KOT disangkut pada kerusi. Thaqeef terus labuhkan duduk dan memejamkan mata buat seketika. Kepalanya bagai hendak pecah. Hampir dua minggu ini, dia hanya dapat lelapkan mata dua atau tiga jam sahaja dalam sehari. Selebihnya, dia guna masa yang ada untuk meneliti segala program dan rangka kerja yang telah dirancang.
“Bos?”
“Ya,
Iz?” Mata dibuka. Muiz setia berdiri di depan meja.
“Bos
nampak penat,” ujar Muiz.
“Sikit.”
Dia senyum tipis. Kembali bersandar.
Muiz
kerut dahi. Sikit katanya? Tapi, apa yang dia nampak tidak sikit. Memang banyak.
Kerana dia tahu ada harinya Thaqeef bersengkang mata di pejabat. Biarpun dia
menemani, tapi dia terlelap juga tanpa disangka.
“Rasanya, semua benda dah hampir selesai, bos. Apa-apa saya dah pesan juga untuk diorang semua beritahu saya. Apa kata bos balik awal hari ni?” cadang Muiz.
“Kata
ada miting lagi dengan team marketing
2?”
“Saya
dah minta untuk tunda ke minggu depan, bos.”
“Oh…” Hanya
itu yang mampu dia berikan sebagai jawapan. Dalam hati, dia mengucapkan terima
kasih tak terhingga kepada Muiz.
Mata
kembali terpejam. Jujurnya, badannya sedang menuntut hak. Di saat dia hampir
terlelap, suara Muiz menyapa pendengaran.
“Tentang
apa yang bos minta saya cari tu…” Suara Muiz meleret.
Mata
kuyu Thaqeef terbuka separuh. Wajah Muiz nampak sedikit kabur.
“Apa
yang kau dapat?” Dia tegakkan duduk dan meraup wajah, menghalau rasa mengantuk.
“Mak
ayah dia dah berpisah masa dia umur dua belas tahun. Saya tak dapat cari
maklumat tentang mak dia. Tapi, sejak tu diorang
tak pernah berjumpa lagi dan memang dia hanya tinggal dengan ayah dia aje. Tak
lama lepas kejadian tu, dia ada terima rawatan sebab gangguan emosi dan hampir
depresi. Mengikut rekod, setahun juga dia terima rawatan sebelum pulih
sepenuhnya dan dapat keputusan cemerlang dalam PMR dan juga SPM. Dia belajar di
UiTM dalam bidang bisnes dan juga lulus cemerlang. Hari kejadian tu, adalah
hari konvokesyen dia, bos,” cerita Muiz tenang.
Hati
Thaqeef bagai dihimpit dengan bongkah batu mendengarkan cerita daripada Muiz. Pandangan
rendah menatap meja yang berselerak dengan dokumen. Tapi, jiwanya tidak di
situ.
“Ayah
dia ada sebuah restoran, bos. Dalam perancangan untuk buka lokasi yang kedua. Tapi,
saya baru dapat maklumat, rakan kongsi untuk pembukaan cawangan baru tu,
membatalkan kontrak kerana tak percaya pada kemampuan Cik Erdeena. Malah, dia
sedang hadapi masalah hutang yang banyak dan rumahnya juga telah dipajak bagi
pembukaan cawangan kedua. Duit insurans yang dia dapat pun, dia dah habiskan
untuk selesaikan sebahagian hutang kepada bank, membayar gaji pekerja dan
lain-lain yang berkaitan. Selain tu, tuntutan ganti rugi untuk pembukaan
restoran kedua tu akan dibuat secara rasmi dalam masa dua minggu jika dia tak
dapat bayar balik. Ini…”
Muiz
letakkan notis daripada bank itu di hadapan Thaqeef.
“Dalam
tempoh empat bulan kalau dia masih tak lunaskan semua, rumah tu akan jadi milik
bank dan saya takut, restoran sedia ada ni juga akan bankrap, bos,” tambah Muiz
lagi.
Seperti
tadi, Thaqeef masih lagi diam. Tak memberi reaksi namun matanya tunak membaca
setiap baris ayat dalam notis tuntutan rumah itu. Bermakna, Erdeena akan
kehilangan tempat berteduh dan juga restoran yang selama ini menjadi punca
rezeki keluarga mereka. Boleh jadi juga peninggalan terakhir si ayah.
“Apa
perlu kita buat ni, Iz?” Thaqeef meraup wajah. Gelisah. Tak lapang dadanya
sejak mengenali gadis itu.
“Maaf,
bos,” balas Muiz, berasa kecewa pada diri sendiri kerana di saat genting
begini, dia tak mampu memberikan buah fikiran kepada majikannya.
Suasana
bilik kembali hening. Yang memecahkan sepi hanyalah bunyi ketukan jari Thaqeef
di atas meja.
“Aku
nak kau tolong aku buat sesuatu.” Thaqeef tiba-tiba bersuara.
Muiz
terkebil-kebil tapi dia angguk juga. Sedangkan Thaqeef boleh saja mengarahkan,
tapi mendengarkan lelaki ini menyebut perkataan tolong, mustahil untuk dia
menolak. Telah dia katakan… apa saja. Kesetiaannya adalah pada Thaqeef.
“Kau
pergi jumpa dia. Propose pada dia tentang pelan bisnes
kita untuk cawangan kedua tu. Beritahu dia, kita akan bayar ganti rugi untuk
pihak ketiga dan kita akan ambil-alih cawangan yang itu.”
“Kira
kita nak buat francais dia ke macam mana tu, bos?” Muiz garu kepala. Biarpun
dia hanyalah seorang setiausaha, tapi sejak dua tahun ini banyak yang dia
belajar tentang pemasaran.
“Lebih
kurang.”
“Atas
nama?” Muiz sekadar menyoal biarpun dia sepertinya sudah tahu akan jawapan pada
persoalannya.
Thaqeef
tidak bersuara. Sebaliknya, hanya menjongketkan sebelah kening lebatnya pada
Muiz. Anak muda itu tepuk dahi.
“Besar
modal tu, bos.”
“Atas
nama kau. Tapi modal, aku akan keluarkan semua.”
“Tapi,
kalau dia tanya kenapa kita berminat dengan restoran dia?”
“Sebab
kita tahu kredibiliti dan kemampuan asal restoran tu. Mungkin hanya perlu
sedikit pembaharuan dari segi suasana atau menu. Satu kau kena ingat, dia bijak
dan kita kena jadi lebih bijak daripada dia.”
Muiz
menceberkan bibir. Senyum tipis dan mengangguk kepala. Benar kata Thaqeef. Biar
sebijak mana pun yang lain, mereka perlu menjadi lebih bijak.
“Satu
lagi, masukkan syarat untuk dia guna semua bahan mentah daripada kita dan kita
akan hantar seorang pekerja mahir untuk dia. Kira win-win
situation.”
“Pekerja
mahir tu, seorang aje ke?” Jari telunjuk Muiz tegak.
Thaqeef
angguk.
“Siapa…”
Kali ini Muiz tidak dapat habiskan sepatah soalan itu kerana dia juga sudah
tahu jawapan itu. Fuh! Permainan apa yang Thaqeef sedang bermain, dia juga tak
tahu.
“Kalau
Datuk tahu?”
“Hal
ni, rahsia kau dengan aku aje. Cuma kau kena pastikan semua dokumentasi sah. Anggap
ajelah, aku buka restoran pertama aku seperti yang dah aku rancang selama ni. Jujurnya…”
Thaqeef ketap bibir. Dia bangkit dan berjalan ke dinding kaca.
Memandang
puncak bangunan Merdeka 118 yang sudah hampir siap sepenuhnya. Bangunan yang
akan menjadi ikonik bagi negara dan merupakan yang kedua tertinggi di dunia. Sesuatu
yang sangat membanggakan.
“Aku
tak tahu lagi macam mana cara untuk aku tebus silap kami padanya. Mungkin…” Dia
hentikan suara dan menoleh separuh pada Muiz. Lantas, mengoyak senyum.
“…ini
permulaan,” sambungnya perlahan.
Dia
tahu, jika dia tawarkan duit bagi membantu Erdeena melunaskan hutang, gadis itu
tak akan terima. Ini sahaja cara yang dapat dia fikir dalam masa terdekat demi
menyelamatkan rumah dan restoran itu kerana dia tahu, semua itu begitu bermakna
pada gadis itu.
“Saya
faham, bos.” Muiz tidak dapat tidak, melorekkan senyuman tipis. Jika ini
kemahuan Thaqeef, dia tak nampak apa-apa yang salah.
“Tapi…”
Muiz
hentikan suara. Membawa Thaqeef menoleh memandangnya.
Melihat
wajah Muiz yang sedikit berkerut, timbul persoalan baru. Lelaki itu nampak
teragak-agak.
“Ada
yang tak kena?”
“Sebelum
ni, syarikat ada beli beberapa buah bangunan bank lelong dan ada terus daripada
pemilik sendiri. Ada satu wisma ni terletak di salah satu kawasan segi tiga
emas Lembah Klang dan sangat strategik. Bangunan 2 tingkat dengan 10 lot kedai.
9 lot telah berjaya dibeli dan ada tu dalam proses tukar hak milik. Tapi, satu
ni, pemiliknya tak nak jual dan tak pernah pertimbangkan. Hari ni, saya dapat
tahu lot kedai tu adalah di atas nama Erwan bin Emran yang kini menjadi hak
milik Erdeena binti Erwan,” cerita Muiz.
“Ini
dokumennya, bos.” Dia tahu tentang pembelian bangunan itu namun tidak sangka,
salah seorang pemiliknya adalah arwah ayah Erdeena.
Thaqeef
membaca setiap perjanjian dan syarat jual-beli. Mengikut perjanjian ini,
pemiliknya tidaklah rugi. Harga yang ditawarkan lebih tinggi daripada harga
semasa.
“Apa
kita nak buat, bos?”
“Lot
lain dah selesai?”
“Ya,
bos. Selesai. Yang satu ni, kita masih cuba untuk dapatkan. Tapi, mungkin lepas
apa yang jadi, Datuk lupa tentang ni.”
“Kalau
gitu, biarkan ajelah. Apa-apa hal nanti, biar aku bincang dengan abah. Dalam
keadaan sekarang, kita tak boleh nak tekan pemilik. Tapi, kau rasa dia tahu
syarikat nak beli lot kedai tu?”
“Saya
rasa dia tak tahu sebab masa tu dia sibuk belajar,” jawab Muiz.
“Pastikan
dia dan semua orang tak tahu.”
“Saya
faham, bos.” Muiz tunduk sedikit, akur dengan permintaan majikannya.
Thaqeef
duduk. Memicit batang hidung di antara kedua belah matanya. Kisah antara mereka
sepertinya telah terkait daripada awal. Sayang, yang dikait itu tersimpul dan
makin terbelit.
Namun, ini adalah caranya. Pertolongan yang
dia yakin begitu tulus demi mendekati gadis malang itu. Tapi, mana mungkin dia
berani untuk berterus-terang lantas menawarkan pertolongan. Dia tahu, gadis itu
tak akan terima semua itu. Kerana itu, dia mencipta satu penipuan. Atau
kejamkah andai dikatakan ini adalah satu penipuan yang jujur?
...BERSAMBUNG
PRA-PESANAN DIBUKA SEKARANG. DAPATKAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN STOK
No comments:
Post a Comment