Saturday, May 11, 2019

Sugar? 14

LAMA Nel menanti pemanggil bersuara.  Dia sengaja diam kerana dia tahu, Dian gugup.  Ini pertama kali wanita itu menghubunginya.  Inipun dia yang paksa Dian simpan nombor telefonnya.  Untuk kegunaan kecemasan. 
“Ini saya…”  Perlahan, dia mengakui.

“Saya tahu.  Tapi, saya yakin saya cakap dekat awak, telefon saya untuk waktu kecemasan.  Sekarang ni, apa kecemasan awak?”  Seperti biasa, Nel mana boleh tak menyakat. 
“Awak betul-betul maksudkan macam tu ke?”
“Ya, dah masa tu awak tak nak walaupun saya bersungguh nak bagi…”  Suaranya persis merajuk. 
“Saya minta maaf…”
“Hrm… kalau nak saya maafkan, boleh saya tahu awak save nama saya apa dalam handphone awak?” 
“Eh, penting ke?”  Pelik pulak dengan syarat Nel.
“Penting untuk saya…”
“Hrmm… Nel?”  beritahu Dian.
“Kenapa?  Tak okey?”  Risau pulak Dian. 
“For now, that’s more than enough.  Esok-esok, saya demand lebih lagi…” 
Barulah Dian mengerti.  Dia mencebek lebar bila baru sedar, Nel sedang kenakan dia. 
“Awak ni, suka sakat saya…” 
Nel ketawa.  “Tapi, betul ni.  Awak ada kecemasan ke apa?  Tersadai dekat mana-mana ke?  Saya pergi jemput naik LRT, boleh?”
“Memang kecemasan.  Kecemasan saya tu, sebab teringat dekat awak sangat.  Otak saya rasa jammed dah.   Call awak atas sebab tu, kira kecemasan tak?” 
Tidak dapat nak sembunyikan hati yang berbunga, Nel ketap bibir.  Dia berdeham lama dan begitu kasar. 
“Itu jangan kata kecemasan.  Itu priority.  Boleh bahayakan jantung dan hati awak kalau awak abaikan,” jawabnya.
Dian tekup mulut.  Menahan tawa. 
“Hari ni kerja petang ke?”  Kalau bermadah dengan Nel, sampai ke esok tak menang.  Lelaki ni terlalu panjang akal.  Buat dia tertanya, Nel belajar sastera Melayu ke dulu? 
“Ya.  Semalam dah cakap, kan?”  Tangan menggantung jean yang kedua. 
“Err… boleh saya pergi kafe?” 
“Hai, sejak bila kena mintak kebenaran saya ni, Cik El?”  Bukan dia nak menyindir, tapi pelik betul.  Selama ni okey aje muncul. 
Mendengarkan soalan Nel, Dian dah merah muka.  Aduhai… dia nak cakap lain sebenarnya.  Tersalah soal.
“Maksud saya, boleh jumpa awak kejap lepas habis kerja.  Sambil saya pergi minum macam biasa…”  Fuh… sempat dia betulkan pernyataan. 
Tapi, Nel dah ketawa.  Biarpun kecil tapi tajam menusuk pendengaran Dian.
“Awak gelak, Encik Nel…”
“Sajalah.  Kelakar.  Tapi, datanglah.  Tak ada sebab saya nak halang.  Itu kan tempat umum.  Lainlah kalau awak datang semata nak jumpa saya.  Yang tu kena buat appointment dulu.  Risau clash jadual,”  usik Nel.
Dian ketap bibir menahan sengih.  Buatnya staff nampak dia dalam bilik kaca ni sedang tersengih, mesti orang ingat dia gila.  Mana dia pernah sengih lebar sangat sejak kerja dekat pejabat Nik Consultant ni. 
“Saya datang nak minum kopi awak bancuh aje.  Lepas tu, saya baliklah.  Kena buat appointment jugak ke?” 
“Itu aje.  Tak ada niat lain eh…”  Nel capai telefon dan berjalan ke luar.  Nak jemur kain. 
“Ya, itu aje.”
“Kalau itu aje, walk-in boleh.  Tapi, untuk awak… jadual saya sentiasa kosong.  Macam hati saya sebelum ni.  Kosong aje.  Tiba-tiba penuh.”  Sekali lagi gelak Nel lepas. 
“Hati awak penuh dengan apa?” 
“Perlu ke saya jawab?” 
Talian sepi seketika.  Nel tak bersuara.  Hanya menanti Dian meneruskan kata.  Ataui boleh jadi soalan bagi membalas soalannya.  Tak nak kalah! 
“Saya harap hati awak tak pecah…”
“Kenapa nak pecah?” 
“Sebab saya besar…”  Dian ketawa. 
Nel sengih sumbing.  Terkena pulak dia.  Tapi, dia mana boleh bagi Dian menang.  Rugilah. 
“Tak apa.  Sebab awak, hati saya jadi flexible.  Mudah lentur.  Kalau kata awak besar, hati saya mengembang.  Kalau kata awak mengecil, hati saya mengecut.  Sama juga bila awak sedih, hati saya menangis dan sekarang, hati saya bahagia bila dengar awak ketawa…”  balas Nel. 
Tawa yang menyapa pendengarannya seketika tadi, begitu berharga.  Seperti tak sangka, wanita yang selama ini muram  dan kelat air wajahnya pandai ketawa dan tawa itu kedengaran begitu merdu. 
Seperti yang Dian kata… dia dapat rasa ikhlasnya tawa itu.  Kerana dia! 
Dian mati kata.  Sekujur tubuhnya tak bergerak.  Bait bicara Nel telah melumpuhkan sistem pergerakannya sekarang. 
“Awak ada dekat mana ni, Cik El?”  soal Nel tiba-tiba. 
“Err… ofis.  Yang awak ni, buat apa pagi ni tak kerja?”  Barulah Dian mampu hela nafas.  Tadi, nafasnya seperti terhenti buat seketika. 
Gila! 
Dian senyum dan pen di tangan dibawa bergerak mengikut tarian yang dia sendiri tak tahu.  Cuba melegakan rasa canggung. 
“Hey, siapa cakap tak kerja?  Tak kerja dekat tempat kerja, kerja dekat rumah.  Sama aje.  Saya tengah jemur kain…”
“Ya ke?”  Pen di tangan berhenti menari.  Terkejut dengan jawapan Nel.
“Apa pulak tak betul?  Saya tinggal sendiri.  Tiada beradik atau berabang.  Tiada juga ibu dan ayah tinggal di sini.  Berdikari.  Kenapa?  Mesti awak ingat saya hantar dobi, kan?” 
Dian ketawa kecil.  “Manalah tahu… kalau dah dok sorang…”  Dia tahu Nel tinggal sendiri tapi tak tahulah masih ada keluarga atau sebatang kara.  Takut nak tanya peribadi orang. 
“Eh, rugilah kalau hantar dobi.  Gaji tak cukup.  Lagipun, boleh anggap senaman.  Nak bagi tough badan.  Nak pergi gym tak mampu.  Bersenam dengan kain ajelah,” ujar Nel perlahan. 
Panas hari ni.  Harap panas sampai ke petang.  Dia jemur jeans dia bawah mentari ni.  Buatnya hujan petang karang, kena basuh lagi sekali. 
Rajinnya la hai, Nel ni.  Dia pun mama yang tolong basuh kalau hari kerja.  Tak pun pembantu rumah.  Dia tak suruh tapi mama yang nak buat.  Cumanya, dia seperti orang mengantuk disorong bantallah.  Tambah pulak, setiap hari balik kerja penat sangat.  Hari minggu pun kadang-kadang di pejabat.  Nak urus diri pun tak sempat.  Ini mama cerita suruh jadi isteri. 
“Eh, awak tinggal dekat mana ya, Encik Nel?” 
“Kenapa?  Nak datang pinang saya ke?” 
“Eh, why not kalau awak nak…”  balas Dian selamba.
Nel ketawa.  “Jangan main-mainkan perasaan anak teruna orang, Cik El.  Saya gantung harapan dekat pokok kelapa karang…”
“Hey, kenapa mesti nak gantung dekat pokok kelapa?  Gantung ajelah dekat ampaian.  Jangan lupa sepit nanti terbang dek angin pulak..”  Dian tekup mulut melarang tawa terhambur bila sekali lagi dapat kenakan Nel. 
“Oh awak main-mainkan saya, ya?” 
Ketawa Dian menusuk dalam telinga akhirnya.  Nel senyum sendiri.  Kain terakhir siap dijemur.  Apalah yang buat gadis ni gembira sangat lepas pertemuan mereka semalam?  Tak kan dah berbaik dengan Haikal?  Atau dah berbaik dengan ayahnya?
Kalau berbaik dengan ayahnya, okeylah.  Kalau berbaik dengan Haikal, masuk angin keluar asaplah nampaknya. 
“Balik semalam, ayah awak okey?”  Soalan itu mungkin peribadi tapi dia tak boleh lepas tangan bila Dian keluar dengan dia semalam.  Sikit sebanyak kalau Dian kena marah, dia perlu bertanggungjawab.    
“Ayah saya ada dinner dengan ayah Haikal.  Saya balik tu, mama aje ada dekat rumah…” 
“Jadinya, tak kena marahlah, ya?” 
Dian geleng walaupun dia tahu Nel tak nampak. 
“Oh, kalau awak nak datang hari ni, datanglah.  Saya mungkin sibuk sebab ada kawan nak datang jugak karang…” 
“Kalau gitu, saya datang malamlah.  Awak habis jam sepuluh, kan?” 
“Jangan!”  Keras Nel bantah.
Dian kerut kening.  Aik… marah? 
“Tak elok selalu sangat keluar malam .  Dengan lelaki pulak tu.  Lagipun, saya risau awak balik sorang.  Lepas tu nak hadap keluarga awak lagi.  Tapi, boleh saya tanya kenapa awak nak jumpa saya petang ni?”  Dia tahu ada sesuatu yang Dian nak katakan. 
Dia dapat rasa.  Kalau setakat nak datang minum, mesti Dian datang macam tu aje.  Ini siap minta izin segala. 
“Mama awak marah ke awak balik lambat semalam?  Keluar dengan saya?” 
“Tak.  Tapi, mama ada pesan sesuatu dekat awak…” 
“Apa?”  Dada Nel rasa berdebar.  Janganlah dia dituduh pengaruhi Dian dengan perkara tak elok. 
“Cik El?”  seru Nel bila Dian menyepi. 
“Awakkkk,” panggil Nel lagi. 
Dian senyum.  Entah kenapa, dia suka bila Nel merengek nama dia begitu. 
“Tekalah.  Awak kan suka teka dan setiap kalinya tepat…”
“Otak saya tepu tiba-tiba.  Jangan cakap awak betul nak datang pinang saya?”  Sempat lagi dia bergurau. 
Haish… bukanlah.  Tapi…”  Dian jeda lama. 
“…the other way round,” tambah dia akhirnya.

Nel tayang gigi putihnya.  

No comments:

Post a Comment