WAJAH Melisa
merah. Tak sangka, bila sampai tadi
nampak Taqim dan suaminya sedang berbual mesra seperti tiada apa yang
terjadi. Padahal, tak nampak pun kereta
Taqim. Dia mahu dekati namun langkahnya
terkunci di balik dinding. Penumbuk
digenggam kemas. Sepatah nama itu,
benar-benar menyakitkan hati.
Sepuluh tahun
Taqim bawak hati, sehari saja perempuan itu mampu ikat hati Taqim dan
memujuknya kembali ke rumah besar ini?
Melisa mengaum dalam hati. Dia
tak boleh terima.
Siratul… nama itu
bergema dan terus bergema dalam kepala.
Kerana itu, dia terus masuk ke bilik tanpa mempedulikan apa-apa. Sewaktu berbuka pun, meja makan lebih ceria
seperti biasa. Tak pernah sekalipun dia
turun makan dengan Dato’ Mustapha tapi
kali ini, hati liarnya sedikit jinak dengan kehadiran lelaki yang sentiasa dia
puja sejak dulu biarpun mata Taqim langsung tak mengerling padanya.
Hanya Dato’
Mustapha yang nampak ceria dan makan bertambah.
Sesekali, tawa dua beranak itu bersatu.
Tak tahu apa yang kelakar. Meluat
sungguh dia dengan orang tua ni! Melisa
masih di meja makan biarpun Taqim dan Dato’ Mustapha dah bangkit untuk solat
Maghrib berjemaah.
Hebat sangat
gamaknya perempuan bernama Siratul itu hingga berjaya membimbing Taqim mencari
jalan ke rumah ini?
“Datin nak tambah
lagi?”
“Hah?” Melisa terpinga-pinga.
Mak cik Azi
senyum. “Datin nak tambah?” Tak pernah nampak Melisa makan di meja. Jika tak, depan TV. Atau pun, makan dekat luar. Kali ini, lain macam bila Taqim ada.
“Kalau tak, mak
cik nak masuk bilik solat dulu…”
“Eh, kejap… mak
cik…” Melisa lontar pandangan meluat
pada pembantu rumah. Dia bukan tak tahu,
Mak cik Azi ni tak suka dia. Eleh…
macamlah aku suka kau.
“Mak cik tahu ke yang
Taqim tu nak kahwin?”
Mak cik Azi simpan
senyum. Sengaja dia kerutkan dahi dan
menggeleng. Wal hal masa masak tadi,
Taqim tak puas bercerita. Siratul itu,
Siratul ini. Bagaimana pertemuan pertama
mereka yang dah mencetuskan sesuatu dalam hatinya hingga membawa dia hampir
bersikap kejam pada gadis itu tapi tenangkan gadis itu mengharungi, makin
membuatkan hati lelakinya lebur.
Malah, Taqim dah
tunjuk gambar Siratul. Biarpun dia tahu,
gambar itu Taqim ambik gambar curi.
Janji, wajahnya jelas.
“Sungguh mak cik
tak tahu?” Kening tipis Melisa
terjongket sebelah.
“Atau mak cik
sengaja sorok daripada saya?”
“Mak cik memang
tak tahu. Taqim cerita gitu-gitu aje…”
“Tapi saya dengar,
bukan takat gitu-gitu…” selar
Melisa. Dia senyum sinis. Tajam.
“Dengarnya nak kahwin raya pertama?
Betul?”
“Kalau itu yang
Datin dengar, betullah tu…”
“Hah!” Melisa tolak pinggan. Berdenting bunyinya
bila berlaga dengan yang lain. Kan dia
dah cakap… pembantu rumah tak sedar diri ni pun, memang sengaja sakitkan hati
dia.
“Mak cik tahu…
sengaja buat-buat tak tahu. Sengaja nak
sorok daripada saya?”
“Bukan mak cik
sorok. Tapi, eloklah kalau Datin tanya
pada Taqim sendiri. Yang nak kahwin,
dia…” ujar Mak cik Azi sopan.
“Argh… mak cik pun
sama dengan Taqim…”
“Apa yang
sama?”
Melisa yang baru nak mengamuk, terbantut di
situ. Dia cam suara itu. Saat dia menoleh, Taqim sedang merenung dia
tajam. Memeluk tubuh. Nampak segak mengenakan baju Melayu
sepasang. Siap bersongkok segala.
“Oh, tahu pulak
kau balik rumah ni?” sindir Melisa.
“Rumah aku. Kenapa tak boleh? Sini aku lahir, aku membesar. Orang tua aku, ada dekat sini…”
“Habis tu, sepuluh
tahun lepas… kau tak sedar ke orang tua kau ada dekat sini?”
Taqim gelak
kecil. Sindiran Melisa pedas juga tapi
dia harus tenang. Seperti yang Siratul
pesan padanya… “Biarpun berjuta Melisa datang pun, awak boleh hadapi dengan
sebelah mata aje. Kalau Melisa tu,
pedang yang menghunus… saya akan perisai yang bantu awak bertahan…”
Kerana itu, dia
pujuk hati untuk terus bertahan.
“Masa tu aku lemah. Lemah sebab biarkan orang yang tak sepatutnya
menang, menang tanpa bertanding. Guna
taktik kotor pulak tu. Apa nak kata,
masa tu permainan tiada terma dan syarat.
Setiap orang boleh guna pelbagai taktik dan sekarang, permainan tu… akan
ada syarat-syaratnya. Yang salah, akan
kalah. Yang sabar, akan menang. Itu syarat permainan,” jawab Taqim perlahan.
Dia malas
sebenarnya nak dekati Melisa. Tapi,
melihatkan perempuan itu mengasak Mak cik Azi, dia tak selesa.
“Mak cik pergilah
masuk solat dulu. Dah lewat…” suruh Taqim perlahan.
Sebaik saja Mak
cik Azi berlalu, Taqim kembali merenung Melisa.
Masih tenang, memeluk tubuh.
“Kau nak tanya,
tanyalah aku. Tak payah tanya orang
lain. Aku pun, ada beberapa benda nak
tanya kau. Kita kira, give and
take. Tolak ansur. Okey?”
Kening lebat Taqim terjongket.
Melisa gelak. Dia angguk berkali-kali. Tanda setuju.
“Kiranya kau memang separuh matilah gila dekat perempuan tu… err apa dah
nama dia. Sirat? Ye ke?”
“Betul,” jawab
Taqim sepatah. Simple. Tepat dan padat.
Wajah Melisa
berubah. “Kiranya nak kahwin sangatlah
dengan dia?”
“Ya.”
Sekali lagi,
jawapan Taqim tak ubah seperti belati yang begitu tajam membelah hatinya. Belati tumpul.
“Kau tak ada kedudukan,
tak ada harta… tak ada segalanya? Itu
pilihan kau? Aku tak rasa dia cantik…”
Kali ini, Taqim
pula ketawa. Kelakarlah Melisa ni. Sebenarnya, dia malas nak terus mendorong
Melisa. Daddy baru aje lelap. Penat sangat nampaknya. Dia takut daddy terdengar. Simpulan yang baru dapat dileraikan, nanti
kusut semula.
“Tak apalah dia
tak ada apapun. Janji, dia bagi aku
sesuatu…” jawab Taqim berlapik. Dia tak
nak hina Melisa. Apapun jadi, Melisa
adalah isteri daddynya. Biarpun satu
waktu dulu Melisa juga tiada apa.
Sekarang, setelah punya segalanya… pandai-pandai pulak kata orang lain
tiada apa.
Sedangkan, Siratul
itu punyai segala kemewahan dunia dan akhirat.
“Sesuatu?”
Baru nak berlalu,
dia dengar suara Melisa menyoal. Nafas
pendek dilepaskan. Kenyang betul dia
hari ni. Teringat peristiwa berbuka
dekat rumah Sirat hari tu. Haih… buat
malu ajelah. Makan tak ingat dunia.
“Sesuatu yang hanya aku mengerti, Lisa,” jawab Taqim
ringkas dan dia terus saja berlalu. Tapi,
tak sampai dua langkah, lengannya dipaut oleh Melisa.
Kejap.
Dahi Taqim
berkerut lebat. Dia rentap
tangannya. “Kau ni kenapa, Lisa?”
“Kenapa kau
tanya? Hey, Taqim… kau ingat kau boleh
hidup bahagia dengan sesuatu yang kau cakap tu ke? Lepas dah buat hidup aku macam ni…”
“Kejap. Aku?”
Taqim tunjuk diri sendiri. “Aku
yang buat hidup kau macam ni? Yang
serba-mewah? Atau yang susah lepas
kahwin dengan daddy aku? Yang mana satu?”
“Ya, memang kau
penyebabnya aku kahwin dengan orang tua tak sedar diri tu! Sebab kau tak balas cinta aku!” jerit Melisa kuat.
“Lisa!” Tangan Taqim terangkat tapi sempat dia
hentikan bila terlihat akan wajah sedih daddy yang muncul tiba-tiba.
Taqim raup
wajah. Allah… ampuni aku! Taqim dekati Melisa dengan perasaan yang
sukar untuk dia gambarkan. Bencinya pada
perempuan ini rasanya dah terhakis tapi sayang, kembali menebal. Silap rasanya dia ada dalam rumah ini untuk
melihat wajah sedih daddy sekali lagi.
“Kau yang pilih
jalan hidup kau sendiri. Tiada siapa
yang mendesak. Kalau kau rasa kahwin
dengan daddy aku, untuk rapat dengan aku… aku nak ulang semula ayat aku sepuluh
tahun sudah, Lisa. Aku tak akan pernah
hadap kau. Sampai bila-bila. Dan, aku tak kisah langsung. Tapi ingat, sekali lagi kau sakiti hati daddy
aku… aku tak akan maafkan kau!” bisik
Taqim dan dia terus menuju pada daddy.
Dia tahu daddy
dengar. Tapi, daddy masih tersenyum.
“Qim gaduh dengan
Lisa, kenapa?” tanya Dato’ Mustapha
lemah.
Taqim tarik tangan
daddy dan memimpinnya ke atas. Dia telah
liur dan menahan airmata daripada gugur.
“Qim mintak maaf,
daddy. Qim patut lebih sabar,” ujarnya
lembut. Dia tak nak perkara sepuluh
tahun sudah, berulang.
Biarlah Melisa
mengamuk sendiri. Dia tak akan pergi
lagi tinggalkan daddy. Dato’ Mustapha
sempat menoleh pada isterinya. Wajah itu
merah menahan marah. Hati dia sudah tak
rasa apa. Bukan sekali Melisa berkata
demikian, malah berpuluh kali. Cuma dia,
masih ada rasa belas pada perempuan semuda itu untuk terus ubah diri.
“Tak lama dah, Qim…” ucap Dato’ Mustapha antara dengar dan
tidak.
MENGIRING ke kiri
tak kena, ke kanan juga resah. Kata-kata
Melisa begitu bias menjalar dalam urat nadinya.
Ayat itu benar-benar pedih. Dia tahu
daddy dengar tapi daddy sengaja buat-buat tenang. Malam ni, dia sekadar berjemaah terawih di
rumah. Mengimamkan daddy, mak cik Azi
dan pak cik Husin. Bukan sekali
kusyuknya terusik bila mendengar daddy batuk tak henti-henti.
Apa sakit
daddy? Perlu ke dia paksa daddy ke
hospital? Sudahnya, Taqim terlentang memandang
siling kapur yang kosong. Mata dipejam
seketika sebelum dia rasakan getaran telefonnya.
Taqim lebarkan
senyum. Baru berkira-kira nak telefon
Sirat tapi dia tahu, gadis itu mesti penat seharian.
“Elok jugak awak
telefon saya. Saya ingat nak telefon
awak. Tapi, takut kacau awak pulak lewat
malam ni…” ujar Taqim selesai menjawab
salam.
Sirat senyum. “Saya tadi lagi masuk bilik nak tidur. Tapi, tak boleh lelap.”
“Kenapa? Teringat dekat saya?”
Amboi… mengusik
orang! Sirat mencebek. “Saya teringat dekat Fiqri sebenarnya…”
“Hah?” Batang tubuh yang sejak tadi terbaring,
bangkit mengejut. Demi mendengarkan
jawapan Sirat, dada Taqim berdebar tak sudah.
Jangan cakap… “Awak
bergurau, kan?”
“Ya. Memang saya gurau. Dah telefon awak, mestilah teringat dekat
awak…”
Pheww… nafas lega
dihela panjang. Taqim gelak kecil. Dia pun satu.
Dah Sirat tu bercinta dengan dia, haruslah teringat dia. Sengal!
“Awak tidur rumah
daddy awak?”
“Ya. Mana awak tahu?”
“Mestilah tidur
sana. Alang-alang berbuka dekat
sana. Saya percaya, Mustaqim saya tak
akan buat benda tak betul. Setelah lama
tak balik, dia akan buat keputusan terbaik untuk temankan daddy dia. Betul tak?”
“Err… tadi saya
dengar awak cakap… Mustaqim saya?”
Eh dia ni. Hati Sirat menggerutu. Geram.
Orang cakap panjang, dia kemain dengar yang itu aje.
“Okey ke?” Sengaja Sirat buat tak layan.
“Apa yang okey?” Hati Taqim hampa. Ingat Sirat nak layan berbahasa dengan
dia.
“Nak kata okey,
entahlah…” Taqim bersuara bila Sirat
hanya diam bagai menanti dia terus berkata-kata. Hatinya mengeluh lagi. Berat sungguh beban yang menimpa.
“Saya tak kuat
lagi sebenarnya…”
“Apa dah jadi?” Dalam pada mata yang layu, Sirat masih lagi
mengambil berat. Dia tahu, Taqim tiada
tempat meluah. Kerana itu, dia sudi
tadah telinga.
“Saya kuatkan hati
saya bila tengok daddy tak sihat. Tapi,
saya tak kuat tengok bini dia...”
“Maksudnya?” Sirat
mencari makna kata-kata Taqim.
“Tangan saya
ringan macam kapas nak naik ke muka dia.
Tapi, saya tahu... daddy akan sedih kalau saya berkasar dengan perempuan
tu. Sebab tu saya keluar rumah biarpun
berat hati saya,” luah Taqim penuh emosi.
Dia raup wajahnya berkali-kali.
Tuhan... sukarnya
untuk dia didik nafsu amarah dalam diri.
“Awak tahu tak...
bulan puasa ni syaitan iblis memang Tuhan ikat.
Yang tinggal hanya nafsu.
Pelbagai nafsu. Bulan Ramadan ini
tak ubah macam bulan peperiksaan.
Subjeknya adalah nafsu. Untuk
kita tengok markah kita setelah ujian selesai... adakah kita lulus atau
sebaliknya. Dalam exam tu pulak akan ada
kertas ujian. Anggap ajelah isteri daddy
awak tu, kertas ujian. Pengawasnya
adalah Allah Taala yang Maha Tahu akan segalanya. Kalau gagal, sayanglah. Tak boleh graduate,” nasihat Sirat berlapik
dengan makna yang begitu mendalam.
Dia tahu Taqim
mengerti.
Menerima kata-kata
Siratul, Mustaqim senyum sendiri. Angguk
sendiri berkali-kali. Bagaimana gadis
yang hampir tujuh tahun muda daripadanya begitu bijak berkata-kata.
“Nampaknya saya
perlu terus ulangkaji. Latih tubi. Betul tak?”
“Ya... doa, solat,
membaca Al-Quran. Itu adalah latih tubi yang paling mustajab. Lagipun, kalau awak tak kuat jugak. Ambiklah kekuatan saya sikit.” Sirat
menawarkan diri.
Taqim ketawa kecil
dengan suara gadis itu di hujung talian.
“Kiranya awak ni
knight in the shining armour ke apa?” Badan kecik tapi perasan kuat.
“Hey, sayang...
orang kuat ni bukan sebab badan kecik atau besar... tapi sebab kuatnya dia
menjinakkan nafsu sendiri. Tahu tak?”
“Errr.. apa awak
cakap tadi?” Taqim tiba-tiba menyoal.
Dia tak pekak tapi boleh jadi salah dengar.
“Apa? Pasal kuat ke?”
“Tak. Sebelum tu...”
Sirat senyum. Saja buat-buat lupa. “Eh... mak panggillah...” Dia mencipta
alasan. Terus saja dia tamatkan panggilan.
Taqim tepuk
dahi. Aduh... awak buat saya melayang,
Siratul... dia terus dail semula nombor Siratul. Hanya dua deringan, suara halus gadis itu
menyapa.
“Kenapa putuskan
talian?”
Sirat diam
menerima soalan Taqim. Wajahnya sedang
membahang. Macam manalah dia boleh
terlepas perkataan sayang tu dekat Taqim.
Tak malu sungguh!
“Awak malu?”
“Kalau tahu, tanya
buat apa?” Sirat mendengus
menyembunyikan sebal sendiri.
Taqim ketawa. Tapi tak lama. Bila teringat kembali kata-kata Melisa. Bagai terbunuh semua senyumnya.
“Dia masih dendam
dekat saya…”
Sirat tahu siapa
yang Taqim maksudkan. Cuma, tak tahu apa
yang dah jadi. Sejauh mana Melisa
sanggup bertindak setelah sekian lama.
“Kali ini dia dah
lukakan hati daddy dengan teruk. Saya tahu
daddy tahu perangai bini dia macam tu. Tapi,
yang menjadi tanda tanya… kenapa daddy masih nak simpan orang macam tu. Pelik…”
“Jawapannya, ada
pada daddy awak, Taqim. Tapi, awak
sendiri… kena terus bijak hadapi suasana macam tu. Sekarang, awak ada dekat rumah tu. Saya risau dia perangkap awak lagi kalau awak
tak hati-hati…”
“Hey… kan awak
jugak pesan dekat saya. Sifat orang
mukmin itu, dia tak akan hulur tangan dalam lubang yang sama dua kali untuk
dipatuk oleh ular yang begitu berbisa. Saya
pun sama. Saya tak akan biarkan dia buat
saya kali kedua. Tapi, tidakkah awak
rasa mencegah itu lebih baik daripada mengubati?”
“Dengan cara apa?” Dahi licin Siratul berkerut.
“Kita kahwin…”
“Boleh selesai
masalah ke?” Dada Siratul kian
berdebar. Sepertinya, Taqim begitu
bersungguh.
“Setidak-tidaknya,
bila awak tidur sebelah saya… tak kan dia berani masuk bilik kita. Betul tak?”
“Oh, kiranya saya
ni jadi tempat untuk awak mengelaklah, ya?”
“Kata nak jadi
perisai…” Taqim ketawa halus. “Tapi, awak perisai yang akan saya peluk
selamanya,” tambahnya serius. Memaksudkan
yang dia benar-benar mahu nikahi gadis
ini.
Secepat mungkin!
“Saya sayang awak,
Siratul…” akui Mustaqim tiba-tiba.
Siratul telan
liur. Lama dia diam. Sekadar nafas resah Taqim yang memecahkan
hening.
“Raya pertama,
datanglah rumah dengan keluarga awak…”
pesan Siratul lantas dia putuskan talian.
Telefon ditekap ke
dada. Tepatkah keputusan dia? Entahlah…
Wajah mak muncul
tiba-tiba. Tersenyum. “Kenapa, mak?”
“Anak mak, dah
sedia untuk jadi isteri,” ujar mak tiba-tiba.
Mata Siratul
basah.
Oh mai melting..sebak sirat mak cakap cengitu...apapun sweet sgt
ReplyDeleteCayo dh ni..
ReplyDeleteSuka... Suka... Suka...
ReplyDeleteMelisa sila ketepi
hampir bersatu..so sweet..
ReplyDeleteowhhh bahagianya. harap2 daddy taqim baik2 saja
ReplyDeleteSukanya...seronoknya...happynya...biarlah terus happy...tp melisa pasti akan buat sesuatu...
ReplyDeleteBgusnye. Moga dimudahkan urusan. Biar jd lah kak rehan.
ReplyDeleteYeah....
ReplyDeleteSUKA !!!
ReplyDeleteYeah....
ReplyDeleteJadi perisai utk mustaqim
ReplyDeletehuuu...cayor melelehhhh...hihihi.
ReplyDeleteHebat sirat nie..
ReplyDeleteHaihlaaaa…melting haihhh.
ReplyDeleteTabahkan lah hati taqim untuk harungi ujian yang Allah berikan. Sesungguhnya Allah menguji hambanya dengan kemampuan seseorang itu.
ReplyDeleteSweet sangat yg akhir tu. Terbaik kak Rehan.
Allahu.... Taqim dan siratul
ReplyDeletesyahdu nyaaa .. berat nya ujian , tertanya nape la dato, tu x cerai je melisa tu simpan buat kumpul dosa je
ReplyDeletesiratul kuat dan kena kuat utk taqim..untuk keluarga
ReplyDeleteTakutnya ada perangkap kedua
ReplyDeleteWahhhhhhh sukanyaaaa
ReplyDeletesukanya...x sbr nk tggu siratulmustaqim bersatu..melisa sila brambuss..hrp daddy taqim kuat lagi nk sambut menantu n cucu2 nya..
ReplyDeleteMalissa masih lagi punca masalah..selagi dia ada masalah ni x akan selesai lg. Knp jht sgt melissa tu?
ReplyDeleteAllahu... indahnya hubungan Siratul Mustaqim😍
ReplyDeleteHati2 Taqim....Melissa xkan biarkan Siratul jd milik awak...
ReplyDeleteKahwin la cepat..sebelum raya pon xpa, kahwin10 malam terakhir deh..hehe
ReplyDeleteBerkekalan la hendaknya..ameen
ReplyDeleteOooo...tak sabar tunggu next...
ReplyDeletemelisa takkan duk diam ni..
ReplyDeletemesti ada la rancangan djahat dia tu
ohmai...kalau ai jd taqim pun x taula boleh tahan atau tak nak lempang perempuan nama melissa tu.... yeahhh akhirnya siratul setuju terima lamaran taqim... tq rehan...
ReplyDeleteYeay.. tp patutnye kawenla terus raya pertama tu.. lg cpt lg bagus.. mmg risau betul dgn melisa tu.. ntah apa la dia nk buat lps ni..🤔 tqvm RM for the update 🌹🌷
ReplyDelete