PINTU bilik
daddy diketuk. Dah dua hari daddy tak
keluar bilik. Melisa pulak, lesap entah
ke mana. Apalah nak jadi. Dia pun tak tahulah. Dia pun dah banyak hari tak masuk kerja. Langsung tak dapat nak tumpu.
Kaki Taqim
merapati katil. Daddy terbaring
lesu. Wajah itu nampak pucat tapi daddy
masih nak puasa biarpun dia dah cakap, berbuka aje. Bukan sengaja, tapi memang daddy tak
sihat.
“Daddy okey
sikit?” soal Taqim, perlahan.
Pagi tadi sahur
pun, dia yang bawak naik susu dengan kurma ke bilik daddy. Itu ajelah yang daddy boleh telan. Sayu pulak hati dia.
Mata daddy
terbuka separuh. Bibir tua itu koyak
dengan senyum. Taqim bantu daddy duduk
bersandar pada kepala katil. Nafas daddy
nampak lemah. Jenuh dia pujuk daddy ke
hospital, daddy tetap tak nak. Nak dipanggil
doktor ke rumah, lagilah daddy tegah.
“Lisa ada?” soal daddy perlahan.
Taqim
geleng. Malas nak komen lebih-lebih dan
memburuk-burukkan Melisa.
Daddy hela nafas
berat. Memejam mata lama sebelum kembali
memandang Taqim. Tangan Taqim digenggam
tapi daya dia tak seberapa. Rasanya, dah
sampai masa untuk Taqim tahu segalanya.
“Daddy mintak
maaf sebab halau Qim dulu…”
“Daddy dah
mintak maaf banyak kali pasal hal ni.
Kan Qim dah balik duduk dengan daddy ni…”
“Tapi, daddy
masih risau…”
“Risau tentang
apa?” Dahi Taqim berkerut lebat.
“Lisa?” Laju dia sebut nama itu.
Daddy
angguk. Taqim ketap bibir. Rasanya, dah sampai masa dia tanya daddy akan
apa sebenarnya yang ada dalam hati daddy.
“Jujurnya, Qim
tahu, Qim sebagai anak… tak ada hak nak pertikaikan apa yang daddy buat. Tapi, sebagai seorang anak jugak… tak salah
kalau Qim tanya. Nak-nak benda tu macam
merosakkan orang tua kita. Sekarang, Qim
nak tanya daddy… hampir sepuluh tahun daddy hidup dengan dia, tanpa Qim… daddy
mesti dah tahu perangai dia, kan?”
Daddy
angguk. Hati Taqim mengeluh
sendiri. Apa daddy dah buat ni?
“Tapi, yang
pelik… kenapa daddy tak biar aje dia sendiri?
Lepaskan dia?” Akhirnya, soalan
itu terluah juga.
“Semua orang
tertanya benda sama. Tapi, niat daddy
hanya nak bantu dia, Qim. Tak logiklah
daddy nak ambik dia jadi anak angkat.
Masa tu, niat daddy hanya satu, Qim.
Nak bantu dia. Tapi, hari daddy
halau kamu tu… daddy baru tahu, niat sebenarnya dia…”
“Habis tu,
kenapa daddy masih nak dia?”
Dato’ Mustapha
senyum lebar. “Daddy yakin yang daddy
boleh ubah dia. Kerana itu, daddy masih
simpan dia. Lagipun, Qim tahu kan… dia
tiada sesiapa. Tapi, apa nak kata… daddy
memang gagal.”
Tuhan… niat
daddy baik. Kenapalah Melisa buta sangat
matanya.
“Dia memang terlalu
sukakan kamu, Taqim. Sampaikan setiap
penilaian dia, hanya berlandaskan nafsu semata-mata,” tambah daddy lagi.
Taqim ketap
bibir. Geram sungguh dia dengan Melisa
ni. Tapi, apa yang mampu dia lakukan
selain elakkan diri. Segala nasihat,
sudah tidak berbekas lagi pada Melisa.
Perasaan Melisa itu sepertinya sudah menjadi darah daging yang membaluti
tulang.
MUSTAQIM duduk
di dapur. Melihat Mak cik Azi memilih
bahan untuk memasak. Seperti nampak
Siratul. Buatkan dia lebarkan sengih
tanpa sedar.
“Ingat Siratul
ke?” tegur Mak cik Azi.
“Eh…” Taqim tegakkan tubuh. Cuba menafi, tapi tak berjaya bila senyuman
dia makin lebar.
“Mak cik tengok
dia malam tu, okey tak?”
“Eh, okey
sangat. Pandai Qim pilih…” Bukan nak memuji, tapi kebenaran. Malah, suami dia pun tak putus dok puji
Siratul. Dato’ lagilah. Tak sabar dah nak buat menantu.
“Nak kata pilih
tu, bukan Qim yang pilih. Rasanya, Allah
tu sayangkan Qim. Itu yang Dia hantar
gadis sebaik Siratul untuk lelaki sejahat Qim ni…” Dia dah ceritakan segalanya pada Mak cik Azi
bagaimana pertemuan dia dengan Siratul.
Bukan sekali dia sakiti hati gadis itu tapi berkali-kali.
“Qim jadi macam
tu, bersebab. Qim yang sekarang ni, sama
dengan Qim yang dulu. Yang sedikit itu,
anggap ajelah kelemahan Qim sebagai manusia.
Mana ada manusia sempurna…”
Taqim
angguk. Setuju dengan kata-kata Mak cik
Azi. Lihat saja pada Siratul. Nampak begitu kuat dan gagah. Satu hari, ujian mendatang… airmata gadis itu
menitis juga. Itulah yang dikatakan manusia
biasa.
“Dia setuju ke
nikah raya kedua?” soal Mak cik Azi bila
teringat akan cerita Taqim semalam.
Taqim
angguk. “Begitulah katanya… tapi, Qim
risaukan daddy…” Pandangan resah
dihantar pada Mak cik Azi hinggakan orang tua itu turut sama resah.
“Mak cik pun
sama. Tapi, itulah… Dato’ tak
sudah-sudah risaukan Melisa. Ini dah dua
tiga malam tak balik. Sejak dulu, macam
inilah. Tapi, mak cik faham, Dato’ yakin
Melisa akan berubah. Nampaknya sekarang,
susah…” Mak cik Azi menggeleng kesal.
“Apa yang dah
jadi dalam masa Qim tak ada ni, makcik?”
“Tak banyak
benda jadi, Qim. Dato’ halau Qim dulu
sebab dia rasa dia perlu…”
Kata-kata Mak
cik Azi buatkan hati Taqim terbersit.
“Memang sejak
kahwin, Melisa tidur bilik lain. Hari
yang dia fitnah Taqim tu, Dato’ sendiri terkejut macam mana Melisa boleh ada
dalam bilik dia. Masa tu, dia tahu…
Melisa cuba perangkap Taqim. Sebab tu,
Dato’ halau Taqim keluar. Masa tu dia
tak boleh fikir. Hanya dengan cara itu
dia boleh kekang Melisa. Dia tak nak
perkara macam sekarang ni, terjadi.
Sebab tu jugak, dia tak pernah lepaskan Melisa. Dato masih simpan harapan untuk Melisa
berubah…”
“Jadinya selama
ni… daddy nak lindung Qim?” tanya Taqim
dalam perasaan yang bercelaru.
“Begitulah niat
Dato’, Taqim. Sebab tu dia sabar dengan
karenah Melisa biarpun katanya, setiap hari… hampir tak tertanggung dosa kerana
tak mampu mendidik Melisa. Dato’ juga
tahu, kalau dia lepaskan Melisa, Melisa akan terus buru Taqim. Sampai masa, Taqim tak boleh lepaskan diri
kalau Melisa perangkap Taqim…”
Cerita Mak cik
Azi itu benar-benar menyentap tangkai hati Taqim. Sekujur tubuhnya dirasakan menggigil.
“Qim tak
sangka…”
“Tiada siapa
sangka. Tapi, memang itulah kenyataan
yang Dato’ mintak kami rahsiakan daripada Taqim. Dato’ tu memang tak sihat, Taqim. Mak cik risau sangat…” luah Mak cik Azi masih cuba menyembunyikan
sesuatu.
“Daddy memang
sakit teruk, kan? Dah lama kan, mak
cik?” Saja Taqim menduga dan bila Mak
cik Azi dia, Taqim tahu… telahan dia tepat.
Daddy… kenapa
daddy tanggung sorang-sorang?
Taqim
bangkit. Dia kena temankan daddy. Baru nak menapak naik, pintu besar itu
terkuak lebar. Wajah Melisa muncul. Taqim langsung tak terkejut. Dia hanya memandang seketika, sebelum mendaki
anak tangga tapi pendakian dia terhenti separuh jalan bila suara Melisa
menahan.
“You sengaja nak
elak daripada I?”
Taqim senyum
sendiri. Menoleh. “Tiada siapa nak elak kau dalam rumah ni,
Lisa. Ini rumah kau jugak. Kau boleh keluar masuk sesuka hati kau. Tapi, satu aku mintak… jangan buat
perangai. Kau sendiri tahu, daddy aku
tak sihat…” pinta Taqim perlahan.
“You memang tak
pernah pedulikan I, kan?”
Dahi Taqim
berkerut. Tak faham sungguh dia dengan
Melisa ni. “Kau tak selesa ke aku ada
dalam rumah ni?”
Melisa ketap
bibir. Tak… dia suka Taqim ada dalam
rumah ni. Tapi, sejak dia tahu hati
Taqim sudah dimiliki, itu yang
menjadikan dia tak selesa.
“You betul-betul
cintakan dia, kan?”
“Soal hati, aku
tak pernah buat main, Lisa. Sebab tu
dulu, bila aku kata aku tak suka kau… aku cakap terus terang. Bukan main-main. Aku tak pernah mainkan perasaan kau. Aku tak pernah mintak kau tunggu. Ya, mungkin silap aku sebab pernah cakap
kesat dekat kau, tapi kau yang tak pernah faham. Tak cuba nak faham. Segala apa yang jadi dekat kau hari ni,
adalah keputusan yang kau buat sendiri, Lisa.
Orang lain tak bertanggungjawab atasnya.
Tapi, kau dah banyak buat hidup orang lain susah…” Taqim turun beberapa anak tangga.
Hari ni, biarlah
segalanya terlerai. Dalam hidup dia,
tiada lagi yang penting. Harta
daddy? Dia pun ada harta sendiri. Pada dia sekarang, hanya daddy dan Siratul. Itu saja.
“Apa yang kau
dapat Lisa lepas buat semua ni?” tanya
Taqim bila dia berdiri di depan Melisa.
“I buat semua ni
demi you…” Birai mata Melisa basah. Suaranya tenggelam timbul. Segala tenaganya seperti tiada berbaki
menghadapi lelaki sekeras Taqim.
“Demi kau
sendiri, Lisa. Aku dulu pun banyak
salah, tapi kau tahu daripada aku belajar sikit sabar ni. Aku belajar daripada Siratul. Dia yang aku banyak sakiti, dia juga yang
banyak ubati hati aku. Kalau kau nak
tahu, dia tak bagi aku marah kau pasal kes kau ranapkan gerai dia. Pertama kali aku tengok dia menangis,
Lisa. Kau tak tahu, sakitnya hati
aku. Tapi, dia tak bagi aku marah kau
walau sepatah. Sebab tu, aku buat tak
tahu. Tapi, ada kau fikir… setiap apa
yang kau buat… yang kau kata demi cinta kau pada aku, kau buat untuk kepuasan
diri sendiri. Yang tak pernah nak terima
keadaan. Aku tak nak marah-marah lagi,
Lisa. Bulan puasa ni, memang syaitan tak
ada. Yang tinggal hanya nafsu yang
macam-macam. Aku sedang belajar
tundukkan nafsu aku, Lisa. Aku pun harap
kau buat benda sama…” nasihat Taqim
panjang lebar.
Dia nak menoleh
tapi suara Melisa menyekat lagi langkahnya.
“You tak
habis-habis dengan Siratul, kan?”
“Memang tak akan
habis sebab aku memang nak dia jadik isteri aku. Antara kita, memang mustahil. Andai dulu pun tak, sekarang memang tak
mungkin. Aku harap kau sedar…”
“Tapi, I tak
boleh lupakan you, Taqim. I cintakan
you. Siratul pun tak mungkin dapat
cintakan you macam I cintakan you!”
jerit Melisa tiba-tiba.
Airmatanya mengalir laju. Dah dua
tiga hari dia tak balik. Jujurnya, dia
takut juga lepas hari dia rosakkan gerai Siratul.
Taip, Taqim masih
tak lepas membela nasib perempuan itu.
“Cinta kau,
cinta yang dusta, Melisa. Cinta yang
berlandaskan nafsu semata-mata dan aku adalah kepuasan kau,” ucap Taqim
perlahan dan kali ini, dia benar-benar berpaling biarpun kata-kata Melisa terus
menyusup masuk ke dalam telinganya.
Dia lebih
risaukan daddy dan sungguh, bila dia tiba di bilik daddy… tubuh daddy terkulai
di birai katil. Dada Taqim berdetak
hebat. Dia kaku di situ buat beberapa
ketika dengan sekujur tubuh yang menggigil.
MELIHATKAN keadaan
Taqim, Siratul hanya mampu berdoa dalam hati.
Dia juga terkejut bila Mak ci Azi telefon dia mengatakan berita
buruk. Tuhan… permudahkanlah segala
urusan. Hanya itu yang dia mampu
panjatkan. Untuk ketabahan Taqim
lebih-lebih lagi.
Sesekali, Sirat
letak kepala di bahu Wan. Lepas Maghrib
tadi, dia kembali ke depan dewan bedah.
Taqim hanya berbuka dengan sebiji kurma dan seteguk air. Disuruh makan pun, lelaki itu menolak.
“Qim, jom kita
pergi makan sikit…” Fiqri memujuk.
Taqim
menggeleng. “Aku nak tunggu daddy keluar
dulu…” Suara Taqim serak. Dia sebenarnya dah sedia untuk sebarang
kemungkinan, Cuma dia masih mahu masa dengan daddy biarpun sedikit.
“Aku banyak
berdosa dekat daddy, Fiq…”
“Qim… jangan
macam ni…”
“Tak, kalau aku
dah menjawab dengan Lisa siang tadi… tentu daddy tak pengsan…”
“Qim, benda dah
jadi. Jangan salahkan diri sendiri,”
pujuk Pak cik Husin pula.
Mak cik Azi
masih setia duduk di sisi Siratul yang nampak sedikit penat. Tapi, masih gagah datang menemani Taqim
sebelum Fiqri tiba.
Perlahan-lahan,
Sirat bangkit. Dekati Taqim dengan
mangkuk tingkat yang memang ada dalam raga motor Wan sejak petang tadi. Dia nak Wan hantarkan sebenarnya tapi berita
mengejutkan ini, menjadikan perancangan dia berubah.
“Taqim…” Sirat menyeru. Fiqri bangkit dan berlalu. Membiarkan Sirat memujuk hati Taqim.
Melihat mata
merah Taqim, patutnya dia terima cadangan Taqim untuk akad nikah terus. Tapi, dia memang tak tahu apa yang akan
terjadi. Dia Cuma mahukan yang terbaik
buat lelaki ini dan yang terbaik itu adalah meluangkan sepenuh masa dengan
ayahnya sementara masih berkesempatan.
“Saya mintak
maaf. Dalam keadaan mendesak macam ni,
saya tak boleh nak sapu airmata awak.
Tak boleh nak peluk awak. Tak
boleh segala-galanya. Semuanya
membataskan. Tapi, satu yang saya boleh
buat. Ini…” Sirat tunjuk mangkuk tingkat itu pada
Taqim.
Bibir lelaki itu
koyak dengan senyuman tipis yang tawar.
Wajah Taqim nampak penat.
“Masih sudi rasa
masakan saya sikit?” Pandai Siratul
berbahasa.
“Saya tak
lapar…”
Jawapan itu,
Sirat dah dapat agak. “Awak rasa tak
lapar. Tapi, perut awak perlukan hak
lepas seharian menahan lapar dahaga. Tak
banyak, sikit pun jadi. Awak macam ni,
orang-orang yang sayang awak jugak jadi risau…”
Taqim pandang wajah-wajah
yang ada bersama. Kerisauan memang jelas
pada wajah masing-masing. Dia
kemudiannya, kembali memandang Siratul.
“Kalau jadi
apa-apa dekat daddy, saya masih tak mampu tebus silap saya sepuluh tahun ni…” luah Taqim dengan airmata yang meniti pada
tubir.
“Setiap yang
hidup, pasti merasai mati, Taqim. Daddy awak,
awak sendiri, saya dah semua yang hidup.
Bila tiba masanya, satu perkara yang boleh kita buat. Terima dengan hati yang redha. Kematian hanya pengakhiran pada hidup yang fana,
Taqim. Hidup abadi menanti di sana. Moga Allah temukan kita semua dalam
syurganya. Tiada apa yang nak
ditangiskan. Usah awak tangiskan, kerana
hidup ni memang satu perjalanan. Sama ada
pendek atau panjang, itu bukan ketentuan kita.
Milik Allah semua jangka masa itu.
Saya bukan nak pandai-pandai tapi saya pernah lalui perkara yang
sama. Cuma saya rasa awak lebih bertuah
sebab awak ada segalanya. Saya dengan
Wan, ayah pergi masa kami benar-benar memerlukan. Akhirnya, saya sedar… yang kami perlukan
hanya pertolongan Allah Taala…”
Menerima kata-kata
Siratul, hati yang merusuh… terasa kian tenang.
Namun, tenang itu tak lama bila doktor keluar daripada bilik bedah
dengan wajah yang murung. Saat ini,
Taqim pejam mata. Tangannya merayap pada
lengan Siratul yang berlapik kain. Digenggam
erat kerana dia tahu, yang hidup pasti akan mati. Dia cuma berharap sedikit ketabahan daripada
gadis ini.
Allahu..... Semoga Taqim diberi kekuatan iman dlm menghadapi segala nya. Sirat sentiasa lah di sisinya sebagai pendamping waktu susah senang. Taqim...Sirat...bertabahlah
ReplyDelete-Azzna -
Tak faham dgn daddy taqim tu...dah tahu sikap lisa knp dlu pukul Taqim teruk ?? Nak lindungi pun halau je la kan... tu yg pelik....
ReplyDeleteCepat2 la kawin taqim...seriau tgk lisa tu psiko dan obses sgt
Kehilangan..sesiapa yg rasa pasti akan ketahui..😢
ReplyDeleteMakkk..risau jugak aku dgn taqim ni
ReplyDeleteUhuk2
Sedih.....
ReplyDeleteAllahu... Semoga taqim kuat menerima apa jua berita yang mendatang
ReplyDeleteYa Allah...apakah ....ya Allah..sedih la plak...sambung2 jgn x sambung
ReplyDeleteSob2..sedih..
ReplyDeleteAllah. Harap tabah n kuat kn semangat ye Qim
ReplyDeleteSedih...kesiannya Thaqim..10thn masa utk bersama daddy terbuang mcm tu jer...
ReplyDeleteHmm...entah apa la Lisa nk buat lg selepas ni...
ReplyDeleteAllahhh .. moga tabah lah taqim
ReplyDeleteDugaan buat taqim moga tabah n sentiasa bersyukur
ReplyDeleteKuatkan hati taqim2
ReplyDeleteSedihnya...😢 be strong taqim! apa tindakan lisa lps ni klu daddy Xde.. Tqvm RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteBe strong taqim
ReplyDeleteBe strong taqim
ReplyDeletesedihnya.... bertabah ya Taqim
ReplyDelete