MAKAN malam sepi. Naz
sesekali menyiku Sera tapi dia hanya buat tak tahu. Nasik dalam pinggan disuap lagi ke
mulut. Dikunyah laju dan ditelan
saja. Langsung tiada nikmat makan malam
dia bila ada tetamu yang tak diundang ini bersama. Perang mulut antara dia, Rizqi dan Buya tadi
berakhir bila Naz masuk kedai memberi salam.
Hingga saat ini, kerutan pada dahi Naz masih lagi jelas dan
nyata. Langsung tak mahu tegang.
“Saya hantar awak balik lepas ni, Sera…” Buya mencelah bunyi kebingitan kawasan gerai.
Tak pernah dia makan dekat tempat macam ni. Dia tahu masakan tepi jalan ada masanya lagi
sedap. Tapi, dia tak suka persekitaran. Bunyi bising.
Yang meja sebelah ketawa tak ingat dunia. Hingga nak bercakap pun, dia perlu menjerit. Haih.
Rasa nak terbalikkan meja pun ada.
“Sera, dia tanya kaulah…”
Peha Sera dicubit perlahan.
“Aku dengar,” balas Sera selamba pada kata-kata Naz.
Mungkin dia perlu bercakap berdua dengan Buya. Dari hati ke hati. Agar Buya benar-benar mengerti dan tak
mendesak dia lagi. Dia tak boleh terus
tolak Buya dan mencalarkan maruah lelaki gagah ini di depan dua orang
kawannya. Dia tak tahu. Boleh jadi Buya menyimpan dendam padanya
kerana terasa dimalukan. Dia jugak yang
dapat penyakit nanti.
Dia angkat wajah.
Senyum pada Buya yang ada di depan mata.
“Riz, kau hantar Naz, eh?”
“Habis tu… kau?” Rizqi
gelisah.
“Aku balik dengan Encik Bunyamin.”
Mata Rizqi mengerling Naz.
Susah dia nak percaya akan apa yang Sera katakan sekarang. Tapi, baru dia nak melarang… Naz memberi
isyarat agar dia terima saja keputusan Sera.
Sera tentu sedang fikirkan
sesuatu untuk kebaikan.
Usai makan malam, Sera mengekori Rizqi dan Naz ke
kereta. Dia pandang wajah risau
Rizqi. Membiarkan Buya membayar harga
makan. Biarpun mereka melarang, dah Buya
berkeras… biarlah. Bukan mahal sangat
pun makan dekat gerai ni.
“Jangan risau, Riz.
Aku tahu jaga diri. Lagipun, ada
benda penting yang aku nak bincang dengan dia…”
“Ya… aku tahu kau reti jaga diri. Tapi, makhluk sekor tu tahu ke jaga diri dia?”
Sempat Rizqi kerling Buya yang ada dekat dengan sebuah Hummer warna
chrome.
Berlagak nak mampus! Kan
dah kena maki!
“Naz, kau pun jangan risau.
Nanti, aku update dalam group…”
Sempat Sera kenyit mata sebelum dia berlalu mendekati Buya dan kereta
mewahnya.
“Awak kutuk saya dekat kawan-kawan awak ke?”
“Tak pun.” Laju Sera
menafi. Ingat orang ni suka sangat ke
kutuk dia? Perasan!
“Saya cuma cakap, jangan risaukan saya. Saya tahu jaga diri. Tapi, sebaliknya pulak bila diorang risaukan
awak…”
“Risaukan saya?” Eh,
aneh ni. “Saya lelaki. Nak risau pasal apa pulak?” Kot kata Sera nak buat tak senonoh pada dia? Tak logiklah dia tak mampu kekang gadis halus
ini.
“Itulah jawapannya.
Sebab awak lelaki. Saya harap
awak jaga perangai awak kali ini. Dan,
jujurnya Encik Bunyamin… saya setuju awak hantar saya balik ni hanya kerana
satu sebab…”
“Apa?” Kedua-dua belah
kening lebat Buya terjongket.
“Saya nak dengar semua rasa tak puas hati awak pada
saya. Apa yang awak nak. Apa perlu saya buat. Saya harap, kita boleh capai kata sepakat. Dan lepas tu, keputusannya tetap sama. Kita tak boleh jumpa lagi. Harap awak tahu, saya letak tali gantung
dekat leher sendiri bila setuju nak balik dengan awak ni…”
Buya angguk perlahan.
Dia faham apa yang Sera cuba sampaikan.
Lantas, pintu kereta dibuka dan sekelipan, kereta mewah itu bergerak
perlahan meninggalkan perkarangan medan selera.
“Awak ada masa lima belas minit aje, Encik Bunyamin. Kenapa tak bercakap?” Sera pandang jam yang menyala pada dashboard
kereta.
“Susah saya nak susun soalan…”
“Kalau gitu, awak tak akan ada peluang lagi lepas ni…”
Tak semena, Buya memberi isyarat dan terus berhenti di bahu
jalan. Sera telan liur. Mengerling Buya.
Tali pinggang keledar dibuka.
Buka angkat kaki kirinya naik ke atas kerusi. Menoleh empat puluh lima darjah pada
Sera.
“Okey… sekarang ni, kita dua aje. Tak boleh ke awak mengaku yang awak pun rasa
sama dengan yang saya rasa?” Kali ini,
soalan Buya kedengaran sedikit mendesak.
“Kan saya dah cakap.
Rizqi jadi saksi. Awak nak
jawapan yang macam mana lagi?”
“Yang jujur daripada awak…”
“Saya dah jujur…”
“Jangan tipu diri sendiri, Sera…” Buya dekatkan sedikit wajahnya ke arah
Sera. Digenggam tali keledar Sera. Biarlah gadis itu lekat di situ
selamanya. Kerana dia yakin
sesuatu. Sera memang ada perasaan
padanya. Dia dah kenal ramai
wanita. Semuanya mudah mengaku cinta dan
dia sekadar terima. Dengan gadis ini,
sekuat mana Sera menafi, sekuat itu juga dia yakin akan rasa yang dah wujud
dalam hati Sera untuknya.
“Saya jujur…”
“Walaupun, awak jatuh cinta pandang pertama dekat saya?”
“Hah? Apa yang awak
mengarut ni?”
Senyuman Buya lebar.
“Saya tahu. Awak sama macam saya
biarpun saya menyerang awak kali pertama tu.
Kalau tak, tak kan awak layan saya dengan baik lepas tu…”
Tawa Sera meledak.
Serius. Buya memang pandai buat
kelakar. Dia yang tak pernah gelak lepas
macam ni pun, tergelak sudahnya.
“Cinta pandang pertama ni, dongeng. Tahu ke tak?”
“Kalau dongeng, kita jadikannya realiti,” sela Buya serius.
Mata saling bertentangan.
Wajah Buya kian rapat. Sera cuba
bergerak namun tubuhnya terkunci oleh tali keledar yang dipegang kuat oleh
tangan kekar Buya.
“Awak tahu sesuatu, Sera…”
Buya makin lebarkan senyum.
Sengaja dia dekatkan wajahnya ke wajah Sera yang nampak pucat. Seluruh raut itu dijilat dengan pandangannya
tanpa rasa puas. Sera cantik.
“…setiap kali saya pandang awak, dalam ni…” Buya letak telapak tangan ke dada
sendiri. “…tak boleh saya nak
cakap. Paling sukar saya nak kawal,
keinginan saya…” Mata Buya
terpejam.
Bila dia buka mata, wajah mereka kian mendekat. Hujung jarinya naik menyentuh birai selendang
Sera.
“Ada rambut keluar sikit…”
jelas Buya bila Sera menepis kasar.
Dia senyum melihat Sera membetulkan selendang yang senget. Orang cantik.
Senget-benget pun, tetap nampak menawan.
“Salah ke saya rasa sesuatu yang memang Tuhan berikan untuk
kaum macam saya ni bila tiap kali pandang awak?
Rasa yang saya tak pernah alami bila saya pandang perempuan lain. Tapi, awak…”
Kata-katanya terhenti lagi.
Tubuhnya kian dirapatkan hingga dada bidangnya menyentuh bahu
Sera.
“…salah ke saya cakap saya cinta awak, Sera?”
Menerima soalan Buya, Sera gamam di situ. Langsung tak bergerak. Tidak berusaha untuk mengelak atau
mendekati. Hanya tegak merenung mata kuyu
Buya bila wajah itu kian hampir pada wajahnya.
Hampir hingga hidung saling menyentuh dan nafas hangat Buya mengelus
wajahnya.
Sera pejam mata.
Buya ukir senyum.
Bibir yang masih mekar dengan senyum itu kian menghampiri
bibir merah milik gadis itu. Ya, dia
makin yakin. Sera suka dia.
Hanya satu inci sebelum ulas bibir mereka bertemu, Buya
hentikan tingkah. Lama dia begitu hingga
Sera buka mata.
“Saya nak tapi, saya tahu awak tak suka. Bukan masanya lagi. Sampai masa, saya nak awak sendiri menyerah
pada saya. Dan, masa yang saya cakap tu…
tak akan jadi tanpa kehendak awak, Sera…”
Sejurus itu, Buya kembali ke posisi asal.
Dia nampak dada Sera yang turun naik. Menghela nafas lega barangkali.
“Saya tak kan cemarkan sesuatu yang saya sayang, Cik
Sera.” Mata dikenyit.
Perbincangan mereka tamat.
Persetujuan nampaknya telah dicapai.
Bila sampai di depan rumah, Buya sekali lagi menarik lengan
Sera.
“Ada banyak lagi tempahan?”
Seperti patung hidup, Sera angguk.
“Kalau saya habis meeting awal esok, saya datang makan tengah
hari dengan awak, ya?”
Sekali lagi, kepala Sera jatuh.
Buya ketawa kecil.
“Kenapa ni? Angguk aje?”
“Ya, datanglah…”
“Saya datang. Masih
banyak kisah bunga yang saya nak dengar daripada awak…” Buya kenyit mata.
Tangan Sera dilepaskan.
Melambai dan meninggalkan Sera berdiri di pintu pagar memandang pada
dia. Perasaan Sera pada dia masih
loading. Tapi, dah sampai tahap Sembilan
puluh peratus. Sikit saja lagi. Hujung bibir Buya terukir dengan senyuman
yang cukup tajam.
Lg citer yg best dr RM...x sabar nak tunggu next entry...tqvm love
ReplyDeleteBuya in the game ke camne ni? Cube nk husnuzon...tp tase dia tgh jln kan plan B kot? Haiyakk! 🤦🏼♀️
ReplyDeleteJahat....
ReplyDeleteTapi pasti buya yg tersungkur jugak nanti ni
😍😍😍
ReplyDeleteHaip Buya,,,,jatuh tersungkur nnti,,,RM ni suka buat cerita mcm ni,,,,,tp saya sukaaa,,,thee thee thee,,,tq,,
ReplyDeleteI hate sera nur..
ReplyDeleteLook like she very stupid..
I dont know why...
Noriatul
Kan? Nmpk mcm mnyerah ja.. next n3 plz��
DeleteCerita yg semakin best
ReplyDeleteBuya jgn dekat dgn sera juz atas alasan nk sesuatu yg xikhlas...kang merana bdn bila sera dpt tau...nyesal xsudah nnt...tq sis rehan
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu next episod..
ReplyDeleteWAA BUYA SEMAKIN BERANI EA....
ReplyDeleteKak Rehan....nak lagi..plezzz
ReplyDeleteTipikal women...pantang org ckp syg terus lembik..bila tau kebenaran meroyan konon kena tipu.. .
ReplyDeleteweii serius ah. takkan sera kena tapau cenggitu je. ehhhhhh ni tak boleh jadi. Buya serius ah nak kan sera bebetul. buanglah niat jahat tu. pleaseeeee
ReplyDeletePlez Sera Nur..jangan tunduk pada perasaan dulu..jual mahal sikit..biar Buya usaha lebih..biar dia tahu tak semua manusia tamak harta..sekadar kongsi rasa :)
ReplyDeletesenyuman buya mencurigakn..dia yg akan tersungkur nnti...
ReplyDeleteadakah niat buya untuk merampas segalanya akan terus di semat
ReplyDeleteatau adakah akan ada rasa lain nanti yang membatalkan segalanya
Aduhaiiiii buya ni... klu ikhlas Xpela.. tp klu ada niat jahat.. jgnla teruskan.. mesti sera kecewa sgt nti 😢 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeletenext rm...
ReplyDeletenext please....
ReplyDeleteTq RM..tak sabar tunggu apa episode seterusnya
ReplyDeletejgn fikir nak buat sesuatu yg akan melukakan hati sera tu buya..nnt hati buya akan sakit 100kali ganda ...
ReplyDeletesera !!!!!! jangan laaa loading lama sangat. buka buya je tertunggu tunggu. dengan atok sekali dok ternanti nanti.
ReplyDeleteMana buya ni.....sibuk.makan limau ke....tolonggg nak sambungan lagi...plszzz
ReplyDeleteBuya sakit tekak...banyak makan limau...rm plszzzz sambungan nya....
DeleteRM... plsssss. Habiskan dkt sini shja
ReplyDeleterm.. please update.. rindu......................
ReplyDeleteatok rindu sangat sangat dah pada sera n buya.rehan cuti lagi ke!!!! hhhuuuuuuaaaaaa !!!!!
ReplyDeletewahhh..x sabar..x sabar..makin mengujakan dah ni..
ReplyDeleteXhabis raya lagi ke buya ni...xsabar dah ni..
ReplyDeleteKarehan...plz update soon...����
ReplyDelete