“HOI!” Zul ketik jari
depan wajah Buya.
Dah dekat lima minit dia tercangak depan ni tapi Buya boleh
pulak berangan. Manalah kawan baik dia
ni terbang? Jumpa Sera gamaknya.
“Lama kau sampai?” Buya
raup wajah. Ingatan dia pada Sera makin
kuat. Rasa risau pun menjadi-jadi. Buatnya mak su sakitkan Sera, macam
mana? Homen… apa aku fikir ni?
“Selisih dengan ayah aku tadi. Apa hal kau ni, Buya? Pelik aje aku tengok sejak daddy kau tak
ada…” Muka Buya berkerut tak henti-henti
sejak tadi.
“Rosaklah wei, raut wajah penakluk hati wanita seluruh
dunia…” Peh… metafora Zul, boleh bikin
telinga berdarah.
“Nampak sangat ke?”
Zul sengih senget.
“Nampak sangat tu tak, tapi sangat nampak. Tak sama, kan? Cuma serupa…”
Zul sarkastik.
Ringan tangan Buya nak tumbuk bahu Zul. Dia punya loyar buruk tu, tak pernah
susut. Ada aje ayat nak menyakitkan
hati.
“Kau pergi mana pagi tadi?
Aku call tak jawab.”
“Jumpa Sera…”
“Damn!” Zul gelak
terbahak-bahak. “Kau jatuh hati dekat
dia ke?”
“Eh kau ni…” Buya geleng. Zul ni buta gamaknya. “Kau pun baca wasiat tu, kan? Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan
dia?” Terjegil mata Buya memandang Zul.
“Tapi…” Buya pandang
mata Zul.
“Tapi?” Zul membalas
renungan itu.
“Aku kena halau dek Sera…”
“Damn!” Sekali
lagi Zul menyumpah. Buya kena
halau? Mana mungkin. Sebelum ni, semua perempuan mempelawa. Ini, menolak?
Mind-blowing!
“Kita kena carik jawapannya, Zul…”
“Jawapan apa, bro? Cuba kau cakap…”
“Okey. Jom. Plan A dulu atau plan B?”
“B…” sahut Buya.
Wajah Zul nampak terkejut.
“Kau biar benar. Kita rancang
plan A dulu. Lepas tu, baru plan B…”
“Bila aku fikir, plan A adalah sesuatu yang buat kita nampak
macam kita ni amatur sangat. Plan B, itu
professional.”
“Kau betul ni, Buya?” Kening
Zul terjongket kedua-dua belah. Buya
nampak yakin.
Tapi, sedarkah Buya apa yang akan dipertaruhkan? Tambah pulak dia dah tengok macam mana Sera
tu. Dia bimbang rancangan itu memakan
Buya sendiri satu hari nanti.
“Hundred…”
“Ini game yang buat
sama ada hati kau atau dia yang pecah.
Ini pesanan aku awal-awal untuk kau fikir panjang…”
“Aku dah fikir, Zul.”
Dengan adanya mak su, memang dia perlu terus pada Plan B.
“Kau boleh buat dia…”
“Kalau tak boleh, aku sanggup tukar nama aku. Jangan panggil aku Bunyamin lagi…”
“Okay.
Deal!” balas Zul. Tangan berjabat. “Tapi, satu aje aku pesan, Buya…”
Mata Buya merenung Zul sekali lagi.
“Jangan jatuh...”
Cukup di situ dia bersuara. Buya
mengerti sepenuhnya.
“Aku tak kan!” Sengih
Buya menakutkan.
Namun, hati Zul rasa tak sedap. Dia bimbang, yang menjadi mangsa dalam permainan
ini adalah perancangnya sendiri.
HARI ini, hari pertama dia masuk pejabat. Duduk di kerusi yang selama ini menjadi milik
daddy. Tak pernah sekali pun dia impikan
kerusi empuk ini. Usah kata dalam jaga,
dalam lenanya juga tak pernah ada.
Kerana dia adalah anak lelaki yang digelar anak bapak oleh semua
orang. Dia lebih suka merengek dengan
daddy andai daddy memarahi. Dia lebih
suka bergesel dengan daddy kalau dia nakkan sesuatu. Dia seronok bila orang panggil dia suka duduk bawah ketiak bapak biarpun usia
dah tiga siri. Katalah apa saja. Dia suka begitu. Daddy manjakan dia. Cuma, sejak akhir-akhir ni saja dia terlalu
sibuk. Seperti dia abaikan daddy.
Tapi sekarang, lain pula ceriteranya. Dia duduk di sini kerana mahu menjaga harta
milik keluarganya. Kalau nak dikira,
Sera lebih berhak duduk di sini dengan apa yang daddy tinggalkan pada gadis
itu.
Buya tongkat siku atas meja.
Merenung Zul dan Uncle Malik setelah selesai mesyuarat dengan pemegang
saham. Tiada siapa yang membantah dia
menaiki takhta ini. Tapi, dia sendiri
sepertinya… argh… Buya tak tahu ayat
apa yang perlu dia luahkan.
“Kenapa Buya?” Sejak
daripada tadi, Zul hanya memerhati tingkah Buya.
Dahlah pagi ni Buya paksa dia masuk mesyuarat sama. Dia bukan orang penting pun. Setakat project
manager, yang tak pernah masuk mesyuarat dengan pemegang saham. Sekali, diangkat menjadi penasihat peribadi
Buya? Phew… seram. Tak ubah macam
arwah Dato’ Bakri dengan ayah dia dulu.
Macam itulah. Sekarang ni, dah
jatuh ke generasi kedua pulak. Gamaknya,
keturunan dia memang sign mati dengan keluarga Buya ni.
“Ini kerusi daddy…” komen Buya ringkas.
“Sekarang, dah jadi milik Buya,” sambung Uncle Malik pula.
“Uncle pasti milik saya?”
Buya pandang Uncle Malik dengan renungan syak. Kalau sungguh milik dia, kenapa nama Sera
terpampang dalam watiqah tu.
“Tentang Sera, Buya jangan salah faham. Syarat arwah bukan untuk syarikat ni. Kerusi itu milik Buya. Tapi, kalau kata Sera nak ada tempat dalam
syarikat, Buya lebih berhak letak dia dekat mana-mana yang sesuai. Kita ada leasing. Situ paling sesuai dengan bakat dan minat
Sera…” Uncle Malik tahu sangat apa yang
Buya nak sebut. Kerana itu dia juga laju
menjawab setiap keraguan Buya.
Jawapan ni, dia dan arwah bosnya dah rangka lama dah. Demi segala kemungkinan dan soalan.
“Cuma, uncle harap Buya boleh cakap dekat Sera segera…”
Lemah jiwa Buya saat ini.
Rancangan telah diatur dengan rapi.
Dia akan pastikan ianya berjaya.
Segala milik keluarganya, akan kembali pada yang asal. Tapi, satu yang menjadi pertikaian dalam
kepala.
“Apa yang daddy dah hutang dengan ayah Sera sampaikan begitu
sekali daddy sedekah untuk Sera?”
Tak semena, Uncle Malik menjeling Zul. Tahu sangat budak bertuah ni yang korek
rahsia. Padanlah dia tengok fail dia
terusik sedikit dalam bilik bacaan. Patutlah
kalau dia dan arwah Dato’ Bakri dulu tak pernah percayakan budak berdua
ni. Buya dan Zul ni, kalau bab kerja
memang bagus. Tapi, kalau dah buat
perangai gila… dia dengan arwah yang sakit kepala.
“Ayah pandang Zul, kenapa?”
Wajah Zul kalut.
“Ayah pandang aje. Tak
boleh?” sindir Uncle Malik.
“Boleh tu, boleh.
Tapi, mata ayah tu haa…”
“Orang yang bersalah aje takut dengan pandangan macam ni,
Zulkhairi…” selar Uncle Malik. Haih… geram sungguh dia.
“Mungkin Buya dah tahu sedikit sebanyak cerita yang arwah
Dato’ dan arwah ayah Sera, iaitu arwah Sarifudin. Diorang tu berkawan baik…” Sekali lagi dia jeling pada Zul. Budak bertuah ni. Siap kau!
“Saya tahu setakat itu aje, uncle. Saya yakin ada benda yang dah jadi antara
diorang, kan? Besar sangat hutang daddy
tu sampaikan dia serahkan…” Suara Buya
mati di situ.
“Sangat besar, Buya.
Hutang itu sebenarnya hutang yang tak boleh dibayar dengan wang ringgit
sekalipun. Hutang itu terlalu besar dan
membebankan seumur hidup arwah. Hutang
yang buat masa sekarang, Buya tak boleh tahu.
Itu pesanan arwah.”
“Habis tu, bila?”
Hampir saja Buya hilang sabar.
Kalau dengan orang lain, lama dah dia jerit ni. Tapi, tidak dengan Uncle Malik. Lelaki ini dah seperti ayahnya. Malah, banyak masanya dulu dihabiskan dengan
melepak di rumah Uncle Malik.
“Sampai masanya tu, Buya.
Jangan risau…”
Buya menggeleng. Kesal
dengan jawapan Uncle Malik dan dia tahu, setelah ini Uncle Malik akan lebih
berhati-hati menyimpan maklumat kerana informer dia dah tertangkap buta aje
oleh ayah sendiri.
“Tentang Sera tu, kalau Buya tak tahu nak cakap macam mana…”
“Bagi saya masa sebulan dua, uncle,” potong Buya. Kenapalah uncle mendesak sangat ni? Penting sangatkah Sera Nur tu?
“Semua benda masih tak teratur. Saya kena bagitahu Balqish dulu. Dia pun berhak tahu. Uncle bagi masa…” Kali kedua dia meminta sedikit waktu daripada
Uncle Malik.
Dia pandang Zul.
Menghantar isyarat. Plan B harus
dijalankan. Serta-merta!
Jgn nnt plan makan tuan udahle buya oiiii..menyesal xsudah nnt...tq sis rehan for the double update
ReplyDeletedah nmpk sgt Buya bakal telan sndiri plan B dia tu...huhu...aduhaiii...ape je rahsia melebihi wang ringgit ni ek..?
ReplyDeletetq RM ♥
next pls... :D
Best. Masih x dpt merungkai permasaalahan tu.
ReplyDeletePlan mkn diri la buya . Mesti punya . Thank you karehan for update 😘
ReplyDeleteYa Allah.. tak sabarnya nak tunggu final mcm mn la cerita ni. kalau ada buku 1 malam sy akan khatamkan.. Karya karehan tak penah tak power. Jazakillah ya kak :)
ReplyDeleteWah.. Makin suspen.. Makin best. .RM... tq very much
ReplyDeletesemakin teruja nak tahu..apa sebenarnya hutang yg dimaksudkan itu sehingga membebankan hidup arwah ayahnya Buya..dan kenapa mak su marahnya mak su pada keluarga Buya sehingga sanggup pindah rumah...musykil giler ni...dan adakah plan B memerangkap agar Sera berkawen secara paksa kepada Buya sehingga semua hartanya akan menjadi miliknya...
ReplyDeleteBerdebar sungguh la haih....dup dap dup dap....apapun still terbaik...
ReplyDeletenak lagi kak rehan...huhu
ReplyDeleteSetelah lama x update,,,nahhh,,,mmg puas hati,,tkasih Ann,,,x sabar nak tggu hebatnya cinta Buya&Sera
ReplyDelete#wow
ReplyDeleteBalik kerja belek2 hp tgok dah 2 updated kes buya dan sera.
Xsabar nak khatam.
Tq sis rehan
#wow
ReplyDeleteBalik kerja belek2 hp tgok dah 2 updated kes buya dan sera.
Xsabar nak khatam.
Tq sis rehan
terima kasih Rehan. dah lama menunggu karya terbaru, karya yang tak pernah mengecewakan ;-)
ReplyDeleteInfomer tak boleh pakaiiii...hahahaha
ReplyDeleteHaihhhhh.. memandai je diorang berdua ni.. mcm betul je plan makandiri planner nti ni 🤔 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDelete