BERPULUH kali
Fiqri meningkah, berpuluh kali juga Kuca menyokong. Mungkin Fiqri tak pernah lalu perkara yang
menyakitkan. Kerana itu Fiqri
melarang. Rodi juga sama seperti
Fiqri. Hanya Kuca yang sedang berdiri
bersamanya. Kerana lelaki itu pernah ada
di dalam kasut yang sama, Cuma saiz saja berbeza.
“Aku sokong apa
saja, Qim. Kalau apa-apa kau nak aku
bantu, cakap aje…”
“Aku harap
semuanya macam yang aku rancang. Aku dah
sedia, daripada A sampai Z…”
“Dia?” soal Kuca.
Risau jugak. Kalau Sirat macam
Qais, isteri dia… okeylah. Tapi, Sirat
ni lagi tabah daripada Qaiser. Bimbang
rancangan Kuca tergendala biarpun semua sudah sedia.
“Dia akan sokong
setiap keputusan aku…” jawab Taqim tersenyum tawar. Lepas terawih, dia bawa dirinya ke rumah
Kuca. Segalanya diluahkan. Andai Kuca kerut dahi, dia lagilah. Entah berapa lapis kerutan dah.
“Tapi, satu kau
kena tahu. Bila nak buat benda baik,
biasalah… halangan muncul sikit-sikit. Apapun
jadi, kau kena sabar. Ganjaran pada
tiap-tiap hamba yang sabar ni, hebat, Qim.
Nak-nak bulan puasa ni. Allah
akan bantu kau bila niat kau dah betul,”
pujuk Kuca sambil mengusap bahu Taqim.
Muk nescafe
panas dicapai. Taqim teguk air yang dah
sejuk. Kuca juga sama. Kemudian, Taqim mendongak ke dada langit. Esok, malam Ramadan yang ke dua puluh. Pantas sungguh masa berlalu saat dia diulit
bahagia.
Puasa tahun ini
benar-benar terasa lain dengan kehadiran Siratul yang menuntun dia kembali pada
daddy. Yang indah, biasalah akan buatkan
waktu begitu pantas berlalu.
MAK
termenung. Sirat juga. Wan lagilah tak cakap apa. Kakak masih tak berniaga. Dah tiga hari. Modal ada sikit tapi banyak juga bekas yang
pecah. Nak cover tu, sesak jugak
nafas. Nak report polis, kakak tegah
pulak. Patutnya dia ada sama hari
tu. Tapi, kakak yang berkeras nak dia
tinggal di rumah memandangkan mak tak berapa sihat. Datang balik bila dekat nak berbuka untung
kemas-kemas aje. Tapi, dia terkejut amat
bila Abang Taqim bawak kakak balik dengan pakaian yang kotor dan bekas yang
pecah.
“Boleh Qim cakap
dengan Siratul kejap, mak?” pinta Taqim
bila semua orang mendiamkan diri. Dia
pulak naik resah. Sudahlah rasa bersalah
pada perbuatan ibu tirinya masih menebal.
Dia tahu, mak,
Wan dan Sirat sendiri dah maafkan. Tapi,
Siratul nampak trauma sungguh.
“Iyalah… mak
duduk luar…”
“Eh, mak duduk
aje sini,” tegah Taqim. Dia pandang
Siratul yang masih tunduk sejak tadi.
“Kira dok luar
kejap. Wan kau ikut…”
Wan angguk. Akur.
Sirat pada mulanya berat hati nak mengikut tapi melihatkan wajah mak dan
wajah lelaki di sisi Taqim, dia bangkit juga.
Wan duduk di
atas motor. Buat-buat cuci motor. Dibiarkan kakak dan Taqim berbicara
malam-malam ni. Haih… bila fikir tak
pernah dibuat dek orang. Tapi, kalau dia
pun dia nak ikut jejak Abang Taqim.
Cool… dalam tak sedar, dia senyum
sendiri. Masalahnya sekarang, kakak… Wan
pandang wajah mendung kakak. Tak
pernah-pernah tengok kakak mendung macam tu.
Dah macam nak hujan dah.
“Awak diam
aje?” tegur Taqim memecahkan hening.
Siratul masih
tunduk. Dielus jari manisnya. Kemudian, dia angkat wajah memandang
Taqim.
“Kenapa
sekarang?”
“Inilah masanya,
Siratul…”
“Tapi…”
“Kenapa? Awak dah berubah hati? Tak percaya dekat lelaki yang baru awak
kenal? Jahat pulak tu…” Laju Taqim menyekat suara Siratul. Bukan sebab tak sabar, tapi dia tak nak
keyakinan gadis ini pada dia pudar hanya kerana Melisa.
Bibir
diketap. Siratul kembali tunduk. Taqim terasa hati gamaknya.
“Bukan sebab
saya berubah hati atau saya tawar hati dengan apa yang dah jadi. Jauh
sekali bersangka buruk dekat awak. Malah,
apa yang saya rasa tentang awak ni, makin tebal. Makin kukuh.
Cumanya, saya risau dekat daddy awak.
Dia nampak tak sihat. Apa kata
awak tumpu pada dia dulu…”
“I need
you. Saya perlukan awak…” sahut Taqim.
“Saya tak boleh sendiri. Saya perlukan awak…”
“Tapi, sekarang
ni macam pelik sangat…”
“Agak
pelik. Tapi, tak dosa.” Bahu Taqim
terjongket sikit.
Dia masih setia
menanti jawapan Siratul dan bila gadis itu mengangguk dalam senyuman yang
kembali manis seperti sebelum kejadian itu, Taqim yakin… inilah yang telah
Tuhan tetapkan. Inilah jalannya. Yang lurus lagi diredhai.
DATO’ Mustapha
memandang Melisa. Apa yang tak
kena? Sejak dulu, dia cuba sedarkan
Melisa tentang sesuatu. Tentang rasa
syukur dengan apa adanya. Dia tak pernah
memaksa Melisa. Dia menikahi gadis muda
ini kerana belas kasihan. Kerana dia
yakin, Melisa boleh dibentuk dan boleh menjadi isteri yang baik. Rupanya, dia silap dalam menilai. Dia tak pandai menilai langsung kerana Melisa
masih begitu.
Pernah… dia mahu
mengalah. Tapi, rasa tanggungjawab itu
memberi sedikit semangat. Kerana itu
juga dia halau Taqim pergi. Kerana dia
tahu akan apa yang dah terjadi. Bukan
sekali dia nampak Melisa cuba rapati Taqim.
Andai dia lepaskan Melisa, tentu perempuan itu lagi galak mengejar
Taqim. Walaupun hubungan mereka telah
menyekat Melisa selama-lamanya. Tapi,
Melisa tak pernah mengerti.
Tapi, jika tidak
begitu… dia bimbang satu hari nanti, Melisa akan buat Taqim mabuk atau apa saja
dan melakukan perkara tak senonoh pada Taqim.
Dan sekarang, dia juga tahu… Melisa tak pernah mengalah. Cukuplah nasihat dan peluang yang dia
bagi.
“You nak cakap
apa?” soal Melisa. Malas dia nak melayan. Ingatkan balik lewat macam ni, orang tua ni
dah tidur tapi masih berjaga rupanya.
Tapi, dia nampak kereta Taqim.
Memang Taqim masih balik ke rumah ini.
“Kenapa Lisa tak
pernah nak berubah?” Perlahan, Dato
Mustapha menyoal.
“Kenapa mesti
nak berubah? Saya jadi diri saya,
Dato’…” Tajam jawapan Melisa.
Dato’ Mustapha
urut dada. Dia labuhkan duduk dibirai
katil. Bilik besar ini, hanya dia
sendiri setelah kematian mama Taqim dulu.
Malah, Melisa hanya masuk ke sini bila dia panggil atau ada perkara yang
wanita itu nak bincangkan.
Hal ini… tiada
siapa tahu melainkan Mak cik Azi dan Pak cik Husin saja. Sengaja dia suruh rahsiakan daripada
Taqim. Andai dulu, dia mahu anggap
Melisa sebagai anak sendiri namun hukum menegah. Masakan anak angkat yang begitu dewasa? Sejauh mana dia mahu bergaul? Berdosa.
Kerana itu dia nikahi Melisa.
Menghalalkan hubungan dengan niat mahu bantu. Tapi, niat baiknya disalahguna.
“Taqim itu, anak
tiri Melisa… berapa lama nak dikejar sesuatu yang tak akan dapat?”
“Anak
tiri?” Melisa ketawa. Dia mencebek lebar. Memang status anak tiri tapi, dia dan
Dato’Mustapha tiada apa-apa. Sekadar
suami isteri di atas kertas aje.
“Tak payah Dato’
nak ingatkan. Saya tak pernah
lupa…”
“Habis tu, kalau
tak lupa… kenapa masih buat perkara yang sia-sia? Benda itu dah terang haram?” Seboleh-bolehnya, Dato’Mustapha masih menahan
sabar.
“Kenapa? Tak cukup baikkah layanan saya pada Lisa
selama ini?”
“Memang tak
cukup baik. Kalau baik, patutnya you dah
lama lepaskan I. Masa Taqim keluar rumah
dulu lagi. I tahu, you sengaja halau
dia. Tak nak dia ada dalam rumah
ni. Konon memihak pada I, tapi you nak
selamatkan anak you. You tak pernah
hargai I…” tuduh Melisa bengis.
Dato’ Mustapha
mengucap panjang. Memang! Berat tuduhan
Melisa. Bila masa dia tak pernah hargai
Melisa? Dia mahu selamatkan perempuan
ini daripada kehancuran. Dia hanya mahu
bantu perempuan ini dulu!
“Saya bantu
Lisa. Saya cuba cegah Lisa daripada buat
perkara yang haram. Kita ni, manusia,
Lisa. Saya lebih lama hidup daripada
Lisa. Sekilas ikan di air pun saya boleh
tahu, inikan pulak Lisa yang hanya manusia biasa. Memang saya tahu Lisa boleh buat apa saja
untuk dapatkan Taqim, tapi yang haram tak akan jadi halal hanya kerana desakan
nafsu, Lisa…” Sukarnya untuk dia buat
Melisa sedar. Atau perempuan ini tahu,
tapi sengaja buat tak peduli.
“Saya tak pernah
kisah semua tu, Dato’! Saya akan buat
apa yang boleh puaskan hati saya!”
“Habis tu, Lisa
ingat kalau saya lepaskan Lisa, Lisa boleh bersama Taqim?” soal Dato’ Mustapha, menahan geram. Sabarnya benar-benar telah tamat tempoh.
“Kalau tak
boleh, I buat sampai boleh!” Serentak
itu, Melisa hempas pintu bilik besar ini.
Dia terus turun dan berlalu keluar.
Semak!
Dato’ Mustapha
menggeleng kesal dalam nafas yang sedikit tercungap.
KAKINYA menapak
perlahan. Akhirnya, dia jumpa mana Mak
cik Azi simpan kunci pendua. Daun pintu
bilik Taqim ditolak perlahan. Tiada
bunyi sedikit pun. Dia kerling
dinding. Dalam kesamaran, jam
menunjukkan angka tiga pagi. Orang
tengah nyenyak tidur. Melisa hampiri
katil Taqim. Melihat tubuh itu yang
berselimut separuh, dia cuba sentuh bahu dan lengan kekar lelaki itu.
Tapi, baru nak
labuhkan duduk di birai katil… mata Melisa terbuntang saat melihat ada
perempuan lain yang muncul dalam keadaan
serba putih.
“Arghhh…” Tempikannya membuatkan Taqim jaga.
Pantas Taqim
angkat tubuh dan menjauh. Dadanya
berdebar. Mak cik Azi dan Pak cik Husin
juga muncul.
“Apa kau buat dalam bilik aku ni, Lisa?” jerkah Taqim.
“Itu…” Jari telunjuk Melisa lurus ke jasad tak jauh
daripada almari.
Taqim
menoleh. Dia urut dada. Didekati jasad berbalut warna putih
tersebut. Melihatnya dengan perasaan
yang masih terkejut dengan kemunculan Melisa.
“I nampak
bayang… itu yang I…”
“Jangan nak
bohong!” marah Taqim. Berani sungguh Melisa. Tergamaknya.
“Sungguh… I
nampak penceroboh..”
Taqim senyum
tajam. Bilik yang hanya samar-samar
bertukar terang bila dia meminta Pak cik Husin petik suis lampu.
“Sekali lagi kau
silap. Nampaknya, kaulah penceroboh
tu. Dan ini…” Tangan Taqim merayap dan memeluk jasad
itu. Kemas.
“…isteri aku…”
Mata Melisa
bulat merenung wajah yang dia cam.
Malah, melihat lengan Taqim memeluk jasad itu, darahnya menyirap
tiba-tiba. Terkejut. Tapi, tak lama. Dia ketawa tiba-tiba.
“You ingat I nak
percaya?”
“Itu hak
kau…” jawab Taqim tenang.
“Kiranya,
sekarang you nak lari daripada I sampai sanggup bawak perempuan ni masuk
bilik? Hey, perempuan tak guna! Berapa Taqim bayar kau untuk tidur dengan
dia? Berlakon jadik bini dia sebab nak
elak daripada aku?” tuduh Melisa.
Sirat toleh pada
Taqim. Berbicara bahasa bisu. Kan dah cakap. Susah orang nak percaya kahwin bulan Ramadan. Entahlah.
Segalanya berlaku sangat pantas.
Dia mahu tolak sebenarnya bila Taqim datang dengan Dato’Mustapha dan
juga Pak Husin serta Mak cik Azi malam tu.
Dia masih mahu sendiri tapi Taqim bertegas. Apapun jadi, Taqim mahu mereka menikah.
Sekarang, Melisa
pun tak nak percaya. Tapi, hati dia
marah jugak. Dahlah ceroboh bilik
orang. Tuduh orang pulak tu.
“Taqim bagi saya
sekeping cek. Tapi, saya tak sempat
pergi bank pun lagi nak cashkan cek tu.
Jumlah berapa pun saya tak tengok lagi.
Semuanya, berlalu cepat sangat.
Kadang-kadang saya sendiri rasa macam mimpi. Dah tentulah orang lain pun sama. Susah nak percaya. Tapi, saya ada saksi. Mak cik Azi dan Pak cik Husin ada dekat
masjid malam tu…”
Nak dikira, imam
pun terkejut. Lepas terawih, nikahkan
orang. Tapi, apa nak kata. Dah sampai waktunya jodoh mereka. Tiada majlis besar. Mereka hanya sediakan juadah untuk orang
berbuka dan juga moreh. Bersedekah
juadah pada yang memerlukan. Itulah
hantaran yang dia mintak daripada Taqim.
Dan cek itu, dia tak mintak pun.
Taqim yang paksa dia ambik.
“Oh… memang kau
pun nekadlah nak subahat, ya?”
“Saya bagi jawapan
jujur, Datin Melisa. Saksi ada…” tambah Sirat memandang pada Mak cik Azi dan
Pak cik Husin.
“Ya, Datin… pak
cik saksinya…” jawab Pak cik Husin bila
Melisa memandang mereka berdua.
Birai mata
Melisa merah. Terkejut bukan
kepalang. Kunci pendua yang ada dalam
genggamannya dicampak kasar. Nafasnya
mengah. Dia rapati Taqim. Pantas Taqim tarik tangan Sirat dan membawa
isterinya agar berdiri di belakang. Dia
nikahi Sirat bukan untuk jadikan Sirat perisainya tapi dia menjadi tekad kerana
tak mahu lagi Sirat disakiti kerana dia.
“Lama I cintakan
you, Taqim. Lebih sedekad. Tapi, kenapa perempuan yang you baru kenal
ini jugak yang you pilih…” Airmata
Melisa jatuh.
“Jawapan tu
memang ada pada kau, Lisa. Satunya, aku
tak pernah cintakan kau. Dua, kau memang
haram untuk aku nikahi…”
“Siapa
kata?” jerkah Melisa.
“I tak pernah
tidur sekali dengan daddy you. I kahwin
atas surat nikah aje. Memang I jahat,
tapi semua sebab you, Taqim. Kalau you
terima I dulu, I tak akan jadi teruk macam ni.
You sendiri tahu, tiada perempuan dalam dunia ni yang akan cintakan you
macam I cintakan you. I tahu
hukumnya. Sebab tu I masih setia dengan
cinta I…”
Mendengarkan
kata-kata Melisa, Taqim menoleh ke belakang.
Memandang isteri yang baru nikahi dua malam sudah. Dahi Siratul jugak berkerut
berlapis-lapis. Terkejut barangkali.
“Ianya masih
sesuatu yang haram, Lisa. Seteruk-teruk
aku, aku masih tahu hukumnya. Melainkan
daddy yang nak menikah dengan anak kau sekiranya kau ada anak dan dengan
keadaan kau dengan daddy yang tak pernah bersama, kemudian berpisah… ya, daddy
boleh nikahi anak kau. Tapi, bukan untuk
kau nikahi aku, anak tiri kau. Ianya
sesuatu yang haram. Lagipun aku tahu,
kau nikah dengan daddy, tiada siapa paksa.
Kau cuma nak balas dendam pada aku.
Kau cuba nak dapatkan aku. Tapi,
apa salah daddy? Sedangkan daddy nikah
dengan kau sebab dia nak bantu kau. Kau
yang tak cuba bantu diri sendiri.
Sudahnya, kau nak salahkan orang lain.
Dah lebih sepuluh tahun, Lisa.
Tak bolehkah kau terima hakikat yang aku bukan jodoh kau? Agama mengatakan tidak. Allah melarang.”
Bilik Taqim
hening dan sunyi. Dia tak nak
bising-bising. Buatnya daddy terjaga dan
tengok drama diorang ni, lagi haru.
Wajah Sirat pun dah pucat.
Terkejut dengan sambutan dalam rumah besar ni.
“Aku harap kau
terima, Lisa…”
“Tak…” sampuk Melisa seraya menggeleng setelah agak
lama dia menyepi.
“Aku tak akan
terima.” Wajah diangkat. Airmata mengalir laju tapi wajahnya bengis,
merenung tubuh Taqim. Bagai tembus
mengena wajah Siratul yang Taqim sembunyikan.
“Kau cakap dekat
daddy kau, lepaskan aku dan kau ingat, Mustaqim. Tak akan ada perempuan lain yang boleh
cintakan kau, macam aku cintakan kau…”
Melisa memberi amaran.
Saat itu, mata
Melisa tajam merenung Siratul dan Mustaqim.
Airmatanya kian mencurah. Rahang
diketap. Amarahnya memuncak tapi dia
perlu berlalu. Sesuatu yang menyakitkan,
keputusan dia untuk nikahi Dato’ Mustapha dulu telah menyekat segalanya antara
dia dan Taqim.
“Ya… aku
mengalah, Taqim. Tapi, bukan bermakna
aku kalah. Dan kau Siratul… kau kena
bayar harga untuk setiap titisan airmata aku!”
tempik Melisa kuat.
Mata Siratul
terbuka lebar bila dirasa ada tangan sejuk yang menyentuh tangannya. Mak… pantas dia bangkit dan memeluk mak. Renungan mata Melisa penuh dendam. Peluh sejuk merenik di dahi.
“Kenapa? Mimpi apa?”
Mak pelik. Sejak dulu, Siratul
jarang mimpi teruk. Tapi ini, sampai dia
dengar dekat luar.
“Sirat mimpi
apa?” soal mak lagi.
Siratul tarik
nafas panjang. Dihembus perlahan sambil
mengesat dahi. Liur yang ditelan terasa
pahit sungguh. Dia pandang jam. Padanlah mak siap bertelekung. Dah 3.30 pagi. Masa yang terbaik untuk
qiam.
“Tak ada apa,
mak,” jawab Siratul.
Mak duduk di
birai katil. Menepuk peha Siratul
perlahan. “Tak kan pinangan Taqim tu
buat Sirat termimpi-mimpi?” duga mak.
Sirat tunduk
seketika. Bukan hanya Taqim tapi
sepertinya rahsia rumah tangga Melisa masuk dalam mimpinya.
“Sirat pun tak
tahu, mak. Boleh jadi jugak sebab Taqim
ajak kahwin segera, semua benda masuk dalam kepala. Mak tiri dia, ayah dia… segala-galanya,
mak. Sirat sampai mimipi
bukan-bukan. Memang dalam mimpi tu dia
tak sakiti Sirat sebab Taqim ada, tapi pandangan dia tu…” Tak sanggup Sirat nak bercerita. Renungan mata itu, tajam. Menakutkan.
Dilapis dengan dendam yang dah lama menggunung.
“Mimpi itu tiada
apa, nak. Boleh jadi Tuhan nak kejutkan
kita. Mak tunggu qiamulail, ya?” Mak usap pipi Siratul.
Perlahan bangkit,
dan berlalu. Membiarkan Siratul sendiri
untuk seketika. Sebaik saja pintu
terkatup, Siratul dapat rasa telefonnya bergetar. Pantas dia capai. Nama Taqim naik. Boleh jadi, Taqim kecewa dia berkeras mahu
terima lelaki itu menjadi suami selepas raya.
“Saya mintak
maaf,” pinta Siratul tiba-tiba.
Dahi Taqim
berkerut. Tak faham mulanya. Tapi, kalau sebab dia ajak Siratul kahwin,
dia memang tak simpan dalam hati langsung.
Tak lama lagi nak raya dah. Dia dah
nekad nak ikat Siratul paling tidak, raya ketiga. Biarpun hati bergelora nak miliki gadis ini
sekarang jugak.
“Kalau tentang hal
tu, kita kan dah setuju. Boleh jadi saya
yang gopoh sebab risau bila tengok awak hari tu. Lepas tu, saya tenangkan hati… awak pun okey,
saya boleh terima. Lagipun, tak lama
lagi nak raya. Awak jangan fikir sangat…”
“Saya mimpi…”
“Ngeri?” tanya Taqim.
“Ya. Mimpi tu macam nyata. Ada daddy awak, ada awak dan ada Melisa…”
“Awak fikir
sangat ni…” ujar Taqim memujuk.
“Gamaknya… tapi,
saya jadi tertanya banyak benda. Kalau betul,
tak tahulah tenang ke tak, saya hadapi…”
“Apa yang dah
jadi?” Tak sabar pulak Taqim nak tahu
cerita.
Siratul diam
seketika memikir. Sukar untuk dia
ceritakan tentang Melisa dan Dato’ Mustapha.
Itu hanya mimpi. Kebenarannya,
pasti jauh panggang daripada api.
“Dia masuk bilik
kita…”
Taqim senyum. “Dia masuk bilik kita? Kita?”
Sengaja dia tekan perkataan kita itu.
“Kalau kita,
maksudnya… saya dengan awak. Nak kata
kita dalam satu bilik, patut awak terima cadangan saya akad nikah aje terus
bulan puasa ni...” usik Taqim.
“Masa tu, jangan
kata hanya kita… ada rezeki anak-anak kita pun ada.”
Mendengar usikan
Taqim, Siratul senyum tipis. Dia tahu
Taqim hanya mahu bawa dia lari daripada mimpi itu dengan gurauan. Tapi, jika benar… adakah ini petanda?
Ape petanda mimpi si sirat ni??tq RM
ReplyDeleteoh my...sy yg jd 1st reader ke??setiap hari tggu entry bru dr RM..apa la jht sgt si melisa ni..anyway..tq kak RM..gud luck..
ReplyDeleteMimpi baru ker..percepatkan jelaa sirat..moga tiada yg buruk nnti..
ReplyDeleteAdoi....sweetnye Taqim bile sebut bilik kita...n...anak2...moga mimpi hanya tinggal mimpi...
ReplyDeleteHuh... Berdebar rasanya.. Apa agaknya petanda tu...
ReplyDeleteSweetnye Taqim.... Mcm tau2 je Sirat mimpi buruk terus call... Semoga impian jadi nyata...
ReplyDeleteBimbang plak dgn mimpi siratul
ReplyDeleteLahai mimpi ke,,hihihihihi...xpe..jgn risau psl mimpi tu..
ReplyDeleteMcm mak sirat ckp tu teguran suruh bgun qiamullail...
RM saya ingatkan Taqim n sirat nikah dah...rupanya mimpi malam lailatulqadar...elok la tu...memang petanda...👍👍👍
ReplyDeleteKita plak yg risau
ReplyDeleteYa allah ingatkan betui2 dh nikah rupanya mimpi aja
ReplyDeleteOo mimpi je.. risau jugak kan mimpi wajtu gitu.. bln ramadhan pulak tu.. 🤔 tqvm RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteMimpi oh mimpi tq rm
ReplyDelete