BAHU
Encik Bakri ditepuk. Dia tergelak tapi
tawar. Niat diutarakan. Andai benar seperti yang telah isterinya
beritahu dan jika benar dijamin bahagia buat puteri yang tercinta, Encik Luthfi
rela menyerahkannya. Jika niat Luth
berpindah itu masih ada, dia rela tapi biarlah ke teratak dan berbumbungkan
kasih sayang dua oran g
sahabat lama dia dan isteri.
"Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :.
Monday, December 30, 2013
Sunday, December 29, 2013
Cinta Yang Kucari 14
HATI
ibu mana tak risau. Ini dah masuk kali ke
berapa entah Fina nak pergi temuduga.
Tak pernah lagi dapat. Kali
terakhir dulu siap balik menyumpah seranah.
Tapi, syarikat yang sama panggil lagi dia datang temuduga.
Cinta Yang Kucari (random iii)
Payed
angguk malas. Mata dilari ke arah
lain. Tak boleh selalu approach. Nanti lari makin jauh. Biarlah dia jadi patung andai rama-rama ini
sudi hinggapi dia, setelah menganggap dia kayu mati.
Friday, December 27, 2013
Cinta Yang Kucari (random ii)
Tubuh
Luth dipapah dan diletakkan cermat di atas sofa di lobby. Nampak terlena. Berat betul tekanan yang dia bagi pada Luth.
Betullah
orang cakap, nak serang orang tak payah guna kekuatan. Guna psikologi kesan dia lagi
menakutkan. Gamaknya, itulah kot yang
terjadi pada Luth. Tak payah cabul
maruah, cabul minda aje dah boleh buat manusia tewas.
Thursday, December 26, 2013
Cinta Yang Kucari (random i)
“Kenapa?” Sepatah Luth menyoal.
Apa
salah dia pada Payed. Dia tak tahu. Dia Cuma tahu Payed adalah anak kenalan mama
dan ayah. Dia tak tahu lebih. Dia tahu Palee dan Tuan Bakri baik tapi dia
juga tak kata Payed jahat. Tapi hari ni…
Tuesday, December 10, 2013
Cinta Yang Kucari 13
RENUNGAN
pada anak di depan tak lepas. Melihatkan
Luth yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja, Encik Luthfi rasa tak sedap
hati. Cuti dua hari ni, Luth tak banyak
cakap. Mujurlah Fina tak ada dekat
rumah. Ke rumah kawan dia. Dapatlah rasa tenangnya rumah. Kalau tidak, ada saja tak puas hati dengan
Luth.
Wednesday, December 04, 2013
TIBA-TIBA, DIA ADA - RELEASED
Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.
(senyum sampai bulan)
Ta-daaa, tiba-tiba muncul cover TTDA, kan? Humko hamise curalo la kita. Maple kering like Mohabbatien gitu... Hiks... Ingatkah lagi pada kisah anak teruna Zafran, Anaresa juga anak dara Anahara dan Mukhlis - iaitu Zakhri Adha a.k.a Ayie dan Aryana a.k.a Arya? Mohon ingat. Ini cover dia. Alhamdulillah. Terbitan Penulisan2u setelah Usop & Lit. Setahun lebih berlalu (under Karyaseni dikira publisher lain tau).
Tuesday, December 03, 2013
Cinta Yang Kucari 12
MACAM
kenal ajelah yang baru masuk tu. Mata
Puan Huda terus mengamati wajah yang ada di depan Payed. Wajah yang jelas terperanjat dengan
kemunculan anak bujangnya itu. Rasanya
telahan dia tepat. Langkah Puan Huda
maju lagi. Kali ini tepat berdiri di
hadapan gadis manis tersebut.
Friday, November 29, 2013
Cinta Yang Kucari 11
BADAN
panas meruap-ruap. Kepala rasa nak
pecah. Tambah lagi sakit dengan jeritan
Fina. Luth capai bantal dan tekup
muka. Tak tahan dia. Sekali lagi Fina jerit, lebur gegendang
telinga. Sungguh. Apa lagi yang tak puas hati, tak
tahulah. Semua yang dia suka, Fina dah
dapat. Apa lagi yang tinggal. Baju dia semua dah lusuh. Pantang mama beli, Fina sebat. Melainkan baju tu ayah yang hadiahkan,
barulah Fina tak berani sentuh.
Thursday, November 28, 2013
Cinta Yang Kucari 10
GELAPNYA! Macam malam!
Payed garu kepala yang tak gatal.
Matanya meliar mencari kelibat Luth tapi masih tak jumpa. Cepat sungguh dia gerak. Kakinya maju lagi ke depan dan berdiri di
depan lobby bangunan.
Tuesday, November 26, 2013
Cinta Yang Kucari 9
TAKBIR
diangkat tenang. Hati memuji kebesaran
Ilahi. Bibir bergerak tapi tiada patah
kata yang terzahir. Luth kusyuk
bertemujanji dengan Pencipta. Reda dan
tekun mengerjakan apa yang disuruh.
Saturday, November 23, 2013
Cinta Yang Kucari 8
TUBUH
Payed hampir terkulai di depan pintu bilik Luth. Kalau tak diingatkan di mana dia berada, mahu
aje dia tendang pintu ni. Biar
pecah. Senang dia nak keluar masuk. Tak ada apa yang mampu menghalang. Biar lepas bekam yang menggit hati bagai
menghisap darah tak ubah macam puntianak yang kebuluran.
Cinta Yang Kucari 7
MATA
Encik Luthfi jatuh merenung mata bundar anak bongsunya yang nampak
berkaca-kaca. Bila jatuh ke dada Luth,
nampak berat pulak helaan nafasnya.
Surat khabar dilipat kemas.
Kakinya menapak mendekati Luth yang sedang duduk di kerusi besi berwarna
putih itu di depan pintu gelangsar yang ternganga lebar. Dekat dengan ruang tamu.
Friday, November 22, 2013
Cinta Yang Kucari 6
MELIHATKAN
Luth makan, Payed tak ada selera pulak.
Bukan tak cukup cantik tapi rasa bersalah tentang hal tadi. Balik nanti, satu hal kena terangkan dekat
mummy dan abah. Lepas tu nak pergi
bersihkan tanggapan hitam Palee pada Luth.
Thursday, November 21, 2013
Cinta Yang Kucari 5
MELIHATKAN
raut wajah yang tenang di depan dia sekarang buat Payed rasa tak senang duduk.
Kata-kata Palee berlegar dalam kepala.
Cantik sangat agaknya Luth ni sampaikan Palee pun memuji.
Tuesday, November 19, 2013
Cinta Yang Kucari 4
PANDANGAN
Palee jatuh pada kertas kerja di depan mata.
Semua tak boleh dipakai. Dia
sendiri naik pening. Dia perlukan
pembantu. Sekarang! Sesekali dia menggeleng memerhatikan figura
di depan mata. Bilalah nak siap kalau
asyik tak balance aje. Lepas tu hantar dekat abah, abah campak dalam
tong sampah. Great sangat.
“Kenapa
ni?”
Monday, November 18, 2013
Cinta Yang Kucari 3
HATINYA
dipagut risau melihatkan Fina yang sedang mengamuk sakan. Puas mama memujuk tapi Fina tetap
berkeras. Dia menyumpah seranah. Buat mama menggeleng tak puas hati.
“Kalau
kata Fina tak dapat kerja tu, cari aje kerja lain. Kerja banyak dekat Malaysia
ni, kan ?” Suara Puan Laila sudah lain macam
nadanya. Marah.
Sunday, November 17, 2013
Cinta Yang Kucari 2
SETELAH
menyalami tangan kedua-dua orang tuanya, Luth terus mendapatkan teksi untuk ke
tempat temuduga. Langkah kaki yang
diiringi doa kerana ini adalah temuduga dia yang entah ke berapa sebenarnya.
Saturday, November 16, 2013
Cinta Yang Kucari 1
TAK
tahulah lagi apa yang kakak tak puas hati tentang dia. Segalanya tentang dia. Apa lagi yang tak kena? Luth tak tahu. Luth memang tak tahu. Bertahun dia mencari jawapan tapi hampa. Bila ditanya pada mama dan ayah, mereka tiada
jawapan dan bila pada pada Fina sendiri, kakak hanya mencebek. Buat hati Luth semakin luka. Hari ni juga sama.
Friday, November 15, 2013
Cinta Yang Kucari - Prolog
PROLOG i
Ku sangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku
Kini KAU pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku
Kini KAU pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku
Monday, November 11, 2013
Hati Yang Kau Pinjamkan 19 & Epilog (end)
WAJAHNYA
langsung tak berani aku nak pandang.
Takut, resah, gelisah… semua bercampur gaul. Cantik teradun. Bila dia dekati aku dan duduk menarik tangan
aku duduk di birai katil, telapak tangan kasarnya mengangkat wajah aku. Memaksa mata kami bertentangan.
Hati Yang Kau Pinjamkan 18
BAJU
dah siap. Semua dah siaplah. Ma baru balik daripada Pejabat Kadi daerah
Pelabuhan Klang. Membawa sekeping sampul
surat dan dihulurkan untuk aku.
“Signlah
apa patut. Ma dah taging. Nanti pulang balik dekat ma...” Dia hulur.
Hati Yang Kau Pinjamkan 17
TERINGAT. Aku teringat.
Teringat janji Khalifh. Teringat
kata-kata dia masa dia masih terlantar.
Nanti, tolong jaga makan pakai dia aje.
Kata-kata tu dekat nak termakbul tapi sayang, bukan aku yang
memperkenankan doa. Bukan aku
penentunya. Aku masih mengalirkan airmata. Apa nak kisah.
Hati Yang Kau Pinjamkan 16
NEKAD. Keputusan aku ini adalah keputusan yang nekad
dah. Aku nak terima Khalifh. Hari ni aku nak bagi tahu dia yang aku ni
adalah Tuah. Aku adalah pemilik hati
yang ada dalam dada dia tu. Akulah peminjam
hati untuk dia. Akulah Tuah dan aku
jugalah Khalifah. Aku yang dia kenal dan
pernah ayat setahun yang berlalu.
Friday, November 08, 2013
Hati Yang Kau PInjamkan 15
TERKEJUT aku tengok
kereta yang berhenti di depan rumah.
Memang tak percaya apatah lagi bila Rozie keluar daripada kereta
itu. Tersenyum manis. Semanis madu.
Nak-nak bila seorang lelaki yang cukup aku kenal pulak keluar.
Monday, November 04, 2013
Hati Yang Kau Pinjamkan 14
HARI ni
aku ada interview. Seperti biasa, menjadi tukang bancuh kopi
tapi bukan lagi di ReFreshO. Tempat
lain. Lepas aje temuduga, aku terus
keluar dan tanpa aku duga, Khalifh dah setia menanti. Bersandar pada kereta dia. Entah mana dia tahu aku ada dekat sini.
Sunday, November 03, 2013
Hati Yang Kau Pinjamkan 13
DINGIN. Satu perkataan aje yang mampu aku komen tentang Rozie
sekarang. Kenapa dia jadi macam tu? Salah aku ke?
Lepas aku balik daripada taman tempoh hari, lagilah dia beku dengan
aku. Tak kan lah
pasal Khalifh, kan ?
Hati Yang Kau Pinjamkan 12
SAYANGNYA
nak tukar. Aku geleng dalam berkali-kali
dan letak semula starter pack untuk
nombor telefon baru tu. Tak naklah
tukar. Bukan apa, nanti Khalifh tak
boleh nak call atau SMS dah biarpun aku tak rasa dia akan call aku lagi lepas aku hang
up panggilan dia hari tu. Sampai
sekarang pun dia diam dan aku juga tinggal buat tak tahu ajelah biarpun hati ni
memberontak nak ambil tahu.
Thursday, October 24, 2013
Hati Yang Kau Pinjamkan 11
KERANA sekaki
payung. Boleh tak aku karang sebuah
cerita dengan tajuk tu? Macam menarik,
kan? Lepas tu cerita tentang aku dan
Khalifh. True story. Not just a fiction tahap lima. Aku pandang skrin notebook. Melayari internet
cari kerja. Padahal saja. Semata melarikan pandangan daripada renungan
Rozie yang penuh syakwasangka.
Monday, October 21, 2013
Hati Yang Kau Pinjamkan 10
ADUH… pening kepala
aku. Rasa macam kena hantuk dengan pasu
DBKL aje. Badan pun rasa sejuk
menggeletar biarpun ada selimut tebal menindih tubuh. Aku cuba buka mata. Allah… mata pun pedih. Jangan cakap aku cucuk mata aku sendiri
dengan garfu macam Kasim Selamat sebab tak percaya dengan apa yang jadi depan
mata, sudah.
Thursday, October 10, 2013
Hati Yang Kau Pinjamkan 9
MASA hari pertama aku
sampai, Rozie peluk aku tak lepas. Siap
buat drama airmata. Rindu sangat
katanya. Mana tak rindu, aku hilang
tanpa berita tapi tiap-tiap bulan aje aku masukkan duit sewa ke dalam akaun
Rozie. Kesian dia nak bayar kos rumah
sewa dekat RM800 tu seorang diri. Tak
terbayar kereta Mitshubishi Mirage dia tu nanti.
Hati Yang Kau Pinjamkan 8
MA paut
bahu aku. Kemas. Dia senyum.
Melihatkan pada beg galas yang dah sedia di depan pintu, mata ma nampak
berair.
“Kenapa
ni, ma? Tuah dapat kerja pun ma nak
sedih ke?” Aku saja buat-buat gela k padahal aku pun
sedih nak tinggalkan ma sendiri. Setahun
kot aku goyang kaki ni.
Tuesday, September 17, 2013
Hati Yang Kau Pinjamkan 7
GILA tak gila, aku
bancuh kopi untuk Fendy di depan rumah. Minum
petang. Biasalah, tukang bancuh kopi
macam aku ni, tipulah kalau tak ada coffee maker dekat rumah. Aku tarik meja kopi dan dua buah bangku
plastik ke depan rumah. Nak ajak masuk
memang tidaklah. Setidak-tidaknya di
depan ni, jiran sebelah rumah aku sedang basuh kereta. Bersiul senang hati sambil tersenyum
memandang aku dan Fendy.
Friday, September 13, 2013
Hati Yang Kau Pinjamkan 6
BIBIR
aku menguntum senyum tipis. Letihnya
badan. Rasa tak bermaya. Memang letih sangat sampaikan hampir nak
terkatup biji mata. Kalaulah aku boleh
rehat sekejap tapi tak boleh sekarang.
Khalifh sedang berlari-lari anak menuju ke arah aku. Di tangannya ada sejambak bunga lili
putih. Cantik. Bunga yang aku suka dan sejak bila aku suka
bunga?
Hati Yang Kau Pinjamkan 5
HABIS waktu kerja dah
agak lewat hari ni. Dah pukul sebelas
lebih. Malam. Bukan siang.
Seperti biasa, aku hidupkan kereta.
Biarkan diri bertenang sekejap sebelum memandu pulang. Mata pun lali aje hari ni. Biasalah, rutin bertambah. Melawat Khalifh. Heh… nak buat macam mana. Allah bagi ruang untuk aku tambah pahala
dengan berbuat baik pada oran g. Insya-Allah, moga hati aku ikhlas ke akhirnya
demi pahala itu.
Hati Yang Kau Pinjamkan 4
AKU
meraup wajah. Alhamdulillah. Wajah Rozie aku pandang tenang. Seulas senyum aku ukir pada dia. Terus Rozie mendekati aku dan mengusap bahu
aku lembut. Tapi wajah dia nampak tak
gembira mana pun.
Wednesday, September 11, 2013
Hati Yang Kau Pinjamkan 3
DAH dua kali Rozie
cucuk lengan aku. Ambik sample darah
untuk diuji. Tahap kesihatan aku kelas
pertama. Itu pasti sebab aku ni sangat
mementingkan kesihatan.
“Are you serious, Tuah?”
Rozie buka sarung tangan getah masa ni.
Dia buka lilitan pada lengan aku.
Selamat dah.
Tuesday, September 10, 2013
Hati Yang Kau Pinjamkan 2
PENING kepala
memikirkan apa yang terjadi. Aku tahu
daripada apa yang Uncle Khalid terangkan semalam, Aunty As hilang pertimbangan
setelah doktor katakan tak boleh nak buat apa-apa pada Khalifh, anak tunggal
mereka. Aku tahu nama Uncle Khalid pun
sebab dia kenalkan diri.
Hati Yang Kau Pinjamkan 1
PEDIH kulit kesan terkena air panas. Dah pro
pun tetap cuai. Apa nak kata. Sesaat terleka, di sinilah aku. Hospital Selayang. Aku pandang lengan yang dah berbalut kesan
air panas. Harap tak berparut. Kata Rozie, tak teruk mana. Jangan bagi kena air sangat, barulah cepat
baik.
Hati Yang Kau Pinjamkan (Prolog)
SEJAK akhir-akhir ni, hati
aku rasa sensitif sangat. Ada masan ya tu, airmata mengalir sendiri tanpa aku sedar. Hati bagai tersiat-siat sedangkan perkara
hidup mati itu dah lama berlalu. Bukan
sehari atau seminggu. Tak juga sebulan
tapi dah setahun. Tak pernah rasa nak
ambil tahu tentang dia. Tapi sekarang,
bagai dia sedang menyeru-nyeru.
Tuesday, August 06, 2013
SALAM LEBARAN
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, bersua lagi kita, kan? Eh, bukan hari-hari kita bersua melalui kata-kata ke?
Thursday, June 06, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 33
KAKI
aku masuk ke dalam bilik mesyuarat. Hari
pertama setelah sehari tiba. Papa tak
bagi masuk dulu tapi aku memang dah tak betah untuk rehatkan diri. Bersendiri dalam bilik dengan tak buat apa,
buat aku ingatkan Ayie tahap tujuh petala.
Sampai aku rasa nak menangis bagi meluahkan betapa aku ingatkan
dia. Sangat.
Tiba-tiba, Dia Ada 32
KAMI sekali lagi sampai
ke Tiergarten dan keadaan hari ni lain sama sekali dengan hari itu. Semuanya hanya putih dan kelabu. Aku pandang Ayie.
“Sunyi hari ni…”
Tiba-tiba, Dia Ada 31
PERJALAN hidup aku dan
Ayie tenang seiring dengan kesibukan Ayie dan dalam pada aku belajar hendak sesuaikan
diri dengan keadaan sekeliling. Hari ni
sibuk. Sibuk di rumah sebab lepas
Maghrib karang Ayie dah jemput jiran-jiran datang majlis kesyukuran sikit.
Wednesday, June 05, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 30
“Arya tahu tak?”
“Tahu apa?” Serentak itu, kening pun terjongket.
Tuesday, June 04, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 29
BAB 29
“MANALAH ada orang buat
kerja dalam cuaca sejuk ni? Kan elok
kita lepak tempat lain, dalam bangunan.”
Aku pandang sinis pada
Ayie. Yalah, ada ke patut berjanji
dengan Khai nak buat kerja di tengah-tengah kesejukan ni. Masa ni aku nampak Ayie tarik sarung tangan
daripada poket jeans dia.
Sunday, June 02, 2013
Aku Yang Kau Panggil Sayang
Eh, bila sebut pasal
traffic light aku mula ingat sesuatu. Apa
tu? Hah, usah ditanya sebab jawapannya
hanya satu. Dialah… ya dia. Dia yang aku panggil suami dan suami itu yang
memanggil aku sayang.
Tiba-tiba, Dia Ada 28
BAB 28
SEKARANG
dah masuk musim sejuk. Tinggal sajli je
tak turun lagi. Dah lama tak nampak
salji, rasanya aku akan jadi sangat teruja untuk berguling dalam timbunan yang
memutih tu.
Friday, May 31, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 27
BAB 27
MAKAN malam yang
sepi.
Aku dah tak tahu nak
tayang wajah macam mana. Serius rasa
beku biarpun kehangatan memang terasa dalam rumah ni. Ayie tunduk menikmati masakan Melayu yang aku
masak. Itupun jenuh nak cari bahan
masak. Kalau yang ada berlambak dekat
Alexa tu belum tentu lagi halal.
Tambah-tambah lagi bahan basah.
Thursday, May 30, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 26
BAB 26
INI
dikira rumah Ayie. Jadi, dia tak ada aku
tak berani nak ajak tetamu masuk rumah.
Nak-nak ada seorang bukan muhrim, iaitu Khai dan di sebelah dia, ada
Ieza yang pasti.
“Ayie
tak ada. Kuliah. Maaflah tak boleh nak ajak you guys masuk
rumah.” Tenang aku bersuara.
Wednesday, May 29, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 25
BAB 25
AYIE
dah pergi kuliah. Tinggal aku
sorang-sorang. Nak sembang tak ada
kawan. Adalah jiran yang lain tapi tak
pulak aku jumpa secara berdepan. Macam
mana rupa pun aku tak tahu tapi kata Ayie kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia .
Monday, May 27, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 24
BAB 24
RUMAH ni cantik.
Itu persepsi
pertama aku saat menjejakkan kaki dalam rumah sewa ni. Cukup lengkap semua perabot untuk dua oran g penghuni. Yang menariknya, semua berwarna putih. Nampak suci dan murni. Terang hati.
Terbuka minda tapi jenuh nak cuci kalau kotor.
Friday, May 24, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 23
BAB 23
KERETA Ayie
meluncur dalam kadar kelajuan sederhana membelah jalan Brunnenstraße untuk kami
kembali ke Home of Nation di Iranische Straße. Perjalanan yang dekat tu rasa macam jauh je
bila Ayie kian perlahankan kenderaan dan duduk di lorong paling kanan.
Thursday, May 23, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 22
BAB 22
KAMI saling berpandangan
sewaktu minum petang di Prater Biergarten.
Tak jauh daripada Iranische Straße.
Lebih kurang 4.9km saja dan mengambil masa lebih kurang 10 minit saja pemanduan.
Wednesday, May 22, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 21
BAB 21
GAMBAR.
Penjelasan dia pada ma juga
pa dia tentang gambar.
Juga perkara pernikahan
kami ni. Itu soalan aku yang Ayie tak
jawab lagi.
Tuesday, May 21, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 20
BAB 20
KAMI berdua menaiki bas
di depan hotel untuk menuju ke tempat
pelancongan di sekitar Bandar Berlin.
Aku memang tak tahu. Ikut jelah
Ayie ni. Kalau kata duduk tepi tembok,
di situlah aku. Kalau kata dia lepak
tepi tasik, kat situ jugaklah aku. kalau
kata dia terjun gaung, itu aku tengok jelah.
Tak kan nak ikut terjun. Bunuh
diri namanya.
Monday, May 20, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 19
BAB 19
AKU tekup wajah ke meja
solek. Lampu dah lama malap. Serius aku rasa nak menangis. Bila aku jeling ke arah katil, aku nampa k Ayie yang sedang
tidur pulas. Masa ni sedih aku ni tak
terkata dah.
Tiba-tiba, Dia Ada 18
BAB 18
MAKAN malam aku rasa
macam dalam penjara je. Itu pun penjara
akhir, sebagai banduan akhir yang ditemani rasa hening dan kesal tak
berkesudahan.
Sunday, May 19, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 17
BAB 17
TUBUH
pun tak hilang penat lagi. Aku buka mata
masa tu hari dah kembali gela p dan sejuknya
musim luruh ni buat aku rasa nak korek tula ng
sendiri. Sengal sampai ke tula ng hitamlah oran g
cakap.
Saturday, May 18, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 16
BAB 16
DALAM
hidup ni, hanya Allah swt tempat aku mengadu dan hanya tiga orang yang aku
sangat-sangat percaya malah aku percaya lebih daripada diri sendiri. Mama, papa dan Aryan.
Tapi,
soal aku sekarang ni tak mungkin aku beritahu ma dengan pa. Aku takut mereka kecewa dengan nasib
aku. Yalah, aku ni anak kesayangan. Jadi, hanya pada Aryanlah tempat aku
bersandar. Tempat aku luahkan rasa. Tak kan
nak mengadu domba pada kakak-kakak Ayie pulak?
Gila?
Friday, May 17, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 15
BAB 15
KENAPA
boleh jadi macam ni?
Okey,
itu soalan dan kalau aku ada jawapan, aku tak tanya lagi. Sekarang ni kalau tanya mama dan papa mertua
aku pun nescaya mereka pun tak temui jawapan.
Yang pasti, haruslah mama dan papa teramat kecewa dengan Ayie. Yalah, anak lelaki tunggal dalam
keluarga. Diberi didikan agama yang
sempurna dan latar belakang yang berpendidikan tinggi semuanya tapi ini yang
terjadi pada Ayie.
Thursday, May 16, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 14
BAB 14
BARANG-BARANG dah siap
semuanya. Tinggal nak terbang je
lagi. Yang pasti, kat rumah ni, baru
lepas kenduri doa selamat sempena keberangkatan kami. Aku pula masih sibuk di depan laptop. Banyak amanat yang aku nak tinggalkan pada
Aryan untuk membantu papa menjaga Muhara.
“Busy?”
Tiba-tiba, Dia Ada 13
BAB 13
JANGAN
katakan mama dan papa mertua aku je menyerang kami dengan soalan tapi mama dan
papa aku sekali. Termasuklah Aryan, Auni
dan Aina yang jadi penonton tak berbayar.
Free je dapat tonton kami kena ceramah.
Wednesday, May 15, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 12
BAB 12
BARU
dua hari majlis tu berlangsung. Rasanya
baru semalam je. Letih masih tak nak
hilang daripada tubuh. Hanya Ayie yang
lincah ke sana-sini membeli keperluan yang nak dia bawa ke sana dan jangan tak percaya dengan apa yang
dia bawa.
“Ini
apa?”
Tiba-tiba, Dia Ada 11
BAB 11
PAGI ini sangat ind ah. Nyaman dan menyegarkan sebab dinihari tadi
tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
Memberi tidur yang selesa dan lena.
Sedar aje aku rasa ada tangan melilit pinggang aku.
Tiba-tiba, Dia Ada 10
BAB 10
DIAM tak diam, aku
memang terdiam dalam bilik ni bila pintu bilik ditolak daripada luar. Jangan aku teka lagi siapa kalau bukan
dia. Mama dan papa memang tak naik dah
bilik aku sekarang. Ini juga jadi kawasan
larangan buat Aryan.
Monday, May 13, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 9
BAB 9
TAK payah nak
mohon cuti, papa sendiri dah bagi cuti untuk aku. Heaven tak?
Sangat heaven okey? Biarlah macam
tu. Senang aku tak perlu nak fikir pasal
kerja. Kerja-kerja dalam rumah ni pun
dah bertambah sibuk. Tapi, mama tak bagi
aku buat apa kerja pun. Takut calar
katanya. Nanti Ayie quiry. Okey, mama pun dah terlebih teruja.
Tiba-tiba, Dia Ada 8
BAB 8
AKU
labuhkan duduk di atas anak tangga paling atas di dalam rumah banglo dua
tingkat milik Muhara ( Mukhlis Anahara ) ni.
Dari jauh aku perhatikan mama yang sedang membelek sebuah majalah.
Yang
ada di depan dia masih bersusun lagi. Entah
apa yang mama nak cari. Aku pun tak
pasti mana dia cari majalah pengantin tu.
Bersungguh-sungguh.
Saturday, May 11, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 7
BAB 7
“NAH... cuba,” suruh
Ayie sambil meletakkan dua bekas cincin di depan aku.
Dia silang kaki dan
bersandar kekenyangan depan aku. Licin
makanan dia. Aku juga masih ada sisa
sikit dan kejap lagi baru aku habiskan.
Nak tengok cincin dia
beli dulu.
“Ni beli semalam?”
Friday, May 10, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 6
BAB 6
HAI... lengan melekap
ke dahi aku malam ni penangan budak Ayie ni.
Kemain dia telefon malam-malam semata-mata nak cakap yang dia dah pilih
cincin. Kot ya pun, tak payah la telefon
dulu. Pening aku memikirkan perangai
dia. Ini baru beberapa hari. Dah kelam kabut. Kalau kata kami duduk sebumbung dan untuk
seumur hidup nanti, kecoh seluruh hidup aku yang selama ini tenang dan nyaman
ni.
Tiba-tiba, Dia Ada 5
BAB 5
AKU
HULUR duit pada pelayan, Ayie tarik dan letak dalam beg tangan aku yang
ternganga.
“Biar
Ayie bayar,” ujar dia.
Aku
ceber bibir. Dalam hati berkata sendiri,
ada ke duit budak sekolah ni nak bayar harga aku makan. Ini dekat Hotel Quality okey. Tapi, bukan aku nak. Dia yang ajak ke sini sebab katanya nak
privacy sikit.
“Biar
kakak bayarlah,” tolak aku.
Thursday, May 09, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 4
BAB 4
ZAKHRI ADHA BIN ZAFRAN!
Ohmai... kenapalah nama
itu menghantui kepala aku. Kerja pejabat
satu pun tak bersentuh. Mama dah larang
tadi daripada ke pejabat dan papa pun tak bagi aku masuk kerja. Memang badan tak sihat lagi tapi memikirkan
perkara ‘adik’ aku tu, lagilah buat aku tak sihat.
Tiba-tiba, Dia Ada 3
BAB 3
AKU
rasa renjisan air pada wajah aku.
Malasnya nak buka mata. Rasa
berpusing dunia yang sememangnya berputar ni.
Bila ingat kejadian sebelum aku pitam tu, rasa tak nak bangun dah. Aku harap ini mimpi. Mimpi paling ngeri pernah aku alami dan aku
berdoa setelah ini tak ada mimpi pun tak apalah. Janji aku dibangkitkan aku daripada mimpi
buruk ini.
Wednesday, May 08, 2013
Tiba-tiba, Dia Ada 2
BAB 2
KREKK...
Itu bunyi pintu bilik
lagi sekali. Serentak dengan suara orang
bertanya soalan yang sama dengan mama
tanya tadi.
“Arya demam ke?”
Aku tersentak. Hilang suara Aryan petang tadi diganti suara
papa. Mama tak kunci pintu. Balik rumah tubuh dah mula suam-suam tapi
semua orang diam. Tak berkata apa. Kalau berkata, sungguh aku terbaring dekat
ICU.
Tiba-tiba, Dia Ada 1
BAB 1
BELAKANG TANGAN dah jamah dahi. Okey, panas.
Aku demam. Hidung mula rasa ketat. Tersumbat.
Ohmai...
Macam mana nak pergi
kerja esok? Papa bukan boleh kalau aku
ponteng. Katanya sebab baru kerja. Nanti orang cakap papa guna kuasa veto masukkan
aku kat syarikat. Biarpun nenek kata,
satu hari nanti kami-kami juga yang akan uruskan syarikat tu bila papa
bersara.
Friday, May 03, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 30 (end)
BAB 30
PIPI AKU ditepuk
perlahan. Bila aku buka mata, memang dia
lagi muncul. Tertoleh ke kiri dan kanan,
depan dan belakang.
Kalut.
“Naina, bangun sayang,”
suruh Nine. Berbisik. Cukup perlahan di pendengaran aku.
“Nine...” Tak mampu
lagi memaki dia.
Hanya Ingin Kau Cinta 29
BAB 29
WAJAH lena Nine aku
pandang. Bibir yang dihiasi darah kering
itu menyentuh hati aku yang sedia luka.
Nine...
Kenapa macam ni sekali
hubungan kita? Jika aku menyoal, adakah
jawapan itu untuk aku. Lama aku tatap
dia yang sedang lena di sisi aku.
Rasanya sudah semalaman berlalu.
Nine masih di sini menemani aku yang langsung tak nampak matahari dan
bulan.
Thursday, May 02, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 28

BAB 28
KEPALA masih amat
berat. Tapi, bunyi bising telah menyuruh
aku memaksa diri aku sedar dan memasang
telinga biarpun mata masih terkatup rapat.
“Neo... ini tak
kena. Apa yang kau janji dengan aku?” soal suara itu.
Jantung aku berdetak
hebat. Suara siapa pula kali ini. Dalam samar-samar pandangan, aku menangkap
satu susuk tubuh lain selain Naim.
Telinga mendengar tapi otak kurang jelas hendak mentafsir.
Hanya Ingin Kau Cinta 27
BAB 27
KAKI AKU lemah
melangkah keluar daripada unit kajian forensik dan makmal jena yah.
Di mana adanya petugas pintar tentang IT dan teknologi yang akan memberi
jawapan tentang kes-kes berkaitan dengan kemahiran teknologi.
“Gambar kedua-dua oran g ini adalah sama,
Puan Naina.”
Hanya Ingin Kau Cinta 26
BAB 26
CUTI tamat begitu
sahaja.
Langsung tidak tenang
malah semakin kelam kelibut kepala aku.
Mak ngah risau melepaskan aku pergi.
Bimbang aku mengikut emosi dalam menjalankan tugas tapi aku pandai juga
memujuk biarpun hati sendiri sudah menjeruk rasa.
“Ini Inspektor Zunaina,
mak ngah. Pegawai terlatih mental dan
fizikal. Mana boleh ikut emosi.”
Wednesday, May 01, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 25
BAB 25
DARI JAUH aku nampa k sebuah kereta
mewah terparkir kemas di tengah laman di depan rumah. Bila aku kecilkan anak mata, tertangkap satu
susuk tubuh lelaki yang keluar daripada peru t
kereta dan itupun setelah pintu kereta dibuka oleh oran g lain.
Seorang lelaki segak
dengan kot hitam dan cermin mata hitam menapak ke arah rumah. Tanpa salam, dia disapa oleh suara mak
ngah.
Hanya Ingin Kau Cinta 24
BAB 24
DIAM. Tekun aku menden gar suara Amar di hujung talian.
“Tuan Radzi ada beritahu
I yang permohonan you sedang dipertimbangkan.
Tapi, satu soalan I nak tanya…”
Amar menghentikan suaranya.
Nafasnya dihela dalam
sebelum dia menyambung.
“Apa-apa terjadi, you
dah kuat nak hadapi?”
Serius saja soalan itu
kedengaran. Pada aku pula, apa saja terjadi,
aku benar-benar telah nekad. Ini yang
aku inginkan.
Tuesday, April 30, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 23
BAB 23
MATA Nine
terhala ke jauh ke tengah bendang yang menghijau. Kaki langit nampak cerah dan terang. Angin pula berhembus damai. Tenang.
Tapi, aku sedikit gelisah.
“Seronok kampung
awak, Naina.”
Thursday, April 25, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 22
BAB 22
PERBUALAN MAK NGAH dan
Nine mengetuk gegendang telinga saat aku sedang membilas pinggan kotor. Aku panjangkan leher sedikit, menjenguk ke
ruang depan. Nine sedang bersandar pada
bingkai pintu, menemani mak ngah yang menyapu serambi.
“Seronok dok
kampung?” Itulah soalan mak ngah.
“Kat mana-mana pun pada
saya seronok, janji ada teman. Hati tak
sunyi,” jawab Nine penuh mesra.
Wednesday, April 24, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 21
BAB 21
PANGKAL HIDUNG AKU PICIT
PERLAHAN. Sakit kepala tiba-tiba. Soalan Nine tidak aku jawab. Malah, aku tinggalkan dia terkulat-kulat
begitu saja. Bukanlah bern iat tapi rasa semakin tidak selesa. Berperang dengan kehendak diri dan kehendak
Nine.
Tuesday, April 23, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 20
BAB 20
WAJAH AKU MENADAH
LANGIT. Memandang bintang-bintang yang
bekerlipan bila mana aku kuakkan jendela seluas mungkin. Menerima hembusan bayu malam yang lembut,
menyegarkan. Memberi rasa dingin pada
pipi aku yang terasa cekang kerana senyuman.
Hanya Ingin Kau Cinta 19
BAB 19
SELESAI MAKAN
MALAM. NINE nampak segan bila berhadapan
dengan mak ngah dan Suryani yang banyak menyakat. Aku apatah lagi. Rasa berbunga hati tapi bila berlaga
pandangan dengan mata mak ngah, rasa sebu juga.
Aku dapat rasakan dia
seperti berat hati hendak melepaskan aku pergi jika benar aku dan Nine
berjodoh.
Pinggan terakhir siap
aku bilas bila aku dengar mak ngah bersuara pada Nine yang masih duduk di atas
anak tangga dapur.
Monday, April 22, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 18
BAB 18
BAHU AKU dipeluk
kemas. Semakin erat dan kian kejap. Suara halus menyeru dan terus memanggil nama
aku. Aku yang kini bagai berada di dunia
yang berbeza dari mereka. Dunia sepi
menghadapi kehilangan lelaki yang aku cinta di tangan sendiri.
“Astaghfirullah…
mengucap Naina. Cuba buka mata tu!” Suara itu menegur keras.
Thursday, April 18, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 17
BAB 17
TANGAN aku
terketar-ketar.
Siapa tak menggigil
kala orang yang dirindu juga sedang merindui aku? Tapi, takut mula menyelubungi diri bila
mengenangkan kata-kata Amar. Adakah
benar atau telahan Amar jauh meleset memandangkan bukti langsung tiada.
Wednesday, April 17, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 16
BAB 16
JARI-JEMARI Tuan Radzi
bersulam sesama sendiri di atas meja.
Dia senyum bila aku berdiri tegak di depannya.
“Are you okay?” soal
dia.
Aku senyum dan
mengangguk.
“Ada apa nak jumpa saya dah lewat ni? Bukan awak patut dah balik rehat ke?”
Tuesday, April 16, 2013
Hanya Ingin Kau Cinta 15
BAB 15
KAMI saling
memandang. Terpisah oleh pagar separa leher
aku dan separa dada Nine. Dia
senyum. Jaketnya dibetulkan sedikit
sebelum dia menapak mendekati aku.
“Sejuk malam ni.” Dia menegur.
Nampak macam kehilangan
kata.
“Dari mana?”
“Jumpa Tuan Radzi.”
Keningku naik. “Buat apa jumpa dia malam-malam?” Aku tayang wajah pelik.
Subscribe to:
Posts (Atom)