SEGALA urusan telah selesai dengan mudah. Pak Omar mengesat birai mata. Kehilangan sahabat sebaik Erwan bukan sesuatu yang mudah. Seseorang yang telah dia anggap sebagai adik sendiri.
Dan,
jika baginya sudah cukup susah, bagaimana pula dengan Deen? Entah bagaimana
anak gadis itu mahu hadapi kenyataan? Segalanya berubah dalam sekelip mata.
Dia
pandang Ram yang begitu sugul. Ibu tunggal itu penuh semangat merancang majlis
untuk meraikan hari bahagia Deen tapi berita yang dibawa angin rakus pada saat
itu adalah berita duka. Pinggan yang ada di tangan, jatuh ke lantai. Berderai.
Pak Omar senyum tawar. Simpatinya jatuh melimpah. Mencari buah fikiran bagaimana hendak berdepan dengan Deen, membawa bersama berita duka itu. Dia tak tahu, apakah Deen telah tahu atau tidak. Dia masih tidak dibenarkan menziarahi secara dekat kerana Deen belum sedarkan diri.
Saat
ini, serba-serbi tak kena. Malah, dia sendiri masih terkejut dengan apa yang
terjadi. Menerima berita ngeri itu sudah cukup buat dia terduduk. Apatah lagi
melihat keadaan Deen, jiwa tuanya tak kuat.
Dia
telah menjadi saksi bagaimana Deen melalui saat-saat sukar semasa berusia dua
belas tahun. Dia menjadi saksi bagaimana Deen menewaskan tekanan itu dengan
semangat yang patah-riuk. Bergantung harap pada seorang ayah. Yang menjadi
tunjang kekuatan malah satu-satunya yang Deen ada dalam dunia ini.
Bagaimana
jika Deen kembali patah? Dunia yang pernah ditutup itu, dibuka dengan susah
payah. Bagaimana jika Deen kembali menutup semua pintu itu? Dia bimbang, kali
ini tiada siapa yang mampu membukanya lagi.
Hari
yang sepatutnya dirai, menjadi hari yang ditangisi. Air mata Pak Omar jatuh
setitis. Pantas diseka.
“Anak-anak
tak sekolah ke hari ni, Ram?” soal Pak Omar mencipta bicara.
“Pergi
aje,” jawab Kak Ram, sebak. Dia cengkam kemas jag kaca yang ada di tangan. Menahan
perasaan. Menoleh pada Pak Omar.
“Deen
belum sedar?” soalnya.
Pak
Omar gelengkan kepala. Dah beberapa kali dia ke hospital tapi tak dibenarkan menziarahi
Deen. Bagai ada yang menahan. Dia hanya diberitahu Deen telah lepasi zon
bahaya. Hanya masih belum sedarkan diri.
“Semalam
pergi pun, tak dapat jenguk. Dia masih tak sedar. Kejap lagi aku nak pergi,”
jawab Pak Omar, lemah.
Bicara
kedua-dua mereka terhenti bila tetamu yang turut sama membantu urusan pengebumian
mendekati dan menghulurkan tangan.
“Terima
kasih semua,” ucap Pak Omar.
Setelah
semua orang berlalu, hanya tinggal Pak Omar dan Kak Ram. Berat hati untuk
meninggalkan pusara yang masih merah.
“Macam
mana dengan Deen?” soal Kak Ram dengan sebak. Air matanya mengalir laju. Tak
dapat lagi ditahan.
“Nak
tak nak, kena beritahu. Cumanya itulah… kau bukan tak tahu sejarah lalu dia. Yang
dah tak ada tu, biarlah. Tiada apa kita nak risaukan. Urusan dia di dunia dah
selesai. Tapi, untuk yang masih hidup ni… ini yang aku risaukan sangat, Ram.”
Kak
Ram juga memahami. Andai dia di tempat Deen, belum tentu dia kuat untuk hadapi
kenyataan ini.
“Saya
harap Deen kuat untuk bangkit semula,” ujar Kak Ram.
“Hurm…
aku pun harapkan yang sama.”
“Tapi,
keluarga orang tu ada jumpa Deen tak?”
“Katanya
ada. Keluarga lelaki tu yang uruskan semua. Urusan hari ni pun, diorang yang selesaikan.”
“Pak
Omar ada jumpa budak tu ke?”
Pak
Omar menggeleng. Sepertinya, mereka mahu menyorok daripada kenyataan. Hanya
dihantar wakil. Ada masa, dia pertikaikan keikhlasan yang dicanang. Jika benar,
kenapa mesti wajah yang menyebabkan semua ini terjadi tidak pernah timbul?
“Semua
ni tak akan mampu ganti balik apa yang dah jadi!” getus Kak Ram dengan suara
kebencian yang tak ditahan.
Sudahlah
langsung tidak tunjukkan wajah. Sekadar memberi duit. Duit tak akan mampu
mengubati hati yang lara! Paling tidak, hadir menuntut sebuah kemaafan. Boleh
jadi, hati Deen akan sedikit damai.
“Ya,
betul tu, Ram. Semua tu tak akan dapat kembalikan semua seperti sedia kala. Dalam
keadaan sekarang, paling tidak… urusan ni tak membebankan kita dan juga Deen. Lagipun,
aku ada jumpa ayahnya. Nampak baik. Tak putus minta maaf walaupun aku cakap,
bukan pada aku dia nak minta maaf. Anehnya, anak dia tak muncul pula.” Pak Omar
ketawa janggal.
“Memang
dah jelas, dia nak selamatkan anak dia. Kita kena pastikan yang dia tak
terlepas daripada undang-undang!” Kak Ram terus menzahirkan rasa marah.
“Undang-undang
bukan di tangan kita, Ram. Kita tunggu ajelah Deen sedar. Apa saja keputusan
dia, kita sokong. Kita terkesan, dia paling menderita. Tapi, itulah. Aku pun
rasa kecewa bila dengar khabar kes ni macam tergantung.”
“Kenapa
pula?” soal Kak Ram, terkejut.
“Sebab
dia banyak duit? Beli undang-undang?” sambungnya lagi, membuat andaian sendiri
yang dia yakin, ada asasnya.
“Aku
tak tahulah sejauh mana semua tu, Ram. Tapi, aku masih yakin dengan
undang-undang negara kita,” balas Pak Omar pula. Cuba menenangkan Ram dan juga
hati sendiri yang penuh dengan hasutan jahat.
“Apa
pun, kita tunggu Deen sedar. Untuk heret pesalah ke muka pengadilan penting,
tapi untuk pujuk Deen terima semua ketetapan, ini juga sangat penting,” ujar
Pak Omar, lembut.
Dia
tahu, Ram marah. Dia juga sama. Tapi, apalah daya mereka jika benar keluarga
itu telah membeli undang-undang.
“Aku
nak terus pergi hospital ni. Aku rasa, kita buka restoran macam biasa walaupun
Deen belum sedar. Nak tak nak, bisnes kena teruskan. Apa pendapat kau, Ram?”
“Saya
ikut aje yang mana Pak Omar rasa baik.”
“Hurm…
kalau macam tu, aku pergi hospital dulu. Kau baliklah. Dah sampai masa
anak-anak kau balik sekolah ni. Dua tiga hari ni, rehatlah. Dah sedia semua
nanti, aku bagi tahulah bila nak buka balik. Kau bolehlah luang masa dengan
anak-anak lebih sikit,” pujuk Pak Omar dalam senyuman mesra.
“Yalah.
Kalau Deen sedar, Pak Omar bagi tahu saya, ya?”
“Iyalah.”
Pak Omar melangkah berlalu ke kereta miliknya. Berlalu dari kawasan perkuburan
dengan hati yang sayu dan kerlingan tajam pada sebuah kereta yang sejak awal
tadi, tetap di situ.
Hati
tuanya yakin, ada sepasang mata yang memerhati. Tapi, niatnya tidak dapat nak
diagak.
...BERSAMBUNG
PRA-PESANAN DIBUKA. PESAN SEKARANG SEBELUM KEHABISAN STOK.
No comments:
Post a Comment