TAQIM tunduk
mengutip kertas yang punyai nilai itu.
Diusap perlahan. Susah payah kau
carik duit, Sirat. Semudah itu kau
campak. Tanpa dengar alasan aku. Alasan yang aku rasa sangat kukuh untuk kau
nilai, tapi… sayang…
Bibir lelaki itu
senyum lagi. Malam ni, malam
Ramadan. Entah kenapa, kesayuan yang dia
rasa hampir sepuluh tahun, kian teruk.
Ramadan tahun ini, sepertinya paling sunyi, paling perit dan paling
menyedihkan. Dia tergelak kecil. Kenapalah, perkara yang dia tak suka terjadi
dalam masa yang sama.
Daddy… dan
sekarang, Sirat. Dia tahu, Sirat dah
tahu segalanya. Kerana itu Sirat
mengamuk dan dia juga tak salahkan Wan.
Seperti Wan pernah cakap. Amarah
Sirat ngeri dan memang agak ngeri hingga buat dia terpaku lama di sini.
Wajahnya tunduk ke
bumi. Di dalam bekas itu, dia pulangkan
duit Sirat. Dia ada banyak duit kalau
Sirat nak tahu dan dia juga kuat berusaha sama seperti gadis itu. Kerana itu, dia sayang akan semua yang dia
beli. Bukan mudah. Bukan sedikit usaha dan jerih payah.
Duit itu digenggam
kemas. Telefon dikeluarkan. Nombor Wan didail.
“Kau keluar kejap,
Wan,” pinta Taqim perlahan.
“Tapi, bang…”
“Kejap aje…” Kali ini suaranya separuh merayu.
“Iyalah…” Wan pandang mak dan bila mak angguk, dia
berjalan perjalan. Bila tiba di pagar,
Taqim senyum.
“Dalam bekas tu,
ada duit kakak kau bagi aku malam tu.
Ini pun… simpanlah. Bagi dia
balik. Duit ni, susah dapat, Wan. Dia kena hargai. Bolehlah ni kalau dia nak buat modal berniaga
dan ini, abang tambah sikit. Dalam
rezeki abang, ada hak orang. Akan ada
rezeki yang haram pada abang tapi tidak pada korang. Simpanlah, Wan. Kalau perlu, kau bawaklah mak kau pergi
hospital,” pesan Taqim lemah. Cuba
menyembunyikan sebu dalam hati.
Bila duit itu
bertukar tangan, dia terus berlalu ke kereta.
Evo hitam pekat itu, berlalu perlahan meninggalkan kawasan itu yang dia
yakin, dia tak akan jejaki lagi kerana kebencian Sirat padanya bagai tak
berpenghujung.
Di balik langsir
bilik, airmata Sirat menitis laju. Dia
ketap bibir bertahan dengan tangisan bisu.
Dia keluar jalan kaki ke kedai runcit sebab dia tunggu Taqim meminta
sedikit makakanan daripada dia. Dia nak
bagi yang terbaik biarpun dia sendiri tak tahu kenapa dia perlu melayani lelaki
gila itu, begitu.
Tapi, Taqim
permainkan kesungguhan dia!
Pintu bilik
diketuk. Diam. Sirat tak bersuara. Hingga daun pintu terkuak, wajah mak
muncul. Riak mak sedih. Mak duduk di birai katil bujangnya.
“Sini, nak…” gamit mak.
Sirat kesat
airmata dan duduk di sisi mak. Kepala
disandar ke bahu mak. Airmata menitis
lagi. Berdosanya dia. Petang sebelum Ramadan, tapi dia mengamuk
sakan.
“Sirat berdosa,
mak…”
“Kalau rasa
berdosa, mintak maaflah dekat dia…”
“Sirat tak boleh
nak tengok dah muka dia, mak. Bukan
sikit yang Sirat buat untuk dia. Layan
permintaan gila dia,” jawab Sirat sebak.
“Siratul, ingat
tak apa yang arwah ayah pernah pesan.
Ingatkan dua perkara. Kebaikan
orang pada kita dan kesalahan kita pada orang.
Lupakan juga dua perkara.
Kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita. Sirat dah lupa?” tanya mak lembut.
Sirat gigit bibir
bawah. Airmata terus berjejeran. Dia angguk sendiri. Kebaikan Taqim dalam jengkelnya kata-kata
lelaki itu, dia langsung tak ucap terima kasih malah diherdiknya lagi.
“Ingat kebaikan
yang dia buat biarpun dalam diam dan boleh jadi menyakitkan hati. Lupakan keburukan dia yang boleh jadi juga,
sesuatu yang tak disengajakan,” tambah mak lagi.
Sepi. Tiada kata balas daripada Sirat melainkan
titisan airmata bisu dan sesekali sendu menyapa pendengaran mak. Bibir tua mak pecah dengan senyum
sudahnya.
“Benda-benda macam
ni, nak… bila berkait soal hati, memang susah, kan?” soal mak menduga.
Sirat angkat
kepala. Apa maksud mak. Tajam dia merenung mak mencari kepastian.
“Boleh jadi, dia
suka Sirat, tapi dia tak tahu cara nak meluahkannya. Boleh jadi, Sirat juga suka dia… kerana itu
Sirat rasa kecewa bila dia tak berkata benar…”
Serentak itu, mak angkat tubuh.
Berlalu daripada
bilik kecil itu. Membiarkan anak yang begitu taat, memikir khilaf
sendiri.
DAH lima hari
Ramadan. Sirat bersyukur sangat dengan
rezeki yang telah Allah limpahkan.
Setiap hari, semua juadah licin.
Lepas ni, bolehlah dia rujuk mak ke hospital pakar. Dia pandang Wan di sisi. Sejak tadi asyik dengan telefon.
“Wan, kemas
cepat. Kejap lagi nak buka. Kena hantar lauk ke masjid dulu. Asyik main telefon aje sejak akhir-akhir ni. Wan nak kakak marah lagi ke?” tanya Sirat penuh makna.
“Eh, kawan
aje…” Laju Wan bagi alasan.
“Ada kakak tanya? Kakak
suruh kau kemas?” selar Sirat sedikit
tak puas hati. Bulan-bulan puasa ni,
mudah sungguh dia terasa bahang amarah.
Haih nafsu! Usah kau berusaha menawan aku!
“Dah cepat… kemas
lepas tu, pergi hantar lauk yang kakak dah asing tu ke masjid. Lepas tu, datang sini balik. Mak dah tunggu tu…”
“Iyalah,
kak…” Wan akur.
“Kak, ni ada sikit
lagi tak habis. Nak Wan bungkus sekali
hantar ke masjid ke?”
“Eh, jangan. Biarlah tu.
Tu kan dah cedok. Kan kakak dah
asing awal-awal sebelum berniaga untuk masjid.
Tak sampai hati nak bagi yang dah lebih kita berniaga. Lagipun, kalau bungkus dapat dua bungkus aje
tu. Bungkuslah, bawak balik…”
Wan sengih. Dia tarik bekas bungkus makanan. Kakak masih gigih mengemas.
“Kak, Wan bungkus
bagi orang, ya?” tanya Wan minta izin.
“Wan nak bagi
kawan ke?” Dia tahu, Wan ada kawan. Bila adiknya angguk, Sirat hanya senyum
memberi izin.
“Cukup ke tu?” tanya Sirat tanpa memandang adiknya.
“Cukuplah ni,
kak. Sebungkus untuk dia berbuka,
sebungkus dia simpan untuk sahur…”
“Kalau gitu, Wan
letak lauk asing. Jangan campur
pulak. Cepat basi nanti…” Tangan Sirat membuka satu bekas kecik. Lauk itu, hampir setiap hari dia buat. Bukan untuk dijual, tapi entahlah. Akhirnya, dia akan balik makan sendiri
bersama seribu kekesalan.
“Wan, nah…” Sirat melangut pandang pada adiknya. “Letak sekali lauk ni…”
“Eh, ada lauk yang
kita lupa bukak ke?”
Sirat senyum dan
geleng. “Kakak memang saja masak. Cukup untuk sorang. Wan bubuh la sekali. Sedekah ajelah.”
“Kak…” Wan menyeru nama Sirat sebaik saja dia
membuka bekas makanan tersebut.
Sambal telur? Dahinya berkerut lebat. Jangan kata kakak masak lauk ni setiap kali
teringat dekat Abang Taqim.
“Yalah, kak…” Wan jawab sendiri bila melihat pandangan
sebut kakak. Dia terus saja bungkus
dengan bibir yang kian lebar
senyumannya.
“Kak, dah siap
kemas. Kakak balik dulu. Wan pergi masjid kejap…” Wan pantas panjat motor dan terus menderum laju.
Sebaik saja dia tiba di depan sebuah masjid, wajah itu
setia menanti seperti hari semalam.
“Hari ni, bukak
puasa sorang lagi ke, bang?”
“Eh siapa
cakap? Abang kan bukak puasa
ramai-ramai. Tak tengok penuh dalam
masjid…” Taqim mencebek.
Wan angguk
kecil. Betul jugak tu.
“Itu yang Sirat
masak ke?”
“Ya… abang sempat
makan sikit?”
Taqim geleng. Nak kata sedih, tidak. Apa adanya ajelah. Dia malas nak merungut. Letih.
“Abang tak sudi?”
“BUkan tak sudi,
tapi tak sempat. Abang makan apa
terhidang ajelah…”
“Haa… kalau gitu,
hari ni… jeng jeng jeng…” Wan unjukkan plastic
di depan Taqim. Di dalam plastic tersebut
ada dua bungkus nasi dan satu bekas kecil.
Dadanya berdebar
tak sudah. Memandang Wan penuh tanda
tanya. Nak keluarkan kata pun, dia dah
tak mampu.
“Itu saya bungkus
untuk abang. Dalam bekas tu, abang
tengoklah sendiri. Tanda rindu seseorang
tu dekat abang tapi simpan sendiri. Hampir
setiap hari kakak masak lauk tu. Tak jual. Dia simpan.
Lepas tu, balik makan sendiri. Hari
ni, tak tahu kenapa… dia bagi dekat saya.
Cumanya, dia tak tahu saya memang datang sini nak jumpa abang…”
Birai mata Taqim
terasa suam mendengarkan cerita Wan. Dia
sambut bekas tersebut. Membukanya. Aroma sambal yang merah berminyak dengan dua
biji telur goreng itu, benar-benar membuka selera.
“Dia rindu abang?” tanya Taqim jujur. Mata masih memandang isi di dalam bekas.
“Sangat.”
Jawapan Wan
sepatah itu, sudah cukup buat Taqim yakin… doanya seperti dimakbulkan.
allahuakbar...lembut jgk hati Sirat.
ReplyDeleteSedihnya rehan...
ReplyDeleteJgn gaduh2 ek. Baik2 sudah
ReplyDeletesambal telur goreng...yummy...sama lah plk favourite kita...dan2 rasa nak masak buka posa arini..hehe...rehan plzzzzzz....jgn stop disini..sambung lah lgi...abaikan komen2 yg xmembina tu..kami pembaca setia akan terus sokong rehan...kipidap....
ReplyDeletesokong awak, casper. teruskan rehan...
DeleteAllahu... Moga ada jodoh mereka
ReplyDeleteKan..sebenarnya mrk saling merindu tp ujian masing2 membataskan ...hanya hati mrk yg merasa....tq RM...sudi sambung lg
ReplyDeleteRehan jangan la stop...plzzz
ReplyDeleteapa potong bawang pagi2 ni??? saya pn tumpang suam bibir mata
ReplyDeleterindu-rinduan ni..
ReplyDeleteterharunya bila dpt mkn lg masakan org yg kita rindu ..
ReplyDeletealahai sweetnya rindu diam-diam.. keep it up kak rehan.. fighting!
ReplyDeleteBest sis.. sy sokong je karya sis.. abaikn y negetive sis.. ambik y baik je. Mmg manusia ni x leh tgk org lain lebih dr dia.. ada je y x puas hati.
ReplyDeleteAlahaii. Saya pon tumpang melelh air mata ni..
ReplyDeleteSmbg lg.....best
ReplyDeleterindu... tapi malu dah laa...
ReplyDeletedah marah-marah beria kn...
Sweet nyaaa.... Next please rehan
ReplyDeleteSweet nyaaa.... Next please rehan
ReplyDeleteHuhuhu....siratul xkan lengkap tanpa mustaqimnya...aamiiin....
ReplyDeleteBEST...
ReplyDeleteTegas d luar lmbut d dlm..mudahan makin lmbut hati sirat terima taqim
ReplyDeleteWlupun klise tp sya tetap suka jln cerita yg kak tulis
^___^
ReplyDeletetak puas rasanya baca cite ni. kak rehan sambunglah lagi....
ReplyDeleterindu jangan dipendam sirat...nanti jadi dendam yang tak terungkai... semoga siratul dan mustaqim dpr gapai bahagia dan gembira bersama2
ReplyDeletetq rehan... ;)
DeleteOooo tu kesahnya...menitis air mata baca kesah siratul mustaqim ni
ReplyDeleteHuhuhu
ReplyDeleteSedih kita baca. Dalam tegas ada lembutnya Sirat ni...
Thanks kak RM
TQVM RM for the update 🌹🌷😃🌸🏵⚘🌺🌻🌼 Smlm tetiba cari keria utk berbuka 😅 nmpk gayanya ptg ni kna masak sambal telur la.. tanda rindu nk baca UKT 😆 hahaha wan pon blh agak sirat rindukan taqim.. tiap hari masak mkn sendiri.. klu Xde makna, mesti dh bosan giler mkn lauk yg sama 5hari pose! haaaa taqim, dh tau sirat Xmarah dh, pergila bazar ramadhan tu. Blh la nk terangkan apa2.. sian sirat, nama pon pompuan Xdenya dia nk contact taqim dulu. Dh la dia yg sembur taqim aritu tanpa bg ruang utk taqim jawab pon..
ReplyDeleteManis sangat SiratulMustaqim ni :)
ReplyDeleteSedapnya sambal telur...huhuhu
��������
ReplyDeleteDia rindu abg?huwarghhh menitis air mata baca..deep
��������
ReplyDeleteDia rindu abg?huwarghhh menitis air mata baca..deep
wahhhh rehan....suam je rs mata baca ni
ReplyDeleteVery touching... words are the deepest feeling.
ReplyDeleteMasing masing pendam rasa eh. Feeling sedih sedih pulok pagi ni
ReplyDeleteThx for updated karehan
Allahu.... Terkesan sungguh rasa rindu di hati
ReplyDeleteKarya RM..x pernah mengecewakan..bila baca sampai terus ke hati...sgt touching..
ReplyDeleteDoa makbul dlm bln ramadhan ni
ReplyDeleteSedih aaiiihh moga dipermudahkan buat taqim n sirat menjadi siratulmustaqim..
ReplyDeleteAlaa..sian sirat dan taqim..sama2 pendam rindu..
ReplyDeleteMagnet sirat ngan kuat sungguh...😍😍😍
ReplyDelete"Bila soal hati ni susah.." seorang mak faham sangat anak dia macam mana ,tak perlu luah dengan kata-kata 😍
ReplyDeleteAllahuakhbar... istimewanya perasaan Siratul Mustakim... sesak dada saya, nak menangis tp airmata tk keluar, bercampur baur, sedih & gembira😍
ReplyDeleteMudahnya, semoga dipermudahkan ya sirat
ReplyDeleteBerair mata akak baca😭😭😭
ReplyDeleterindu tapi xdpt diluahkan lebih menyesakkan dada..
ReplyDeletePtg ni nk masak sambl telur la..������
ReplyDelete