Tuesday, February 06, 2018

Kau Bicara Tentang Cinta 15


MENDENGARKAN penerangan Uncle Malik pasal jumlah harta yang dia dapat daripada peninggalan arwah Dato’ Bakri, Sera tak terkata apa.  Kali ini, dalam rumah dia.  Ada mak su, Buya dan Zul.  Cuma Rizman duduk di luar.  Ya, lelaki setia itu namanya Rizman.  Dia dengar Uncle Malik panggil nama tu. 

Dia buang pandang pada Rizman.  Bila lelaki itu menoleh, Sera senyum.  Tawar.  Gamaknya lepas ni, dia pun macam Buya.  Ada bodyguard seperti Buya.  Ada dalam kereta mewah seperti kereta Buya.  Berpakaian seperti Buya.  Hidup mewah seperti Buya.  Ke mana saja tanpa risaukan apa-apa. 
Tapi, hati Sera meningkah.  Itu bukan hasil usaha dia.  Dia tak nak biarpun dia dapat agak sebabnya mengapa Dato’ Bakri tinggalkan harta pada dia lebih daripada anak sendiri.  Sera pandang Buya.  Renungannya, entahlah… payah untuk dia tafsir.  Kerana dia tak pernah pandai nak baca riak wajah seseorang. 
“Puan Nuria, puan faham apa yang saya bacakan ni?”  soal Uncle Malik pada mak su. 
Mak su angguk.  Kemudian pandang pada Sera yang nampak kosong.  Hanya tunduk ke permaidani.  Tangan Sera disapa.  Barulah anak buahnya itu memandang dia.  Perasaan keliru jelas terbentuk pada riak mata Sera.   
“Sera okey?”  Tangan digenggam. 
Tiada tindakan namun mata Sera begitu kuat berbicara.  Ini harta orang, mak su.  Biarpun Dato’ Bakri berikan ini kerana pernah menipu arwah ayah, ianya tetap milik orang.  Mana mungkin Sera mahu terima semua ini padahal arwah punyai dua pewaris sah. 
Dia tak nak! 
“Bagi kami masa untuk fikirkan…”  ujar mak su sudahnya. 
Sera gigit bibir.  Menggeleng sendiri.  Langsung tak berani angkat muka pada Buya.  Lain yang dia rancang, lain yang jadi.  Dia sempat kerling pergelangan tangan Buya.  Andai dia mampu merawat lebam itu seperti mana Buya merawat luka tertusuk durinya… tapi dia tak berdaya. 
Mata mak su memandang pada Buya.  Wajah itu nampak angkuh seperti Bakri jugak.  Malah, langsung tiada riak jernih dan jujur.   Jika dulu abang dan kakak iparnya telah menjadi mangsa kerana percayakan Bakri, kali ini dia tak akan benarkan Sera pula menjadi mangsa anak pada Bakri.  Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik.  Yang mengalir dalam diri Buya, adalah darah Bakri. 
“Kalau macam tu…” 
“Saya tukar fikiran…” 
Tak sempat Uncle Malik sudahkan kata, mak su meningkah. 
“…saya terima.  Anak saudara saya pun terima.  Kami terima wasiat ini tanpa sebarang prejudis,” luah mak su yakin dan tegas bila anak matanya tepat merenung wajah Buya yang nampak tercengang. 
“Kan, Sera?”  soal mak su.  Memandang Sera.  Menghantar pandangan paksa.  Agar Sera akur dengan kata-kata dia.  Jangan dibantah. 
Sera kerut dahi tapi mengenangkan jerih payah mak su hingga sanggup membujang hingga kini demi dia, Sera akhirnya angguk.
“Andai tu niat baik arwah,” ujarnya perlahan.
Sekali lagi, Buya senyum senget.  Memandang pada Zul.  Telahan dia tepat.  Kata-kata Sera sebelum ini sudah tak sama dengan yang sekarang.  Kan dia dah cakap.  Tapi, apa nak kata.  Dia mahu terus dekati Sera walau apa cara sekalipun. 
“Dan satu lagi saya harap, anak arwah tak terus dekat dengan anak saudara saya.  Ya, saya tahu Sera ke balai polis untuk gugurkan report.  Tak apa.  Saya terima.  Lagipun, saya yakin undang-undang ni hanya ada dalam genggaman orang-orang kaya.  Memandangkan, Sera dah berduit, saya akan pastikan dia pasang bodyguard untuk pastikan yang anak arwah Bakri tak dekati dia,” ujar mak su keras.  Jelingan pada Buya tajam. 
Dia bangkit.  Menarik Sera turut sama bangkit.  “Kalau tak apa-apa lagi, semua boleh balik.” 
Semua orang bangkit.  Saling memandang.  Sekeping kertas diletak atas meja kopi. 
“Apa ni, uncle?”  tanya Sera bila sebatang pen disua padanya.
“Sera perlu sign dekat yang uncle tanda tu untuk akuan penerimaan wasiat.  Dokumen sah yang lain, akan menyusul kemudian.  Sebaik saja Sera sign, ianya memang milik Sera.  Sah di sisi undang-undang manusia dan Tuhan…”  cerita Uncle Malik ringkas.
Wajah mak su dipandang.  Menggigil tangan Sera menyambut pen tersebut.  Perlahan-lahan dia melutut bila mak su memberi isyarat padanya.  Diconteng tandatangannya pada helaian kertas tersebut dan bila dia panggung kepala memandang pada Buya, lelaki itu senyum tipis dan mengerdipkan matanya sekali. 
Biarpun wajah Buya tersenyum.  Memberi izin.  Tapi, kenapa dia nampak kekecewaan sedang hempap dada bidang Buya? 



SELURUH bilik gelap.  Hanya lampu di meja kerjanya saya masih menyala.  Dulu, daddy selalu pujuk dia masuk buat kerja dekat bilik kerja daddy.  Tapi, dia tak nak.  Dia suka bilik sendiri.  Bila check dokumen dan drawing, dia memang selesa dekat bilik sendiri.  Biarpun bersepah sampaikan nak jalan pun tak boleh, dia rasa lapang. 
Buya duduk bersandar pada kepala katil.  Entah apa yang dia fikirkan.  Fikiran dia terasa kosong.  Tepatlah tanggapan dia, Sera memang tak akan lepaskan semua tu.  Kan betul apa yang dia cakap dekat Zul.  Orang gila pun tak akan lepaskan semua tu, apatah lagi yang waras.
Sera itu waras!
Yang sedang tak waras sekarang, adalah dia! 
Buya pejam mata.  Rapat.  Cuba dihalau pergi tindak-tanduk Sera beberapa hari lepas masa Sera sign surat tu.  Sera pandang dia.  Lama.  Mata itu berkaca-kaca.   Pandangan itu nampak macam pandangan mintak izin. 
Heh.  Nak mintak izin apa, Sera?  Sekarang, kau lagi berkuasa daripada aku.  Apa lagi yang kau nak?  Atau pandangan itu, sebenarnya pandangan sinis.  Sera ikrar kemenangan depan dia dengan renungan itu?
Such a slut, Sera!  Hati Buya menyumpah tak henti-henti.  Nak-nak bila Sera sign semua dokumen itu tanpa tersangkut.  Langsung tak angkat wajah dah.  Senyuman pada bibir mak su juga, adalah senyuman kemenangan.
Terasa seperti dua beranak itu sedang ketawakan dia.
Ya.  Dia memang nampak kalah buat masa sekarang tapi dia tak akan mengaku kalah.  Ini Buya.  Bunyamin.  Dia akan dapatkan segalanya.  Malah lebih daripada itu. 
Kau tunggu! 
Buya angkat tubuh.  Berjalan ke meja kerja yang berselerak.  Satu apa kerja pun tak boleh nak buat.  Lantaklah.  Kepala tengah semak ni.  Baru nak kemas meja, matanya terhenti pada sebuah pasu kaca.  Bunga di dalamnya dah kering.  Dah hampir sebulan bunga itu ada di situ.  Daddy yang letak dekat ofis dan bila dia bising, entah bila daddy bawak balik bunga ni ke rumah.  Letak atas meja kerja dia pulak.
Macam manalah aku tak perasan selama ni?  Atau aku dah perasan tapi sengaja buat tak nampak sebab ianya pemberian daddy?  Dia dah lupa tentang pemberian daddy yang satu ini.  Bukan apa sebab pelik sangat.  Dalam banyak-banyak perkara, daddy boleh bagi benda bukan-bukan ni?  Masa tu dia tak fikir apa pun.  Hanya tahu membebel. 
Duduk dihenyak atas kerusi.  Bersandar lemah.  Tubuh yang hanya dibalut single putih tipis itu terasa letih.  Lama dia pandang bunga kering tersebut.  Bunga apa, ya?  Warna apa?  Dia lupa terus. 
Tangannya bergerak nak pegang batang yang dah kering.  Beberapa helai kelopak yang dah kering, jatuh di atas meja.  Masa ni, baru Buya terlintas. 
Sera? 
Dia tarik pasu itu dekat pada dia.  Sekeping kad masih tergantung pada batang yang dah bertukar warna.  Buya buka kad kecil itu.  Tulisan daddy.  Hati dia dipagut pilu.  Kenapalah masa tu dia tak bukak langsung? 
Dia menggeleng sendiri.  Kesal.  Mata kuyunya tertancap pada barisan ayat. 

Banyak jenis bunga di dunia ini, Buya.  Tapi, bunga yang satu itu akan buat hidup Buya mewangi.  Selamanya.

Kad itu direnyuk.  Buya pejam mata dan menyembamkan wajah ke meja.  Dia tahu siapa yang daddy maksudkan. 
Kenapa, daddy? 
Apa dah jadi hinggakan daddy buat Buya dan Balqish macam ni? 
Kenapa mesti perempuan tamak tu? 
Tak sedar, tangannya mula berdarah tertusuk pasu yang entah bila pecah.  Bila dia sedar, luka itu sedikit pedih.  Lampu biliknya terang. 
Buya toleh. 
“Qish ingat abang tak ada…” 
Buya toleh.  Laju dia balut telapak tangannya dengan tisu.  Ukir senyum paksa.  Dah banyak hari tak sempat nak sembang dengan Balqish.  Banyak sangat urusan. 
“Qish tak tidur lagi….”  Jam dah bergerak ke angka satu pagi.  Balqish buat apa masih jaga. 
“Qish rindu daddy…”  Airmata Balqish jatuh. 
Pantas Buya dapatkan adiknya.  Didakap kemas.  Diusap rambut panjang Balqish.  Kemudian dikucup kepala adiknya.
“Abang tahu.  Qish kena sabar.  Kena reda dengan semua ni,” pujuknya perlahan. 
Balqish masih tak habis belajar.  Anak manja ni, memang rapat dengan dia dan daddy.  Mulutnya petah.  Ada saja cara nak menyakat tapi sekarang, bisu seribu bahasa.  Gamaknya, Balqish perlukan masa. 
“Abang janji tak tinggalkan Qish, kan?” 
Buya senyum.  Angguk berkali-kali.  “Abang akan jaga Qish sampailah abang jumpa lelaki yang abang percaya akan jaga Qish lebih baik daripada abang jaga Qish.  Boleh?”  Bahu Balqish ditolak.
Melihat wajah berkerut Balqish, Buya senyum.  “Qish ada pakwe dah ke?”  Saja dia nak bawak emosi adik dia lari daripada kerinduan pada daddy.
Rindu itu bagus.  Tapi, kalau rindu itu membuahkan tangis, dia tak sanggup.  Seperti juga dia sekarang.  Perasaan ingat pada Sera itu, menyakitkan. 
Tak sedar, dia mendengus.
“Err… abang okey tak ni?”  Riak Balqish risau. 
“Abang okey.  Qish pergi rehat.  Kalau perlu apa-apa bagitahu abang.  Abang busy sikit sekarang.  Banyak benda nak urus.  Harap Qish faham…”  Pipi Balqish diusap lembut.
Bila adik dia angguk dan berlalu ke pintu, Buya hanya mampu memandang.  Tak kuat nak bagitahu Balqish apa yang dah jadi.  Tapi rasanya, biarlah masalah ini setakat dia saja.  Dia akan selesaikan.
Dia tak akan biarkan Balqish hidup merempat.  Ini hak mereka.  Semuanya! 

15 comments:

  1. Buyaaaa.. Jangan Buya, makan diri nanti..

    ReplyDelete
  2. Buya .. jgn cepat menyalahkan Sera

    ReplyDelete
  3. apa sebenarnya yg berlaku yg menyebabkan separuh dari harta arwah Bakri jatuh ketangan Sera...dan sebagai anak arwah kalau lah akak ditempatnya mmg la mungkin akak pun akan jadi lebih teruk dari Buya kot..sbb arwah tidak menceritakan apa apa mengenai masa silam nya...

    ReplyDelete
  4. Buya... Sabar.. Caritau hal sebenar dulu

    ReplyDelete
  5. Jgn benci Sera buya....yg slh mksu 😂

    ReplyDelete
  6. Haish...sudah ada konflik

    ReplyDelete
  7. Sebuah naskah Buya&Sera yg ckup rencahnya,,,tkasih Ann,,,

    ReplyDelete
  8. best..nape laa buya tu..

    ReplyDelete
  9. Jgn buya salah langkah udah..sera akn oergi kerna terluka n buya akn menyesal..😢😢😢😢😢...tq sis rehan

    ReplyDelete
  10. sis rehan... buat la sera yg tercari2 buya. selalu sgt bca hero lelaki yg tersalah langkah.. cadangan shja

    ReplyDelete
  11. Tq Rehan...karya Rehan sentiasa ada umpppp..tiada tandingan..

    ReplyDelete
  12. Nak lagi..plezzz continue.

    ReplyDelete
  13. Macam cerita siam tajuk roy leh sanaei lah

    ReplyDelete
  14. Hmmm aritu sera Xsmpt cerita kan... so buya Xtau kisah lama keluarga mereka. Salah faham ni menyebabkan buya dendam.. mslhnye buya yg salah faham! 🤔 thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  15. Aduh tak sempat Sera nak cerita kisah lama, dah terbantut sebab wasiat tu. Kan Buya dah fikir Sera tamakkan harta padahal ada sebab musabab dia kenapa Sera terima

    ReplyDelete