SENYUM Sera lebar bila rezeki hadir lagi mengetuk pintu kedai
bunganya. Wajah Auntie Jane dipandang
dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga.
“Auntie betul nak bagi saya uruskan semua ke?”
“Yes, my dear. Auntie
memang nak bagi Sera. Anak auntie tak
sihat. I can’t make it on time.
Kiranya, Sera siapkan semua tempahan termasuk plan event tu, the rest
auntie akan uruskan. Setiap bayaran
auntie akan bagi Sera enam puluh percent.
Okay?”
“Eh, banyak sangat tu, auntie…”
“Eh, don’t worry, my dear. Itu tak
banyak. Memang pun banyak yang Sera
buat. Auntie cuma take part as a event manager.
Silap-silap hari tu Sera jugak yang kena datang tolong auntie. Again,
my dear. I’m so sorry. Benda nak jadi, kan… auntie harap Sera tak
serik…” Riak risau tergambar jelas pada
wajah Auntie Jane.
Manalah tahu, permintaan dia telah menyekat perniagaan
Sera. Tapi, apa nak kata. Selama dia kerja dengan Sera, gadis ini
begitu tekun dan ikhlas menyediakan tempahannya.
“Jangan risaulah, auntie.
Saya dah biasa. Auntie bagi saya
job ni pun dah sangat elok dah. Thanks to you, auntie…”
“Okay, my dear. Kalau
macam tu, auntie balik dulu. Ada appointment dekat hospital ni. Sera siapkan on time, okey?”
“Sure, auntie. Jangan
risau.” Mata dikenyit sebelum Auntie
Jane hilang melepasi pintu kedainya.
Sera hela nafas lega.
Tarik kerusi. Duduk. Memandang beberapa bakul bunga segar yang
baru saja Auntie Jane hantar. Termasuklah
sejambak bunga lily putih. Dia tarik
sekuntum. Memandang lama pada bunga itu,
teringat Buya yang dah banyak hari tak muncul.
Eloklah macam tu. Dia yang
meminta. Cuma, dia tak nak Buya pergi
bersama fikiran yang negatif tentang dia.
Harta itu, bukan milik dia. Satu
masa, dia akan pulangkan. Cuma, bukan
sekarang. Mak su terlalu berkeras
tentang itu.
RAYUAN demi rayuan, langsung tak berbekas pada mak su. Sera dah buntu. Ayat apa lagi yang perlu disusun untuk
memujuk mak su? Entahlah.
“Itu bukan hak Sera, mak su…”
“Siapa cakap? Kalau
nak kira, patut dia bagi semua pada Sera.
Itu pun, mak su tak puas hati lagi…”
Marah mak su meluap-luap.
“Habis tu, mak su nak apa untuk buat mak su puas hati? Harta, kita dah dapat. Uncle Bakri pun dah tak ada. Ayah dengan ibu pun tak akan hidup
balik. Mak su nak apa lagi?” Kecewanya Sera dengan mak su.
Sampai hati mak su.
Selama ini, mak su yang ajar dia untuk redha dengan segalanya. Tapi, kenapa sekarang macam ni pulak?
“Memang abang dan kakak ipar mak su tak akan hidup
balik. Memang Bakri dah tak ada. Tapi, mak su tak nak anak dia terus dekat
dengan keluarga kita. Sera ingat dia
akan senang-senang lepaskan semua harta yang dah bapak dia bagi dekat
Sera? Sera percaya dia ikhlas terima
wasiat bapak dia tu?”
“Mak su curiga dengan Buya?” Soalan Sera, tak ubah seperti menolak telahan
mak su ke atas Buya.
“Bukan takat curiga, Sera.
Tapi, mak su tak percaya langsung!”
jawab mak su keras.
“Mak su…” Hati Sera
mengeluh sendiri.
Sukar untuk dia terangkan pada mak su. Buya tak seperti yang mak su sangka. Malah, semasa dia tandatangan surat itu, Buya
hanya senyum. Seperti lega bila amanah
yang dipikul selama ini dah terlunas. Dah
lepas daripada bahu. Selebihnya, dia tak
nak fikir yang buruk-buruk tentang orang.
Susah sangat ke mak su nak nampak semua tu?
“Dia ikhlas, mak su…”
“Ikhlas?” Tercengang
mak su dibuatnya dengan kata-kata anak saudara sendiri. Berlapis kerutan pada dahi dengan kata-kata
Sera.
Cenduai apa yang dah Buya calit pada Sera hinggakan anak buah
dia ni percaya bulat-bulat pada Buya?
“Apa yang Sera tahu tentang manusia bila Sera sendiri tak
kenal dia?”
“Sera cuba kenal dia, mak su.
Dia tak macam yang mak su fikirkan.”
Sera terus meningkah.
Mak su tergelak kecil.
“Jadinya, Sera memang dah percayalah dekat dia?”
“Bukan sampai tahap percaya, mak su,” nafi Sera biarpun
itulah hakikatnya. “Tapi, Sera tak ada
sebab untuk syak dia bukan-bukan…”
“Sebabnya ada dalam wasiat tu, Sera. Itu penyebab utamanya. Sera tunggulah satu hari bila kata-kata mak
su ni, terbukti. Tapi, buat masa
sekarang… mak su nak Sera terima semua pemberian Bakri. Itu keputusan mak su. Melainkan Sera dah tak sayang mak su, Sera
boleh buat ikut suka hati Sera!” putus
mak su dan terus masuk ke bilik.
Sera terduduk di atas sofa.
Memicit kepala sambil memandang salinan wasiat itu. Membacanya berkali-kali. Harta itu bukan sedikit. Jutaan ringgit. Tapi, kenapa dia tak tenang menerimanya?
DAH banyak hari dia menyepi.
Ingatkan Sera tertanya tentang beritanya namun langsung tiada khabar
daripada gadis ini. Hari ini, dia
rendahkan ego sendiri. Datang lagi ke
kedai ini biarpun dia pernah dihalau pergi.
Melihatkan Sera yang termenung sambil merenung lily putih itu, Buya
dekati meja. Tarik kerusi dan
duduk. Namun, kehadiran dia langsung tak
mengusik lamunan yang sudah begitu larut nampaknya.
“Renung bunga tu, bukan boleh makan pun…”
“Hah? Selamat
datang. Boleh saya…”
Kening Buya terjongket.
Matanya merenung wajah Sera yang sudah kematian kata bila menatap
wajahnya.
“Kenapa renung bunga tu lama sangat? Sampaikan saya masuk pun, awak tak
sedar… bahaya tu.” Buya tarik kuntuman lily itu daripada tangan
Sera. Giliran dia pula merenung.
“Atau pandang lily ni, nampak macam saya? Gitu?”
Mata Sera direnung tajam.
“Err… saya nak mula kerja.
Saya tak terima pelanggan hari ni…”
“Oh, okey… sekarang saya dah jadi pelanggan.” Buya mencebek lebar. Menyindir.
Dia letak lily tersebut atas meja.
Memandang bunga yang ada di depan mata.
“Banyak kerja?”
“Ya. Sebab tu saya tak
boleh terima pelanggan. Ada tempahan
khas yang nak kena siap minggu ni…”
Sekali lagi Sera ulang yang dia tak boleh terima pelanggan.
Pelanggan yang dimaksudkan adalah lelaki di depan dia
sekarang ni. Harap sangat Buya faham dan
berlalu pergi tanpa membuat onar hari ini.
Cukuplah sekali dia tengok Buya bergari.
Hati dia seperti disiat hidup-hidup.
Sakit yang tak mampu dia luahkan dengan kata-kata.
Matanya sesekali jatuh pada tangan Buya. Kesan itu masih nampak sedikit. Tak letak ubat ke?
“Pelanggan tu… saya ke, Sera?”
“Sesiapa saja sebenarnya.
Selain saya, orang lain adalah pelanggan. Saya tak ada kawan…”
“Habis tu, lelaki yang datang jemput awak dekat rumah saya
malam tu? Bukan kawan?” Mata Buya mengerling pada Sera yang nampak
gamam.
“Teman lelaki gamaknya…”
tambah Buya menyindir.
Baru dia teringat akan Rizqi.
Dah banyak hari Rizqi keluar negara atas urusan kerja. Patutnya malam tadi dah balik. Ini masih senyap tanpa khabar. Letih gamaknya.
“Dia kawan saya.”
“Tadi, kata tak ada kawan…”
Buya pandang wajah Sera yang nampak terkulat-kulat dengan ekor mata. Nak halau dia, cakap ajelah
terus-terang. Tak payah berlapis. Dia tak biasa.
“Encik Bunyamin!” seru
Sera sedikit tegas.
Lemas dia dihimpit dengan pelbagai prasangka Buya. Dia tak tahu apa tujuan Buya kemari. Kata-kata mak su dan keyakinan sendiri sedang
bertingkah tak sudah-sudah.
“…saya tak tahu awak datang jumpa saya lagi kenapa. Padahal saya dah cakap dah, jangan datang jumpa
saya lagi. Mak su saya tak suka. Tak kan awak nak masuk lokap lagi
sekali? Awak tak serik ke?” tanya Sera bertalu-talu.
“Serik? Setakat lokap,
kena tumbuk sedas dua, tidur atas simen… apalah sangat Sera. Saya tak pernah kisah dengan semua tu. Yang saya nak tahu sekarang, tak kan sebab
kebencian mak su awak tanpa sebab tu, awak pun nak buang saya sama?”
“Mak su tak suka awak, bukan tak bersebab, Encik
Bunyamin. Semua berlaku dalam dunia ni,
ada penyebabnya. Penyebab yang rasanya,
tak perlulah awak tahu. Saya pun nak
lupakan semua yang dah jadi. Sejak awak
datang sini, hidup saya dah jadi tunggang-langgang. Semua benda tak berjalan dengan lancar. Saya nak kembali ke asalnya. Tanpa awak, tanpa segalanya…”
“Tanpa wasiat itu jugak?”
soal Buya tajam.
Sera telan liur. Benar
gamaknya tanggapan mak su. Tak mudah
Buya nak terima wasiat yang begitu tak adil.
Andai dia pun, dia akan meroyan. Langsung
tak usaha apa-apa, tiba-tiba dapat duit jutaan ringgit. Dalam sekelip mata.
“Jadinya, awak tak puas hati tentang wasiat tu?” teka Sera.
Manalah tahu syak wasangka mak su itu memang ada asasnya.
“Tak…” Buya
geleng. Laju menafi. “Itu
kehendak daddy. Tiada siapa boleh
larang.”
“Habis tu, tak puas hati saya terima?” Sera masih tak puas hati.
“Pun tak. Itu hak awak
nak terima atau tidak. Saya tak boleh
tentukan apa-apa. Cumanya satu yang buat
saya rasa saya berhak…”
Wajah Sera berlapis kerutan.
Dia pandang Buya. Menanti bicara
lelaki itu selebihnya.
“…saya berhak tahu, kenapa awak tak suka saya, Sera?”
Hah? Bahu Sera
jatuh. Itu ke yang Buya nak
katakan? Dia menggeleng kecil dan
tersenyum janggal.
“Mak su saya…”
“Saya tak kisah mak su awak, Sera. Saya nak jawapan awak…”
Mata bundar Sera dan kelopak mata kuyu Buya beradu pandang. Sera langsung tak alih renungan. Begitu juga Buya.
“Mak su saya tak suka awak,” jawab Sera. Memberikan jawapan yang serupa biarpun
berjuta kali Buya menyoalnya.
Buya tergelak.
Menggeleng berkali-kali. Kesalnya
dengan jawapan Sera.
“Kalau gitu, awak kena sabar sikit, Sera. Selagi semua proses wasiat tu belum selesai,
kita tetap akan jumpa. Lepas semuanya
dah selesai, masa tu awak boleh buat keputusan sama ada nak buang saya jauh
atau nak saya ada dekat dengan awak.
Masa tu, saya hormat semua yang awak nak…” Lantas, Buya terus bangkit.
Tapi, tak sempat dia merapati pintu kaca tersebut, suara
halus Sera menghentikan langkahnya. Dia
menoleh sembilan puluh darjah. Memandang
ke susunan bunga. Tidak terus pada gadis
itu biarpun dia tahu, sisi wajahnya sedang ditenung dalam oleh Sera.
“Tangan awak dah okey?”
Mata Sera jatuh pada pergelangan tangan yang baru Buya selak.
“Ini?” Kedua-dua belah
tangannya diangkat dan digoyang di depan Sera.
Kesan lebam itu masih ada.
Memakai gelang besi buat pertama kalinya kerana gadis ini, memang
sesuatu yang luar biasa pada dia.
“Kenapa? Nak tolong
saya letak ubat?”
“Sakit?” tanya Sera
sambil melangkah mendekati Buya.
“Tak sesakit awak tolak saya, Sera…”
Liur ditelan.
Sedaya-upaya Sera cuba abaikan kata-kata Buya. Dia tak akan biarkan hatinya terpedaya.
“Lebam tak hilang.
Padahal dah dua tiga hari. Awak
tak letak ubat gamaknya. Sebab tu susah
nak hilang sakit tu…”
“Saya cuba mintak ubat tu daripada awak, Sera. Tapi, susahnya awak nak preskrepsikan ubat tu
untuk saya setiap kali saya mintak.
Macam mana saya nak sembuh?”
Sekali lagi, Buya melemparkan rahsia di sebalik setiap bicaranya.
“Encik Bunyamin…” Sera
merapatkan kedua-dua matanya. Nafas
berat dilepaskan.
“Sini… saya dah beli first-aid simpan dekat kedai…” Tangan Sera menarik lengan Buya. Meminta Buya duduk di kerusi tadi.
Kemudian, first-aid kotak saiz sederhana dibuka. Sebotol minyak angin dan cotton-ball
dikeluarkan. Disapu perlahan. Sambil meniupnya. Dalam kepalanya, masih jelas terbayang Buya
yang begitu selekeh dengan tangan bergari.
“Jangan sampai bergari macam hari tu, Encik Bunyamin. Tak sampai hati saya tengok…”
“Kalau awak tak sampai hati, kenapa awak tolak saya dalam
keadaan macam tu?”
Tangan Sera terhenti daripada terus menyapu minyak
panas. Dia simpan kotak first-aid. Duduk di depan Buya. Tak faham sebenarnya apa yang Buya mahu
sampaikan.
“Awak tolak saya, saya terus datang sini. Esok-esok, akan tertangkap oleh mak su. Masa tu, saya sekali lagi akan diheret ke
balai polis atas tuduhan cuba nodai awak.
Sedangkan awak tahu, saya tak buat semua tu. Saya datang sini, demi awak, Sera. Sejauh mana awak tolak, sedekat itu saya akan
rapat. Atau, awak sebenarnya tak nampak
apa yang saya cuba sampaikan? Tak rasa
apa yang saya sedang rasa?” Mata kuyu
Buya turut sama berbicara. Harap Sera
faham.
“Saya bukan tak faham, Encik Bunyamin. Tapi, saya tak nak faham. Sebab tu saya tak bagi awak datang sini
lagi. Saya tak tahu apa yang mak su
boleh buat lagi bila dia nampak awak dekat sini. Saya sendiri dah jenuh bagi alasan sampaikan
saya dah tak tahu nak bagi alasan apa.
Saya sayang mak su saya. Dia
adalah segala-galanya ada saya…”
“Dan awak tak sedar, awak adalah segala-galanya pada saya
sekarang, Sera Nur…” pangkas Buya.
Sera kaku.
adoi....Buya ni nk main2kan perasaan Sera ke? kalo betul2...xpe. kalo saja nk bals dendam...you play with a fire Buya..haha.
ReplyDeletekang terbakar diri sendrik.
aduhai buya..kesian nya awak..kesian sangat dgn sera..
ReplyDeleteteringat dekat iklan yg pernah RM up pasal Buya menyesal..hmmm..x sabar..
ReplyDeleteJgnla percaya sera..
ReplyDeletejangan la mainkan perasaan orang buya
ReplyDeleteBuya ni la..haih...kejam tul 😢😢😢😢...tq sis rehan
ReplyDeleteBuya cube cucuk jarum..! jgn nnt diri sndiri yg tercucuk... :|
ReplyDeleteAduiii tersepitnya seorang Sera Nur
ReplyDeleteBuyaaa.. Kau main dengan api Buya. Sakitnya Sera nanti, kau yg lebih terluka!
ReplyDeleteuih Buya...jgn bermain dgn api...nnt terbakar diri sendiri....
ReplyDeleteNak lgi sis
ReplyDeleteNak lgi sis
ReplyDeleteIyaka buya??
ReplyDeleteBuya. Jangan main2 kan hati sera, dia xsalah, maksu tak salah..hopefully ini cerita bahagia...huarghhh xlarat nak nampak sefih2 ni
Ape plan B Buya ni...
ReplyDeletemanisnya ayat Buya...saya yg celaru Buya masih dlm Plan dia @ betul²
ReplyDeleteMesti frust giler si sera klu tahu buya ayat dia sbb "plan B"
ReplyDeleteMesti frust giler si sera klu tahu buya ayat dia sbb "plan B"
ReplyDeletekenapa akak rasa mcm mak usu rasa...Buya mmg jahat orgnya...mengunakan kepolosan diri Sera...utk mengambil balik harta arwah ayahnya..apa sebenarnya yg ayah Buya dah buat pada keluarga ini...
ReplyDeleteSampai hati buya... cakap perkara yg X betul hanya sbb Xnk harta keluarga jatuh ke tgn org luar.. tanpa siasat hakikat sebenar 😓😟 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDelete