DIA dah dapat
agak. Ini yang menanti dia di
rumah. Bukan seharian dia ada dekat Café
Roma. Bukan puluh empat jam dia berborak
dengan Nel. Nel ada di depan dia hanya
untuk sepuluh minit sebelum lelaki itu perlu beralih tempat di belakang
kaunter. Hanya sesekali, Nel temani dia
dengan senyuman. Biarpun dia kerap kali
tak membalas senyuman itu.
Sekarang, ayah
tuduh dia lain pulak.
“Cakaplah kalau
ayah tanya ni, Edian?” jerkah Esmail.
Dian angkat
wajah. Tadi, tak sempat tutup pintu,
ayah dah menyerang hendap.
“Dian memang
pergi kerja ayah. Kan dah cakap ada
design nak kena buat balik. Urgent pulak
tu. Bukan Dian pergi tempat
bukan-bukan. Pernah ke selama ni Dian
tipu ayah, pergi lepak dekat tempat bukan-bukan?” soalnya bernada lirih.
“Memang tak
pernah tapi sekarang dah reti, kan? Kan
ayah dah cakap, ayah nampak kau dekat Café tu.
Seharian kau boleh duduk sana, mengadap muka budak lelaki tu, kan?” tuduh ayah tanpa bertanya sebaris penjelasan.
Liur
ditelan. Letih dah dia. Rasa nak aje pindah rumah. Tapi, ayah dengan mama hanya ada dia. Mana boleh dia tinggalkan mereka begitu
saja. Rumah besar ini pasti akan jadi
padang jarak padang terkukur. Sekarang
pun, dah tak ubah seperti dilanggar garuda.
Hening sungguh hati dia.
“Ayah terus tuduh
Dian. Tak boleh ke ayah tanya? Apa yang ayah nampak tak sama dengan apa yang
dah jadi, yah…”
“Apa yang dah
jadi? Hah? Cuba kau terangkan. Ni ayah tanya ni.” Bulat mata Esmail. Kan dia dah tegaskan, Dian dah pandai
menjawab. Betullah. Dian dah berubah.
“Cuba bawak
bersabar, abang. Bagi Dian terangkan
dulu,” tokok Elina pula. Dia pandang
wajah mendung Dian. Risau kalau-kalau
sekali lagi penampar suaminya hinggap pada wajah Dian. Sedangkan wajah itu nampak sudah cukup
letih.
Tadi, masa
mula-mula Dian masuk ke rumah, wajah itu nampak sedikit manis biarpun tak
ketara sangat. Tapi sekarang, makin
kelat daripada sebelumnya.
“Kerja
Dian dah siap?” tanya mama perlahan.
Dian
geleng. “Ada lagi suku nak kena
siapkan,” jawabnya. Tahu, mama nak ubah
aura kemarahan ayah. Tapi, manalah ayah
ni reti nak sejuk.
“Ayah… Dian memang
pergi ofis pagi tadi. Dian pergi café tu
pun dah petang. Dian lapar dah masa
tu. Itu yang pergi situ. Duduk sekejap aje. Dia duduk depan Dian tak sampai sepuluh minit
pun dan dah masa tu ayah ternampak kami.
Bukannya Dian daripada pagi dengan dia.
Dian ada kerja. Dia pun ada
kerja. Tak ada masa nak temankan Dian
ni. Lagipun Dian bukan sesiapa pada dia
untuk dia prihatin macam yang ayah sangka tu.”
“Wah wah… awak
dengar tu Elina.” Esmail dah cekak
pinggang.
“Nampak tak
macam mana dia bela budak lelaki tu. Tak
pernah-pernah dia bela Haikal tu, alih-alih sekarang dia back-up budak tu!” Marah
sungguh dah dia ni.
“Kalau kata kau
tu tak penting pada dia, tak kanlah dia boleh bagi kek dekat kau? Maknanya kau dengan dia ada hubungan istimewalah
tu…”
Kali ini, dahi
Edian berkerut. Kenyataannya, memang Nel
beri kek tu pada dia. Hadiah
katanya. Dia pun tak tahu kenapa tapi
boleh jadi airwajahnya begitu pahit dan kelat hinggakan Nel mahu memberi
sedikit kemanisan. Entahlah.
Kali ini, dia perlu
akui… dia telah melakukan silap besar kerana melibatkan Nel padahal mereka baru
aje kenal.
“Itu kek
Dian. Dian rasa nak makan tapi Dian tak
makan. Dia cuma tolong bungkuskan untuk
Dian sebab kek tu tak berusik. Dia rasa
membazir. Sebab itu aje, ayah…” Separuhnya hakikat dan sebahagian lagi adalah
penipuan.
Boleh jadi,
benar kata ayah. Dia telah berubah! Perubahan yang dia sendiri tak sedar.
“Kau tak payah
nak tipu aku, Edian. Aku ada mata. Aku nampak.
Kalau kata Haikal cerita, mungkin aku tak terima bulat-bulat tapi memang
aku tengok dengan mata kepala aku sendiri.
Kau ni memang jatuh cinta tergolek ke dekat budak tu, kan Edian?”
Tuhan… Dian raup
wajah menerima soalan ayah. Lain yang
dia maksudkan, lain pulak yang ayah faham.
Jauh sungguh ayah tafsir apa yang dia katakan tadi. Kalaulah ayah tahu dia baru tahu kewujudan
lelaki bernama Nel itu minggu lepas, mesti lagi dalam ayah tanam syak wasangka.
“Dian memang tak
tahu lagi nak terangkan macam mana dekat ayah.
Ikut suka ayahlah nak fikir apa. Dian
naik dulu…” Tubuh diangkat. Pegangan mama direnggangkan. Daripada menanti dan menjadi sasaran penampar
ayah lagi, lebih baik dia berundur.
Langkah
diatur. Lemah. Senyum yang dia ukir pada Nel tadi, entahkan
tulus atau tidak. Apa yang pasti,
hatinya terasa sedikit lapang bila lelaki itu ada depan mata biarpun dia jarang
meluahkan bicara.
“Edian!”
larang Esmail.
Dian tercegat
kaku. Tak jadi melangkah. Tapi langsung tak menoleh.
“Kau memang
cinta budak tu, kan? Sebab tu kau sanggup
putuskan pertunangan kau dengan Haikal?
Melawan cakap kami? Kan?” Suaranya makin berdentum.
Dian
senyum. Senyum kerana teringat akan
kata-kata Nel. Soalan lelaki itu dan
jawapan bisunya.
“Nantilah Dian
ajak dia datang. Kenalkan dia secara
rasmi dengan ayah dan mama. Kalau mama
dan ayah nak Dian kahwin, dialah lelakinya.
Kalau tak, Dian tetap akan kawan dengan dia…” Senyuman tawar diukir.
Kata-kata itu
dia tahu, telah menyelar ayah dan mama.
Tapi, andai itu boleh diamkan semua orang daripada kisah antara dia dan
Haikal yang tak mampu dia luahkan sebabnya, dia rela.
Biarpun sekali
lagi dia melakukan kesilapan kerana melibatkan Nel dalam masalahnya.
No comments:
Post a Comment