Thursday, June 08, 2017

Usah Kau Tangiskan 13

DARIPADA jauh, dia hanya mampu pantang pagar rumah besar itu.  Pagar itu tinggi hingga tak nampak apa yang ada di sebaliknya.  Dah hampir satu jam dia di situ.  Langsung tiada niat nak berganjak.  Lepas habis meeting dengan Kuca tadi, dia langsung ke sini.  Malas nak masuak ofis dah hari ni. 
Tak sedar, mata… matanya mula nak terkatup.  Bayangan kisah-kisah lalu hadir.  Kemudian, dia buka kembali matanya.  Menatap cermin yang ada di depan.  Parutnya masih ada.  Sakitnya juga masih terasa.  Bagai baru semalam daddy hayun kayu golf itu pada dia.  Seluruh tubuhnya menjadi sasaran.  Andai sekali daddy bagi peluang untuk dia jelaskan.  Tapi tak.  Daddy lebih percayakan perempuan tak guna tu. 

Kepala disandar ke belakang.  Mendongak.  Memandang siling kereta.  Ada genangan jernih sedang menari pada birai matanya. 
Tuhan… kenapa begini rasa yang timbul dalam hati aku setelah hampir sepuluh tahun?  Dan, satu persatu bayangan itu muncul tanpa mampu dia sekat. 



LANGKAH Taqim mati bila wajah Melisa tiba-tiba muncul depan dia.  Dia diam.  Lama.  Fiqri juga sama.  Dah banyak minggu hilang, tiba-tiba muncul.  Dah kenapa?  Apa lagi yang Melisa nak katakan? 
“Kenapa kau berhenti, Lisa?” 
“Kenapa?  You tanya lagi?”  sindir Melisa. 
Taqim buat muka.  Apa-apa ajelah.  Tapi, sempat dia tilik sekujur tubuh Melisa.  Fesyen apa pulak kau pakai ni.  Dengan make-up setebal dua inci. 
“Kau ni buat kerja tak senonoh ke?” 
“Kenapa?”  Melisa peluk tubuh.  “You kisah?” 
“Tidaklah aku kisah, tapi nak tahu.  Kalau kau buat kerja tak senonoh, aku nasihatkan baik kau berhenti sementara kau bernyawa lagi ni,” pesan Taqim sinis.
“Kalau you tak kisah, jangan nak sibuk hal I…”
“Aku rasa kau yang sibuk hal aku.”  Taqim menyelar tajam.
“Apa yang I buat?” 
Nak gelak rasanya dengan soalan Melisa ni.  “Apa yang kau buat?  Ini… apa?”  Yang dia maksudkan adalah sekarang ni.  Yang Melisa nak sekat jalan dia kenapa?  Orang nak cepat ni. 
“Kau yang carik aku.  Kenapa?  Ada apa-apa pengakuan lagi?  Nak mengaku kau suka aku?  Untuk yang ke berapa ratus kali dah?”  sindir Melisa. 
Mata tajam gadis itu merenung Taqim dan Fiqri silih berganti.  Pelukan pada tubuh sendiri, lerai.  Dia bukak beg tangan barunya. 
Taqim mencebek.  “Pergh…. Hermes gila…”  Taqim sempat bersuara pada Fiqri. 
Mendengarkannya, Firqi memicing pandangan.  Fuh.  Kaya gila pakai Hermes Birkin?  Mana Melisa dapat duit ni?  Sah dah perempuan ni buat kerja haram.
“Eh, kau jadi GRO ke, Lisa?”  Lidah Firqi lebih cabul.
Terus Melisa lemparkan pandangan yang lebih tajam.  Dia hanya senyum.  Sekeping kertas dihulur pada Taqim.  Lambat-lambat lelaki ini menyambutnya.  Hilang berbulan tiba-tiba muncul bagi kertas? 
“Aku ambik…”  Fiqri laju menarik keluar kertas tersebut daripada sampul. 
Demi membaca tulisannya, rahang Fiqri jatuh.  Seperti tak percaya.  Dia pandang Melisa dan Taqim silih berganti.  Apa  yang dah jadi?
“Qim, bila last kau balik?”
“Sebulan lebih dah.  Kau ni la hai… bukan kau ada dengan aku ke?” 
“Yalah.  Aku tahu.  Tapi dalam masa tu, memang kau tak balik langsung?”  soal Fiqri kian bersungguh.
Taqim dah pelik.  Apa pulak masalah Fiqri ni.  “Kau kenapa, Fiq.  Mari sini, aku tengok…”  Dia renggut kertas tersebut.  Memandang Melisa seketika sebelum membacanya. 
Andai Fiqri jatuh rahang, dia apatah lagi.  Bagai nak tercabut nyawa.  Apa semua ni?  Mata Taqim merah menahan tangis.  Terkejut bukan kepalang. 
“Ini tipu, kan?”
“Tipu?”  Ketawa Melisa lepas berdekah-dekah.  Melihatkan riak wajah kacak milik Taqim sekarang, ianya priceless.  Puas hati! 
“Kenapa nak tipu, sayang.  You yang buat I jadi macam ni.  You tolak I ke sudut yang I sendiri tak boleh nak elak…”  Sengaja Melisa selak rambutnya yang jatuh ke bahu.  Menggoda. 
“Aku yang buat?  Hey, Melisa….”
“Shut up, Ahmad Mustaqim bin Dato’ Mustapha!”  jerit Melisa mencelah.  Suara halus itu nyaring.  Banyak mata mula memandang.  Apatah lagi yang kenali akan mereka.  Terus berhenti dan memerhati. 
Wajah Taqim kian merah.  Rasa marahnya meluap. 
“Kau yang buat aku jadi macam ni.  Kau tak ingat apa kau pernah cakap?  Kau tak akan hadap dan tak akan pernah nak hadap muka aku.  Sekarang, kau kena hadap aku setiap masa… sebab…”  Melisa melangkah beberapa langkah. 
Rapat pada Taqim.  Hingga tiada jarak langsung antara mereka.  Mendongak.  Menadah wajahnya bawah dagu Taqim yang sedang menggigil. 
“…I sekarang dah jadi mak tiri you.  Isteri daddy you yang sah.  Datin Melisa,” tambah Melisa separuh berbisik.
Hembusan nafas Melisa terasa  hangat di lehernya.  Taqim pejam mata.  Bukan lagi marahkan Melisa, tapi daddy.  Kenapa daddy tak bincang dulu? 
Surat nikah milik Melisa dan daddy direnyuk kasar.  Dia terus berlalu.  Motornya dipanjat dan terus berlalu laju.  Tanpa mempedulikan panggilan Fiqri dan juga Melisa. 
Sebaik tiba di rumah, wajah daddy dicari.  Lelaki itu tenang membelek surat khabar di ruang tamu.  Suasana rumah sepi.  Dia cuba bertenang.  Dia mahu berbincang.  Bukan nak bergaduh.  Marahnya cuba dipujuk.
“Eh, Qim?”  Menyedari anak yang baru balik, Dato Mustapha senyum lebar.  Bangkit dan memeluk Taqim.  Dia tahu, Taqim sibuk dengan projek akhir.  Kerana itu dah hampir sebulan tak nampak batang hidung. 
“Kenapa daddy buat Qim macam ni?” 
“Hah?”  Dato Mustapha terpinga-pinga.  Dia lepaskan pelukan.  Bila melihat wajah marah Taqim, dia dah dapat agak sesuatu.  Hai… dah cakap dah dekat bini dia.  Biar dia sendiri yang bagitahu Taqim.  Tapi, tak apalah.  Elok jugak tahu sekarang. 
“Daddy mintak maaf tak bincang dulu dengan Qim.  Tapi, urusan tu… daddy rasa daddy ada hak tentukan sendiri.  Qim dah dewasa.  Tak lama lagi, akan habis belajar… kerja… ada keluarga sendiri.  Daddy perlukan teman…”
“Teman apa, daddy?  Okey… Qim mengaku semua tu.  Daddy perlukan teman.  Tapi, tak boleh ke daddy carik yang sesuai dengan daddy.  Daddy tahu tak Melisa tu, sebaya Qim.  Ya, kalau nak kira… apalah umur.  Cinta tak mengenal rupa dan usia, tapi cinta Melisa tu hanya kenal harta, daddy!”  Taqim menjerit akhirnya.
“Mustaqim!  Melisa tu, ibu tiri Qim sekarang.  Tak baik tuduh dia.  Dia susah, Qim.  Berhenti belajar sebab nak kerja.  Bantu keluarga dia.  Itu yang daddy ambik dia kerja jadi receptionist pejabat daddy.  Tapi, dah jodoh…”
“Ooo… jodoh?”  Taqim ketawa.  Topi keledar yang tadi ada di tangan, dia hempas ke meja kaca di depannya.  Pecah berderai.  Seperti juga hatinya yang hancur. 
“Jodoh yang bawak bala, daddy tahu tak?” 
“Apa masalah kamu ni, Mustaqim?  Kamu tak suka sangat dekat mak tiri kamu tu?”
“Sebab dia ada niat tak baik, daddy.  Kalau tak, dia tak datang carik Qim dekat U.  Dia tak akan cakap dia kahwin dengan daddy sebab Qim…” 
“Kenapa?  Kamu dengan dia pernah ada hubungan?”  soal Dato Mustapha penuh syak. 
Mustaqim geleng berkali-kali.  Meraup wajah  yang jelas serabut.  Bagaimana dia nak jelaskan?  Mahukah daddy menerima sedangkan daddy telah dibutakan oleh cinta jahat Melisa. 
“Setidak-tidaknya, cariklah  yang boleh tandingi arwah mama.  Menjaga aurat,” ujar Taqim lemah.  Saat ini, kerinduan pada mama, tak tertanggung. 
“Ini, isteri daddy tu… dah macam pelacur!”  jeritnya sekali lagi.
Saat ini, telapak tangan Dato Mustapha hampir singgah ke pipinya.  Tangan tua itu menggigil  menahan marah.  Tergamak Taqim panggil isteri dia begitu. Dadanya sakit tiba-tiba.  Menahan nafas yang tiba-tiba memberat. 
“Qim mintak maaf, daddy.  Rasanya, Qim tak akan balik lagi rumah ni… Qim tak boleh…”  Lantas Mustaqim keluar begitu saja bersama pipi yang basah. 
Cuma tak lama.  Hanya sebulan bila pembantu rumahnya bagitahu, daddy sakit.  Dan, daripada situlah… segalanya bermula. 
Taqim buka mata bila cermin keretanya diketuk.  Tanpa melihat pada yang mengetuk, dia terus menurunkan cermin kereta.  Memisat mata yang sedikit mengantuk.  Dan, sebaik saja wajah itu tunduk, dahi Taqim berkerut. 
“Kau?”  Dia tolak pintu keretanya. 
“I miss you, sayang…” 
Rasa nak aje dia menyumpah.  Tapi, ditahan hati.  Seperti pesanan Sirat, puasa ini bukan hanya untuk menahan lapar dan dahaga.  Tapi untuk menahan segala keburukan. 
“I dah agak ini kereta you.  Dah lama, you masih setia dengan kereta you ni, kan?  Rasanya bukan you tak mampu…”
“Ini bukan sebab mampu atau tak.  Tapi, prinsip dan pendirian.  Seperti mana prinsip dan pendirian aku untuk nak jaga kereta ni, seperti itu juga prinsip aku untuk tak akan terima perempuan macam kau sama ada menjadi ibu tiri aku, jauh sekali isteri aku.”  Wajah Melisa direnung.
Dah jauh sangat bezanya.  Sepuluh tahun, telah ubah segalanya.  Malah, Melisa masih setia menghabiskan duit daddy.  Melihat pada koleksi beg shoppingnya.  Taqim menggeleng. 
“Nasiblah daddy kaya, Lisa.  Kau boleh dapat apa saja.  Kalau dengan aku, kau hanya mampu pakai gelang besi…”  sindir Taqim. 
“Kau masih ada rasa cinta pada aku?  Nak hidup dengan aku?”  Sengaja dia tanya dalam pertemuan yang tak dijangka ini. 
“Cinta I sentiasa pada you, sayang.  Kalau kata you nak, I boleh mintak cerai daripada daddy you…” 
Senyuman Taqim semakin sinis.  “Dasar perempuan tak pernah tahu apa-apa hukum-hakam.  Sampai bila kau nak permainkan hidup daddy aku kerana nak dapatkan aku, Lisa?” 
“Sampai you rebah di kaki I…eh, silap.  Sampai you rebah dalam pelukan I.  Seperti mana you cakap you tak nak hadap I, I nak you hadap I setiap hari.  Apa kata you?” 
“Kau tahu sesuatu tak, Lisa?”  Taqim peluk tubuh.  Bersandar pada keretanya. 
“…aku nampak kau, tak ubah seperti Firaun yang menyeksa keluarga Yassir dan aku nak jadi Yassir tu.  Biarpun dijemur tengah terik mentari dengan batu yang menghimpit dada, dia hanya bertuhankan Allah yang satu.  Kalau kau nak jadi Firaun, silakan.  Tapi ingat… bagaimana Allah azab Firaun…”  Ukiran senyumannya tajam menikam sebelum Taqim masuk ke dalam perut kereta dan berlalu daripada situ. 



FIQRI dengan Wan setia di meja sebelah.  Lepas terawih tadi, mereka dah janji nak jumpa.  Lagipun, Sirat nak bagi lauk buat Taqim.  Seperti mana yang telah dia janji. 
Mata Taqim memandang pada Sirat.  Kuyu dan makin layu.  Seperti mendambakan sesuatu  yang sukar untuk dia luahkan. 
“Kenapa?”  tanya Sirat sepatah. 
“Awak tahu kan… saya sayang awak?” 
“Ya, saya tahu…”  Sirat senyum.  Apa tak kena pulak dengan Taqim ni.  Makan tadi pun nampak tak selera.  Kata masa berbuka hanya minum air dan sebiji tamar saja. 
“Awak nak saya masak apa-apa?” 
Taqim gelak kecil.  Dia geleng.  Tahu Sirat penat berniaga.  Esok-esok dah kahwin, dia nak Sirat duduk rumah aje jaga mak.  Dia akan hantar Wan belajar.  Biar dia aje yang membanting tulang.  Dia tak kisah. 
“Saya nak ajak awak kahwin?” 
“Hah?”  Wan dengan Fiqri menyoal serentak.  Biarpun rancak berbual, tapi satu perkataan itu memang boleh buat tajuk perbualan diorang berubah langsung. 
“Kak…”  Wan panggil Sirat tapi bila kakaknya beri isyarat agar diam, Wan dan Fiqri sama-sama jadi pemerhati. 
Sirat tahu, ada sesuatu  yang telah berlaku pada Taqim.  Tentang apa, dia tak pasti. 
“Awak tak okey ni…”  ulas Sirat sendiri.
“Apa yang tak okey?  Tak kan sebab ajak awak kahwin, awak kata saya tak okey?  Atau awak yang tak nak kahwin dengan saya?  Sengaja permainkan saya?  Nak tengok, sampai tahap mana hati saya mampu bertahan?”  soal Taqim persis menuduh.
Hati Sirat tercalar sedikit.  Tapi, cepat-cepat dia pujuk hati.  Sah.  Memang Taqim ada masalah.  Ada sesuatu yang dah jadi. Dia pandang Wan dan Fiqri.
“Wan, boleh pergi order roti canai dua.   Kakak lapar sangatlah.  Biar diorang hantar.  Lepas tu, Wan dengan Fiq duduklah dekat sana.   Boleh tengok TV kejap…”  suruh Sirat berlapik.
Mengerti dengan kehendak kakak, Wan angguk.  Dia bangkit dan tarik tangan Fiqri yang liat nak bangkit. 
Memanglah suasana kedai  ni bising.  Tapi, tumpuan dia hanya pada Taqim.  Telinga dia hanya akan dengar suara dan rintihan Taqim.  Tak akan sesiapa yang dapat mencuri tumpuannya. 
“Awak bahagia kalau kita kahwin?” 
Taqim angguk. 
“Lapang dada?” 
Sekali lagi Taqim angguk.
“Yakin, hati tak rasa sakit lagi?” 
Saat ini, Taqim tak beri tindakbalas.  Baru siang tadi hati dia disakiti dan kerana itu dia mencari penawar melalui pujukan Sirat. 
“Sampai bila?” 
Dahi Taqim berkerut lebat.  Tak faham. 
“Sampai bila nak biarkan semua tu jadi pengaruh buruk dalam diri awak?  Usahalah sesuatu.  Pandang semua tu menjadi satu kebaikan biarpun kita tahu… banyak yang buruk daripada baiknya.  Tapi, tak salah bersangka baik.  Benda dah jadi.  Dah lama.  Sampai bila awak nak seksa sendiri.  Sedangkan, saya yang baru kenal awak pun… bila awak pergi kerana salah saya marah awak tanpa usul periksa… rindu saya pada awak sampai saya jadi bukan diri saya.  Apatah lagi daddy awak yang sejak lahir ada dengan awak.”  Perlahan Sirat menegur. 
“Orang tak pijak duri tu... memang tak rasa sakit...” Mustaqim sedikit membentak.
Ya... bukan saya yang pijak duri tu. Tapi awak. Cuma saya tertanya, sampai bila awak nak terus biar duri itu terpasak pada tubuh awak? Sedangkan awak tahu, sebaik saja awak cabut duri tu, lukanya akan beransur sembuh...” Siratul masih tabah memujuk.
“Kalau kata awak tak mampu nak cabutnya sendiri, saya ada.  Kita cabut sama-sama.  Tak apalah saya terluka.  Janji, saya dapat tengok orang yang saya sayang hidup dalam penuh redha.  Terima segala yang dah jadi.  Dia orang tua, Taqim.  Tiada hak kita nak marah pada dia sikitpun kerana setiap apa yang kita lakukan, belum lagi dapat membalas segala jasa-jasanya bawak kita ke dunia…” 
Mustaqim terdiam.  Mata bundar itu dipandang.  Adakah Siratul juga tak mengerti akan isi hatinya. 
“Awak tak tahu apa yang dah saya lalu?” 
“Saya tahu, Mustaqim.  Saya sentiasa tahu.  Parut tu…”  Jari telunjuk Sirat lurus pada kening Taqim. 
“Lagipun, saya dengar daddy awak tak sihat…”
“Isteri dia ada…”  jawab Taqim dingin.
Sirat senyum.  “Isteri dengan anak, lain.”
“Dia buang saya, Sirat.  Dia halau saya…”
“Dia terkejut gamaknya masa tu…”
“Setidak-tidaknya, dengar penjelasan saya dulu…”  Taqim hampir tepuk meja bila Sirat tak sudah-sudah menggiat. 
“Apa kata sekarang, kita bagi penjelasan sekarang?” 
“Hah?”  Taqim ketawa kecil dan menggeleng perlahan.  Buat lawak pulak Siratul ni.  “Lepas sepuluh tahun?”
“Kerana sepuluh tahun lalu awak tak mampu nak tegakkan kebenaran, sekaranglah masanya, Taqim,” sahut Siratul serius.  Dia letak tangan atas meja dan merenung dalam anak mata Taqim. 
“Hari baik, bulan baik… awak jugak yang cakap hari tu dekat taman.  Saya dengar lagi.  Ada rumah.  Tapi sunyi sangat.  Sebab tu tak nak balik.  Rindu nak berbuka dengan keluarga, tapi tak ada  keluarga.  Saya tak nafi, awak dah jadi sebahagian daripada keluarga kami.  Mak suka awak.  Wan lagilah suka.  Saya, awak dah tahu jawapannya.  Tapi, Taqim… ada ahli keluarga baru, kita kena ingat ahlis keluarga kita yang sedia ada.  Macam mana kita nak dirikan keluarga sendiri, sedangkan hati orang tua kita sedih sebab kita.  Saya takut, satu hari… anak-anak kita buat perkara  yang sama pada kita…”
“Siratulll…”  Nama indah itu diseru panjang.  Indah sungguh bila dia dengar Siratul berbicara tentang keluarga dan anak-anak mereka. Tapi, dia tak boleh lupakan apa yang dah jadi.  Tambah pulak, perempuan tu masih ada. 
“…saya tak akan sakiti anak-anak saya…”
“Itu kata kita.  Ujian nak datang esok, dia tak ketuk pintu rumah dulu dan cakap, nak datang.  Ujian ni datang aje.  Masa tu, tewas atau menang… kita masih tak tahu.  Lagipun, lari daripada masalah ni tak ubah seperti daripada bayang-bayang sendiri.  Makin laju awak lari, makin lajulah dia.  Awak berhenti, berhentilah dia.  Saya nak awak tersenyum tanpa ada rasa ralat sikit pun dalam hidup awak.  Ingat tak saya pernah cakap.  Meminta maaf tak menjadi awak hina.  Memberi maaf, mana tahu… Allah akan memuliakan awak…”  Sempat Siratul kenyit mata. 
Taqim sengih senget.  Lain macam aje ayat tu.  Yang dia ingat, lain. 
“Saya benci isteri dia…”
“Tak penat membenci?  Awak benci dia, bermakna awak ingat dia selama ni biarpun atas perasaan benci.  Kalau saya, saya letih.  Nak cuba benci awak hari tu, seminggu pun saya letih.  Sudahnya, saya cakap dekat diri saya… baik aku sayang dia.  Taklah menderita sangat…”  gurau Siratul dengan wajah tenang.
Kali ini, Taqim ketawa.  Kan dah cakap, ubat penenang dia adalah manusia depan matanya sekarang.
“Boleh jadi, Allah kirimkan saya untuk pulihkan segala yang sedang tenat sebelum terlambat.  Kerana itu, Dia hantar Siratul bertemu dengan Mustaqimnya.  Moga kita sama-sama berada pada jalan yang lurus.  Malah diredhai…”  ujar Siratul menamatkan kata.
Memandang mata Siratul yang penuh berharap, Mustaqim akhirnya angguk.  Dia akan cuba.  Malah, masih terngiang lagi di telinganya perbualan Sirat dan mak malam tu.  Bukan dia nak curi dengar, tapi terdengar bila Wan memanggilnya.  Harapan gadis ini, luhur. 
“Kita tak akan sesat, kan?”  tanya Taqim.
“Tak…”  Sirat menggeleng dengan mata yang dipejam rapat buat seketika.  “…moga Allah sentiasa tunjukkan kita pada siratul mustaqim,” jawab Sirat tersenyum manis.
“Kalau gitu, jom kahwin?” 
“Bulan puasa ni?” 
Taqim angguk.  “Jimat belanja sikit…”
“Kedekut…”  Sirat mencebek.
“Hey… untuk awak, apa sajalah…” 
Mata Siratul mengerdip sekali.  Dia tahu.  Kerana Taqim telah buktikan.  Bagaimana lelaki ini mengambil berat akan dirinya dalam diam. 
“Walaupun awak tak perlukan izin, tapi cakap dekat daddy awak dulu.  Bila dia kata okey, esok jugak kita kahwin…”  janji Sirat.
“Awak terlalu sayangkan hubungan saya dengan daddy, kan?”  tanya Taqim tawar.

“Tak…”  nafi Siratul.  “Saya sayangkan hubungan kita…”  

45 comments:

  1. Positif betul si siratul ni
    Yg jd mslh skrg si melisa tu masih wujud dlm hidup bapak mustaqim

    ReplyDelete
  2. 0mulia hati sirat...moga taqim tabah ..lepas ni mesti intermission melissa mesti akan racun bapak taqim..moga sirat juga tabah

    ReplyDelete
  3. Wah... Conelnje dia org ni.... Kata2 sirat betul..nasihat dia sgt bernas.. Sgt menyentuh

    ReplyDelete
  4. Bagus betul sirat...mmg calon isteri yg baik....

    ReplyDelete
  5. Sirat Memang penyejuk hati taqim .. Thanks kak RM for update...

    ReplyDelete
  6. Huhu...kan dah kata Mel tu mak tiri Taqim... ishhh meluat betul dgn ppuan sorang tu jijik pun ada... nasib la taqim dgn Sirat mengubat rasa meluat tu...tqq RM

    ReplyDelete
  7. Baiknya Sirat...harapannya Melisa tak buat yg bukan2 la dekat Sirat...geram plak dengan si Melisa ni....

    Mardhiyah

    ReplyDelete
  8. USAHA SIRATUL TU SUNGGUHLA... SEMOGA HATI TAQIM LEMBUT DAN JUGA SUPAYA MELISSA TU BERTAUBAT SUPAYA AYAH DAN TAQIM XLA GADUH LAGI...TQ REHAN

    ReplyDelete
  9. Sirat....mulia sungguh hati mu

    ReplyDelete
  10. macam manalaa nk jadi setenang Siratul ni...relax ja..cakap pun lembut saja

    ReplyDelete
  11. Yeayyy...kahwin...suke2
    Kate2 siratul aduiiii...indah sungguh

    ReplyDelete
  12. Bersangka baik ...hati akan tenang...bestnya siratul n mustaqim nak kawin dah..

    ReplyDelete
  13. Sabaq jelah ngan datin melisa nie jgn pas nie kacau sirat lak sudah

    ReplyDelete
  14. semoga dipermudahkan urusan mustaqimm

    ReplyDelete
  15. Sirat ni mmg pandai pujuk..kate2 dia buat sy pn cair..

    ReplyDelete
  16. Sirat ni mmg pandai pujuk..kate2 dia buat sy pn cair..

    ReplyDelete
  17. Manis sgt siratul..

    ReplyDelete
  18. luhurnya hati siratul...dpt lembutkan hati taqim yg keras,,,memang siratul melengkapkan mustaqim...

    ReplyDelete
  19. luhurnya hati siratul...huuu

    ReplyDelete
  20. Alahaii sweetnya Siratul Mustakim... Selamat Pengantin Baru😍

    ReplyDelete
  21. Sirat penawar mustaqim
    Kata2 sirat buat sya merenung diri sndiri

    ReplyDelete
  22. ����������������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa... kenapa x naik love2 tu ... adehh.. besttt,, thank youuu

      Delete
  23. Omo, siratul Mustaqim nak kahwin dah...suka dengan sikap matang sirat ni, kita yg membaca pun rasa senang je

    Macehh karehan. Tak pernah tak best crt awok

    ReplyDelete
  24. Janji Allah pasti...
    #siratulmustaqim

    ReplyDelete
  25. Jodoh yg baik utk taqim yg terluka atynya....
    Moga hubungan kekal bahagia...

    ReplyDelete
  26. Beruntungnya Thaqim dpt Sirat..pujukan yg penuh berhikmah..moga ada jodoh kalian..

    ReplyDelete
  27. amboiii sweet sgt siratul ni nmpak je biasa2 bila bercakap bole terpujuk hati mustaqim tu. ..

    ReplyDelete
  28. Allahu.... Indahnya kata2 seorg Siratul buat Mustaqimnya. Semoga kedua2 nya berada dlm peliharaan Allah selalu...

    ReplyDelete
  29. Hmmm...cerita Kali ni takde main kias2. Straight to the point je. Akak sukeeee.....

    ReplyDelete
  30. Senang hati dgr nasihat sirat 😊Mslhnye, taqim Xcerita yg b4 that br je melisa tu carik pasal!!😡😤 Taqim ni konon hp canggih sgt.. lps ni amikla video ke, rekod suara melisa ke, amik bukti melisa yg goda dia... mmg Xtau hukum punye org.. ada hati nk kawen dgn anak tiri! Tqvm RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Cik RM mana part 14 ni. Tak sabar dah ni hehe

      Delete
    2. Setuju! Cik RM mana part 14 ni. Tak sabar dah ni hehe

      Delete
  31. Yeahh yeahhh. Segar mata lepas sahurrrr.
    Sayang RM.������������

    ReplyDelete
  32. baca cerita RM betol2 rasa termotivasi.
    muhasabah diri sendiri.
    bertuahnya mustaqim andai dapat kahwin dengan siratul.
    ada seseorang yang menenangkan dikala diri keresahan...
    All the best untuk RM...

    ReplyDelete
  33. akhirnya dapat baca...
    maka marathonnn dari bab 1 hingga 13..
    sungguh hati amat terasa dengan keadaan siratul dan keresahan mustaqim...
    besttt... as usual.. ai likeeee

    ReplyDelete
  34. Tak dk ka sambungan??? Jdi kawin ka dk???? Haaa:(

    ReplyDelete
  35. X sabar nk tgu sambgn. Thx rm.Crite rm tetap best...kisah siratul dan taqim ni mcm cepat pulak progres mrk....mesti ada yg suspen lg lps mrk berbaik2 ni.. ???

    ReplyDelete
  36. kak, xnak sambung ke kak, rindula.. xpe

    ReplyDelete