Thursday, February 02, 2023

Pra-Pesanan TULUS, LURUH, NOKTAH, AKU TELAH MENCINTAIMU dan DENGARLAH JERITAN HATIKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dengan ini, saya bukak pra-pesanan untuk buku terbaharu saya TULUS, dan juga buku cetakan semula LURUH, NOKTAH, AKU TELAH MENCINTAIMU, DENGARLAH JERITAN HATIKU


Untuk MAGHFIRAH stok adalah tersedia. Boleh order terus atau boleh jama' aje dengan yang lain. 😛
Stok buku Blogijau adalah seperti yang dinyatakan di atas, bila siap semua nanti, akan jadi stok tersedia. Kecuali tajuk yang tak disebut, dah habis stok dan belum lagi diulangcetak buat masa ni.
Untuk TULUS, boleh terus buat bayaran. Jika ada nak campur dengan buku lain, boleh mesej di FB atau emel. Jika ada sebarang pertanyaan pun, boleh inbox juga.
Setiap buku ada poskad. Dan 200 pesanan pertama akan ada tandatangan. 200.
Seperti biasa, trafik emel dan inbox akan sesak. Jika dah PM FB dan emel, harap tenang kerana akan ambik masa sikit aje untuk balas kesemuanya. Paling penting, pastikan alamat emel betul. blogijau@gmail.com
Saya sarankan semua untuk emel terus untuk mengelak berlaku keciciran memandangkan kali ini ada lima tajuk.
Tempoh saya letak adalah sehingga 28 Februari 2023. Sebab bukan 1 atau 2 buku, tapi 5. Kena ambik masa lebih sikit untuk pastikan pesanan tersusun serta kualiti buku terbaik. Jika awal, saya akan beritahu kemudian.
Saya beritahu siap-siap. TULUS adalah daripada watak Sumpah. Tak boleh nak kata kesinambungan sebab ia adalah kisah baharu. Cuma, siapa belum baca Sumpah mungkin nak tahu. Tak baca pun tak ada apa rasanya.
Dan, ada watak Aku Telah Mencintaimu dalam TULUS,. Dan, watak-watak lain juga. Biasalah. RM kan suka recycle watak-watak. Senang tak payah fikir nama.
Satu lagi, pada yang buku-buku sebelum ni rosak, boleh juga emel untuk minta ganti.
Akhir kata, selamat membuat pesanan. Sampai jumpa dalam siaran seterusnya.







No comments:

Post a Comment