PINGGAN, kuali
dan periuk belanga, masih ada sikit berbaki.
Tak laratnya. Wan nak datang
tolong, tapi Wan pun baru habis kerja. Apalah
yang mak makan? Risau jugak biarpun pagi
tadi sebelum keluar dia dah masak untuk mak.
Tapi, mak… kalau seorang katanya kurang selera. Macam mana kalau mak pengsan? Haih… pelbagai fikiran buruk sedang
meracun.
Sebut pasal
racun, gamaknya Taqim ni dah nazak makan lauk yang dia masak. Eloklah.
Biar kau keracunan. Senang sikit
hati aku! Nak marah depan muka Taqim, rasa
bersalah itu ada lagi. Kerana Taqim
adalah mangsa. Kalau jenis lelaki yang
sayang motorsikal lebih pada sayang bini, jadik macam Taqimlah.
Mengamuk!
Itu baru
motor. Belum lagi aku cakar muka
kau! Huh!
“Daripada kau
bebel tu, baik kau bunuh aje aku ni!”
“Hah?” Sirat toleh dan melangut pandang. Eh, panjang umur betul lelaki ni. Pantang sebut, mesti dia muncul.
“Kenapa awal
sangat datang?”
“Saja….” Taqim mencebek. Eh, ikut suka akulah nak datang awal ke
lambat. Yang penting kau ada!
“Takut saya lari
ke apa?”
“Ala, setakat
kaki kau yang pendek tu nak lari, berapa langkah sangat kau dapat lari daripada
aku?” selar Taqim tajam.
Bibir diketap
kuat. Sirat buat tak tahu. Terus mencuci sisa pinggan mangkuk yang masih
ada. Dia dah janji dengan Wan dalam
setengah jam lagi. Sedang eloklah
ni. keadaan kedai sepi. Kak Siti sejak tadi menjeling. Pasang telinga.
Arghhh lantaklah. Orang tak tahu apa yang sedang dia
tanggung. Lelaki ini datang tuntut
hutang. Rasa tak cukup udara untuk dia
hela nafas sejak kenal seorang Mustaqim ni.
“Kak Siti, dah
siap…” laung Sirat.
Kak Siti bangkit
daripada bangku. Mendekat. Sempat matanya mengerling Taqim sebelum
merenung tajam pada Sirat. Tadi, kemain
budak lelaki ni merayu agar dia lepaskan untuk bertemu dengan Sirat. Sirat teman istimewa katanya. Tapi, tengok daripada cara Sirat, tak adalah
istimewa sangat pun.
“Esok datang ke?”
“Insyaallah, kak…”
“Nah…”
“Terima kasih…” Bibir Sirat lebar dengan senyum menerima upah
hati tersebut. Tiga kali ganda daripada
hari biasa yang dia dapat. Bolehlah daripada
tak ada.
Dia terus bukak
apron dan menurunkan lengan baju-T hingga ke pergelangan tangan. Setelah itu, Sirat terus menapak keluar tanpa
mempedulikan Taqim. Sebenarnya, dia lupa
Taqim ada bersama. Iyalah, sejak tadi
diam. Sebaik saja dia lepasi bumbung
kedai, barulah dia teringat.
Aduh… Sirat
mengaduh tak sakit.
Dia toleh tapi
Taqim dah berdiri dekat di belakangnya. Hampir
dia terduduk andai Taqim tak paut lengan dia, membantu dia berdiri dengan
stabil.
“Terima kasih,”
ucap Sirat perlahan.
“Reti pulak kau
terima kasih dekat aku, ya?”
Dah kenapa
pulak? Orang terima kasih pun kau tak
puas hati? Apa kau nak sebenarnya? Haih…
“Kau mesti kutuk
aku, kan?” duga Taqim.
Mulut comel itu
selalu sangat herot sana-sini. Memang sedang
baca mantera ni.
“Saya tak
kutuk. Tapi, saya pelik. Kenapalah manusia ni, susah sangat nak puas
hati. Bila orang buat salah dengan tak
sengaja, dah minta maaf… masih tak boleh terima. Lepas tu, bila beri bantuan, orang ucap
terima kasih… masih rasa sangsi. Apa ya,
manusia jenis ni nak sebenarnya dalam hidup dia?” tanya Sirat tenang.
Mendengarkan kata-kata
dan soalan Sirat, Taqim diam. Lama. Hanya mata kuyunya masih tak lepas merenung
wajah penat Sirat. Pada mulanya, rasa
nak dibahas kembali soalan Sirat, tapi wajah itu ternyata sangat letih. Mata yang hampir terkatup itu, saja
dijegilkan. Malah, ada kesan comot pada
pipi putih Sirat.
“Kau tahu tak,
aku tak dapat makan sampai sekarang sebab termakan masakan kau siang tadi. Apa kau bunuh, hah? Kau saja, kan?” ujar Taqim.
Sengaja dia menuduh.
“Eh, orang lain
elok aje makan. Yang awak tiba-tiba
sakit perut, dah kenapa? Awak sengaja
nak fitnah saya, kan?”
“Eh, ada aku
cakap sakit perut? Ada?” Mata kuyu Taqim membulat. Menjawab budak ni!
“Aku cakap, aku
sampai sekarang tak boleh makan. Kebulur
aku dibuatnya.”
Sirat pandang
jam pada telefon bimbitnya. Taqim ledakkan
tawa tiba-tiba. Apa punya zamanlah
perempuan ni duduk. Masih pakai Nokia
1100 ni. aduhai…
“Awak gelak
kenapa?”
“Telefon
kau. Kuno. Macam kau jugak!” Tawa Taqim masih tersisa.
Hati Sirat
membekam geram. Dasar gila. Yang budak Wan ni, lama pulak nak
sampai. Haihh… dah dekat jam dua belas
tengah malam ni.
“Tak
apalah. Saya guna untuk telefon mak
dengan adik saya aje. Lepas tu, tambah
lagi sorang…” Sengaja Sirat sindir
Taqim.
“Oh,
memandangkan ni dah tengah malam. Saya pun
penat sangat, kita jangan buang masa. Berapa
ya kos awak repair motor?”
“Oh, kalau
tentang tu… aku tak pergi ambik lagi motor aku.
Jadi, tak tahulah berapa pomen itu caj…”
“Hah? Awak ni main-mainkan saya ke apa? Siang tadi, awak cakap suruh saya tunggu awak…”
“Jadinya, kau
sengaja balik lambat ni, sebab tunggu akulah, ya?” Kening lebat Taqim terjongket sebelah.
“Eh, dia ni…” Sirat kehilangan kata.
Memang dasar
putar belit fakta. Geram dia. “Malas nak layan orang gila ni. Nah…”
Sirat tarik lengan sasa Taqim dan letakkan dua ratus lima puluh ringgit
atas telapak tangan lelaki itu.
“Kalau dah tahu
jumlah semua, SMS ajelah saya. Ingat sikit,
telefon saya ni tak boleh whatsapp segala benda tu. SMS aje…”
“Call, tak
boleh?” Saja Taqim menambah bara pada
wajah merah Sirat.
“Kalau rasa nak
kena maki, call la kalau berani!” ugut
Sirat. Dia terus berlalu. Langkahnya laju.
“Oh… berani kau
nak maki hamun aku, ya?”
“Dah awak tu
suka sangat mintak nak kena maki, kenapa?
Bosan sangat hidup ni? Bahagia
sangat dah sampaikan sengaja carik penyakit?
Nak rasa sedih? Susah hati? Gelisah? Tak tenang?” Hah, ambik.
Semua benda kalau boleh Sirat nak sebut.
Wajah Taqim yang
jelas nakal tadi, berubah riak. Nampak serius
dan sedih. Buat Sirat rasa bersalah
pulak kerana lantang lidah berbicara. Tapi,
dia memang geram.
Buang masa dia
sungguh. Orang penat ni, tahu tak?
“Ya… aku dah
sangat bahagia,” jawab Taqim perlahan.
Orang tak pernah
tahu apa yang dah dia lalui. Segalanya,
tak pernah dia lupa sampai sekarang biarpun perkara itu dah berlalu hampir
sepuluh tahun.
“Aku ambik duit
ni.” Helaian ringgit Malaysia itu, Taqim
tunjuk semula pada Sirat sebelum dia selit dalam poket jeans lusuhnya.
Dia kemudiannya,
menoleh hendak menuju ke kereta.
Melihatkan langkah
lemah Taqim, Sirat dipatuk rasa bersalah.
Hinggakan bisa itu merebak dengan cepat.
Lidah dia tak pernah selantang ini kerana tak pernah ada yang berani
mengusik letak duduknya. Tapi, kenapa
Taqim ni berbeza? Hanya kerana silap
yang tak sengaja, dia bagai terhukum seumur hidup. Sepertinya telah menjadi banduan penjara yang
Taqim bina.
Lemas! Rimas!
Jam telefon
dipandang lagi. Manalah Wan? Dia takut nak naik teksi. Lagipun, baru dapat upah. Tak kan nak perabih bayar duit teksi? Tak tahulah kot Wan kecut kerana kes saman
itu. Sebut pasal saman itu, entah hamba
Allah manalah yang begitu baik hati? Andai
sekali aje Tuhan izinkan, dia mahu bersemuka dengan seseorang itu.
Entah kenapa,
kata-kata Taqim tadi melayang dalam kepala.
Tak makan lagi sejak siang tadi? Ini
dah tengah malam? Sirat pandang kereta
Mitsubishi Evo hitam mati yang sedikit jauh daripada dia. Pemandunya masih setia di situ. Tak berganjak walau seinci. Seperti jauh dibawa berlari ke dalam angan
yang tak berkesudahan.
ENTAH berapa
kalilah dia nak cakap. Kenapalah Melisa
tak pernah nak faham bahasa. Pening dah
dia.
“Fiq, bahasa apa
lagi yang aku nak cakap ni?” soal Taqim pada Fiqri. Biar Melisa terasa. Sejak tadi menempel, kan dah cakap berapa
kali dia tak pernah ada rasa pada perempuan ni.
Bukan kerana dia
tak suka perempuan, tapi belum ada lagi rasa tak boleh hidup tanpa
perempuan. Dia masih boleh
bertahan. Tunggulah nanti kalau dia rasa
dah tak mampu nak tahan gelora dalam dada, masa tu dia mintak aje daddy pergi
pinang perempuan yang dia suka. Tak payah
bercinta segala. Kahwin terus. Masalahnya sekarang, dia masih belajar. Tahun akhir.
Tahun struggle.
“Bahasa Marikh
tak, Qim?” jawab Fiqri sambil ketawa
mengekek.
Melisa tarik
muka. Duduk di sisi Taqim tapi lelaki
itu pantas menjauh. Melisa muncung. Daripada tahun pertama dia nampak wajah
Taqim, dia dah terpaut. Mana mungkin dia
mampu ubah hala tuju cintanya dengan begitu mudah, biarpun Taqim bagai tak
mungkin dia jinakkan.
“Kau nak aku
cakap macam mana lagi, Lisa?” tanya
Taqim dingin. Apapun jadi, saat ini
harus jadi penamatnya. Biarpun pada dia,
penamat itu dah lama tapi pada perempuan degil ini, penamat itu bagai tak
pernah ada.
Tak reti
bahasa!
“I cintakan you…”
“Masalah, aku
dah cakap banyak kali, aku tak cinta kau!
Susah sangat ke kau nak faham? Kau
asyik kacau aku. Aku tak selesa, tahu
tak… tolongggggglah!” Taqim dah separuh
merayu. Wajahnya keruh pekat.
“You tak pernah
try…”
“Masalah, aku
tak boleh. Nak paksa macam mana…”
“Sikit pun tak
kanlah you tak pernah ada rasa untuk I?”
Melisa cuba lingkar lengan sasa Taqim tapi lelaki itu kasar menepis.
“Kalau aku ada
rasa untuk mana-mana perempuan, aku tak banyak cakap. Aku akan suruh aje daddy aku pinang. Aku jadikan dia bini aku terus. Tapi dengan kau, memang aku…” Taqim geleng beberapa kali. Malas nak bersuara. Melisa tak faham jugak. Buat kering air liur aje.
“Kenapa? I tak sesuai dengan you? Sebab you anak Dato’? Pewaris tunggal orang kaya?”
“Habis tu, kau
nak dekat aku… kau pandang semua tu ke? Sebab
tu ke kau nak sangat dekat aku? Sanggup kejar
aku tiga tahun ni sedangkan bukan aku tak tahu, kau berkepit aje dengan jantan
mana kau nak. Tapi, aku memang tak
kisah. Itu hak kau, Lisa. Tak ada kena mengena dengan aku. Pada aku, nak buat bini ni, biar aku pun suka
perempuan tu. Tak kisahlah dia anak
orang miskin ke. Janji, mata aku buat
mata dan hati aku tenang… tapi kau….”
Sekali lagi Taqim berdecit. Memandang
Lisa atas bawah.
“Demi Tuhan,
Lisa… kau tak malu dekat orang lain pun, malulah dekat diri sendiri. Aku tak hadap kau dan aku tak akan hadap muka
kau sampai bila-bila…” Taqim tutup
buku. Dia angkat tubuh. Beg galas disangkut ke bahu.
“Fiq, jom. Semak aje aku tengok manusia tak reti bahasa
ni. Tunggulah aku belajar bahasa
Sanskrit nanti. Baru dia faham gamaknya…” sindir Taqim lantas terus berlalu dalam
keadaan hati yang membukam.
Geram.
Dan, esoknya…
dia dapat tahu Melisa berhenti belajar. Kenapa?
Kawan rapat Melisa, lurus menuding jari
pada dia tapi dia, lebih senang begitu. Tenang. Tanpa dia tahu, semua itu adalah permulaan
segalanya.
Segala yang
begitu menyakitkan!
Damn! Taqim hentak stereng kereta sekuat hati.
Tuk…tuk…
Mata Taqim
terbuka. Kisah lalu menjauh
perlahan-lahan bila muncul wajah Sirat mengetuk cermin keretanya.
Pantas Taqim
turunkan cermin. Cuba mengawal riak
wajah yang dihurung marah dan resah.
“Kau nak apa?”
“Kenapa awak tak
gerak lagi?”
“Eh, ikut suka
akulah. Kereta aku. Aku parking ni, bukan tanah kau, kan?”
Kali ini, Sirat
terima herdikan itu dengan senyuman. Angguk
dan senyum lagi. Dia bongkokkan sedikit
tubuhnya.
“Yang kau tak
balik lagi ni, kenapa? Bukan tadi kau
cakap penat ke? Tak nak layan orang gila
macam aku ni? Lagipun, dah tengah
malam. Kau tak takut ke?”
“Wan kejap lagi
sampailah. Nah…” Plastik yang ada bekas bungkus nasik disua
pada Taqim.
“Apa ni?” Dahi Taqim berselirat dengan kerutan. Terkejut toksah dikata dengan apa yang sedang
terjadi.
“Nasik. Saya mintak dengan Kak Siti nak masak nasik
sikit. Awak kata tak makan lagi lepas
makan apa yang saya masak tadi. Saya kata
awak sakit perut, awak nafi. Gamaknya,
awak hanya boleh masuk masakan saya. Itu
yang saya goreng nasik sikit. Ada telur
dadar. Baliklah makan dekat rumah. Saya dah bayar dekat Kak Siti enam
ringgit. Nanti, awak tolak enam ringgit
daripada jumlah hutang saya, ya?” pinta
Sirat tulis.
Untuk orang
seperti dia, enam ringgit pun… banyak. Tak
kisahlah Taqim nak kata dia berkira atau tak.
Hati yang terusik
dengan kata-kata Sirat, hampir buat dia tersedak nafas sendiri tapi kata-kata
akhir Sirat, mampu buat dia ketawa namun dia tahan. Wajah serius ditayang.
“Berkira sangat
kau ni!” Taqim tolak semula plastic itu
tapi Sirat lebih pantas menahan.
Gadis itu
semakin lebarkan senyuman. “Saya gurau
aje. Saya belanja. Saya balik dulu. Wan dah sampai tu…” Sirat lambai pada adiknya dan seketika dia
terus menapak mendekati Wan.
Belum sempat dia
sarung topi keledar, sempat dia menoleh pada Taqim. Melambai sekali pada lelaki yang masih kaku
di situ.
Hampir lima
minit dia tenung bungkusan itu, Taqim hidupkan enjin kereta. Evo itu perlahan-lahan berlalu. Daripada jauh dia cam, akan motor yang
bergerak perlahan. Bahana rosak. Dia tenang mengekori motor tersebut dengan jarak
lima puluh meter hingga akhirnya motor itu berhenti di depan sebuah rumah dan
kedua-duanya masuk ke dalam pagar, Taqim hela nafas lega.
“Terima kasih,
Siratul…” Sesudu nasik masuk ke
mulut.
Airmata Taqim
menitik setitis.
...bersambung
Past is past Taqim, move on
ReplyDeleteSama2 ,hehe sirat²
ReplyDeleteMove on taqim
ReplyDeleteSirat ada tu
Tq RM....������
ReplyDeleteUdah ngape plk c taqim ni...
ReplyDeleteWhat happen to Taqim past??? I guess something damn hurt happen.... I can't expect what happen but I'm confident something relate to mel... maybe mel trap Taqim or suicide
ReplyDeleteSuicide maybe?? Just like what happened to June in Maghfirah..
DeleteTouching.... Siratul mustaqim...
ReplyDeleteSatu je saya mintak. No sad ending please.....
ReplyDelete-widad amsyar-
kisah ape yg jadi dulu tu .. ujian,
ReplyDeleteOh gitu ceritanya
ReplyDeleteTerima kasih Rehan utk bab 5 ni😘
ReplyDeleteAlaa, touching la pulak, spalah olah yg melisa buat sampai taqim jadi macam ni..
ReplyDeleteAuch...ada kisah disebalik kebekuan taqim ni...both are hurt deeply...
ReplyDeleteIn da different way..gud job sis rehan as always..
Tentunya kisah silam yang sangat menyakitkan....
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeletebe strong mustaqim 💪💪💪
ReplyDeleteSebak pulak bila airmata taqim yg beku tu tumpah.. hehe sirat, mulut bebel2 tp baik hati pulak masakkan utk taqim.. klu dh tau taqim cuma blh mkn masakan awak tu, sanggup ke nk jadi tukang masak taqim hingga akhir hayat? 😅😆 sian taqim, apala agaknya musibah yg tlh berlaku 10 tahun yg lalu tu smpai dia sanggup hidup sendiri je skrg 🤔 thx RM for the double update 🌹🌷
ReplyDeleteAlahaiiii...
ReplyDeleteTouching..sikit lagi nak nages.. ��
Best kak rehan.. agak2 apa yang dilalui taqim erkk??.. mmmmm..
ReplyDeleteTabahkan hati qim
ReplyDeleteMmm...kesian Taqim...eh ada kuca n rodi
ReplyDeleteWah... I is sedih
ReplyDeleteMasih ader sifat penyayang dlm diri thaqim..
ReplyDeleteOhw ada sejarah jugak rupanya...yelah semua org ada kisah sendiri xleh nk judge..behaviour always influance by history already proven
ReplyDeleteAduhai.......ingat nk baca n x nk komen tp nk komen gak, komen nk nangis huhuhu.....
ReplyDelete