Wednesday, June 07, 2017

Usah Kau Tangiskan 11

FUH.  Apapun jadi, dia tak akan biarkan Taqim sendiri.  Dia masih setia pada Taqim.  Katalah apa saja.  Ini, tiada khabar berita, Fiqri yakin ada sesuatu yang dah jadi.  Dia beranikan diri dekati gerai yang baru saja nak bukak. 
“Kita tak bukak lagi,” beritahu Wan tapi suaranya terhenti di situ. 
Lama dia perhati wajah di depan mata.  Err… macam pernah tengok.  Tapi, dekat mana ya.  Tangan Wan menggagau Sirat.
“Kak…”
“Apa, Wan?”  Sempat Sirat tepis tangan adiknya.  Orang suruh buat kerja, dia main-main pulak.
“Ni, kak…”

“Hantu tak ada bulan puasa ni, Safwan.  Siang-siang buta pulak tu.  Jangan sampai kakak naik hantu, sudah…” 
Mendengarkan bebelan Sirat, Fiqri tergelak sendiri.  Kali  ini, barulah Sirat menoleh dan merenung wajah di depannya. 
Err… kalau tak silap… wajah ni.  “Kawan…”
“Ya, kawan Mustaqim…”  Sepertinya Sirat sukar nak sebut nama Taqim dan yakinlah Fiqri, ada sesuatu yang dah jadi antara dua orang makhluk ni. 
“Awak dah start berniaga?”
“Baru nak mula…” 
Fiqri sengih.  “Saya tolong.”
“Err…saya… sa…”  Sirat gagap.  Dah kenapa pulak yang seorang ni pun nak buat perangai? 
Fiqri memandang Wan.  Meminta dibiarkan mereka berdua seketika sebelum mula berniaga ni.  Setakat nak susun bekas, dia boleh tolong dan bila Wan angguk, berlalu menjauh sedikit, senyum Fiqri mati.  Dia pandang Sirat sepenuhnya.
“Saya nak tanya awak sesuatu ni, Sirat…”
“Ya?”  Tangan Sirat kaku.  Tak boleh nak bekerja dah.  Janganlah ada apa-apa yang terjadi pada Taqim.  Pandangannya kian redup. 
“Saya dah lebih seminggu tak dapat contact dia.  Kalau saya tanya awak, mana dia pergi… dah tentu awak tak tahu jugak.  Saya cuma nak tahu, apa yang dah jadi.  Itu aje…”  pinta Fiqri separuh merayu. 
“Saya…”  Bibir diketap.  Jawapan apa yang dia nak bagi?  Dia hamburkan amarah pada Taqim?  Halau lelaki itu pergi? 
“Saya bersalah pada dia…” 
Fiqri lepaskan nafas.  Dah agak.  Kan dia dah cakap, memang pelik sejak pertama kali dia lihat Taqim ambik kereta dia dan ikut Sirat balik.  Beli barang dapur.  Bukan dia tak tahu.  Cuma, dia sengaja buat tak tahu bila Taqim sendiri masih tak sedia nak cerita.
“Awak tahu tak… awak perempuan pertama yang Taqim layan?  Maksud saya, layan.  Ambik peduli.  Mungkin kasar.  Tapi, awak adalah perempuan pertama yang berjaya tarik dia untuk peduli dekat awak.  Ya, saya akui… cara dia kasar, tapi pernah tak awak terfikir ada sebab dia jadi macam tu?” 
Mendengarkan kata-kata Fiqri, rasa bersalah dalam dada Sirat semakin memberat.  Rusuknya merusuh sesama sendiri.  Hingga hampir remuk hati yang tertikam.  Menjadi mangsa keadaan. 
“Ada sebabnya, Sirat…”  Segala apa yang terjadi pada Taqim, Fiqri ceritakan segalanya tanpa tertinggal walaupun satu plot cerita. 
Biar Sirat tahu apa yang menyebabkan Taqim begitu. 
“Ini kenyataan Sirat dan saya dapat tahu, sehari sebelum Ramadan… dia terjumpa daddy dia.  Kerasnya hati dia, dia pergi saja tak toleh langsung.  Hari ni, daddy dia datang carik saya dekat rumah keluarga saya.  Tanyakan dia.  Saya tak mampu jawab.  Dekat rumah pun dia tak ada.  Saya pergi ofis dia pun, dia tak ada…” 
Wajah mendung Sirat, kian gelap.  Sekejap lagi, boleh jadi hujan bakal melanda.  Hati dia terluka dengan cerita Fiqri apatah lagi, dia juga menjadi salah satu sebabnya sekarang.  Tambah pulak, sehari sebelum Ramadan itulah, lidah dia begitu hina berkata-kata sesuatu yang tak enak didengar. 
“Saya marah dia…” 
“Marah yang macam mana?”  Fiqri ingin tahu.  Biasa Taqim tu, kalau setakat marah… dia tak layan. 
“Saya suruh dia pergi dan jangan datang carik saya lagi…”
Heh.  Senyuman senget Fiqri terukir.  “Patutlah…”
“Apa yang patut?”  Timbul tanda tanya dalam kepala Sirat. 
“Bila hati dah sayang, tapi… terima kata-kata macam tu daripada orang yang kita sayang, kalau saya pun saya hilangkan diri…”  jawab Fiqri lembut. 
Senyumannya kali ini nampak lebih tenang.  “Saya balik dulu.  Kalau ada berita tentang dia, call saya.  Ataupun, kalau saya dapat berita dulu, saya bagitahu awak…”  Fiqri langsung melangkah. 
Sirat pandang kereta Fiqri.  Sepertinya dapat imbau kembali kali pertama dia bertemu dengan Taqim.  Dia perasan akan sebuah kereta seperti ini yang bergerak perlahan mengikut dia remang senja itu.
Andai sekali dia toleh dan melihat pada pemandunya… pasti dia dapat lihat kebaikan hati di sebalik wajah bengis Taqim.  Airmatanya jatuh lagi. 



HARI ini, setelah lebih seminggu umat Islam berpuasa bagi menunaikan ibadah Ramadan, dia akhirnya beranikan diri datang menjenguk gerai gadis yang sejujurnya, dah menakluk seluruh hati dan jiwanya.  Biarpun daripada jauh.  Setidak-tidaknya, wajah itu tersenyum.  Itu dah cukup buat hati rawannya, terubat. 
Rindunya aku pada kau, Siratul. 
Jika mampu dia luahkan di depan Siratul, rasanya hanya airmata yang akan lantang berbicara.  Bibir dia akan terkunci rapat. 
Taqim duduk di belakang gelungsur di taman permainan dekat dengan tempat Sirat berniaga.  Ramai betul pelanggan.  Manakan tak ramai kalau perut aku pun terpikat, apatah lagi orang lain.  Dia senyum lagi.  Nampak Wan  yang kalut.  Haih… tak reti berniaga langsung.  Tengok kakak kau, tu… tenang aje melayan pelanggan. 
Letih berdiri, Taqim berjalan dan duduk di atas buaian.  Ada seorang dua anak-anak yang turut sama berbuai.  Memandang dia pelik.  Dia hanya mampu hadiahkan senyuman.  Memandang lagi pada Sirat.  Terasa sayup mata memandang.  Dia rupanya, masih tak sedia untuk berhadapan dengan Sirat. 
Rasa resahnya masih tersisa biarpun hampir pergi setelah dihalau oleh pujukan seorang mak, tak semua yang pergi. 
“Mak?”  tanya dia saat menelefon kembali nombor asing itu tadi.
“Ya.  Ke Taqim tak selesa, mak biasakan diri mak ni, mak?”  Tawa halus di hujung talian bergema. 
Taqim senyum tawar.  “Mana boleh tak selesa.  Cuma rasa diri tak layak.  Dah lama sangat tak rasa ada mak sejak mama tak ada.  Dalam dunia ni, rasa keseorangan sungguh…”
“Kenapa cakap gitu, nak?  Cuba pandang kiri kanan, depan belakang.  Ada yang menemani.  Boleh jadi, kita tak sedar.” 
“Itulah dia.  Sedar, tapi terlambat.  Betul tak?”  Ya, dia sedar akan perasaan dia pada Sirat tapi layanannya pula menyatakan lain.  Kerana itu, dia dihalau pergi.  Dua kali.  Oleh orang yang dia paling sayang. 
“Tapi, betul ke ni mak pada…”  Sukar untuk Taqim percaya.  Kerana itu dia soal lagi sekali.  
“Bukan apa.  Saya jadi takut nak berharap…”  tambahnya. 
“Ya.  Mak pada Siratul.  Taqim boleh gantung harapan tu, nak.  Tak ada salah pun.  Manusia, memang kena sentiasa berharap.  Tidaklah pada kita sesama manusia, Mustaqim.  Berharap pada manusia, banyak kecewa daripada bahagia.  Tapi, berharap pada Allah Taala. Hanya Dia yang tak akan hampakan harapan tu,” nasihat mak, lembut menampar gegendang telinga Taqim.
Birai matanya terasa basah.  Cepat dia seka.  Risau jugak kalau Kuca nampak drama airmata petang-petang Ramadan ni.  Mahu tujuh keturunan dia kena bahan. 
“Saya salah permainkan Siratul?”
“Taqim permainkan dia sungguh ke?” 
Bahu Taqim jatuh.  Dia menapak sedikit jauh daripada pintu bilik bincang pejabat Kuca.  Berdiri di pintu depan pintu kecemasan.  Sedikit terlindung.  Menyandarkan kepala pada pintu.  Mengangkat dagu memandang siling putih. 
“Saya suka tengok ketabahan dia, mak.  Tapi, saya tertanya… ada ke perempuan begitu?  Yang sanggup korbankan diri daripada membiarkan orang yang dia sayang… sakit?  Saya tengok Sirat pertahankan Safwan.  Pada saya, nampak sebagai lakonan, mak.”  Itulah kejujuran. 
Memang dia nampak palsu pada mulanya.  Sama juga daddy.  Mengatakan sayang, tapi daddy sakiti dia.  Melisa?  Mengaku cinta biarpun hati dia tak pernah seinci pun terbuka ruang untuknya, perempuan itu tetap melukakan dia? 
Jadi, siapa mahu percaya wujudnya seorang Siratul yang tak ubah seperti mahu menggadai nyawa sendiri demi orang tersayang?  Pada dia,  ianya sangat mustahil.  Tapi, tak.  Telahan dia jauh menyimpang.  Bidikan dia tak mengena langsung.  Entah mana peluru itu tersasar.  
Siratul ikhlas.  Usahanya itu telah membuktikan, hati itu luhur.  Hingga hatinya tersapa akan keikhlasan gadis itu.  Ya, dunia ini masih ada yang ikhlas menyayangi.  Yang langsung tiada perasaan benci. 
“Bila saya yakin, Siratul orangnya… saya jadi tak tahu nak zahirkan apa yang saya rasa, mak.  Sudahnya, saya sakitkan hati dia…”  sambung Mustaqim perlahan setelah lama dia mengukur kembali, betapa lebarnya luka yang dia gores pada hati Sirat. 
“Siratul tu marah, sebab ada rasa yang sama macam Mustaqim dia.  Kalau tak, dia tak akan mengamuk,” beritahu mak. 
Mak… sangat kenal akan anak sendiri.  Biarpun Sirat tak pernah berkata apa, tapi mata itu seringkali lantang bersuara. 
“Pak cik tak malu ke main buai macam budak kecik?”  Soalan itu tiba-tiba memecahkan renungannya pada Sirat.   Malah, perbualan dengan mak sebelum dia ke sini juga, berlalu pergi. 
“Hah?”  Wajah Taqim terpinga-pinga.  Aku, dia panggil pak cik?  Nampak tua sangat ke? 
“Kenapa nak malu?  Pak cik tumpang rehat aje…” 
“Ya?  Kenapa tak rehat dekat rumah?  Pak cik tak ada rumah, ya?” 
Taqim senyum.  “Ada, tapi pak cik sorang.  Rasa sunyi sangat…”  jawabnya penuh makna biarpun dia tahu, anak sesuci ini masakan mengerti.
“Kalau dah tahu dok rumah sorang, berbuka sorang, sunyi sangat… kenapa tak datang?” 
Terus Taqim bangkit bila disergah daripada belakang.  Merenung wajah lembut di depannya.  Dahi licin itu berkerut sana-sini. 
“Awak ingat, seronok ke masak benda sama hari-hari tapi orangnya tak datang?  Awak tahu tak, dah berapa hari saya makan lauk sama yang saya masak untuk awak?  Awak ada nak datang?  Kalau setakat intai saya daripada jauh, jangan datang!”  Suara halus itu gemeresik memarahi Taqim.
Wajahnya nampak bengis.  Taqim telan liur.  Rengkung yang kering, bertambah tandus.  Kejutan apakah ini? 
“Errr… a…ku…eh, sa…sa…saya…”
“Awak apa?  Hati tisu?” 
Wah… kena kutuk hati tisu?  Setelah apa yang dia lalui, mana mungkin dia jadi hati tisu.  Tapi, sebab perempuan ni… rasanya dia akan jadi hati tisu. 
“Nah!  Ambik ni.”  Sirat hulur plastic pada Taqim. 
“Jangan gunakan adik saya lagi.  Saya tak suka dia jadi jambatan awak datang pada saya.  Kenapa?  Awak tak ada kaki tangan ke?  Tak boleh datang sendiri pada saya?  Awak jugak cakap, nak saya masak untuk awak.  Bila saya masak, awak tak datang pulak?”  bebel Sirat dengan mata yang merah. 
Dia cuba renung kening Taqim.  Ya, parut yang Fiqri kata, jelas kelihatan.  Tak dapat dia bayang, peritnya. 
“Awak halau saya,” jawab Taqim di luar sedar.
“Oh, tahu pulak kena halau.  Habis tu selama ni, saya halau… awak tetap jadik tukun depan saya.  Mintak itu ini… bila saya dah sedia nak bagi apa saja awak nak, awak tahu pulak merajuk?”  Kembang kempis dada Sirat menyembur Taqim dengan kata-katanya. 
“Saya…hrmm…”  Sudah.  Taqim dah tak tahu nak kata apa.  Dia tunduk.  Memandang makanan yang Sirat hulurkan. 
“Saya minta…”  Tak sempat habis ayat, tangannya dicuit oleh kanak-kanak yang berbuai bersamanya tadi.
“Haaa… patutlah pak cik tak balik rumah.  Rehat dekat sini.  Rupanya, mak cik marah, ya?”  Jari telunjuk comel itu lurus pada Taqim.  Digoyang beberapa kali. 
Ceh budak kecik ni!  Penyibuk betul. 
“Abanglah.  Pak cik pulak.  Pak cik ni  kacak lagi tahu tak?”
“Haa… tu pak cik cakap pak cik.”  Dua orang budak itu ketawa mengekek.
Taqim garu kepala dengan wajah menyeringai.  Dia pandang Sirat lama sebelum memandang sebelum pada dua orang anak tersebut. 
“Mana ada mak cik marah.  Tengok, dia bagi pak cik nasik lagi.  Korang tak ada…”  Sengaja Taqim mencebek.
Dua orang budak itu saling memandang.  Kemudian, memandang pada Sirat.  “Kitorang pun puasa.  Tak ada makanan ke?” 
Tawa Sirat terhambur.  Mata Taqim terpaku.  Haih… tak sedar diri tadi dia renung tak lepas dah Sirat. 
“Adalah… ini…”  Dua batang sosej goring dihulur pada kedua-duanya.  “Jangan makan sekarang.  Tunggu orang azan, tauu…” Jari telunjuk Sirat lurus memberi amaran.
“Yeah…”  Anak itu bersorak girang.  “Terima kasih.  Kami nak balik dah.  Mak cik jangan lupa bawak pak cik balik.  Dia kata dia letih…”  Terus dua orang itu berlari. 
Sirat peluk tubuh.  Budak ni panggil aku mak cik.  Hey, baru nak masuk dua puluh enam, tahu?! 
“Esok-esok, dah ada anak… saya marah kalau awak cemburu dengan anak kita sendiri…”  ujar Sirat sebelum dia berlalu ke gerai. Wan masih terkontang-kanting sendiri mengemas barang. 
“Hah?  Apa?”  Eh, aku salah dengar ke?  Korek telinga, batal puasa pulak.  Tapi, tak silap.  Pendengaran dia sihat lagi.  Tak menanti, dia juga melangkah mengikuti Sirat.  Tersenyum lebar.  Orang jiwa halus ni, lain macam sikit cara dia luahkan perasaan. 

“Ya, mak cik… pak cik tak cemburu,” sahut Taqim perlahan.  

...bersambung

66 comments:

  1. eiii..sweet sgt ..tak sedar senyum sampai telinga...sukaaa

    ReplyDelete
  2. Omaiiiii...ank kita...melting

    ReplyDelete
  3. alalalala....sweetnya depa nih.

    ReplyDelete
  4. SIRAT DAH SETUJU.....gembiranyala taqim kan

    ReplyDelete
  5. Hahaha... Wowww... Best rehab next please.. 😍😍😍😍

    ReplyDelete
  6. Hahaha... Wowww... Best rehab next please.. 😍😍😍😍

    ReplyDelete
  7. Berbunga-bunga hati kita..oh pakcik makcik

    ReplyDelete
  8. Alahai alamak seweet sgt mak cik gan pak cik merajuk

    ReplyDelete
  9. Taman bunga dah mula mekar...

    ReplyDelete
  10. comellll..
    Sirat pulak yg over..haha

    ReplyDelete
  11. "Anak kita.." homaiiiii... Sengih tak habis lg ni

    -widad amsyar-

    ReplyDelete
  12. auch... manis sangat ni kak Rehan takut kite kencing manais... huhuhu

    ReplyDelete
  13. Kak punya entry xpernah mngecewakn..tq kak

    ReplyDelete
  14. Dua2 suka. Dua2 pun sudi
    Apa lagi? Jadilah

    ReplyDelete
  15. Ala... X blh bhenti senyum. Mcm mn ni

    ReplyDelete
  16. waiting for 12!!! tik tok tik tok...

    ReplyDelete
  17. alahai...sweet dgn cara mrk sendiri..sdh terluah segala rasa walau nampak mcm marah
    .ala..marah2 sayang...bestnya...tq RM

    ReplyDelete
  18. Waaa...sirat....direct nampak...tp mcm x puas plak entry kali ni...huhuhu

    ReplyDelete
  19. wahhhh...bbunga2 dhati, senyum smpai ke telinga dh ni.. :-)
    -nur_elias-

    ReplyDelete
  20. Pak cik sweet sangat

    ReplyDelete
  21. Makcik pakcik ni sweet la pulok

    ReplyDelete
  22. Alahai comeynye pakcik n makcik.....

    ReplyDelete
  23. Maju bertapak-tapak dah ni Taqim ngan Sirat...yeay

    Mardhiyab

    ReplyDelete
  24. kekeke..pakcik pn pakcikla..janji makcik dah x marah..

    ReplyDelete
  25. hahahhaha comey pulak bahasakan pak cik mak cik .. elok sgt kwin tu dah sesuai

    ReplyDelete
  26. Amboi... Terus dpt panggillan manja "makcik pakcik".... Sooo.... sweet

    ReplyDelete
  27. Hihihi..comel jer Sirat marah2

    ReplyDelete
  28. yeee dah nk terkoyak dah mulot ni senyum.belum masuk badan tergolek ke lntai, hati melantun melantun

    ReplyDelete
  29. Gumbira betul pak cik bila mak cik cakap cam gituuu..
    Mak cik dah kasi hint tuu.. Grab la pak cik.. Jangan kasi terlepasss lagi..

    ReplyDelete
  30. Baca part last tu senyum smpai ke telinga haahhh......sweetnye lahaiiii

    ReplyDelete
  31. sweet pulak ye
    garang...tp tetap manis.
    tapi...adakah kemanisan ini akan berpanjangan
    mesti ada lagi dugaan yang akan tiba untuk mereka.
    hidup....begini la....x lepas dari dugaan

    ReplyDelete
  32. Hahaha naik lenguh pipi senyum wp awal td sebak sket.. mmg comel sgt makcik dan pakcik ni 😍👍 sirat pon.. Xsmpt taqim nk minta maaf, terus ckp psl anak 😅 tqvm RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  33. Alahai sweet nyaa ....
    Thanks for update kak RM

    ReplyDelete
  34. Wow..menangis dalam gembira saya. Thanks rehan..x pernah mengecewakan..

    ReplyDelete
  35. Adooooiiii.... gula tumpah 18 lori ni..

    ReplyDelete
  36. Macam ni punya sweet Siratul Mustakim, tidur pun boleh senyum sampai telinga ni😍😂

    ReplyDelete
  37. Wow....dah pk pasal anak...

    ReplyDelete
  38. I can't stop smiling... Panggil pak cik ngn mak cik pon sweet... Alahai.. Terima kasih RM 4 d update

    ReplyDelete
  39. Wah, sirat da fikir smpi anak..
    Terima kasih :p

    ReplyDelete
  40. senyum meleret2 dok baca part last tu...hehhe,,pandai rehan ubat hati pembaca yg tertunggu n3 ni...

    ReplyDelete
  41. makin suwiiittt la siratulmustaqim..

    ReplyDelete
  42. Fiqri mmg sahabat terbaikla....

    ReplyDelete
  43. Syoknya...makin bertambah lebar senyum...

    ReplyDelete
  44. Wahhhhhh....sukanyaaa...

    ReplyDelete
  45. Gigih menyiapkan segala report sblom lecturer dtg semata2 nk baca cerita nie..hihihi..ape2 terima kasih sis..
    -zu-

    ReplyDelete
  46. wah... sweetlah pakcik dgn makcik ni...hihihi

    ReplyDelete