SEMUANYA telah
selesai. Taqim nampak tenang saat
menatap kali terakhir wajah daddy.
Sesekali, dia balas pandangan Pak cik Husin. Sekarang, hanya dua orang itulah yang menjadi
keluarganya dalam rumah besar itu. Melisa? Entah ke mana perginya. Tak dapat dikesan langsung.
Taqim tenang duduk
di meja makan. Menanti waktu berbuka. Hari ini, kesunyian yang pernah dia rasai,
meningkat berkali-ganda. Rasa hening
sungguh hati di ambang hari raya ini.
Dia telah kehilangan orang yang dia sayang. Namun, syukurlah… bila dia hampir rebah lagi
sekali, ada tangan menyambutnya dan saat dia angkat wajah, senyuman itu muncul
menyediakan juadah berbuka di atas meja.
“Okey ke ni?”
Taqim angguk. “Selagi ada Allah, ada awak… saya okey…” jawab Taqim perlahan.
Tiada kata lagi
yang Sirat mahu ucapkan. Dia tahu, mulut
kata okey tapi hati tidak. Mata yang
memandang mana mungkin dapat rasa berat yang bahu itu sedang pikul. Setidak-tidaknya, Taqim senyum, makan dan
tidur… itu dah cukup.
“Kenapa tak ajak
mak cik Azi, suami isteri datang?” Mak
muncul membawa dulang dan jug.
“Diorang nak balik
rumah diorang kejap. Itu yang Qim datang
sini. Sunyi sangat rumah tu, mak. Qim rasa macam nak jual aje…” Dia gelak sendiri.
Paling tak sangka,
semua harta telah daddy tukar atas nama dia.
Hanya ada sikit diberikan pada Melisa.
Tapi, perempuan itu hilang pulak.
Dia kalau boleh nak selesaikan secepat mungkin. Tak nak bertangguh dengan harta pusaka
ni.
“Tak apalah. Hari ni dah nak habis puasa. Esok sehari… lusa dah nak raya. Kalau Qim nak tidur sini pun, mak izinkan. Tapi, bersempit ajelah dengan Wan,” pelawa
mak.
Sirat menyiku
mak. Mak ni la hai… sampai ke situ. Nanti apa orang kata pulak.
“Eh, Sirat tak
bagi,Qim,” tambah mak ketawa kecil. Saja
nak hiburkan hati rawan Taqim.
“Tak apalah,
mak. Ikut hati, Qim tak sabar
jugak. Tapi, raya kedua aje nanti. Orang tu dah setuju. Dia tak boleh berdalih lagi.” Mata Taqim menjeling Siratul yang mencicit
masuk dapur semula menahan malu.
Hati dia ketawa
sendiri. Terima kasih Tuhan… kerana Kau
telah hantarkan penawar di saat aku diracuni.
Usai berbuka,
Siratul cepat-cepat menunaikan Maghrib dan berlalu ke dapur. Mengemas dapur. Esok rasanya tak nak masak dah. Rehat ajelah.
Tubuh dia pun dah letih dengan apa yang jadi. Tak sedar, Taqim ada di sisi menghulurkan
tangan, nak membantu.
Tidak dapat tidak,
Siratul sua pinggan yang dah bersih untuk dilap. Dia berhenti seketika. Merenung sisi wajah Taqim. Nampak makin segak bila jambang dan kumis itu
tumbuh meliar.
“Kenapa renung
saya? Ni mesti menyesal sebab tolak
ajakan saya, kan?” tanya Taqim tanpa
memandang Siratul.
Menerima soalan
itu, hati Sirat tercuit juga. “Saya
mintak maaf tangguhkan majlis nikah yang awak nak tu…” Berat rasanya beban dalam hati Siratul
biarpun Taqim kata tak kisah.
“Hey, saya gurau
ajelah…” Taqim kerling Siratul. Orang bergurau aje. dia rasa bersalah pulak.
“Kan saya dah
cakap, tak apalah. Saya tak terasa sikit
pun. Sebab kita tak tahu, mati itu akan
datang bila-bila masa aje, di mana-mana saja, pada sesiapa saja… jangan kata
awak, saya sendiri akan keraskan hati… balik aje tinggal dengan daddy. Tapi, benda kita tak tahu. Awak pun sama,” ujar Taqim memujuk.
“Melisa tak balik
sampai hari ni?” Tangan kembali bekerja.
“Entahlah. Bila ingat balik, bencinya saya dekat
dia. Sejak dulu. Tapi, saya letih dah benci Melisa. Jadi, saya memang nak lupakan. Kalau dia muncul, saya akan serahkan hak
dia. Saya kalau boleh, memang tak nak
ada apa-apa kaitan langsung dengan dia,” luah Taqim sedikit beremosi.
Mengerti dengan
perasan Taqim yang kelabu, Sirat tak mampu berbuat apa. Andai dia ditempat Taqim pun, boleh jadi dia
akan jadi keliru lebih daripada Taqim.
“Saya nak tanya
satu soalan ni. Harap awak boleh
jujur…”
Kening Taqim
terjongket, meminta Sirat meneruskan kata.
“Awak masih simpan
dalam hati apa yang dah jadi pada awak dulu?”
Simpan dalam
hati? Mendalam soalan Sirat pada
dia. Tipulah kalau dia kata dia dah
lupa. Terasa seperti baru semalam benda
itu berlaku. Ada masa, terasa bagai
dendam masih merajai.
Pernah dia rasa,
kata-kata daddy hanya sekadar ucapan.
Mahu melindungi dia? Sedangkan
parut itu masih ada. Namun bila difikir
balik, logiklah daddy mengamuk masa tu tanpa berfikir panjang. Melisa itu isteri daddy. Melihat anak dan isteri dalam keadaan begitu,
dia juga boleh jadi akan bertindak seperti daddy.
Tapi sekarang,
segalanya telah berlalu.
“Nak kata simpan
dalam hati, tak ada dah. Saya yakin
memang tak ada. Tapi, nak lupa adalah
tak mungkin. Tidaklah saya berdendam
tapi untuk saya jadikan sempadan serta pengajaran dalam hidup saya di depan
hari.” Akhirnya, itulah jawapan jujur
yang dia luahkan.
Siratul kerdipkan
mata sekali. Syukur sangat dengan
jawapan Taqim. Sesuatu yang terjadi,
melupakan itu mustahil. Janji tidak
berdendam, cukup sekadar menjadi pengajaran dalam langkah seterusnya.
“Nampaknya, awak
dah sedia…”
“Sedia?” Taqim tak faham.
“Untuk jadi
suami…”
Senyuman Taqim
koyak. “Sebenarnya saya dah lama sedia
sejak kenal awak. Awak aje perlukan
masa…”
“Saya lebih dulu
bersedia daripada awak. Dah lama sebelum
ada sesiapa muncul dalam hidup saya.
Saya dah sedia sedangkan mungkin masa tu, jodoh saya masih terkial-kial
mencari arah menuju pada saya. Saya dah
sedia tapi jodoh saya tersesat tiba-tiba di jalan yang berliku. Saya dah sedia dan akhirnya, jodoh saya
muncul. Saya memang dah sedia,” jawab
Siratul penuh makna.
Tak dapat
sembunyikan senyum, bibir Taqim kian lebar koyakannya.
SEPI. Dia pandang
sekeliling rumah besar ini. Sunyi
sangat. Apatah lagi dengan laungan takbir aidilfitri. Airmata dia jatuh tanpa dia pinta. Daddy pergi tiga hari sebelum syawal. Hari ini, dia bersendiri. Dan, esok… dia akan nikahi Siratul. Mendengar cerita akan mimpi Siratul, Taqim
terdiam memikir. Itu sepertinya bukan
mimpi, tapi petanda. Cuma, sebagai
manusia biasa… tak berani dia nak tafsir apa-apa biarpun ianya menjadi
nyata.
“Awak dah
siap?” soal Taqim pada Siratul sewaktu
sedang mengenakan songkok.
“Dah. Awak ada buat amalan sunat di pagi aidilfitri
tak?” Semalam, dia dah ingatkan
Taqim. Bukan dia nak kata Taqim tak
tahu, tapi saja mengingatkan.
Sambil-sambil mengingatkan diri sendiri.
“Mandi sunat
aidiladha, makan tamar… ya dah. Ini dah
nak siap keluar dah. Awak nak pergi
solat raya dengan apa?” tanya
Taqim. Sebab bertiga. Tak kan nak bawak motor.
“Saya jalan kaki
aje dengan mak dan Wan. Allah hitung
setiap langkah kita ke masjid. Jauh
jalan, banyaklah dapat pahala. Lagipun,
balik nanti… mak kata nak singgah-singgah rumah jiran nak jemput untuk majlis
kita esok…”
Taqim senyum. Siratul kedengaran benar-benar tak sabar.
“Awak ikhlas
terima saya?” soal Taqim tiba-tiba.
Siratul
senyum. “Apa nak kata, saya jatuh cinta
pandang pertama pada orang yang sudi bantu saya dulu tu…”
“Apa nak kata
jugak, saya pun jatuh cinta pandang pertama pada perempuan yang begitu tabah
tu…”
Tawa mereka
bersabung seketika sebelum talian mati.
Usai solat sunat
aidilfitri, Taqim tenang berjalan kaki.
Sama seperti kata Siratul.
Eloklah jalan kaki. Tuhan hitung
setiap langkah. Dah balik nanti, boleh
ziarah jiran tetangga. Baru nak masuk ke
pagar, telefonnya bergetar. Taqim gagau
poket baju melayunya. Nama Wan naik. Dia senyum.
“Cakap dekat
kakak, kejap lagi abang datang…”
“Bang, kakak
accident…”
Taqim gamam. Suara tangis Wan bergema. Tak kanlah dia kena pujuk hati dia sekali
lagi.
“Wan jangan uji
iman rapuh abang ni, Wan,” tegur Taqim.
Baru pagi tadi dia cakap dengan Siratul.
“Kami dekat
hospital sekarang, bang. Mak suruh abang
datang sekarang biarpun kakak tak nak abang tahu…”
Dup… bagai jantung
jatuh ke kaki, Taqim pantas berlari.
Motorsikal dipanjat biarpun Mak cik Azi menjerit memanggil namanya, dia
tetap tak peduli.
Sebaik saja tiba
di pintu bilik bedah, dia nampak Wan yang kotor dengan darah. Mak yang nampak tenang namun mata mak merah
menahan tangis. Dia menapak
perlahan. Lemah segalanya. Kala daddy pergi, Siratul ada memberi
kekuatan dan sekarang, gadis itu pula ada di dalam bilik itu, Tuhan… pinjam aku
sedikit kekuatan.
“Bang…” Wan terus memeluk Taqim. Esak tangis Wan bergema. Sebaik saja pelukan terlerai, Taqim tidak
berkata apa. Dia hanya mampu duduk di
atas bangku, berdoa dan menanti segala apa kemungkinan.
Dia tak tanya
macam mana semua ini boleh jadi. Dia
tiada kekuatan. Segalanya terbang pergi
begitu saja. Baju Melayunya juga melekat
dengan darah merah milik Siratul. Dan,
bila Wan duduk di sisinya, menghulurkan sesuatu, Taqim membeleknya. Sampul putih yang penuh dengan kesan darah.
“Kad raya ni,
kakak buat sendiri. Kakak kata,
memandangkan abang dengan dia akad nikah dulu, tiada kad… kakak buat kad ni
untuk jemput abang ke majlis nikah dia.
Ke dalam hidup dia,” beritahu Wan.
Saat ini, Taqim
tak ubah bagai robot. Hanya angguk. Membuka lipatan itu. Tulisan tangan Siratul, menggamit senyum di
bibir.
Apapun
yang terjadi, usahlah kau tangiskan, sayang… kerana kau sendiri tahu yang hidup
ini adalah satu perjalanan. Yang
terjadi, redhakan hatimu. Yang akan
terjadi, terima dengan kesyukuran. Itu
tanda kau beriman. Tidak bahagia di
dunia, kau akan bahagia di syurga… - Nur Siratul
Kala ini, barulah
airmata Taqim mengalir tak terseka. Menitis
setitis demi setitis di atas kad pemberian Siratul. Menghadapi kehilangan serentak dalam satu
masa, tak ubah seperti kehilangan kedua belah mata. Bagai buta.
Tak nampak dia nak lihat dengan jelas apa yang sedang terjadi.
Saat ini,
pandangan dia kabur. Lampu bilik bedah
itu masih menyala. Di pagi raya orang
lain bergembira, tapi dia diuji lagi.
Adakah bahagia itu benar bukan untuk dia di dunia ini? Taqim geleng sendiri. Dia tak tahu.
Kad itu digenggam
kemas. Dikucup lama dengan mata yang
terpejam. Teringat bicara Siratul malam
tadi.
“Pada saya, ujian
awak lagi kuat. Saya hanya hilang
ayah. Tapi, saya, mak dan Wan
bahagia. Mak tak pernah abaikan kami. Ya, kami kena susah-susah sikit, tapi janji
kami bersama… kami bahagia. Awak pulak
lain. Awak sendirian. Saya yakin, jika esok ada ujian lain yang
datang menyapa, awak akan hadapinya dengan senyuman. Sepuluh tahun awak didik hati awak tabah,
saya yakin awak akan terus tabah walau apapun yang terjadi…”
Masa itu, dia
hanya senyum. Kata-kata nasihat Siratul
sangat manis. Macam pernah dia kata… air
masak itu dah terasa seperti minuman Katira.
Dia langsung tak fikir yang
bukan-bukan. Langsung tak boleh nak duga
apa yang bakal terjadi. Kerana dia manusia biasa yang tak tahu apa yang akan
terjadi biarpun sesaat setelah ini.
Siratul… adakah
benar saya akan hadapi kepergian awak?
Soalan itu, tak terjawab oleh akal waras. Emosi dia sedang mendahului. Sedang merajai.
“Taqim…”
Dia mendongak bila
mak menyeru. Wajah mak nampak tenang
tersenyum padanya.
“Mak harap, apapun
jadi… Taqim kena tabah. Boleh jadi,
Siratul hanya penyebab untuk Taqim kembali berjalan atas jalan yang lurus…”
Mak… Taqim ketap bibir. Memejam mata menerima nasihat mak. Kata-kata itu, sama seperti nasihat Siratul
padanya satu masa itu. Saat itu, dia
mampu terima. Tapi sekarang, keadaan
sudah berbeza.
“Kenapa ujian itu
tak sudah-sudah jatuh ke bahu Qim, mak?”
tanya dia sebak.
“Kerana Allah
sedang angkat darjat kamu sebagai hamba dan dengan cara ini kita
mengingati-Nya, kerana itu dia akan terus menduga.”
Sudahnya, Taqim
tunduk dan bila dia buka mata… dua orang doktor keluar daripada bilik
bedah. Wajah muram itu, sama seperti saat
dia menerima berita duka daddy.
Dan sekarang,
Siratul jua…
Akhirnya, Taqim
rebah. Tak sedarkan diri lagi.
Apa jadi pada sirat?
ReplyDeleteHuuuuu
huhuhuhu
ReplyDeleteJanganlah sirat.....huhu sedihnyaaaaa
ReplyDeletepls jgn sirat mati dah la.. :(
ReplyDeleteJgn le Sirat pulak yg pergi.. Adakah accident ni angkara Melisa
ReplyDeleteHuhu..semoga Thaqim masih bisa berdiri & meneruskan perjalanan ke jalan yg diredhai..
ReplyDeletealaaa.... tak akan Nur Siratul pon nak pergi juga.....
ReplyDeleteAllah berat sungguh dugaan taqim tp harapnya sirat juga akan berjuang demi siratulmustaqim amin..nak happy ending kalu blh..
ReplyDeleteAllahu... sedihnya... Semoga semuanya mimpi... saya kena attend talk sekejap lg, tp mata bengkak menangis😭😭😭😭... Rehan mmg brilliant dlm membuai2 perasaan saya😭😭😭😭
ReplyDeleteIni mesti kerja pompuan tu..sedihhhh
ReplyDeletealaaaa..rehan. sedihnya. katakan ini sumer mimpi..huhuhuh
ReplyDeleteAllah, berat nya dugaan
ReplyDeleteXkan sirat meninggal dunia...
ReplyDeleteJgn lah...
Sedih nyer..
Adoi...siapa la yang potong bawang ni...huhuhu
ReplyDeletealaaaa
ReplyDeleteala..janganlah...
ReplyDeleteharap munculnya pelangi ...
ReplyDeletehuhuhu tisu....
Janganla...kesian taqim
ReplyDeleteSedihnya...
ReplyDeleteAllahhh beratnya ujian .. moga tabah taqim hadapi semua ini
ReplyDeleteKak rehannnn selamatkan siratullllll...
ReplyDeleteMatikan melisa tu..tukorkn nyawa diorg...huhuhuh
Xnk taqim sedih lgg....
Jgnlah sirat pergi dulu...
ReplyDeleteKenapa dengan Sirat?
ReplyDeleteSedihnya...
ReplyDeleteNape sedih sgt nie.. harap2 bertabahlah wahai mustaqim.. tapi tetap nk ada bahagia utk taqim jugak...
ReplyDeletesedihnya....
ReplyDeleteAlaaaaaa siankanla taqim RM, byk sgt dh dugaan yg dia dh tempuhi..smpai Xsmpt nk dgr doktor kt apa, pengsan terus dah.. harap2 sirat cuma cedera, patah kaki ke tgn ke.. tp bukanla ikut jejak daddy 😢😭 esok tu patutnye nikah 😓😢 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteHuhuhu.. 😭😭
ReplyDeleteX kan kot 😭😭
ReplyDeleteJgn la sad ending... Ksian taqim ngn siratul.. Xsangup ulang baca ayat2 yg last tu... 😢
ReplyDeletesALAM SIS...HARAP DPT DIBUKUKAN... BYK PENMGAJARAN...DAN MCM AKAK ..TAK DPT TERIMA KEMATIAN SIRATUL
ReplyDeleteKatakan ini hanya mimpi. X snggup nk bayang keadaan taqim mcm mne lepas ini.
ReplyDeleteAllahu... Mmg besarnya ujian untuk Taqim. Semoga Allah memberi kekuatan iman buat Taqim....
ReplyDeletesedihnya...mata berair di pagi hari ..T_T
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Rehan... akak nk ucapkan terima kasih. Sebab tiap2 kali ramadhan ada je hadiah utk raya. Tak kisahlah..sedih pun sedih lah.. huk huk.. semoga semua di atas Siratul Mustaqim.
ReplyDeleteX nak le ending sedih..
ReplyDeleteaduh... kesiannya Taqim...bertabah ya,
ReplyDelete