  Awak tahu tak benda tu…dosa?”
“Hey, yang dosa aku.  Bukan kau!”  bidas Taqim tajam. 
Sirat terkulat-kulat mendengarnya.  “Berapa bunganya?”  tanya Sirat.  Malas nak layan orang gila ni. 
“Aku nak kau bagi aku nasik sebungkus sehari.  Tak kiralah.  Aku mintak pagi, kau sediakan pagi.  Kalau malam, malamlah.  Nanti aku call bila aku lapar.  Kau sediakan macam tu, sampai kau bayar duit aku!  Faham?!”
“Eh kejap…”  Amboi… tak cukup buli dia dekat kedai Kak Siti hari tu, nak buli dia sampai hari ni? 
“Saya tak ada masa nak layan permintaan awaklah…” 
“Okey.  Kau bayar duit aku sekarang.  Kalau tak, aku report polis!”  Sekali lagi, Taqim mengugut. 
Fuh… Sirat hela nafas berat.  Sakit betul dada dia dengan sikap Taqim.  Entah macam mana wujud juga manusia macam ni? 
“Awak sengaja nak buli saya, kan?”  tanya Sirat.  Nadanya lirih. 
Liur ditelan.  Taqim bagai nampak mata Sirat yang basah. 
“Kalau kau rasa aku buli kau, aku bayar setiap makanan yang kau masak untuk aku tu nanti…”  Terus Taqim putuskan talian. 

Dia tersandar lemah.  Kecewanya dia tadi bila Sirat tiada.  Seleranya patah riuk.  Langsung tak dijamah apa hinggalah saat ini.  Padahal, dia baru dapat rasa kasih sayang dalam masakan itu.  Rasa yang dah lama dia tinggalkan.  Hampir sepuluh tahun di belakang.  

..bersambung

33 comments:

  1. Aduh taqim
    Sudah galau hati xdpt jumpa sirat
    Makan pun xlalu

    ReplyDelete
  2. emm..kenalah sgt...sikeras hati bertemu sikeras kepala...kipidap rehan...

    ReplyDelete
  3. nak makan je...
    macam nak gaduh taqim ni.
    ego melangit je

    ReplyDelete
  4. Wahhh! Ade kuca la.. 😍..
    Makin bes cite ni..
    Tq RM..

    ReplyDelete
  5. kesiannya mustaqim..air tangan tu yg ikat hati..😍

    ReplyDelete
  6. bulan2 puasa ni taqim oi,mungkin sama naik la kita lapaq..hehe
    k taqim, good luck

    ReplyDelete
  7. Semakin byk songeh Taqim niee

    ReplyDelete
  8. Semakin byk songeh Taqim niee

    ReplyDelete
  9. Sy je ke yang menangis baca ni?? Hahaha

    Kan dah cakap, sebab masakan Sirat penuh kasih sayang la yang ikat Taqim ��.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. hai la taqim... ada juga yang bertunggu tangga kat umah sirat nanti ni. sirat bubuh kasih sayang tu... mahai ooo

    ReplyDelete
  12. Amboi mkn dgn penuh kasih sayangya taqim..

    ReplyDelete
  13. Pelik pulsk lah budak mustaqim ni... apa yg buat dia rasa kasih sayang tu ya?

    ReplyDelete
  14. Tq Rehan..makin best cerita ni

    ReplyDelete
  15. aduhhh .. kes nya sebenarnya nk makan masakan sirat tu pasal mngamuk je taqim ni

    ReplyDelete
  16. waaaa..kuca pun ada sekali..
    mahu tp malu bdk Taqim nie

    ReplyDelete
  17. semakin x sabar nak tgu episod seterusnye...

    ReplyDelete
  18. Terbaik rm����..����

    ReplyDelete
  19. Taqim... kenapa sirat... ada apa dengan sirat

    ReplyDelete
  20. Ganas²taqim mampu mencairkan hati saya ... Eh?! Hehehe. Thank you so mucho kak rehan ����

    ReplyDelete
  21. Hahaha... Taqim ni.. Pasal xde sirat terus x jdi makan...

    ReplyDelete
  22. Alahai taqim, smpai kna ugut2 pulak.. ckp terus terang nk mkn mskn sirat kan senang.. sib baik ckp nk byr 😅 sian sirat, asyik kna ugut..Tqvm RM for the update 🌹🌷 siap ada cameo kuca dan rodi 😎👍

    ReplyDelete
  23. Pinang terus je Taqim....x payah tunggu lama2

    ReplyDelete
  24. Pinang terus je Taqim....x payah tunggu lama2

    ReplyDelete
  25. Alahai...bila dlm hati ada tmn..hanya air tgn sirat yg mampu ditelan

    ReplyDelete
  26. Dah start angau Ngan masakan di sirat ke?

    ReplyDelete
  27. Aduhaiii Taqim... tak lalu makan sebab tak dapat masakan Sirat... cute la hai😍

    ReplyDelete
  28. Taqim kawtim gan wan yea..best

    ReplyDelete