MENDENGARKAN penerangan Uncle Malik pasal jumlah harta yang
dia dapat daripada peninggalan arwah Dato’ Bakri, Sera tak terkata apa. Kali ini, dalam rumah dia. Ada mak su, Buya dan Zul. Cuma Rizman duduk di luar. Ya, lelaki setia itu namanya Rizman. Dia dengar Uncle Malik panggil nama tu.
Dia buang pandang pada Rizman. Bila lelaki itu menoleh, Sera senyum. Tawar.
Gamaknya lepas ni, dia pun macam Buya.
Ada bodyguard seperti Buya. Ada
dalam kereta mewah seperti kereta Buya.
Berpakaian seperti Buya. Hidup
mewah seperti Buya. Ke mana saja tanpa
risaukan apa-apa.
Tapi, hati Sera meningkah.
Itu bukan hasil usaha dia. Dia
tak nak biarpun dia dapat agak sebabnya mengapa Dato’ Bakri tinggalkan harta
pada dia lebih daripada anak sendiri.
Sera pandang Buya. Renungannya,
entahlah… payah untuk dia tafsir. Kerana
dia tak pernah pandai nak baca riak wajah seseorang.
“Puan Nuria, puan faham apa yang saya bacakan ni?” soal Uncle Malik pada mak su.
Mak su angguk.
Kemudian pandang pada Sera yang nampak kosong. Hanya tunduk ke permaidani. Tangan Sera disapa. Barulah anak buahnya itu memandang dia. Perasaan keliru jelas terbentuk pada riak
mata Sera.
“Sera okey?” Tangan
digenggam.
Tiada tindakan namun mata Sera begitu kuat berbicara. Ini harta orang, mak su. Biarpun Dato’ Bakri berikan ini kerana pernah
menipu arwah ayah, ianya tetap milik orang.
Mana mungkin Sera mahu terima semua ini padahal arwah punyai dua pewaris
sah.
Dia tak nak!
“Bagi kami masa untuk fikirkan…” ujar mak su sudahnya.
Sera gigit bibir. Menggeleng
sendiri. Langsung tak berani angkat muka
pada Buya. Lain yang dia rancang, lain
yang jadi. Dia sempat kerling
pergelangan tangan Buya. Andai dia mampu
merawat lebam itu seperti mana Buya merawat luka tertusuk durinya… tapi dia tak
berdaya.
Mata mak su memandang pada Buya. Wajah itu nampak angkuh seperti Bakri
jugak. Malah, langsung tiada riak jernih
dan jujur. Jika dulu abang dan kakak iparnya telah
menjadi mangsa kerana percayakan Bakri, kali ini dia tak akan benarkan Sera
pula menjadi mangsa anak pada Bakri.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik. Yang mengalir dalam diri Buya, adalah darah
Bakri.
“Kalau macam tu…”
“Saya tukar fikiran…”
Tak sempat Uncle Malik sudahkan kata, mak su meningkah.
“…saya terima. Anak
saudara saya pun terima. Kami terima
wasiat ini tanpa sebarang prejudis,” luah mak su yakin dan tegas bila anak
matanya tepat merenung wajah Buya yang nampak tercengang.
“Kan, Sera?” soal mak
su. Memandang Sera. Menghantar pandangan paksa. Agar Sera akur dengan kata-kata dia. Jangan dibantah.
Sera kerut dahi tapi mengenangkan jerih payah mak su hingga
sanggup membujang hingga kini demi dia, Sera akhirnya angguk.
“Andai tu niat baik arwah,” ujarnya perlahan.
Sekali lagi, Buya senyum senget. Memandang pada Zul. Telahan dia tepat. Kata-kata Sera sebelum ini sudah tak sama
dengan yang sekarang. Kan dia dah
cakap. Tapi, apa nak kata. Dia mahu terus dekati Sera walau apa cara
sekalipun.
“Dan satu lagi saya harap, anak arwah tak terus dekat dengan
anak saudara saya. Ya, saya tahu Sera ke
balai polis untuk gugurkan report. Tak
apa. Saya terima. Lagipun, saya yakin undang-undang ni hanya
ada dalam genggaman orang-orang kaya.
Memandangkan, Sera dah berduit, saya akan pastikan dia pasang bodyguard
untuk pastikan yang anak arwah Bakri tak dekati dia,” ujar mak su keras. Jelingan pada Buya tajam.
Dia bangkit. Menarik
Sera turut sama bangkit. “Kalau tak
apa-apa lagi, semua boleh balik.”
Semua orang bangkit.
Saling memandang. Sekeping kertas
diletak atas meja kopi.
“Apa ni, uncle?” tanya
Sera bila sebatang pen disua padanya.
“Sera perlu sign dekat yang uncle tanda tu untuk akuan
penerimaan wasiat. Dokumen sah yang
lain, akan menyusul kemudian. Sebaik
saja Sera sign, ianya memang milik Sera.
Sah di sisi undang-undang manusia dan Tuhan…” cerita Uncle Malik ringkas.
Wajah mak su dipandang.
Menggigil tangan Sera menyambut pen tersebut. Perlahan-lahan dia melutut bila mak su
memberi isyarat padanya. Diconteng
tandatangannya pada helaian kertas tersebut dan bila dia panggung kepala
memandang pada Buya, lelaki itu senyum tipis dan mengerdipkan matanya
sekali.
Biarpun wajah Buya tersenyum.
Memberi izin. Tapi, kenapa dia
nampak kekecewaan sedang hempap dada bidang Buya?
SELURUH bilik gelap.
Hanya lampu di meja kerjanya saya masih menyala. Dulu, daddy selalu pujuk dia masuk buat kerja
dekat bilik kerja daddy. Tapi, dia tak
nak. Dia suka bilik sendiri. Bila check dokumen dan drawing, dia memang
selesa dekat bilik sendiri. Biarpun
bersepah sampaikan nak jalan pun tak boleh, dia rasa lapang.
Buya duduk bersandar pada kepala katil. Entah apa yang dia fikirkan. Fikiran dia terasa kosong. Tepatlah tanggapan dia, Sera memang tak akan
lepaskan semua tu. Kan betul apa yang
dia cakap dekat Zul. Orang gila pun tak
akan lepaskan semua tu, apatah lagi yang waras.
Sera itu waras!
Yang sedang tak waras sekarang, adalah dia!
Buya pejam mata.
Rapat. Cuba dihalau pergi
tindak-tanduk Sera beberapa hari lepas masa Sera sign surat tu. Sera pandang dia. Lama.
Mata itu berkaca-kaca. Pandangan
itu nampak macam pandangan mintak izin.
Heh. Nak mintak izin
apa, Sera? Sekarang, kau lagi berkuasa
daripada aku. Apa lagi yang kau
nak? Atau pandangan itu, sebenarnya
pandangan sinis. Sera ikrar kemenangan
depan dia dengan renungan itu?
Such a slut, Sera!
Hati Buya menyumpah tak henti-henti.
Nak-nak bila Sera sign semua dokumen itu tanpa tersangkut. Langsung tak angkat wajah dah. Senyuman pada bibir mak su juga, adalah
senyuman kemenangan.
Terasa seperti dua beranak itu sedang ketawakan dia.
Ya. Dia memang nampak
kalah buat masa sekarang tapi dia tak akan mengaku kalah. Ini Buya.
Bunyamin. Dia akan dapatkan
segalanya. Malah lebih daripada
itu.
Kau tunggu!
Buya angkat tubuh.
Berjalan ke meja kerja yang berselerak.
Satu apa kerja pun tak boleh nak buat.
Lantaklah. Kepala tengah semak
ni. Baru nak kemas meja, matanya
terhenti pada sebuah pasu kaca. Bunga di
dalamnya dah kering. Dah hampir sebulan bunga
itu ada di situ. Daddy yang letak dekat
ofis dan bila dia bising, entah bila daddy bawak balik bunga ni ke rumah. Letak atas meja kerja dia pulak.
Macam manalah aku tak perasan selama ni? Atau aku dah perasan tapi sengaja buat tak
nampak sebab ianya pemberian daddy? Dia
dah lupa tentang pemberian daddy yang satu ini.
Bukan apa sebab pelik sangat.
Dalam banyak-banyak perkara, daddy boleh bagi benda bukan-bukan ni? Masa tu dia tak fikir apa pun. Hanya tahu membebel.
Duduk dihenyak atas kerusi.
Bersandar lemah. Tubuh yang hanya
dibalut single putih tipis itu terasa letih.
Lama dia pandang bunga kering tersebut.
Bunga apa, ya? Warna apa? Dia lupa terus.
Tangannya bergerak nak pegang batang yang dah kering. Beberapa helai kelopak yang dah kering, jatuh
di atas meja. Masa ni, baru Buya
terlintas.
Sera?
Dia tarik pasu itu dekat pada dia. Sekeping kad masih tergantung pada batang
yang dah bertukar warna. Buya buka kad
kecil itu. Tulisan daddy. Hati dia dipagut pilu. Kenapalah masa tu dia tak bukak
langsung?
Dia menggeleng sendiri.
Kesal. Mata kuyunya tertancap
pada barisan ayat.
Banyak jenis bunga di dunia ini, Buya. Tapi, bunga yang satu itu akan buat hidup Buya
mewangi. Selamanya.
Kad itu direnyuk. Buya
pejam mata dan menyembamkan wajah ke meja.
Dia tahu siapa yang daddy maksudkan.
Kenapa, daddy?
Apa dah jadi hinggakan daddy buat Buya dan Balqish macam
ni?
Kenapa mesti perempuan tamak tu?
Tak sedar, tangannya mula berdarah tertusuk pasu yang entah
bila pecah. Bila dia sedar, luka itu
sedikit pedih. Lampu biliknya
terang.
Buya toleh.
“Qish ingat abang tak ada…”
Buya toleh. Laju dia
balut telapak tangannya dengan tisu.
Ukir senyum paksa. Dah banyak
hari tak sempat nak sembang dengan Balqish.
Banyak sangat urusan.
“Qish tak tidur lagi….”
Jam dah bergerak ke angka satu pagi.
Balqish buat apa masih jaga.
“Qish rindu daddy…”
Airmata Balqish jatuh.
Pantas Buya dapatkan adiknya.
Didakap kemas. Diusap rambut
panjang Balqish. Kemudian dikucup kepala
adiknya.
“Abang tahu. Qish kena
sabar. Kena reda dengan semua ni,”
pujuknya perlahan.
Balqish masih tak habis belajar. Anak manja ni, memang rapat dengan dia dan
daddy. Mulutnya petah. Ada saja cara nak menyakat tapi sekarang,
bisu seribu bahasa. Gamaknya, Balqish
perlukan masa.
“Abang janji tak tinggalkan Qish, kan?”
Buya senyum. Angguk
berkali-kali. “Abang akan jaga Qish
sampailah abang jumpa lelaki yang abang percaya akan jaga Qish lebih baik
daripada abang jaga Qish. Boleh?” Bahu Balqish ditolak.
Melihat wajah berkerut Balqish, Buya senyum. “Qish ada pakwe dah ke?” Saja dia nak bawak emosi adik dia lari
daripada kerinduan pada daddy.
Rindu itu bagus. Tapi,
kalau rindu itu membuahkan tangis, dia tak sanggup. Seperti juga dia sekarang. Perasaan ingat pada Sera itu,
menyakitkan.
Tak sedar, dia mendengus.
“Err… abang okey tak ni?”
Riak Balqish risau.
“Abang okey. Qish
pergi rehat. Kalau perlu apa-apa
bagitahu abang. Abang busy sikit
sekarang. Banyak benda nak urus. Harap Qish faham…” Pipi Balqish diusap lembut.
Bila adik dia angguk dan berlalu ke pintu, Buya hanya mampu
memandang. Tak kuat nak bagitahu Balqish
apa yang dah jadi. Tapi rasanya, biarlah
masalah ini setakat dia saja. Dia akan
selesaikan.
Dia tak akan biarkan Balqish hidup merempat. Ini hak mereka. Semuanya!
Buyaaaa.. Jangan Buya, makan diri nanti..
ReplyDeleteBuya .. jgn cepat menyalahkan Sera
ReplyDeleteapa sebenarnya yg berlaku yg menyebabkan separuh dari harta arwah Bakri jatuh ketangan Sera...dan sebagai anak arwah kalau lah akak ditempatnya mmg la mungkin akak pun akan jadi lebih teruk dari Buya kot..sbb arwah tidak menceritakan apa apa mengenai masa silam nya...
ReplyDeleteBuya... Sabar.. Caritau hal sebenar dulu
ReplyDeleteJgn benci Sera buya....yg slh mksu 😂
ReplyDeleteHaish...sudah ada konflik
ReplyDeleteSebuah naskah Buya&Sera yg ckup rencahnya,,,tkasih Ann,,,
ReplyDeletebest..nape laa buya tu..
ReplyDeleteJgn buya salah langkah udah..sera akn oergi kerna terluka n buya akn menyesal..😢😢😢😢😢...tq sis rehan
ReplyDeletesis rehan... buat la sera yg tercari2 buya. selalu sgt bca hero lelaki yg tersalah langkah.. cadangan shja
ReplyDeleteTq Rehan...karya Rehan sentiasa ada umpppp..tiada tandingan..
ReplyDeleteNak lagi..plezzz continue.
ReplyDeleteMacam cerita siam tajuk roy leh sanaei lah
ReplyDeleteHmmm aritu sera Xsmpt cerita kan... so buya Xtau kisah lama keluarga mereka. Salah faham ni menyebabkan buya dendam.. mslhnye buya yg salah faham! 🤔 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteAduh tak sempat Sera nak cerita kisah lama, dah terbantut sebab wasiat tu. Kan Buya dah fikir Sera tamakkan harta padahal ada sebab musabab dia kenapa Sera terima
ReplyDelete