MELIHAT betapa
berseleranya Taqim berbuka, Sirat sesekali berdeham. Ini dah pinggan ke berapa dah. Tak malunya la hai… anak siapalah ni? Haih… patut dia suruh aje Taqim bagi berbuka
sorang dekat rumah atau dekat masjid.
Kurang sikit pelahap tu.
“Abang dah
berapa hari tak makan nasik?”
Fuh… akhirnya,
Wan tolong tanya apa yang bermain dalam kepala Sirat. Dia terus mengerling Taqim. Mak hanya senyum. Dia yang tak selesa. Mak ni, nampak dah suka sangat dekat
Taqim. Padahal baru jumpa kot.
“Err…” Taqim angkat wajah. Terhenti suapannya. Cepat-cepat dia telan nasik dalam mulut
hingga tersedak. Air yang nak digapai,
jauh pulak. Lantas, gadis di depannya
menghulur gelas air putih yang masih berbaki separuh.
“Hesy… kenapa
bagi air yang Sirat dah minum?” tegur
mak mencuit tangan Sirat.
“Oh…
maaf-maaf. Kejap…” Tindakan refleks.
“Eh, tak
apa…” Tak sempat nak letak dan capai
gelas lain, Taqim lebih dulu mengambilnya.
Diteguk perlahan, hingga ke titisan terakhir. Wahhh.. kenapalah air masak ni rasa manis
macam air Katira?
Tidak dapat
tidak, sengih dia kian lebar. Tak boleh
nak sorok. Apa nak buat ni. Nak dilarang… bibirnya memang tak nak dengar
kata sekarang. Sedangkan tiga pasang
mata sedang memandang dia. Nak-nak mata
Sirat. Tajamnya boleh membelah jasad
menjadi dua. Tapi Taqim… tak mampu lagi
menegah senyuman itu daripada terus menjalar ke seluruh wajah.
Parah!
“Orang berbuka,
tak elok makan banyak gitu gaya, Encik Taqim…”
Teguran Sirat
mematahkan senyum yang baru nak berdahan.
Baru bertunas ni. Tak bercambah
dan kembang setaman lagi. Dah diracun
dengan sindiran pedas Sirat. Dia
kerutkan kening.
“Apa kita,
berhenti dulu… lepas tu pergi solat Maghrib…”
Sirat kerling Wan. Dihantar isyarat
mata. Pergi solat. Lagi lima belas minit nak jam lapan.
Dia juga turut
sama bangkit. Berlalu ke dapur. Meninggalkan Taqim dan mak.
“Dah, letak aje
pinggan tu kalau dah sudah. Itu bilik
Wan. Pinjam kain dengan dia. Kalau nak solat dekat masjid dekat sini pun
tak apa, kalau rasa tak larat… nak balik rehat terus, pun boleh. Tapi, cuba-cubalah isi waktu malam dengan
terawih, ya?”
“Tak
apalah. Saya bawak ke dapur…” Bibir Taqim robek dengan senyum. Bukan nak pergi sebab Sirat ada dekat dapur
tapi dah biasa begitu. Sejak dulu
lagi.
Sirat letak
pinggan dalam sinki. Haih… rasa macam
menyesal pulak ajak Taqim berbuka puasa di rumah ni. Buat malu ajelah. Technically, bukan dia ajak. Si Wan tu ha… pembelot punya adik! Nak marah, tapi entah kenapa, dia mengulum
senyum. Terasa lapang dada tapi, tak
lama. Kerana sejarah lalu Taqim sedang
merusuh di dalam fikirannya.
Sepuluh tahun,
bukan waktu yang sekejap. Jika Taqim
begitu berjaya di dunia, tidakkah Taqim juga mahu berjaya di akhirat dan lelaki
tua bergelar ayah itu adalah salah satu tiketnya?
“Marah saya ke?”
“Hah?” Laju Sirat tutup air. Dia ketepi memberi laluan Taqim membasuh
tangan. Bila Taqim menjauh, dia pandang
lelaki itu.
“Awak makan
selera betul. Orang puasa, tak elok berbuka
macam tu sekali. Sedangkan nabi dah
pesan. Satu pertiga perutmu untuk air,
satu pertiga untuk makanan dan satu pertiga lagi untuk udara. Agar senang nak bernafas. Tapi tengok daripada awak makan, rasanya
memang penuh dengan makanan. Awak tahu tak…
bila perut dah kenyang, taka da ruang langsung untuk bernafas, nak beribadat
pun rasa berat badan. Mata pun turut
sama berat. Sudahnya terlentok
tidur. Maghrib lambat, Isyak boleh jadi lambat sebab tertidur. Terawih jangan cerita sedangkan Allah dah
pesan untuk kita bangkit dan qiam bersama imam dan qiam di sini adalah solat
sunat terawih itu sendiri,” tambah Sirat lembut.
“Awak faham,
kan?” Keningnya naik sedikit.
Bila Taqim
angguk, Sirat juga angguk.
“Awak pergilah
ambik wudhuk. Dah lewat ni. Wan dengan mak mesti tunggu awak berjemaah…”
“Jemaah?” Wajah Taqim nampak terkejut.
“Kenapa?
Risau orang suruh jadik imam?”
Sirat koyak senyum sinis. “Jangan
risau. Wan selalu jadi imam untuk
kami. Awak boleh jadi makmum sampai awak sendiri bersedia nak
jadi imam…” ujar Sirat penuh makna.
Mengerti akan
apa yang Sirat cuba sampaikan, Taqim balas senyuman sinis tadi tapi senyuman
dia manis. Ikhlas. Sepertinya, bumi ini terbalik. Jika sebelum ini, senyuman pedas begitu, dia
yang selalu adun tapi hari ini, bibir comel itu pula yang menjadi tuan.
“Awak tak boleh
pandang saya sebelah mata. Tak boleh
judge saya…” Sepertinya Sirat memang
anggap dia tak reti jadi imam.
“Saya tak adili
sesiapa. Bukan hak saya. Kalau awak tak sedia lagi, usahalah untuk
bersedia. Jika dah sedia, baguslah. Saya tumpang gembira,” akui Sirat jujur.
“Situ bilik air.” Jari telunjuknya lurus pada pintu plastic warna
kuning cair tersebut.
“Saya masuk
bilik kejap…”
Taqim hanya mampu
pandang Sirat berlalu. Sekali lagi,
tiada kata-kata yang berdaya dia luah melainkan hanya mampu menelan liur
sendiri. Kata-kata itu, buatkan pipinya
terasa sedikit pijar tapi setiap susunan ayatnya, merupakan kebenaran. Jadi, dia tak akan meningkah.
Dia berlalu ke
bilik air. Mencuci muka dan langsung
mengambil wudhuk. Sebaik saja dia
melangkah keluar, Sirat sudah sedia menanti.
“Mak dengan Wan
dah siap. Ini…” Sehelai kain di hulur pada Taqim. Juga sehelai baju-T.
“Eh, tak
apa. Baju saya okey aje ni…” Taqim belek tubuh sendiri. Disapu lengan kemeja yang sejak petang tadi
tersinsing hingga paras siku.
“Ya, seluar
dengan baju awak okey aje. Tak koyak
mana-mana. Tapi, seluar dengan baju tu
rasanya seharian dah awak pakai. Tukarlah
kejap. Tak rugi apa-apa. Nak jumpa Allah ni… pakaian tak baru, tak
apa. Janji bersih. Sedangkan nak jumpa kekasih fana pun, kita
sebagai manusia berhias bersiap bagai tak ingat dunia… apatah lagi Yang Abadi
yang bagi kita segalanya. Betul tak?”
Bicara Sirat
menusuk tepat ke jantung Taqim. Dengan
tangan yang menggeletar, disambut huluran Sirat. Dan, gadis itu terus berlalu. Mata Taqim basah. Entah air wudhuk, atau airmata… dia sendiri
tak pasti. Yang pasti, hatinya terasa
benar-benar pilu. Ada rasa rindu pada
yang telah sepuluh tahun dia mahu lupakan.
HATINYA terasa
begitu sebak. Bergelodak segala rasa
yang ada dalam dada. Melihat Taqim
mengesat airmata, rasa bersalah juga. Tapi,
dia cuma mahu Taqim sedar akan sesuatu. Tiada
apa di dunia ini yang mampu menggantikan kasih sayang Tuhan pada setiap
hamba. Malah, dia juga. Boleh jadi dia menjadi kebaikan pada
Mustaqim, boleh jadi juga menjadi punca keburukan.
Sirat kesat
birai matanya. Tak tahu kenapa, dia
intai ruang tamu yang hanya sekangkang kera itu, Taqim yang imamkan solat. Biarpun hanya bacaan daripada surah Mukadam,
ianya indah didengar. Sirat terus intai
daripada celah pintu yang dibuka sedikit.
Wan sedang bersalam dengan Taqim.
Nampak lelaki itu tercari-cari dia.
“Sirat…” Taqim hanya sebut nama itu.
Wan sengih. “Kakak tak puasa…”
“Oh…” Wajah Taqim merah tiba-tiba. Patut dia dah dapat agak bila Sirat langsung
tak bergegas untuk solat tadi. Hanya menggesa
dia dan Wan.
“Abang nak ikut
saya terawih?”
Taqim senyum dan
menggeleng. “Abang kena balik. Nak tukar baju dulu. Abang pergi solat dekat surau dekat rumah
abang aje. Lain kali, ya?” pujuk Mustaqim bila melihat Wan
mencebek.
“Kenapa tak
pakai baju tu aje?” soal mak.
“Oh… segan pulak
saya, mak…”
“Nak segan
apa. Itu baju dan kain arwah ayah
Siratul. Elok dia jaga. Adik dia pun, dia tak bagi guna. Katanya, nak buat kenangan sehelai dua. Yang lain, semua dia sedekah. Tapi, dia bagi dekat Taqim…” cerita mak perlahan.
Pipi Siratul
pijar. Dia segera menutup pintu sedikit
kuat hingga bunyinya membawa tiga pasang mata memandang ke pintu bilik.
Hesy… budak Wan
ni. Orang tak boleh puasa pun, nak cakap
ke? Dia duduk di birai katil.
Mak di luar hanya
mampu tersenyum tipis. “Apa lagilah
Siratul tu buat?” soal mak lebih pada
diri sendiri.
“Oh, ya… kalau
Taqim nak balik, tunggu kejap. Mak mintak
Siratul siapkan bekal sikit buat sahur.”
Mak bangkit.
“Eh, mak…
jangan-jangan…” Taqim menahan. “Jangan susah-susah, mak. Mak bagi saya buka puasa dekat rumah mak pun,
dah satu rahmat. Saya beli aje
nanti. Saya dah biasa makan dekat
kedai. Mak jangan risau…”
“Iyalah. Itu sebelum rasa masakan Siratul. Dah rasa, takut tak boleh makan dekat kedai
dah,” usik mak. Bukan nak puji, tapi air
tangan Siratul memang sedap. Malah,
arwah suaminya juga selalu puji lebih sedap daripada air tangan dia.
“Makkkk…” Taqim menyeringai menahan malu. Tapi, itulah kebenarannya. Sampai dekat nak sasau.
“Alaa,
bang. Malu tapi mahu pulak…” Wan siku lengan Taqim.
“Safwan… tak
baik usik orang lebih tua…”
Terus Wan
tunduk. “Yalah, mak...”
Melihat keharmonian
keluarga kecil ini, di dalam rumah yang kecil dengan serba-serbi dirasakan tak
lengkap… berbeza sungguh dengan rumah banglo yang pernah dia tinggal malah
rumah dia sendiri sekarang. Lengkap
segalanya tapi masih terasa kosong.
“Taqim tunggu,
ya?” pinta mak separuh merayu.
“Iyalah, mak…” Taqim turut bangkit. Dah sedia nak masuk tukar baju dalam bilik
Wan. Dia kena balik. Dah lama sangat ada dekat sini. Rasa aneh pulak. Menyusahkan pun ya. Takut timbul fitnah pun ya. Nak-nak bulan Ramadan ni. Biarpun ramai, tapi mulut manusia… akan
adakan apa yang tiada. Lagipun, Siratul
perlukan rehat. Cukuplah dulu buat
setakat ini. Dia tak mahu terlalu mendesak.
Jujurnya, perasaan Siratul padanya tak ubah seperti jinak merpati. Mahu dia tangkap dan kurungnya dalam hati,
hati Siratul seperti mahu lari.
WAJAH mak
dipandang. Senyuman mak, manis. Siratul ikat rambut yang baru saja dia
sikat. Malas nak keluar lagi sementara
Taqim ada. Dah balik nanti, dia
keluarlah kemas dapur.
“Kenapa mak
pandang Sirat?” soalnya bila mak
merenung tak lepas.
“Sirat tak
selesa dia ada?”
“Sangat tak
selesa sebenarnya, mak. Selain Wan,
tiada lelaki lain yang pernah masuk dalam rumah ni lepas arwah ayah tak
ada. Janggal sangat. Tapi, tadi… Wan dah ajak, tak apalah. Bagi orang puasa makan ni, Sirat tahu besar
pahalanya…”
Mak labuhkan
duduk di sisi anak gadisnya. Memegang tangan
Siratul.
“Apa yang buat
Sirat resah sebenarnya?” Mak boleh
nampak. Sejak berbuka tadi lagi. Sepertinya hal antara Sirat dan Taqim, belum
temui penyelesaian.
“Sirat masih
marah pada dia?”
Sirat ketawa
kecil. “Bukan antara kami, mak. Tapi, kawan dia ada cerita tentang Taqim
dulu-dulu. Macam mana dia kena
fitnah. Macam mana dia kena pukul dan
kena halau oleh ayah dia sendiri. Sejak tu,
dia tak balik. Beberapa hari sudah,
katanya dia terserempak dengan ayah dia.
Ayah dia pulak, dengar khabar kurang sihat…”
“Jadinya?” Mak meminta Sirat meneruskan kata.
“Jadinya, Sirat
tak nak dia rasa menyesal, mak. Menyesal
seperti mana yang Sirat rasa. Tak sempat
buat apa-apa dekat arwah ayah. Ayah dah
pergi. Sirat redha. Kalau kata mak sebagai isteri yang hidup
lebih lama dengan ayah, susah-senang bersama… mak boleh redha dan lepaskan ayah
pergi dalam senyuman biarpun dalam keadaan tiba-tiba, Sirat pun perlu
redha. Tapi, jauh di sudut hati, Sirat
nak ayah rasa hasil titik peluh Sirat. Nak
rasa jaga ayah. Tapi, peluang tu, dah
ada. Sekarang, Taqim masih ada
ayah. Sirat tak nak rasa kesal dia
berkali ganda lebih lagi daripada Sirat, mak…”
Mata mak
bergenang. Bahu Sirat dipeluk dan diusap
lembut. Tepatlah didikannya. Sirat memang anak yang baik. Matang dalam setiap segalanya.
“Kalau gitu,
tugas Sirat untuk pujuk dia…”
“Macam mana
kalau dia marah, mak? Rasanya, kalau
Sirat sebut tentang ayah dia dan apa yang dah jadi, macam menjolok sarang
tebuan, mak. Gamaknya, api dalam dada
dia baru saja nak jadi bara. Sirat tak
nak kata-kata Sirat jadi minyak tanah. Marakkan
kembali api tu…” Jujurnya, dia tak
yakin. Cuma, mendengarkan Fiqri merayu,
dia memang tak nak Taqim kesali segalanya di kemudian hari.
“Mak yakin,
kasih sayang Sirat pada dia dan kasih sayang dia pada Sirat, akan buat dia
terima dengan hati terbuka. Pujuk ni,
nak… bukan untuk memaksa. Sirat kena
pegang satu perkara itu aje. Hak dia
untuk terima atau tak,” pujuk mak memberikan sokongan.
“Mampu ke Sirat,
mak? Untuk berjalan dengan lelaki
seperti dia?” Waktu ini, airmata Sirat
meleleh ke pipi. Tepatkan tindakan dia
mencintai Taqim? Rupanya, mereka beza
langit dan bumi.
Siapalah dia? Bagaimana satu hari, keluarga Taqim
mempersoalkan semua itu? Dia takut kala
itu, dia menangis tak terseka.
“Hidup ini,
memang satu perjalanan, Siratul. Berjalanlah
biarpun mungkin keseorangan. Allah ada…” Pelukan bertaut erat.
Sirat hampir
teresak-esak jika dia tak dengar ketukan pada pintu. Suara Wan memanggil berkali-kali.
“Ya, Wan…”
“Abang Taqim nak
balik dah…”
Mak tepuk
dahi. “Mak sebenarnya masuk ni nak
mintak Sirat sediakan makanan sikit untuk Taqim buat sahur…”
“Sebelum ada
Sirat, elok aje dia sahur…” Bibir Sirat
mencebek lebar.
“Haip… ingat
pahala.”
“Iyalah, mak…” Sirat akur.
Disarung tudung atas kepala. Lengan
baju yang tadinya tersinsing hingga lengan, diturunkan hingga ke pergelangan
tangan.
Dia bangkit. Sebaik saja keluar, Taqim sedang duduk di
atas kerusi usang dekat dengan pintu. Dia
hadiahkan sekuntum senyum sebelum berlalu ke dapur. Tubuh Taqim kaku di situ. Memandang dinding dapur. Seperti tembus. Nampak susuk Siratul. Tapi, hanya dinding putih semata-mata.
Kenapa? Setelah sekian lama, gadis ini mampu
mengingatkan dia pada lelaki yang dia gelarkan daddy? Tak lama, Siratul keluar dan mendekati
dia. Wan sedang berdiri di muka pintu
nak keluar dengan Taqim.
“Nah…” Mangkuk tingkat yang pernah dia hempas,
dihulur pada Taqim. Syukurlah tak
pecah.
“Cepatnya?”
“Hurm… saya dah
masak siap-siap sebenarnya. Simpan dalam
peti. Saya dah panaskan. Kot lepas solat terawih, rasa lapar… makan
ajelah. Cukup sampai sahur. Saya akan masak untuk awak, sampai awak cakap…
tak nak makan lagi masakan saya. Masa tu,
saya akan berhenti…” luah Sirat.
Taqim angguk
dengan senyuman biarpun wajahnya sedikit kelat.
Dia pandang bekas ini. Dia cam. Tak boleh dia nak ingat bagaimana Sirat
mengamuk malam itu.
“Nampaknya, saya
tak akan mintak awak berhenti untuk selamanya…”
jawab Taqim perlahan.
“Erm… saya tahu.” Mata bundar Sirat mengerdip sekali.
Uih....rasa macam dlm perut kite ade rama2 berterbangan...tq RM....
ReplyDeleteSelamanya sirat mmpu masak utk taqim
ReplyDeletebunga bunga sakura kian mengembang nmpknyaa
ReplyDeleteWah utk b'buka. TQ sis. U can do it Sirat
ReplyDeleteTq sis...nak lg....
ReplyDeleteBesttttt..thank youuuu
ReplyDeleteSambil2 berbuka kita bace ni.... sengeh2 je laa depan en.suami....
ReplyDeleteamboiii kemain sirat berayat ye ..
ReplyDeleteTak mampu berkata-kata ...
ReplyDeleteBest sangat
Thanks kak RM dah update...
Sirat yg penuh tersirat pertuturannya....sukanya dgn hero heroin awak ni cik rm
ReplyDeletenanti apabila hati sedia mnerima masing2...
ReplyDeleteAdakah ruang untuk mereka bersama...
Alhamdulillah... semakin menarik kisah Siratul Mustakim... Thanks Rehan😘
ReplyDeleteBc novel RM ni byk ilmu yg dpt sebenonye..time kasih kongsi ilmu wlupn dlm bentuk sweettttt camni..melting je rs..
ReplyDeleteTQ RM������
ReplyDeleteBest...👍👍👍👍
ReplyDeleteSemoga lembut hati taqim utk maafkan ayahnya... yerima kasih rehan
ReplyDeleteSiratulmustaqim.. 😍😍😍
ReplyDeleteHarap2 sirat blh pujuk Thaqim utk memaafkan daddy dia..
ReplyDeleteThanks rehan
ReplyDelete.....melting dah ni
Ayat tersirat yg so sweet
ReplyDeleteWah....masak utk selamanya������
ReplyDeleteTerima kasih rehan....
ReplyDeleteAcececehhh..dah pandai bagi ayat bunga² dah sekarang bijok ah
ReplyDeleteEhwah2...sronaklah taqim tuh..
ReplyDeleteNak rasa air tangan surat juga ehhh , sini pun ngidam jugk
ReplyDeleteKemain pakcik makcik ni memasing malu egegege.
Macehh karehan updated laju laju. Rajin awok ��
Baguihlar dh ingat kat daddy..dpt bini n berbaik gan daddy skaali
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSo sweet...😍😍
ReplyDelete💓💕💕💕💕💕💕💝💝💝💗💗💘💘💘💘💜💜💜💞💞💞💟💟💟💟💟
ReplyDeleteHahaha taqim mkn gitu sbb qadha yg berhari2 Xdpt rasa air tgn sirat 😅😆😂 hopefully taqim blh terima pujukan sirat nti. Cuma risau mak tiri dia nk buat onar apa pulak lg lps ni 😔 tqvm RM for the double update 🌹🌷
ReplyDeleteSweet sgt2..dgn cara tersendiri
ReplyDeleteYeayy. Dah ada tukang masak. Tq
ReplyDeleteBila sirat berkata2 .menusuk kalbu..sesungguhnya ikatan hati mrk semakin kukuh walau hanya melalui pendangan mata....tq RM...Bestnyer...
ReplyDelete