Friday, March 04, 2022

SUMPAH Prolog

SUASANA sekelilingnya cukup tenang. Tiada sebarang bunyi melainkan helaan nafas halusnya sahaja. Sepertinya dia sedang berada di dunia lain. Yang begitu asing.

Mata memicing. Mencampakkan pandangan di kejauhan tatkala dia ternampak bayangan. Kakinya melangkah, cuba mendekati. Akhirnya, dia senyum. Wajah yang terbias pada pandangan mata, cukup tenang. Senyuman yang koyak pada bibir lelaki itu cukup lebar. Begitu manis.

Jika dikata hempedu itu pahit, lelaki inilah madunya.

Andai dikata sakit itu perit, lelaki inilah penawarnya.

“Ayah minta maaf pada Deen.”

“Kenapa?” soalnya sambil memaut tangan ayah dan menggenggamnya erat.

“Sebab ayah kena tinggalkan Deen sendiri.”

“Eh, mana boleh. Ayah dah janji untuk ada dengan Deen selamanya, kan?” balasnya bersama senyuman tipis.

“Ini ketentuan untuk ayah. Untuk Deen…”

“Deen tak faham…” Garis senyum Deen terputus. Apa maksud ayah? Dadanya berdebar kencang. Nafasnya mula tercungap.

Tapi, ayah masih senyum. Mengusap kepala dan mengucup dahinya. Saat ini, dapat dia rasa ada titisan suam jatuh ke dahinya.

“Deen akan faham. Ayah minta maaf, ya?”

Deen pejamkan mata rapat. Cuba menahan air mata daripada gugur. Sebaik saja dia buka mata, genggaman tangan mereka terlerai. Ayah pergi dan kian menjauh.

Dia pula… kaku, terpaku dan lemah di situ. Tidak mengejar jauh sekali untuk merayu untuk ayah menanti.

“Ayah minta maaf…”

“Minta maaf…”

“Ampunkan saya…”

“Saya akan temankan awak selamanya…”

Suara ayah yang lembut, bertukar parau. Dia tahu, itu bukan lagi suara ayah. Tapi… milik siapakah? Yang dia tahu, suara itu mampu memujuk hatinya yang resah.


...bersambung 


Pre order dibuka.  Pesan sekarang sebelum kehabisan stok. 





No comments:

Post a Comment