Saturday, May 11, 2019

Sugar? 8

NEL tenang menapak setelah turun daripada monorel.  Dan, bila dia tiba di kafe, wajah itu sedang tersenyum pada dia.  Aneh ni.  Kenapa Dian ada hari ni?  Tak kerja ke?  Senyuman dia makin lebar sebaik saja wajah itu kian jelas.  Tapi, bila berdepan dengan Dian, biarpun bibir itu berukir senyum tapi mata itu begitu malap.  Lagi malap daripada sebelum ini.

“Dah minum?”  soal Nel bila melihat meja Dian kosong.
“Barista baru sampai.  Macam mana nak minum?” selorohnya. 
Nel pandang jam.  Dia awal ni dua puluh minit.  Bila dia pandang kaunter, Adi sedang tersengih lebar.  Budak ni la hai.  Rabak mulut tu baru tahu. 
“Jom minum tempat lain…”  ajaknya.
“Awak tak kerja?” 
“Kerja tapi ada lagi dua puluh minit…”  Nel terus pusing dan berjalan perlahan.  Bila dia pusing, Dian sudah berjaya saingi dia. 
“Semalam okey ke sampai rumah?” 
“Erm… okey aje…”  Apalah jawapan yang dia mampu bagi melainkan jawapan itu.  Nanti, apa pulak Nel fikir pasal orang tua dia.  Tapi dia, dah libatkan Nel secara langsung dalam hal ini. 
“Encik Nel…” 
“Erm…” 
“Saya mintak maaf…”
Langkah kaki Nel mati.  “Sebab apa?”  Setiap ucapan maaf dah tentu bersebab. 
“Saya tak patut libatkan awak, Encik Nel…” 
Oh, pasal itu.  Nel dah dapat tangkap.  “Don’t worry, Cik El.  Kalau awak tak libatkan saya pun, saya rela terbelit.” 
Mata Dian terkebil-kebil.  Nel tak marah langsung.  Kenapalah Haikal tak seperti lelaki ini? 
“Shall we?”  Nel luruskan tangan.  Meminta Dian berjalan dulu. 
Mereka akhirnya duduk di atas sebuah bangku.  Dekat dengan Baskin and Robin. 
“Kata nak bancuhkan saya kopi?”  tanya Dian pelik bila Nel mula order aiskrim. 
“Awak selalu sangat rasa perkara pahit.  Saya nak neutralkan rasa pahit awak tu.  Moga awak boleh merasa manis biarpun untuk sedikit…”  jawab Nel sopan. 
Birai mata Dian terasa suam.  Dia faham apa yang lelaki ini maksudkan.  Dan, bila Nel menoleh, laju dia larikan pandangan.  Dikesat birai mata.  Dipaksa diri senyum. 
“Awak dah habis kerja ke, Cik El?”  tanya Nel seraya duduk.
Dia perasan Dian sedang tahan tangis.  Sebab tu dia sengaja bertanya tentang hal lain.  Dia tak nak Dian mengalirkan airmata di depan dia. 
“Saya half-day,” jawab Dian sedikit serak. 
Huluran Nel disambut sopan.  Dia suap sedikit aiskrim itu ke mulut.  Sedap memang sedap, tapi dia tak suka benda manis.  Berkali dia beritahu pada Nel, berkali juga lelaki itu bagi dia makan makanan yang manis. 
Sesekali, matanya mencuri pandang pada Nel yang duduk berjarak setengah meter di sebelah kanannya.  Lelaki yang segak berkemeja hitam dan dockers putih itu hanya memandang ke depan tanpa menjeling dia seinci pun.  Terus menyuap aiskrim ke mulut dan sesekali, bila Nel menjilat bibir sendiri, bibir dia turut melorek senyum. 
“Dah puas tenung saya?”  soal Nel.
Dian terbatuk kecil.  Dia tala pandangan ke depan.  Telinga sempat tangkap tawa halus Nel. 
“Kenapa awak half-day hari ni, Cik El?”  Seperti biasa, dia tak akan tanya soalan yang sensitif.
“Saja.  Penat… nak rehat.  Hari minggu hari tu kan saya kerja.  Siap kerja hari ni, saya minta half-day dengan bos…”
“Kalau penat, kenapa tak terus balik?” 
Wajah yang penat bertambah lelah.  Nel tak tahu.  Bila dia ada dalam rumah tu, memang tak ubah seperti perang dunia.  Bom dijatuhkan ke atasnya tanpa henti.  Nak menapak pun, dia pasti akan terpijak periuk api. 
“Saya nak minum dulu sebelum balik…”
“Lepas habis aiskrim tu, saya hantar awak ke kereta…”  ujar Nel. 
Dian ketap bibir.  Saya tak nak balik, Nel.  Saya nak lepak dengan awak.  Walaupun tiada apa yang mampu saya luahkan, tapi saya rasa lega melihat senyuman awak.  Tapi, Dian telan sendiri kata-kata itu.  Dia tak boleh nak luahkan. 
“Atau awak nak saya temankan awak sekejap sebelum awak balik?”  Nel toleh pada Dian.  Dia jongket tinggi kedua belah kening lebatnya. 
“Apa kata saya ponteng hari ni?”  usulnya. 
Dian kerutkan wajah. 
“Nanti kena buang kerja…”
“Kena buang kerja tak apa.  Jangan sampai kena buang daripada hati awak…”  Dia terus bangkit. 

Buat tak tahu sedangkan Dian sudah tak mampu berdiri.  

No comments:

Post a Comment