PANDANGAN Rizqi langsung tak berbalas. Sera masih tekun menyiapkan sedikit lagi
pesanan Auntie Jane. Tambah pulak hari ni
ada ramai pelanggan walk-in. Hari
kekasih apa entah. Malas nak fikir. Tak pernah nak ambik kisah pun. Sekarang, barulah lapang sikit untuk sambung
kerja yang masih berbaki biarpun hari sudah hampir lewat petang.
Satu yang pasti, syukurlah Buya tak muncul. Jika tidak, dia memang akan pindah kedai
semata-mata mahu lari daripada lelaki itu.
“Kau tak penat ke pandang aku tak kelip-kelip, Riz?” Sera mengaju soalan tanpa memandang wajah
Rizqi.
“Mana kau tahu aku pandang kau?”
“Aku ada mata ketiga…”
Rizqi gelak kecil.
Sera buat kelakar tapi rasanya tak kelakar langsung bila wajah Sera
nampak tegang.
“Aku risaukan kau, Sera…”
Kali ini, barulah tangan Sera terhenti. Dia pandang Rizqi. Senyum tipis.
Sudahlah Rizqi banyak kerja. Dia
pulak minta Rizqi datang kedai petang ni.
Nak tunggu Naz, lepas Maghrib baru habis kerja. Punyalah rajin budak Naz. Padanlah dia lebih suka kerja sendiri biarpun
hasil tak seberapa.
“Jujurnya, Sera… aku tak boleh agak apa yang dah jadi.” Rizqi menyambung kata bila Sera sekadar diam
dan memandang dia tanpa nampak untuk berkata-kata.
“Aku memang tahu Dato’ Bakri tu pernah bantu kau. Kawan lama ayah kau yang kau sendiri tak
pernah kenal. Tapi, bila muncul anak
lelaki dia… aku jadi keliru sungguh.
Nak-nak bila aku dah pernah tengok dia sekali. Pandangan dia dekat kau tu…”
“Rizzzzz…” Suara Rizqi
dihentikan dengan seruan Sera yang meleret.
Dia tak nak Rizqi fikir seperti yang Naz fikirkan. Semua itu menakutkan dia biarpun dah terang
lagi bersuluh yang Buya itu… argh… dia sendiri pun tak berani nak
fikirkan.
“Jangan kaitkan aku dengan anak dia. Aku pernah ada kaitan dengan bapaknya
saja. Dengan anaknya…” Jari telunjuk Sera bergerak kiri dan kanan.
“No. A big
no!” tekan Sera, memak sudkan kata.
“Okey. Itu pada
kau. Tapi, bila aku tengok cara dia
telefon kau tu…” Wajah Rizqi berkerut
lebat. “…seram sungguh…”
Terus Sera ketawa bila Rizqi buat wajah kalut. Lelaki ini tak pernah tak kelakar. Tak pernah tak pandai buat dia lega disaat
dia keresahan. Sera tongkat dagu.
“Sebab tu, kita kena elak dia…”
“Sejauh mana?”
Sera angkat tubuh.
Bangku besi itu terbalik. Rizqi
menoleh ke pintu bila mata bundar Sera terarah ke situ. Suara parau itu berjaya menarik
renungannya.
“Buya…” Tanpa sedar,
nama itu diseru oleh mulut comel Sera.
Bibir Buya terjongket dengan senyum sinis. Reti pulak panggil dia Buya.
“Sounds good, Cik Sera…” Kaki Buya
mendekati Sera dan Rizqi.
Rizqi tenang. Sera
yang nampak kalut. Sekuntum bunga lily
ditarik dan disua pada Sera.
“Sorry lambat. Saya
ada meeting sepanjang hari. Bila habis
kerja, baru teringat saya janji dengan awak nak datang tolong awak dekat
kedai. Tapi…” Mata kuyu Buya tajam mengerling pada Rizqi. “…nampaknya awak dah ada teman.”
Hari ini dia tak boleh nak culas langsung. Makan pun tak sempat. Sepanjang hari, hanya wajah dan nama Sera
berdengung dalam kepala. Dia tak nak
Sera fikir dia pengecut. Kerana itu, dia
datang walaupun lewat. Dalam hati
memujuk resah. Sera bertiga. Ada Rizqi dan seorang lagi perempuan.
Tapi, hakikatnya berbeza.
Sera berdua! Dia jadi
yang ketiga sekarang ni.
“Perlu ke saya balik ni?”
Sengaja dia lontarkan nada sarkastik.
“Well, rasanya tak perlu saya jawab soalan tu. Lagipun, memang awak tak pernah
diundang…” Dalam takut-takut, Sera
menjawab juga.
“Sera…” Berkerut dahi
Rizqi. Tak percaya dengan kata-kata
Sera.
Tak pernah-pernah Sera begitu sinis dengan sesiapa. Selama dia kenal Sera sejak sekolah menengah,
ini pertama kali. Selama ini setiap
kata-kata Sera begitu lembut dan sedap
didengar. Kerana itu hati dia masih
setia pada cinta yang tak pernah terungkap ini.
Mata Sera menghantar isyarat pada Rizqi. Perlahan-lahan dia beralih berdiri di
belakang Rizqi. Mengelak daripada
memandang Buya.
“Okey.” Buya gelak
sudahnya. Malunya berlapis-lapis.
“Tak apalah tak diundang pun.
Memandangkan saya dah sampai, perut pun lapar… apa kata kita makan
dulu.”
“Saya tak boleh. Saya
tunggu kawan saya…”
“Ini? Bukan
kawan?” Jari Buya lurus pada Rizqi.
“Bukan dia sorang aje kawan saya. Ada lagi…”
“Termasuk saya?”
“Tak.” Sekali lagi
Sera menjawab tanpa banyak fikir.
“Awak tak termasuk dalam senarai tu.” Sera lepas nafas berat. “Macam inilah, Encik Bunyamin…” Tubuhnya dibawa berdepan dengan Buya.
Malas nak berdalih.
Lagipun, Rizqi ada. Dia tak takut
Buya kasari dia atau dekati dia. Riz pun
pandai bertumbuk apa.
“Kali terakhir saya cakap, jangan datang lagi. Jangan carik saya lagi. Kalau nak beli bunga sekalipun, cariklah
kedai lain yang lebih besar. Kedai saya
ni kecik aje. Dah berbuih mulut saya
cakap yang mak su saya tak suka awak.
Awak nak saya jujur macam mana lagi?”
Susah sungguhlah nak buat lelaki seorang ini faham. Kalau dia pandai bahasa Tagalog atau
Thailand, dah lama dia cakap. Nanti,
Buya pulak terpinga-pinga.
Sama aje!
“Saya nak awak jujur yang bukan awak tak suka saya tapi mak
su awak,” tekan Buya.
“Sama aje. Apa yang
mak su saya tak suka, itulah yang saya tak suka…” Nafas berat Sera lepas. Apa lagi yang tak faham ni? Sampaikan dia pun dah jadi tak faham jugak!
“Semudah itu?” Buya
tak puas hati.
“Dah tu, nak susahkan kenapa?” Pertanyaan Sera hampir membuatkan gadis itu
menjerit. Nafas dia mula turun naik
menahan sabar yang kian menipis.
“Awak yang susahkan, Sera…”
“Apa yang saya dah susahkan?”
Mata Buya ditentang. Berani.
“Awak susahkan saya dengan menafi perasaan awak pada
saya.” Buya juga tak kalah. Lantaklah nak kata dia pipi tersorong-sorong
pun. Dia memang jenis macam ni.
Suka dia cakap suka.
Tak suka, dia nafi. Dia tak
pernah reti nak berdalih.
“Perasaan apa yang awak maksudkan ni?” Nak tergelak rasanya dengan telahan
Buya. Sera ketawa dan menggeleng kecil
biarpun matanya nampak berkaca-kaca.
Lelaki ini, makin mendera hati dia. Menambahkan lagi rasa serba-salah dalam
hati. Nak-nak bila Rizqi hanya memandang
tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.
Entah apalah Rizqi fikir tentang dia sekarang.
“Yang awak cin…”
“Okey… relaks-relaks…”
Rizqi yang sejak tadi sekadar memerhati, mencelah sudahnya bila melihat
masing-masing sudah keresahan. Tenggelam
dalam amarah.
“Okey. Aku
relaks. Tapi, aku nak tahu jawapan
Sera…”
“Kan dia dah jawab,”
tempelak Rizqi pula.
Penumbuk sejak tadi digenggam. Andai Buya berlebih, tangan itu akan terbang
mencari sasaran.
Seketika, Buya diam.
Memandang Rizqi beberapa saat sebelum beralih pada wajah cantik milik
Sera.
Senyum diukir.
“Sera tipu diri sendiri…”
ujarnya perlahan. Separuh
berbisik tapi cukup tajam menyiat halwa telinga Sera.
“Sera, betul ke?” Renungan
Rizqi beralih pada Sera.
Dia pandang Sera dalam mencari kepastian akan tuduhan
Buya. Dada dia berdetak tanpa
rentak. Andai Sera angguk, entah macam
mana dia mahu hadapi semua ni.
Kecewa? Sudah
pasti!
“Jangan risau, Riz.
Aku tak akan tipu diri sendiri.
Kau kenal aku, kan?” jawab Sera
pada Rizqi biarpun mata terus memandang Buya.
Menghantar mak sud yang dia memang berkata jujur.
Rizqi angguk lambat-lambat.
Ya, sebab kenallah hatinya begitu gelisah. Dia pandang Buya yang masih merenung Sera tak
lepas. Kemudian, beralih pula pada Sera
yang sepertinya sengaja melarikan pandangan.
Thanks RM..wpun pendek mampu mengubat rindu menanti...
ReplyDeleteAlahai sukarnya
ReplyDeleteOhhhh buya dan sera...
ReplyDeleteHangpa buat pembaca kerdil ni tertunggu2...
☺
hari buka blog nie tggu update kak rehan
ReplyDeletehuhuhu
aishah
sakitnya tuh di sini
ReplyDeleteYuhuuuuu, sera..takpe , pelan2..buya ni ganas la..cer berlembut sikit ish3..haha
DeleteHeheheh..xsuka tp pndg xlepas ya sera..hehehe...tq sis rehan
ReplyDeleteBoleh tak saya jadi tamak..
ReplyDelete.nak lagi.....
Ala sera..ngaku je lah. Hihi
ReplyDeleteHishhh Buya ni,,,main paksa2 plak,,Si Sera tu plak,,alahaiii,,,malu kat Rizki la tu,,,papun tq Karehan
ReplyDeletesbb selama ni kenal sera lah riz percaya yg apa buya kata tu benar... wahhhh ai is drama
ReplyDeleteHaihhhhh klu dh tipu.. Xkan dia nk ngaku dpn org pulak kan 😉😜😜😂 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDelete